Online users

Follower

Showing posts with label TE. Show all posts
Showing posts with label TE. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Cool down balik

Tudiaa...Bukan main emo lagi naa Zack.Hahaha.Sekali sekala emo kat blog, tak pa kot naa.Stress tak sudah lagi ni sebenarnya.Assignment masih belum start, readings untuk test pun ke laut lagi.Mood tak sampai.Tunggu last minute baru nak celapak tak tidoq malam perah otak buat.Huhuhu.Standard.Bagi la motivasi banyak mana pun, awai awai mungkin la semangat start awai.Dah lama, tak ada maknanya nak start awai.Kembali ke takuk lama.

Saja nak tunjuk gambar ni. Setahun muka aku akan ada dalam yearbook Clyde Quay School.Wohohoho.Bangga bangga. *Kembang kempis hidung*

p/s: Ok. Tak emo dah lepas tengok gambar ni. Rindulah pula kat dorang.Huhuhu.

Tuesday, August 2, 2011

I feel hot.

Habis anak mat saleh aku Islam kan. Hehehe. Ini time belajar pasal Malaysian traditional clothes. Aku bawa dua pasang baju kurung dan few shawls. Mula mula aku tunjuk ja kat dorang.Lepas tu terfikir, baik pakaikan kat dorang. Lebih authentic gitu. So, there you go. Hujung kiri tu namanya Millie. Tengah tu Min Er. She's the one from Malaysia. Yang tulis essay pasal aku on the previous entry tu. Yang hujung kanan tu Hannah.

So how do you feel when wearing the hijab?
I feel hot.
Do you feel comfortable?
*Silent*

Hot= panas. Bukan nya bajet hot. Hahaha. =P

Monday, August 1, 2011

All about Zack

Macam mana la aku tak rindu kat budak Nikau.Alahai... =) Felt honoured to be interviewed for 'All about Zack' session. Later on they need to write a short essay about me. Wohooo.Glamour mak noks. Habis dengan nama boyfriend aku pun dorang tanya. Sebelum soalan tu keluar, ada budak tanya aku, "How old is your husband?" Nice gila. Memang nice. T_T

Some of their writings. Curi ambil gambar.Hehehe.



This was written by one Malaysian student in my class. Kelas aku ni macam macam budak ada.Chinese, Indian, European New Zealand, Maori, Fiji Indian, Malaysian. Multicultural I tell you.

Thursday, July 28, 2011

Masak untuk mat saleh


Tiba tiba rindu pada budak Nikau. Walaupun dah dekat sebulan TE berlalu, memori tu masih segar di ingatan. Teringat shared lunch session. Aku kena masak Malaysian food untuk dorang.Mel nak benda paling simple. Nasi goreng la jawabnya.Ingatkan tu je la menu nya.Sekali dia minta masak laksa jugak.Nooooh.Nasib baik guna paste. Mau kalau guna ikan mentah tu, jenuh bau satu dapur.

Agak mencabar juga nak handle budak budak ni time nak masak. Off task memanjang. Aku memang fail nak marah apatah lagi dalam BI. Kang tersasul buat malu ja. Hahaha. Aku jenis tak boleh ramai ramai kat dapur ni. Aku nervous.

Student A : Zack,I'm finished with the onions. What's next?
Aku : Aaaa..Wait for a sec.
Student B : Zack, is this how you cut the cucumber?
Student C : Zack, can I do that?
Student D : Zack, zack, zack...

Omaigod! Tak tahu nak jawab mana satu weh. Banyak sangat duk mai tanya.Letih. Normal la budak budak kan.Kuat bertanya tapi kalau dah banyak sangat, sampai ke esok tak siap nasi goreng aku.Hahaha.Tapi best la tengok dorang excited nak tolong. Aku suruh potong cucumber macam lain, dia potong 'ikut dan' dia.Lantak la labu. Asalkan berpotong juga cucumber tu.Ada yang kupas bawang separuh jalan dah menangis.Hahaha.

Ada yang bila suruh kacau nasi goreng tu, dia kacau sungguh sungguh sampai terpelanting nasi. Sampai kena warning la dengan aku "Stir it slowly and gently my dear".

Cikgu tengah bahagikan makanan. Shared lunch kali ini gabung dengan budak junior sekali.So, around 50 kids yang akan makan masakan aku.Nervous oh.Takut terpedas, takut terkurang rasa.Takut semuanya la!

Laksa letak dalam cawan.Hahaha.Disebabkan mee laksa tu terhad, ada la sorang dapat dua tiga urat laksa dengan sedikit kuah.Lawak gila.Celah gigi aku pun tak lepas weh. Tapi tak pa la. Budak budak ja yang nak makan.Plus, dorang ada bawa bekal masing masing.Setakat nak merasa lepas la.

Sila jamu selera, dengan bermacam hidangan.Pilih yang mana suka, sila janganlah segan.

Feedback dari budak dan cikgu : "It was delicious Zack!" "Very yummy!" "Where did you learn to cook?" "I like the laksa.It tastes soooo good!"

Yo lah yo lah. Guna paste je pun.Memang la sedap.Hahahahaha.Rasa puas hati dapat masak makanan melayu kat dorang.Ada yang sanggup minta mak dia buatkan satay untuk shared lunch ni.Dah macam macam rupa dah sataynya pun.

Roti canai. Associate teacher Afiq yang bawa.Aku ingat dia buat sendiri.Mula nak kagum dah.Sekali hang, beli siap rupanya.Ok.Tak kagum dah. =/

Some of the girls from Nikau class. Kaki gossip semuanya ni.Hahaha.

With the juniors. Kecik dan buat aku geram.Rasa nak dukung bawa balik.

Sweetest memory ever =)

Friday, July 8, 2011

Disco time!


Officially, TE has come to an end. Rasa sedih bercampur gembira. Frankly speaking, aku rasa seronok sebab staff sekolah ni sangatlah friendly. Dorang buat aku rasa macam aku cikgu tetap kat situ. Layan sama ja dengan cikgu yang lain. Kebetulan time TE, dorang ada buat future funk disco. Ala, disco untuk budak budak.Don't get me wrong. Tak ada arak. Yang ada hanyalah segerombolan kanak kanak kecil berpakaian comel,keropok,jus dan lampu lip lap lip lap.

See see. I told you. Sakan sungguh depa ni. Dengan cikgu pun sama naik.

Saya goyang goyang sikit sikit saja. Segan aih nak head banging bagai.Tak sesuai dengan imej bertudung. Suruh menari cak pong saya reti la =P

p/s : Entry ni patutnya keluar minggu lepas lagi tapi sebab blogspot buat hal, sampai sekarang baru boleh publish! Huhuhu.

Thursday, June 23, 2011

Peta Malaysia


Oh my.Penat weh, penat! Baru first lesson dah rasa macam nak pitam. Hari ini aku mengajar pasal language dan serba sedikit pasal kedudukan Malaysia.Starting dah ok. Bila aku tunjuk peta Malaysia, dorang mula tanya pelik pelik. Diluar jangkaan aku. Start menggelabah dah. Mujur Mel ada untuk tolong aku.

Kalau korang tengok peta Malaysia kat atas tu, ada satu tompok purple sebelah Perlis yang tak ada label. Boleh pula sorang budak ni tanya aku itu negeri apa. Jenuh cangak tak tahu nak jawab apa weh. Seriously. Semua tompok tompok yang tak berlabel, dorang tanya. Mati akai aku nak menjawab. Last last aku cakap "Must be the other island, but I'm pretty sure it is not belong to Malaysia".

Time belajar language, ok la.Dorang semua dapat tangkap dengan cepatnya. Ada sorang budak Malaysia dalam kelas aku.Memang dialah juara. Hahaha.Tapi kan, bila suruh cantum peta Malaysia, group dia paling corot sekali.Hancus terus.Tak rupa peta Malaysia dah except for Sabah dan Sarawak. Dorang paling ingat yang Sabah dan Sarawak sebab resemblance to dog figure. Itu jelah yang dorang cekap.Mai tang peninsular Malaysia, hancus.Hahaha.Comel je masing masing.But it was a good start.Esok kena mengajar lagi. Topik pasal baju tradisional. Kita tengok pula apa yang akan jadi esok.Hahaha.

Jauhnya Penang! Negeri Sembilan tiba tiba ada kat tepi. Awesome guys.Hahahaha.

Feeling model.

Minggu ini ada sesi tangkap gambar untuk school yearbook. Tak sangka pula dorang bagi chance kat aku dan Kalie untuk join sama. Wah.Terasa macam dihargai pula kat sekolah tu.Penghormatan besar ni. Ye lah.Duduk kat sekolah tu dua minggu je pun. Tapi dah masuk yearbook.Mana cek tak kembang semangkuk. Hahaha.

Kalie's turn.

First time photoshoot ada skrin putih kat belakang. Flash kiri kanan.Terasa macam model you.Hahaha.Serius rasa segan gila.Padahai dia amik gambar takat bahu ja.Mungkin sebab kamera tu terlalu dekat dengan aku.Disuruhnya aku senyum lama lama sebab dia ambil banyak shot. Pergh. Tak menahan der. Siap kena puji lagi "You got a beautiful smile. Keep smiling.Chin up, chin up" Ceh.Umpan la tu.Hahaha.

Tak cukup dengan tu, kena acting. Hahahaha.Memang tergelak gelak la aku kat situ.Mana nak expect dia nak suruh kita acting smbil tangkap gambar. Konon macam candid la kan. Anyway, I felt honoured to be part of the school.Pengalaman baru gitu.Merasa jugalah macam model sikit sikit.Kahkahkah!

Terharu dorang nak bagi satu copy kat aku once it is done.Even kalau dah tak ada kat sini pun, dorang akan pos ke alamat aku kat Malaysia.Wah! Sayanglah korang Clyde Quay School!

Friday, June 17, 2011

Autism

Dalam kelas aku ada sorang budak autism. Kesian. Dia ada overload sensory motor which aku tak pasti apakah maksud disebalik term tu. Tapi dari pemerhatian aku, dia ni suka bergerak. Tak reti duduk senyap. Duk sat nak bangun keluar kelas. Pantang nampak pintu kelas terbuka, laju je dia lari keluar. Jenuh Mel nak mengawal. Lagi satu, dia tak boleh dengar bunyi yang loud or else dia akan tekup telinga dan lari ke tempat lain.Dia pernah gigit tangan budak sekolah tu sampai berdarah.That's why Mel kena selalu perhatikan dia. Takut dia buat sesuatu diluar batasan.Aku style senang tacing tengok budak yang ada masalah macam ni.Kalau tengok dari segi luaran, memang nampak dia macam budak lain.Cuma dia jarang nak bercakap dalam kelas. Even waktu Mel mengajar, akan ada cikgu lain yang take over budak tu. Kiranya ada special programme untuk dia.

Lagi satu, classmate yang lain sangatlah caring dan supportive kat si autism. Tolong si autism baca buku, bila si autism lari keluar kelas, dorang pergi pujuk si autism untuk masuk kelas balik. Plus, during lunch break, dorang ajak si autism main sekali. Tak ada nak sisihkan si autism. Pernah sekali ada sorang budak ni gelakkan si autism, Mel terus marah. Senyap terus budak tu haa. Baguslah macam tu.Sama sama kasi effort untuk tolong si autism. At least berkurang sikit beban Mel.

Tak tahu la nanti aku ni macam mana.Mau dibaginya aku budak autism ke ADHD ke, mau berjurai air mata aku.Bukan sebab tak mau handle tapi sebab kesian dan tak sampai hati. Duk imagine kalau aku ditempat dia macam mana. Kalau dia tu anak aku macam mana.Huhuhu.

p/s : Dalam hati ada taman der.

I can draw


Apa yang aku dapat dari TE hari ini? Swan putih hasil karya sendiri.Hahaha.Dah lama tinggal seni melukis ni. Tadi dorang ada Art class. Memula aku just tengok dorang melukis ja, sekali Mel ajak aku melukis sekali.Demi tak nak menghampakan Mel, aku ikut je lah. Maka terhasillah kepala swan.Kalau suruh lukis satu badan, tobat tak jadi swan.Hahaha.

Tema: Birds. So, dorang kena lukis burung la.Tak kisah la burung apa pun. Hebat budak budak ni.Lakar pakai crayon teruih.

Thursday, June 16, 2011

First day: Not bad.

I should not have said this but I kinda like my first day of teaching experience. Hahaha.My expectation totally changed when I first met Mel. Dalam gambar memang nampak macam singa, tapi bila jumpa face to face, she's a lovely person indeed. Sangatlah helpful dan takkan tinggalkan aku sorang sorang dalam staffroom. Awal pagi lagi dah kena attend teachers meeting. Staff yang lain pun friendly. Terasa macam dah jadi sebahagian daripada sekolah tu dah.Ecewah. Poyo la hang Pirah. Baru first day kot.

Dapat level 4-5. Sama macam tahun lepas. Cuma budak sekolah ni bijaksana lain macam sikit. Mel tanya berapa session aku kena mengajar. Aku cakap A SERIES. Harap harap dia bagi dua kali je lah. Ada juga dia nak suruh aku handle kelas fraction. Oh no! Rasa macam tak layak.Hahaha.

Untuk preparation lesson aku nanti, Mel minta semua student untuk bagi satu soalan berkaitan Malaysia.Apa yang dorang tahu dan apa yang dorang nak tahu lagi pasal Malaysia.

What do they know about Malaysia?
1) It is hot (That's so true my dear)
2) There are a lot of Muslims there (Quite observant jugak budak budak ni)
3) It has a lot of monkeys and elephants (Poor those little kids in New Zealand.They don't have monkeys and elephants in here!)
4) It has island
5) It has many festivals

What they want to know about Malaysia?
1) Malaysia celah mana weh? Dekat dengan negara mana? (Cis! Singapore yang lagi kecik dari Malaysia dorang tahu pulak)
2) How hot is it in Malaysia?
3) Population (Sumpah aku tak ada clue langsung pasal benda alah ni.Kena google la jawabnya =.=)
4) How many are Muslims? (Good question)
5) Which part of Asia is Malaysia? (To be frank, aku tak expect soalan macam ni keluar dari mulut budak umur 10 tahun)
6) Can we ride the elephant? (Mesti banyak tengok National Geo channel ni..hehehe)
7) What kind of festival do you have?
8) Traditional clothes
9) What kind of food do you have? (Part ni paling syok sekali)
10) Do you have mines and golds?
11) What kind of trasportation do you have?
12) How are the houses made of?
13) Money system

Nooooh.Jenuh nak cover semua dalam masa 20 minit.Memang takkan sempat.

Wednesday, June 15, 2011

Kurang motivasi untuk ber TE tahun ni.

Salam. Esok bakal bermulalah episod bosan aku. Teaching experience a.k.a School Based Experience.Last year agak excited la nak jumpa student Mat Saleh sebab first time.Kali ni rasa bosan dah.Kalau boleh nak TE habis cepat.Huhuhu.Lagi rasa down nak pergi bila associate teacher tak reply email aku. Rasa macam tak dijemput pulak.First impression dah negatif.Hahaha. Kali ini dapat sekolah kat Mt. Vic ja. Dapat berdua ja dengan Afiq. Nice kan. Konfirm konfirm la nanti aku sensorang dalam kelas tu. Duh. Tak dapat bayang. Tak beragak dorang ni letak dua ketoi ja dekat situ. Letak 4 ok lagi.Boleh pair. Huhuhu.

Apa pun, aku try untuk bersikap positif.Ada hikmah dorang letak aku kat sekolah tu. We'll find it soon. Dah mula tengok website sekolah tu.School decile 8 beb! Mesti student semua hebat hebat.Dah tau dah Mel tu yang mana satu. Oh. Mel is my associate teacher. Dia la yang akan bimbing aku nanti. Tengok gambar macam garang. Hope salah la sangkaan aku. Tak syok kalau dapat cikgu yang strict sangat ni. Dapat yang sporting baru enjoy nak stay lama lama kat situ.

Last year's TE at Thorndon School.Miss them a lot.Huhuhu.

Tak sabar untuk TE habis. Ceh. Start pun belum. Dah kecoh nak cepat habis.Hahaha.

Sunday, June 27, 2010

Ini yang terakhir.


Tempek gambar lagi.Hohohoho.Agak tak tahan, sila close blog ni ye. Last day of TE.Err.Actually, aku takut juga nak ambil gambar budak-budak ni.Takut cikgu dia marah.Dalam kelas pula tu.Time dorang tengah belajar pula tu.Hoho.Nak publish pun fikir 2 3 kali juga.Tapi, niat aku suci murni.Bukan nak sabotaj dorang.Just nak tunjuk macam mana environment kat sini.Tak ada niat jahat kan? Kan kan kan.So, kira halal la bubuh kat blog ni.

Thorndon School adalah sekolah tertua di Wellington.Establish since 1852. Dah lebih seabad kan.

Bilangan pelajar hanyalah seramai 240 orang yang terdiri daripada banyak ethnic. Maori, Pakeha, Samoan dan international students.School decile 10. Memang bukan calang-calang sekolah.

Yaw yaw.

Pelajar bebas berpakaian.

Budaya membaca dipupuk dari kecil.Seawal usia persekolahan iaitu 5 tahun.

Erk.Tebalnya buku kamu Ali.

Nanti kalau dah ada anak, nak pupuk dari kecil supaya rajin membaca la.Jangan jadi macam mamanya.Sangat malas nak membaca.Blogging je kerjanya.Tsk.

Ini edisi terakhir TE.Kalau ada story best, aku cerita lagi.For the time being, kita tukar topik la pulak naa.Aku pun cemuih jugak asyik nak cerita pasal TE ni.

Saturday, June 26, 2010

Gambar comel lagi.


Time shared reading hari tu.Hang tengok perbezaan aku dengan depa.Berbubble jacket bagai.Depa rilek ja pakai shirt nipis.Teacher Zack baru turun dari main ski agaknya.Tsk.

Mana yang faham kenapa aku tempek gambar ni, faham la ye.Yang tak faham, sila abaikan.

Wah.Bergaya habis yang hujung tu.Pacak bagai.

Huhu.Miss them.Seriously.

Lily time guided reading.Looks like they really have a good time with her. =)

Dapat kad dan feeling hot.

Time tengah bersembang dengan Lily, tiba-tiba Minah(bukan nama sebenar) tarik baju aku.Bila aku toleh, dia kasi ini.

Kantoi double chin.Hahaha.

Olololoo.So sweet ok.Rasa macam hot pula tiba-tiba.Tahu tak apa yang dia tulis dalam tu?

To Zack

Thank you for comeing and helping our class.

From Room 6 *smiley face*

Kan aku dah cakap, mat saleh pun buat mistake dalam spelling.Memang sesuai untuk menggambarkan pepatah mat saleh ini : Nobody's perfect.Ohoo.

By the way, thanks Minah!

Bila mat saleh belajar bahasa kita...

Semalam lepas present pasal Malay language, kami buat short quiz.Siapa yang dapat jawab dengan betul, dapat lolly.So, dorang ni semua eager la nak menjawab.Aku pun mula tanya.

What is Thank You in Malay language?

Ada sorang budak ni loud sikit bila bercakap.Paling talkative dalam kelas.Dia tak angkat tangan pun.Just shout jawapan dengan confident.Muka tahap keyakinan paling tinggi der.

I know.Terima kabasih!

Jenuh tahan gelak habaq hang.Actually, dia terkonfius apa khabar dengan kasih.Itu pasal termix habis dua benda tu.Itu satu.Yang ni cikgu dia pun ada problem nak sebut dengan betul.Masa ni nak ambil gambar ramai-ramai.Niamh tolong ambilkan.

Niamh :Lily and Zack, when you want to greet someone, what do you say?

Lily :Apa khabar.

Niamh :Ok guys. When I say 3,2,1 you say Apa Khabaii ok?

Lily : A pa kha bar.

Niamh :Alright.A pa kha baiii.

Lily : (give up dah nak betulkan pronunciation dorang)

Budak-budak : Apa khabaaiiii....

Tobat lawak.Memang susah nak acquire new language within 30 minutes.Tapi depa ni memang awesome la.Even baru belajar pun, dorang cepat tangkap dan boleh ingat.Ada la sikit silapnya but still consider ok la for new learners kan.Aku rasa bahasa melayu senang nak sebut sebab banyak consonant.Tak ada la tergeliat lidah sangat nak sebut compared to English language.

Friday, June 25, 2010

Alahai sayangku.

Bila tengok balik gambar time TE, rasa macam sayu pula.Pasang pula lagu jiwang.Duh.Menusuk di kalbu.Miss the sweet moments with them.Miss their big mouths.Miss their laugh.Budak-budak kalau gelak memang comel.Alahai sayangku.

Sayang kamu.

Kelas sebelah bertukang macam kelas Kemahiran Hidup dah haa.

Bakal engineer kereta.Sayang kamu.

Cikgu suruh tiup belon untuk buat eksperimen.Bersemangat ni haa meniup.Ayaq liuq bersembur merata.Huhuhu.Sayang kamu.

Macam pelanduk dua serupa.Dorang best friends.So cute kan.Main pingu pula tu.Hihi.

Dorang memang excited bab bergambar ni.Sebahagian daripada student dari Room 6.Sayang kamu semua!

Are you coming back here next time? Don't forget to send us postcard from Malaysia.

Dorang ingat kami direct balik Malaysia after habis TE.Tu yang minta postcard bagai.Comellah kamu.But at the same time rasa tak sampai hati nak blah dari sekolah sebab dorang mengharap kami akan datang lagi next time.

Banjir dengan gambar.

Kebanjiran gambar sedang berlaku.Woosh woosh (bunyi ombak).

During Jump Jam.Tengah bercakap dengan Niamh pasal lesson plan untuk guided reading.Muka kelat sebab kerja tak siap.Hahaha.

Lenovo guys.Guna untuk check resource pasal windmill from internet.They are on task.Tak ada yang ke laut buka facebook!

Tengok yang bawah sekali.Ehem.It's Lily and Zack!

Unique painting inside the library.

Library time. Setiap orang wajib pinjam at least satu buku.I'm impressed.Buku yang dorang ambil bukan yang nipis tapi tahap macam Harry Potter punya tebal. Umur baru 9-10 tahun.

Clap clap clap.Cikgu berani ambil risiko bagi dorang rongkah PC ni. Kecil-kecil dah pandai nak asingkan compartment PC.Ini bakal-bakal engineer komputer pada masa akan datang ye.

Bawa toy datang kelas untuk Discovery Time.Comel kan dorang ni.

To be continued...
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger