Online users

Follower

Thursday, March 31, 2011

Inilah rumah saya!


Agak jakun bila dapat masuk apartment orang besar ni. Tambah tambah bila datang dengan si mamat belang diatas.Hohoho.Habih semua tempat nak bergambar. Orang kata, once in a lifetime. Agak tertarik dengan balkoni yang mengadap tennis court, swimming pool dan garden.Terus feel macam orang kaya.
Kalau kat NZ, berstatus student under scholarship, dapat duduk rumah macam ni dah kira nikmat besar dah. Mana nak dapat seminggu 115 dollar untuk rumah se-gah ni.Paling cikai above 200 dollar. Memang makan roti la hang setiap hari.

Kanda pengutip durian, bila nak dapat rumah macam ni haa? Hahaha.

p/s : Jangan terpengaruh dengan title entry.Propa ja lebih.

Wednesday, March 30, 2011

Basi weh basi.


Wuuuuuu! Rindunya kat blog sendiri! Ok. Cerita dah basi tapi layankan aje lah ye.Duk tertunggak lama dah. Al-kisahnya beberapa minggu yang lepas WMSO buat IGM. Maka,saya ditugaskan membuat sandwich telur untuk tetamu.Jangan tak tahu you'olls. Bangun lepas subuh duk tempek teluq kat roti. Basically, IGM ni dibuat untuk memperkenalkan WMSO to new students dan nak lantik subcommittee yang baru. Everything went well dan saya sudah punya member baru.Hohoho.Tapi tak tahu bila nak arrange meeting nya.Busy noks.

Sewaktu berucap. Nervous tarak hingat.Dah lama tak public speaking der. Mujuq bagi sepatah dua ja.Kalau disuruh bagi talk, fail!

Antara ahli yang datang.Terima kasih daun keladi kerana sanggup mengorbankan waktu tidur di awal pagi demi WMSO. Lap you'olls la!

Credits to Mes for the pics. =)

Tuesday, March 29, 2011

Ingin bebas terbang

Sumpah aku rindu zaman muda remaja dulu.Eceh.Macam sekarang ni dah tua bangka pula bunyinya.I mean, zaman 'bebas terbang'. Sekarang ni terikat dengan macam macam benda.Konflik dalaman sana sini. Stress toksah duk kata la.Setiap hari kot.Nampak depan memang macam tak ada apa.Tapi dalam hati, siapa yang tahu.Aku tak salahkan benda club or orang lain.Cuma aku rasa self management aku tak berapa betul lagi. Still tak pandai nak peruntukkan masa untuk sesuatu benda.I'm bad at multitasking. Kalau bab merapu nak multitask, nombor satu la saya.Tapi mai bab akademik, nak multitask cukup susah.Next month, ada dua assignment dan satu test perlu saya harung.Tak tahulah macam mana nak buat. Berderet pula tu.Adeh.Kadang kadang rasa macam nak give up. Balik Malaysia, tolong tok buat acar buah. Stress pun tidak.

Cakap pasal tok ni, dah lama aku tak call rumah.Tak sempat.Huhuhu.Mungkin perlu bercakap dengan tok untuk kurangkan sedikit rasa gelisah di dalam hati.

Monday, March 28, 2011

Sibuk

Salam. Seperti biasa, minggu lepas sangatlah hectic. Tak ada masa nak
buka blog. Duh. Rasa macam sibuk gila. Padahal tak ada la buat apa
sangat pun. Huhuhu. Weekend ada WMSO Net-B, fungsi aku sebagai
timekeeper ja. Walaupun tak berfungsi sangat, but still rasa penat.
Berapa lama tercangak dalam court. Cuaca pula tak berapa elok. Semalam
pergi dinner kat Monsoon Poon. Status halal tu diragui so aku makan
roti naan kosong sajork. Pi ni pun sebab tuntutan group assignment.
Nak kena observe kedai tu macam mana dan sebagainya.Walaupun dah
hantar assignment Alin, still aku rasa aku tak free macam orang lain.
Sabar je lah.

Sent from my iPod

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM :Tahniah semua!

Salam,

Nak ucapkan tahniah kepada semua yang dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Untuk yang kurang bernasib baik, tak pa.Jangan sedih, jangan koyak slip tu sebab itu takkan merubah apa apa.Sentiasa beringat ini bukanlah penghujung untuk segala galanya.Jadikan result tu sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dan berjaya pada masa akan datang.Masih ada lagi ruang untuk anda berjaya.Dekat uni nanti sistem dah lain.Dah tak sama macam kat high school.Time ni budak paling corot kat sekolah la jadi yang paling bright sekali kat uni.Trust me.Dah ada pengalaman menyaksikan kawan sendiri excel kat matrik, asyik 4 flat padahal kat sekolah dulu sangatlah nakal dan buas.

All the best to all! =)

p/s : Struggle siapkan assignment.

Wednesday, March 23, 2011

Tumpang bahagia

Bila aku baca blog orang yang dulunya patah hati, tapi sekarang dah jumpa cinta baru, aku tumpang bahagia.Rasa macam nak terbang tinggi tinggi. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.Pelik kan? Padahal orang lain punya story tapi aku pula yang over over.Hahaha.Kepada yang baru temui cinta baru, tahniah! Jagalah hati pasangan anda sebaik baiknya. Semoga bahagia selalu! =)

Water fountain vs toilet water

Important to note : Previous post was directly posted from formspring.Rasa macam nak share kat blog sebab tak semua orang ada peluang merasa pengalaman guna toilet orang putih.Thanks to anon yang bertanya hal ini.

Bercakap pasal basuh air kencing ni kan, aku teringat satu benda ni. Waktu tu aku kat toilet library. Nak terkucil teruk sangat dah. Mula la tadah air kat pili air tu.Kena pula time tu ada sorang minah salleh ni baru keluar toilet.Dia ushar aku pelik ja. Aku dah perasan tapi buat bodo ja la.Tiba-tiba dia bersuara :

There's a water fountain outside the toilet.

Err.Yeah.I know it. Thanks but I want to use this for the toilet.

Nooohh.Dia ingat aku tadah air toilet nak buat minum.Agak agak la kan minah saleh ni.Cek tadak la desperate sangat nak minum air toilet.Hohohoho. Rasanya budak Malaysia ja yang tadah air dalam botol buat basuh kencing. Budak dari negara lain mana ada usung botol kosong pergi toilet. Unik kan kita? Hehehehe.

toilet kt oversea selalunye xder air. camner kite nak basuh kencing yek? ko pernah ke tak basuh kencing secara terpaksa?

Aku akan pastikan ada botol kosong dalam beg aku ke mana saja aku pergi.Tapi most of the time waktu kuliah la sebab aku kuat minum air. Ko basuh kencing mcam biasa la.Cuma yang bezanya sebab guna botol instead of cebok.Kuantiti air sedikit.Hahaha.Pernah je basuh kencing secara terpaksa.To be frank, sangatlah tak selesa sebab rasa kotor dan tak bersih sebab ko just lap dengan tisu semata. huhuhu.

Ask me anything

Semangat lebih.

Hee.Ole ole dari Melbourne sudah selamat sampai di Kedah.Semangat lebih webcam pakai baju baru =)

Stok makanan.


Stock makanan 4 orang.Tahun ni peti ais kecik.Tak berapa best sebab nak beli frozen food pun terpaksa fikir dua kali takut tak muat freezer.Huhuhu.Tahun ni makan asing asing. So, memang mampatlah peti ais tu dengan makanan especially portion aku. Aku kuat makan.Ada ja benda yang di restock dalam peti ais.

Sihat habis makan yogurt. Ini beli awal bulan dulu sampai sekarang tak habis habis lagi.Dulu bajet nak amalkan gaya hidup sihat.Makan yogurt. Jadah tak kemana pun niat suci tu.Terkubur begitu sahaja.Tamak haloba ambil bekas besar.Expiry date dah tak lama.25 aribulan.Huhuhu.

Tuesday, March 22, 2011

Gigih nak update jugak.

Gigih nak update juga pagi pagi buta ni (merujuk kepada waktu di NZ). Assignment dah start buat tapi macam tak confident betul ke tak. Still in progress tapi harapnya dapat la siapkan on time. Jadual minggu ni sangatlah padat. Planner aku tak pernah sepenuh ni.Kebanyakkan benda yang memenuhi planner adalah benda club. Dah nama pun secretary, ada saja la email yang kena hantar.Aku ni jenis pelupa.Kena catit baru ingat.

By the way, dah tengok Glee Season 2 sampai final episode.Puas hati cek. Dorang nyanyi lagu 'Loser Like Me' time Regionals. Lepas dengar, terus download dan pasang berulang kali.Memang dasar dapat lagu baru mesti nak khatam lirik.Teringat zaman kegemilangan High School Musical dulu. Semua lagu aku hafal.Hahaha.Punya fanatik habaq hang.

Perkembangan terbaru saya dan pengutip durian? Baik baik saja =)

Wellington Dragonboat Festival


Last Saturday, ada Wellington Dragonboat Festival. Ini merupakan annual event kat Welly. Tahun lepas tak sempat nak tengok.So, kali ini nekad nak pergi walaupun terpaksa bangun awal on weekend! Cek sanggup.Final year kat sini kan.

Cis.Lupa nak bawa shades.Sekali spectators' seat mengadap matahari daa...

Go go go! Yeah yeah! Tak tahu nak sokong team mana.

Warm up.Tang mana yang dragonboat nya pun saya tak pasti sebab tengok canoe yang dorang guna untuk competition ni semuanya kosong dan tak menarik hati.

Tapi maskot dia sangat menarik hati. Tengok jauh, comel.Tengok dekat, oh my god. Scary gila make-up.Huhuhuhu.First time jumpa benda alah ni dalam hidup.Sebelum ni mampu tengok kat tv ja.Hahahaha.Loser gila.

Stay tak lama pun sebab panas.Tak sanggup nak mengadap matahari Welly ni sebab sinaran UV dia bahaya.Boleh kena kanser kulit oh.So, sesiapa yang plan nak datang Welly on summer, make sure ada cream UV protection tu =)


Garang macam singa

Aku memang cukup hangin kalau orang main pakai baju aku sesuka hati.Tak kira la orang tu adik aku sendiri ke, aku memang pantang.Baru baru ni Ika ada letak kat FB gambar dia pakai baju aku. Sebelum ni aku tak kisah sangat dia nak pakai baju yang aku tinggal kat rumah.Tapi kali ni memang aku mengamuk sakan sebab baju yang dia pakai tu baju orang bagi. Value tinggi sikit bila orang yang kasi.Mana boleh sebarang pakai.Minta izin pun tak.Haa..apa lagi.Singa mengamuk mengaum kat FB la. Rasa macam hak peribadi dicabul gitu. Dalam dua tiga hari lepas aku mengamuk kat FB tu, terus Ika text cakap dia takkan pakai dah baju tu. Hah.Tahu pun takut. Aku memang garang dengan adik adik aku. Kalau dorang tak buat salah, aku ok ja.Tapi kalau dorang trigger kemarahan aku ni, memang habislah tangan kaki dorang aku cubit dan tampar.Heh.

p/s : Dulu selalu la naik tangan kat dorang.Tapi bila dah makin besar ni, jadi malas pula nak naik tangan.Mulut pula yang rajin pot pet pot pet berleter macam mak cik. Hohohoho.

Monday, March 21, 2011

Rumah baru

Agak dah gelong buat assignment, kita update blog. Release stress.Hohoho.Esok landlord nak check rumah, maka TERPAKSA la kami kemas rumah. Memang malas nak kemas kalau tak ada sebab ni.Biar je berselerak barang tu sana sini. Al-maklumlah, busy.

Ini first time show off rumah baru ni. Sebelum ni tak sempat nak show off.Again, busy.Huhuhu.

Bilik yang dikongsi bersama 2 lagi housemate.Jangan tak tahu katil tu boleh sumbat 3 orang.Cuma masalah bagi aku yang panjang lebih daripada orang ni, bila tidur kaki melunjur keluar katil.Kadang kadang terpaksa merengkot. =.=

Yaaaa.Tangga yang menjadahkan bontot aku last month. Rumah aku ni bilik kat bawah, ruang tamu dan dapur kat atas.

Ruang tamu. Disinilah kami satu rumah selalu lepak, online dan layan movie sama sama.Kusyen coklat tu empuk.Kalau baring kat situ,kejap je dah boleh lelap.

Dapur.Biarpun kecik, I kinda like this space. Bila masuk ja ruang ni,mood masak terus meresap ke dalam jiwa.Ketung ketang ketung ketang.

Tandas selepas dicuci.Jumpa yoga mat sapa entah, hentam buat lapik bilik air.Hahahaha.

Ok landlord, please datang cepat esok sebelum semuanya kembali berselerak! =P

Tulsi pie

Dah jumpa new addiction which is Tulsi Pie! Sedap oh. Tulsi ni ada kedai dia sendiri kat Cuba St tapi since pie ni dah jadi famous, dorang jual yang frozen jugak. Ada macam macam flavour.Paling saya gemar ialah Butter Chicken.Pergh.Kalau mai mood malas nak masak, benda ni la yang aku hadap. Hohoho. Masuk microwave 3 minit, siap.Memang mudah. =)

Friday, March 18, 2011

Merungut

Yup.Blame me for not being so active lately. Rasa meluat pun ada bila tak dapat nak bahagikan masa dengan betul.Masalah paling besar, Facebook! Rasa macam nak deactivate kejap je account tu.Memang melalaikan. Kalau dah buka tu, mengadap sampai ke malam pun tak sedar. Habis semua plan nak buat assignment, readings etc. Huhuhuhu.Sekarang ni memang memerlukan satu hari untuk sit back and relax. Satu hari tanpa gangguan.Satu hari tanpa sebarang email masuk.Satu hari tanpa sebarang contact dengan orang luar.Argh.Pressure is mounting. Hari ini saja aku dah ponteng kelas ASIA.Reason? Sebab kelas tu bosan dan aku rasa macam aku tak dapat banyak input sangat. Lecturer tu cakap slow satu, lepas tu dia bukan bagi lecture tapi baca slide sajork.Duh.Sangatlah demotivate aku untuk belajar ASIA.

Kesian ampa kan? Terpaksa dengar aku merungut tak berhenti. Entah la weh.Kadang kadang rasa macam nak balik Malaysia cepat.Dah tak sanggup nak duduk sini lama-lama.Setiap hari, ada ja benda nak kena setel.Wuuuuu.Takut gila assignment tak start buat lagi.Serius takut. ='(

Thursday, March 17, 2011

Another surprise

Tengah online.Sekali dengar ada orang ketuk pintu rumah.Hah.Sapa pula yang mai pagi pagi ni.Bila buka pintu, posmen bagi parcel. Ok. Mula gelabah sebab setahu aku, aku tak pernah beli benda online.

Ni haa rupa parcel tu. First thing comes to my mind, hanger bilik ayaq kot.Hahaha.Sebab panjang.Mulalah fikir orang nak prank aku ke ni. Goncang berkali kali juga la sebelum nak buka tu.Nak kata hari jadi saya, lambat lagi kot.Benda apakah ini???? Siap label fragile lagi oh.

Bunga Ros rupanya.Tapi siapa yang kasi? Mula mula bajet secret admirer la bagi kan.Ceh.Bajet hoooot! Bila baca kad tu, sah la dia yang bagi.Macam mana boleh bagi? Dia komplot dengan housemate saya la! Pandai noooo..Patutlah dua tiga hari ni ada rasa macam tak kena ja.

Hohoho.Terus mengalir ayaq mata cek.Memang senang terharu sikit bab macam ni.No wonder la beria sangat suruh duduk rumah hari ini.Jangan pergi mana mana.Kononnya nak aku berehat betul betul. Ada udang di sebalik batu rupanya.Hahaha.Sumpah sampai sekarang aku duk senyum kambing sorang sorang.

Sayang nak makan ceklat tu.Simpan buat kenangan sampai ke tua la jawabnya.Hohoho.

Sekarang dah tercapai hajat nak bunga ros.Ada kemajuan nampaknya kesayangan saya ni.Dulu bagi bunga teh ja.Sekarang dah pandai bagi ros. Thank you so much sayang.Terharu teruk. =')

Fish and chips.

Dah lama kempunan nak makan fish and chips kat Sea Market.Tahun ni baru merasa.Itu pun sebab lalu kat Cuba Street.Tempat ni jauh sikit dengan rumah aku.Kalau nak berjalan semata mata sebab nak makan fish and chips, memang tak la kan.Ini pun kebetulan teman Lily pergi tengok Art Exhibition kat situ.Alang alang kan.

1 takahiri fillet, 4 pieces of hash-brown look alike, fries, 1 bottle of coke.

Punya la tamak haloba.Tak nak share.Nak ambil sorang satu. Sekali hang, jenuh sumbat.Portion dia sangat banyak.Harga pula berpatutan.Just $11.90.Yang lemah nak habiskan ni sebab tak ada sos cili.Makan kosong.Sos tomato ja yang ada.Itupun kena purchase lain.Huhuhu.

Kalau lalu kat Cuba St, singgah la Sea Market ni. =)

Wednesday, March 16, 2011

Kecik besar der.

Salam,

Tiba tiba rasa macam nak raise this issue. So far, sepanjang aku study kat oversea ni, tak pernah aku jumpa tulisan mat saleh yang halus halus. Semuanya besaq gedabak.Kalau nak dibandingkan dengan tulisan orang Malaysia, macam gajah dan semut. Adakah benda ni ada kaitan dengan budaya atau genetik? Wah wah wah. Aku dah lama perhati benda ni.Tadi dalam kelas EPSY (3 jam ok!),bila dah bosan dan mengantuk, aku usha orang depan.Belah kiri mat saleh dan belah kanan orang Malaysia. Kebetulan masing masing tengah ligat salin nota. Huge difference! Orang kita ni, kalau selagi boleh, nak jimat space dalam buku tu.Orang kedah kata, haluih meghenit. Jenuh jegi' mata nak baca nota tu.Kalau mat saleh pula, satu line tu ada kot sepuluh perkataan ja boleh muat.Mungkin dorang dah di ajar dari kecik lagi kot. Tapi, kalau nak kata kita orang Malaysia ni tak diajar dari kecik, tipu la.Cikgu darjah satu ajar menulis penuh juga pa satu line tu.Tapi makin meningkat dewasa, makin kecik tulisan.Heh.

Saja rasa macam nak tahu kenapa tulisan mat saleh besaq dan tulisan orang kita ni kebanyakkannya kecik.Sila salurkan pendapat anda.Jangan cakap "Suka hati la nak tulisan kecik ka besaq" Itu tak kritis ok. =.=

Tuesday, March 15, 2011

Stress

Third year memang stress.Aku tengah rasa sekarang ni. Depan memang nampak cool tapi kalau hang bedah isi otak aku ni, boleh nampak macam macam wayar berselirat. Due assignment memang tak ada satu pun yang clash cuma aku rasa macam kejap sangat baru start sem, dah kena hand in assignment.Faham tak perasaan tu? Rasa macam baru semalam start kuliah, tup tup dah kena cari source untuk assignment.Woah.Bisa bikin guwe pusing lor.This sem target nak improve grade.Kena banyakkan lagi effort.Tak boleh malas malas.Huhuhu.

Cabaran lain yang perlu aku hadapi sem ni bilamana aku sorang ja Muslim dalam kelas ASIA. Sorang aku ja yang bertudung.Memang orang tak ambil peduli pun pasal aku tapi bila dalam tutorial tu, boleh nampak la macam dorang tak nak bergaul dengan aku.Maybe salah aku juga tak banyak cakap dalam kelas.Mat saleh kat sini nak kena kita dulu yang start approach baru depa nak mesra.Payah la kan.Out of nowhere aku nak tegur.Nak cakap apa pun tak tau.Nasib baiklah ada sorang perempuan ni memang selalu duk sebelah aku time lecture.Nama dia Shondi.Style peramah.Tutorial pun sekali.Memang aku asyik berkepit dengan dia ja la.Plus, ada satu assignment ni kena buat in group.Aku decide nak buat dengan dia.Dia pun ok.So, orait la kan.

Mengharapkan sesuatu yang dapat mengurangkan beban kat kepala otak ni.

Momo Tea pulek.

Sambungan mini celebration semalam, kami pi pekena Momo Tea pula.Ya.Perut sekoq sekoq macam ulaq sawa.Lagi tak kembung perut, lagi tu menyumbat.

Dah lama tak jumpa ramai ramai macam ni.Ye lah.Masing masing kerja.Even satu kos pun, time lecture je lah satu satunya masa untuk jumpa.Itu pun after kelas, berdesup hilang sorang sorang.Dah lama tak gelak besaq macam semalam.Masing masing buka story.Update update.Hahaha.

Grape Green Tea. Sumpah tak sedap.Tobat tak beli dah lepas ni.Actually before tu pesan iced shave tapi sekali mesin cino ni rosak daaa.Terpaksa ambil air yang tak memerlukan blender.Yang ada air green tea ja.Nah.Menghadap nak habiskan satu bekas tu.Jelas sekali green tea bukanlah kegemaranku.Huhuhu.


=)

Bergaya doooowhhh

Pulang dengan hati yang senang =) Oh.By the way, helmet tu kepunyaan Wawan.Saja interframe dalam blog ni.

Monday, March 14, 2011

Mini celebration

Salam.

Baru balik dari celebrate birthday Kema dan Wan kat Cinta.Sambut dua orang sekali.Jimat kos.Hahaha.Depa ni tak tahu kami nak celebrate birthday.Bagitau kat Kema nak celebrate birthday Wan.Kat Wan pula cakap sebaliknya.Memang kena kencing kaw kaw la.

Yang diraikan.Kema dan Wan Z.

Amboi.Banyak noh dapat kad.Duk senyum senyum baca ucapan dalam kad tu.

Oreo cheese cake versi cup cake.Sedap teruk oh.Harus minta resepi dari Adawiah.

Had this for dinner.Hainannese Chicken Rice, bahasa kampungnya nasi ayam.Hahaha. Ayam dia terbaik.

Complete.Darlings.

Dinner fully sponsored by birthday girl.Murah rezeki. =)

Kek penyet =(

Al-kisahnya dua hari lepas birthday housemate.Maka, saya pun pergilah Wendy's mencari kek untuk birthday girl. Untuk yang tak tahu, kek Wendy's ni totally guna ice cream.Ya.Lupakan tentang kalori yang terbakar di gym.Hari jadi adalah hari untuk menggemukkan diri.Sekali sekala.Once in a year. Aku beli kek tu pukul 6 petang memandangkan housemate kerja sampai pukul 10 malam.So, ada masa la untuk simpan dalam peti ais. Plan nya, sebelum dia balik, kami nak ubah kek tu dari fridge ke bilik Neda. Kantoi la kan kalau letak dalam peti ais.

Dah ditakdirkan Tuhan, terkantoi juga dengan housemate.Kami tak sempat nak bawa lari kek masuk dalam bilik Neda sebab tiba tiba dia balik awal dari yang kami expect.Maka, pasrah je lah.Tunggu masa ja dia buka pintu peti ais tu. Elok pula kan, dia pi ambil air coke dalam peti ais.Maka, tepat jam 10.30 malam, kami pun menyanyikan lagu Happy Birthday untuk housemate.Huhuhu.Awal 1 jam setengah beb.Hang ada?

Dah tu, kami tak bagi dia sentuh lagi kek tu.Biar tunggu detik 12 malam baru nak makan sama sama.Waktu tu kek dalam kotak.Tak tahu apa yang dah terjadi di dalam.Bila buka ja, naaaaahhhhh....kek sudah cayaq! Luluh hati guweeee.Peti ais tak cukup sejuk untuk tahan bentuk kek ais krim tu.

Kek penyet khas untuk housemate. =.=

Mujur jugalah still ada bentuk tapi 'pagar coklat' kat tepi tu dah senget benget dah.Hohoho.Nasib baiklah rasa dia still mantap.Cookies and cream.Dia ada letak oreo and milkyway chocolate.Manis toksah duk kata la.Benda ni makan sikit sikit pun dah muak.

To housemate, happy birthday! Sorry la kek penyet.Huhuhu.

Tak habis lagi!

Nak sambung cerita Melbourne.Hohoho.Pergi dah sebulan lebih, tapi banyak lagi story yang tertangguh.

Selepas makan ais krim, kami pun berjalan jalan di sepanjang harbour. Bergambar itu wajib ye adik adik sekalian.Bukan senang nak sampai tempat orang.Satu tempat tu, ada la kot dalam 10 take. Kejap posing macam ni, kejap macam tu.So, ini antara yang terbaik.Ecewah.Credit to Farah Haris' DSLR.

Tersilap naik tram.Duk ingat yang ini city circle, sekali kau, bukan.Nasib baiklah conductor tram ni pandai cakap melayu.Dia yang bagitau.Maka, terpaksalah kami berjalan sikit nak ke Harbour Shopping Centre.

The best picture ever. Lengkap kami berenam berlatar belakangkan Etihad Stadium dan tram yang disalah anggap sebagai city circle tram.Hahaha.

Building ni dari jauh nampak macam senget benget. Padahal, itu hanyalah ilusi anda semata.Bangunan ni tegak berdiri dan straight. Tengok lama lama, boleh berpinar mata.Huhuhu.

On the way ke Harbour Shopping Centre, terjumpa tempat ni.Walaupun tak faham apo kobondo yang ditulis kat wall tu, mak tetap nak tangkap gambar noks.Pelancong la katakan =P

Ya ampun. !@$%^&*)&^%$#



Arca apa entah. Kat harbour.

Harbour.

Ada lagi.Next entry babeh =)

Sunday, March 13, 2011

Tudung gypsi = Tudung pemberat


Kan sebelum aku fly balik NZ, aku ada cakap nak buat bisnes tudung kan? There you go. Dah terjual hampir separuh dari koleksi dan masih memburu orang untuk datang tengok.Hahahaha.Tapi paling best, waktu first customer datang tengok la. Bukan orang lain pun, kawan satu kos juga. Dorang ni geng yang tak balik cuti summer. So, memang agak excited juga nak tunjuk kat depa koleksi shawl yang aku bawa dari Malaysia.Tak sempat nak tunjuk semua, dah start cekau dah.Senang hati tokeh tengok depa cekau banyak banyak.Hahaha.

Antara feedback kawan kawan:

"Sekarang ni memang fesyen kat Malaysia eh pakai macam ni?"

"Macam macam fesyen sekarang ni.Tudung ada pemberat.Tudung berladung, bla bla bla.Sakit mata aku tengok tudung colour pelangi tu."

"Shawl kedut kedut pun ada eh? Nak pakai macam mana ni?"

"Tudung bawal tak ada ke?"

Testimoni customer. Jangan marah naa Dya. Jadi model kat blog I sat.

Nice kan.Hahaha. Nama baru untuk tudung gypsi ialah tudung pemberat. Bak kata orang lelaki kat Welly ni lah. Yang beads tu pula, dikatanya tudung berladung.Sampai hati.Itu baru setahun tak balik Malaysia, dah ada macam macam jenis tudung dah.Kejutan budaya la sekejap.Eh, tak semua budak oversea buta fesyen tau. Ada yang advance juga.Tanya tudung Yuna ada tak? Noh.Mana nak cari tudung Yuna yang berkilat kilat tu haa?

Muhasabah diri

Happy weekend you'olls. Dua hari lepas kita dikejutkan dengan bencana tsunami yg berlaku di Jepun. Subhanallah. Besarnya kuasa Tuhan. Tanpa sebarang amaran, tenggelam jua bandar Tokyo. Dahsyat pula tu. Dunia da makin uzur, tunggu masa nak musnah saja. Bila jadi macam ni, aku rasa takut. Ye lah. Aku belum puas lagi hidup kat dunia ni. Apatah lagi aku rasa amalan aku kat dunia ni masih belum cukup untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti. Setiap kali nak masuk tidur, aku mampu berdoa ja dipanjangkan umur. Siapalah kita nak melawan kuasa Tuhan kan? Kalau dia nak orang tu mati sekarang dalam keadaan sihat pun, dia boleh buat. Hebat kan kuasa Tuhan. Mari kita sama- sama banyakkan amalan. Weekend macam ni ada banyak masa terluang. Bolehlah muhasabah diri tu :)

Aku tak mampu nak update macam dulu dah. Banyak sangat kerja nak kena buat. I take it as a positive thing. Semua orang ada 24 jam. Pandai pandai la divide antara pelajaran dan aktiviti lain.

Rindu semua!

Sent from my iPod

Thursday, March 10, 2011

Limonetto


Time kat Melbourne teringin nak makan ais krim.Memang mengada sekoq sekoq.Nak bubble tea la, nak ais krim la.Padahal time tu baru sudah melantak ayam penyet kot.Tapi sebab dah teringin sangat, layankan aje lah.Lagipun, Wan Z belanja. Oraitt je lah kan.Hohoho.

Ekonomi.Satu cup share dua orang.Hehehe.

Nama kedai ni Limonetto.Satu benda yang aku respect dekat waiter sini ialah dorang bagitau mana ais krim yang contain alcohol.Style tak takut hilang customer. Baguslah macam tu.Dorang respect dengan agama kita.Pada awalnya aku nak ambil tiramisu flavour tapi dia cakap contain alcohol.Maka, aku ambil flavour raspberry and vanilla.


Tobat masam teruk flavour raspberry tu weh.Nak telan satu suap pun susah bebenor.

Kamen rider. =.=

Oh.Lupa nak bagitahu.Kedai ni tepi harbour.Memang terbaik la kan makan ais krim tepi harbour.Sejuk nak mampoih.

True Love


Sumpah syahdu! Huhuhu. This is what we call TRUE LOVE =')

Mentor

Sedih ok tak dapat tengok Mentor.Hari tu aku ada try juga buka website Tonton kat library.Boleh sign in tapi content video tak boleh buka sebab tak available kat kawasan sini.Hampa dan kecewa chek.TV3, please do something.Jangan kecewakan kami yang jauh dari Malaysia ni.Aku memang suka tengok Mentor.Bagi aku program tu unik dan lain dari yang lain.Tak macam reality show yang lain.Hahaha.Terpaksa la tengok persembahan protege kat youtube.Sobss..

p/s : Suara Salma power gila duh.

Wednesday, March 9, 2011

Melbourne at night

Waktu malam di Melbourne.Sorry for low quality of pictures.Rose is not behaving well at night. Ini yang rasa nak angkut lagi satu anak angkat ni.Hehehe.

Federation Square.

Eiffel Tower pun ado!Actually itu Art Centre.

Macam kat padang futsal tapi sebenarnya tak.Hahaha.Another shot of Federation Square.

In front of Flinders St. Station.Cantik teruk building tu.Dah macam dalam cerita kartun Walt Disney.

Yarra River.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger