Online users

Follower

Friday, December 13, 2013

Tenggelam timbul

Halllluuuuuu... Gila! Dekat 2 bulan tak update blog. Bukan menghilang, ku masih bernafas di sini. Balik kampung jadi malas nak buat semua benda. Kalau boleh, nak tidur, makan, jalan jalan perabih duit. Bab keja memang tolak tepi. Tak tau la pasaipa mood nak update blog seolah olah hilang sekejap. Bukan tak ada cerita nak update. Banyak cerita tapi malas nak taip kot. Boleh macam tu? Hahahaha.

So for those yang follow insta or kawan kat FB tu mungkin tahu kot perkembangan aku. Baru seminggu balik dari bercuti di Sabah. Best ooo.. Nanti eh aku update ( bila tak tau nak update. Hahaha) Pergi bertiga dengan Kema dan Elin. Geng bujang yang tinggal. Haha. Adawiah dan Wan Z dah payah nak hoya hoya. Masing masing dah kahwin. Si Ada with her new babyborn, Rania. Si Wan Z with her early stage of pregnancy. Muntah muntah loya segala. Tinggal la kami yang membujang ni travel sesama.

Ni baru balik dari servis kereta. Kena sampai RM203.21. Puaih hati I. Huhu. Ni la lumrah hidup. Keja untuk kelangsungan hidup. Bayaq tu bayaq ni tinggai berapa ja untuk diri sendiri. Haish. Minggu depan dah nak balik Segamat. Stress. Orang lain pakat start meeting 23 aribulan. Aku ni kena balik awai sebab kena bertugas kat sekolah.2 hari berturut pulak tu. Langsung tak kasi chance orang jauh skip tugas. Sekolah aku ni admin no mercy sikit. Tak kira hang duk utagha ka sabah sarawak ka, tugas tetap tugas. Langsung tak ada budi bicara langsung. Sabar jelah. Dah balik untuk bertugas, takkan nak patah Kedah balik kan? Lekat kat sana teruih la. Nak balik kampung bila pulak, cheq tak tau. We'll see.

Liat gila nak siapkan key in SPS. Tengok, kalau update blog, mesti duk mengeluh pasai kerja ja. Bosannyaaa...hahaha.

Nanti aku update lagi noh. Bye!

Monday, November 4, 2013

Salam maal hijrah

Maaf kerana sekali lagi ku mengabaikan kebajikan blog ku ini. Huhuhu. Minggu lepas sibuk dengan praktis budak budak untuk Hari Anugerah Cemerlang. Minggu ni pulak busy dengan LDP KSSR. Fuh.Sesungguhnya bila balik rumah terus tidur. Bangun esoknya pergi sekolah for the same routine.Sabor je lah. Tinggal 11 hari je lagi sebelum sekolah cuti akhir tahun bermula.Teruja. Tak sabar nak cuti. Tak sabar nak keluar dari Segamat ni. Hahaha. Actually banyak benda yang aku nak blog kan tapi masa tak ada. Sekarang ni aku selalu update kat instagram ja apa yang aku buat sehari harian. So, if nak tahu, bolehlah follow kat instagram. Tunggu cuti sekolah nanti, insya-Allah berupdate la balik blog ni. Hopefully........

Selamat menyambut Maaf Hijrah. Mohon ampun dan maaf if ada tersalah kata, terkasar bahasa or anything. 0-0 naa =)

Wednesday, October 23, 2013

Makanan

Nah. Mood tengah lapaq la ni. Aku letak semua gambar masakan aku kat sini. Masak simple simple ja. Orang bujang la katakan. Tekak sendiri ja nak telan. Muehehe. Update through tab ni. Tak reti nak adjust caption for every pic. Tengok gambaq pun boleh agak kot benda apa yang aku masak kan? Layankan jaaaa

Tuesday, October 22, 2013

Camping time!

Baru perasan tak blog lagi pasal perkhemahan TKRS. I was appointed as the assistant commandant of the programme. Dah agak dah nama akan naik pasal I je yang single mingle lagi kat sekolah tu. Terima je lah. Lagipun time ni la nak kutip pengalaman pun. So, perkhemahan buat kat FELCRA Tebing Tinggi. Not far away from the school. About 30 minutes journey. Tempat dia ke dalam hutan sikit dan keras. Banyak kes histeria kat situ. Tapi kitorang tak bagi tau kat budak. Mampuih kalau bagitau. Rasanya ramai yang tarik diri kot if bagitau awal. Aku ni pun sabit ada cikgu lain yang stay kat campsite tu. If sorang sorang, lemah iman jugak. Silap silap tidoq sekhemah dengan budak.

Bagi taklimat kat budak.Nampak giant sangat kat depan tu. Sobs.

Buat gajet. Budak budak ni kena buat rak kasut dan ampaian guna buluh. Aku boleh tolong tengok ja la pasal aku tak tengok demo yang cikgu Hafiz tunjuk kat dorang. Pandai pandai korang la.

Macam macam aktiviti kitorang buat. Aku rasa enjoy sangat sebab dapat lepas geram naik kuda dan kayak. Last buat aktiviti lasak ni time BIG. Itu last before posting. Sekali sekala masuk hutan, night walk best jugak. Walaupun cuak kena tinggal dalam gelap. Cerita pasal night walk, aku tabik habis la kat budak budak ni pasal dorang sangat hebat. Berani berjalan dalam gelap sorang diri sejauh lebih 100 meter hanya bergantung pada tali. Walaupun ada jugak seorang dua yang fail. Tak dan gerak lagi dah lemah semangat, lembik badan dan sebagainya. Yang lelaki lagi teruk dari perempuan. Menangis teresak esak. Hahaha.

Waktu night walk. Tobat gelap gila. Ni tangkap pakai flash. Jadi la cerah. Kami ikut belakang budak. Ingatkan night walk cikgu terlepas la dari kena jalan sorang sorang. Tak pun ada shortcut ke apa. Ini tidak. Renjer tu suruh jugak lalu jalan yang budak lalu sorang sorang pegang tali tu. Aku boleh ja nak pergi sorang tapi cikgu lain semua kecut perut. Last last aku lead depan, yang lain follow rapat kat belakang. 4 perempuan, 4 lelaki. Bayangkanlaaa...Yang lelaki pun duduk belakang sekali. T____T Langsung tak bunyi suara. Takut punya pasal. Hahaha.

Jungle trekking. Terjumpa bangkai babi nala punya besaq dalam hutan ni. Baunyaaaa.....ya ampun. Busuk sangat sangat. Agaknya dah dua tiga hari mati kot sebab perut dah kembung tunggu masa nak pecah. Dapat jugakla tengok babi hutan gena rupanya. Menggelikan.

Ini paling best! Naik kuda! Nama kuda ni boy. Behave sangat. Dia mau dengar cakap abang baju itam tu ja. Orang lain bagi arahan dia langsung tak gerak. Senyap ja kat situ. Last naik time aku kecik dulu. 

Ni pun best. Gila. Kayak sorang. Jadi apa apa kat aku time ni, sorang sorang jugak la nak menempuhnya. Had so much difficulties to reverse my canoe.Sampai jadi bahan lawak cikgu lain. Tsk. Nak paddle tu pun jenuh kilas sorang sorang.Dia ada teknik sebenarnya. Tak susah pun kalau kita dah betul betul master teknik tu. 

Kayak aku masuk air. Habis lenjun satu seluaq. Mujuq pakai seluaq kalis ayaq. Time ni dah dekat senja dah. Balik balik!

Bergambar kenangan bersama peserta perkhemahan. FYI, aku langsung tak ada basic KRS.Tapi disebabkan sekolah aku kecik dan KRS is the only badan beruniform, nak tak nak kena beli jugak la baju uniform tu. It costs me RM1++ for the uniform. Nangis nak bayaq.

The end!

Monday, October 21, 2013

Make up

Arini terlebih rajin conteng muka. Calit semua benda serba sikit. Bila pi sekolah, budak tengok ja muka aku. Ada yang observant betul. Tau aku letak eyeshadow etc. Yang darjah 6 toksah duk kata la. Lagi sok sek sok bisik. Aku tahu dorang duk cakap pasal muka aku. Hahaha. Tapi aku dah biasa dah dengan pe'el dorang ni. Rasa awkward pulak nak conteng muka lagi. Tak kurang jugak cikgu pun ada yang tegur. Nampak sangat muka time mekap dengan tak mekap lain. Hohoho.

Tak sabaq nak cuti sekolah oiiii !

Sunday, October 20, 2013

Done!

Alhamdulillah. Done with KSSR course. Gila lah. 4 hari tadah telinga dari pagi sampai ke petang. Balik rumah terus flat. Macam ni rasanya pergi kursus. Al maklumlah, first time. Pengisian bagus cuma cara dijalankan tu agak bosan bagi aku. Dah la tempat nya tak beraircond. Kepam sorang sorang dalam dewan tu. Maybe next time dorang boleh pertimbangkan ubah pelaksanaan program. Buat la dalam bentuk yang fun sikit. Asyik asyik present.Huwargh.Bosan oi. Yang nak best sikit pun demo lesson/microteaching. Kelakor tengok cikgu senior berlakon. Still berbisa. 

Post gambaq ni kat FB. Candy Crush yang cenonet tu depa nampak. Muka kami sebesaq alam tak dak sapa pun nak komen. Hahaha.

Sekali sekala pergi kursus best sebab dapat release stress dari beban sekolah. Pergi kursus pun pukul 8 pagi. Tak ada la terkejar kejar sangat macam pergi sekolah. Yang penting, tak perlu nak stress mengajar budak. Only lasted for 4 days je la. Lepas ni masuk sekolah balik, rutin yang sama balik. Sabor jelah menanti cuti akhir tahun ni. Serius aku tak sabar nak tutup sekolah. Tapi, nak menempuh ke saat itu sangatlah hazab bagi aku. Ada je benda yang nak kena submit. Report la itu la ini la.Haish. This is what I choose to be. So, please stop complaining. Mana ada kerja yang tak stress. Ye dak?

 Group work. We have to come up with our own label using cursive writing. Yang follow insta aku tahu la pasal cursive writing aku. Macam tulisan sanskrit! 

 Sound circle for literature component. 

 Poem shape. Nampak tak bentuk slide tu? Hehe.

 Amboi Japirah. Besaq nya gelak. Pasai pa tak tau.

 Dapat kawan baru. Kak Sha. Umur dah 40 something tapi awet muda. Kebetulan terpakai baju sama colour on our last day. Haruslah mengabadikan kenangan. 

Group photo. Group 2. 

Selit sikit pasai earnings nuffnang. Dah lama tak update. Sekali tengok, 4 buffered. Woah. Selalu macam ni la. Time kita tak tunggu buffered tu la dapat. =)

Thank you Nuffnang =)

Monday, October 14, 2013

Cerita telinga.

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh. Lama bebenor tak menulis kat sini. Sorry to keep you waiting. Itu pun kalau ada yang tertunggu tunggu la entry terbaru aku. Haha.Bajet Hanis Zalikha betul. Puii. So, banyak benda terjadi sewaktu aku tak update blog ni. Dan benda tu effect mood aku untuk update blog. Dengan kerja pentadbiran sekolah yang berlungguk, dengan masalah kesihatan aku sendiri, terus lupa kejap kat blog. Rasa meluat nak buka blog sendiri. Sampai tegha' tu la effect dia.

Semenjak aku datang Segamat ni, kesihatan aku macam tak menentu.Kejap okay, kejap tak okay. Dulu cukup susah nak sakit ni. Sekarang bila dah start kerja, sakit tu selalu pulak. Mungkin sebab stress kot. So, effect habis satu badan. Balik dari camping hari tu, aku makan tauhu sumbat kat kantin sekolah. Balik rumah, perut rasa tak sedap. Banyak kali aku ulang ke toilet. Cirit air. Aku dah rasa something wrong dengan badan aku ni. Tiba tiba pening, rasa nak muntah. Lembik satu badan. Sebab tak tahan sangat, aku telan painkiller. Terus muntah menjejeh jejeh. Lega terus lepas tu. Aku tanya cikgu sekolah yang makan tauhu sumbat tu, sorang pun tak ada yang muntah macam aku. So, aku suspect perut aku tak boleh terima tauhu sumbat. Or maybe badan aku still penat effect camping. Itu satu hal.

Lepas balik camping, aku dah rasa telinga aku ni macam something wrong. Rasa macam banyak je taik telinga tapi bila korek guna cotton bud, tak ada pulak taik yang melekat kat situ. Pelik. Tapi aku buat bodo je lah. Fikir perasaan aku je kot. Tup tup minggu lepas, telinga aku jadi kurang dengar. Rasa berdengung macam masuk air. Lama pulak tu. Tonggeng kepala, takut takut ada air masuk ke apa. Tapi still the same. Lagi lah bertambah pelik. Disebabkan kerja, aku tangguh pergi jumpa doktor. Balik sekolah dah penat terus tidur. Petang dah malas nak keluar rumah lagi.

Sampai la satu masa yang aku rasa dah tak boleh nak tolerate lagi dah telinga aku ni. Ganggu kerja aku kat sekolah.Ye lah. Kerja cikgu. Kena bercakap all the time. Kena bagi respond kat budak. Masuk meeting, kena pakai telinga untuk dengar butir butir mesyuarat. Bila tak berapa dengar ni, jadi tak syok la. So, aku pergi klinik. Lepas check, doc cakap telinga aku ni dah jadi impacted wax. Dalam bahasa mudahnya, taik telinga mengeras dan dah block gegendang telinga aku. That's why aku rasa dengung all the time. Gelombang bunyi terhalang oleh taik telinga aku tu. Lagi satu, doc cakap taik telinga dah banyak. Aku bangkang doc. "Tapi doc, saya selalu korek telinga.Macam mana pulak taik telinga saya boleh banyak lagi?" "Ye, saya tahu. Tapi awak dah tolak taik telinga awak tu masuk ke dalam lagi. Bukan bawa keluar. Awak pakai cotton bud kan? Sebenarnya tak elok pakai cotton bud ni." Ada hati tu nak melawan doc. Hahaha.


So, doc bagi ubat titik dulu untuk cairkan taik telinga.Dekat seminggu jugak aku terseksa, sakit tengkuk sebab asyik teleng kepala untuk titik ubat telinga. Dah la dua dua belah telinga.Huhuhu. Dua kali aku ulang pergi klinik tu untuk check taik telinga cair ke tak. Bila kita titik ubat telinga tu, dia akan jadi bertambah dengung sebab masukkan liquid kan dalam telinga. Dia buat aku jadi tak selesa. Rasa macam pekak weh.Serius. Banyak round jugak la aku menangis sorang sorang dalam bilik mengenangkan nasib telinga dengung ni. Sendu ja.Ikutkan schedule, Rabu ni baru pergi check up pulak kat klinik tu. Tapi aku dah tak tahan. Dah la Rabu aku start kursus. Gila apa nak pergi kursus dengan telinga tak dengar sebelah.

Sampai suku botol aku titik. Tak cayaq jugak, tak tau lah.

Makanya pagi tadi aku pergi klinik kesihatan. Mind you sebelum ni aku pergi klinik swasta. Cekau bukan main lagi duit aku.Umat manusia sangatlah ramai. Bila ramai ramai ni, orang kiri kanan bercakap, dengan telinga aku tak berapa nak dengar, rasa macam bising sangat. Aku nak tunggu nurse panggil nama aku pun aku tengok gerak bibir dia. Dengar sayup sayup ja. Sadis betul.Huhu.Masuk check up room, aku pun cerita la balik dari A to Z pasal telinga aku kat doktor. Mujur doc perempuan. Lepas tu dia suruh aku pergi bilik lain untuk kasi cuci telinga aku ni. Yang cuci telinga aku is MA lelaki. Hmph.Segan oi. Sebab masalah taik telinga keras.Nampak macam pengotor sungguh anak dara sorang ni T______________T  Lucky he was not showing any sign of disgusting in front of me. He treated me so well.

Meh nak cerita proses cuci telinga. Actually tak sakit pun. Sebab method yang digunakan ialah teknik semburan air. Dia guna syringe yang besar then dia akan picit air tu ke dalam telinga kita. Langsung tak rasa sakit. Tapiiiiiiii bila dia tolak syringe tu masuk ke dalam lagi, the pain comes. Tak lama.Kejap je rasa sakitnya. Sakit tu sebab pressure kuat kat gegendang telinga sampai kita rasa berpinar. Baru buat sebelah telinga, aku dah tumbang. Pening lalat. Terpaksa baring kejap sementara dia nak continue sembur lagi. Tapi feeling bila kita nampak taik telinga tu keluar, pergh...rasa bahagia sangat. Bila dapat dengar suara MA dengan jelas, rasa bersyukur sangat. Sebab aku ni style yang suka fikir ke depan. Terlalu ke depan. Takut telinga tak boleh dengar terus la, pekak la, apa la. Huhuhu. Aku puji la sikap doc and MA sini. Dorang buat kerja kemas. Tak buat kerja sambil lewa. Selagi tak cuci telinga aku, selagi tu la dia teropong dan sembur air sampai betul betul cuci. Thank you so much abang MA.

Dah setel tu, doc bagi ubat antibiotik dan ubat gatal pasal dia kata ada fungal kat telinga kiri aku ni. Tapi fungal tu akan hilang bila kita telan ubat.Hopefully la.Sekarang ni aku dapat mendengar dengan jelasnya.Terlalu jelas sampaikan bunyi air jatuh atas lantai pun dengar tajam ja. Macam dapat telinga baru. Hehehe.

Sebagai penutup. Ecewah.

Panjangnya entry kali ni. Heehoheeho.

Wednesday, September 25, 2013

Jumpy

Bila dah kerja ni, kadang kadang rasa macam tak ada life sangat. Pagi pergi kerja, tengahari balik rumah terus terbongkang tidur. Malam pulak prepare lesson plan untuk nak ngajar esoknya. Haa..Gitu lah basically my daily routine. Bosan kan? Dah lama tak hang out dengan member. Member pun dah jauh. Sekarang ni peneman aku kat sini is my laptop and external. Source of entertainment. Walaupun dah khatam runningman dari episod 1-163, still ulang tengok lagi. Peneman hidup di kala kebosanan. Nak keluar tengok wayang pun dah malas sekarang ni.

This entry gonna be jumpy.Series of events that are not related to one another.

Sekarang ni dah pandai selfie la tuan blog ni. Hahaha. Jangan tak tahu satu sekolah dah terpengaruh dengan inner ayunar ni. Aku siap repeat order hari tu dek cikgu sekolah berlumba lumba order. Tak kira tua atau muda. Semuanya nak bergaya.


















Tolong cikgu PJ conduct ujian SEGAK. Hish. Rasanya zaman aku dulu tak ada lagi ujian SEGAK ni. Budak kena tekan tubi, naik turun bangku, check tinggi, berat dan macam macam lagi la. Nak tengok fitness budak kat mana.

Ni pulak pemandangan dari tingkap bilik. Obviously, rumah aku rendah dari rumah jiran seberang jalan. Jarang aku nak buka tingkap bilik aku ni. Lebih suka tinggal di dalam kegelapan.Hahaha.

Ini pulak dinner aku dengan housemate a few nights ago. Dah jumpa tempat best nak makan. 5 City Restaurant. Ulang pergi situ hari hari. Orang kedai sampai dah kenal. Depa ni style tak kedekut lauk dan nasi. If mintak nasi goreng kampung, setiap suapan tu penuh dengan ikan bilis. I loike. 

Told ya this entry is way too jumpy. Toink toink toink. Have a nice day guys! =)

Monday, September 23, 2013

Tampal gigi

Benda ni jadi minggu lepas. Baru nak cerita. Aku makan keropok lekor, tiba tiba aku rasa something wrong dengan geraham atas aku. Rasa punya rasa, eh eh dah makin teruk pulak lubang tu. Gigi aku dah berlubang lama dah. Cuma aku malas nak pergi tampal sebab lubang dia sikit ja. Plus, tak sakit. So, lagi la buat aku malas nak spend duit pergi tampal. Tapi this time, lubang dia dah dahsyat. Aku yang naik risau. Even tak sakit, aku takut dia makan gigi aku sampai habis. At the end, kena cabut terus which leads to hilang satu geraham yang akan buat aku senyum tak cantik. Hahaha. Nampak permainannya disitu? My main concern is takut senyum nanti tak lawa. =D Bukan sebab susah nak kunyah makanan ka apa. Choiiiii.

So, riki riki la kat housemate kat mana dentist area Segamat ni. Kebetulan dia pun baru ja few weeks pergi cabut gigi kat dentist. So,aku pergi tempat yang sama la. Klinik Pergigian Low. God knew how I felt that time.Aku ni banyak bad memories dengan dentist. Tambah tambah dentist kerajaan. Dulu time kecik kecik, gigi aku rongak. So, everytime dentist datang sekolah, mesti aku kena panggil. Tampal gigi sentiasa. Haish. Sampai naik trauma la aku dengan jarum dan drill dia tu. Kali ni aku pergi dentist private. Saja nak bazir duit. Haha.


Asalnya nak suruh doc check dulu condition geraham aku tu. Sebab tanya orang kaunter kalau nak cabut gigi or tampal gigi RM 55 per tooth. Tapi harga boleh jadi lagi mahal depends on difficulty of nak cabut gigi tu. Aku bajet RM 150 ja. So, after check, doc cakap boleh tampal. Tak perlu cabut. Lega gila rasa time tu. Lepas ni senyum still full gigi. Hahaha. Time dia drill lubang nak kasi cuci tu, ngilu teramat tapi tak sakit. Aku pun pelik kenapa tak sakit. Sebab time kecik dulu buat sakit sampai 'teghebit' ayaq mata. Kali ni buat, aku steady ja. Mungkin faktor usia yang sudah meningkat tua membuatkan aku tidak lagi gentar berhadapan dengan dentist. Cewah.

Dentist ni cina. Lelaki. Dia perosah gigi aku with bare hands weh.Aku tak kisah pun tapi aku pelik dia tak geli pulak pegang gigi aku dengan tangan dia tak berlapik. Dengan ayaq liuq aku bertakung dalam mulut tu sebab nganga lama sangat.Gila kentang betul dentist ni. Agaknya dia dah lali kot. Yo lah. Tiap tiap hari duk ngadap gigi. Sampai naik jemu dah. Buat tak sampai 30 minit, siap. Melayang RM 110 sebab lubang geraham tu dah merebak ke another geraham. Lepas ni kunyah makanan tak da la melekat lekat lagi kat gigi tu. Even sampai sekarang ni pun aku nak kunyah makanan kena slow slow. Tak biasa dengan tampal tu lagi. Rasa pelik.Duk besa lubang.Haha.

Rasa rasa macam nak pergi lagi kat Dr Low ni nanti. Nak kasi cabut gigi tunggul pulak. Siap duit laaaaaa.

Sunday, September 22, 2013

Kalam Jamaie

Lama tak update blog. Pasal kuota internet dah habis. Aku amik plan Maxis yang 4 gig peak hours 4 gig off peak. Yang peak hours tu la yang dah habis. So, sekarang ni nak online kena tunggu time off peak (2-8 pagi). Memang idok sempat la nak update time weekdays. So, banyak benda jadi this week. Ujian SEGAK, Latihan Kebakaran dan Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan. Semalam pulak, aku bawa budak pergi pertandingan Kalam Jamaie kat Felda Redong. It was my first time drive jauh dalam area Segamat ni. Hahaha. Sekolah ni punya la ke dalam nya. Felda kan. Tapi kawasan felda ni bagi aku menarik dan cantik.

Before bertolak. Sesi grooming budak budak. Hahaha.

Actually aku bawa budak pergi sebab dorang tak cukup kereta. Cikgu lain semua dah ada family. Payah sikit nak keluar time weekend.So, dia tarik yang single. Kalam Jamaie ni choral speaking in Arab. To be frank, aku sepatah haram pun tak faham apa yang depa duk choral kan. Mujuq la ada tukang translate sebelah aku merangkap housemate baru aku tu. Dia budak j-qaf. So, setiap kali peserta choral speaking, aku suruh dia cerita pa ke bendanya depa duk cakap tu. Yang aku faham "sohih sohih sohih" ja. Favourite phrase contestants. Tabik la aku kat orang tahu bahasa arab ni. Advantage gila kalau pergi tanah Arab. Malu pun ada sebenarnya sebab sebagai orang Islam, sepatutnya kita pun kena fasih bahasa arab ni.

Cute minions. Hehehe.


Baju dorang dari head to toe ustazah yang buatkan. Custom made tau. Gigih betul menjahit dress tu. Even brooch and inner pun ustazah tu jahit sendiri. Pakai tangan pulak tu. Dia suka benda benda macam ni. So, ngadap sehari suntuk pun tak apa. Paling aku kagum brooch tu la. Kreatif. Rupanya senang ja nak jahit brooch kedut kedut lagu tu. Cuma kena tahu teknik dan cara saja.

 Antara sekolah yang bertanding. Macam macam costume ada.


 With le new housemate merangkap translator of the event. Hehehe. 

Kitorang perform nombor satu. Tangan siapa la yang bertuah sangat time cabut tu. Mujur la budak budak ni cool ja. Langsung tak gugup. Senyum ja all the time. Unfortunately, we did not win. Semuanya hebat hebat belaka. Don't worry kids. Next time cuba lagi. Event habis pukul 1.30. Terus aku pecut balik sekolah. Budak yang naik dengan aku dah macam mak cik mak cik dah. Bila aku brek mengejut, "eh eh" tak henti. Aku pecut sebab ngantuk. Nak cepat sampai rumah.

Sampai rumah, terbongkang tidoq sampai pukul 7 malam. Gila tak? Burn one day weekend aku. 

Tuesday, September 17, 2013

As usual

So,hari ni sekolah macam biasa. Nothing interesting. Masuk mengajar macam biasa. Cumanya aku sedikit geram dengan budak tahun 3S. Memanjang ja tak siap homework. Bila tak bagi homework, mak bapak hingaq kata cikgu tak bagi homework. Bila bagi, tak buat pulak. Lemak berkrim betul. Cuti sampai 3 hari langsung tak sentuh homework. Macam mana dia stop buat kerja tu on Friday, macam tu jugak la kerja tu arini. Huh. Menyirap darah weh. Sudahnya, aku kasi cubit lengan siapa yang tak siap. Ini bukan first time aku cubit, dah banyak kali aku cubit. Tapi dorang tak heran pun weh. Macam tu jugak. Haish. Letih mak noks.

Tahun 6 dah habis UPSR,sekarang ni dorang rileks banyak la. Aku masuk kelas tadi pun dorang buat dek ja.Tambah tambah yang rasa diri tu pandai daripada kawan yang lain. Aku cakap kat depan, dia buat dengar tak dengar ja. Geram betul. Aku malas nak naik tangan sebab dah besar. Pandai pandai la fikir sendiri. Mulut tu cakap tak berhenti, bila suruh buat kerja, dia paling lambat siap. Aku tengah fikir language game yang fun untuk buat kat dalam kelas. Yang tak berat. Sebenarnya zaman mengaji dulu banyak language game yang aku main tapi memory lost tiba tiba. Dah lupa daaaa..Spelling bee,simon says, win,lose or draw, apa lagi haaa? Tell me, tell me. (Actually boleh ja google tapi saja mengada nak tanya readers jugak. Nak manja manja.Kahkahkah)

Ok la you'olls. If ada game yang korang rasa sesuai untuk dimainkan oleh budak yang English proficiency nya low to average, kasi tau la ea.Thank you!

Monday, September 16, 2013

New housemate

Housemate baru dah masuk. Alhamdulillah, she's very friendly. Walaupun baru je kenal, tapi bersembang macam dah lama kenal. Senang nak masuk. Dah nampak dah masa depan aku ni. Rasanya kami akan selalu berkongsi cerita dan masalah pasal dia pun posting kat sekolah aku. Plus, kami sebaya. Dia tua setahun je daripada aku dan masih bujang. Tadi pergi makan kat luar sesama, she asked me to drive her car. Dia baru dapat lesen tahun lepas. Still takut takut lagi nak bawa kereta. Lagipun dia masih lagi blur jalan kat sini. Kereta aku dan dia sama jenis ja tapi aku jadi cuak pulak nak drive kereta orang. Jadi patung kejap bila masuk dalam kereta. Hahaha. Tak tau nak buat apa. Boleh macam tu?

Esok dah mula sekolah dah. Haish. Mujur minggu ni sekolah 4 hari ja. Mintak mintak la tak ada meeting or whatsoever in the afternoon. Maleh nak stay back lama lama kat sekolah. Mood ke laut sekarang ni. Agaknya sebab homesick kot. Asyik teringat Aloq Setaq ja. Duk menghitung hari nak balik kampung.

Ok la. Dah mengantuk. Nak kena tidoq awai. Esok nak bangun awai. Daa daa. Toodles!

Sunday, September 15, 2013

Move

Fuh. Dah selamat pindah bilik. Nak dijadikan cerita, rumah ni ada satu bilik kosong yang mana lebih kondusif. Ada sistem pengudaraan yang proper dan toilet sendiri. So, akak housemate suggest la pindah bilik situ since in two days ada orang nak masuk menyewa bilik yang kosong kat rumah ni. Mula mula pikir malas nak pindah bilik. Malas nak mengangkut barang, malas nak kemas bilik dan malas. Kunci utama, malas. Tapi bila difikirkan balik, rugi kalau tak pindah bilik tu. Sebab bilik tu macam lagi 'superior' dari bilik aku. Mana aci housemate baru naik takhta terus. Ye dak? Dasar busuk hati betul. Kahkahkah. So, pindah jugakla ke bilik baru. Thanks to akak housemate sebab tolong angkat katil dan meja study. Kalau aku sorang, memang tidak berdaya I tell you.


 So, in two days time, we'll get a new housemate. Hopefully, we will be able to get along well. Hidup menyewa sama sama ni tak selalunya indah. Cewah. lain orang, lain caranya. Kalau dapat hat style baguih, tak berkira bil api ayaq, ke-lia. Kalau dapat hat gila berkira, tu yang tak berapa nak syok tu. She will be posted in my school. Umur 25, so that makes me adik to her. Still the youngest in that school. Hahaha.

By the way, One Stop Superstore buat sale. Barang semua buy 1 free 1. If beli satu, half price. Gila tak membuntang mata aku masuk kedai tu. Kedai dia macam DIY jugak. Banyak benda comel dan obviously, way cheaper than the other store. Tuan blog tak pi kedai hat mahai mahai. Kita sedaq kita sapa. Hidup makan gaji tak senang tegha' mana pun. Kekekeke. Plush toy dia jual RM 2 ja. Semalam aku dah tengok. Ingat nak beli satu letak dalam kereta. Tapi letak balik sebab rasa membazir. Even it is RM 2. Tak mahal mana pun. Balik rumah, terbayang bayang pulak plush toy tu. Haish. Umuq 24 pun still gila plush toy.

Rasa rasanya, macam nak kena pergi lagi je kedai ni. Muehehehe.

Friday, September 13, 2013

It's over.


Alhamdulillah UPSR has just ended. I would say that the questions were not very hard but very tricky. Sekali pandang, macam ini jawapannya.Tapi bila baca sekali lagi, macam bukan jawapannya.Haa.Gitu la gambarannya. This is my first time experiencing this kind of situation. Nervous mengalahkan budak. Jantung macam nak luruh, perut tiba tiba memulas. Simptom normal bila nervous. Anyway, I am glad that it is finally over. Lepas ni dah tak ada kelas tambahan petang. Big yeaaayy for the students and teachers as well. Fuh. Lega. Lepas ni boleh fokus kepada tahun 3 pulak. PBS banyak lagi tak setel.

Sabar menunggu budak habis jawab exam. 

Lepas budak habis jawab, aku belek kertas dorang. Aku check paper budak paling top dalam kelas aku je. As a benchmark. Dia salah 6. Hurm. Terus down nak check yang lain. At least kalau nak dapat A, kena 35/40. Hopefully they will get high marks for paper 2. Kelas aku, aku target 3 orang ja untuk A. Yang lain, setakat lulus pun dah cukup. Tak nak high hopes sangat. Sebab aku tahu tahap dorang dimana. Ada yang eja 'girl' pun salah. Repetitively. Kita betulkan pun, tak masuk dalam kepala otak. How am I supposed to deal with this type of students? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Not that I am the only one, other teachers are feeling the same way too. Tahun ni aura pelajar tu tak berapa nak sampai. So, tawakkal je lah. Hoping the percentage of passes will increase than last year. Naik sikit pun jadi la. If tak, nak kena mengadap big boss. Menjawab la nanti. Huhuhu.

Gambar semalam. Sewaktu last minute kasi tips. Budak pun tepu kepala otak. Lepas satu, satu. 

Tuesday, September 10, 2013

Living with the married.

Aku nampak kacang hijau terendam dalam tupperware kat dapur dari semalam. Ku sangkakan housemate nak buat bubur kacang.

A: Akak, kacang hijau tu akak rendam dari semalam nak buat bubur ka?
H: *ketawa kecil* Eh, tak da la. Ada la hal sikit.
A: *masih lagi blur*
H: *blushing*

After a few seconds,

A: Oh..ok ok. Faham. Hal rumah tangga eh.
H: Hehehe. Nak cuba petua orang tua. 

Aku lupa status housemateku yang sudah berlaki. 3 tahun sudah berkahwin masih lagi tak dikurniakan cahaya mata. So, kacang hijau ni antara alternatif lain untuk bagi lekat kot. Entah. Aku pun malas nak tanya lebih lebih. Sebab housemate pun macam malu malu nak cerita. Sebelum ni dia makan ubat apa entah, aku tanya jugak "Makan ubat apa tu kak?". Dengan niat nak concern la. Kot kot housemate tak sihat ka apa. Respons dia sama jugak la macam kat atas ni. Ketawa kecil lepas tu macam nak tak nak ja jawab. So, aku faham faham sendiri la.

Tak sampai masa aku lagi nak amik tahu hal laki bini ni. So, if dia tak nak bercerita pun, aku faham la. Mesti dia segan nak kongsi dengan orang single.

Motivation for UPSR

Aku ada janji dengan budak kelas aku kalau dorang ada peningkatan markah dalam peperiksaan dalaman aku akan bagi hadiah. So, ada a few yang meningkat untuk first test. Second test, bertambah ramai yang meningkat. So, aku decide untuk bagi kat semua. Fair and square. Lagipun, aku tak nak dorang rasa down bila aku tak reward dorang. Biarlah dorang rasa dorang ni special di mata aku. Boost up their motivation to do well in UPSR.

Ecewah. So, weekend aritu pergi DIY mencari something untuk dorang. Time tu tak boleh decide lagi nak beli apa. Since aku ni pun cukup cukup makan ja sekarang ni, aku nak cari something yang simple, murah dan comel. Melilau mata ni mencari benda apa la aku nak bagi kat dorang. Memula terfikir nak beli kad. Tapi bila fikir kuantiti yang banyak, macam lari bajet ja. So, ready made card out. Tiba tiba ilham datang, nak bagi mini card handmade. Tapi nak cari something jugak. Add on to mini card. Tetiba ternampak kepit kertas cute. Tengok harga, hah..within budget. Terus grab. Comel teruk kot penyepit ni. Colorful. Tu yang penting. Budak budak suka sikit benda yang colourful ni. Ye dak?

Siapa kata benda ni tak cute, dia gila. Hahaha.

Kebetulan mood aku tengah rajin. Makanya aku print out la wishes untuk dorang. Lepas tu pelekat atas coloured papers lepas tu gunting guna gunting ketak ketak pelbagai corak. Memang puas hati buat. Sebab effort sendiri kan. Belemoih habih tangan men dengan gam. Tapi tak pa. Cikgu sanggup. Demi anak murid cikgu. Gituuuu.

So, inilah hasilnya. Wishes sama ja untuk semua orang. Kang tulis lain lain, dikatanya pilih kasih pulak. "Kenapa ucapan kau panjang, aku punya pendek?" So, better sama ja semua. 

So, tadi aku kasi kat dorang. Ternyata dorang sangat super excited dan siap tayang kat kawan kelas sebelah. Glad they like it. Harapnya, dorang sedikit termotivasi untuk buat bersungguh sungguh untuk UPSR. Bangga ja aku bila dorang kepit wish tu kat tie dorang. So sweet. 

Since kelas yang aku ajar ni budaknya ramai yang low level, maksud "dear" pun dorang tak tahu. One of the boys knew the meaning and he said, "Dear tu maksudnya sayang la.Wah. Cikgu Zafirah sayang kita semua la." Aku pulak yang blushing dalam kelas tu. Mesti la sayang. Hikhikhik.

All the best to all Year 6 pupils!

Monday, September 9, 2013

KK in Dec

Dah lama teringin nak pergi KK tapi selalu ja tak berkesempatan. Semalam Elin roger pasal tiket MAS pergi KK tengah murah. RM 300 return. Gilo. Mana tak membuntang mata aku tengok harga tu untuk MAS. So, decide nak beli terus la. Time tu dia dah tulis dah limited seats available untuk harga tu. Nervous time nak booking tu pasal takut tak dapat harga tu. As expected, harga naik jadi RM 360. Huh. Baru berangan nak naik MAS. Elin suruh compare dengan Air Asia. Sekali Air Asia harga RM 252 ja (tak masuk check in baggage). Last last, end up beli dengan Air Asia. Hohoho. Aku amik check in baggage so total RM 312. 

Excited lain macam sikit nak pergi KK ni sebab dapat pergi dengan darlings.Plus, dah lama tak gather dengan dorang. So, KK see you in December. Bajet lari bulan ni pasai beli tiket. Next gaji nak kena allocate betul betul. Dengan nak beli peti ais lagi. Haish. Dunia oh dunia. Duit nuffnang dah aku cash out kan tadi. Beda nak buat duit belanja pi Sabah nanti. Masuk kali ni, baru dua kali aku cash out. Dan kedua duanya aku gunakan untuk pergi travel. Pusing kot situ jugak la income blog. Lagipun income blog ni banyak dapat sebab aku blog pasal travelling. So, rasanya berbaloilah disalurkan ke arah itu.

So, aku nak tanya la kat korang. Apa tempat menarik kat KK yang harus aku pergi. Kalau tak pergi, tak lengkap percutian ke KK. Gitu. Pantai apa yang ada dekat KK? Nak experience jugak sandy beach kat KK. Wah wah wah. Dan accom kat mana yang murah. Ada readers dari KK tak? 

Nom nom nom

Cerita pasal makanan pulak la. Kata kuat makan.


Khamis malam Jumaat, ada solat hajat kat sekolah sempena UPSR. Dorang jamu makan nasi ambang. First time aku jamah nasi ni. Not bad. Cumanya, aku tak usik mee. Sebab perut tak boleh terima gu nasi dengan mee. Yang lain, clear masuk perut. Aku tertanya tanya jugak asal usul nasi ambang ni. Kenapa combo dengan mee? Lepas tu ada macam serunding nyioq. Ada ikan kering. Bila gu sekali, eh sedap pulak. Tapi not with mee definitely. Tak boleh terima oi. Kalau aku boleh improvise nasi ambang ni, aku takkan letak mee. Hahahaha. Sesuka hati ja nak improvise makanan jawa.



Petang Jumaat pulak tetiba terasa teringin sangat nak makan spageti. Malas nak makan kat kedai sebab sensorang. So, pergi Nirwana beli bahan. Ketung ketang kat dapur, siap. Aku buat banyak. Sampai ke hari Ahad tak habis lagi makannya. Tapi takpa, aku suka. Ulang makan banyak kali pun aku tak jemu. Nyam nyam. Sedap oooo.. Choiii..Puji masakan sendiri. Hahaha.

Ala..senang je nak buat spageti. Tak susah pun. Aku belajar buat ni dari Khai. Sampai sekarang la kalau masak spageti ni, mesti teringat kat dia. Sifu masakan.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger