Online users

Follower

Showing posts with label segamat. Show all posts
Showing posts with label segamat. Show all posts

Friday, January 23, 2015

Beli hadiah

Baru balik dari beli hadiah untuk wedding anak GPK1. Majlis esok. Dah jadi satu kebiasaan kat sekolah aku ni untuk collect duit dari cikgu-cikgu sekolah yang nak kongsi hadiah. Yang nak personal tu, sendiri la kan. Yang nak kongsi, muka yang selalu kena collect duit dan pi cari hadiah adalah aku. Sebab aku ja yang banyak free time dan senang nak keluar bila bila pun. Yang lain sudah berkeluarga dan banyak cekadak sikit kalau nak keluar. So being understanding of this situation, aku redah jugak pergi cari hadiah. Tak ada masalah pun sebenarnya. In fact, aku suka sebab ada tujuan kalau keluar. Bukan semata-mata nak cuci mata ja. Lagipun I like buying presents for people.

Timbulnya masalah bila kita tak tau nak beli hadiah apa. Duit dah ada tapi tak tau nak beli apa especially untuk wedding. Electrical appliances is so cliche. Same goes to duvet and adik beradik dia. Tapi bila fikir balik, yang cliche tu la yang most of the newlyweds need to start their new life together. Kan? Orang cakap, bagi hadiah ni untuk ringankan beban newlywed. Ye lah. Nak start hidup bekeluarga ni pakai banyak duit. Ye dak? So, dengan hadiah yang diberikan tu diharapkan dapat beri manfaat kepada depa. So, fikir punya fikir, round punya round, tilik punya tilik, I bought oven.

One, sebab murah of course. Second, sebab kotak dia besar. Hahaha. So, nampak la macam berbaloi share 22 orang punya hadiah. Third, sebab aku suka oven. Walaupun tak pernah baking lagi after balik dari NZ. Hahaha.

Tips je senang ja kalau nak beli hadiah kat newlywed ni, cer bayangkan hang yang jadi newlywed tu. Hang nak apa? Haa..beli apa yang hang nak. For sure happy dan tak menyesal bila dah sampai rumah. Hehehe.

Monday, January 12, 2015

Off bad handwriting

A good beginning for me. All my plans seemed to be working out. Did a diagnostic test with year 6 pupils. I never taught them before. So, in order to know more about their level, I carried out a simple test. Found out that most of them have bad handwritings. Not good man. Your handwriting does affect marker's mood to mark your paper. Don't spoil them! If baru darjah 1, accepted la tulisan cakar ayam. Baru nak belajar tulis kan. But if darjah 5 pun tulisan masih lagi mcm cacing kerawit, lagu mana? Sakit mata ni haa. I never thought they would have such a horror one. Sampai tahap horror la. Punya nak habaq tak semenggah depa punya tulisan. Lepas ni nak buat peraturan dalam kelas. Tulisan buruk, ketuk tangan dengan pembaris. Mak bapak jangan risau la. It won't hurt your children. Ketuk ketuk manja ja.Just as a reminder for them not to repeat the same thing. I need to mention this sebab isu denda ni isu yang besar di sekolah. Zaman dah berubah. Cikgu tak boleh suka hati denda budak dah sekarang. Nanti mak bapak mai sekolah mengadu. Bosan betul. As if cikgu teruk sangat. Huhu. Really disappointed with parents yang terlalu manjakan anak. Not all macam ni. Just a few yang terang terangan menangkan anak without even selidik what's the cause of it.

Nak mengajar senang, nak mendidik tu yang payah. Logically, teachers are doing something for your children's benefit. Not to harm them. So if dapat complain cikgu denda ke apa, selidik dulu. Not simply jump into conclusion ye. Cikgu pun tak cara nak denda suka suka. There are so much things to do than punishing your kids for fun. Have faith in us. We are paid to teach your kids values and to be a better person in future. We are paid to do whatever we could to ensure your kids are literate. Dear parents, some teachers are even planning to do extra class just to ensure your beloved kids pass the linus test. We sacrifice our time and money just for your children sake. Kami tak makan gaji buta.

P/s : mata duk celik lagi pasai tadi tertidoq sampai pukul 9 malam. The body is adjusting to the new routine. Slowly getting there...

Thursday, January 8, 2015

Kids nowadays

Lawak la anak murid aku sorang ni. Dia anak cikgu sekolah aku jugak. So, selalu jumpa. Hari ni pun tengah aku sibuk hias kelas, dia datang menyibuk. Nak tolong aku jugak. Lepas tu dia beria suruh aku login FB. Excited sangat kekdahnya. Nak tunjuk something katanya. Tapi sebab line internet kat sekolah slow, tak boleh buka. Nampak kekecewaan yang teramat kat muka dia. Ni aku baru buka FB. Tengok notification. Ada satu noti dari si anak cikgu tu invite page dia. Paling tak boleh blah, label as Artist okay. Artist! Ko mampu fefeeling artist di usia 9 tahun? Look how technology affects human nature. Entertainment toksah duk cakap la. Mak dia cerita dekat rumah selalu fefeeling jadi pengacara depan cermin.

Puteri, awak besar besar nanti nak jadi apa?
Saye nak jadi pengacara tv cikgu.
Pengacara tv rancangan apa tu?
Raikan cinta. Yang Hanis Zalikha tu.
Ooo...minat Hanis Zalikha ja ka?
Tak la. Saye minat Anzalna jugak. Yang iklan Qu Puteh tu. Qu Puteh...Qu Puteh..baru la putih.

Homagok. This kid....

Wednesday, January 22, 2014

Ayam Mc Dota

My housemate and I always have the same thought but we never tell each other till we need to. Usually, I am the one who 'spill it out' and she would go,

"Eh, akak pun ada fikir macam tu jugak tadi!"

So, tadi masing masing kebulur time LDP Frog VLE. Boleh pulak tengah tengah berLDP I said,

"Macam teringin nak makan Mc Dota lagi la akak" 
" Eh, akak pun ada fikir tadi nak makan Mc Dota. Macam macam tau ja awak ni Fira" (she calls me Fira cause she said Fira suits me best. Hohoho.)
"Well, we always have the same thought. Memang otak fikir makan je kan"
"Jom, lepas LDP."
"Jom!"

Senang je kitorang ni. When one of us ajak makan, we never think long, terus jom je. We can never compromise when we are hungry. Bela perut orang kata. So off we went to Mc Dota. Actually this is my second time eating there. First time tu last week. I ate chicken chop but the portion was too small for me. Tak kenyang! Housemate makan ayam goreng. Teringin pulak nak merasa ayam goreng because I tasted a little of hers and it was too good I wanted to order as well. Tapi sebab berlaku sedikit masalah peribadi time tu, terpaksa balik awal. So, nak lunaskan hajat yang tak tercapai tu, we went for second time. Kali ni tak cakap banyak dah. Terus pergi kaunter order set "Happiness". Kena sangat dengan mood I time tu. Happiness is all over me when I see the crispy fried chicken. Kihkihkih.


3 pieces of chicken with coleslaw, a bun and whipped potato. Dah jatuh cinta dengan ayam Mc Dota. Tapi tu la, if I go back to Kedah I have to go to Sungai Petani to eat this. Jarang nak jumpa Mc Dota ni. Glad I found this in Segamat. Lepas ni jarang pergi KFC dah la. Hehehe. Patut la orang cakap Mc Dota lagi sedap sebab tak banyak tepung. Memang tak letak tepung langsung! Truly fried chicken! Harga pulak sangatlah berpatutan. Bought this set for only RM 8.90.

p/s: Pergh! Lama gila tak update pasal makanan! 

Tuesday, October 22, 2013

Camping time!

Baru perasan tak blog lagi pasal perkhemahan TKRS. I was appointed as the assistant commandant of the programme. Dah agak dah nama akan naik pasal I je yang single mingle lagi kat sekolah tu. Terima je lah. Lagipun time ni la nak kutip pengalaman pun. So, perkhemahan buat kat FELCRA Tebing Tinggi. Not far away from the school. About 30 minutes journey. Tempat dia ke dalam hutan sikit dan keras. Banyak kes histeria kat situ. Tapi kitorang tak bagi tau kat budak. Mampuih kalau bagitau. Rasanya ramai yang tarik diri kot if bagitau awal. Aku ni pun sabit ada cikgu lain yang stay kat campsite tu. If sorang sorang, lemah iman jugak. Silap silap tidoq sekhemah dengan budak.

Bagi taklimat kat budak.Nampak giant sangat kat depan tu. Sobs.

Buat gajet. Budak budak ni kena buat rak kasut dan ampaian guna buluh. Aku boleh tolong tengok ja la pasal aku tak tengok demo yang cikgu Hafiz tunjuk kat dorang. Pandai pandai korang la.

Macam macam aktiviti kitorang buat. Aku rasa enjoy sangat sebab dapat lepas geram naik kuda dan kayak. Last buat aktiviti lasak ni time BIG. Itu last before posting. Sekali sekala masuk hutan, night walk best jugak. Walaupun cuak kena tinggal dalam gelap. Cerita pasal night walk, aku tabik habis la kat budak budak ni pasal dorang sangat hebat. Berani berjalan dalam gelap sorang diri sejauh lebih 100 meter hanya bergantung pada tali. Walaupun ada jugak seorang dua yang fail. Tak dan gerak lagi dah lemah semangat, lembik badan dan sebagainya. Yang lelaki lagi teruk dari perempuan. Menangis teresak esak. Hahaha.

Waktu night walk. Tobat gelap gila. Ni tangkap pakai flash. Jadi la cerah. Kami ikut belakang budak. Ingatkan night walk cikgu terlepas la dari kena jalan sorang sorang. Tak pun ada shortcut ke apa. Ini tidak. Renjer tu suruh jugak lalu jalan yang budak lalu sorang sorang pegang tali tu. Aku boleh ja nak pergi sorang tapi cikgu lain semua kecut perut. Last last aku lead depan, yang lain follow rapat kat belakang. 4 perempuan, 4 lelaki. Bayangkanlaaa...Yang lelaki pun duduk belakang sekali. T____T Langsung tak bunyi suara. Takut punya pasal. Hahaha.

Jungle trekking. Terjumpa bangkai babi nala punya besaq dalam hutan ni. Baunyaaaa.....ya ampun. Busuk sangat sangat. Agaknya dah dua tiga hari mati kot sebab perut dah kembung tunggu masa nak pecah. Dapat jugakla tengok babi hutan gena rupanya. Menggelikan.

Ini paling best! Naik kuda! Nama kuda ni boy. Behave sangat. Dia mau dengar cakap abang baju itam tu ja. Orang lain bagi arahan dia langsung tak gerak. Senyap ja kat situ. Last naik time aku kecik dulu. 

Ni pun best. Gila. Kayak sorang. Jadi apa apa kat aku time ni, sorang sorang jugak la nak menempuhnya. Had so much difficulties to reverse my canoe.Sampai jadi bahan lawak cikgu lain. Tsk. Nak paddle tu pun jenuh kilas sorang sorang.Dia ada teknik sebenarnya. Tak susah pun kalau kita dah betul betul master teknik tu. 

Kayak aku masuk air. Habis lenjun satu seluaq. Mujuq pakai seluaq kalis ayaq. Time ni dah dekat senja dah. Balik balik!

Bergambar kenangan bersama peserta perkhemahan. FYI, aku langsung tak ada basic KRS.Tapi disebabkan sekolah aku kecik dan KRS is the only badan beruniform, nak tak nak kena beli jugak la baju uniform tu. It costs me RM1++ for the uniform. Nangis nak bayaq.

The end!

Monday, October 14, 2013

Cerita telinga.

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh. Lama bebenor tak menulis kat sini. Sorry to keep you waiting. Itu pun kalau ada yang tertunggu tunggu la entry terbaru aku. Haha.Bajet Hanis Zalikha betul. Puii. So, banyak benda terjadi sewaktu aku tak update blog ni. Dan benda tu effect mood aku untuk update blog. Dengan kerja pentadbiran sekolah yang berlungguk, dengan masalah kesihatan aku sendiri, terus lupa kejap kat blog. Rasa meluat nak buka blog sendiri. Sampai tegha' tu la effect dia.

Semenjak aku datang Segamat ni, kesihatan aku macam tak menentu.Kejap okay, kejap tak okay. Dulu cukup susah nak sakit ni. Sekarang bila dah start kerja, sakit tu selalu pulak. Mungkin sebab stress kot. So, effect habis satu badan. Balik dari camping hari tu, aku makan tauhu sumbat kat kantin sekolah. Balik rumah, perut rasa tak sedap. Banyak kali aku ulang ke toilet. Cirit air. Aku dah rasa something wrong dengan badan aku ni. Tiba tiba pening, rasa nak muntah. Lembik satu badan. Sebab tak tahan sangat, aku telan painkiller. Terus muntah menjejeh jejeh. Lega terus lepas tu. Aku tanya cikgu sekolah yang makan tauhu sumbat tu, sorang pun tak ada yang muntah macam aku. So, aku suspect perut aku tak boleh terima tauhu sumbat. Or maybe badan aku still penat effect camping. Itu satu hal.

Lepas balik camping, aku dah rasa telinga aku ni macam something wrong. Rasa macam banyak je taik telinga tapi bila korek guna cotton bud, tak ada pulak taik yang melekat kat situ. Pelik. Tapi aku buat bodo je lah. Fikir perasaan aku je kot. Tup tup minggu lepas, telinga aku jadi kurang dengar. Rasa berdengung macam masuk air. Lama pulak tu. Tonggeng kepala, takut takut ada air masuk ke apa. Tapi still the same. Lagi lah bertambah pelik. Disebabkan kerja, aku tangguh pergi jumpa doktor. Balik sekolah dah penat terus tidur. Petang dah malas nak keluar rumah lagi.

Sampai la satu masa yang aku rasa dah tak boleh nak tolerate lagi dah telinga aku ni. Ganggu kerja aku kat sekolah.Ye lah. Kerja cikgu. Kena bercakap all the time. Kena bagi respond kat budak. Masuk meeting, kena pakai telinga untuk dengar butir butir mesyuarat. Bila tak berapa dengar ni, jadi tak syok la. So, aku pergi klinik. Lepas check, doc cakap telinga aku ni dah jadi impacted wax. Dalam bahasa mudahnya, taik telinga mengeras dan dah block gegendang telinga aku. That's why aku rasa dengung all the time. Gelombang bunyi terhalang oleh taik telinga aku tu. Lagi satu, doc cakap taik telinga dah banyak. Aku bangkang doc. "Tapi doc, saya selalu korek telinga.Macam mana pulak taik telinga saya boleh banyak lagi?" "Ye, saya tahu. Tapi awak dah tolak taik telinga awak tu masuk ke dalam lagi. Bukan bawa keluar. Awak pakai cotton bud kan? Sebenarnya tak elok pakai cotton bud ni." Ada hati tu nak melawan doc. Hahaha.


So, doc bagi ubat titik dulu untuk cairkan taik telinga.Dekat seminggu jugak aku terseksa, sakit tengkuk sebab asyik teleng kepala untuk titik ubat telinga. Dah la dua dua belah telinga.Huhuhu. Dua kali aku ulang pergi klinik tu untuk check taik telinga cair ke tak. Bila kita titik ubat telinga tu, dia akan jadi bertambah dengung sebab masukkan liquid kan dalam telinga. Dia buat aku jadi tak selesa. Rasa macam pekak weh.Serius. Banyak round jugak la aku menangis sorang sorang dalam bilik mengenangkan nasib telinga dengung ni. Sendu ja.Ikutkan schedule, Rabu ni baru pergi check up pulak kat klinik tu. Tapi aku dah tak tahan. Dah la Rabu aku start kursus. Gila apa nak pergi kursus dengan telinga tak dengar sebelah.

Sampai suku botol aku titik. Tak cayaq jugak, tak tau lah.

Makanya pagi tadi aku pergi klinik kesihatan. Mind you sebelum ni aku pergi klinik swasta. Cekau bukan main lagi duit aku.Umat manusia sangatlah ramai. Bila ramai ramai ni, orang kiri kanan bercakap, dengan telinga aku tak berapa nak dengar, rasa macam bising sangat. Aku nak tunggu nurse panggil nama aku pun aku tengok gerak bibir dia. Dengar sayup sayup ja. Sadis betul.Huhu.Masuk check up room, aku pun cerita la balik dari A to Z pasal telinga aku kat doktor. Mujur doc perempuan. Lepas tu dia suruh aku pergi bilik lain untuk kasi cuci telinga aku ni. Yang cuci telinga aku is MA lelaki. Hmph.Segan oi. Sebab masalah taik telinga keras.Nampak macam pengotor sungguh anak dara sorang ni T______________T  Lucky he was not showing any sign of disgusting in front of me. He treated me so well.

Meh nak cerita proses cuci telinga. Actually tak sakit pun. Sebab method yang digunakan ialah teknik semburan air. Dia guna syringe yang besar then dia akan picit air tu ke dalam telinga kita. Langsung tak rasa sakit. Tapiiiiiiii bila dia tolak syringe tu masuk ke dalam lagi, the pain comes. Tak lama.Kejap je rasa sakitnya. Sakit tu sebab pressure kuat kat gegendang telinga sampai kita rasa berpinar. Baru buat sebelah telinga, aku dah tumbang. Pening lalat. Terpaksa baring kejap sementara dia nak continue sembur lagi. Tapi feeling bila kita nampak taik telinga tu keluar, pergh...rasa bahagia sangat. Bila dapat dengar suara MA dengan jelas, rasa bersyukur sangat. Sebab aku ni style yang suka fikir ke depan. Terlalu ke depan. Takut telinga tak boleh dengar terus la, pekak la, apa la. Huhuhu. Aku puji la sikap doc and MA sini. Dorang buat kerja kemas. Tak buat kerja sambil lewa. Selagi tak cuci telinga aku, selagi tu la dia teropong dan sembur air sampai betul betul cuci. Thank you so much abang MA.

Dah setel tu, doc bagi ubat antibiotik dan ubat gatal pasal dia kata ada fungal kat telinga kiri aku ni. Tapi fungal tu akan hilang bila kita telan ubat.Hopefully la.Sekarang ni aku dapat mendengar dengan jelasnya.Terlalu jelas sampaikan bunyi air jatuh atas lantai pun dengar tajam ja. Macam dapat telinga baru. Hehehe.

Sebagai penutup. Ecewah.

Panjangnya entry kali ni. Heehoheeho.

Wednesday, September 25, 2013

Jumpy

Bila dah kerja ni, kadang kadang rasa macam tak ada life sangat. Pagi pergi kerja, tengahari balik rumah terus terbongkang tidur. Malam pulak prepare lesson plan untuk nak ngajar esoknya. Haa..Gitu lah basically my daily routine. Bosan kan? Dah lama tak hang out dengan member. Member pun dah jauh. Sekarang ni peneman aku kat sini is my laptop and external. Source of entertainment. Walaupun dah khatam runningman dari episod 1-163, still ulang tengok lagi. Peneman hidup di kala kebosanan. Nak keluar tengok wayang pun dah malas sekarang ni.

This entry gonna be jumpy.Series of events that are not related to one another.

Sekarang ni dah pandai selfie la tuan blog ni. Hahaha. Jangan tak tahu satu sekolah dah terpengaruh dengan inner ayunar ni. Aku siap repeat order hari tu dek cikgu sekolah berlumba lumba order. Tak kira tua atau muda. Semuanya nak bergaya.


















Tolong cikgu PJ conduct ujian SEGAK. Hish. Rasanya zaman aku dulu tak ada lagi ujian SEGAK ni. Budak kena tekan tubi, naik turun bangku, check tinggi, berat dan macam macam lagi la. Nak tengok fitness budak kat mana.

Ni pulak pemandangan dari tingkap bilik. Obviously, rumah aku rendah dari rumah jiran seberang jalan. Jarang aku nak buka tingkap bilik aku ni. Lebih suka tinggal di dalam kegelapan.Hahaha.

Ini pulak dinner aku dengan housemate a few nights ago. Dah jumpa tempat best nak makan. 5 City Restaurant. Ulang pergi situ hari hari. Orang kedai sampai dah kenal. Depa ni style tak kedekut lauk dan nasi. If mintak nasi goreng kampung, setiap suapan tu penuh dengan ikan bilis. I loike. 

Told ya this entry is way too jumpy. Toink toink toink. Have a nice day guys! =)

Monday, September 23, 2013

Tampal gigi

Benda ni jadi minggu lepas. Baru nak cerita. Aku makan keropok lekor, tiba tiba aku rasa something wrong dengan geraham atas aku. Rasa punya rasa, eh eh dah makin teruk pulak lubang tu. Gigi aku dah berlubang lama dah. Cuma aku malas nak pergi tampal sebab lubang dia sikit ja. Plus, tak sakit. So, lagi la buat aku malas nak spend duit pergi tampal. Tapi this time, lubang dia dah dahsyat. Aku yang naik risau. Even tak sakit, aku takut dia makan gigi aku sampai habis. At the end, kena cabut terus which leads to hilang satu geraham yang akan buat aku senyum tak cantik. Hahaha. Nampak permainannya disitu? My main concern is takut senyum nanti tak lawa. =D Bukan sebab susah nak kunyah makanan ka apa. Choiiiii.

So, riki riki la kat housemate kat mana dentist area Segamat ni. Kebetulan dia pun baru ja few weeks pergi cabut gigi kat dentist. So,aku pergi tempat yang sama la. Klinik Pergigian Low. God knew how I felt that time.Aku ni banyak bad memories dengan dentist. Tambah tambah dentist kerajaan. Dulu time kecik kecik, gigi aku rongak. So, everytime dentist datang sekolah, mesti aku kena panggil. Tampal gigi sentiasa. Haish. Sampai naik trauma la aku dengan jarum dan drill dia tu. Kali ni aku pergi dentist private. Saja nak bazir duit. Haha.


Asalnya nak suruh doc check dulu condition geraham aku tu. Sebab tanya orang kaunter kalau nak cabut gigi or tampal gigi RM 55 per tooth. Tapi harga boleh jadi lagi mahal depends on difficulty of nak cabut gigi tu. Aku bajet RM 150 ja. So, after check, doc cakap boleh tampal. Tak perlu cabut. Lega gila rasa time tu. Lepas ni senyum still full gigi. Hahaha. Time dia drill lubang nak kasi cuci tu, ngilu teramat tapi tak sakit. Aku pun pelik kenapa tak sakit. Sebab time kecik dulu buat sakit sampai 'teghebit' ayaq mata. Kali ni buat, aku steady ja. Mungkin faktor usia yang sudah meningkat tua membuatkan aku tidak lagi gentar berhadapan dengan dentist. Cewah.

Dentist ni cina. Lelaki. Dia perosah gigi aku with bare hands weh.Aku tak kisah pun tapi aku pelik dia tak geli pulak pegang gigi aku dengan tangan dia tak berlapik. Dengan ayaq liuq aku bertakung dalam mulut tu sebab nganga lama sangat.Gila kentang betul dentist ni. Agaknya dia dah lali kot. Yo lah. Tiap tiap hari duk ngadap gigi. Sampai naik jemu dah. Buat tak sampai 30 minit, siap. Melayang RM 110 sebab lubang geraham tu dah merebak ke another geraham. Lepas ni kunyah makanan tak da la melekat lekat lagi kat gigi tu. Even sampai sekarang ni pun aku nak kunyah makanan kena slow slow. Tak biasa dengan tampal tu lagi. Rasa pelik.Duk besa lubang.Haha.

Rasa rasa macam nak pergi lagi kat Dr Low ni nanti. Nak kasi cabut gigi tunggul pulak. Siap duit laaaaaa.

Sunday, September 8, 2013

Nasi berlauk

Tadi kan, aku pergi makan kat Restoran Nasir. Punya la happy dapat makan nasi berlauk. Jangan tak tahu aku dah lama tak makan nasi berlauk. Balik balik bihun goreng, nasi goreng. Kantin sekolah jarang nak buat nasi berlauk ni. Kempunan teruk la aku nak makan nasi dengan ikan goreng sama sayur. Bila dah jumpa kat Nasir ni, terus kau amik asam pedas ikan pari. Balas dendam. Nasi pun taruk menimbun.

Nak masak sendiri kat rumah, kadang kadang tak sempat. So, makan kedai sudeh. Hehehe

Tuesday, September 3, 2013

Bilik vs makanan

Hallu! Berazam untuk kerap update lepas ni. Yosh! Tak sangka pulak ada yang menunggu entry terbaru dariku.Huhuhu. So, kali ni nak cakap pasal bilik la. Nak show off sikit. Ewah kau.

Inilah bilikku. Perasan tak tebal semacam tilam aku tu? Tu sebab aku double kan tilam. Kalau tak double, bunyi kriok kriok sangat kuat. Sebab rangka katil besi ni dah tak kuat. Ada besi yang dah patah. Poster kat dinding tu bukan aku yang tampal tapi penyewa sebelum ni. Aku malas nak buka. Bior je kat situ. Hari hari ngadap budak separuh bogel kat dinding tu. Hang ada? Hahaha.

 
Meja study yang digunakan untuk letak semua benda.Aku tak guna pun meja ni untuk buat kerja. Aku lebih suka meniarap atas katil. That's why tilam cepat leper. Duk latu almost 24 hours a day. Hohohoho. Nanti nak upgrade dinding tu. Nak letak gambar banyak banyak.Gitu.

Jadi la noh 2 keping gambar bilik. Ni nak cerita bab food pulak. Dulu aku cukup tak boleh terima makan cuq pisang or cuq ubi dengan sambal kicap. Rasa macam what the? Tapi bila datang sini, everything's changed. Bila beli cucuq, depa bagi sekali sambal kicap. Pada suatu hari, tergerak hati nak try. First dip, erm..not bad. Second dip, eh sedap la pulak. Lepas tu tak boleh stop mencicah. Hahaha. Start from then on la aku dah ketagih dah mencicah sambal kicap. Asal boleh ja nak cicah. 

Lagi satu, aku perasan budak sekolah aku kalau makan nasi ke bihun ke mee ke apa ke mesti nak kena ada sambal merah kosong. Even kat meja cikgu pun disediakan sambal merah kosong. Yang kagumnya tu, budak darjah satu pun dah pandai makan pedas. Dituangnya kuah sampai tak nampak nasi! Aku tanya, "tak pedas ke?". Dengan selamba dek nya dia cakap tak pedas pun. So, conclusion yang aku dapat buat kat sini, orang Johor memang suka makan sambal.

Ini pulak cerita pagi tadi. Kerani sekolah amik tempahan durian crepe. Disebabkan dah lama tak makan, aku pun order. Pergh. Sedap tak terkata. Aku pernah makan sebelum ni. Tapi tak sesedap yang ini. Lembut, cair dimulut. Isi durian dan whipped cream balance. 6 ketul aku sorang, tak ada hal! Sekarang ni kan tengah musim durian, makanya banyaklah orang buat bisnes durian crepe ni. So, siapa yang teringin nak makan tu, order la sekarang sementara durian tengah ada. Hehe.

Nampaknya niat nak lose weight tu semakin jauh dari pandangan. Banyak pulak benda sedap kat Segamat ni. Haish.

Friday, July 5, 2013

Macam tak percaya...

Macam tak percaya ja sekarang ni dah start kerja. Macam tak percaya ja sekarang ni weekend Sabtu dan Ahad. Bukan Jumaat lagi dah. Kekeke. Macam tak percaya ja hari ni dah start kena buat kerja admin. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Tak ada alasan nak mengelat. Fuh. Rasa macam bullet train dah diri ni. Terkejar sana sini. Memang sangat berbeza la dengan life sebelum ni. Makan kat kantin pun cepat cepat. Macam tak percaya ja sekarang ni buat apa pun kena fikir sendiri. Bukannya sebelum ni tak fikir sendiri. Cuma kali ni lain sikit pasal jauh dari family.Nak buat apa pun, tak ada orang nak tengokkan. Kena pandai jaga diri sendiri. Kadang kadang terlintas jugak di fikiran kalau kereta rosak tengah jalan, aku nak contact siapa kat sini? Non ado teman rapat. Memang terpaksa tuju cikgu kat sekolah tu la jawabnya.Huhuhu. Mintalah dijauhkan dari segala kesusahan.

There's one boy requested me to speak in Kedah dialect. When I spoke, they laughed so hard and tried to imitate it. They like to speak in Kelantan dan Terengganu dialect. Padahal dorang orang Johor. Aku pun tak faham mengapa terjadi sebegitu rupa. Mungkin dorang rasa proud kot bila dapat cakap something different from others. Dah sudah dengan dialek Kedah, ada sorang budak perempuan ni tanya aku pulak, "Teacher, teacher tau tak cakap Bahase Tamil?" Noooooooh.

p/s: Bahasa Cina diajar di sekolah ni. Untunglah budak budak ni. Melayu pun boleh, English pun boleh, Arab pun boleh, Cina pun boleh.

Thursday, July 4, 2013

New environment

Semakin hari, semakin sukakan sekolah ini. Why? Sebab students sangat tertib, komuniti guru yang sangat komited terhadap kerja masing masing, staff sekolah yang sangat peramah dan sangat menyambut baik kehadiran cikgu baru seperti aku ni. Kat sini, aku banyak mengalami perubahan suasana. Ini aku compare dengan sekolah yang aku mengajar sebelum ni la.

1. Noise level yang sangat minimum kat sini. Nak dengar bunyi budak menjerit cukup susah. Mungkin depa dah diajar untuk tidak membuat bising dalam kawasan sekolah. Compared to sekolah sebelum ni, ya ampun. Rasa macam duduk kat pasar malam. Bising yang amat.

2. Student sangat menghormati guru. Tak kira tahap 1 atau 2, masing masing bila jumpa cikgu ja, bagi salam. Ini paling ketara aku nampak perbezaan dengan sekolah yang sebelum ni. Kadang kadang, budak budak sesuka hati ja lari depan cikgu. Pandang pun tidak.

3. Since aku pegang kelas tahun 3, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk pastikan attendance budak diambil setiap pagi. Dekat sini, sistemnya agak berlainan.Pelajar diarahkan untuk berkumpul di dataran setiap pagi dan cikgu yang mengajar masa pertama yang bertanggungjawab untuk ambil attendance kelas. Haa..So, beban cikgu kelas tu berkuranglah sedikit. Pelajar tak dibenarkan untuk masuk ke kelas selagi tak diiringi cikgu yang mengajar masa pertama.Same goes to after recess.

4. Budaya memberus gigi selepas makan juga diamalkan kat sini. Ini yang paling aku kagum.Ada guru bertugas yang akan pantau setiap murid untuk pastikan depa gosok gigi. Ada sudut depan toilet untuk gosok gigi. Siap ada cermin lagi. Good good. I like! At least, budak budak ni dah diajar kepentingan memberus gigi. Tak ada la gigi rongak since kecik lagi. Hehehe.

5. Struggle nak tone down loghat utaraku yang pekat.Orang kedah kata, jenuh 'pedo'. Mujurlah ada seorang cikgu kat sini dari Sungai Petani. Kalau rasa nak lepas gian cakap utara, cakap dengan dia la. Hahaha. Selalunya aku akan 'pedo' loghat utara aku ni bila masuk mengajar. Automatik tukar cakap Key-ellll...Geli geleman pulak dengan diri sendiri bila cakap Key-ellllll. Rasa fake sangat.Hahaha.

6. Sekolah start awal kat sini. 7.20 dah masa pertama. Habis sekolah pulak, 1.10. Terkejut beruk jugak la aku sekolah start awal. GB pulak sebolehnya nak cikgu sampai sebelum 7.10 pasal time tu la nak amik attendance budak semua. Rekod la aku ni keluar rumah 6.50 pagi. Kalau sebelum ni kat Kedah, sekolah start 7.45. Pukul 7.15 pun sempat lagi sampai sekolah.

7. Everything moves so fast here.If GB nakkan sesuatu, sebolehnya dia nak siap within one or two days. Procrastination is their enemy. For me, bagus sebab kerja cepat siap. On the other side, mungkin sedikit sebanyak boleh buat cikgu stress. 

Wah.Macam buat observation pulak kan.By the way, tadi baru saja selesai Acara tahunan sekolah which is Kejohanan Padang dan Balapan. Aku jadi pegawai. Tukang amik masa pemenang ja. Tahun ni rumah Kuning juara.Yeah! Sebelum ni cikgu cakap Kuning selalu corot. Masuk aku, Kuning juara. Ehem. 

Cute sangat yang pegang sepanduk ni. Tapi monyok je muka pagi pagi.

 Tema rumah kuning tahun ni harimau. Semangat cikgunya buat ekor dan whiskers untuk setiap orang.

 Hang ada lagu ni? Hehehe.

Pra sekolah. Ni lagi super cute. Dengan topi warna warninya. Oh...melting....

I love this school =)

Tuesday, July 2, 2013

So sudden.

Hari ini ada raptai Hari Sukan. So, dari awal pagi dah turun ke padang memantau budak perbarisan. I rumah kuning. Tak pernah seumur hidup aku dapat rumah kuning. After rehat, kelas berjalan seperti biasa. Officially, I am now the head of English Panel. Rasa macam tak layak je nak jadi ketua pasal ada cikgu senior lain yang lebih berpengalaman.Tapi disebabkan GB tak nak susahkan cikgu lain nak kena reshuffle jadual, so I will replace previous teacher's position. Apa yang dia pegang, aku sambung. Jawatan dia penuh satu kertas A4. Wuwuwu.Dah mula terasa pressure as a new teacher. Pressure sebab apa? Sebab sebelum ni tak pernah pegang banyak jawatan. Rileks je jadi cikgu ganti. Mai kali ni, tak ada dah nak rileks. Anyway, I will try my best to do my job. Bak kata officer PPD, GB ada kuasa mutlak di sekolah. If dia bagi awak sesuatu jawatan, terima sajalah. Jangan nak banyak complaint. One more thing, jangan mintak tukar sekolah lagi. Memang takkan dilayan kalau baru setahun dua mengajar.

Nampak gayanya, aku akan menetap lama kat Segamat ni. Tambah pulak still tak kahwin. Lagilah payah nak minta transfer. By the way, aku tak ada la terdesak sangat nak minta transfer. Lagipun, tak ada masalah pun bagi aku kena posting jauh dari rumah. Aku ni jenis redho ja. Selalu fikir ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi. Fikir gitu je lah.Oh, lupa nak khabor. Aku dah dapat rumah sewa. Alhamdulillah. Kebetulan ada sorang yang nak keluar dari rumah ni, so aku masuk menyewa. Kalau bukan sebab terserempak dengan PK HEM kat sekolah tempoh hari, rasanya sampai sekarang aku terkapai kapai mencari rumah sewa. Syukur sangat sangat. Housemate pun okay.Dia dah kahwin tapi suami kerja kat Alor Setar. Terpaksa la berjauhan. Kesian kan? Huhuhu. Dia pun ada minta transfer tapi belum ada rezeki lagi. Rumah sewa aku ni besar. Semi D. Porch besar. Boleh masuk 3 kereta. Sewa hanya RM 370 sebulan. Bahagi tiga tengok. Haa..Murah kan? Tapi tu tak termasuk bil elektrik dan air lagi. But still aku consider murah. Rumah sewa mat arep kat SP tu pun dekat RM 600 sebulan. Huhuhu.

Barang aku sampai ke hari ni duk dalam luggage lagi. Bukan malas tapi sebab tak ada almari. Masih mencari lagi almari kain yang murah kat town.So far survey, paling murah RM39. Nak cari lagi kat tempat lain.Kot kot boleh dapat murah lagi kan. Hohoho.Sekarang ni kena berjimat cermat sikit. Gaji paling lewat 2 bulan baru dapat. Gaji guru ganti bulan 6 pun tak masuk lagi. So, keadaan kewangan hanya cukup cukup makan untuk 2 bulan seterusnya.

Ok lah. Itu sajalah sedikit sebanyak coretan untuk hari ini. Ada masa, aku tulis lagi noh.

Sunday, June 30, 2013

Safe and sound

Hallu everyone. I am now in Segamat. Esok melapor diri di PPD. Hopefully, everything will be good. Family dah bertolak balik ke KL. So jadi anak perantau kesorangan di sini. Sobs sobs sobs. Pekan Segamat ala ala pekan Sungai Petani. Banyak kedai lama. Masih lagi menyesuaikan diri dengan jalan disini. Banyak one way.So aku pun jadi konfius. Esok nak kena drive sorang sorang pergi PPD. Duk hafal jalan macam nak masuk exam. Hohoho. Jalan yang aku tahu hanyalah ke PPD dan sekolah aku. Tempat lain, don't know. Hahaha. Tak berani nak explore sorang sorang buat masa ni. Takut sesat tak jumpa jalan pulang.

Sekampung I bawa pi tengok sekolah.Hehehe.

So far dah pergi tengok sekolah. Memang jauh dari expectation aku. Ku ingatkan dalam ke kampung tapi tak pun. Pinggir bandar gitu. Ok lah surrounding sekolah tu. Terserempak pulak dengan PK HEM. Very nice person. Guard minaci. Pun friendly. Alhamdulillah. Moga moga kekal friendly sampai bila bila.Huhuhu. Awal awal ni, cuak lebih sikit. Tegha' nak biasa kan. Huhuhu.

Ok la you'olls. Nanti I update lagi noh.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger