Online users

Follower

Monday, November 30, 2009

Tanggungjawab kakak

Susah sebenarnya jadi anak yang sulung ni. Bila mak bapak dah tak ada, kita pegang tanggungjawab besar nak didik adik-adik kita. Dari segi agama sampai la ke soal akademik, kita kena ajarkan. Kalau nak diharap dekat tok,bab agama bolehlah harap dekat dia.Tapi, bab pelajaran memang tok zero knowledge. Zaman tok naduk dulu, sistem pendidikan tak sama macam sekarang. Tak semua orang time tu dapat pendidikan. Sesetengah ada yang tercicir. Maybe tok pun antara golongan yang tercicir sebab dia buta huruf. Dia tak kenal huruf, tapi nombor dia kenal pula. Aku pun tak faham.

Cabaran gila bila mai time nak ajar adik-adik bab akademik ni. Disebabkan aku Malay medium dan depa English medium, memang haruk pikuk satu rumah pung pang pung pang bertekak pasal meaning satu word. Weyh. Belajaq BI dengan Sains dalam BI dua benda yang berbeza ok. Terms dalam Sains dan Math kalau nak translate sebijik-sebijik dalam BM memang sampai kesudah tak faham. Macam anjing dengan kucing la jadinya. Ang cakap Awal Ashaari handsome, aku cakap Jason Statham handsome. Ha..gaduh sampai esok lusa.

Kalau bab solat tu, tak larat nak tinggi suara dah. Ketegaq sangat nak lekat sembahyang. Tambah-tambah yang kecil sekali. Dah lah kuat melawan. Memang bikin gua panas saja. Macam mana ek nak bagi dia lekat sembahyang? Aku malas nak naik tangan. Kang kata aku kakak yang kejam pula kan. Kalau suruh sekali, sembahyang lah dia. Kalau tak suruh, memang liat la nak solat. Memang la dia tak baligh lagi. Tapi, kita kena ajar dia dah kan. Umur pun dah nak masuk 13 tahun. Dah wajib tahu hal-hal solat ni.

Sunday, November 29, 2009

Kenduri dah habis.Oyeh!

Alhamdulillah. Kenduri dah pun habis. Cek lega sangat-sangat. Tiada lagi kedengaran suara tok menempik suruh angkat lauk, suruh bancuh air, suruh cari senduk nasi, suruh itu suruh ini. Hoh. Boleh malatop kalau kau tak ada ketahanan mental. Tambahan pula, dia tempik bukan biasa-biasa. Dah serupa mak rimau dah. Satu rumah kot boleh dengar suara dia as if kami ni langsung tak buat kerja. Cuba panggil elok-elok. Kan lebih appropriate.

Mula-mula cakap 10 hidang,maka kami pun bawa turun pinggan cukup-cukup untuk 10 hidang la. Pukul 12 tengahari,orang masih lagi sikit. Tok dah mula risau. Masak lauk sekawah. Tapi bayang pak ustad baca doa tak sampai-sampai lagi. Yes. Dalam hati seronok la sebab duk agak macam tak ramai sangat yang datang rumah tok.So, bolehlah rilek-rilek sikit.

Dalam pukul 3 ke atas, orang mula datang tak henti-henti. Omak aih. Tak menang nak layan satu-satu. Ha.Tinggal angan-angan je niat nak rilek-rilek tu. Time ni dah jadi lipas kudung. Peluh toksah duk kira la. Boleh buat minyak dagu. Apa barang tok? Kata 10 hidang. Ni dah macam 100 hidang. 'Bengkek' je kami cucu-cucu tok ni kena angkut lagi pinggan mangkuk atas rumah bawa turun bawah basuh pastu lap.

Apa-apa pun lauk tok memang terbaik lah. Nasi tomato 'sold out'. Memang ngam-ngam soi dengan tetamu yang datang. Kena belajar ilmu masak dari dia ni. Buat bekalan untuk jamu bakal laki aku nanati.Terima kasih kepada orang kampung yang datang jadi bentara tak bertauliah. Ha. Ini baru semangat muhibah. Aiyoohh..Tak habis-habis dengan isu muhibah ni.Dah. Malas nak cakap lagi. Mata dah mengantuk. Nak tidoq.

p/s : Thanks for coming Jas.

Saturday, November 28, 2009

Kenduri esok

Wah. Baru sekarang free sikit nak post entry baru.For the whole day, aku sibuk di dapur. Ecewah.Ye la. Esok tok ada buat kenduri sikit sempena raya korban. Sedara belah Terengganu tak balik kali ni. So, bebanan kerja agak banyak jugalah. Dari kemas rumah hinggalah ke acara masak-memasak semua bikin sendiri maa.

Daging lembu bersepah dalam rumah. Pergi mana-mana pun duk bau darah lembu. Loya toksah duk kata la. Dah tak larat dah nak ulang alik pergi toilet basuh tangan dengan sabun Lux.

Oh ya. Pasal semangat muhibah yang aku duk complaint dekat entry sebelum ni kan. Tadi petang ada jugalah orang kampung datang tolong potong-potong bawang, hiris daging lembu. Nampak sikitlah kemuhibahan duduk satu kampung. Even yang mai tu boleh kira berapa orang, we appreciate your help. Kalau nak harap kat kami ja, memang tak menang tangan la. Nak buat itu dan ini.

Harap kenduri esok berjalan lancar. I berani bet la esok after habis kenduri mesti tidur terkangkang tak sempat nak update blog.

Friday, November 27, 2009

Tak muhibah pun.

Ditelan mati bapak, diluah mati emak.Hah.Entah betul entah tidak peribahasa aku tu.Itulah yang aku alami hari ini. Hari raya aidil adha paling membosankan mungkin.

Here's the thing. Selalu orang cakap seronok balik kampung sebab dapat merasa suasana nyaman,udara segar, dapat dengar ayam kokok, dapat merasa pijak taik ayam, dapat main kejar ayam dan dapat merasa masakan kampung yang memang terbaik lah. Itu aku akui kebenarannya.

Mai bab semangat muhibbah yang kononnya dekat kampung memang kaw kaw dapat dirasai tu, aku bantah habis-habisan. Soalnya kalau dah duduk pun berjiran, tapi tak pernah ziarah satu sama lain, itu muhibah ke? Itu satu hal. Lagi satu, kerja nak balas dendam antara satu sama lain. Aku tak faham la orang tua-tua ni. Sebab benda kecil je pun, terus nak berdendam tarik muka herot.

Kalau ye pun bergaduh, jangan diheret kami anak cucu yang cantik dan hensem ni sekali dalam masalah kau. Orang rumah cakap jangan pergi rumah belakang. Tapi, at the same time orang belakang jemput kami pergi makan-makan dekat sana. Hish. Kalau pergi, orang rumah cakap kurang ajar. Kalau tak pergi, orang belakang pula cakap kami sombong.

Last-last aku buat bodo je menonong pergi rumah belakang. Bukan aku yang cari gaduh. Buat apa nak berdendam kan.

Kenyang dapat melantak laksa rumah orang belakang. Burrpp..

Thursday, November 26, 2009

Mrdaha End Year Contest: Teett Toott!

Fitrah manusia bila terpandang benda yang cantik, kita akan tengok dan setinggi-tinggi pujian akan dicurahkan kepadanya. Kalau nampak yang kurang cantik, kita akan kritik dan terus mengkritik sampai orang tu hilang dari pandangan kita.

Well, I would say that I'm good at observing people.Aku tak akan cakap depan-depan at that time. Sebaliknya, aku akan ushar dulu lama-lama, tilik atas bawah dan akan come up dengan one perception. Aku bukan judgemental dan memang betul bila orang kata first impression is very important. Cara you dress up, the way you bring yourself in public, how you communicate with people, semuanya boleh di interpret through people's eyes right?

Aku dan bestie selalu jugalah ushar orang. Tambahan pula bila pergi mall di mana macam-macam jenis orang kita boleh jumpa. Dan seperti biasa, mata ni takkan lepas dari terpandang stok lelaki yang hensem dan sweet.Jangan main-main. Lelaki dekat Kedah ni boleh tahan juga kacaknya.

Among us, kami ada satu bunyi bila terserempak dengan golongan lelaki yang adorable ni.Tak mainlah cakap "Weyh! Ada mamat handsome lalu belakang ang tadi. Sok sek sok sek". Sebaliknya,bunyi ini yang akan dikeluarkan:


"Teeeeettt!"

(Maksudnya lelaki yang baru sahaja lalu sangatlah handsome.Semakin tinggi dan kerap bunyi tet itu, semakin tinggilah tahap kekacakannya.)


"Tooottttt!"

(Harap maaf. Lelaki tadi kurang hensem .Tak apa.Mari cuba lagi.)

"Teet...toot!!"

(Sekali tengok, WOW! Handsome! Dua kali tengok, er..tak handsome la pulek!)

Ini bukan rekaan ye tapi realiti. Seronok weyh pakai code rahsia ni sebab orang tak dapat nak agak jadah apa la depa duk sembang ni. Tapi, sekarang korang dah tahu kan sebab aku dah cerita dekat sini semata-mata nak join contest Mr Daha.Tak mainlah guna safayafa sufukafa defekatmaf diafa. Dah lapuk beb.

Untuk perhatian semua, Mr Daha ada menawarkan contest di blog dia. Feel free to visit his blog and for futher information, please clik here.

Wednesday, November 25, 2009

Datang haid

Sewaktu teman Wan beli pad dekat Tesco, aku terpandang Maternity Loop pad untuk wanita mengandung. Aku ketawa kecil. Teringat sewaktu aku mula-mula datang haid. Ketika itu, umur aku baru mencecah 13 tahun dan aku tinggal di asrama. Memang tak ada orang yang nak ajar macam mana nak pakai pad dan cuci darah dekat pad tu.Aku hanya merujuk kepada kawan yang dah datang haid awal dari aku.

Time nak beli pad paling mencabar bagi aku. First timer ok. What do you expect? Jumpa macam-macam jenis pad. Maxi, Slim, Overnight. Jenama pula macam-macam. Nak pilih mana satu pun rambang mata. Teringat roomate pakai Kotex. Jadi, nak beli Kotex jugalah. Bila pergi dekat bahagian pad, stok Kotex dah habis. Yang tinggal semuanya yang aku tak pernah tengok. Dah garu kepala dah. Kebetulan time tu, kawan se outing dengan aku pergi department lain. Tinggallah aku terkontang kanting sendirian.

Ah ha! Nampak Maternity Loop pad. Packaging menarik dan aku tertarik.Harga pula murah dan berpatutan.Tanpa fikir panjang, terus ambil dan beratur di kaunter pembayaran. Bila sampai turn aku,cashier kerutkan muka dan dahi. Pelik dengan item yang aku ambil. Aku buat bodo saja. Weyh. Ingat aku tak dak duit ka nak bayaq? Getus hati kecilku ini. Dia pandang aku atas bawah. Sudahlah ketika itu aku menyarungkan baju batik MRSM Langkawi. Memang konfirm la aku budak sekolah. Apa yang tak kena pun aku tak faham.

Pulang dengan hati yang girang. Yeah! Aku dah jadi wanita sejati.Tak sabar rasanya nak pakai pad hasil belian sendiri. Bila ku tunjuk pada kawanku, dorang pelik. Tak pernah-pernah kot dorang tengok pad yang sebegitu rupa.

Aku :Apasal ada loop di hujung kiri dan kanan pad ni ha?

Kawan :Weyh mangkuk! Ni pad untuk orang mengandung lah!

Aku : Ha?????

Patutlah cashier tu tengok aku atas bawah.Tsk.

Tuesday, November 24, 2009

Pisau cukur?

Hari ini aku meluangkan masa untuk menonton wayang Pisau Cukur. Ye..aku tahu aku lambat tengok. Orang lain dah tengok Christmas Carol, aku baru gedik-gedik nak tengok cerita Pisau Cukur. Budget dalam wayang tu hanya ada aku, Malia dan Wan serta beberapa orang saja sebab dah lama kot tayangan cerita ni.Dah basi dah kat panggung. Sekali kau, ada la kot dalam 3 row penuh.

Bercakap pasal pisau cukur, siapa yang berani mengaku dia pisau cukur? Anyone? Selalu term 'gold diggers' ni ditujukan kepada perempuan.Kebanyakkan perempuan adalah materialistik.Mereka memandang duit lebih dari segala-galanya.Muka buruk pun boleh jadi hensem kalau poket tebal. Tak kira la you dah tua kerepot, I sanggup jadi second wife you asalkan you boleh bagi credit card untuk I spend hari-hari.Ada driver nak bawa I jalan-jalan pun ok juga.I sayang you lebih la kalau macam tu.

Ramai je kawan-kawan aku yang boleh dikesan sifat pisau cukurnya itu.Everytime keluar date, barang tak nak lekeh. Perfume nak yang beratus je harga. Tak main perfume RM15 dekat Popular tu. Tak tahulah kot memang boyfriend dia pemurah nak kasi hadiah mahal-mahal setiap kali keluar date kan. Kita sebagai kawan nak menegur pun fikir dua kali. Kalau ditegur, keluarlah ayat "Ala, ang jeles la tu boyfriend aku banyak duit.Suka hati akulah nak kikis dia pun.Ni tandanya dia sayang aku". Sayang wak lu!

