Online users

Follower

Sunday, May 31, 2009

Jangan ingat aku sex maniac

We get to know each other through internet and sometimes I read his blog and so do him.But it never come across my mind that we'll be having a heart to heart conversation last week.That conversation really makes me realize that I am a "zero-sex-knowledge" girl. I mean not so zero, but maybe only 40% of sex input in myself.

At first he keep talking about things that seems to have connection with sex even he did not say it directly, but I can sense his attempt to talk about it.Clearly, I am not happy with it.I start to feel uncomfortable and ask him not to talk about it.Discussing about sex with people you just get to know is not a good start in building a healthy relationship right? That's how I feel.

After 30 minutes sharing on stuffs like our interest and personal life, suddenly he asks me about my height and tadaaa..(his trademark) he shows my body proportion.I'm amazed on how he do it and of course, I feel like this guy is psychotic. Ya lah.That guy tahu your boobs, waist and hip size.But at the same time, I'm so conscious about his special ability, i would say, to give the accurate proportion.

Then, because of my consciousness, it leads to sex stuff.Douh! My bad.But, it's interesting to know things that you don't know. That is how I realize about my so-low input on sex.You don't have to be embarassed to talk stuff like that because somehow it helps you to understand better about your body.Even stuff like bra size, the A B and C thing, and how does it effect your life style and if you are wearing it at night during your sleep, it will leads to breast cancer, he knows better than me. There's still more.Terasa malu because as a girl you should know about it kan.Huhuhu.

My perception towards him totally change at the end of our conversation.He's not a kampung boy that likes to talk trash and 'kaki ayat perempuan' like others do.He's a nice guy.Dah ada awek da pun.So, memang dia tak ada niat nak menggatal.Just love to make friends.

Now I know a lot about sex.Wanna know some? Hahaha.

Kepada perempuan di luar sana, jangan takut untuk tahu tentang seks sebab 70% kes penceraian di Malaysia berpunca daripada ceteknya ilmu si isteri tentang seks dan tidak tahu nak melayan suami di medan ranjang.

Jangan jadikan diri anda salah satu daripada yang di atas ye.

p/s :Jangan ingat aku sex maniac pula ok.

Friday, May 29, 2009

Penting untuk maintain hot

Siaran langsung di Kelab Laguna Merbok yang indah permai ini.Disusuli dengan bunyi air kolam kebush-kebush di kiri kanan aku.Waah..Layan blues woo duk lepak-lepak kat sini sambil online.Suka-suka! Cuma kerusi dia agak keras.Sakit bontot ni haaa.

Right now still kat SP because tomorrow i'll be attending wedding ceremony kat rumah Syamel di Pendang.Bukan dia yang kahwin tapi abang dia.Excited nak pergi because I've never been in Pendang before.Kira this is the first time aku nak jejak kaki kat Pendang la.Let see if Pendang town can impress me or not.Hehehe.

Semalam aku pergi lagi buat treatment kat Ree'Sskin.Ouh God! Tuhan je tahu macam mana aku rasa time dia picit-picit muka aku tu.Yup.The same thing she did to me last few weeks.Before this aku ada cerita pasal tu, cuba klik sini. Memang aku tak mampu tahan lagi, terus menitik air mata aku.Giny macam tau aku menangis sebab sakit.Dia slow down sikit then few minutes later start ganas balik.Huhuhu.Sakit woo.

Sekarang muka aku banyak lekat parut picit tu.Belum surut lagi.Giny pesan jangan tidur lewat dan control habit makan.Huhu.Baik mak encik.Ikut perintahmu.Demi nak kulit cantik kan.Aku buat semua ni pun sebab dia.Dia yang nak sangat aku buat treatment ni. Biarpun dah clash, ku tetap juga nak buat semua ni.Penting untuk maintain hot.Barulah boleh suka-suka hati je nak reject orang kan.Hakhakhak.

Toodles! =)

p/s :Esok nak pergi kenduri , harap ada jodoh dari Tuhan ye Ada.Hehehe

Wednesday, May 27, 2009

Sekarang boleh seronok

Sedar tak sedar dah habis 1st sem.Huih..Banyak memori manis dan pahit aku dapat through this one sem.Sem kali ni tak sama macam foundation.Banyak bezanya.

Mula-mula daftar awal tahun, dorang cakap kelas rombak ikut complementary subjek.Aku and Kema amik Muzik as 1st choice.Wan,Ada and Elin pula ambil Math.Ky pulak ambil Literature.Memang kitorang separate habis la kali ni.Tak ada dah nak hu ha hu ha dalam kelas macam foundation dulu.

Z1C

Aku tak kisah kena campak kelas dengan sapa pun asalkan dorang tak cari pasal dengan aku.Syukur sebab dapat classmates yang memang gempak habis.Kaki gelak syaitoon semuanya.Hahaha.Tambah-tambah Farah.Hehe.Mak cik, jangan marah naa.Antara 3 kelas, kelas Z1C la paling rilek sikit.Pasal ambil muzik.Masuk bilik Muzik je, semua cam jakun main instrument.Hadoih la.First time woo dapat pegang macam-macam jenis alat.

Berkat usaha En.Zaaba mengajar muzik, aku rasa pencapaian terbaik yang boleh dibanggakan is TESOL's Night Dinner kat Cinta Sayang last few months.Kitorang came out with mini musical concert guna recycle material, percussion, recorder and gitar.Itu je yang termampu oleh kami.Tapi puas hati la.Even lagu tak boleh blah (children songs), ingat senang ke weyh.

Kepada semua kawan-kawanku, terima kasih sangat-sangat sebab banyak support aku, happy kan aku dan bawa aku jalan-jalan satu dunia.Hoh.Melampau la satu dunia.Hehehe.Aku akan rindu kamu semua cuti 3 minggu ni.Hukhukhuk.

Konfirm mati kutu aku duk terperap dalam rumah.Sapa-sapa yang nak keluar jalan-jalan kat Alor Setar, boleh call aku ok.Aku jadi tourist guide percuma.

Sekarang boleh seronok sebab nak balik kampung.Tapi esok lusa berdebar-debar tunggu call dari maktab.Aku tak nak repeat.Huh.

Special thanks to Wan,Kema,Ada and Ky yang banyak support aku time aku patah hati dulu.Aku sayang korang sangat-sangat! Muahx!!

p/s : Balik ni kena belajar masak.Untuk bekalan di hari tua.Hakhakhak.

Tuesday, May 26, 2009

Fikir pasal mati

Kamar Gantung di Penjara Pudu.

Semua orang takut bila fikir pasal mati.Macam mana dan bila kita mati pun kita tak tahu.Wallahualam.Tapi kau pernah fikir tak orang yang sengaja cari mati? Orang yang buat jenayah berat dan di hukum mati.

Aku tertarik nak cerita pasal benda ni lepas aku baca kisah si Tukang Gantung kat blog As . Kau boleh pergi blog dia dan baca true story pasal hidup si Tukang Gantung.Memang creepy bagi aku sebab dia ini umpama 'malaikat' yang cabut nyawa pesalah.Bila dia tekan je gear, zup terus mati.Tak adanya si mati nak menggelupur dulu dan minta tolong.Senang cakap pelaksanaan hukuman mati memang cepat dan tiada unsur penyeksaan langsung.Orang cakap tak baik seksa mayat kan.

Di Malaysia, kita memang depends solely on hukuman gantung as a way untuk jatuhkan hukuman mati.Tapi, di negara-negara lain, diorang ada kaedah yang berbeza.Meh aku kongsi maklumat ni dengan kau.Hasil google lan aku tadi :1) Hukuman Bakar Sampai Mati : Popular sebagai langkah deraan dan digunakan dengan meluas untuk kesalahan yang melibatkan kepercayaan yang bertentangan dengan org ramai (hertics) , mengamalkan ilmu sihir (witches), dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious woman). Hukuman ini yang terakhir berlaku di Sepanyol pada tahun 1834.

2) Roda : Boleh digunakan dalam pelbagai cara. Pesalah akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga pesalah mati.

3) Guillotine : Digunakan secara meluas smeasa revolusi Perancis menggunakan peralatan pemotong kepala yang menggunakan mata pisau (blade).

4) Gantung dan Garotte : Melibatkan pesalah digantung dengan tali untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah garotte pula merupakan teknik deraan yang mirip kaedah gantung.Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan tengkok pesalah, dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah.Mulut pesalah akan disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya.

5) Suntikan (Lethal Injection ) : Dijalankan dengan menggunakan 3 bahan kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak.Selepas itu, Pancuriom Bromida akan disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan.Akhir sekali Potassium Chloride akan disuntik dan jantung akan berhenti berdenyup.

6) Gas beracun : Pesalah akan diletakkan di dalam bilik yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik+potassium cyanide) yang dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin badan.

7) Kerusi elektrik: Dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi yang direka khas di mana pesalah dikehendaki duduk diatas kerusi dan badan serta kepala pesalah akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan kepada bekalan elektrik.

8) Tembak : Dilakukan oleh lima penembak tepat. Sebahagian daripada penembak tersebut akan diisikan senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak dketahui.

Aku rasa kerajaan Malaysia cukup prihatin pasal benda ini dan hukuman gantung tu the best way berbanding dengan kaedah yang lain.Sebab kalau kau ushar balik, semua lebih kepada penderaan sebelum kematian.Dalam Islam kita tak boleh menyeksa mayat bukan.Tak kira la bangsa apa pun, kita mesti tak suka torture-torture ni.Tak baik tau even pesalah tu buat jenayah besar mana pun.Kalau nak bagi mati, bagi mati terus.Kan senang kerja.

Nasihat aku, jauhilah jenayah berat kalau tak nak kena hukuman gantung.Peace no war.

p/s : Dulu time aku kecil, ada rancangan kat TV3 tajuk 'Tirai Besi'.Takut wooh..

Monday, May 25, 2009

Aku sanggup pergi CS cari aircond

Rasa sengal tak if tempat kau tak ada elektrik, tapi kau boleh rilek je duk dalam bilik.Bajet sauna free la kat maktab.Ouh no no no.Aku sanggup pergi CS cari aircond.Mesti kau cakap,

' Eleh, ni baru panas dunia.Belum panas neraka lagi' . Sambil buat muka sinis. (T T)

Hek eleh.Yang cakap tu pun sama je.Tengok-tengok kau sampai CS dulu dari aku.Hahahaha.Caca merba sungguh.Whatever.

Tunggu bus kemain lama lagi.Basah ketiak aku.

Hari jumaat kitorang dipenuhi dengan aktiviti yang sangat menyihatkan.Maklumlah dah habis exam.Kepada sesiapa yang belum tamat exam, sila jealous sekarang.Hentak-hentak kaki cepat.Hehehe.

Aktiviti 1 : Tengok wayang. Kitorang split movie.Aku dan Ada tengok Syurga Cinta.Wan, Kema dan Elin tengok Night at The Museum 2.Aku dapat seat sebelah lelaki.Aku kureng sikit duk sebelah lelaki, sebab rasa macam nak kena kontrol kalau nak gelak ke pe.Nasib baik laki kali ni sempoi.Duk asyik telan popcorn ja.Layan perasaan dowh tengok Syurga Cinta.Meleleh air mata.Sob, sob..Haziq sangat la cute dalam citer ni.Awal, hero pujaanku.You hensem la!Heliza pula cam kayu.Masih banyak yang perlu di'improve' oleh minah ni.

Hensem kan Awal Ashaari.Haiiiihhh....*kedip-kedip mata*

Aktiviti 2 : Karaoke.Wayang Syurga Cinta habis dulu dari NATM2.Dah tak tahu nak melilau mana, beli 4 lagu, masuk karaoke box sementara tunggu Wan habis wayang.Kali ni punya karok agak bosan sebab tak plan pun nak melalak.So, pilihan lagu so-so je.Tak de umph sangat.

Ky, banyak duit ang.Hulur sikit.Hehehe

Aktiviti 3 : Makan.Waah.Ini yang paling best.Bab makan siapa yang tak seronok kan.Kitorang cuba makan kat kedai yang baru renovate kat sebelah food court tu.Bila masuk je, rasa cam kosong sangat.Betul ke ni kedai makan.Tak ada sorang pun makan kat situ.Aku try Chicken Chop.Boleh tahan la sedap.Cuma servis dia lembaaaaaaaappp nak mampus.Maybe dorang baru belajar buat chicken chop.Abang yang serve tu comel tapi pendek.Hahaha.Sempat lagi kau Zack.

Aku cover 'berg berg' (double chin).Berjanggut tunggu makanan woii..

Aktiviti 4 : Funfair.Terima kasih kepada kereta penaja, Achip kerana sudi menumpangkan bontot-bontot besar ni ke funfair.Memula excited la masuk funfair.Tapi lama-lama jadi bosan sebab tak banyak benda sangat pun.Dah la mahal.1 token 2 hengget ok.Cekik darah tahap melampau la.Kitorang try bumper car.Huish.Seronok sungguh.Rasa macam duk kat club.Lampu dia lip lap lip lap.Time kitorang nye turn tu, ada lagi 3 orang mamat join sekali.Diorang bump kitorang kaw kaw la.Oo..ingat kitorang tak boleh buat balik ke.Rasa puas hati bila bump kereta mamat tu, mamat tu menggelupur dalam kereta.Melompat segala.Amik kau.Kereta aku selalu reverse.Huwa.Tak reti nak control stereng.

Orang tinggi memang suka pakai baju belang.Apakah??

Wan cakap dia takut kena mengorat dengan mamat 3 orang tu.Tengok muka dia.Cuak.Hahaha.

Girang dapat naik benda yang pusing-pusing tu.Tak padan dengan tua.Hehehe.

Kitorang balik maktab dalam pukul 9.30 malam.Syukur dah ada elektrik.Nak charge handphone, mandi dan tidur.Sudah penat sehari suntuk berjalan.

p/s : Kema, ko rugi tak join kitorang naik bumper car.Boleh praktis untuk test JPJ.Hahaha.

Sunday, May 24, 2009

Ala-ala zaman Firaun

Here are some pictures that i managed to snap during our visit to Toy Museum, Tanjung Bungah, Penang. Actually, aku dah lama pergi situ.Last month kot.Sekarang baru nak tempek kat blog ini.

Bayangkan kalau benda-benda ni semua hidup.Ala-ala cerita Night At The Museum..cam no tuh?

Kalau Ninja Turtle tu hidup, dah lama dia terkam kau Kema woiih..tak guna manja-manja sama dia.

Haduih.Tak mampu nak angkat kaki tinggi macam kau Panda.Terkoyak kangkang kang.
*cucu sapa la ni*

Serupa kan?


Yeah..Superman! Stern gila patung tu.Aku juga yang mesra kamera.Hehehe.

Baju dah sama colour.Cuma tambah topeng and stripe menegak, buang handbage dan specs, maka jadilah Spiderkema.Hikhikhik.

Auww..feeling cun la posing cam tuh.Hahaha.

Huwaaaaarrrgggghhhhh! Huduh tak?

Banyak lagi koleksi gambar dalam muzium ni.Tapi kang aku upload banyak-banyak, kau bosan tengok lak kan.Silap haribulan muntah hijau.Semua patung ada.Dari sekecil-kecil tapak tangan hinggalah sebesar-besar almari rumah kau ada.Bukan takat superhero je, kartun Doraemon, Sailormoon pun ada.Memang kagum la dengan owner muzium ni.If tak silap, semua koleksi ni milik mutlak dia.Kira dia kumpul benda-benda ni since kecil kot.

Aku cakap banyak pun tak guna weyh.Kau kena pergi tengok sendiri. Fee just RM 10.Kau nak duduk lama mana pun duduk la.Kau kena masuk toilet dia tau.Serious lawa gila.Tengok gambar bawah.

See.Ala-ala zaman Firaun.Memang class lah.Nak kencing pun tak sanggup nyah.Tangkap gambar je.

p/s :Kami pergi berempat.Tapi yang lagi dua orang sibuk dating.Tengah bermesra dan anje-anje.Malas nak kacau.Lantak korang la.Hehe.

p/s/s : Pada siapa-siapa yang tak ada plan mana-mana nak pergi, bolehlah berkunjung ke situ.Wah.Apek, lu kena bayar gua ni.Tolong promote dalam blog gua.Muahaha.

Saturday, May 23, 2009

Aiyooh..

Aiyooh..Dua hari tak buka blog rasa macam setahun.Gila la.

Bila tenet tak ada, mula la godek-godek gambar.Sekali terjumpa gambar time aku gila main google earth.Huihh.Gila jakun ok main benda tu.Ok..Adik-adik, benda tu bukan untuk main-main, tapi untuk search location.Aku saja je try benda alah ni.Roomate aku cakap silap haribulan kau boleh nampak tok kau buat apa kat rumah.Wah.Seronok bukan main lagi.Boleh usha tok duk buat pe kan.

Zoom punya zoom, aku kuciwa.Enggak jumpa rumah aku pun woii..Duk nampak landmark kedai makan U-Turn Cafe je..Rumah Hajjah Saudah Wahab tak do pun..google earth tipu i..huhu.

Maka, ku search Victoria University Of Wellington.Bakal universiti ku tahun depan, insya-Allah..Yeah! Berjaya.Image pun clear berbanding image Alor Setar tadi. Meh tengok gambar meh.Khas untuk coursemate ku semua, i present you............................. (drum roll)

VICTORIA UNIVERSITY OF WELLINGTON (VUW) !!

Kau kena daki bukit naik kolej sebab jalan naik curam.Maka, aku rekemen kasut sekolah BATA..Konfirm tak rosak i tell u. =)

Ha..ni dah sampai kat atas.Tak de dah curam-curam.Landai je.

Weir House.Aku tak sure fungsi house ni untuk pe.


Pandangan hadapan Victoria University.Feeling sembang-sembang dengan bakal pakwe kat tangga tu.Hahaha.

Pandangan atas VUW.Sangatlah awesome!

Pandangan atas kawasan sekitar VUW.
Kau tengok jarak Student Association dengan main campus..Jauh kan?

p/s : Rasa excited and cuak nak fly.Tak berani nak expect pape pun dowh.....

p/s/s :Mungkinkah aku akan dipanggil Miss Mahdzir? Tak glamer la macam tu.Hahaha

Friday, May 22, 2009

Hug you ketat-ketat ok syg

Ni semua gara-gara semalam movie marathon dengan Wan.Mula-mula tengok Camp Rock, jatuh cinta dengan Joe Jonas.Cute la, jambu segala.Sweet sangat time dia dedicate song to Demi Lovato.Bila dah feeling masyuk dengan Joe Jonas, mulalah aku buat perangai gila aku.Guling-guling atas katil tengah-tengah malam.Duk terbayang kalau la dia jadi boyfriend aku.Duk geram sorang-sorang apasal mamat nih bukan melayu dan tinggal kat Malaysia.If tak, lama dah aku cekau.Hahahaha.

Lepas tu, still tak mengantuk lagi.Apa nak buat ni? Decide nak tengok Transporter 3.Maka, lepas tengok scene Jason Statham tukar baju dimana menampakkan susuk tubuh dia yang menggiurkan, cintaku beralih arah pada Jason.Bye-bye Joe Jonas.Ku tak cintamu lagi.

Ishik3.Ok.Mengada.

Eyh.Abg Jason, pandu cermat jiwa selamat.Had laju kat jalan kampung tidak melebihi 60km/j.

Kalau lah aku dapat Jason ni, aku peluk tak lepas dah.Hug you ketat-ketat ok syg.*gatai* Time tengok dia beraksi, aku pun beraksi juga beb.Guling-guling laju-laju atas katil sambil peluk bear.Bear tu simbol Jason.Wah.I sayang you! Feeling dia peluk aku.Ok.Jangan lebih-lebih Zack.Kenapa badan dia ketul-ketul extreme sangat ye? Sebab dia ni bekas Olympic Diver.Haruslah build up muscle kan.Tak kan badan macam Osman Kering pulak.Tak lalu noks.

Kenapa aku tergila-gilakan Jason? Sebab dia cool sajork.Langsung tak nampak dia takut ke pe. Watak dia dalam Transporter memang rilek.Banyak kerut-kerut dahi saja.Pastu, tekan minyak.Kerja racing je kau Jason. Tapi, i like.*gatai lagi*

p/s : Jason, bila nak bawa i dating..? =)

p/s/s : Dia lahir tahun 1972. Maknanya sekarang umur dia 37!

Thursday, May 21, 2009

Aku akan tunggu time tu.

Setelah ditimbang tara pendapat orang ramai, aku tak jadi contact that specific someone..Damn.Rasa macam gedik pula tiba-tiba nak contact dia kan.Betul cakap kak Nani, salah satu tips untuk kekal hot is to stay single.Yah! Mari sama-sama single kawan-kawan!

Dan, memetik komen fatul, "lain kali jgn tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yg kita suka,sbb orang yang kita suka itu akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang..belajarlah untuk menyayangi sesuatu dan bukan untuk memiliki sesuatu.."

Juga, komen Good Boy in charge yang kali ini masuk akal sikit, "kadang benda yg kita cari akan datang sendiri bila kita berhenti mencari."

Aku akan tunggu time tu.

p/s : Napa aku rasa down sangat ek.WTH.Doakan aku dapat cari kebahagiaan aku sendiri.

Sekarang ni, perigi cari timba

Mari menyanyi lagu duka.

Hurm..thinking of calling someone.Tapi, number dia sudah hilang.Huhu.

Puas sudah mencari dalam phonebook tapi tak ada.Kat facebook pn search nama dia tak ada.Huwa! Tanya member pun ramai yang tak ada number dia.Macam mana ni?

Dulu, aku pernah buat silap dengan dia.Tak jujur dengan dia.Dia terus merajuk dengan aku and langsung tak contact aku dah lepas tu.Paling sedih dia tukar number.Dia ada bagitahu aku cuma aku tak save number baru dia.Stupid kan.Time tu tak ada la kisah sangat.Sebab ada Faiz.Sekarang dah hilang Faiz, baru tergedik-gedik nak cari dia.Gila jahat aku.Huh..Ye lah.Faiz sekarang dah sombong dengan aku.Langsung tak ada contact aku pun.Padahal boleh je dia nak buat cam tu kan.Yang sudah tu sudah la Zack.

Macam mana nak buat ni?

Entah-entah sekarang dia dah ada awek kot.Melepas aku. =$

p/s : Sekarang ni, perigi cari timba.Eyh, timba cari perigi. Eyh, mana satu yang betul ni? Fail.

Wednesday, May 20, 2009

Wayar otak shot satu


Ouh.Beta sungguh gembira hari ini ya. Sudah habis berperang dengan exam selama tiga hari.Freedom babeh! Even still tak sedap hati dengan last paper iaitu Human Development yang macam pape ntah.Aku rasa kali ni paling gila punya exam.6 esei dalam masa 2 jam woih.Tak menang jari nak nulih.

Hasilnya, jawapan merewang merata.Point entah kemana, elaboration pun ntah cerok mana aku tulis.Amik kau.Sapa suruh bagi masa 2 jam je.Kalau fail, tak nak salahkan diri sendiri.Salahkan tak cukup masa.Boleh? Hahaha.

Tapi, aku tetap happy.Sebab tu tempek banyak muka aku.Ye.Bila sindrom weng-weng datang, aku akan letak banyak-banyak gambar dalam entry aku.Sebab tak tahu nak mengarut pe.Hahaha.Kahkahkahkah.

Wawawawawawa!! Kuikuikuikui!!

Ishik ishik.Ok.Itu mengada.

Bye bye. =)

p/s : Kering idea sebab wayar otak shot satu.HD punya pasal la ni.Huhuhu.

Tuesday, May 19, 2009

Ada orang nak masuk line

Sikit lagi sayang..Sabar ye..

Buka blog orang, tengok semua pakat buat majlis tunang, kenduri kahwin.

Hoih.Jeles gila.Semua pakat bahagia la ni.Aku pun tumpang gembira. =)

Pernah aku cakap kat adik angkat aku minta dia tolong carikan calon untuk aku.Dia cakap aku desperate.Huwa.Kijam gila.Desperate kah aku.Tobat lepas ni tak nak suruh dia carikan dah.Tak support akak angkat langsung.Tsk.

Ada orang nak masuk line...Tapi aku tak mahu.Baru kenal je terus nak masuk line.Tak mahu la.Ceh.Bajet hot la kan suka hati je nak tolak-tolak orang.Peduli apa aku.Dah aku tak berkenan.Kang kalau couple tapi aku layan suku-suku je buat apa kan.Baik tak payah.Ouh.Ye.Cik Zack memang memilih sikit.Kalau laki tak tinggi dari aku, jangan harap aku nak.Hahaha.Sudah berbunyi takbur entry aku kali ini.Ye lah.Kalau cari yang tinggi, bolehlah feeling-feeling manja kat bahu dia.Lentok-lentok bagai.Hahahaha!! Kalau yang pendek sangat kang ibarat KLCC condong sebelah.Hihihi.

Huduh benor perangai.

Ada lagi satu paper esok.Yeay! Lepas ni, banyak agenda nak buat.Cari rumah sewa,survey broadband,appointment Res'Skin dan cari boyfriend!!! Hiyaaa..Suka!!

Ok.Sekian saja luahan hati Insan Tinggi. Daa..Esok aku update lagi ok.

p/s :Aku tak menolak jodoh.Kalau aku ditakdirkan bersama dengan si pendek, aku terima.

Sunday, May 17, 2009

To Joe : Make me ur 1st choice ya. =P

Ada contest untuk korang yang pandai buat karangan.Tak kira la essay BI or karangan BM.Aku pun submit dah link entry aku.Disebabkan tukang buat contest ni nak cerita based on a true-stroy, maka aku mencuba nasib dengan mengepost entry ini.

http://zacksygfaiz.blogspot.com/2009/04/moga-tenang-di-sana.html

Hadiah yang ditawarkan memang best. Dapat jersey MU. For further detail, kau boleh klik disini.

Akan keluar page macam ni.Kau ikut je arahan yang dia bagi.

Dia ada cerita semua syarat-syarat yang dikehendaki dan reward yang korang akan dapat if menang.

Tarikh tutup : 20 Mei 2009.

Aku tahu tak banyak masa dah.Tapi still got time to write your experiences kan.Ingat.Based on a true-story ok.Tak boleh tipu-tipu.

Meh nak preview sikit page blog dia.

Header blog dia.Ala-ala Nightmare Before Christmas gitu.

Hadiah yang bakal kau dapat.

Waa!!!! Sukanya jersey tu! Minta-minta dapat.Amin.Saguhati pun jadi la. =)

To Joe : Make me ur 1st choice ya. =P

Saturday, May 16, 2009

Moral down.

Sorry la weyh.Tiba-tiba aku rasa down gila malam ni.Maybe pressure nak exam 2 ari lagi.Overload dengan segala macam input dalam pala otak aku ni.Semuanya bercampur.Tengah mandi , then tiba-tiba teringat pasal Linguistics.Cuba recall input yang aku baca petang tadi.Blank.Huwa!

Call tok.Sembang pasal rumah aku yang dekat Jitra.Bagus.Family tu dah blah dari rumah aku.Sewa tak bayar 3 bulan, jangan harap kau nak duduk rumah banglo aku tu lagi.Nanti nak renovate segala kabinet dalam rumah, potong rumput dan cat baru.Hope ada penyewa yang ber'jenis' sikit nak sewa rumah aku tu.If nak tunggu aku duduk, lama lagi.Sekarang pun still belajar.Insya-Allah, lepas kahwin aku nak duduk rumah tu dengan adik-adikku.Ajak tok sekali duduk dengan kitorang.If dia nak la.Aku tahu dia sayang nak tinggal rumah dia kat Alor Setar tu.

Cukup pasal rumah.Pelajaran Ika menurun.Aku risau.Cikgu tusyein call tok cakap Ika memang tak boleh nak p dah.She's a slow learner.Cikgu dah buat yang terbaik untuk tolong Ika.Tapi Ika tak nak bantu diri dia sendiri.Aku dah give up.Aku tak boleh mengajar dia.Nanti aku pukul dia.Let her decide what's the best for herself.Aku tak nak push dia dah.Tok pun dah pasrah.Haish.Tak semua benda yang kita nak kita dapat kan.

Moral down................................................ (T T)

Sekarang tengah minum Vico.Makan nasi pun tak lalu.Risau.

Exam + family = Moral down.

Fullstop.

p/s : Rasa lega sikit dapat dengar suara tok.Minta dia baca yasin untuk aku.Permudahkan exam.Amin. But stil, I feel empty inside.

..I wish you were here..

Dia kasi aku pen kilometrico

Hei orang kampung.Mari dengar Cik Zack punya cerita.Pasal zaman sekolah dia.Sekarang pun still sekolah lagi,tapi dah up sikit.Maktab Perguruan.Walaupun sistem belajar lebih kurang sama, ada assembly dan kalau langgar Akta 174, masuk buku 555.Eyh.Tak main la buku 555, masuk Jemaah Disiplin Maktab terus.

Bila nak start ni.Mukadimah panjang bagai.Kau pernah tak alami situasi bila mana kawan-kawan kau beli hadiah nak kasi kat cikgu on Teacher's Day, tapi kau pula tak ada apa-apa nak bagi? Aku ingat lagi waktu aku sekolah rendah, time Hari Guru la semua kawan-kawan aku pakat berlumba kasi hadiah kat cikgu.Makin besar dan berat hadiah tu, kira kau johan la dalam kelas tu.Duit banyak dan kaki bodek cikgu la ni.Hahaha.

Curi gambar ni dari friendster siapa ntah.Sebab ada muka aku.Haha.Sila-sila tengok muka saya zaman meletup dulu.

Teringat kawan aku, Afifah.Dia tak pernah miss bagi hadiah kat cikgu.Bagi bukan sebarangan hadiah.Tahun ni bagi set gelas.Tahun depan set pinggan mangkuk pula.Dah macam kenduri kahwin noks.Lagi satu assumption bodoh pernah aku buat, lagi kau tak bagi hadiah kat cikgu, lagi tu la kau tak pandai.Tak boleh skor dalam kelas.Gila huduh pemikiran aku dulu.Budak-budak ok.

Maka, sehari sebelum Hari Guru, aku minta mama belikan set pinggan mangkuk untuk cikgu kelas aku.Mama macam terkejut benor dengar aku minta pinggan mangkuk.Tak mahu kalah weyh.Hehehe.Mama buat bodo je.Buat derk je.Aku menangis kelupur-kelupur kat lantai pun dia buat slumber je.Tak makan saman dengan aksi ganas aku hentak-hentak kaki segala.Huhuhu. Merajuk dengan mama.Semalaman tak mahu bercakap dengan mama.Aku kaki angin kecil-kecil dulu.Sekarang tak dah ok.

Waktu form 4. Jadi BWP woo.Cari aku.Cari aku.

Esoknya tu, sebelum mama pergi sekolah, dia kasi aku pen kilometrico.Dia siap balut dah.Dia hulur kat aku.Suruh kasi kat cikgu.Aku tak nak ambil.Mana main bagi pen.Dah la kecil, ringan pula tu.Cikgu mesti tak value hadiah aku tu kan.Mesti dia tengok hadiah si Afifah tu je.Mesti dia sayang Afifah lebih.Ha,Amik kau.Aku fikir macam tu nyah.

Tapi sebab dah tak ada benda nak bagi, aku pun ambil juga la pen kilometrico tu.Mama pesan

" Kakak, hadiah kecik ka, besaq ka, tak penting.Yang penting kakak kena ikhlas.Biaq pi la orang nak cakap apa pun, cikgu kakak tak kan tolak hadiah kakak.Pen pun hadiah juga kan"

Ok.Aku tak cakap banyak.Terus kayuh basikal laju-laju.Excited nak kasi hadiah kat cikgu.Hati gembira sebab sebelum ni aku tak pernah bagi hadiah.Just pernah buat kad bodo-bodo je.Selalu kan Hari Guru sambut dalam kelas, ada jamuan.Belon keliling kelas, kerusi susun tepi-tepi,meja penuh makanan! Hehehe.Ada meehon,air sirap,jajan,kek dan sumi.Lepas tu, ada corner letak hadiah.

Berjaya korek gambar time aku kecil.Hihihi.Weyh.Bukan yang depan.Yang belakang tu.

Mula-mula aku segan nak letak hadiah aku.Tapi, bila ingat balik pesan mama,aku terus semangat tayang hadiah kat kawan dulu before pergi letak kat corner tu.Hahaha. Perangai.. huduh..

Bila cikgu sampai je, konfirm excited kan.Mata tengok kat meja hadiah dulu.Hahaha.Bila time cikgu tanya hadiah pen tu siapa yang bagi, aku pun angkat tangan slow-slow.Duk rasa malu lagi tuh.Haish.Terus cikgu panggil pergi depan.Aku dah cuak dah.Huhuhu.Dia nak buat apa ni.Rupa-rupanya dia kasi aku hug ketat-ketat.Waa..Suka-suka. =) Terus aku pandang si Afifah tu.Nak kasi dia jeles.Hahaha.

Kenangan di MRSM PDRM Kulim.Graduation Day '09.

Ouh ya.

Selamat Hari Guru untuk yang berkenaan! Yang kerja engineer jangan nak menyibuk. Tak lupa juga kepada bakal-bakal guru di IPGM seluruh pelusuk Malaysia.Moga kita menjadi pelapis guru yang berwibawa dan berintegriti.

p/s : Semua classmate aku dapat hug ketat-ketat.Tak jadi nak kasi Afifah jeles.Huu (T T)

p/s/s :Hadiah tak penting.Yang penting keikhlasan kita meraikan cikgu kita tu. =P

p/s/s/s: Erk.Jap-jap.Musykil.Macam mana aku tahu tu pen kilometrico ek.Padahal mama dah siap balut.Hurm..
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger