Wohoo.Siapa sangka kan, Ana Raffali yang dapat title Juara Lagu semalam? Ramai yang tak menyangka dia akan menang.Apatah lagi, dia langsung tak diletakkan pada ramalan pemenang AJL.Rata rata memilih Faizal Tahir dan Yuna sebagai ultimate champion.To be frank, aku pun tak sangka lagu Ana Raffali boleh menang.Aku bajet Adira atau Yuna.Waktu Cheryl cakap penulis lirik, komposer lagu dan penyanyi orang yang sama, nah...konfirm Yuna punya.Sekali kau, Ana Raffali.Nganga mulut ja la.Memang tak percaya.Saingan memang sengit sebab semua lagu berpotensi untuk jadi juara.Unik in their own ways.Ramai yang tak puas hati.Kat HOT FM ada seorang pendengar call luahkan perasaan.Dia tak puas hati juri pilih Ana Raffali.Ramai yang macam nak pangkah penyanyi muda tu.Adoyai.Kesian pula.Walaupun kurang bersetuju, akur sajalah pada keputusan juri kerana mereka lebih tahu kriteria yang perlu ada dalam sebuah lagu untuk diangkat sebagai juara.Mungkin di telinga kita sedap, di telinga juri tidak.Lagipun, semua juri memang dah expert dalam bidang muzik ni.Siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan dorang.Terima sajalah.Jangan nak naik angin pula favourite artist korang tak menang!
Juara lagu: Tolong ingatkan aku (Ana Raffali)
Naib juara : Drama King (Meet Uncle Hussein dan Black)
Tempat ketiga : Noktah Cinta (Hafiz)
Persembahan terbaik : Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik : Noktah Cinta (Hafiz)
p/s : Lepas ni download lagu "Tolong ingatkan aku" dan replay banyak kali.Cuba cari apa yang special tentang lagu ni.Hehehe.
p/s/s :Agak tak suka penyampaian Ana Raffali semalam.Macam ter over sikit.Opss.