Sayang diukur pada nilai sesuatu barang? Semakin tinggi harga barang, semakin tingginya sayangku padamu. Ades.Kalau hipotesis ni boleh diterima pakai, matilah semua lelaki kat dunia ni, kena cari duit banyak-banyak semata-mata nak tunjuk kasih sayang pada si buah hati.Banyak lagi cara lain nak tunjuk kita sayangkan orang tu kan. Tak semestinya melalui benda yang boleh dilihat saja.Bertaubatlah wahai pisau cukur sekalian.

Tapi, once a pisau cukur, always a pisau cukur right? Bhahaha.

Mak cik tua cakap comel

Leka menonton rancangan Jangan Lupa Lirik di tv, aku di sapa jiran Mak Su, Tok Milah. Dia datang nak tunjuk selendang yang baru dibeli di Jitra dengan harga RM 5 sehelai.Sambil tu, datang nak tanya perkembangan Akmal yang sekarang tengah sibuk menghadapi peperiksaan SPM. Bagus betul jiran Mak Su ni. Cuma satu benda je yang kureng pasal dia ni. Suka bersembang sangat sampai tak larat nak layan.

"Kesian kat bf ampa nanti. Mesti dia sedih kan ampa nak p oversea, tinggai dia sorang-sorang" kata Tok Milah kepadaku.

Dia ni memang pelik sikit. Guna panggilan ganti diri kedua yang comel-comel tak padan dengan usianya yang dah menjangkau 60 tahun. Sempoi pun ada. Mana nak jumpa mak cik tua yang suka cakap comel macam ni kan.

"Tak kesian pun aih. Bf pun tak dak!" agak kasar jugalah aku balas gurauan Tok Milah tu.

Reaksi muka dia tak boleh blah. Macam nampak hantu. Awat mak cik? Tak percaya ka? Ingat saya main-main ka? Malas nak pandang muka dia. Aku buat-buat tengok tv. Padahal dalam hati macam what the heck mak cik nak buat muka tokojut i can't believe it!

"Tak pa Pirah. Jodoh ada di mana-mana. P belajaq dulu kat tempat orang. Mana tau jumpa sorang kat sana."

Angguk sajalah.Tak tahu nak feeling loser or proud bila tak ada boyfriend.

Monday, November 23, 2009

Canang satu kampung

Memandangkan aku cucu pertama belah mak aku yang dapat pergi oversea, pak cik aku sibuk mencanang satu kampung.Bercerita sana sini aku nak fly ke NZ. Kalau jumpa aku saja, speaking kencang bagai sudah 10 tahun duduk dekat Amerika.Hadoi. Melebih pula orang tua ni. Dia terlalu banggakan sangat dengan kejayaan aku yang aku kira taklah sehebat mana pun. Ini pun kira rezeki aku dapat peluang pergi merantau negara orang. Jika nak dibandingkan dengan orang lain yang ambil kos lagi berat macam medic, engineer dan law, mereka deserve untuk lebih dibanggakan.

Kalau kau ditempat aku pun kau rimas. Boleh pula time nak pergi makan dekat mamak, dia jumpa geng dia. Terus introduce aku pung pang pung pang bercerita pasal aku nak fly. Aku tahan malu je dekat situ. Bukan tak suka, tapi jadi rimas sebab setiap kali bawa aku pergi mana-mana, itu je modal dia nak jaja dekat member dia. As if tak ada cerita lain nak gebang. Cerita la pasal banjir ke, bola ke orait juga kan.

Kadang-kadang benda macam ni boleh letak kita dalam keadaan stress. Terlalu tinggi sangat harapan family nak tengok kita berjaya di tempat orang.Mujurlah aku pass exam. Mahu nye aku kantoi tengah jalan, malu weyh. Mana nak letak muka I yang cantik ni? Sekarang dah boleh rasa lega sikit sebab benda tu soon will come true.

Mungkin juga canangan pak cik aku tu dikira sebagai doa. Sebab duk berulang banyak kali. Syukurlah Allah makbulkan doa pak cik aku tu. By the way, mesti korang pelik kenapa pak cik aku tu kepochi sangat pasal anak sedara dia ni kan. Pak cik aku ni sampai sekarang masih solo dan dia dah anggap aku macam anak dia sendiri.Perwatakan dia ala-ala Aznil Nawawi. Faham-faham sendirilah. Bukan auww..tapi banyak cakap. Bila bercakap, tangan hayun sana sini.Bersemangat beb. Beb?? WTH.

Niat di hati dah ada.

Banyak yang bagi cadangan untuk aku buat kerja part time cuti ni. Niat di hati memang ada keinginan nak cari pengalaman bekerja. Tengok senior aku sorang ni pantang cuti sem je dia akan cari kerja. Nak kata dia orang susah, tak juga. Cuma lebih kepada nak cari duit lebih dan hilangkan bosan duduk di rumah.Sambil tu boleh cari pakwe. Bhahaha.

Teringat lepas SPM dulu, aku pernah mintak nak kerja dengan Pak Lang dekat stesyen minyak dia. Konon nak kerja bahagian cashier la kan. Sekali.. tunggu punya tunggu Pak Lang aku punya reply, sampai aku dah masuk maktab pun dia tak bagi jawapan. Itu tandanya dia tak harap aku jaga bahagian cashier. Terus frust menonggeng duduk rumah mengadap tv saja.Sebab tu cuti lepas SPM, berat badan naik sampai 60 kilo. Kerja makan saja.Jijik tengok diri sendiri dalam gambar. Hoh.

Bila nampak notis dekat supermarket "Jawatan kosong : Jurujual Wanita, kelulusan SPM", terus excited nak try. Tapi, bila tengok orang yang kerja dekat situ macam teruk je kena jadi kuli, terus hilang keterujaan tu. Itulah masalah aku. Cuak lebih. Belum try lagi dah buat macam-macam assumption. Sebab tu aku prefer kerja dengan orang yang aku dah kenal. Senang nak minta balik awal "Saya nak update blog, encik".

Aku cinta sama blog. Tinggal sehari rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding.

Sunday, November 22, 2009

Cuti 3 bulan nak buat apa?

Cuti sampai 3 bulan, tapi planning satu haprak pun tak ada. Takkan nak duduk beryoga je dalam rumah tu.Dah dapat rasakan kebosanan hidup kalau tak ada family vacation. Dengar cerita macam tulah. Family vacation tak ada sebab ada orang nak merisik cousin aku.Baru angan-angan nak cuci mata tengok lelaki hot tak pakai baju tepi pantai main volleyball.Punah juga harapan nak mintak contact number beach boy.

Berita buruk baru diterima ketika aku menulis post ni.

Tok Haji Saudah nak buat kenduri pula few days after Hari Raya Haji. Aku dah agak dah. Tok pantang sikit kalau cuti panjang-panjang ni. Ada je benda dia nak buat. Tak kisahlah dia nak buat kenduri ni. Cuma masalahnya dia nak buat serve hidang. Dia bantah sungguh-sungguh kalau nak buat buffet. Rugi la pe la. Yang nak penat nanti ni ha..anak cucu dia. Huhuhu. Oh ya. Tok expert dalam buat lauk kenduri. Selalu jugalah orang ambil upah dari dia untuk masak lauk kenduri.

Nanti buat kenduri untuk aku pula. (Phewit!!)

Siapa-siapa yang nak pergi vacation yang still available seat kosong, contact aku ye. Tak pe. I single.Jadah apa mention status single. T_T

Aku nak engineer, kau nak apa?

Perempuan 1 : Aku nak doktor , yang 4 flat.

Perempuan 2 : Aku nak engineer, yang tinggi dan handsome.

Perempuan 1 : Nak yang handsome saja.

Perempuan 2 : Of course lah. Habis tu, takkan nak amik yang muka tongkang pecah kot.

Perempuan 1 : Aku nak yang jambu boleh?

Perempuan 2 : Boleh tahan lagi jambu.

Perempuan 1 : Habis tu, apa yang tak tahan?

Perempuan 2 : Muka hensem tapi perangai huduh.

Itu antara ciri-ciri idaman kalbu insan tinggi dan dot dot dot. Kami punya history yang cukup menarik. Kami pernah bercinta dengan lelaki yang sama.Lelaki yang sama-sama belajar dalam satu sekolah dan satu batch. Hebat kan? Siapa yang hebat? Lelaki tu lah.Kami 'bermadu' tapi tak bergaduh. Aku dan dot dot dot kalau bertembung buat macam tak ada apa-apa padahal dalam hati macam what the heck perempuan ni boleh couple pula dengan ex aku? Ha..macam tu lah. Kalau ikut hierarki, aku lah bini tua dan dia bini muda. Situasinya lebih kurang macam Erra Fazira couple dengan Hans Isaac senyap-senyap lepas tu tup tup kahwin dengan Engku Imran. Cuma dalam kes aku dan dot dot dot, Erra Fazira tu si lelaki dan kami berdua jadi Hans Isaac dan Engku Imran.Got it? Kalau tak faham, buat-buat faham jelah.

Sekarang masing-masing dah single. He was a past. Gila bodoh bila fikir balik senang-senang je couple dengan manusia yang bernama sweet talker ni. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dari seorang lelaki yang nak masuk line kau. Kenal betul-betul baru buat keputusan whether to accept him or not.Sekarang dia couple dengan mak cik mana entah.Padan muka.

Till now, aku dan maduku berkawan baik dan saling mengutuk si sweet talker itu.Kami juga berangan nak dapat boyfriend doktor atau lawyer. Bhahaha.Being single sangat best.Buat apa pun tak ada yang nak marah atau kongkong.

When the right time comes, I should end up being taken and married. Cuma, masanya belum tiba lagi. Jadi, kita solo dululah ye.Serik selalu jadi loser dalam alam percintaan.Blergghh.

Saturday, November 21, 2009

Ajar buat blog?

Bila orang minta ajarkan macam mana nak buat blog, aku dah garu kepala. Bukan tak mahu ajar, cuma bila mengajar through chatting ni susah sikit. Tendency untuk communication breakdown terjadi sangatlah tinggi. Kadang-kadang bila kita cakap A dia ingat kita cakap B. Aiyoh. Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Aku bab-bab nak buat tutorial ni lemah sikit sebabnya aku pun belajar dari orang lain. Terpaksa refer tutorial blog untuk tambah apa yang patut. Oh. By the way, terlanjur cerita pasal buat blog ni, jutaan terima kasih buat Encik Luth yang telah meng edit blog aku untuk jadi baru dan cantik macam ni. Hehehe. Nak harap aku buat sendiri, memang berkurun la kan. Siapa-siapa yang nak tukar layout ke apa ke, rajin-rajin la jenguk blog dia dan tinggal komen. Mana tahu sapaan korang dibalas. Hehehe. Matilah aku kena tempeleng lepas ni suka-suka je promote nama orang. (Bantu naikkan hit traffic you ni Lutfi. Jangan marah naa.)

Aku lebih prefer buat tutorial bila orang tu ada depan aku. Senang nak godek-godek apa yang patut dan lebih clear explanation tu diterima. Sangat susah nak buat live tutorial ni.

Happy blogging you olls!

Happy Birthday kamu

Jam 12.02 malam, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari kekasih lamaku. Aku biarkan je panggilan tu tak berjawab. Soalnya aku penat seharian suntuk mengangkut barang dan ketika itu aku dah sedap diulit mimpi indah bersama Jason Statham.Kacau orang nak tidur je.

Pagi ni telefon berbunyi lagi. Panggilan dari orang yang sama. Haish.Nak apa lagi mamat ni. Agak terganggu la sebab cuaca sejuk memang bisa buat kita masyuk time tidur kan.Rupa-rupanya hari ini ialah hari ulang tahun dia yang ke 21. No wonderlah asyik call aku. Nak bagi hint rupanya.

"Hari ini birthday abang. Tak nak wish ke?"

Sumpah nak gelak time ni. Bhahaha. Aku pun satu, boleh lupa terus birthday dia. Ye la. Bila kita dah tak ada apa-apa dengan orang tu, automatik semua benda pasal dia kita nak lupakan termasuklah his special day.

To Ahmad Faiz,

Happy Birthday. May God bless you. Semoga dapat jadi engineer kapal terbang yang berjaya.

p/s : Sebelum ni, dia tak pernah excited pun pasal birthday dia. Kenapa tiba-tiba je dia excited kali ni eh?

Friday, November 20, 2009

Jawab tag

Melaksanakan tugas tag yang terbengkalai dari purplelicious dan kojah.

1. Bekas kekasih saya adalah Ahmad Faiz. Ye.Faiz yang kat url blog aku tu. Tsk.

2. Saya sedang mendengar bunyi kipas bilik berpusing.

3. Mungkin saya patut pergi tidur sekarang. Mata dah tak larat nak buka dah. Letih.

4. Saya suka penulis yang tulisannya comel dan indah.Bhahaha. You know who you are.

5.Sahabat-sahabat baik saya sangatlah sempoi. Sayang mereka. Oh Ada, Wan Z, Kema, Ky dan Elin..aku dah start rindu korang.Uhuk uhuk.

6. Saya tak faham kenapa lelaki pantang nampak perempuan cantik sikit mesti pandang eyh. Rimas la i macam ni.

7. Saya kehilangan mak bapak yang dicintai. Sangatlah sedih.Sob sob sob.

8. Ramai yang berkata ' ko patut buat kerja part time jadi model' (peha persis drumstick ada hati nak jadi model? Lupakan je lah omongan tu.)

9. Makna nama saya yang selalu mendapat kejayaan. Oyeh.

10. Cinta itu adalah apabila seseorang itu dapat menerima baik dan buruk pasangannya serta tahu menjaga hati dan perasaannya.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang mengadap laptop dalam keadaan separuh sedar.

12. Saya akan cuba untuk jadi cikgu BI yang baik dan tidak garang.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud forever.

14. Telefon bimbit saya : Hoih. Handset paling mahal kot pernah aku beli. Nokia cabuk ja. Yang hanya boleh message dan call saja. Tak ada kamera.

15. Bila saya terjaga dari tidur, saya akan gosok mata dan menonong pergi toilet untuk basuh muka.

16. Saya paling meluat apabila lelaki yang add di skype hanya semata-mata nak masuk line. Apa barang.Macam desperate je. Huh.Sorry.I'm not interested.

17. Parti /Pesta adalah hari untuk berjimba dan menari sambil teguk air haram tu.

18. Haiwan yang paling comel pernah saya temui kucing 'albino' aras 2 blok D IPSAH.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah waktu kanak-kanak. Boleh main masak-masak cedok tanah depan rumah buat air milo.Berlakon macam dalam program masakan bersama Chef Wan sambil tarik lalang buat sayur masak lemak. Berbakat kan aku?

20. Hari ini saya sangatlah letih. Nak tidur lepas ni!

21. Malam ini saya akan tidur puas-puas.

22. Esok pula saya akan sambung blogwalking dan main game sampai lebam.

23. Saya betul-betul inginkan DSLR!

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini, wah..cantik juga ye aku ni. Bisik hatiku.

25. Pusat membeli belah atau arked permainan: Tempat untuk cari barang dan sesuai untuk first date.

26. Makanan Barat atau Jepun? Barat!

27. Bilik yang terang atau gelap? Malap-malap?

28. Makanan segera adalah : Makanan yang tak sampai 3 minit siap di serve.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang Night.Take care.

30. Siapa yang mahu anda tag? Anyone yang ada free time, sila jawab tag ni.

p/s: Banyak jawapan tag aku berunsurkan ketiduran.Zzzz..

2 tahun beb


Terasa sedih la pula nak tinggal maktab tercinta ni. Hurmm..2 tahun. Mesti banyak perubahan dekat maktab. Mesti dah naik bangunan depan kelas aku tu. Mesti library makin banyak buku. Mesti koop dah makin maju.Makin banyak cekedis dan ais krim.Akak koop mesti dah kahwin dah.Suka hati aku je buat assumption (T_T)

Bila bersembang dengan budak dari kos lain, semua pakat tanya bila nak fly.Datang balik maktab tak tahun depan.Oh. Rasa terharu ok. Rasa macam dalam diam, depa ni concern juga pasal kami. Walaupun kami selalu dilabel 'anak tiri HEP' sebab budak TESL ni kat mana-mana pun selalu kena cop budak masalah. Tak tahu la kenapa. Tanya la maktab mana pun, konfirm akan ada macam sedikit diskriminasi kos. Walhal kami ni tidak ler bermasalah pun. Sama saja dengan budak dari kos lain.

Dah selesai packing barang. Semuanya 4 kotak dan 4 beg baju. Banyak kan? Tu pun dah habis buang segala mak nenek kertas dah. Kalau tak, bertambah lagilah kotak. Konfirm kejap lagi kena perli dengan Pak Su sebab barang mengalahkan orang nak pindah rumah. Padahal rumah dekat Alor Setar ja. Chueeh dekat ja dengan Sungai Petani. Tsk.

Happy hols everyone! Cuti ni siapa nak datang Aloq Setaq, roger-roger la aku kat chat box ek. Boleh jumpa. Aku pun bosan duduk rumah tak buat apa. Aku jadi tourist guide korang. Alamatnya sesatlah korang.Ahahaha.

Beb, aku serius ni. Roger aku ok. (Ceh..jadah apa guna beb beb ni?)

Thursday, November 19, 2009

Congratulations!


Dalam banyak-banyak pengumuman, ini yang paling aku suka dengar:

Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa semua pelajar B.Ed Tesol Cohort 1 lulus di dalam final exam kali ini. Tahniah!

Perasaan ketika mendengar puan pengarah mengucapkan ayat diatas tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Menitis jua air mataku ini. Penantian selama 2 minggu akhirnya terjawab jua. Segala kecuakan dan kenervousan tatkala mengingati kembali performance waktu menjawab exam yang macam haram telah dibayar dengan grade LULUS. Syabas bettii.

Maka dengan ini, insya-Allah pada 16 Februari 2010, aku akan berlepas ke Wellington, New Zealand dengan satu harapan iaitu belajar English pandai-pandai nanti balik Malaysia boleh jadi cikgu English yang cantik, gorgeous dan intelek. Kalau orang tanya graduate dari mana, boleh jawab dengan bangganya ' I was graduated from VUW , a place for the nature lover' sambil hidung kembang kempis angkat kening macam Ziana Zain . Hahaha. Sambil tu bolehlah pasang mata cari lelaki handsome ala-ala Jason Statham.Bhahaha. Physiological needs are needed to be met in order to boost up our motivation kan. And pakwe is one of them. Hehehe.

Congratulations to all Cohort 1! We've made it babeh! Sapa cakap kita tak pandai, meh nak luku kepala sekor-sekor. Kepada semua yang memberi sokongan dan galakan serta mendoakan kejayaan aku, thanks a lot.Meh aku belanja nasi lemak sorang sebungkus.

Sudahlah sikit-sikit membebel. Barang tak packing lagi. Esok nak balik rumah dah. Buhbye IPSAH.See you again in 2012!

Tesol Night Dinner 2009

Tesol Night Dinner 2009 was great! Bertempat di Cinta Sayang Golf and Resort, aku bertindak selaku jurukamera tetap pada malam itu bergerak ke sana ke mari untuk mendapatkan shot terbaik. Kesempatan yang diberikan oleh Ada untuk meminjamkan DSLR miliknya ku gunakan sepenuhnya. Time ni lah nak try guna lense zoom in and out, blur and macam-macam lagi lah. Pergh. Memang terasa macam pro pun ada. Hahaha. Malangnya, kalau dah jadi photographer, muka sendiri memang susahlah nak jumpa dalam album kan. Pasrah sajalah.Yang ada pun tak sampai 10 keping kot. Tapi, tak mengapa. I enjoy taking photos. =)

Jangan tak tahu yang aku ni pandai menari. Hahaha. Persembahan pembukaan oleh kami, Cohort 1 dengan tarian satu malaysia. Gugup juga bila tengok ramai orang kat bawah. Senyum pun kelat saja.

Credit to Ky for this awesome pic even tak dapat nak cover 'berg berg' bawah dagu tu. Sedarlah diri wooii..makin hari makin gemuk.

Antara gambar yang aku paling suka. Hasil kerja tangan sendiri ni. Hohoho.Merry Christmas!

Oh. Lupa nak bagitau yang tema untuk dinner kali ni ialah One Malaysia Masquerade Night. Nak tak nak memang kena pakai mask la kan. Tapi, aku tak pakai pun. Guna alasan jadi photographer untuk elak pakai mask.

Dinner ni juga turut dimeriahkan dengan kehadiran partner dari VUW : Mr Crab, Mr Jonathan dan Miss Lisa. Ternyata mereka cukup terhibur dengan persembahan yang disajikan pada malam itu walaupun depa tak faham bahasa mlelayu. Asyik tepuk je all the time.

Cohort 1.Cantik-cantik mask yang dorang pakai. Plus dengan outfit yang malatooopp, memang class la you ollss.Sayangnya, batch kitorang tak dapat award best dress tapi cohort 3 yang dapat. Bukan aku nak kutuk, tapi aku rasa budak-budak lain lagi banyak yang pakai cantik-cantik. Kenapa mesti yang pakai simple saree menang? Hurm. Apa-apa pun, korang memang terbaik la.Maybe committee ada criteria-criteria tersendiri dalam memilih pemenang.

Akhir kata, salam satu malaysia dari mas joko Zack!

Tuesday, November 17, 2009

Buat keputusan sendiri

Manusia memang macam ni. Bila diberi peluang untuk buat keputusan sendiri, secara automatiknya kita akan jadi tak reti nak buat keputusan.

Contoh :

Kamu boleh pilih subjek elektif yang kamu nak. Kami bagi range subjek, kamu pilih. Senang cerita subjek yang kamu rasa enjoy untuk dipelajari dan dirasakan dapat improve diri kamu.

Wah! Syoknya dapat pilih subjek yang kita minat. Konon diri tak dipaksa untuk belajar benda yang kita tak suka la.Bila tengok range of subject yang di offer, terus jadi blank. Mana satu? Nak ambil language ke? Or writing? Education? Linguistic? Hoh.Rasa macam semua tak suit dengan kehendak diri sendiri.Kadang-kadang jadi tamak haloba. Nak belajar other language seperti Japanese or Spanish sedangkan diri sendiri sedar yang writing skills pun still tunggang terbalik grammar and sentence structure.Ada hati nak belajar bahasa asing lain.Berbelah bahagi nak ambil yang mana satu. Memang la belajar apa pun, kita akan gain something from it no matter how hard it is. Kalau boleh, nak belajar semua.Nak jadi ilmuan negara.Orang tanya apa pun, boleh jawab dengan confident sambil buat muka bangga.

Inilah masalahnya bila diberi peluang untuk buat keputusan sendiri. I mean, in terms of academic performance sebab bagi aku, they know better than us. Dorang tahu kekuatan dan kelemahan kita dekat mana. Kalau kita dah bagus dekat writing, why must we waste our time learning something yang kita dah master kan? Better we go for something yang kita tak pernah belajar. Nak jadi ilmuan ni. Ilmu harus penuh di dada.

Aku prefer dorang yang tetapkan subjek untuk aku rather than aku sendiri yang kena buat keputusan because i'm bad at it. Aku tak tahu potensi diri aku di mana. Serius. Orang selalu cakap, diri sendiri lebih mengetahui apa yang dikehendaki tapi tak bagi aku. Kadang-kadang orang lain yang kena make decision for me so that aku tak rasa bersalah sangat bila aku tak dapat skor. Boleh salahkan orang yang buat keputusan untuk aku tu. Hahaha.

Kalau korang pula, korang prefer macam mana? Pilih sendiri or orang lain yang tetapkan?

Saturday, November 14, 2009

Jangan salah anggap

Bosan juga kalau entry tak ada gambar kan? Nah. Ini gambar yang sempat aku curi dekat FB masa BTN tempoh hari. Oh. Maaf la ye. Gambar banyak yang pakai baju yang sama je. Tak jersey, mesti baju putih sekolah tu.

Red Angels. Nama yang diberikan oleh Ada untuk team kami. Carilah mana satu aku.Favourite number aku ada kat situ. Hehehe.

Before pembentangan kertas kerja bermula. See. Memang wajib pakai baju putih sekolah ni. Mungkin untuk mewujudkan sikap kekitaan kot. Tak kira kau anak orang kaya ke miskin ke, kita semua sama je bila datang BTN. Baju pun kena sama.

Bloggers in action. Dua dari IPSAH dan sorang dari IPTI. Ada, Hawa dan aku.Serious shit aku tak tahu yang Hawa ni budak IPTI. Bajet budak U sebab dia tak pernah kot cerita pasal life dia kat maktab. Ke aku yang tak perasan? Ahahah. Minah ni sangat hyperactive bila dalam group.Hehehe.

Sibuk je nak interframe kat belakang tu. Kan dah jadi sundel bolong.

Last moment before departing to Sungai Petani with some of IPTI's students.

Kan aku dah cakap.Banyak gambar baju yang sama. Hahaha. Ni dalam bas waktu on the way balik maktab with Kema sengal.

Lupa nak bagitau yang kami berkursus bersama dengan budak TESOL IPTI and 5 students from UNITEN. It was awesome and obviously, it unites us without even bother about our races and colours. Bila mai part nak nyanyi lagu Negaraku, semua sebak tak terkira. Sangatlah emotional time tu. Terasa jiwa anak merdeka menyerap dalam sanubari. Nak cerita pun susah. Korang kena alami sendiri baru faham kenapa aku cakap macam tu.

With groupmates during kembara anak merdeka. Fida and Ema.

Yang syoknya BTN ni..kami kena makan ikut group.Nak makan pun kena tunggu semua ada, baca doa sama-sama macam budak tadika baru boleh makan. Ni group aku.

Waktu pagi on the last day.Tengah return semua kelengkapan tidur.Jangan tanya kenapa mata aku sembam.Ni semua gara-gara nangis malam sebelumnya sebab faci sentuh hal-hal mak bapak.Memang laju je menangis.Huhu.

Jangan salah anggap yang BTN ni adalah satu cara kerajaan nak brainwash kita suruh undi kerajaan pula. Salah sama sekali. Banyak ke arah nak persiapkan mental dan fizikal kita before fly. Jangan lupa daratan dsb. Yang paling penting, jangan jual negara kita kepada outsider!Hoh. Semangat gila aku.

Ok lah. Letih praktis menari tadi..Esok nak buat medical check up pula. Dah kena puasa malam ni.Tak boleh makan.Toddles!

I love Malaysia.

Salam 1 Malaysia.

Aku dah balik dari BTN. Banyak benda yang aku dapat dari kursus ni. Kalau nak dicerita satu persatu memang konfirm korang tak larat nak scroll entry aku nanti. Terlalu banyak.

Secara ringkasnya, BTN berjaya mengubah persepsi aku terhadap kerajaan. Kadang-kadang kita lupa yang kita banyak dapat privilege sebagai anak melayu khususnya.Tapi, kita seolah-olah tak menghargai keistimewaan yang kita dapat. Dalam erti kata lain, tak pandai nak bersyukur. Hanya pandai nak complaint sana sini. Ada yang cuba untuk mencabar perlembagaan Malaysia. Suka suki nak ubah agama dalam mykad dan sebagainya.

Setiap orang mesti ada sikap prejudis terhadap kaum lain. Tipu la kalau korang cakap korang langsung tak pernah ada sifat macam tu. Kalau boleh, buanglah sifat tu jauh-jauh. Kita hidup dalam satu negara. Tak ada guna nak bergaduh hanya sebab isu yang kecil-kecil. Orang luar tengok kita mesti gelak guling-guling hanya disebabkan benda kecil dah mula bergaduh bawa parang segala.

Duhai anak Malaysia, jangan lupa diri bila berada di tempat orang. Kekalkan identiti dan budaya kita. Semaikan sikap sayangkan Malaysia. Rasanya kita cukup bertuah hidup di negara ni. Tak ada peperangan dan still boleh keluar rumah pergi shopping tanpa perlu bawa tukul besi as protection.Tak perlu rasa takut nak pergi masjid. Tak perlu rasa terancam kalau berada dalam satu komuniti kaum lain.

I love Malaysia.

Monday, November 9, 2009

I'll be away to Sepang

Ini post terakhir sebelum aku berangkat ke Sepang untuk memenuhi tuntutan kenegaraan.Aku pergi berjuang (Gila poyo statement). Jangan tangisi pemergian aku (Ni lagi poyo).Walaupun berat hati nak pergi, ku gagahi jua.Redah saja.

I'll be away to Sepang, attending BTN course for 4 days 3 nights.

Kembali berblogging pada hari Sabtu. Ouh. Aku pasti merindui kamu semua.Buhbye sayang!

Harap aku pulang dengan semangat jati diri yang tinggi! Oyeh!

Sunday, November 8, 2009

Si penggemar kucing.

I'm not a cat lover but this two kittens really make my day. Entry ni khas untuk Tedi. Si penggemar kucing. Rak kasut bilik aku ni memang jadi hotspot untuk semua kucing bertenggek. Aku pun tak faham kenapa dorang suka sangat tidur atas kasut yang ada terselit skin socks kat dalam tu.Ha. Itu bermakna kaki aku tak busuk dan mereka suka bau kaki ku.Ahahaha.Tengok saja kucing 'albino' di atas.Elok je parking body dia dalam kasutku.Sejuk gamaknya.Tali kasut tu dah macam colar dia dah.So cute.

Dah mula high dah. Sorok muka dalam kasut pulak. Time ni dia tengah sedap tidur.Kitorang gelak terbahak-bahak pun dia buat dono je.Tidur mati.

See..cute kan?? Ehehe. Agaknya yang 'albino' tu tak boleh tidur dalam cerah kot. That's why berusaha serodok mata dalam kasut tu juga.Yang lagi sekor ni, aktif. Suka gigit leher 'albino'.

Ouh.Sayang sama kamu kucing!

p/s: Aku tak suka kucing time dia berak. Sangat geli. Tak reti nak handle kucing yang suka berak merata ni. Mak kucing aku tak berapa suka sebab dia dah tak comel.Suka yang kecik-kecik macam 2 ekor ni. Bhahaha.

Saturday, November 7, 2009

Aku bukan memilih

Selamat pagi semua.Semalam doze off awal gila.Maybe sebab badan penat sangat sampai tengok skrin laptop pun boleh terlelap.Kronik kan (gagah juga nak berblogging even tahu mata dah tak mampu nak buka!)

Mood masih swing swing lagi memikirkan nak pergi BTN Isnin ni, nak kena cari long sleeve putih, baju kurung putih dan banyak lagi lah. Kod pakaian untuk BTN ni kena ikut betul-betul. Dengar kata dorang strict.Yelah..nak brainwash kitorang cukup-cukup before fly.Rasa malas nak mam.. nak pergi BTN.Banyak LDK saja.

To my sayang..I'm happy for you.Jangan buang contact list dia ok.Masih ada harapan.Yes. You should feel sorry for him yet happy too.. =)

Pasal bakal mak mertua semalam tu, aku main-main saja. Dia mana ada anak lelaki yang nak di kenen-kenenkan kat aku.Tsk.Tengok makin ramai kawan aku tukar status "In relationship" dekat facebook.Yeah.Happy for all of them.Aku bukan memilih tetapi berhati-hati dalam mencari yang sesuai. Tak mahu setakat main-main saja. Nak yang betul sayang dan faham aku.Muka tak cantik mana boleh memilih sangat. Tak kena gaya.

Ok.Lapaq.Nak p makan.Buhbye!

Friday, November 6, 2009

Banyak lagi benda tak setel

It's good to be home. Ya. Itu yang aku rasa sekarang even just dapat spend 2 hari dekat rumah. Semalam balik bilik dah dekat pukul 4 petang semata-mata siapkan scanning process untuk accomodation hall form. Tolong roomate.Kesian dia.Kenapa la tak hantar courier saja benda alah ni. Lagi senang even quite costly. Bila dah berteknologi sangat, kita yang susah balik. Nak e-mail la pe la. Nak meng attach file satu hal. Itu tak kira lagi cubaan meng retry attachment file yang sangkut tengah-tengah jalan sebab internet putus. Semua file selamat di e-mail pada tengah malam semalam.

Aku memang agak stress sejak kebelakangan ni. Even exam dah habis pun aku still rasa tertekan. Nak menunggu result exam yang dijangka keluar a day before kami cuti memang buat aku rasa tak senang duduk. Madam Haaiyon cakap kalau fail, lambat la fly. Tak fly sekali dengan budak yang pass. Haish. Seram sejuk dibuatnya. Instinct aku kuat mengatakan yang something bad will happen. Tapi, aku cuba buang jauh-jauh perasaan tu. Kalau boleh, nak elak benda buruk dan just think positive.

Banyak lagi benda tak setel. Borang perjanjian banyak yang silap. Nak kena pergi jumpa balik penjamin aku yang sekarang dah pindah duduk Ipoh. Memang satu kerja la pula nak pergi sana semata-mata nak minta sign dia saja. Kena buat bank draft untuk visa application sebab NZ embassy tak ada kat Malaysia but Singapura. Terpaksa la convert duit kita ke duit Singapura. Dari RM 192 jadi RM 3++ . Medical check up tak boleh buat lagi sebab keadaan dalaman tak mengizinkan. Nak kena attend BTN lagi. Memang tak ada masa nak rileks.

Pergi buat treatment pun Giny dapat agak aku stress. Jerawat tumbuh tak ingat dunia.Sambil tu, dia sempat lagi promote barang dia. Tsk. Maaf le Giny, I nak pakai banyak duit this time. Postpone dulu la produk you tu ye.

Ok. Kejap lagi nak jumpa bakal mak mertua.Nak kena bersiap cantik-cantik.

Wednesday, November 4, 2009

#1 Mister Potato Contest

Hallo. Nuffnang buat contest lagi! Mari join ramai-ramai.

It is a #1 Mister Potato Contest which needs you to just click to this website, register as a member and play 8 challenges in it. When you complete the last challenge, you'll be given chance to upload your best Mister Potato shot that makes you're one step closer to win RM 5,000!

Hurry up! The contest is already on and you’ll need to wait until 29th November where the gallery page will be opened for public voting until 5th December. While waiting for the voting period to come, you can always change your Mister Potato pic if you wish to.

50 contestants with the most votes by the end of the voting period will be given a pair of invites to join the Mister Potato Fiesta 2009 where the best 10 contestants will be pitted against each other to be crowned the grand winner for the #1 Mister Potato Contest.

Sangat mudah kan? Kalau contest tu payah, tak ada maknanya aku nak join.Ehehehehe.

1st prize : RM 5,000

2nd prize : RM 3,000

3rd prize : RM 2,000

Sapa nak bagi senang-senang weyh duit banyak tu! Ye. Saya mata duitan. ($_$) Sebenarnya tak menaruh harapan sangat nak menang. Saja try-try, suka-suka. Mana tau ada rezeki aku dapat duit beribu-ribu tu. Woo..bab berangan kasi sama gue, mak jenin! Ehehehehe. Lagi pun sekarang sudah sengkek. Kena ada effort cari duit. Ni aku tengah cari duit la ni. Masuk contest. Bhahaha.

Pssst..jangan lupa vote aku pada 29 Nov- 5 Dec. Vote banyak-banyak tau!Kalau terpilih, kena cari sorang lagi untuk jadi partner I pergi fiesta tu. Erm..sapa nak ikut? (Ok. Sudah berangan jauh.Public voting lambat lagi la perempuan!)

Snap pic 3 shots at a time

Selamat pagi semua. Actually nak post pasal sesi photoshoot semalam.Tapi, gambar belum ambil dari Ada and Kema. Maka, godek-godek gambar lama(tak la lama sangat) then terjumpa a few yang aku rasa nak gelak guling-guling. These pics were taken during our day out a month ago. Baru discover yang camera Kema boleh snap pic 3 shots at a time. Kira kau kena buat movement laju-laju la kalau nak tengok difference among 3 pics. Contoh:

Shot pertama

Shot ke-2 (dah nampak makin dongak muka si baju hitam tu)

Dannn..cak! Shot ke-3.Ha..Muka aku tak ada beza sangat. Kerja gelak ja tu pasai muka duk lagu tu ja every shot.Tengok baju hitam tu.Fotogedik.

Momok!

Dorang tak pe lah buat muka buruk pun.Masing-masing dah ada pakwe. Aku tak boleh. Kang tak dak laki yang nak kat aku.Ahahahha..

p/s : Dah bagi tau tok suruh masuk duit RM1500 untuk visa etc. Dah ukur blazer. Dah baca blog kamu semua. Dah dapat keep in track balik dah. Hehehe.

Tuesday, November 3, 2009

Tunggu saja perkhabaran dariku

Exam hari ni sangat mengecewakan aku. Harapan untuk berasa senang hati dengan berakhirnya final bertukar kepada perasaan uncertainty. Boleh ke aku pass? Soalnya paper hari ni teramatlah susah bagiku.Kawan-kawan juga begitu. Bukan sebab tak cukup ilmu di dada, tapi soalan tu seems confusing. Too complicated sampaikan tak tahu dia nak kita jawab apa sebenarnya. Aku dah agak dah akan jadi macam ni.Aku mula memikirkan masa depanku yang masih tidak tentu arahnya. Ah. Biarlah. Aku dah buat yang terbaik. Moga Tuhan dapat melembutkan hati pemeriksa dan Mr. Jonathan. Aku tak mahu repeat paper. Tunggu saja perkhabaran dariku sama ada dari Malaysia ataupun Wellington.

Sekarang baru terbayang muka tok yang banyak perabis duit suruh belajaq elok-elok, pesan jangan boroih dan jangan tinggal semayang. Pirah dah buat habis baik dah tok. Sekarang hanya mampu bertawakal.

Kejap lagi nak ukur blazer pula untuk departure ke NZ. Sekarang akan mula sibuk dengan urusan persiapan visa, medical check up itu dan ini. Soal result fikir kemudian. Setelkan apa yang patut dulu sebab partner dari VUW dah mula minta detail pasal kami. Dah mula suruh kami isi macam-macam form. Dorang memang cekap bila mai bab handle foreign students.

Harap dapat pakai blazer tu on 16th Feb 2010. Amin..

Monday, November 2, 2009

Half-relieved, half-nervous.

Terasa macam nak cerita je perasaan dah lepas satu exam.

Half-relieved, half-nervous.

As expected, aku blank kejap bila buka paper tadi. Kena pula first section tanya pasal Education Policy and English Syllabus.Macam hareemm..Kejap Curriculum Specification, kejap Syllabus Specification.Ades. Memang sengaja nak bikin gue confuse. Tahniah.Memang aku confuse. Nasib baik jawab true or false je.

Section lain, alhamdulillah. Apa yang dibaca masuk.Cuma bila ditengok balik pattern soalan, memang KPM suka tanya soalan adaptation kot. Semua skills dia nak adapt. Bila nak tune otak dari principle nak jadi adaptation, harusss kerut-kerut dahi sampai kening bercantum, baru nak keluar point.

Essay pula. Seperti biasa, mencarut je lebih sebab satu soalan carry 20 marks. Nak harap dekat main point maybe 10 marks je kot boleh dapat. Justification dan example yang kena letak banyak-banyak.Ha. Haruk pikuk essay. Dah bercampur dah semua points dari yang tak ada kena mengena terus jadi point.Hahaha. Harap carutan aku tu boleh diterima akal examiner la.

One more to go esok. Ini lagi susah. Subjek killer. Bak kata Madam Tai, every year ada je casualities. Hope this year, budak TESOL semuanya lulus.

p/s : Habis je exam tadi, semua pakat minta lulus je. Amin.

Korang boleh bagi flying kick dekat aku sekarang sebab mungkir janji konon tak nak update blog sampai habis exam tapi tetap juga update. Haiyaaakkk!

Sunday, November 1, 2009

Salam sayang daripada Insan Tinggi

Salam semua..

Penulis akan berhenti menulis selama dua hari untuk menempuh peperiksaan final.

2 - 3 November 2009

Diharapkan semua pengunjung blog dapat mendoakan kejayaan penulis dan moga-moga otak penulis tidak blank di hari exam nanti..

Akan giat berblogging selepas tarikh diatas. =)

Salam sayang daripada Insan Tinggi.Muahhhxxx!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger