Online users

Follower

Saturday, October 31, 2009

Terima kasih Facebook!

8 tahun aku tak jumpa dia. Dulu time kecik-kecik, kami selalu paksa Pak Ngah bawa kami mandi dekat Bukit Wang. Malam pula, kami selalu lepak dekat buaian rumah tok dan dengar cerita hantu yang disampaikan oleh Tok Tam. Tok Tam buta. Tapi, dia banyak koleksi cerita hantu yang dia alami sendiri sewaktu dia masih celik dan muda. Arwah mama cakap dia buta sebab waktu dia muda-muda, dia banyak menangis.Aku pun tak pasti itu benar atau tak. Sebab tu aku tak berani menangis banyak-banyak. Takut buta.

Berbalik kepada saudara aku yang sudah lama terpisah jauh.8 tahun beb. Seingat aku, last time aku jumpa dia waktu aku darjah 6. Itu pun sekejap je. Bila berjumpa, kami dah tak macam dulu. Bersembang pun dah tak sehappenning dulu. Macam ada boundary between us. Sepatah aku tanya, sepatah yang dijawab.

Hanya disebabkan konflik keluarga, kami pun ter effect sekali.Memang sedih bila fikir at a time aku hilang 2 saudara. Tapi ,aku paling rapat dengan dia. Dengan akak dia, aku biasa-biasa saja. Terus dorang menjauhkan diri daripada kami. Dah macam orang asing dah.Dah tak contact dan just dengar berita dari mulut ayahnya saja. Kalau raya, memang tak pernah dorang balik ke kampung sini.

Dah lama aku mencari dia dekat facebook.Cousin yang lain juga sama. Mencari dia di alam maya. Mengharapkan hubungan kekeluargaan yang sudah lama terputus dapat bercantum kembali. Kuasa Tuhan telah menemukan aku dengannya. Satu nama yang unik di friend request. Aku approve dan cepat-cepat buka profile pemilik nama yang unik ni.Aku tengok profile picture, tak cam. Geledah photo album dan ternyata dia rupanya. Saudara kandung yang sudah terpisah 8 tahun! Akhirnya. Terima kasih Facebook! Nyata kau juga punya fungsi berguna selain fungsi kau untuk melalaikan aku dengan game kau yang addicted seperti Cafe World dan Fish World.

Aku harap sangat dapat jumpa ang lagi Timah.

Thursday, October 29, 2009

kurang selesa

Gelabah ayam bila tengok message dekat chat box sebelah ni ada nama zuhair@b.cik. Ohoooiii..mana pula dia tahu url blog aku ni. Dah mula rasa insecure. Takut ada sedara mara lain yang baca juga blog aku ni sebab dia online dekat rumah Mak Njang. Konfirm la url aku ada dekat history tu kan. Mahu cousin-cousin aku yang lain main pc tu, konfirm ada tendency blog ni diterjah.Adess..Aku kurang selesa sikit bila blog aku ni menjadi bahan bacaan saudara mara terdekat. Entahlah.Rasa tak bebas nak berkarya.Cewah.Aku lebih prefer outsider yang baca blog aku ni. Tak rasa segan sangat sebab kita tak pernah jumpa orang tu kan.

Pandai pula dia kodek-kodek blog aku ni. Seingat aku, aku tak pernah buka blog ni depan dia. Kalau buka pun, cepat-cepat close balik takut terkantoi. Padahal adik sendiri je pun.Situasi ni macam kau tulis diari la. Mesti kau rasa kantoi dan malu bila tiba-tiba adik kau discover kunci diari yang kau sorok bawah bantal lepas tu baca diari kau dengan rakusnya. Lepas tu heboh satu rumah yang kau ada minat sorang lelaki dalam kelas kau. (T_T)

Terus delete post lama-lama pasal Faiz. Maluuuuuuuuu....

Kalau betullah Doraemon tu wujud

Kaya dan terkenal. Cantik dan diminati ramai. Lebih gemarkan jenama yang mahal. Sangat bergaya dan hot!

Aku tak tahu macam mana nak mix dengan orang macam ni.Konfirm akan ada perasaan kurang selesa bila kita diajak hang out dengan mereka.Even sebenarnya dorang pun macam kita juga.Makan guna tangan, tengok guna mata dan jalan guna kaki.Bezanya macam mana dorang melihat sesuatu benda dan meletakkan value terhadap benda tersebut. Dari segi fashion misalnya, mungkin bagi orang biasa macam kita ni akan serabut kalau tengok perempuan bertudung pakai legging kilat-kilat dan wedges tali silang banyak-banyak tu. Tapi, bagi golongan diatas,dorang melihat benda tu sesuatu yang cantik dan ada style la!

Social life? Hah.Aku tak berani komen sangat benda ni. Depends on the individual tu sendiri.Masing-masing ada cara tersendiri bila nak berhibur. Ada yang pergi main boling, karaoke, dan layan movie. Ada juga yang lebih suka lepak club, shopping dan bersosial.Ikut citarasa sendiri.Setiap tempat tu punya fungsi tersendiri untuk memuaskan certain-certain kehendak.

Cara dorang bergaul pun ada lainnya dengan kita. Jarang jumpa yang suka hang out dekat mapley. Kebanyakan lebih suka lepak tempat yang ekslusif dan mahal. Bagi yang perempuan la.Mungkin menjaga standard barang kali. Bagi yang lelaki, dorang tak kisah sangat.Tak kisahlah kalau jadi mereka ni. Duit banyak. Tapi, kalau diikutkan sama saja kualiti makanan di kedai mahal dan murah.Corbin Bleu di Secret Recipe, Chicken Chop di medan selera Taman Ria. Nama saja yang berbeza, hidangannya sama saja. Topik perbualan juga lebih educated dan matang. Cara penyampaian lebih up to trend dari kita.

Kalau betullah Doraemon tu wujud, aku nak minta pil perancang.Choiii! Tersasul taip pula. Ini yang betul.Pil jadi orang kaya yang hot dan cantik untuk sebulan.Macam mana rasanya ye..

Wednesday, October 28, 2009

Kenapa Zack?

Adat bila mulanya satu perkenalan, perlu tau namanya dulu.Apa orang kata, tak kenal maka tak cinta. Haa..Gitulah rupanya.

Si Polan : Nama apa?
Aku : Panggil je Zack..

Si Polan : Zack? Kenapa Zack?


Meh nak cerita macam mana boleh dapat panggilan rock macam tu..

Orang start panggil aku Zack since darjah 4 lagi. Ada la sorang minah ni, aku pun tak ingat dah nama dia apa.Dialah pencetus tergelarnya panggilan Zack ni. Dia suka menganjing nama aku. Selalu bertembung dengan dia time nak balik sekolah. Memang tiap-tiap hari port parking basikal aku mesti dekat dengan dia. Cara dia tegur aku.. Hai Zagzigzag..! Ha..amik kau..Kemain lagi dia exaggerate nama aku. Aku nak marah tak sampai hati. Tapi at the same time rasa macam glamour pun ada. Sebab orang kenal kita kan. Budak tu tak satu kelas dengan aku.Lepas di alter-alter Zagzigzag..maka jadilah Zack. Oyeh!

Masuk MRSM, aku jadi segan nak suruh orang panggil aku Zack.Rasa macam up sangat.Tsk. Aku bahasakan diri aku Pirah. Ha..Terus jadi minah kampung.Kena bahan juga. Piiiiiraaahhhh!! Agak terasa macam nak pekena aku, dorang guna modal tu la.Sungguh rendah diri ku rasa ketika itu. Lagi satu sebab aku tak nak orang panggil Zack, sebab time orientasi dah ada orang nama pakai nama Zack. Kang orang konpius pula.

Ada juga yang memanggil aku dengan nama Zaf. Sorang je yang panggil aku Zaf iaitu teacher aku di Kulim dulu. Teacher Mard. Rasa sungguh special. Weehuu.

Panggilan Fira pula diguna pakai oleh Faiz time tengah couple dulu.Konon nama Fira ni lebih lembut dan lebih mesra telinga.Ishik ishik ishik (ketawa tersipu-sipu malu). Woooh..malu pula bila bongkar rahsia ni kat korang.Ahahaha.Sampai sekarang pun dia still panggil aku Fira even kami sudah putus.

Ha..yang ni memang terbaik punya la. Cikgu Math Mod, Cikgu Zul panggil aku Zirafah! Dah aku pula panjang semacam kan. Memang sesuai sangatlah dengan panggilan tu. Huhuhu. Moral down juga awal-awal tu. Tapi, lama-lama dah rasa macam tak ada pape pun. Maybe tu cara dia nak ingat student dengan lebih tepat dan jitu. Menggunakan fizikal budak itu untuk membayangkan namanya.

Advantage kalau ada banyak panggilan nama ni. Kalau tiba-tiba ada message dari number yang tak dikenali masuk:

Hai Pirah ! ( Dah boleh agak dah konfirm kawan dari MRSM)

Hai Zack ! ( Konfirm kawan dari primary school, tak pun budak IPSAH)

Hai Fira ! ( Tak lain dan tak bukan, kekasih lamaku)

Hai Zirafah ! (Cikgu Zul!)

Tak kisahlah korang nak panggil aku apa-apa pun, janji korang kenal aku dan ingat daku dalam doamu selalu..Peace Yo!

p/s : Jangan ingat Zack tu untuk lelaki je ok.

Tuesday, October 27, 2009

Kena L.U.L.U.S

Sejak aku kecoh pasal penulis yang tulisannya indah dan comel tu, ramai yang tanya url si penulis ni. Mana boleh bagitau. Actually, bukan blog dia je aku suka baca. Tapi, ada beberapa lagi yang aku suka baca. Baik aku jangan bagi tau. Kot nanti ada yang kecil hati pula bila aku tak list out blog dia sebagai all time favourite.Hehehe.

Oh.By the way, penempatan di NZ dah pun keluar. Aku dapat Te Kotahinga.Bersyukur jelah even tu bukan pilihan aku. Tak kisahlah kena campak dekat mana pun, asalkan tak duduk dalam pending list.Dalam banyak-banyak hall, Te Kotahinga la paling ramai student IPSAH. 16 orang! Aku tak tahu macam mana Jonathan sort out kitorang. Yang pasti, rumah aku dekat dengan Kelburn Campus. Weehuuu...5 minit je. Boleh bangun lewat la tiap-tiap hari.

Don't get too excited. Kena lulus dulu final ni, baru boleh fly! Ingat tu.

Kena L.U.L.U.S

Monday, October 26, 2009

Syukur sebab dah kena campak.

One message received.

I think i might be getting c.pox la kak..any tips for me to prevent it from becoming worse?

Hoh. Dia dah mula gelabah dah. Tahun lepas aku yang kena. Tahun ni turn dia pula. Hairan juga kami adik beradik tak pernah kena chicken pox lagi. Selalu time budak-budak, dah naik c.pox ni.Agak degil la badan kami ni. Dah tua bangka baru nak keluar.Orang kedah cakap ketegaq.

Seksa kena time besar ni. Lagi sakit time dia tengah berair dan membesar. Tak boleh tersentuh sikit,takut pecah. Sampai sekarang still ada lagi kesan campak dekat badan aku.Orang tua-tua pesan, lepas dah sembuh dari campak, kena mandi air bedak sejuk. Itu sebagai prevention dari campak tu naik lagi la. Aku tak buat pun. Jadi malas nak buat sebab dah besar gajah, nak suruh tok mandikan air bedak sejuk. Hoh. Jadah apa.(tak reti nak manja-manja dengan tok)

Time campak, makan nasi dengan sup kosong ja. Memang tak bahagia la hidup. 2 minggu terpaksa berpantang.Mujur la aku yang jenis tak berkira sangat bab makan ni.Sepanjang dikuarantin dalam bilik, aku rasa macam banduan. Nak keluar pun tengok line clear ke tak. Takut berjangkit dekat budak aras pula.Nasib baik roomate dah pernah kena.Tu pun dia macam takut-takut nak dekat dengan aku. Bhahahaha. Macam nampak hantu biji buah kedondong.

Syukur sebab dah kena campak. Dulu duk minta sangat kena campak cepat-cepat, memang dia bagi on the right time la. Time final exam. Terbaik punya. Pergi jawab exam pun kena asing dari kawan-kawan. Heaven gila sebab kipas dalam kelas aku yang punya. Jawab exam pun macam jawab soalan biasa sebab pengawas tak ada. Nak tiru boleh je.Tapi I baik tau.Jujur.Hahaha. Nasib baik pass. Dugaan dugaan.

Bola-Bola Api

Jelas antara lelaki dan perempuan ada bezanya.Selain dari physical appearance, personal liking juga berbeza.

Bila sebut bola, konfirm terbayang lelaki. Bak kata abang wiring lampu-toilet-hostel-yang tak-siap-siap-lagi-sampai-sebulan-aku-mandi-dalam gelap, lelaki dan bola tak dapat dipisahkan. Tanya la mana-mana lelaki pun, mesti dorang ada favourite club. Manchester United, Liverpool, Arsenal dsb. Jarang la jumpa lelaki yang tak suka bola ni. Kalau bukan bola sepak, bola sepak takraw. Tak pun bola keranjang. Bola juga tu!

Faktor yang menyebabkan pergaduhan kecil dalam hubungan cinta antara merpati dua sejoli juga kerana bola. Mana taknya. Si lelaki lepak Nashmir tengok bola sampai 3-4pagi, si perempuan pula ajak message. Tapi, bila dah lepak dengan member sambil lawan sorak team mana score goal paling banyak, sudah lupa sama awek. Awek pula mula la merajuk. Cakap tak sayang , you don't have time for me. Asyik dengan bola dia je! Makan, tidur, mandi pun dengan bola. I merajuk la dengan you! You sayang mana lagi? Bola ke I? Ha..haru korang nak menjawab kalau awek tanya macam ni. Jawab tak, kang minta clash. Jawab syg, 24/7 kena pegang hp, keluar dating dsb.

Rembat gambar member yang pakai jersey num 5 tu. Ehehe. Nak letak gambar sendiri, tak ada maknanya nak beraksi macam ni.

Ada juga perempuan yang fanatik bola. Aku? Setakat ada favourite club je. Tak koser aku nak tunggu sampai ke pagi buta mengadap tv sorang-sorang. Maybe kalau ada kawan, syok la kot nak melayan bola ni. Seorang teman lama ku memang fanatik sangat-sangat dengan bola. Nama dia Hanis. Otak memang genius. Asyik baca Conan je every free time. Mengadap buku ilmiah jarang sekali. Tapi, result gempak beb. 4 flat kat MRSM dulu! Mana nak dapat macam tu kalau asyik mengadap satu container komik Conan kan? Dia ni kau sebut je lah nama player bola kat dunia ni. Semua dia tahu. Scoreboard time FIFA dulu dia hafal. Setiap match FIFA dia akan turun tengok live dekat Dataran Hijau. Tercongok sorang-sorang dia perempuan dekat situ. Dia tak peduli pun lelaki nak cakap apa.Memang respek la.Siap boleh berdebat lagi dengan kaum lelaki pasal bola ni.Hebat-hebat. Nak jumpa macam ni tak ramai. Siapa cakap perempuan tak boleh suka bola?

Jangan sesekali men down grade kan perempuan yang fanatik dengan bola. Alasan tak feminin la kalau perempuan suka bola..dah lapuk. Zaman sekarang ni lelaki pun dah mula suka pink. Kami tak bising pun. Lelaki yang suka tengok Akademi Fantasia kami tak cakap pape pun. Bhahahaha. So, masing-masing ada hak nak suka apa-apa pun. Jangan sebab fikiran yang konservatif mengehadkan interest anda.

Apasal Man U boleh kalah dengan Liverpool ni? Tsk.

Suddenly teringat lagu Bola-Bola Api by Nana and Achik Spin. Hahaha.

Saturday, October 24, 2009

boleh own DSLR sendiri

Penulis sibuk membaca buku sampai tak sempat update blog.Ok. Tipu. Kalau boleh tiap-tiap masa nak ngadap blog dan update, tapi sebab connection macam hampagas sedut habuk, terbantut niat itu. Jadi, nak tak nak kena la ngadap buku tebal-tebal tu.

Bila otak tak mampu lagi menahan bebanan bertan-tan input yang digasak masuk dalam masa 3 jam, tangan mula meraba-raba software photoscape.

Bakat melukis memang ada since kecil lagi. Tapi saja tak nak tunjuk. Kahkahkah.
(Pegang kamera pun tak betul..Tsk)

Apa yang tertulis disitu memang benar-benar belaka. Perasaan cemburu bila nampak member-member dah boleh own DSLR sendiri. Pergi shooting merata tempat. Gambar yang dihasilkan pula memang cantik even dorang ni baru amatur je. Sekarang ni pun orang lebih prefer untuk upah amatur jd photographer event-event besar macam kahwin dan birthday party. Lebih murah dan quality gambar lebih kurang sama je dengan yang pro.

Dah suruh Nora tolong survey harga DSLR kat Jepun tu. Orang cakap harga lagi murah. Tapi, tak tahu lah betul ke tak. Just survey je. Nak beli tu, nanti kot. Once dah kerja.

Mr Marcello, aku admire cara kau handle DSLR kau..Terbaik punya!

Thursday, October 22, 2009

Multitask.


Cara belajar aku :

1) Suka highlight nota. Lagi banyak colour, lagi meriah! Otak aku berfungsi lebih baik jika adanya warna-warna pelangi ni. Lagi mudah untuk aku ingat isi-isi penting berbanding kertas putih yang tidak langsung diconteng.

2) Tak boleh duduk senyap time study. Setiap 15 minit, aku akan bertukar posisi.Menulis nota secara meniarap,membaca sambil bercangkung, sambil baring dsb. Kadang kala aku suka menggoyangkan kaki aku kekiri dan kekanan sambil mulut terkumat kamit mengingat apa yang dibaca. Kalau hanya duduk tegak dan tidak melakukan sebarang pergerakan, nescaya tidak produktif lah aku untuk berfikir. Layaknya seperti membaca paragraph yang sama, ayat yang sama berulang kali tanpa faham apa ke benda la maksudnya ni.

3) Suka main message sambil study.Oh. Ini untuk mengelakkan aku dari berasa mengantuk dan bosan. Aku perlukan hiburan. Ye. Hiburan itu universal ye anak-anak. Hiburan disini bermakna perlu cari mangsa untuk menemani aku study menerusi khidmat pesanan ringkas SMS. Message la apa-apa pun, asalkan aku tidak keseorangan. Lebih bermotivasi kalau yang meneman itu adalah si penulis yang tulisannya comel dan indah. Bhahaha.

4) Lebih masyuk kalau dapat makan cekedis atau kerepek time study. Ini juga untuk hilangkan rasa bosan menghadap nota-nota yang bertimbun dan wordy of course. Boleh juling mata kalau renung lama-lama, so sekali sekala alihkan tumpuan pada packaging cekedis yang tertulis perkataan Mamee, Kerepek Pisang Cik Senah atau Choki Choki. Kata nak produce holistic student. Macam ni lah. Multitask. Study dan makan dalam masa yang sama. Hebat.

5) Curi masa update blog. Ini memang terbaik punya. Macam apa yang tengah saya lakukan sekarang ni.

Sambung study Zafirah!!!

Wednesday, October 21, 2009

Syukur..alhamdulillah..

Aku ingat perniagaan itu tak bawa untung. Hanyalah sandiwara semata-mata di kaca tv. Tagline Syukur...alhamdulillah.. yang diucapkan seorang mak cik yang aku kira sebaya usia tok dah cukup lali di telinga aku. Mana taknya. Setiap kali iklan kat tv3, tercongok muka mak cik ni. Glamour you satu family masuk tv.

Sehinggalah aku diberitahu Mak Ngah juga join team ni.Team Bio Aura. Pada mulanya aku macam pelik juga apa itu Bio Aura?? Selepas diberi short brief, baru aku faham yang benda alah ni macam produk air kesihatan gitu. Mak Ngah baru jadi agent Bio Aura awal tahun 2009, dah dapat sponsor pergi umrah baru-baru ni. Free of charge. Tak perlu bayar apa-apa. Mana nak dapat weyh peluang macam ni.Syukur..alhamdulillah.. ( Baru faham signifikasi tagline ni)

Tahun depan dengar cerita Mak Ngah nak bawa keluar BMW sebijik hasil jualan langsung Bio Aura. Tak percaya kan? Dengar kata juga dia nak berhenti dari jadi cikgu untuk kerja full time agent Bio Aura ni. Huish. Dahsyat..dahsyat. Sanggup tinggalkan kerja tetap untuk pendapatan yang lagi lumayan ni.

Nak jadi agent direct selling ni mulut kena ringan. Kena pandai guna kuasa memikat pelanggan.Tak pun guna sedikit kekerasan.Pung pang pung pang promote, mak cik kena angkut satu. Kalau tak, saya tak mau keluar dari rumah mak cik.Bweekkk..

Mak Ngah, nak juga BMW sebijik!

p/s : Sambil mengajar sambil buat direct selling.

Tiba-tiba interframe

Shit.

I need time to reconcile things between us. Banyak benda aku nak kena clarify balik dengan kau. Come on la beb. Kau pun dah besar panjang. Takkan meter kematangan kau dalam berfikir tak pernah naik even sikit pun? The past is over. No need to remind me about all those sweet things that we have gone through before..Yup. I can clearly still remember that silent moment. Renyeh sampai ke telinga kalau terbayang sorang-sorang. Serius. Aku rasa macam nak luku pala kau tau tak. Time aku nak final ni lah kau kacau hidup aku. Baru nak jadi pelajar cemerlang stay up sampai pukul 4. Pfffttt... Sekarang nak dekat pukul 2 aku dah tutup buku. Input masuk cenonet je. Kaulah ni. Tiba-tiba interframe. Tsk.

Kau cakap just for fun. Kau ingat aku ni barbie doll kepala pusing 360 darjah tu ke? Aduyai. Aku anggap kau sebagai kawan aku sahaja sekarang ni. Aku tak nak kau lebih-lebih dengan aku.Kau jangan salah sangka pula. Aku bukan nak ek dengan kau, cuma kau kena fahamlah. Dulu dengan sekarang tak sama. Manusia berubah.

Aku tak nak kat kau. Aku nak kat penulis yang tulisan dia indah dan comel tu je. Bhahahahaha. Sempat lagi menyelit.

Tuesday, October 20, 2009

Tak rugi pun menderma ni.

Aku memang jiwa sensitif. Senang tersentuh bila nampak pak cik tua terbongkok-bongkok lintas jalan, anak-anak kecil bersongkok datang jual ubat dan mak cik yang mengemis di tepi jalan. Memang kita patut rasa simpati kan bila nampak those people? Ke ada juga yang hati batu boleh tak ada rasa apa-apa kalau nampak golongan macam ni? Haish. Tak tahulah.

Whether betul dorang susah atau tak, wallahualam. As a human being yang memang halus jiwanya, aku akan hulur sekeping dua not kalau ada yang minta derma. Setengah orang akan fikir aku ni baik sangat main hulur je duit kat orang. Entah betul ke tak dia tu daif dan memerlukan. Tapi aku tak kisah. Niat tu jauh lebih penting. Kalau niat kita untuk membantu orang, murah rezeki kita nanti. Soal dorang tu berpura-pura atau tak, itu memang kita tak tahu. Tuhan je tahu. Biarlah. Tak rugi pun menderma ni. Amalan mulia.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima bukan? Jadi, hulurkanlah bantuan setakat mana yang kita mampu dan ringankanlah beban mereka. (Aiseh..duta Bersamamu pulek..)

Lagi satu, bersyukurlah dengan nikmat yang Tuhan bagi. Jangan asyik meminta je dekat mak bapak korang. Pantang handphone model baru keluar dekat tv, mula nyendeng-nyendeng dekat parents minta belikan. Adess. Jangan jangan.

Monday, October 19, 2009

Tulisan kamu comel dan indah.

Bila membaca blog orang lain, aku kagum dengan cara penulisan dorang yang konsisten. Ada yang puitis, ada yang selamber rock, ada yang skema dsb. Aku pula? Ha..tak pernah nak konsisten. Hentam taram suka hati ja. Rasa nak skema, skema. Rasa nak selamber, selamber. I wonder how they can put such a wise thought in a beautiful and orderly arranged sentences. Sesetengah penulis berjaya buat mata aku melekat dekat blog dorang, dari atas scroll sampailah ke bawah. Hebat kan? Bukan senang nak buat orang suka baca entry kita secara terus menerus ni. Setiap hari mesti buka dan baca.Macam dadah la, sehari tak ambil boleh ketagih woo... Selalu blog yang macam dadah ni, aku tak tinggal komen. Leka membaca sampai tak tinggal jejak pun.

Kadang-kadang jatuh hati pula dengan blog-blog yang puitis dan berinspirasi ni. Tambah pula bila identiti si penulis dirahsiakan. I mean, tak ada gambar dia dan blog tu hanyalah dipenuhi dengan tulisan-tulisan indah. Buat aku tertanya-tanya dan terbayang macam mana lah muka si polan ni. Rasa macam misteri sangat-sangat. Pelik kan. Melalui penulisan, kita boleh admire orang tu. Belum tengok muka lagi. Kalau dapat yang hensem, lagi angau.Hahaha.

p/s : Berharap si polan reveal muka dia suatu hari nanti.

p/s/s: Jangan risau. Aku akan terus menjadi pembaca setia blog kamu walaupun muka kamu tak secomel yang aku harapkan.Tulisan kamu comel dan indah.

Saturday, October 17, 2009

'Sweeping Malaysia'


Peringatan. Entry ini hanya sekadar meluahkan perasaan dan pendapat tatkala melihat negara kita di hina teruk oleh orang luar. Tiada hasutan atau provokasi yang cuba disampaikan kepada pembaca. Hanya sekadar renungan bersama.

Apa perasaan korang sebagai anak Malaysia bila dengar, lihat atau nampak nama negara korang diperlekehkan? Sure menyirap kan?

Baru-baru ni aku ada dapat e-mail dari seorang teman. Sebelum ni aku jarang tengok e-mail dia due to busy dan kandungan e-mail tu tak berapa penting pun. Just compilation of funny and weird pictures je. Tapi, entah kenapa. Tuhan nak tunjuk kot kat aku benda ni. Aku terbuka satu e-mail dari dia dan what can I say is that Malaysia is not what you (non-Malaysia) think of.



Maybe gambar-gambar ni dikeluarkan due to issue 'Sweeping Malaysia' baru-baru ni. Bukan nak buat tuduhan membabi buta, tetapi aku rasa ni semua propaganda yang cuba dibuat oleh orang Indonesia untuk menjatuhkan martabat Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Sakit hati bila melihat bendera kita dibakar dan dipijak sesuka hati. Sakit hati bila jata negara Malaysia diubahsuai menjadi sesuatu yang sangat memalukan. Tak pasal-pasal gambar babi disuper imposekan di jata negara kita.

Aku tak faham kenapa orang sana nak marah sangat dengan Malaysia. Kalau pasal kes tarian pendet yang kononnya ada orang claim benda tu dari Malaysia but the fact is that the dance is from Indonesia, aku rasa dah selesai. Benda tu adalah kesilapan yang tak disengajakan dan pihak yang bertanggungjawab pun dah minta maaf. Apa lagi yang dorang tak puas hati?

Patutnya dorang bersyukur pasal bersepah je Indonesian yang cari makan dekat sini. Kalau ikut hati, boleh je kerajaan nak hantar balik orang Indon kat tempat asal mereka. Tapi, kita masih waras dan rasional lagi.Kerajaan takkan buat tindakan melulu just sebab kes macam ni. Kita banyak sabar dengan dorang punya karenah. Sweeping Malaysia konon.

Kesimpulan yang dapat aku buat kat sini, jangan buat tindakan melulu tanpa soal selidik dulu benda tu betul ke tak. Act rationale. Bagus ada semangat cintakan negara ni. Tapi, tak perlulah terlalu extreme sampai membawa kepada permusuhan dua negara. Tuhan bagi otak, guna betul-betul.

Quoting from haru biru's blog, "Dulu kamu sweeping Malaysia, sekarang Tuhan sweeping negara kamu". Betul kan? Tuhan bayar cash je sekarang ni. Tengok sajalah keadaan Indonesia sekarang. Macam-macam bencana alam. Tsunami, gempa bumi dsb.


Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

p/s: Aku sayang Malaysia!

p/s/s : Nordin Mat Top pun dah mati. Apa lagi yang korang tak puas hati?

Friday, October 16, 2009

Konon nak jadi babysitter

Ingat senang ke nak mengasuh budak kecik? Penat weyh. Kalau dapat pula yang kuat merengek, lagi payah nak menjaga. Tak boleh lepas buaian sikit, mula la meraung. Macam nampak hantu gamaknya.

Ni budak nama dia Sufina. Mak Su ambil mengasuh dia every weekdays sebab mak bapak dia cikgu sesi pagi. Tak ada orang nak jaga.Disebabkan terlalu excited nak tengok Sufina, pagi tu automatik terbangun pukul 6.45 pagi. Aura nak mengasuh datang.Konon nak jadi babysitter sepenuh masa la kan. Untuk one day. Nak try tengok.

Tidur lah cepat Sufina woooiii

Tak sampai dua jam, aku dah give up. Budak ni kuat merap weyh. Ouh. Merap tu macam mengada-ngada la. Nak kena berdukung selalu, nak kena hayun buaian selalu, tak boleh lepa sikit, mulalah bunyi siren kebakaran. (Paragraph ni menunjukkan bahawa aku still tak acquire skill jadi mak budak sepenuhnya lagi even muka ada la sikit-sikit macam mak budak. Tsk)

Dia memang suka jegil mata bila nampak kamera.

Tabik spring kepada emak-emak seluruh dunia sebab ternyata bukan senang nak jadi ibu ni.Kesabaran harus ada.Korang mana-mana yang ada buat dosa dengan mak korang, pergi minta ampun sekarang. Dulu berak korang dia yang basuh tau tak, makan minum korang dia yang jaga.

Hargailah ibu anda.

p/s : Lepas bapak Sufina datang ambil dia, Mak Su doze off terus kat bilik. Bukti kepenatan seorang ibu menjaga budak kecil.

Wednesday, October 14, 2009

Rasa macam syooorgaaa

Currently at home and having a great time here. Aku ponteng kelas esok. Hehehe. First time buat kerja jahat macam ni.Ceh. Bajet mulia sangat la kan.Mr Tan dah warning awal-awal, "you know the risk if the HEP caught you ponteng kelas". Dengan tegarnya aku ponteng juga. Kalau nama kena panggil lepas ni, pandai-pandai la cover. Lagipun register book dorang dah ambil. So, kedatangan memang dah tak diambil kira.

Rasa macam syooorgaaa bila balik rumah. Oh. Aku balik rumah Mak Su, tak balik Titi Gajah sebab tok nak datang sini esok. Mak Su awal-awal lagi pesan bawa baju renang kalau nak mandi pool. Dah lama tak terjun kolam since hari aku hampir lemas kat Lata Bayu tu, terus jadi fobia nak turun dalam air. Tak kira la dalam ke cetek. Still gayat. Eh.Bukan gayat. Seriauuu..

Just now received a call from Giny. Still ada dua lagi baki treatment dekat Reeskin.Dorang ni time promo baru nak call aku suruh datang. Ha. Biasa la. Nak cari makan time ni lah. Cucuk-cucuk customer beli produk dorang. Kalau bagi diskaun 70% aku beli. Takat 30%, ciput sangat. Dahlah satu botol milk cleanser tu mahal. Cost me about RM 1++. Huhuhu. Bankrupt akak. So, esok pergi buat treatment lagi. Kalau tak cantik macam Maya Karin, siap kau Giny!

p/s : Bersiap fizikal dan mental untuk menghadapi treatment esok. Gerenti menangis lagi time dia picit white head dan jerawat yang baru tumbuh. Wuwuwuwu.

Tuesday, October 13, 2009

Cina ke Melayu?

Sungguh terpesona melihat lelaki berbangsa Cina fasih berbahasa Melayu. Ditambah pula dengan looks yang sangatlah adorable. Saat mata bertentang mata, terasa getar di dada. Saat dia berkata-kata, telinga hanya mampu mendengar, tetapi mata tidak berani memandang. Terkulat-kulat memandang deretan handphone yang terpamer di display box. Cuba control diri sendiri dari gelabah tak tentu pasal.

Masuk je dalam kereta,

Nisah : Lelaki tu hensem sangatlah. Aku nak pandang muka dia pun tak berani.

Zati : Ha'ah betul. Aku pun tak berani pandang mata dia. Rasa something.

Nurul : Fasih betul dia cakap Melayu. Dia Cina ke Melayu ha?

Zati : Cina la. Tak tengok ke mata dia ? Sepet.

Aku : Melayu pun ada yang sepet juga. Tapi, hensem betul la mamat tu. Alahai..cair terus.

Nisah : Aku rasa Melayu la.

Nurul : Aku rasa Cina la. Slang dia cakap ada dengaq bunyi-bunyi apek sikit.

Nak identify orang senang saja. Tengok colour kulit, kebesaran mata dan cara bercakap. Tapi, mamat ni bikin kami confuse tentang identiti dia yang sebenar.Cina ke Melayu? Soalan ni penting untuk dijawab. Siapa betul, dapat date dengan aku.Hahaha.

p/s : Agak-agak bila kita boleh couple?

Monday, October 12, 2009

Mr Muscle, tolong saye!

Esok malam, ada festive potluck untuk semua student TESOL maktab ni. Ala-ala dinner juga la, tapi gabung dua perayaan sekali. Hari raya dan Deepavali. Aku cadang nak pakai jubah yang Mak Ndak bagi. Tak sempat nak pakai time raya hari tu. Misi mencari selendang pun bermula semalam, fed up woo nak mencari selendang yg betul-betul match dengan jubah tu. Last-last end up beli selendang yang hanya 50% saja yang match dengan jubah tu.Tu la padahnya kalau tak bawa baju tu pergi test colour dekat kedai. Tendency untuk silap beli memang tinggi. Sebab tu prefer pakai tudung colour krim or hitam je. Senang. Tak payah nak main-main dengan tone.

Pasal performance pula. Kitorang malas nak fikir yang susah-susah. Kitorang decide nak spoof je iklan-iklan kat tv Malaysia ni. Ha. Penjana idea ni of course la Kema. Kaki mengarut kasi kat dia. Korang bayangkan je la. Tagline iklan seperti ini:

"Hope for her, brave for him.Dua-dua baru, dua-dua wangi"
"Apa itu Hai O? Syukur alhamdulillah"
"Jangan lupa pakai lampin tau!"
"Mr Muscle, tolong saye!"
"Saya pun nak jadi jutawan jugak!"

digabungkan dalam satu story.Apa akan jadi? Wait and see. Yang pasti, kalau nak spoof iklan, tak best kalau buat dalam bahasa Inggeris. Kena ambil yang original. Buy original, See original!

Thanks

Bila aku kecoh-kecoh dekat FB, letak shout out macam ni :

" Semua orang nak menyombong dengan aku. Fiiiiinnneeeee !!"

Maka, ramailah yang concern comment dekat situ. Terima kasih daun keladi kepada pihak-pihak yang berkenaan. Aku oraiiitt dah sekarang. Bila fikir balik, macam nonsense pula tiba-tiba nak naik angin tak tentu pasal dekat member aku yang sorang ni. Bila buat macam tu, boleh pula dia comment dan tanya kenapa shout out aku macam tu. Tanya aku ok ke tak.Lagilah aku hangin. Message tak nak balas, comment kat FB ada masa pula kan. Agaknya, setiap kali rasa tak puas hati, kena publish kat FB bagi satu dunia tahu baru dia perasan kot aku kecil hati dengan dia. Haish.

See. Benda-benda kecil macam ni pun boleh jadi issue untuk aku. Sebab aku sayang member. Sebab tu aku jadi sentap kemain bila tiba-tiba dia buat dono je kat aku. Time susah cari, time senang hilang. Apa barang macam tu kan.

Dah-dah. Malas nak fikir dah. Aku ada ramai lagi kawan. Tak payah la nak depend sangat kat kawan macam tu. Kat maktab ni ramai lagi kawan yang membantu dan sempoi. Ada dorang saja pun dah cukup untuk buat hati aku terhibur. Dengan lawak bangang korang tiap-tiap hari, boleh buat aku pecah perut. Tak campur lagi lawak lucah korang time lecture, konfirm hantuk-hantuk kepala kat dinding. Thanks.

Sunday, October 11, 2009

Sentap

Aku yang jenis susah nak sentap dengan orang.Tapi, once aku dah terasa dengan someone, memang berbekas dalam hati untuk tempoh yang lama. State sekarang kurang normal tatkala aku rasa macam semua orang menyombong tak tentu pasal dengan aku. Bila message, langsung tak reply. Aku cukup pantang kalau aku message tapi orang tu tak balas. At least bagi tau la yang kau busy ke ada kerja ke apa ke. Ni tak. Kau senyap membisu. Aku ada buat salah ke dengan kau? Ke kau dah rimas nak berkawan dengan aku? Bila aku senyap tak message, kau mula cakap aku sombong la pe la. Bila aku message, kau ignore je. Apa kes?

Ye. Aku memang sensitif sikit bila mai bab-bab macam ni. Sebab aku rasa kawan tu segala-galanya bagi aku. Kawan tempat aku mengadu dan berkasih. Aku rasa macam kau tak value friendship ni. Kau cakap kalau aku ada masalah, aku boleh cerita kat kau. Kau sanggup dengar, kau nak tolong apa yang patut. Tapi, bila aku perlukan kau, kau hilang membisu. Aku contact kau, kau tak angkat. Aku sedaya upaya tolong kau time kau perlukan bantuan aku. Bukan aku nak mengungkit. Tapi, aku rasa kau dah tak macam dulu. Mungkin kau pun dah jemu berkawan dengan aku. Kita pun jarang dah nak message macam dulu.

Aku sayangkan friendship ni. Tapi, aku terasa hati sangat-sangat dengan kau. Kalau kau dah malas berkawan dengan aku, kau cakap terus terang. Aku takkan kacau hidup kau lagi. Sorry kalau aku ada terkasar bahasa dengan kau selama kita kenal. Aku pun tak nak paksa kau terus berkawan dengan aku kalau diri kau sendiri dah tak sudi.

Bye.

T______T

p/s : If you happen to read this, you know who you are.

Tekanan jiwa!

Hai. Semalam hampir bertukar jadi hulk sebab connection broadband yang macam hampagas sedut habuk. Snail slow truut truut betul. Nak buka homepage FB jenuh refresh banyak kali. Duk terfikir habis mampus la ikan-ikan yang aku ternak dalam Fish World tu. Bhahaha. Sudah ketagih dengan game tu. Rasa macam penternak ikan betul. Basuh tank, kasi ikan makan pastu jual.Dapat duit, beli pula decoration nak mencantikkan tank. Sungguh melalaikan.

Oh.Btw, sesi mereward diri pada hari Jumaat hari tu berjalan dengan lancar sekali. Papadom is a must watch movie for you. Rugi kalau tak tengok. Sungguh tersentuh hati tengok Saadom yang sanggup berkawal 24/7 untuk pastikan Mia selamat. Lawak dan sedih sikit di hujung cerita. Terima kasih Afdlin Shauki kerana membuatkan aku menangis tengok lakonan kau.

Main boling dengan Wan, Kema, Elin dan Wawan. Syabas untuk diri sendiri kerana berjaya maintain last place. Hahaha.Siapa rasa nak menang mudah, meh match dengan aku. Memang tak pernah ada luck kalau men boling ni.

Pada sebelah malamnya, pergi pula makan dekat jam besaq.Dah lama dah tak lepak kat situ pekena satay dan yong tau foo. Sungguh marvellous. Lepas makan, sesi shooting di dataran SP. Aku tak puas hati gambar lompat aku tak jadi pada entry yang lepas. Yang lentik tu. Malam tu, balas dendam lompat tinggi-tinggi. Hasilnya, hampir kesemua gambar lompat aku jadi. Sungguh suka hati. Hahaha.

Dah.Tak larat nak mengarang dah. Kalau nak tengok gambar, pergi blog Kema. Dia ada tempek banyak gambar. Connection still macam @#$%^&. Nak upload gambar memang berkurun la.Tekanan jiwa!

Saturday, October 10, 2009

Typography shirt

Trend sekarang, golongan muda mudi lebih tertarik untuk pakai typography shirt.

Antara reason baju ni digemari ramai maybe harganya yang murah. Setengah tempat boleh dapat sehelai RM 10. Kalau beli pukal, boleh dapat lagi murah. Kualiti kain juga mungkin sedap dipakai membuatkan orang tergila-gilakan baju ni. Nak cari shirt ni pun senang sebab memang bersepah kedai yang jual item ni. Display besar-besar depan kedai untuk tarik customer datang beli.

Fokus pada typography shirt tu. Smart ok.
Model : adik sendiri.

Macam dekat sini, famous spot nak cari typography shirt dekat dalam CS. Boleh kata semua kedai baju ada design tulis-tulis ni. Kadang-kadang rasa macam nonsense je perkataan yang ditulis.Contoh :

"Saya sayang mak saya"
"Apa tengok-tengok? Kalau suka, cakap suka"

Kadang-kadang kita yang tengok orang pakai, akan cenderung untuk baca apa yang tertulis dekat baju dia. Memang baju macam ni akan jadi perhatian umum tak kira la kat mana pun.Tendency untuk orang perasan kita ushar dia sangatlah tinggi.Hahaha..

Even company macam Giordano, Body Glove dsb pun dah keluarkan item typography ni. Aku tengok Zul pakai baju I Love Malaysia. Terminat pula.Dia banyak stok baju typography yang cantik-cantik ni. Sengaja pakai tiap-tiap hari bikin hatiku panas saja.Sebelum ni tak pernah pandang pun typography ni.Ternyata pengaruh ahli keluarga mampu mengubah personal liking seseorang.Bhahaha.Tapi tak adalah to extent suka yang tulis mengarut-ngarut.

Lagi satu trend untuk pasangan tengah hangat bercinta, couple shirt. Sangatlah sweet bila pakai baju macam ni pergi jalan-jalan dekat mall. Tapi tak semua couple suka shirt macam ni. Ada yang rasa macam buy 1 free 1.Huhuhu. Dulu waktu tengah couple ada juga lah request kat Faiz shirt ni, sekali dia cakap dia tak suka sebab nampak macam team boria. (T_T)

Jadi, kat sini aku nak promote sikit typography shirt yang sorang blogger ni jual. Especially to blogger yang memang anak jati Aloq Setaq. Siapa-siapa yang berkenan dengan design ni, boleh pergi ke link ini dan direct order kepada tuan kedai. Harga hanya RM 25. Cepat. Edisi terhad! Aku sudah order satu. I heart Aloq Setaq!!!!

Friday, October 9, 2009

Main serang hendap

Ok.Tiba-tiba entry sebelum ni jadi isu panas pula. Minta maaf kepada mana-mana individu yang terasa bila aku guna perkataan 'melacur' tu. Mungkin terlalu ikut perasaan,sampai tak reti nak jaga mulut.Dan tak pasal-pasal aku kena serang pula dekat chatbox dengan insan yang menggelarkan dirinya 'lelaki'..korang boleh baca sendiri la apa yang dia tulis. Kepada yang bagi teguran di post sebelum ni, aku terima seikhlas hati. Maaf atas kekhilafan penulisan aku.

Entry tu aku tak akan padam. Biarlah ianya jadi kenangan untuk aku. Nanti boleh cerita dekat anak cucu tentang ungkapan kerana mulut badan binasa. Bagi contoh entry tu. Hehehe.No offense ye wahai blogger semua.

Akan terus menulis walaupun ada yang main serang hendap guna M-16. Yeah!

Melacur diri

Nak bercakap pasal social network lagi. Seronok tengok telatah orang dalam social network ni. Tak padan dengan yang dah tua bangka pun ikut join juga. Mungkin nak sealiran dengan teknologi. Bagus la tu. Cuma rasa macam pelik sebab umur dah 50 keatas, gigi pun dah banyak yang luruh, masih boleh menggatai dalam dunia maya. Kena sangat la ungkapan tua gayut!

Aku ada account I-Mesh.So, tadi tak tahu nak buat apa, aku browse la kat famous people. Selalu yang tersenarai dalam famous people ni, rating orang buka page dia tinggi. Nak tau macam mana nak bagi top? Letak je gambar kau pakai baju ketat, kasi tersembul sikit boobs kau, konfirm ramai yang view.Comment pula mencurah-curah ke ladang gandum. Sungguh la cheap perempuan macam ni.

Antara comment yang aku baca :

1) You're so hot baby.
2) I wanna taste your body.
3) I wanna fuck you.
4) Great boobs.
5) Nice tits.
6) Baby..you're so sexy..lift it up more baby..i wanna see your tits.

Chooooiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

You name it. Dah macam pasar lambak jual pelacur je. Even yang selalu tayang-tayang boobs ni mat salleh, still aku rasa tak patut. Mana-mana agama pun tak terima ajaran tayang body ni. Tak kira Islam ,Kristian, Buddha or what so ever, semua mahu kita jaga akhlak dan maruah kan. Yang melayu pun sama, nak juga ikut style mat salleh. Publish gambar tak senonoh. Maybe rasa puas kot melacur diri di alam maya ni.

Sekadar memberi pandangan, tidak ditujukan kepada sesiapa pun.

Thursday, October 8, 2009

The best pics ever

Seperti yang dijanjikan, ni antara pics yang sempat aku rembat dari fb Kema.Antara kemeriahan Mooncake Festival. The best pics ever.

Beli tanglung sorang seringgit, pasang lilin dan posing.Hahaha.

Watak yang sepatutnya aku pegang, yang pakai baju hijau tu. Tengok, he's better than me. Serious menjadi gila kepondanan dia. Syabas Wawan!

Another scene. Comel kan Bob jadi carrot. Hehehe.

Dari tepi stage, Logesh tak henti-henti suruh aku senyum. Tapi, it doesn't come out naturally dari muka aku kan. Tengok je la gambar ni. Nervous dowh.Takut silap step menari.Hahaha.

Khai bersama penari-penarinya.

Bersama dengan watak utama, Chang Er main tanglung.

The cast of the drama. Aku dah serupa hantu langsuir dah.

One of the singers that night, Hilmi.

Dan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-Hamik ko. Terus spoil mood ayu sorang-sorang. Cubaan melompat yang tak jadi.
(Credit to Kema for editing this pic)

Mooncake festival

Mari nak cerita sikit tentang Mooncake festival yang baru je lepas beberapa jam tadi. Kelas aku terlibat dalam persembahan drama cina sempena program tu. Basically drama ni is about Chang Er yang merajuk dengan suaminya dan telah membawa diri ke bulan.Kat bulan dia jumpa banyak jenis manusia dan rasa menyesal kemudian kembali kepada suaminya. Orang cina percaya tentang legenda ni. Itulah sebabnya ada perayaan Mooncake festival ni.Some sort of mengingati balik peristiwa tu.

Ingat senang ke nak cakap bahasa cina dalam drama? Susah woo..even kau dapat satu line je pun, nak menyebutnya memang siksa. Depa ada qalqalah depa sendiri. Silap stress, jadi maksud lain. For the first time, aku jadi sida. Sida ni seorang yang taat pada tuanku dan dia punya tuuutt dah dipotong untuk make sure dia setia pada raja. So, dia ni half man half woman. Memang aku ada masalah nak pronounce words dorang dengan betul. Bila aku sebut je satu word, geng-geng cina bantal gelak sakan.Dah bunyi macam tamil pun ada. Tsk.

Last-last, aku minta Wawan pegang watak sida. Sebab aku rasa aku tak pandai sangat nak bawa watak ni. Lebih sesuai kalau lelaki yang pegang coz dia boleh act out macam sissy sikit. Kalau bagi kat aku, memang tak sissy la.Aku terus jadi Chinese beauty. Ceh. Rupa langsung tak ada macam chinese, tiba-tiba pegang watak tu. Hahaha. Tak banyak line kena ingat. Just satu line saja iaitu Pi Xia ( ni bukan ejaan betul tau. Aku alter nak bagi senang sebut) Maksudnya, tuanku.

Overall, it was a good experience. Dapat mengenali budaya orang dan sekali gus merapatkan ukhwah antara pelajar muslim dengan non-muslim coz rata-rata yang join dalam drama ni merangkumi semua kaum. 1 Malaysia !

Time praktis memang macam haram, tapi bila mai time perform, rasa happy dan enjoy habis.

Psstt..nanti aku upload gambar tanglung dalam ni ye.

Wednesday, October 7, 2009

Sila jawab wahai KPM.

Finally, no more staying late at night.Yeehuu...serioulsy, having all those thick books around me really makes me feel suffocated. I'm free for a moment. Relieved.Totally relieved! Dengan berakhirnya reflection LTL yang telah selamat di submit kepada Mr Tan pagi tadi, bermakna ku tidak perlu lagi menghadap microsoft word 2007 selepas ini . Tak perlu lagi bercangkung 30 minit di dalam jamban untuk menjana idea mengarang secebis esei sepanjang 2500 patah perkataan sambil melepaskan hajat.Satu lepasan hajat, satu idea timbul.Ini memang style aku. Kalau lama je dalam toilet, tengah jana idea la tu. Tiada lagi bunyi printer selepas ini.Tiada lagi..tiada lagi.. =)

Fokus sekarang ==> E.X.A.M.I.N.A.T.I.O.N

Dah tak boleh main-main dah. Ni final weyh. Tersadung kali ni, memang dah tak boleh bangun dah.Say goodbye to the windy Wellington.

"Eleh, pergi NZ dua tahun je pun.Hahaha.Jadi lah nak merasa tempat orang"

Serius memang aku terasa dengan statement di atas. Seolah-olah program kami ni tak layak untuk twinning dengan universiti luar negara. Mungkin duration year di overseas yang terlalu singkat buat orang fikir kami ni lekeh. Mungkin juga dorang fikir kerajaan jadikan kami ni tikus putih untuk tengok sejauh mana keberkesanan program ni memandangkan hanya 2 batch saja yang berpeluang untuk further study di overseas under KPM.Batch aku dan junior.Aku juga tak berapa faham kenapa perlu ada perbezaan tahun further study di overseas bagi TESOL teacher trainee sekolah menengah dan sekolah rendah? Kenapa mereka 3 tahun dan kami 2 tahun saja? Kenapa mereka buat foundation sampai 2 tahun dan kami pula 1 tahun setengah? Kenapa dorang perlu buat full degree di overseas dan kami half di Malaysia dan half di overseas?

Sedangkan after graduate, semua cikgu tak kira yang menengah atau rendah starting pangkat DG 41 dengan bayaran gaji yang sama.Mengajar subjek yang sama iaitu BI.

Sila jawab wahai KPM.

Apa-apapun aku bersyukur diberi peluang untuk join this programme dan mendapat scholar dari KPM sepenuhnya.Terima kasih.

Tuesday, October 6, 2009

Berkawan

Kami memang open bab-bab relationship ni tapi tidaklah sampai ke tahap bagi keluar sesuka hati tengah-tengah malam. Orang tua selalunya pantang kalau dengar yang anaknya dah ada pakwe or makwe. Tapi, selalu si bapa yang akan terlebih risau kalau si anak perempuan dia dah ada bf. Takut tak dapat jaga diri dsb.Walaupun dia tak tunjuk, tapi sebenarnya dia kisah. Si emak pula lebih kepada menyokong anaknya.Style rileks saja.

Teringat kisah waktu raya baru-baru ni.

Aku : Mak Ndak, satay ada lagi tak? Kawan nak datang beraya rumah hari ni
.

Mak Ndak : Ada. Banyak lagi tu. Bakar la nanti. Jamu kawan.Berapa orang nak mai?


Aku : Tak tau la lagi. So far dua orang.

Mak Ndak : Mak Ndak tak dan jumpa dia la. Mak Ndak nak p beraya Perlis pula sat gi
.

Aku : Tak pa. Its ok.

Pada sebelah malamnya.....

Kak Cik : Cam mana? Tok da approve ka?

Aku : Ha? Approve pa plak ni?


Kak Cik : Boyfriend la.


Aku :?????? ( Sungguh aku tak faham satu benda pun. Dah mula gelabah)


Kak Cik : Laa..bukan petang tadi boyfriend mai ka?Mak Ndak bagitau Kak Cik your boyfie nak datang
.

Aku : (T__________T) Erk. Hish. Boyfie pa pulak ni. Hahaha. Kawan perempuan la.

Tok bersama anak menantunya.Semua sporting habis.

Rupa-rupanya Mak Ndak salah faham. Aku maksudkan kawan itu kawan la. Tak ada special relationship pun. Dia pula fikir terbalik. Orang dulu kan guna istilah 'berkawan' untuk merujuk kepada istilah 'bercinta'. Maka, communication breakdown telah berlaku dan membuatkan satu family kecoh kononnya boyfriend baruku telah menjejakkan kaki ke rumahku dan merasa satay bakarku dan mendapat restu tok untuk masuk line. Hahahaha.

Contoh ayat :Ang dah lama ka berkawan dengan dia?
Persepsi kita
:berkawan =
kawan sekelas, kawan sehostel, dsb.
Persepsi orang tua
:berkawan =
bercinta, berjiwang karat, bercouple, dsb

Patutlah dia excited tanya pasal 'kawan' aku tu. Bajet boyfriend la kan. Sekali kawan perempuan da..Sungguhlah supportive mak sedara aku ni. I like..Hehehe.

Kulit ayam goreng


Siapa suka makan kulit ayam angkat tangan! Boleh satu geng dengan aku.

Selain daripada suka makan kepala ikan, lagi satu ketagihan aku ialah kulit ayam goreng. Ni memang all time favourite. Kak Awa cakap time aku kecil-kecil dulu, arwah mama sanggup pergi jumpa apek tokey ayam kat belakang market untuk minta kulit ayam satu plastik. Sebab nak jamu anak dia ni. Hahaha.Seee...betapa obsesnya aku terhadap kulit ayam goreng. Lagi sorang geng gila kulit ayam ni Ekyn. Depa cakap tak elok makan kulit ayam ni. Boleh jadi breast cancer.Banyak kolesterol, boleh jadi gemuk, bla bla bla. Tak puas hati betul aku.Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh. Semua bahaya. Whatever it is aku still pencinta kulit ayam goreng.

Kalau aku yang besiang ayam, selagi boleh aku takkan buang kulit kat part paha, wing dan thigh.Kalau nampak kat tok, sure la dia hingaq satu rumah. Cakap aku tak reti besiang ayam semua sebab tak buang kulit. Rasa bogel la pula ayam tu kalau kita buang kulit kan.Tak menarik. Kalau bab goreng pula, hentam letak garam dan kunyit satu kampit. Bagi colour dia kuning terang.Presentation harus tip top.Bila goreng, makan................darah terus naik.Masin...

Potensi untuk menghidap penyakit kronik di usia muda adalah sangat tinggi. Salahkan diri sendiri. (T________T)

Monday, October 5, 2009

Act cool


A friend asks me how can I put a big smile on my face when I am actually in a deep sorrow. Susah sebenarnya menjadi Zafirah Binti Mahdzir ni. Bak kata orang, hidup tak selalunya indah,langit pula tak selalunya cerah.Bila dirundung masalah, aku juga macam insan lain. Akan berasa tertekan dan susah hati sepanjang malam memikirkan solution yang terbaik. Aku jenis yang tak berapa reti sangat nak luah pada roomate. Bukan roomate tak support, tapi ini adalah aku. Yang jenis tak mahu bebankan orang lain dengan problem aku. Pandai cari pasal, pandailah selesai sendiri. When I think I can't bear it anymore, then only I ask for my friends' help.

Untuk melepaskan geram kepada orang lain, bukanlah cara penyelesaian yang terbaik. Muhasabah diri tu dulu, baru fikir balik nak mengamuk ke apa. Life memang complicated. Kadang-kadang Tuhan bagi ujian. Kadang-kadang Tuhan bagi nikmat. Kalau hati tak kuat, boleh sakit jiwa.

Menangis is my favourite bila ada masalah ni. Sorok-sorok muka dari roomate takut dia perasan aku menangis sok sek sok sek dalam bilik. Bila nak seh hingus je, slow-slow blow nose mengadap dinding. Tak mahu dia perasan. (T_T) Tapi, sampai bila aku nak macam tu kan. Last-last surrender juga. Tadah muka depan roomate sambil seh hingus kuat-kuat.Rengah sekuat hati
(Part ni aku tambah je.Nak bagi dramatik sikit.) Wuwu bunyinya. Habis bengkak mata weyh.Dia dah gelabah dah nak buat macam mana.Aku memang buruk perangai kalau menangis ni. Macam zombi!

Jangan ingat aku tak ada masalah hanya kerana aku tak pernah tunjuk muka sedih atau menangis depan korang.Hakikatnya, setiap hari ada saja dugaan yang perlu aku tempuhi.Cuma aku tak tunjuk. Sekian saja luahan perasaan dari aku.

State sekarang : A bit moody because of someone.Tapi, tak tunjuk kat roomate. Act cool.

Sunday, October 4, 2009

Blogger's day out

Semalam, blogger's day out. Walaupun hanya tiga orang, tapi keriuhan yang dirasa macam sepuluh orang. Sorang yang kuat gelak, sorang lagi kuat menyakat dan sorang lagi bawa kereta laju nak mampus. Cukup haruk pikuk. Sesi mempertemukan dua orang insan yang sebelum ni just komen-komen kat facebook saja iaitu Kema dan Luth berjalan lancar. Walaupun pada awalnya, mereka seolah-olah malu-malu kucing, tapi selepas 30 minit duduk dalam kereta, masing-masing dah buka mulut dan boleh melawak kasaq.

Kami bergerak ke Pantai Merdeka dengan hasrat nak pekena cendol. Scenery kat sana pada waktu petang sangat cantik dengan dipenuhi ramai orang yang datang dengan family,couple, mat rempit, blogger macam kami, dan banyak lagi jenis orang kat situ.Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hujan la weyh! Macam mana nak pekena cendol.Huhuhu. Pulang dengan hati yang hampa.

Pergi TESCO yang baru buka dekat Tol SP Selatan. Sekali tak buka lagi daa..Muka dah excited nak masuk for the first time sebab ada A&W. Jangan tak percaya ok. Memang ada A&W (SP tak lekeh sangat la u..still got fast food to eat.Orait meh)

Last-last pekena Hussain nasi kandar dekat Khir Johari school. Kejadah bila masa pula aku minat makan nasi kandar ni pun aku tak tahu. Tapi, boleh tahan la ayam tandoori kat kedai tu. Customer pun ramai. Membuktikan kedai tu sedap la.After makan-makan, terus Luth hantar balik maktab. Ada assignment nak kena siapkan. Kalau tak, dah lama overnight kat Penang, tengok cerita Momok. Betul tak Luth? Hahahaha.

Credit to Luth (Cedok dari FB dia.) Terima kasih sebab bawa dua cikgu terlampau ni jalan-jalan.

p/s: Nanti kalau beli kereta, nak pasang holler la.Baru gempak sikit. Hahaha.

Saturday, October 3, 2009

Ini kisah benar

My cousin on her engagement day. Congratz dear!

Orang cakap untuk elak maksiat, baik bagi kahwin je. Tapi, kalau anak-anak minta nak kahwin pada usia yang muda, depa menghalang pula. Itu yang jadi macam-macam kes sekarang. Kahwin lari dan sebagainya. Ada juga yang menghalang percintaan anak depa sebab lelaki tu dikatakan tidak setaraf dengan family si perempuan.What the heck?? Aku tak rasa itu satu masalah besar kalau depa kahwin.

Ini kisah benar. Watak diolah sedikit mengikut kesesuaian jalan cerita.

Terdetik hati si anak perempuan ini untuk bagi tau omak kesayangan yang hatinya telah dimiliki seseorang dengan harapan si omak akan bagi 100% support. Bila diberitahu, si omak bertanya tentang pekerjaan si lelaki itu. Mekanik. Pooommm!! Terus si omak mengamuk besar. Minta si anak break up dengan si lelaki itu. Tanpa memikirkan perasaan si anak yang aku percaya, menyesal bagi tau si omak tentang hal ni. Alasan? Si lelaki tu tak setaraf dengan si anak tu.Carilah lelaki yang kerja kerajaan dan sebagainya. Si omak warning si anak untuk lupakan lelaki tu dan si omak ada calon yang lebih sesuai.

Dia ni sama umur dengan aku. Dah jodoh dia bertunang di usia muda.Aku pula bilalah agaknya.

Apa perasaan korang kalau mak bapak korang halang percintaan suci murni korang tu hanya kerana perbezaan darjat? Jujur aku cakap, aku kecewa gila dengan sikap si omak yang terlalu bersikap prejudis terhadap mat-mat mekanik di Malaysia ni.Sebut je mekanik, mungkin si omak terbayang mekanik yang comot-comot bawa moto kapcai kot. Tak pun mekanik yang nak makan kat kedai pun masuk buku 555. Haih. Itulah manusia.Terlalu bersikap judgemental sampaikan langsung tak pernah ambil kira hal-hal lain. Sepatutnya si omak siasat dulu latar belakang lain si lelaki tu, baru buat keputusan. Ini tidak.Sesuka hati je nak si anak lupakan si lelaki tu. Dia ingat senang macam kupas kulit kacang kot.Hakikatnya, si lelaki ni mekanik PROTON dan sudah ada kereta sendiri. Kira orait la tu.

Sampai sekarang, si anak langsung tak mengendahkan arahan si omak. Dia buat bodo je. Depan cakap la break up, belakang tak pun. Aku sokong tindakan berani si anak ni. Si anak pun dah minta si lelaki tu try apply kerja kerajaan. Nak bagi sedap hati si omak tu sikit. Nasib baik si omak tak pernah tengok muka si laki ni. Bohong sunat tak pe.

Psst..Kalaulah tok buat aku macam ni, nak merajuk sampai jadi anak dara tua. Hahaha.

Friday, October 2, 2009

Semakin hari

Rindu saat ini..

Bila dapat berkonvoi ramai-ramai dengan cousins pergi midnight movie dan main boling. Angkut satu kampung dari yang kecil sampai la yang ke tua. Bukan selalu dapat green light dari orang tua nak keluar hoya-hoya sampai ke pagi buta macam ni. Tambah pula budak bawah umur pun ada. Tak sesuai bawa berjalan pada waktu begitu. Sekali sekala tak apa la.

Betul la orang cakap. Waktu kecil-kecil, mak bapak runsing + pening kepala nak besarkan anak-anak. Banyak karenah. Aku rasa rimas kalau pergi rumah orang yang anak-anak dia kecil-kecil lagi. Buas macam apa lagi. Rasa macam nak rantai pun ada. Tapi, bila besar panjang, dah tak menyusahkan mak bapak. Dah pandai behave.Dah tak lari-lari keliling rumah dah.

Bila kumpul ramai-ramai satu family, rasa macam kejap je semua dah besar. Dulu, hingus pun main calit-calit kat orang, la ni calit kat dinding.Dulu, suka main tarik rambut, dengki mendengki ampa ada tabung gajah, kami tak dak.Sebab dengki, sanggup sorokkan kunci tabung gajah kau sampai kau menangis. La ni, dah tak heran dah semua benda tu.Kau ada balak, aku tak ada.Jealous still ada, cuma tak adalah sampai nak main tarik rambut or rampas boy kau.Hahaha.

Semakin hari, semakin rindu pada keluarga. Lepas ni, dah susah nak gather ramai-ramai macam ni. Masing-masing terikat dengan study dan kerja. Tunggu bila ada kenduri kat rumah tok, baru semua balik. Itu pun for a short time. Haih..time nak balik maktab hari tu, rasa macam berat hati sangat. Sedih. Padahal nak fly tahun depan. Bukannya esok. Feeling lebih-lebih pula. Huahuahua.

Thursday, October 1, 2009

Belum cuba belum tahu


Just now time lunch dengan Farah and Wanie, aku terbuka cerita pasal adik aku, Zul yang macam uncertain lagi dia nak further study dalam bidang apa. Tak dinafikan dia ni memang otak lebih pandai dari aku. BI pun lebih cekang dari aku. Kadang-kadang rasa malu juga bila ada words English yang aku tak faham, aku rujuk dia. Then dia akan cakap " Laaa...yang tu pun tak tahu ka?"Pergh..Terus muka rasa macam panas and terbakar. Rasa macam loser gila kalau nak tanya kat dia.

Back to the main story, pasal tajaan scholarship. Time cuti raya hari tu, dia sibuk pergi mencari baju untuk interview. Aku cucuk-cucuk suruh beli baju colour light purple and tie colour purple sebab classmate aku,Bob pernah pakai dan aku rasa dia comel sangat. So, tak dapat suruh pakwe pakai macam tu, suruh jelah adik aku pakai kan. Sekali dia kata tak boleh. Sekolah dia kena pakai kemeja putih and tie merah. Frust nak tengok kecomelan dia pakai satu suit purple.

Adakalanya dia boleh menjadi sedikit poyo

Bila ditanya nak ambil kos apa, dia renyeh macam kerang busuk. Lepas tu geleng kepala.Cerdik-cerdik dia pun bila mai time nak tentukan masa depan, terus jadi dungu kejap. Aku suggest dia ambil medic tapi dia tak minat. Dia cakap nak amik TESL. A big NO for him! Aku tak bagi. Bukan apa, alang-alang dah result trial gempak, ambil la something yang worth your result kan. Kalau nak ambil TESL, macam a big waste la belajar hempas pulas subjek sains tu. Bukan nak kutuk kos sendiri,tapi kenyataan. Apa dia ingat kos TESL ni belajar speaking je kot. Banyak assignment sampai serabut kepala ada la.Tsk.

So far, dia nak pergi Sime Darby punya interview. Aku tak tahu la kos apa yang company tu offer. Tu pun cikgu dia yang aturkan. Bukan kehendak diri sendiri la. Sebab dia pun buntu nak pilih apa. Aku suggest he go for Khazanah interview. Itu memang kaw kaw punya scholarship. Kalau dapat, semua dia tanggung. Nak buat kos apa pun kau boleh minta. Nak fly mana pun boleh kot. Tu aku tak sure sangat la. Belum cuba belum tahu.

Dia cakap dia minat Chemistry. Jadi ahli kimia la senang abang oii.. (aku memang panggil dia abang kat umah..manja kan..Hahahaha!)
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger