Menyambut tahun baru dalam keadaan kurang sihat.Hari ini saja dekat 3 kali aku telan ubat.Sakit kepala menyerang, hidung tak berhenti mengalirkan mukus dan perut meragam tak tentu pasal.Naah.Longlai seketika.Sekarang di bawah pengaruh ubat.Gonna have some rest.Till then, bye bye.
Friday, December 31, 2010
Wrap up 2010.
Nak wrap up apa yang jadi sepanjang tahun 2010.
Januari 2010 : Mengenali hati budi si dia dengan lebih mendalam.Start tukar phone number.Persiapan untuk ke Welly.
Februari 2010 : Selamat terbang ke Welly. Decide untuk ambil one step further in relationship with him.Mula tangkap cintan walaupun tahu risiko long distance relationship.Pertaruhkan emosi diri sendiri namanya ni.Hohoho.
March 2010 : Settle down kat Welly.Mula menyesuaikan diri kat tempat orang.First time join dance show untuk Asian Night Festival.Dari sini skill menari zapin diasah.Kagum dengan diri sendiri sebab mampu menari zapin! Hahaha.Anjurkan printscreen contest kat blog.Mendapat sambutan hangat dari readers.
April 2010 : Trip ke Rotorua.First time ever in my life buat bungy jump.Mencabar keupayaan diri sendiri.Mula sukakan aktiviti lasak and I'm looking forward to do more challenging activities.Dah mula merangka bajet untuk try the highest bungy jump in Queenstown.Hohoho.
Mei 2010 : Mengalami konflik identiti.Risau dengan perubahan bentuk badan.Semakin berani menceritakan perihal pengutip durian di dalam blog.Terlalu banyak yang berlaku dalam bulan ini.Ada yang gembira dan ada yang sedih.Mendapat berita tentang kematian salah seorang saudara terdekat.
Jun 2010: The sweetest month for me.Usia menginjak ke angka 21.Lebih sweet bilamana si teruna menyanyikan lagu birthday live di corong telefon bimbit.Terharu gila.Tak lupa juga kepada darlings dan teman seperjuangan yang tak putus putus mendoakan kesejahteraan hidupku.Dapat tiga biji kek on my birthday.What more can I say.Sayang korang semua.
Julai 2010 : Winter break.Melancong ke Auckland bersama Att.Macam survivor ok.Makan sardin tiap tiap hari.BERSATU Games take place in here.Sempat berjumpa blogger hot, Lumut.First time merasa salji di bumi Wellington.Main salji memang tak ingat dunia la.Once in a lifetime beb.
Ogos 2010: Ramadhan in Welly.Pengalaman yang sukar dicari dimanfaatkan sebaik-baiknya.Keadaan yang sejuk membuatkan perut cepat lapar.Mujur waktu berbuka seawal 5 petang.Kena masak juadah berbuka sendiri dan time ni la aku belajar menghargai makanan.Rajin bangun sahur weh.Hehehe.Diterima bekerja sebagai cleaner di rumah Mrs. X.Muka keluar kat slot Salam Perantauan Mingguan Malaysia dan Berita Harian.Gila glamour ko sampai dua paper nak interframe.
September 2010: Menyambut hari raya yang pertama jauh dari keluarga.Tacing sorang sorana.Belajar buat kuih sendiri.Terhasillah master piece semperit yang tak berapa jadi,kuih rab gebu dan kuih cornflake madu gam.Buat open house, attend open house dan menggemukkan badan dengan makanan yang sedap.Siapa kata duk oversea tak boleh makan rendang?
Oktober : Launch Raya Sakan Contest.Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan dari blogger.Birthday si teruna.Bekerja kuat untuk mendapat duit lebih untuk dibawa pulang ke Malaysia.Had good time working at Mrs. X's house. Secara rasminya dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Setiausaha Wellington Malaysian Students Organization (WMSO).
November : Habis sem.Huu haa huu haa dengan member.Kutip mussel, shopping, Rose dilahirkan dari Noel Leeming.Get myself a secondhand 32 gig i-Pod touch.Menunggu masa untuk chow dari Welly dan pulang ke Malaysia.Home sweet home.Kedah banjir teruk dan rumah tok antara yang menjadi korban.Pertemuan pertama selepas 9 bulan dengan si teruna.Hati berbunga bunga.Pertemuan demi pertemuan diatur selepas yang pertama.Lepas rindu der.
Disember : Sesi menghabiskan duit.Bercuti ke Langkawi. Mendapat perkhabaran gembira dari si teruna.Dia diterima masuk ke UITM.Sangat bersyukur ke hadrat Ilahi.Thank you Allah.
Sedikit sebanyak coretan blog untuk 2010.Terlalu banyak memori.Ada yang manis dan ada juga duka.Yang pasti, aku semakin matang dalam membuat keputusan.Anda pula bagaimana?
Nearly come to the end.
Hari ini cuti umum.Syok la naa ampa yang duduk belah KL tu.Kedah injak cuti hari Ahad.Bermakna start sekolah hari Isnin la.Bukan main seronok Ika dan Bang Cik.Budak maktab pun apa kurangnya.Semua pakat bersorak kegembiraan kat FB. Terima kasih PM.
Sedar tak sedar dah 31 Disember dah.Oh my.Esok dah masuk 2011.Macam tak percaya ja.Ish.Korang ada planning ke nak sambut new year? Aku non-ado.Duduk terperap dalam rumah je la.Plus, lesen nak keluar malam kena tarik bila ada kat kampung ni.Tok pantang cucu dia keluar malam dengan orang luar.Kalau dengan ahli family, dia ok.Tapi bagus juga sambut new year kat rumah.Sekarang ni macam macam benda boleh jadi kat luar tu.Aku ni nampak je kental, tapi kalau kena kacau dengan mat rempit fewit fewit tepi jalan sebenarnya dalam hati dah goyah.Takut dorang buat lebih dari tu.Elok benarlah duduk dalam rumah je.
Bagi yang planning nak sambut new year kat luar, berhati-hatilah.Tambah tambah yang anak dara ni.Jaga batas dan pergaulan.Jangan pula halalkan apa yang haram ye.Kalau boleh, jangan pergi berdua je dengan bf, bawalah teman perempuan yang lain.Nak berseronok pun ada batasnya. Jangan menyesal di kemudian hari sudah la.
Labels:
new year 2011
Thursday, December 30, 2010
Kecewa dengan sikap pemandu bas.
Dah lama aku perasan benda ni.Tapi aku tak tahulah whether aku yang bad luck or apa.Setiap kali aku tahan bas Mara Liner, mesti dia tak berhenti.Haram J betul.Tak kira la dari Alor Setar atau Jitra, sama ja! Hangat hati betul la.Last last ambil teksi juga.Tak tahulah apa salah aku.Aku tunggu kat bus stop kot.Lainlah kalau aku tunggu kat tepi jalan.Memang maki hamun juga la aku kalau dia tak berhenti.Nak kata orang ramai dalam bas tu sampai tak cukup seat, tak juga.Kosong ja aku tengok.Apa guna weh bawa bas kalau tak nak ambil passenger? Kira nak pederaih sampai kat stesyen ja.Makan gaji buta namanya tu.Memang aku dah sabar lama dah.
Tak faham betul la dengan sikap driver bas sekarang ni.Kalau dah nama pun bas awam, patutnya berhenti la bila orang dah gawang tangan kat bus stop tu.Public percaya pada bas awam untuk bawa dorang dari satu destinasi ke destinasi lain.Bila driver bas buat taik macam ni, memang orang akan panas hati la.Mujur ada teksi.
Lepas ni haram aku nak tahan Mara Liner kat bus stop.Sombong sangat dengan aku.Merajuk!
Titi Gajah.

Psst..Kat kawasan ni jugalah selalu berlakunya kemalangan ngeri.Dah banyak kali area sini accident.Tak kira la yang bawa kereta atau motor.Ada yang sampai mati.Puaka kot.Huhuhu.So far, tak pernah lagi pintu rumah kena ketuk malam malam.Minta simpang la!
Labels:
home sweet home,
Kedah
Cable Car, Langkawi.

Cemuih tunggu turn lama sangat.Camwhoring sat.



Ya.Tahu tahu.Dah koi tembam. T_T
Labels:
darlings,
experience,
jalan-jalan,
langkawi
So called kakak mithali.


Misi mencari kasut dimulakan.Kasut Ika senang nak cari sebab dia dah target nak kasut macam mana.Mai tang Bang Cik ni, jem teruih.Next year dia jadi pengawas.So, kena beli kasut hitam.Kaki pula saiz besaq. Kaki gajah.Macam aku juga la.Tapi kaki dia lagi giant.Masuk Kedah Shopping Centre, minta saiz 10, tak celuih.Masuk kedai lain pula.Minta saiz 11, banyak yang dah habis stok.Banyak kali juga la dia try kasut.Semuanya tak lepas sebab muncung depan tak cukup lebar untuk kaki dia.Sampailah satu kedai ni, banyak sikit choice kasut hitam.Lepas satu, satu dia try.Sampai satu tahap, aku berdoa please lah muat.Tak larat dah nak mencari.Mujur ada satu kasut ni muat.Saiz 11 der! Dah rupa McDonald dah weh.Punya panjang! Hahaha.Nasib hang la Bang Cik.Kaki gajah tak boleh nak buat apa dah.Jenuh gelak aku tengok panjang kasut tu.Panjang sungguh!

Setel semua barang sekolah, pekena movie Janin.Tak best sangat bagi aku.I was expecting more from it.It turned out to be a little bit boring.Plot pun aku kurang faham sikit.Aku rasa orang lain pun mesti rasa macam tu juga sebab trailer dia nampak macam gempak gila tapi sebenarnya so so je.

p/s: Boleh labelkan saya sebagai kakak mithali tak? Hehehe.
Blog awek Fahmi, goalkeeper Malaysia diterjah bertubi-tubi!
Nah.Rentetan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia semalam terus menaikkan nama goalkeeper kita iaitu Khairul Fahmi Che Mat.Terus glamour mamat tu noks.Awek dia, Elia pun turut terkena tempias.Haa.Makan hati la awek solo kat luar sana yang baru pasang niat nak tangkap cintan dengan Fahmi.Termasuk la aku.Hehehe.
Aku dapat tahu pun dari Kak Dee after dia post url blog awek Fahmi kat FB.Sekali pandang macam pernah tengok.Sah la pernah buka blog dia dulu tapi time tu tak discover lagi dia tu awek Fahmi.She was one of my Raya Sakan Contest contestant.Akibat populariti Fahmi yang kian melonjak naik, follower blog Elia terus mencanak naik jadi ribu riban.Punya la nampak fanatik orang kita dengan Fahmi sekarang ni.Ku ingat perempuan saja yang tertarik dengan love story Elia dan Fahmi ni, rupa rupanya lelaki pun ikut follow up blog Elia.
Member lelaki siap chat kat FB, "Dah tengok blog awek keeper?"
Nah.Betapa kuatnya aura Fahmi sekarang ni.Semua mesti nak tengok siapa buah hati Fahmi ni kan.Hot stuff der.Panas panas.So,kepada yang belum tengok awek Fahmi ni, bolehlah jengah di
Be nice to her.Elia ni dah lama blogging.Jangan pula ada yang anggap dia buat blog semata-mata sebab nak jaja story dia dengan Fahmi pula ye! It's a coincidence.Dia pun still terkejut lagi blog dia tiba tiba jadi hot.Still tak percaya Encik Apex dia jadi bualan ramai.Komen sampai beratus ratus.Hahaha.
Labels:
blogger,
blogging world,
khairul fahmi,
sports,
suzuki AFF
Telaga.
Dah lama tak menggali air dari telaga.Found this one big well at Pulau Beras Basah.After dah berendam dalam air laut yang masin, molek la kiranya basahkan badan dengan air telaga pula kan?Tak ada la bergetah sangat badan time naik bot nanti.Rasa segan nak mandi over over tepi telaga tu sebab ramai yang duk tunggu turn.Rasa macam buat free show pula.Hehehe.Jirus sekali je lah.Lagipun air telaga tu dah nak habis.Tak boleh penting diri sendiri.Kena ingat sama orang belakang.
Cedok jangan tak cedok ayaq tu akak ooii.
Dalam kan? Kalau terjatuh, agak agak life guard boleh bantu tak? Hehehe.
Labels:
darlings,
experience,
jalan-jalan,
langkawi
Need your opinion.

Ehem.

So long and farewell Dayang Bunting.
Suka ke tak aku besarkan gambar kat blog ni? Semak mata ke just nice?
Mula mempercayai kuasa life jacket.


Nooh.Berpaut tak lepas der! Takut! Kaki tak pandai nak kayuh dalam air.Huhuhu.
Still berpaut kat tepi tebing tu.Time ni rasa macam telur di hujung tanduk.Depa suruh aku lepas slow slow tapi aku tak berani.Muka cuak tapi at the same time rasa nak gelak pun ada.Rasa macam useless nak mampoih.
Akhirnya, lepas juga dari berpaut kat tebing tu.Hihihihi.I dah pandai kayuh kaki dalam air you'olls.Syok syok.Ku mula mempercayai kuasa life jacket untuk mengapungkan pemakainya.Hehehe.
Labels:
darlings,
experience,
jalan-jalan,
langkawi,
personal
Wednesday, December 29, 2010
Tahniah Malaysia! 4-2.
Awal game, aku macam nak maki hamun supporters Indon sebab terang tang tang nampak laser hijau kat muka Khairul Fahmi.Tapi terus cool down balik bila tengok Fahmi langsung tak endahkan pasal laser tu.Game still diteruskan.Tabik la dengan sikap Fahmi yang tak gelabah macam team yang lagi satu tu.
Bila Safee bubuh satu goal, aku tergamam sebab tak ada langsung defender dari Indon kat situ.Just ada pak cik Markus ja.Biaq betul Indon boleh terlupa nak guard Safee? Hahaha.Apa-apa pun nice shot Safee!
Tak pernah aku bersemangat macam ni.For the first time, update status kat FB selang 5 minit.Hohoho.Pulun sorang sorang.Tapi worth it sebab Malaysia menang aggregat 4-2.Cayalah Harimau Malaya! Tahniah Malaysia and Indonesia for the good game.Supporter Indon, tolonglah jangan fanatik sangat sampai menjejaskan kesejahteraan kedua dua negara ye.Cool dude.Diharapkan media Indon tak keluarkan spekulasi pelik lagi lepas ni.Cukup cukup la dengan kenyataan Kunalan pemain import, Malaysia jampi padang sampai goalkeeper Indon gatal gatal time main.What the fish.Hahahaha.Stop playing dirty media!
p/s : Berkenan dengan Muslim.Ooopss! =)
Kawan sampai mati =)

Nooh.Tak sempat masuk wayang lagi, dah suku kotak pop corn.Hahaha! Tunggu adinda Kamil lama sangat.
Seronok lain macam sikit lepak dengan depa ni.Otak sorang sorang, gila.Kalau tak gelak, memang tak sah! Style buat lawak kelolo tak ingat.Jangan tanya aku kelolo tu apa.Aku tak reti nak terang kat ampa semua.Tengok TRON for second time.Baru masuk wayang, dah buat hingaq.Mujur duduk sebelah Awa.Kalau duduk sebelah Nun, jenuh dengaq ulasan dia.Style tak boleh tutup mulut habaq hang.
Dah habis TRON, kami pi pekena nasi kandar kat Yasmeen pula.First time datang situ.Boleh tahan juga ayam dia.Pekena sepinggan tak kenyang! Order roti telur pula.Serius roti telur dia sedap.Kuah dhal tu pun sedap.Licin pinggan cek makan! Suka suka.Dalam pukul 6.15 petang, kami mula beransur pulang.Tok dah warning "Hang nak keluar meronda time siang ja.Malam malam jangan duk keluaq" Faham sendiri la naa.
Chalet.

Satu malam = RM 50. Ok la tu. =)
Labels:
darlings,
duit oh duit,
jalan-jalan,
langkawi
Shopping ikan bilis dan coklat.
Demimu belacan.
Kalau datang Langkawi ni tak sah kalau orang rumah tak pesan belacan.Tok selalu borong belacan.Dia kata belacan pulau sedap.Tak rugi beli banyak pun sebab dia tahan lama.Letak la dalam peti sejuk tu, setahun pun boleh tahan! Noh.Waktu pergi awal bulan 12 hari tu,dia dah beli banyak.Ini nak pesan lagi 2 kilo.Nak tak nak, kena pergi beli juga la kan.Satgi merajuk pula orang tua tu.

Tengah tunggu mak cik tu timbang belacan.Yang special pasal belacan ni, tesktur dia lembut sangat.Colour pula nak macam pink pink sikit.
Kena pula yang menjual tu direct dari rumah.Kira macam rumah kedai la.Payah juga nak cari rumah dia sebab first time nak pergi dan arah jalan berpandu pada petua dari Mak Su ja.Dua tiga kali juga la call Mak Su tanya rupa rumah dia macam mana.Colour pink ka? Ada bangsal buruk ka? Ada signboard tak?Sampai Mak Su jadi panik la habaq hang.Hehehe.Last last jumpa juga.
For those yang nak beli belacan kat Langkawi, aku recommend beli kat sorang mak cik ni kat Ayer Hangat.Rumah dia betul betul sebelah Bird Paradise.Sekilo RM 9.Aku beli sekilo buat habuan bagi kat "mummy".Hehehe.Ambil hati habaq hang.
Kalau jumpa signboard ni, memang betul la rumah ni yang menjual belacan.Hihihi.Rasanya pak cik tu kena ubah la signboard ni. "Berniaga Barang-Barang Lusuh dan Belacan". Baru la orang tak susah nak cari rumah pak cik. =)
Pantai Pasir Hitam
Balik dari kenduri, terus jalan jalan.Hentam sajalah pakai baju kurung.Nampak ayu sikit noh.Off we went to Pantai Pasir Hitam.


Wewiitt...adik manis, kasi ngorat sikit boleh tak?
Baru ku perasan, tempat menarik kat Langkawi ni kebanyakkannya sikit je tarikannya.I mean, kalau pergi Pantai Pasir Hitam, dah tinggal sikit je tempat yang ada pasir hitam.Kalau kat Beras Terbakar pun sama juga.Satu spot ja yang tinggal.
Moral of the story, peliharalah tempat bersejarah.
Labels:
darlings,
jalan-jalan,
langkawi,
moral of the story
Tuesday, December 28, 2010
R.I.N.D.U
Rindu pula dengan owner handphone ni.Cepatlah habis orientasi! Faham faham je lah bila orientasi ni.Handphone memang langsung tak sempat nak tengok.Aktiviti padat betul.Pagi tadi, dia kena minta sign 45 orang faci.Menyumpah juga la.Hahaha.Biasalah, kalau tak ada ragging ni, tak best la kan.Tak ada memori.
Bosan handphone tak vibrate.Hahaha.
Kenduri kahwin Kak Lily.
Kompang dipaluuu..pengantin baruuu...!Haa.First time datang rumah Kak Lily.Dari Kedawang nak ke Ayer Hangat mengambil masa 30 minit ja.Tak jauh mana pun.Kami sampai dalam pukul 12.30 tengahari.Mujur time sampai orang tak berapa ramai.Makan pula style buffet.Perut pula dah lapaq.Laju ja serbu nasi.Hohoho.
Modern and trendy.First time jumpa banner kahwin macam ni.Ada mak cik yang lalu kat banner ni cakap "Depa tak pakai baju kahwin pun.Orang muda la ni, pakai besa besa ja naa" Hahaha.Mak cik, sekali sekala kena buat pembaharuan.


Makanan tip top.Semua lauk sedap.Boleh minta no. katering kot naa.Eceh.Mana nak tahu kenduri aku nanti, boleh pertimbang guna katering ni.I loike sebab ada lauk ikan masin.Sedap!
Makan makan.

Dataran Lang

Susah benar nak dapatkan view terbaik sebab orang sentiasa lalu lalang.Berebut nak naik kat atas signboard tu.Kami tak naik atas pun.Lepak bawah ja.Rose fail sikit kalau night mode ni.Mesti gambar jadi kabur dan tak cantik.Nasib baik ada SLR Adawiah.Merasa juga la gambar cantik time malam.Hehehe.
Tepat pukul 12 malam, lampu disekeliling Dataran Lang ni akan auto off.Panas hati juga weh.Baru ingat nak lepak lama sikit.Dah kena halau.Tapi bagus juga dia buat macam tu.Save elektrik sekaligus halau orang balik rumah.Tidoq la weh.Hehehe.
Labels:
darlings,
jalan-jalan,
langkawi
Hunting for gift.
So, pusing la satu Teow Soon Huat mencari hadiah yang sesuai.Wan came up with her idea to buy fresh flowers or cake.Tapi rasa tak applicable pula sebab tak melekat di ingatan.Cewah.Last last kami decide belikan frame.Yeah yeah.Bunyi macam lame kan.Tapi disebabkan pengantin memang suka ambil gambar, sesuai sangatlah bagi frame.Boleh abadikan kenangan bersama disitu.
Minta salesgirl situ balutkan.Atee...mana bawa alatan membalut der.Kata vacation.Tak vogue la bawa gunting dan salotape.
Dah siap balut =)
Labels:
darlings,
gift,
jalan-jalan,
langkawi,
shopping
Pantai Cenang II
Tak naik pun banana boat ni.Tangkap gambar sudeh.
Ada tengah fikir tu nak buat ke tak parasailing.Dia teringin benar nak naik.Asyik usha orang lain naik ja.Last last dia naik juga.
Labels:
darlings,
jalan-jalan,
langkawi
Subscribe to:
Posts (Atom)