
Kegagalan adalah pelengkap bagi suatu kejayaan. Bagi yang menganggap diri mereka total loser, mereka sebenarnya seorang yang berjaya. Bagi aku, kalau kita tak merasai kegagalan, kita tak akan pernah berusaha untuk memantapkan diri sendiri. Orang cakap berada di takuk yang lama.Kita selalu fikir this is the best for us dan aku la paling terbaik dalam dunia ini sedangkan the loser tadi sebenarnya lagi mantop dari kita.
Zaman persekolahan dulu, semua pakat sibuk nak tulis biodata. Setiap sorang mesti ada buku biodata kan. Exchange dengan kawan-kawan. Salah satu perkara yang akan ditulis ialah motto hidup. Aku berkobar-kobar menulis Gagal Sekali Tidak Bermakna Kita Akan Gagal Buat Selama-lamanya. Wah! Terbaik la wa cakap lu. Kira aku punya la paling hebat. Walhal itu hanyalah tercoret di kertas bukan di jiwa aku. Aku tak pernah ambil kisah pun pasal motto hidup. Itu pun just bagi cukup syarat saja nak bagi sama hebat dengan kawan yang lain. Mana boleh kau seorang je ada motto hidup. Aku pun nak juga. Ha. Lebih kurang macam tu lah.
Aku dikira bernasib baik juga sebab boleh dikategorikan sebagai budak otak geliga. UPSR dan PMR aku skor straight A. Kira cekang la ni. Bila tiba saja SPM, dah tak geliga dah.Maybe sebab diri dah terjebak dalam kancah percintaan, so pelajaran pun a bit terjejas. Ceh.Nak salahkan cinta pula. Result still boleh dibanggakan. Tak apa. Cuba lagi. Banyak lagi exam yang perlu aku tempuh. Bahkan lagi susah bila dah masuk U, semuanya kena depend dekat diri sendiri. Aku tak cepat melatah beb. Hidup berani untuk gagal. Kau ingat budak dapat 21A tu cerdik sangat ke?
Diri aku sendiri dah banyak kali mencuba nasib dalam bercinta. Setakat ini, dah lima kali aku bercinta. Semuanya gagal di tengah jalan. Serius aku cakap, bila diri sendiri yang kena dump dengan boyfriend, rasa perit sangat. Mulalah terfikir apa yang tak kena dengan diri aku ni, aku tak cantik ke, aku ni terlalu mengongkong ke segala mak nenek la kau fikir.Top up dah ribu riban habis bergayut dengan kau, last-last ini yang jadi. Tapi aku tak cepat melatah beb. Hidup berani untuk gagal. Cari boyfriend lain. Cuba adapt dengan cara dia. Kena dump lagi. Tak apa. Ini dugaan. Sampai satu tahap, aku fikir diri aku ni loser. Ye lah. Rasa macam kena curse bila bercinta ni. Ada saja yang tak kena. Dalam sedar tak sedar, aku jadi doktor cinta. Kawan-kawan sering datang mengadu padaku pasal masalah cinta mereka.Pelik kan. Diri sendiri gagal bercinta tetapi menjadi sumber rujukan pasangan lain yang tengah bercinta. Wah! Pada ketika ini baru aku sedar sebenarnya aku bukan loser. Aku masih berguna kepada masyarakat.Masih boleh berbakti kepada pasangan-pasangan cinta.
At this point, baru aku sedar sebenarnya aku berpegang pada prinsip hidup Gagal Sekali Tidak Bermakna Kau Gagal Untuk Selama-lamanya. Sebenarnya kegagalan itulah yang banyak mengimprove serta mematangkan diri aku. Aku belajar banyak benda dari kegagalan. Yang mana elok, aku amik dan telan bulat-bulat. Yang mana tak elok, aku humban ke dalam sungai belakang rumah tok dengan harapan ia akan pergi jauh dibawa arus. Hidup harus berani untuk gagal. Yang penting jangan cepat mengalah dan selalulah berfikiran positif.
Setakat ini, aku juga pernah gagal untuk menang contest yang dianjurkan oleh para blogger. Tapi, tak apa. Hidup berani untuk gagal. Aku tak patah semangat dan terus mencuba. Ini juga satu contest yang dianjurkan oleh
Denaihati dan aku dapat tahu mengenai contest ini dari
Dilot dan
X-Po. Terasa ingin mencuba nasib. Mana tahu untung-untung aku jadi juara. Boleh belanja korang nasi lemak sorang sebungkus.Hahaha.
Hadiah sangat lumayan hasil sponsor dari
DSGClicks,
Berani Gagal Network,
One Malaysia Blogshops,
Anisha Online Mall dan
Saudacare.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila klik
sini.