Online users

Follower

Friday, April 30, 2010

Dating someone part II

Ada ke yang tunggu entry dating someone part II ? Ahahaha. Secara jujurnya, aku bukan pi dating pun depan library. Tapi, aku pi jumpa sorang budak Vietnam untuk record suara dia. Ini berkaitan dengan coming assignment aku. Kesian korang terpedaya dengan tajuk post. Coursemate yang terbaca blog aku pun sibuk bertanya dengan siapa sekarang ini? Hari tu dating dengan siapa? Padahal non ado.

Cakap pasal dating, some of my friends sekarang tengah merana terpaksa virtual dating dengan bf masing-masing.Alahai.Dating through laptop ja lah. Nasib baik teknologi sekarang makin canggih. Dapat berwebcam pun jadilah. Asalkan boleh nampak orang tu bergerak-gerak depan skrin pun dah cukup.

Tadi, aku qada' balik episod Adamaya yang tertinggal. Aku makin menyampah dengan Dani. Maya pula lembik sangat. Hati tak teguh. Kesian kat Adam.Adam, awak pilih saya je lah. Konfirm hidup awak bahagia. Tak pe, saya boleh jaga Amani. Heh.

Jawab weyh jawab.

Dah lama aku tak menjawab tag-tag ni. Disebabkan bosan, there you go.Kutip balik tag-tag yang dah berkurun lama tak terjawab.

This one from Sis Miza.

1. 5 orang yang korang tak boleh lupakan dalam dunia ni?

- Arwah mama dan abah
- Family

- Kawan-kawan

- Cikgu yang mengajar aku since aku tadika lagi

- Ehem ehem ehem


2. 5 benda yg korang sayang nak buang?
- Baju-baju lama. Kalau boleh nak pakai sampai lusuh dan terkoyak. Sayang nak let go.
- Koleksi surat dari adik angkat zaman MRSM dulu.

- Hadiah mug dan dedication zaman MRSM dulu.

- Medal dan piala kemenangan ketika aktif bersukan suatu ketika dulu.

- Botol perfume yang dah kosong.


3. 3 benda yg korang impikan akan jadi kenyataan satu hari nanti?
- Nak ada kereta sendiri.
- Nak beli blackberry.
- Nak kahwin dan ada anak yang comel.


4. Based on question 3, why?

- Memudahkan pergerakan kemana-mana. Nak bawa tok jalan-jalan.
- Nak eksyen satu kampung gua ada blackberry.

- Siapa tak nak kahwin?


5. Time bukak lappy website apa yg selalu korang buka dulu?
- Yahoo
- Facebook
- Blog
- Trademe


6. Orang yg korang nak tag
-Anyone yang rasa bosan, silalah jawab tag ini.

***
This one is from Saiful Zakwan.

1. Adakah anda rasa HOT?

- Sudah semestinya. Heh.


2.Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


3. Cerita pasal gambar ini.
- Singa yang tersipu-sipu malu sebab orang snap gambar dia kot. Ololoo. So cute.Aku dapat wallpaper ini dari cousin aku.

4. Kali terakhir makan pizza.
- Last 2 weeks. Buat pizza hut delivery. Malas nak masak. Hahaha.

5. Lagu terakhir anda dengar.

- Lagu blog sendiri. Ayumi Hamasaki, Dream

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
- Tak buat apa-apa pun.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
- Kakak, Zaf, Firah, Pirah, Zack.

8. Tag lagi 8 orang.
- Siapa rajin, silakan buat ye.

Aminul Rashid ditembak polis.

Dulu kecoh pasal Rafiqin Darwisy. Kali ini nama Aminul Rashid pula tengah naik. Tapi, ini lain sikit ceritanya. Arwah meninggal selepas ditembak oleh anggota polis. Innalillah.

Aku copy paste laporan polis yang dibuat rakan arwah untuk korang nilai sendiri ok.Credit to best1of4's blog.

"Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang…

Sumber: perisik-rakyat / Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Dalam kes ini, fair justice sangat diperlukan. Kalau diselidik satu persatu, dua-dua salah. Adalah menjadi satu kesalahan untuk seorang remaja di bawah umur untuk memandu di jalan raya tanpa lesen yang sah. Part tembak menembak tu, hellooooo. Kenapa harus tembak? Tak boleh ka ligan ja kereta budak tu sampai dapat? Kenapa harus tembak? Kenapa?

Satu je pesan mak arwah kepada polis, tolonglah jalankan siasatan dengan TELUS. Jatuhkan hukuman kepada yang berkenaan.

Dunia oh dunia. Tinggalkan pendapat anda.

p/s : Pagi-pagi dah bagi post berat macam ni. Al-Fatihah buat arwah. Moga tenang di sana. Moga keluarga arwah tabah hadapi dugaan yang diberikan ini.

Thursday, April 29, 2010

Kuning? Tak sesuai..

Semangat aku mencari baju kuning. Nak pakai untuk tengok match rugby this Saturday. Hurricanes vs Chiefs. Maria siap pesan pakai baju either kuning or hitam untuk support Hurricanes. Yeah! Go Hurriiiicaneeeessss!

Actually, yellow is not my favvy. Kulit aku ni boleh tahan coklatnya.Memang cari pasai kalau pakai baju kuning. Rupa ****** dah aih. Seingat aku, aku just ada sehelai ja baju kuning. Beli pun sebab murah.Tengah sale.Hahaha.Time testing dalam fitting room, tak la nampak buruk sangat. Maybe disebabkan lampu kedai yang samar-samar keorenan membuatkan aku tertipu dengan reflection warna kulit sendiri. Nampak cute ja dalam fitting room. Bila balik rumah, keciwi nak pakai baju baru dalam bilik. Sekali tengok balik, tudia aiiihhh..dah rupa !@#$%^&. Tak cute langsung! T_T Akibatnya, baju tu aku pakai sekali ja. Itu pun nak cukup syarat. At least tak ada la rasa bersalah sangat beli baju tak pakai kan.

Conclusionnya, kuning memang tak sesuai dengan warna kulit aku. Ampa kalau nak bagi baju kat aku, jangan beli 'kala' yang nala punya terang macam kuning or hijau flourescent. Memang aku takkan pakai! Warna macam tu just sesuai pada orang yang kulitnya mungil dan putih sahaja.

p/s : Baju yang aku beli tadi pun bukan full yellow. Tapi, ada dark blue stripe.Tak da lah nampak macam tuutt sangat. Go Hurriiiicaneeesss!

Please...follow by your heart.

Pelik pelik. Bilangan follower kejap 893, kejap 894, lepas tu, 893 balik. Nampaknya ada yang dah unfollow blog aku. Aku tak kisah. Yang penting follow lah seikhlas hati. Tolonglah. Tolong jangan minta aku follow balik blog korang. Tolonglah.

Yep. Its one way to advertise your blog but please lah jangan minta follow follow ini. Why not advertise cara lain? Avoid from requesting others to follow your blog. It's really annoying. You can put other words but please....not "please follow me back" comment. Maybe you can approach others by saying "Hi" or something else. Put something interesting that might attract them to click your link. Itu lebih appropriate.

Bilangan follower tak penting weyh. Kalau orang suka baca blog hang, konfirm tiap-tiap hari dorang akan baca update hang tanpa perlu follow pun. Seriously. Kalau follower ramai tapi tak baca pun blog hang, it's nothing to be proud of.Button follower ini memudahkan orang untuk ikut setiap perkembangan hang. Jangan paksa orang untuk baca blog hang. Kalau depa suka, depa akan follow. Serious. Sumpah tak tipu.

Thanks to all yang follow blog merapu meraban aku ini. Sangat hargai ampa semua.Follow lah seikhlas hati. =)

Wednesday, April 28, 2010

Rugby World Cup 2011

Online ticket untuk RUGBY WORLD CUP 2011 dah keluar. Sebelum ni, tak pernah excited pun bab rugby ini. Mai sini, jadi seronok pula nak join tengok kat stadium. All Black tu. Bukan senang nak dapat chance tengok live. Boleh menari hakka sekali. Hahaha.

Syamel inform untuk final match, starting ticket harga 1.2 k NZD. Mak aii..Memang tak pi tengok la yang tu. Aku bukan apa. Nak merasa even sekali pun cukuplah. Macam mana feel duduk dalam stadium bersorak ramai-ramai untuk team NZ. Kalau nak tahu, aku tak pernah lagi attend mana-mana live match kat stadium. Back in Malaysia pun tak pernah lagi merasa bersorak untuk mana-mana team bola sepak. Harap ja rumah dekat dengan stadium Darul Aman. Tapi, tak pernah pi tengok pun. Susah sikit. Tok tak lepas keluar rumah malam-malam. Inikan pula nak pi tengok bola. Lagi la dia hingaq. Perempuan tak elok keluar malam.Itu prinsip dia. Kalau keluar dengan family, ok.

Target nak tengok match NZ vs Canada. Itu nampak macam menarik sikit sebab tuan rumah yang main. Yang lain tu, tak tahu nak side mana satu.Ticket paling murah $95 NZD. Paling mahal $250 NZD. Sekarang ni tunggu member je nak tolong booking. Tak reti la nak perosah sorang-sorang benda ni. Applications close within 23 days. Cepat, cepat!

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

Rupa bilik budak educated

Keadaan bilik aku tatkala assignment bertimbun menyerang. Er..meja aku tak pernah kemas pun. Nampak la macam orang educated sikit kan. Kiri kanan buku. Kalau boleh, semua buku nak buka. Kalau boleh, nak gantung satu dinding dengan notes.Makanan sampingan perlu ada ye ketika study. Kalau tak ada keropok, kacang dan coklat beserta dengan air coke, memang tak sah. Inilah gaya hidup sihat.T_T

Supper untuk minggu ini. Peanut block Whittakers menjadi pujaan hati. Vanilla coke pula pelengkap citarasa. Aku tak terkejut kalau berat aku mencecah 60 kilo sebab benda ni. Sendiri cari pasal, sendiri tanggung la kan. Salah satu sebab rajin telan coklat kat sini kerana harganya murah. Harga satu block coklat ni baru $3.16NZD.

Ok. Nanti update lain. Busy ni. Heh.

Tuesday, April 27, 2010

Belacan kena rampas. T_T

Rentetan daripada previous post:

Perhatian. Belacan ada dalam cabai kering.Bila kakak nak buat sambal ikan bilis, buh la belacan sikit. Ikan bilis, papadom simpan dalam peti ais.Takut dia bau busuk.Kakak jangan duk boros kat sana.Tok suruh jimat sama duit. Keropok ikan tu, bila kakak goreng tak abis, tolong buh dalam beg plastik.Perencah nasi goreng adabi tu boleh buat nasi goreng 3 kali.Buku kakak gitau aritu Ika dah buh dalam kotak.Penerbit dia nama Brown.Kakak, tok kirim salam kepada semua yang ada kat umah kakak.

Yang benar,
Adikmu, Zulaikha.


Ini note yang Ika kasi dalam parcel.*Gelak mengekek*

Rupa-rupanya, fish paste itu belacan.Hahaha. Lawak-lawak. Apasal la biosecurity tak mention shrimp paste? Logik la sikit. Sayangnya, belacan 1.06 kg telah dirampas oleh biosecurity. Isk. Sedih wooo. T_T Ok. Aku boleh terima la kenapa belacan kena rampas.Dah la bau busuk, bentuk pula mencurigakan. Maybe pihak NZ fikir benda tu boleh spread disease kot.

Baguih tak pesanan tok? Bab jangan boros tu paling mantap. Hehehe. Don't worry tok. Duit masih dalam paras selamat. Perbelanjaan masih terkawal.Tok juga sempat menurunkan rahsia resepi. Kalau nak buat sambal, jangan lupa letak belacan! Hihi.

Sorry tok. Your belacan has been 'stolen' by the biosecurity people. Tak ada rezeki nak rasa belacan dari tok. Isk.

Yang penting, maggi ruski tak kena rampas. Heaven heaven.

Parcel dah sampai tapi.....

Abang Emi tanya dah dapat belum parcel dari tok. Aku cakap tak dapat lagi. Agak pelik juga kenapa lama sangat parcel nak sampai. Kalau diikutkan, seminggu dah boleh dapat. Ini dah dekat 12 hari. Batang hidung postman pun tak nampak. Aku tanya Wan memang normal ke parcel lambat sampai. Dia cakap maybe post office Kedah yang lambat process due to different working days.

Baru semalam duk argue pasal parcel, hari ini pagi-pagi buta postman dah ketuk pintu rumah. Panjang umur parcel. Kesian aku tengok postman tu. Tercungap-cungap. Ye lah. Rumah aku atas bukit. Dah la parcel tu berat. Nasib hang la mr postman.

Ok. Aku dah mula pelik bila ada sticker ini kat parcel aku. Means parcel aku ni dah kena buka before sampai kat tangan aku. Dah kena check dengan biosecurity. Gerun oh. Duk fikir benda apa yang tak lepas. Rasanya semua benda yang aku list kat tok benda yang normal je. I mean benda yang tak berbahaya la.

Klik untuk tumbesaran.

Buka je kotak, ada satu surat dari MAF. Ministry of Agriculture and Forestry. Hah. Sudah. Cuak beb. Bila baca details, rasa nak gelak pun ada. Hahaha.

The following item has been held as it does not meet the requirements of the Biosecurity Act 1993. Items description:

2 bags of fish crackers and 1 packet of fish paste - unknown species (1.06 kg, part parcel)

Aku cangak tak faham fish paste tu benda apa. Pati ikan? Seingat aku, aku tak ada minta benda pelik macam tu. Fish crackers tu tahu la. Keropok ikan. What the heck keropok ikan kena rampas? T_T. Aku tak faham kenapa NZ cerewet sangat bab bahan-bahan mentah ni. Yes, NZ is one of the free-disease country but aku tak dapat connection between keropok ikan dengan spreading disease. Heh. Pelik la.

Kalau nak hantar balik benda alah tu kat tok, kena bayar 70.81 NZD. Sangat mahal. Aku izinkan jelah depa destroy benda tu.Seronok la ampa musnah-musnah barang ni kan. Ishk.Merajuk dengan biosecurity.Hmmph.

Pelajar Malaysia digeruni.

Realiti yang mungkin mengejutkan anda. Pelajar Malaysia digeruni oleh pelajar dari negara Asia yang lain di sini.Pelajar Malaysia dikatakan sangat berkeyakinan apabila berbahasa Inggeris.

Mungkin dari segi bahasa, pelajar Malaysia punya sedikit kelebihan. Dari segi sistem abjad yang sama dengan bahasa Inggeris memang banyak membantu. Kita boleh converse dengan lancar dan possibility untuk salah sebut certain words sangat rendah.Kalau nak dibandingkan dengan negara Asia yang lain seperti Vietnam, Laos, dan Myanmar, mereka punya sistem abjad yang totally different from English. That's why dorang ada masalah besar dalam pronunciation.Tak semua sounds dalam English ada dalam sounds first language dorang. Sama juga dengan bahasa Melayu.

Untungnya kita kerana sistem pembelajaran di Malaysia menekankan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. And what is more, kita diberi ruang untuk mengaplikasikan bahasa Inggeris di dalam kelas. Berbanding dengan negara Vietnam (berdasarkan apa yang aku dengar dari seorang pelajar dari sana) , mereka hanya belajar tentang grammar tanpa diberi peluang untuk converse dalam bahasa Inggeris. Maybe ada, tetapi sangat jarang.Bagi dorang, bahasa Inggeris adalah subjek yang wajib dipelajari for the sake of passing the examination. That's all.

Terima kasih kepada sistem pendidikan Malaysia. Walaupun Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda kita, tetapi kepentingannya memang tak boleh disangkal.Tambah pula bagi pelajar yang further study di oversea. Kalau tak tahu berbahasa Inggeris, memang tak bercakaplah hang sampai ke sudah. Anyway, bahasa Melayu tetap dihati.Bahasa jiwa bangsa. Aku tetap bangga dengan bahasa Melayu.

Monday, April 26, 2010

Gua masuk touch rugby?

Hari ini gua busy macam perdana menteri. Bangun pagi, gua terus masuk toilet, mandi.Tak pernah gua buat macam tu lagi sebelum ini. Gua memang malas mandi awal pagi. Tunggu dah kepam satu badan baru mandi. Jimat air.

Pukul 9 pagi gua dah bersilat dalam dapur. Bukan masak apa pun. Just goreng fish fillet, kapit dengan roti dan telur, taruk sos dan mayo dan siap! Itu breakfast gua pagi tadi. Sungguh western.Gua nak kejar masa. Mana sempat nak masak berat-berat.

Pukul 10.30 pagi, gua pergi Uni kejap. Copy passport dan student visa. Gua dah lama tangguh pasal IRD number ni. Btw, IRD number ni digunakan untuk apply kerja kat sini. Gua dah planning nak kerja part time summer nanti. Sebab tu gua berangan macam-macam dalam previous entry. Hahaha.

Apasal guna gua ni? Heh. Rasa macam rock sikit. Macho habis. Mes ajak gua masuk touch rugby untuk BERSATU games. Hoh. Gua geleng-geleng kepala tanda tak mahu. Dia cakap touch rugby banyak agility. Agility tu kepantasan. Banyak lari kot dalam touch rugby ini.Mentang-mentang gua dulu sprinter. Boleh pula dia ajak gua masuk touch rugby. Hahaha. Gua berat hati nak masuk sebab campur dengan lelaki. Lagipun, gua mana ada basic rugby wooii.Mampuih kena himpit dengan yang lain. Gua kecik ja. Ceh. Bajet haluih sangat la tu.

By the way, last timbang, berat gua turun sampai 54 kilo. *Senyum puas* .Tapi gua tetap tak puas hati dengan peha gua. Tetap drumstick!

Sunday, April 25, 2010

Dah mula berangan dah.

Hoh. Aku mana reti dating. Dulu pandai la. Sekarang, skill dating dah makin tumpul. Lama tak asah. Cek dah lama menjanda. Ada siapa-siapa ka sudi jadi date cek?

Tobat lawak bila teringat balik zaman jiwangness dulu. Zaman tangkap gambaq syok sendiri (sekarang pun still macam itu gak T_T), zaman berbalas mms. Sekarang hp pun dah turun pangkat. Pakai yang cabuk ja. Dah tak peduli dah. Asalkan dapat contact dan sms pun dah cukup. Tapi, cek target bila balik Malaysia nanti, cek nak angkut blackberry satu. Heh. Biaq satu kampung terlopong tengok hp cek. Hohoho. Kalau nak beli hat mahai, baik beli hat betoi-betoi mahai. Baru puas hati.

Target lain bila balik Malaysia, cek nak angkut kereta sebijik. Bukan apa. Senang cek nak bawa tok jalan-jalan.Nak bawa pi market. Nak bawa pi rumah sedara. Tu dia. Punya besaq impian cek. Moga tercapai la nanti.

La ni suka berangan. Tak tau la pasai apa.

Dating someone. Ehem.

Quad.

Inilah keadaan uni time weekend. Sunyi sepi. Hanya ada a few students yang datang ke library. Keadaan sangat tenang. Ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau dapat dating best ni.Cuaca memang sejuk hari ini. Hujan.Sampah pula berselerak. Cleaner tak mai bersih lagi kot. Kalau time weekdays, Quad ini selalunya dipenuhi student. Ada yang melepak, buat assignment, main skateboard, makan-makan dan macam-macam lagi la.

Ini pula sebahagian daripada library VUW. Aku tak habis explore lagi library ni.Asyik masuk untuk photostat dan print ja. Tak pernah lagi pinjam buku.Nampak sangat bukan kaki library kan.Hahaha.Tiba-tiba hari ini rajin pula nak pi cangak depan library. Time cuti pula tu. Buang tebiat ke apa minah ni?Actually, ada date dengan someone. Hehehe. Memang baguih sangat la kan. Dating depan pintu library. Tak senonoh.

Dengan sapa? Haa..nanti-nanti la I cerita ye.

Dah nampak dah. Hehehe.

Dulu aku duk riuh sangat kan nak tunggu musim autumn. Kecoh tak nampak daun tukar colour sangat. Sekarang, baru nampak tanda-tanda jelas autumn. Itu pun jenuh teropong satu-satu pokok kat depan rumah. Ni haa. Gambar yang sempat aku snap depan rumah pagi tadi. Fresh lagi tau.

Close up

Aku jarang nak keluar rumah pagi-pagi buta ni sebab sejuk. Tak da pasai aku nak hirup udara segar kat luaq.Cari nahas ada la. Angin selalunya kuat time pagi. Tong sampah habis tunggang terbalik. Bukti angin kuat.

Wohoo.Kirim salam perantauan yang ni pun ok gak kan. Kehkehkeh.

Saturday, April 24, 2010

Balas dendam. Puas hati aku.

Tahu tak apa perasaan bila dapat makan makanan Malaysia? Heaven oh.Heaven heaven heaven (tutup mata sambil senyum).

Hari ini ada Islamic Art & Cultural Exhibition kat Kilbirnie. Pameran berlangsung selama tiga hari.Highlight paling utama sekali, ada gerai makanan. Heh. Bab makan memang laju. Kat sini memang tak was-was nak beli semua jenis makanan sebab konfirm halal. Memang dah tak kisah mahal ke tak makanan tu. Asalkan dapat lepas kempunan makan masakan melayu.

Aku bantai makan nasi tomato, karipap dan samosa. Puas hati cek. Walaupun mahal, tak apa. Ini namanya kes balas dendam. Sumbat selagi boleh. Segala jenis makanan ada dijual kat sini. Roti canai, ketayap,kuih bakar, kek batik, nasi lemak, mee goreng, kurma dan macam-macam lagi. Nikmat sungguh.Selain booth Malaysia, ada juga booth dari Somalia, Indonesia dan China. Mat saleh pun banyak u olls. Pandai depa makan nasi lemak. Hahaha.

Free of charge. Tafsir Quran dan Amalan doa seharian. =)

Seronok bila tengok ramai kiwis yang tertarik untuk tahu lebih mendalam tentang Islam.Siap sign up 'I want to know more about Islam' sheet lagi.Ada juga yang dilihat memegang tafsir Quran. Moga terbuka pintu hati depa untuk memeluk agama Islam. I saw a few mat saleh yang berjubah dan berserban. Konfius sekejap. Oh. Mualaf. Ada one little NZ girl ini excited show off kertas yang tertulis namanya dalam tulisan jawi. =)

Yang paling penting, Islam diterima secara meluas kat sini. Tiada sebarang diskriminasi. Tiada sebarang penindasan terhadap komuniti Islam.Siap ada masjid lagi.Dan aku perasan kebanyakan muslim di sini adalah yang berkulit hitam. Yang berkulit sawo matang pun ada. Ni haa..student Malaysia. Muka semua sepesyen.Hahaha.

p/s : Tiba-tiba teringat cerita My Name Is Khan.

FB, birthday dan al-fatihah

Ok.Fine.Sekarang Ika pun dah mula ada facebook.Dari dulu lagi dia nak buat tapi aku tak kasi.Mampuih kalau ada FB, memang tak siap la kerja rumah. Sekarang, aku tak boleh nak control dia sebab aku kat sini. Tup tup semalam Bang Cik bagi tahu yang Ika dah ada FB. What to doooo..

Aku macam kenal baju yang dia pakai dalam profile pic. Ok. Itu baju aku T_T. Berapi juga time tengok. Tapi, bila fikir balik, baik dia pakai baju yang aku tinggal kat rumah tu. Lagipun, kalau tak pakai, rosak macam tu ja. Halalkan je lah. Adik sendiri. Bukannya orang lain pun.

Dalam adik beradik, mesti ada satu sense of rivalry. Kalau yang sama jantina, mesti akan ada rasa tak puas hati. Hang tak boleh lebih dari aku. Mana aci hang dapat, aku tak dapat. Haa..macam tu lah. Kalau dengan adik yang lain jantina, ok pula. Macam kes aku ni lah. Kalau Ika bergaduh dengan Bang Cik, for sure aku back up Bang Cik. Heh. Kalau keluar pekan pun, aku ajak Bang Cik je. Ika pula mula la tarik muka sebab aku tak ajak. Hahaha. Saja ja mengusik macam tu. Last-last aku bawa dua-dua juga.

Selamat hari jadi buat blogger yang gilakan kucing, si Tedi. Moga panjang umur, murah rezeki.Aku ingat nak kasi kucing NZ kat ko. Kucing kat sini semuanya montok-montok dan tak berbunyi. 2 kali ganda besaq kucing kat Malaysia. Tapi itu angan-angan jelah. Aku hanya mampu memberikan ciuman hangatku sahaja dan gambar diatas untuk koleksi peribadi ko. Nah. Muaaaaahhh!

Setiap yang hidup pasti mati.Hari ini cukup 10 tahun mama pergi meninggalkan kami empat beradik. Moga arwah mama tenang disana. Mohon jasa baik semua reader untuk sedekahkan al-fatihah buat arwah Azizah Binti Haji Abdul Rahman.

Friday, April 23, 2010

Gulai ikan lulus!

Hahaha.

Gulai ikan aku pedas kaw kaw punya. Padahal aku blend cabai melaka 2 biji ja. Puas hati la makan gulai buatan sendiri. Housemate pula pakat telan tanpa banyak komen.Kira ok la tu.Wohoo. Cuma Wan ja terkejut aku letak kayu manis sampai satu batang.Dia kata tak pernah dibuat orang. Hahaha. Mana la aku tahu. First attempt kot.

Esok nak pi Islamic Art and Cultural Exhibition kat Kilbirnie. Ky jaga booth makanan. Heh. Bab makan, laju ja kan. Ye lah. Bukan senang orang nak jual makanan halal kat tapak expo. Selalu kalau pi festival, selalu ja terpaksa kuburkan niat, matikan rasa untuk beli makanan. Semua tak halal. Kali ini, boleh balas dendam. Ngehngeh.

Weyh. Aku dah menang first bidding kat trademe. Hahaha.

First attempt buat gulai ikan.

Hari ini i masak gulai ikan. Ehem ehem ehem. First attempt yang nampak macam berjaya dari segi warna dan presentation. Dari segi rasa, aku tak try lagi. Nak tunggu housemate yang lain balik, baru nak makan sekali dengan dorang. Nak tengok apa reaksi depa bila telan gulai ikan aku. Hahaha.

Terima kasih kepada Mesra.net kerana menyediakan resepi gulai ikan ini. Aku cedok resepi dari website ja. Kalau harap nak buat sendiri tanpa refer pada resepi, memang sampai malam esok tak siap. Aku memang alergik dengan santan. That's why kalau ada masak pakai santan, aku prefer orang lain yang masak.Tak reti nak bajet banyak mana santan nak bubuh. Ini pun aku pakai taram letak ja. Ish. Bantai la labu. Janji ada colour gulai. Heh.

Ok. Komen tentang rasa akan diupdate selepas ini. Sorry gambar tak ada. Ampa imagine sendiri ja la naa.

p/s : Lepas ini, boleh buka lagi satu blog la. Blog masakan Insan tinggi. Hehehe.

p/s/s : Gulai dengan kari sama je bagi aku. Gulai lebih sinonim di belah Utara, manakala kari di sebelah Selatan. Mungkin la.

Thursday, April 22, 2010

Cucuk lagi!

Last time aku kena cucuk waktu aku derma darah untuk Pak Chaq. Hari ini, aku merelakan diriku untuk dicucuk lagi. Uni Hall buat free vaccination shot untuk preparation winter. Ye la. Time winter memang senang kena demam sebab cuaca sejuk. Kalau bagi yang tak tahan, memang boleh demam berminggu-minggu.

Actually, ini kali kedua dorang buat free shot. First time kat campus last month. Kali ini kat Uni Hall pula. Dulu aku ragu-ragu juga nak amik shot ni. Macam-macam cerita keluar. Tak boleh ambil sebab bahan yang digunakan dalam vaccine ini meragukan. Itu kata orang la. Bila aku dengar, memang ada sedikit keraguan nak ambil. Tambah pula yang cakap tu memang expert dalam bab agama.Tapi, bila fikir pasal kesihatan diri, baik ambil je. Kalau kita yakin, kita ambil. Kalau ragu-ragu, better jangan.

Disebabkan aku left handed, nurse tu cucuk belah kanan.Sekarang dah terasa sengal-sengal dah.Ada yang sampai demam-demam after ambil shot ni. Hope effect inject ni tak teruk la kat aku. I'm strong babeh.

Susah hati

Bila kita susah hati, semua serba tak kena. Semua benda jadi kelam kabut. Aku kalau susah hati, memang tak senang duduk. Dah berkali-kali orang pesan jangan gelabah sangat, cool down. Ok. Aku cool down kejap. Kejap je la. Lepas tu, fikiran melayang entah ke mana. Selagi benda tak setel, selagi tu aku gelabah ayam. Baca buku pun, duk ulang ayat yang sama berulang kali. Memang tak dapat fokus.

Solution yang paling bagus untuk merawat susah hati ialah :

1) Tidur dengan harapan time bangun, hati dah dibasuh untuk tidak berasa susah hati lagi. Macam reset mode.

2) Makan keropok banyak-banyak sambil layan movie.

3) Banyakkan ketawa berdekah hahahaha dengan harapan masalah tu akan hilang.

4) Talk to somebody yang you trust on. Mengadu la semua benda dekat dia.

Ok. Itu tips untuk merawat susah hati ye kawan-kawan. Nanti saya buat tips lain pula. Toodles.

Wednesday, April 21, 2010

Gatal banyak

Since datang sini, badan selalu gatal-gatal. Bukan gatal sikit, tapi banyak.

Banyak assumption yang dibuat :

1) Perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan kulit kering seterusnya gatal.
2) Kerap mandi air panas leads to kulit kering dan gatal.
3) Maybe katil ada hama.
4) Terlalu jarang mandi, kuman banyak sebab tu gatal dan garu.

Solution :

1) Tahan gatal tu. Jangan sesekali garu takut berparut.
2) Sapu lotion every night untuk mencegah kulit dari kering.
3) Pakai butter cream untuk hilangkan gatal.
4) Kalau tak tahan sangat, garu jelah. Berparut, tanggung sendiri.

Aku buat yang number 4 tu je. Memang susah nak tahan diri dari tak menggaru sana sini.Sorry to say la beb. Lengan kiri kanan dah berparut akibat suka menggaru. Masih ada yang sudi ambil wa jadi awek ke?

Carikan calon untuk aku.

Serius dah mula addict dengan Adamaya. Bangun pagi je, mesti buka website tv3. Aduyai.Memang penangan betullah. Bila tengok cerita tu, mesti senyum sorang-sorang.

Best kan bercinta lepas kahwin? Hehehe. Zaman tok naduk dulu, perkahwinan mostly diaturkan oleh family. Even arwah parents aku pun, tok aku yang jadi match maker. Kira berjaya jugalah plan tok aku sebab arwah mama dan abah dapat 4 orang anak. =)

Zaman dulu, perkahwinan yang diatur tu masih praktikal. Sekarang ini, masing-masing kahwin dengan pilihan sendiri. Betul tak?

By the time umur nak masuk 30, kalau tak ada calon lagi, I nak suruh tok carikan untuk I la.Ihihihi (gelak mengada).

Tuesday, April 20, 2010

Good grade really matter.

Baru je hantar assignment, dah dapat dua lagi assignment baru. Aduyai. Memang tak kasi chance gua bernafas dengan tenang langsung. Yang pasti, carry mark untuk new assignment lagi banyak dari yang sebelumnya.

Hari ini juga semua dah sibuk kutip balik assignment yang lepas. Masing-masing dah tahu grade. Aku? Tak ada guts lagi nak ambil. Tunggu esok lusa baru nak ambil. Bukan apa. Aku ni tengok depan memang cool, rilek. Tapi sebenarnya aku takut bila mai bab grading ni. For sure semua nak dapat A. Cuma aku fikir balik, layak ke aku nak dapat grade cemerlang macam tu? Takut untuk meletakkan harapan yang tinggi.Tapi at the same time, dalam hati memang mengharap dapat grade yang bagus.

Kadang-kadang rasa menyesal pun ada. Biasalah. Manusia memang macam ni. Selagi tak kena pada batang hidung sendiri, selagi tu lah tak ada kesedaran. Macam aku ni. Even dah berpuluh kali remind diri sendiri untuk usaha bersungguh-sungguh, kadang-kadang di tengah jalan, tergelincir juga. Bukan tak bersyukur dapat peluang belajar kat sini. Cuma kadang-kadang, bila mai angin malas belajar tu, memang tak kira tempat dan waktu.

Belajar kat oversea ke dalam negara ke, sama saja. Serius. Oh. Btw, congratulations to all A achievers! For those yang dapat B dan C, you still got time to improve yourselves. Jangan putus asa. =)

Mengharapkan hari esok lebih baik daripada hari ini.

p/s : Berdebar pula nak ambil result esok. Isk.

Trademe

Salah satu kegemaran pelajar TESOL IPSAH kat sini ialah melayari trademe. Trademe ini ialah laman web yang menawarkan perkhidmatan bidding untuk semua jenis barang. Dari perkakas rumah sampai ke sotong kering pun dijual. Ala-ala macam bundle juga. Cuma online dan kita yang bid untuk barang tu. Ada sesetengah item itu first hand. Ikut nasib la. Ada yang worn once, ada yang dah berkali-kali pakai pun dijual juga.

Kalau dah namanya perempuan, mesti tengok kat clothing ja. Tak tengok kat benda lain dah. Ada sesetengah barang tu, kita boleh dapat bawah 10 dollar. Memang berbaloi. Aku tak pernah beli apa-apa lagi dari trademe ni. Tapi, berdasarkan pengalaman kawan-kawan, ini antara barang yang diangkut dari trademe:

1) Handphone
2) Beg prada
3) Jacket,sweater,cardi dsb.
4) Puffer
5) Perkakas dapur
6) Gitar

Boleh addicted tau kat trademe ni --> aku la tu. Even tak beli apa-apa pun lagi, tapi kat dalam watchlist dah berderet (rujuk gambar di atas). Duk aim itu ini, tapi tak berani bid lagi. Tunggu dekat-dekat dengan closing hour baru nak celapak bid. Itu pun kalau rasa macam berbaloi beli.Hahaha. Demand barang kat trademe ini pun boleh tahan tinggi. Ada sampai beratus-ratus dollar even secondhand. Maybe sebab jenama kot.

Wa dah cakap. Lu tak percaya kan? Sekarang, tengok sendiri. Highest bidding setakat semalam ialah $39,750 NZD untuk sepasang kasut pengantin. Telan ayaq liuq ja la tengok amount banyak tu.Sesetengah item, seller yang tetapkan starting bidding. Macam yang atas ni haa. Tak ada maknanya orang nak bid sampai mahal macam tu. Baik beli kat kedai terus.

Dulu, aku ada aim satu hooded jacket kat trademe. Mula-mula aku bid 4 NZD je. Dah sedap tengok tak ada orang bid lagi tinggi. Sekali, lagi 2 jam nak close bidding, terus mencanak naik bidding sampai 21 NZD. Teruih tak bid dah. T_T

Your apologize is accepted

Bila cinta lama datang menyapa, hati mudah terusik. Teringat balik kenangan lama. Oh. Sungguh manis. Time tu semuanya indah belaka. Pijak semut pun tak mati. Janji sehidup semati. Siap hafal lagi nama ahli keluarga you. Ye lah. Bakal jadi keluarga I juga nanti.

Tapi, kusangkakan panas di tengahari, rupanya hujan di tengah malam (ini peribahasa aku bantai sendiri) Bila you buat bodo je kat I, I memang sakit hati. I call, you tak angkat. I message, you tak reply. Tak tahu apa yang tak kena. Last-last you minta clash. Aduh. Sakit gila kot. Time tu, dengar lagu Farah, Tangisan Dalam Kerinduan. I rengah macam apa lagi. Tersedu sedan. Hidung tersumbat sebab you. Sampai hati you tinggalkan I. Huwa!

Dah dekat 5 tahun, you tiba-tiba hantar message sorry. Heh. Terkejut gila kot dapat message you. Biaq betoiii!! 5 tahun dah you. Entahlah. Kalau fikir balik, memang sakit hati. Tapi, malas la nak serabut kepala otak. Lagipun you sekarang pun dah ada awek baiiiik punya. I dah tak berdendam apa-apa dengan you. Yang lepas tu, lepas lah. Tak payah difikirkan. Kawan tetap kawan. Your apologize is accepted. =)

Geli pula guna 'I' , 'you' dalam entry ini. Hahaha.

p/s : Rengah = meraung

Monday, April 19, 2010

Awalnya gelap!

Sekarang, hari cepat gelap. Malam lebih panjang daripada siang. Bayangkan je lah. Kalau kat Malaysia, pukul 5.30 petang, matahari still pacak atas kepala. Siap boleh main bola sepak kat padang lagi. Tapi, kat sini, pukul 5.30 petang dah start gelap. By the time pukul 7 petang, dah gelap gelita macam pukul 12 malam kat Malaysia. Kedai pula dah start tutup awal.

Every Monday kelas aku sampai pukul 7 petang. Hari ini kira ok lagi. Sebab kadar kegelapan boleh diconsider manja-manja. Tak gelap sangat. I wonder how dark it would be in two weeks ahead. Nasib baiklah ada Mes dan Farid yang balik on the same way dengan aku. At least tak adalah rasa takut sangat jalan sorang-sorang dalam gelap.Dan kadar kesejukan tu tak payah cakaplah. Ketar satu badan. Jalan pun dah macam kartun. Laju semacam sebab nak cepat sampai rumah.

Jadual solat pun dah lari jauh. Pukul 12.30 tengahari dah Zohor, Isyak pula pukul 7.11 malam. Memang rasa awkward gila sampai kadang-kadang tertinggal waktu because still terbawa-bawa time solat kat Malaysia. Sekarang, dah boleh adapt sebab pasang software azan dekat laptop. Setiap kali masuk waktu, azan berbunyi. Oh. I miss azan kat kampung.

p/s : First time dengar azan kat laptop, aku menangis. Sayu oh.

p/s/s: Entry ini dipublish pada pukul 8 malam waktu Wellington.

Adamaya

Masuk blog ini cerita pasal Adamaya. Masuk blog orang itu pun cerita pasal Adamaya. Best sangat ke? Disebabkan aku bosan semalam, saja gatai register jadi member tv3. Sebelum ni tak pernahnya berjaya register.Ada je problem. Semalam elok pula.

Wah. Internet semalam laju. Tengok catch up tv3 online pun tak ada sangkut-sangkut. Best juga Adamaya ni. Lisa sangat comel. Tambah-tambah time dia start menjeling kat si Adam tu. Adam pula so sweet. Hish. Mamat arab ni silap dah kahwin je. Kalau tak, mesti ramai yang tergila-gilakan dia.

Ok. Aku dah mula addict dengan Adamaya. Nak pi sambung tengok lagi ini. Hehehe. Oh. By the way, hari ini dah start sem balik dah.Rutin harian sebagai seorang pelajar universiti sudah kembali. Mari bergelumang dengan buku tebal!

Sunday, April 18, 2010

Contest Hangit by Arieza


"Dulu pak cik botak (gambar kecil). Tekanan oh. Ye la. Tak dak sapa pun mau kat pak cik. Lepas pakai produk dari Yun Nam ni, rambut pak cik tumbuh bagaikan cendawan. Lebat gila. Ish. Pak cik suka sangatlah. Tu yang renyih sakan dalam gambaq ataih ni. Psst..awek pun dah ada. Ehem ehem ehem."

Hahaha.Gambar ini diambil waktu kami buat photoshoot untuk drama presentation.Actually, mangsa di atas dipaksa untuk pakai wig sebab dia botak. Kami saja nak pekena dia. Dia pula dengan sportingnya melayan permintaan kami. Oh. Sungguh comel kan. Ihihihi.

Aku dapat tahu contest ini dari Hans.

Kepada semua, mari kita join contest yang dianjurkan oleh Arieza. Contest Hangit by Arieza. Just perlu letakkan gambar seseorang yang tengah di prank kan dan buat satu caption paling kelakar. Lagi satu, link kan banner contest di sidebar blog korang sepanjang tempoh contest berjalan.

Hadiah yang ditawarkan pun lumayan. Semua barang dari London. Wow. I loike.Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah :
  • Hadiah pertama - T-Shirt bertulis/berlogo London/Oxford
  • Hadiah kedua - London Fridget Magnet & London Keychain
  • Referrer terlaris - London Keychain
  • Saguhati - Mungkin ada, mungkin tak ada, bergantung kepada sambutan
  • Raja/Ratu Vote - Untuk entry yang menang vote paling banyak. Tapi, masih dalam pertimbangan penganjur.
Tarikh tamat penyertaan adalah pada 11.59 malam, 7 May 2010.

Sunday Market

Baru balik dari Sunday Market. Muka bersinar-sinar dapat beli ikan takahiri dengan harga 10 dollar untuk 4 ekor. Kat sini kalau nak beli sayur, baik tunggu hari Ahad. Ada market yang jual macam-macam jenis sayur. Time ni lah penguasaan bahasa Inggeris tentang nama-nama sayur diuji. Aku pulak bukan ketahuan sangat rupa sayur bayam,sawi,kailan dan salad. Bagi aku,semua nampak sama ja.Kalau kangkung memang aku kenal sebab selalu kutip kat tepi paya rumah tok. Sayur lain, I memang fail.

Oh. Kat Malaysia sekarang baru pukul 9 pagi kan. Kat sini dah pukul 1 petang. It's time for me to masak-masak. Menu hari ini ialah ikan takahiri bakar bersama air asam dan sayur kubis. Nom nom nom.

Saturday, April 17, 2010

Janda berhias

Kami tengah makan pizza. Tiba-tiba terkeluar pasal janda berhias.

Gadis cun 1 : Janda berhias ni yang suka melaram tu kan?

Gadis cun 2 : Eyh.. Tak la. Janda berhias ni yang cerai tapi tak sempat buat lagi.Kira macam virgin lagi la.


Gadis cun 3 : Ha? Biar betul. Tak buat lagi? Bukan janda berhias ni yang suka melaram tu ka?

Gadis cun 2 : Bukanlah. Dia tak sempat buat lagi dengan husband dia.

Gadis cun 1 : Ooo. Macam mana kita nak tahu dia tu janda berhias ke tak eyh? Mustahil lah kahwin tak pernah buat before cerai.

Gadis cun 2 : Alaa..Kalau husband mati before malam pertama, janda berhias la tu.


Hahahaha.Apa pendapat korang tentang janda berhias? Ke janda berhias ni yang bercerai time tak ada anak lagi? Still confuse lagi ni.


Ini janda ke janda berhias?
-Sekadar gambar hiasan-

Student ID

Ini student ID kami kat sini. Simple je kan. Ini bukan setakat ID card, tapi berfungsi juga macam debit card. Available amount dalam card ni waktu first time kami dapat ialah $5 NZD. Kalau duit dalam card dah habis, kita boleh topup dengan transfer duit dari account bank ke dalam card ni. Ini memudahkan kami untuk photostat buku dsb. Tak perlu bawa cash. Main swipe-swipe je. Servis photostat pun kena do it yourself. Dan mesin photostat kat sini pun dah diset up dengan mesin swipe card. Kiranya kalau nak photostat, kena enter student ID dulu, baru boleh guna. Orang luar takkan senang-senang dapat guna servis kat Uni ni.

Lagi satu kegunaan ID card ni is kami boleh masuk Uni bila-bila masa. Kami dapat privilege 24 hours access. Just touch this card dekat scanner tepi pintu Uni dan pintu pun terbuka. Wah. Feeling macam masuk unit perisikan pun ada. Hahaha. Silap tak ada fingerprint scan ja.

Walaupun Uni kami tak cantik macam Massey Uni, tapi kemudahan yang ada kat sini tip top. Cukup puas hati. Bersyukurlah z@ck.

Friday, April 16, 2010

Pantang nampak SALE

Baru balik dari town. Asalnya nak cari baju I Love NZ untuk 4 orang yang menang contest 30999 tu, tapi alih-alih jumpa benda lain dulu. Aku memang pantang nampak sale 50% off ni. Cerah ja biji mata ni. Kebetulan Farmers ada buat 4 days sale untuk semua item. Tudiaa..Masuk ja building Farmers, kiri kanan tag 30%, 50%.

Aku dah lama pasang niat nak beli jacket. Dah banyak kali datang Farmers, tapi tak pernahnya nak turun harga. Hari ini kira langkah kanan la. Jangan main-main. Cek kat sini muat pakai baju saiz children. Ehem ehem ehem.Kalau diskaun, kat bahagian children sampai 50% off.Kat bahagian adult tak ada pula sampai banyak tu. Alang-alang dah muat saiz budak-budak, aku rembat je lah. Wah. Terasa diri sangat kecil bila muat pakai baju kanak-kanak. Muahaha.

Jacket saiz 12.

Sweater saiz 12.

p/s:Kan best kalau kat Malaysia pun dapat muat saiz kanak-kanak T_T

Next target - Bungy di Queenstown.

Masih terbayang-bayang lagi memori bungy jumping hari itu. Setiap kali terbayang, mesti tangan dan kaki berpeluh.Lutut tiba-tiba diserang parkinson.Sejuk satu badan.Adrenaline rush!

Nah, aku dapat link ini dari Ada, klik sini untuk sama-sama merasai pengalaman bungy jumping tertinggi di dunia, di Queenstown pada ketinggian 134 meter. Macam ni lah aku rasa time kat Rotorua tu. Cuma aku tak ada la menjerit suruh orang kat situ senyap. Emosi masih boleh kawal. Kalau aku jadi Emma, aku pun hesitate nak terjun ke tak. Tinggi tu. Time aku buat hari tu 43 meter ja. Itu pun dah separuh mati menjerit. Kalau buat yang ni, 3 kali ganda tinggi, konfirm seminggu tak ada suara.Silap-silap boleh ganti Black Mentor buat show.

Kalau pergi Queenstown, at least mesti cuba satu daripada aktiviti ini :

1) The Nevis Arc (The World's Highest Swing) = $ 170 NZD
2) The Nevis Bungy (134m) = $ 250 NZD
3) Kawarau Bridge Bungy (43m) = $175 NZD
4) The Ledge Bungy = $175 NZD
5) The Ledge Sky Swing = $ 120 NZD

Untuk pak hartawan dan dermawan boleh la nak try semua jenis bungy dan swing. Eden mana mampu. Duit scholar cukup-cukup makan ja. Kena start kumpul duit ni. Queenstown ada salji weyh =) . Untuk gambaran lebih jelas, sila ke official website AJ Hackett Bungy, di sini.

Thursday, April 15, 2010

Senget manja

Bosan buat assignment, aku buka FB.Tengok balik gambar yang kawan aku tag. Heh. Baru perasan yang aku ada satu tabiat suka pose senget-senget macam ini. Pergh. Bukan satu dua, malah berpuluh-puluh gambaq pose senget. Kepala lentok manja, kaki mesti silang. T_T Ada orang suka buat peace, suka jelir lidah. Ni ha..aku suka pose senget manja.Geli perut dengaq perkataan manja tu. Hahaha. Manja ke?

Kalau lu tengok gambar wa, memang langsung tak nampak rock. Semua stock 'manja' der. Serius. Siapa cakap aku rock lagi lepas ni, aku sekeh kepala. Hahaha. Wa perempuan sejati yang dalam hatinya ada taman.


Pengaruh senget manja tersebar apabila statement ni keluar kat facebook,
"Kami tiru gaya Zack" T_T

Rajin baca buku

As requested by some readers, meh nak cerita sikit macam mana cara belajar kat sini.

Sebenarnya, kalau nak compare dengan Malaysia, tak banyak beza pun. Tertiary level yang semua orang tahu memang banyak bergantung pada self-learning a.k.a independent study. Macam course aku ni, untuk this sem aku ambil 3 subjek. 2 subjek major dan 1 subjek minor. Mostly, kelas aku in the afternoon.Kuliah kat sini sama ja macam U kat Malaysia, cuma kedatangan tak diambil. I mean tak ada attendance sheet yang kita kena sign untuk sahkan kehadiran kita. Kita bebas pilih whether nak datang or tak. Mungkin ini yang berbeza dengan Malaysia.

Dari segi participation dalam lecture pula, aku lebih suka senyap dari menyampuk. Rasa inferior tu memang ada sebabnya kami minoriti, dikelilingi mat saleh. Memang berat sikit mulut nak bagi opinion. Kalau disuruh, baru nak bagi. Tapi, ada juga Malaysian yang aktif bercakap dalam lecture which is good. Seating pula, ada yang suka duduk dalam clique sendiri. Ada yang bercampur dengan mat saleh. Tak semua mat saleh ringan mulut der. Ada juga yang suka senyap je all the time. Depa pun sama ja dengan kita.

Tapi, time tutorial, it is a must for you to come sebabnya time tutorial la time paling berguna untuk hang ada close interaction dengan tutor masing-masing. Dalam satu tutorial, paling max pun dalam 20 orang. Memang kalau hang tak mai, tutor boleh tahu la.Time ni, baru rasa ringan mulut nak bercakap sebab group kecil. Memang comfort zone la.

Bukan nak puji mat saleh ke apa, tapi aku respect dorang sebab dorang rajin mentelaah. Even time tunggu nak masuk lecture hall pun, dorang boleh lagi selak-selak note. Kita? Ha..Lu pikir la sendiri. Maybe itu dah menjadi budaya mereka. Aku try buat benda yang sama dan rasa awkward gila. Rasa macam ulat buku@skema@geek. Hahaha.

Macam dah panjang pula aku membebel. Nanti aku sambung episod kedua ok. =)

Wednesday, April 14, 2010

Segan tu sama erti dengan malu.

Makin lama,makin ramai yang tahu tentang kewujudan blog aku ni. Dulu bajet dapat la nak sembunyi dari family. Sekali Bang Cik tinggal jejak kat shoutbox. Teruih rasa macam nak tutup blog. Sampaikan long lost cousin pun dah mula tahu pasal blog ni. Saya malu lah.Ceruk mana depa jumpa pun aku tak tahu.Isk. Tobat kalau jumpa depan-depan, rasa nak pakai plastik hitam tutup muka. Undercover. T_T

Aku malu sebab url aku tak boleh blaaaahhhhh. Rasa nak tukaq ja. Heh. Disebabkan url ni juga la semua duk ingat aku still dengan Faiz. Huhu. Tu la. Dulu tak beragak nak bubuh url. Sekarang baru nak menyesal. Hurm, dah lama aku tak dengaq khabar dari dia. Last contact pun sebulan lepas through skype. Lepas tu dah tak dengar cerita dah. Friend request kat FB pun dia tak approve.Ingatkan bolehlah jadi stalker dia.Muahaha.Jual mahal betoi dia la ni. Harap-harap dia sihat walafiat.

Aku bertambah segan bila ada yang mai menyapa lepas tu duk buat review pasal post-post aku yang dulu. Segan oh. Aku hanya mampu renyih dan sempat berpesan, "Lepas ni,kalau masuk blog aku, jangan lupa klik nuff tu ek" Hahaha. Sekarang ni pun semua dah slow down aktiviti meng klik sebab nuff dah bagi warning. Apa-apapun terima kasih nuffnang sebab still naikkan bilangan buffered earning di blog ini. I lap u lebih la nuffy nuffy.

Psst..jangan tertipu dengan url blog ok. Dongengan semata.

I was there

Turangi.

Walaupun berhenti kejap je untuk makan dan solat, memori itu tetap ada. Kat sinilah Kak Jenny kena tegur dengan manager I-Site sebab kami basahkan lantai toilet dorang. Heh. Nak buat macam mana. Dah nama pun ambil wudhu', memang akan basah. So sorry manager.

Massey University, Palmerston North

Sumpah aku jealous dengan U ni. Dalam U ada sungai beb. Nasib baik cetek ja sungai dia. Kalau tak, dah lama aku buat kuak lentang. Hehe. First time jejak kaki kat Palmy, sudah jatuh cinta dengan persekitarannya yang sangat cantik. Subhanallah. Kalau nak picnic, tak payah pergi jauh-jauh.Dalam U pun dah boleh hampaq tikaq, baling-baling frisbee sambil berkelah. Isk. Kenapa VUW tak macam tu? Pokok dia pun dah menunjukkan tanda-tanda autumn. Kat Welly tak nampak obvious sangat.

Erk. Motip? Nak tunjuk pokok kat belakang tu. The leaves had turned into brown yellowish colour. It's falling babeh. It's autumn. Ihihihi. Photoshoot baling-baling daun telah berlaku disini. Pose tak nak kalah. Habis manja la tu. Heh.

Kiwi Paka, Rotorua

Tempat penginapan sepanjang kami berkampung di Rotorua. Kemudahan yang sangat lengkap dan bilik ayaq dia lawa oh. Macam hotel.

Lake Taupo

Berhenti kat sini untuk ambil group photo. Panjang sungguh tasik ni. Banyak couple datang sini untuk dating. Tempat ini ibarat macam Gurney drive. Ada banyak kedai makanan on the other side. KFC pun ada. Gila tergoda bau ayam. Sabar jelah.

Ok. Nanti I letak gambar cantik-cantik lagi ye.

Tuesday, April 13, 2010

Tekanan emosi

"Kenapa tak online???

Wa rindu sama lu. T_T.

Wa tension buat assignment ni. Wa nak ngadu sama lu. Ah. Wa tak kila. Lu kena online sikalang juga! "

Harap maaf. Penulis mengalami sedikit tekanan emosi gara-gara assignment Linguistic yang harus disiapkan dalam tempoh kurang dari 7 hari. Tolak makan, tidur, tengok tv,blogging, facebooking, tinggal 2 hari saja ruang yang ada untuk perah otak.

Kenapa perlu assignment? Ku rela test lagi.Tsk.

Nah! Amik hang. Tension punya pasai.

Penangan Maggi Ruski

Klik untuk tumbesaran

Bila kredit tak ada, FB la penyelamat keadaan. Gila kempunan nak makan maggi Ruski sampaikan sanggup pesan dari Malaysia. So far, aku tak pernah jumpa lagi brand tu kat sini.That's why bila stock Ruski dah habis, meroyan tak tentu hala sekejap. Rasa tak lengkap hidup.Nak kena ada juga tomyam Ruski. Bab sakit perut tolak tepi dulu.Janji nikmat makan tu mesti ada.

I waktu siang makan nasi, petang sikit telan coklat dan keropok, malam pula makan maggi. Sungguh sihat. T_T Sungguh jealous dengan orang yang dapat maintain badan kat sini. Susah oh nak kawal pemakanan. Cuaca yang sejuk membuatkan nafsu makan di tahap kritikal. Akibatnya, peha semakin mengembang. Huduh gila. Tak seimbang badan aku. Isk.Aku cuba untuk melawan nafsu tapi gagal.

Bak kata Syamel, time makan tak ingat dunia. Bila berat badan naik, mulalah nak salahkan penimbang. T_T

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached

Naifnya pemikiran aku apabila ber inferens, jika ada komputer, maka ada internet.

Inferensku terbukti terpesong apabila setiap kali aku buka application Internet Explorer di pc jiranku, perkataan ini akan keluar 'Sorry, your page cannot be displayed. Please check the internet connection bla bla bla'. Apasal tak boleh? Ini bukan komputer namanya kalau tak ada internet! Bersungguh-sungguh aku marah. Sekali jiran aku bagitahu yang internet kena pasang asing. T_T Dari situ baru aku faham kalau nak pasang internet kena ada dial-up connection. Senang cakap, kena ada line telefon. Baru ada internet nya. Baru tak keluar statement merah kat atas tu.


Bila teknologi makin canggih, dah tak payah pakai kabel telefon dah. Orang pakai wireless pula. No strings attached! Lebih senang macam ni sebabnya kita bebas nak usung laptop kita kemana saja untuk online. Tak perlu attach dengan kabel telefon dah. Wow.I loike. Bagi yang tak reti duduk diam tu, elok sangatlah pakai modem yang macam ni.Ehem.Merujuk kepada tuan punya blog.

P1 Wimax adalah salah satu pilihan yang boleh kita guna untuk internet surfing. Ala yang iklan potong, potong, potong tu. Hehehe. Senang saja. Just plug in device ini ke USB port, tunggu signal dan anda boleh main internet sampai lebam di mana saja anda suka. Dalam bilik, dapur, toilet, setor, anda tentukan. Wah. Apasal cakap macam promoter ni? Hehehe.

Lepas ni, mak cik boleh siram pokok bunga sambil blogging dan facebooking menggunakan P1 Wimax! Weehuu! No strings attached babeh. Time masak pun boleh update twitter selalu. Hoho.Mak cik suka sungguh lah!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Pakai tudung

Si Polan : Kau kat sana memang pakai tudung gak ker?

Aku : Ha'ah. Kenapa?

Si Polan : Bagus la kau. Banyak girl yang bila sampai oversea terus off tudung.

Aku : Oh. No komen. Depends kat individu tu sendiri la. Kita tak boleh paksa.

Aku sedar aku ada tanggungjawab untuk menegur. Tapi, silap caranya ada yang terasa hati pula. Susah.Memang aku fail bab nak menegur orang sebab aku rasa diri sendiri pun still tunggang terbalik, ini kan pula nak menegur yang lain. Ibarat ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Betul ke peribahasa ni?

Tok selalu pesan,

"Ingat sama dekat mama dengan abah. Jaga aurat.Jangan tambah seksa depa lagi dalam kubuq tu. Kesian kat depa."

Baiklah tok. Kadang-kadang manusia ini lalai termasuklah diri aku. Selalulah berpesan sesama kita. Ingat-memperingati amalan mulia.

Sunday, April 11, 2010

Dasar suka makan

Dasar suka makan. Ahli-ahlinya :

Mammamia yang makin comel. Handal memasak pajeri terung.

Ada, si tukang masak ayam kurma dan puding roti. Dia pun comel juga. Ihihihi.

Wan Z, ketua rombongan picnic. Ini super comel. Ihihihi.

Ky, tukang sponsor pinggan plastik.Masih solo.Anyone?

Nik, si pipi tembam. Tukang tanak nasi.

Neda, tukang buat inti karipap.

Zack, tukang blender sambal belacan. Ini paling hot.

Gambar diambil pada sesi picnic di Botanical Garden semalam.Super thanks kepada semua ahli yang menyediakan makanan yang super duper sedap. Lepas ni boleh buat lagi la picnic macam ni.

p/s : Perut ketat akibat makan mengikut nafsu. Ish ish ish.

Hatiku tetap padamu Kedah

Semalam aku bersemangat buka website RTM semata-mata nak tengok Piala FA. Tapi, line macam harom menyebabkan niat nak menyokong Kedah dari sini terpaksa dilupakan. Punya lama aku tunggu dia buffer, tak boleh-boleh juga. Last-last aku dah fed-up. Tutup terus laptop lepas tu tidoq.

Pagi ini buka saja FB, Tuan Syed inform yang Kedah kalah penalti lepas seri 1-1. Huhu. Kecewa. Tapi tak apa. Kalah penalti. Apa-apapun, ku tetap akan menyokong Kedah hingga akhir hayatku.Cewah. Yang penting penyokong Kedah tak bertindak ganas dan agresif. No bakar-bakar kerusi. Hahaha.

Untuk berita penuh sila klik sini.

Saturday, April 10, 2010

My favourite sport.

Aku ni nak kata aktif bersukan tu tak ada la sangat. Aku memang tak gemar turun exercise petang-petang. Seboleh-bolehnya aku akan elak dari turun jogging. Tapi time kat MRSM dulu, nak tak nak kena turun exercise juga time riadah. Kalau tak, kena marah dengan warden. T_T

Ini kisah dahulu kala ye. Bukan sekarang.Dulu aku minat sangat main badminton. Rasa bangga oh dapat jadi wakil SKSAT. Walaupun teruk kena hentam dengan budak siam dari sekolah lain, aku consider itu sebagai sweet moment ku sebab kalahku bermaruah. Ececey. Bakat semakin terserlah apabila sekali lagi terpilih untuk mewakili MRSM Langkawi ke peringkat antara sekolah di daerah Langkawi. Dan sekali lagi tewas di tangan budak siam. T_T Namun, itu tidak mematahkan semangat gua untuk terus giat memegang raket dan menghayun bulu tangkis seperti Datuk Lee Chong Wei. Psst..gua tak pernah miss tengok live game badminton kat RTM tau. Fanatik tak?

Lagi satu sport yang aku aktif dahulu kala ialah acara olahraga. Family aku cakap aku ni ikut arwah mama. Kuat lari. Semua acara melibatkan lari pecut aku masuk. Time sekolah rendah la. Mai besaq, dah pancit dah nak lari laju-laju ni. Siap jadi olahragawati sekolah dua tahun berturut-turut lagi tau. Ehem ehem ehem.Setiap minggu mesti 'away' dari sekolah pi kejohanan sana sini. Tapi, alhamdulillah. Dalam duk sibuk lari pecut merata tempat, 5A tetap dalam tangan. =)

Aku lebih sukakan sukan yang lasak dan extreme berbanding sukan yang memerlukan skill dan latihan yang berterusan. Feel dia lain sikit. Rasa sangat macho bila dapat buat sukan lasak seperti bungy, paintball dan water rafting. Ceh. Mentang-mentang dah pernah buat bungy, nak belagak pula kat sini. Hahaha.Berbanding dengan netball, gerak kaki sikit, dah kira fault. Tekanan. Huhu. Kalau orang tengok badan dan ketinggianku, mesti depa bajet aku player tegar netball tapi sebenarnya itu auta semata-mata. I'm not so good in netball.

Ha..kalau dah kuat bersukan ni, memang tak sah kalau tak berpeluh. Kalau tak pakai deodorant, sumpah kucing lalu tepi pun boleh KO kalau bau badan hang. So, disyorkan kepada anda semua untuk memakai produk penjagaan badan dari Adidas ni. Tak kira laki ka perempuan, semua boleh pakai. Baunya sedap dan segar. Bukan setakat deodorant, shower gel, perfume dan pencuci muka pun ada.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger