Online users

Follower

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Cerita makan

Semalam attend kenduri kahwin budak kelas aku. Setiap hari ingatkan cikgu datang kenduri rumah dia. Tahun lepas pun dah kenduri akak sulung. Aku tak pergi sebab ada hal lain. Tahun ni free, so pergi la. Dapat lepaskan kempunan makan daging kambing. Ada dangai some more. I like.

Petangnya pulak ada mesyuarat kebiru kat Restoran RZ. Buat sekali dengan jamuan perpisahan Kak Mas yang dapat bertukar ke Nilai. Makan lagi. Sebenarnya sekarang ni aku menjaga pemakanan sikit. Hahaha. Geli dengar tapi itulah realitinya. Sebab cuti sekolah hari tu dah macam monster. Makan macam macam. Sampaikan cikgu sekolah tegur nampak berisi sikit. Perempuan ni pantang dengar perkataan 'berisi' 'gemuk' 'tembam' dan sewaktu dengannya. Terus moral down. Haha. Makanya, bila mula sekolah balik ni, makan pun jaga. Kat Segamat ja la harapan nak kuruih balik sebab makan tak berapa sedap kat sini. I mean tak kena dengan tekak aku. Kang sentap pulak orang Segamat yang baca blog ni. Kebetulan pulak housemate pun tengah on diet pasal dia nak kahwin bulan 3 ni. So, aku jadi serba salah nak makan banyak banyak. Hahahaha. Environment kena bantu jugak. If duduk dengan orang yang kuat makan jugak, hancur diet.

It doesn't mean I do not eat rice. Still makan tapi kuantiti sedikit. Malam pun tak makan dah. Awal awal tu ketaq ketaq badan nak tahan. Now, I am getting used to it. Dah boleh tahan. Ayaq ais pun tak minum dah la ni. Keja bantai limau suam ja setiap kali makan. Harapnya kembali kurus seperti sediakala. Sediakala? Pernah ka slim melim? Hahahaha. Bedo'oh ja hang ni pirah oi.

Nah gambar semalam.

Saturday, April 5, 2014

Alah membeli, menang memakai

Salam again. Malam ni berkelapangan sikit nak menulis kat sini. It's just my plain update on what I did today. I had to attend audit akademik as I am teaching Year 6 this year. Basically we met with all the parents and update them on their kids' overall performance. It's not PTA Day. We showed them the percentage of their kids performance in UPSR based on PK 1 and we had a 'letter of undertaking' session where all the pupils and parents take oath to ensure that they play their parts in order to achieve their target which is 5A in UPSR. I have to sit at the front and it was very tiring to keep my posture for about 1 1/2 hours. Gasak la parents nak fikir apa pun. Kejap menunduk, kejap aku menongkat kepala. Hadoi. Letih. 

Second slot, we have a guest speaker to give a motivational talk. Dah kenyang makan, memang tak boleh nak fokus. Aku mengelat duduk belakang. Main tab. Lepas tu kan, wassap dari cohort masuk. Azu post gambar butik Aidijuma kat Curve kena serbu macam semut hurung gula gula. Ramai gila manusia. Sampai ke luar butik la dorang bersila pilih tudung. Tengah sale. Ada yang laki kat dalam baling tudung bini sambut kat luar pun ada. Nak menunjukkan dahsyatnya manusia. Aku dah lama berkenan tudung AJ yang corak songket tu. So, dengan rasa banyak duitnya, aku minta Azu tolong belikan satu. Hohoho. Sekali sekala reward diri apa salahnya kan. Ada sorang cikgu kat sekolah aku ni pun hantu AJ jugak.Buntang mata dia tengok butik AJ kena serbu tu. Mujur Curve tu jauh. Kalau tak, rasanya dah sampai sana dah. Kak Irma cakap sini pun ada butik AJ. Dekat Bandar Utama.

Memandangkan lepas program tak ada apa nak buat, I decided to go to AJ boutique just for window shopping. Bila masuk, tengok design cantik cantik, angan angan je lah window shopping tu. Terus grab 3 helai. Ikutkan hati, nak amik 5 tapi macam melampau pulak kan. Warm up dulu. Minggu depan datang lagi. Dorang nak restock baru. Baju kurung moden cotton pun cantik cantik. Harga sangat reasonable. Now I know the right place to find beautiful kurung moden with a reasonable price.Yang penting, it suits my height. Masalah aku ni satu ja kalau nak beli baju siap. Mostly kain senteng. Sobs. I'm not too picky in selecting the design. Kalau dah berkenan tu, grab ja. No second thoughts. Kalau tak, balik rumah nanti tak tidoq malam terbayang-bayang baju tu. Hehe.

Comel tak?

Tudung dah banyak, baju kurung pun kena la restock jugak kan. Hahaha. Next month target, tambah koleksi baju kurung! Hahaha. 


By the way, thank you again nuffnang. Despite my 'pending' updates, they are still giving me seven buffered earnings! Tocey tocey. =)


 

Wednesday, April 2, 2014

Life.

Assalamualaikum...

Lama kan tak blog? Well, I guess tuntutan kerja mengatasi segalanya. Sometimes ada je masa nak blog tapi malas sebab tak ada benda sangat nak cerita melainkan cerita yang sama. Kerja kerja dan kerja. I go through the same routine everyday. 6.45 am keluar kerja. Balik around 3-4pm. Hey, jangan ingat cikgu cukup masa loceng akhir bunyi boleh balik tau. There are so many things to do instead of teaching. Malas nak merungut. I guess you all pun tahu kan kerja apa yang banyak. Sometimes rasa diri ni la cikgu, diri ni jugak la kerani sekolah. Mana janjimu nak provide satu kerani untuk 3 orang cikgu? Mana? Haish. Today I went back around 3.30 pm. I couldn't stand staying longer. My head was in pain sebab mengadap pc sekolah lama sangat. Edit minit mesyuarat. Bila masuk GB baru, terpaksa la ikut style dia pulak. Sebab tu sampai sakit kepala mengedit minit. T_T Siapa yang nak jadi cikgu zaman sekarang, you have to be strong. Kerja sekolah sangat banyak. Tak tipu. Tambah pulak sekolah kecik. Lagi la banyak. Tambah pulak freshie. Siap la korang. Tapi dalam merungut ni pun sebenarnya banyak benda baru yang aku belajar. As the GB said "Tak pe Zafirah. Awak akan slow slow belajar banyak lagi perkara lepas ni" I have to take it in a positive way la. Kalau asyik negatif kang, tak berkat pulak gaji yang aku dapat.

Oh. Hari tu cuti seminggu I went back to Alor Setar. Even though I cuti seminggu, still I didn't have time to update here. My day was pack. Most of the time I jadi driver ma'am besaq la. 3 days in a row we went to pasar tani. She was using me fully to her advantage.

"Pirah, tok duk angan-angan nak pi Pulau Timbui tak dapat-dapat lagi. Aku nak pi bagi zakat kat depa sama."
"Pirah, esok pagi kita pi pasaq borong. Sana ikan murah-murah."
"Pirah, esok kita pi Pekan Ahad. Aku nak cari bawang nak buat acar."
"Pirah, esok kita pi Pokok Rhu. Cari halia. Habih dah halia pun nak buat acar"
"Pirah, satgi kita pi makan kenduri kat depan sekolah. Lepas tu kita pi kenduri Mak Ngah Kiah hang pulak.Aku tak masak dah hari ni. Kita makan lauk kenduri ja."
"Pirah, jom pi tengok Tok Long hang sat. Lepas tu aku nak cari perabot nak letak ataih rumah."

Tsk. Nak dating pun tak sempat oi. Tapi tak pa la. Bukan selalu dia nak boleh raging aku pun. Kasi chance la. Berbakti kepada tok selagi dia masih ada. Allah has a perfect planning for his followers. He took mama dan replace her with tok. Even though it is not the same, at least I have someone to care for. It's not my style la nak peluk cium tok everyday because she is very strict and not a kind of person yang cakap lembut lembut dengan cucu dia. But deep down inside her, I know that she is a loving person. She feeds us well and buy us gold (bukti paling nyata dia sebenarnya sayang cucu dia! hahaha).

She gets her house renovated and painted. Pak Su told me that she did it because she could sense that my big day is coming. She even asked me directly when will his family come and discuss about us. Seriously, I was shocked and not expecting that was coming from her. Aku pulak yang stress bila dapat soalan macam tu. Bukannya seronok dapat green light. Hahaha. The pressure is definitely on mat arep right now. I do not want to push him since he is in his final year. Insya-Allah he will finish his course this month and will be hunting for jobs. Actually we have planned it earlier to get married by 2015. The earlier the better. So, for now I cannot say anything yet since he is still struggling to finish his course. I hope you guys can pray for us. To be frank, at this age, all I ever want is to get married and have kids. I am tired of being alone here and want a company. Bernanah dah telinga mat arep tu dengaq aku asyik kata nak kahwin ja. Blood pressure terus naik!

Noh. Dari bab kerja, pergi ke bab ma'am besar sampai ke love story aku membebel. Ok lah. Cukup setakat ini dahulu.

Tuesday, February 11, 2014

Do something

I am accidentally gaining weight. Ceh. Accidentally konon. I just realized it this morning when I had difficulty to wear my kain sarong. It felt so tight to make it through the thigh. I knew this was going to happen. Lately, I've been eating too many fast food. Too many oily food. Too many rice intake. Apo boleh buek. Habis sekolah, perut minta diisi. Sudah makan, baring dan tidur. Bangun tidur, lapar, makan. Malam, buat lesson plan kejap, tidur. Sobs. Working as a teacher nowadays is so hectic and tiring. We use our brains a lot. We could not tolerate when we feel hungry. Tanya la mana cikgu pun. Kalau dah keluar dari kelas tu, mesti cari air tak pun makanan untuk alas perut. We repeat the same thing for the other class. Hakikatnya, mana mana kerja pun sama. Bila penat dan lapar, kita makan. Takkan nak biar perut kosong kan. Sedih dengan diri sendiri. I am so into work that I do not have time to take care of my body. I got to do something.

Sedihnya hanya sekejap. Depress pun hanya sekejap. 'Got to do something' pun hanya sekejap. After school, I went to the nearest stall and bought myself laksa and RM 2 of cucuq udang. Way to go Japirah! Let's do something later........

Wednesday, February 5, 2014

Reborn

Syoknya bila dapat blogging semula. Terasa macam dilahirkan semula. Gitu. Tadi belek belek balik entry past few years. Hurm. Boleh tahan mengarut jugak aku ni. Hahaha. Tapi at least, ada kenangan jugak di hari tua nanti. Boleh tunjuk kat cucu cicit, ni la blog tok! Kehkehkeh.

Esok ada majlis persaraan guru besar sekolah aku. Dah nak bersara dah GB. Sempat merasa pentadbiran dia for a few months. Tough tapi aku banyak belajar benda baru daripada dia. Kudos to her. Kalau bukan sebab dia, aku tak kan tahu selok belok panitia. Tema esok kuning. Hah. Hentam sajalah pakai baju kuning yang ada. Malas nak beradon sangat. Kang dia cakap macam seronok pulak dia nak pencen.

Ok la semua. Sedikit saja coretan untuk malam ni. Ada masa, I update lagi noh. Toodles!

Monday, October 14, 2013

Cerita telinga.

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh. Lama bebenor tak menulis kat sini. Sorry to keep you waiting. Itu pun kalau ada yang tertunggu tunggu la entry terbaru aku. Haha.Bajet Hanis Zalikha betul. Puii. So, banyak benda terjadi sewaktu aku tak update blog ni. Dan benda tu effect mood aku untuk update blog. Dengan kerja pentadbiran sekolah yang berlungguk, dengan masalah kesihatan aku sendiri, terus lupa kejap kat blog. Rasa meluat nak buka blog sendiri. Sampai tegha' tu la effect dia.

Semenjak aku datang Segamat ni, kesihatan aku macam tak menentu.Kejap okay, kejap tak okay. Dulu cukup susah nak sakit ni. Sekarang bila dah start kerja, sakit tu selalu pulak. Mungkin sebab stress kot. So, effect habis satu badan. Balik dari camping hari tu, aku makan tauhu sumbat kat kantin sekolah. Balik rumah, perut rasa tak sedap. Banyak kali aku ulang ke toilet. Cirit air. Aku dah rasa something wrong dengan badan aku ni. Tiba tiba pening, rasa nak muntah. Lembik satu badan. Sebab tak tahan sangat, aku telan painkiller. Terus muntah menjejeh jejeh. Lega terus lepas tu. Aku tanya cikgu sekolah yang makan tauhu sumbat tu, sorang pun tak ada yang muntah macam aku. So, aku suspect perut aku tak boleh terima tauhu sumbat. Or maybe badan aku still penat effect camping. Itu satu hal.

Lepas balik camping, aku dah rasa telinga aku ni macam something wrong. Rasa macam banyak je taik telinga tapi bila korek guna cotton bud, tak ada pulak taik yang melekat kat situ. Pelik. Tapi aku buat bodo je lah. Fikir perasaan aku je kot. Tup tup minggu lepas, telinga aku jadi kurang dengar. Rasa berdengung macam masuk air. Lama pulak tu. Tonggeng kepala, takut takut ada air masuk ke apa. Tapi still the same. Lagi lah bertambah pelik. Disebabkan kerja, aku tangguh pergi jumpa doktor. Balik sekolah dah penat terus tidur. Petang dah malas nak keluar rumah lagi.

Sampai la satu masa yang aku rasa dah tak boleh nak tolerate lagi dah telinga aku ni. Ganggu kerja aku kat sekolah.Ye lah. Kerja cikgu. Kena bercakap all the time. Kena bagi respond kat budak. Masuk meeting, kena pakai telinga untuk dengar butir butir mesyuarat. Bila tak berapa dengar ni, jadi tak syok la. So, aku pergi klinik. Lepas check, doc cakap telinga aku ni dah jadi impacted wax. Dalam bahasa mudahnya, taik telinga mengeras dan dah block gegendang telinga aku. That's why aku rasa dengung all the time. Gelombang bunyi terhalang oleh taik telinga aku tu. Lagi satu, doc cakap taik telinga dah banyak. Aku bangkang doc. "Tapi doc, saya selalu korek telinga.Macam mana pulak taik telinga saya boleh banyak lagi?" "Ye, saya tahu. Tapi awak dah tolak taik telinga awak tu masuk ke dalam lagi. Bukan bawa keluar. Awak pakai cotton bud kan? Sebenarnya tak elok pakai cotton bud ni." Ada hati tu nak melawan doc. Hahaha.


So, doc bagi ubat titik dulu untuk cairkan taik telinga.Dekat seminggu jugak aku terseksa, sakit tengkuk sebab asyik teleng kepala untuk titik ubat telinga. Dah la dua dua belah telinga.Huhuhu. Dua kali aku ulang pergi klinik tu untuk check taik telinga cair ke tak. Bila kita titik ubat telinga tu, dia akan jadi bertambah dengung sebab masukkan liquid kan dalam telinga. Dia buat aku jadi tak selesa. Rasa macam pekak weh.Serius. Banyak round jugak la aku menangis sorang sorang dalam bilik mengenangkan nasib telinga dengung ni. Sendu ja.Ikutkan schedule, Rabu ni baru pergi check up pulak kat klinik tu. Tapi aku dah tak tahan. Dah la Rabu aku start kursus. Gila apa nak pergi kursus dengan telinga tak dengar sebelah.

Sampai suku botol aku titik. Tak cayaq jugak, tak tau lah.

Makanya pagi tadi aku pergi klinik kesihatan. Mind you sebelum ni aku pergi klinik swasta. Cekau bukan main lagi duit aku.Umat manusia sangatlah ramai. Bila ramai ramai ni, orang kiri kanan bercakap, dengan telinga aku tak berapa nak dengar, rasa macam bising sangat. Aku nak tunggu nurse panggil nama aku pun aku tengok gerak bibir dia. Dengar sayup sayup ja. Sadis betul.Huhu.Masuk check up room, aku pun cerita la balik dari A to Z pasal telinga aku kat doktor. Mujur doc perempuan. Lepas tu dia suruh aku pergi bilik lain untuk kasi cuci telinga aku ni. Yang cuci telinga aku is MA lelaki. Hmph.Segan oi. Sebab masalah taik telinga keras.Nampak macam pengotor sungguh anak dara sorang ni T______________T  Lucky he was not showing any sign of disgusting in front of me. He treated me so well.

Meh nak cerita proses cuci telinga. Actually tak sakit pun. Sebab method yang digunakan ialah teknik semburan air. Dia guna syringe yang besar then dia akan picit air tu ke dalam telinga kita. Langsung tak rasa sakit. Tapiiiiiiii bila dia tolak syringe tu masuk ke dalam lagi, the pain comes. Tak lama.Kejap je rasa sakitnya. Sakit tu sebab pressure kuat kat gegendang telinga sampai kita rasa berpinar. Baru buat sebelah telinga, aku dah tumbang. Pening lalat. Terpaksa baring kejap sementara dia nak continue sembur lagi. Tapi feeling bila kita nampak taik telinga tu keluar, pergh...rasa bahagia sangat. Bila dapat dengar suara MA dengan jelas, rasa bersyukur sangat. Sebab aku ni style yang suka fikir ke depan. Terlalu ke depan. Takut telinga tak boleh dengar terus la, pekak la, apa la. Huhuhu. Aku puji la sikap doc and MA sini. Dorang buat kerja kemas. Tak buat kerja sambil lewa. Selagi tak cuci telinga aku, selagi tu la dia teropong dan sembur air sampai betul betul cuci. Thank you so much abang MA.

Dah setel tu, doc bagi ubat antibiotik dan ubat gatal pasal dia kata ada fungal kat telinga kiri aku ni. Tapi fungal tu akan hilang bila kita telan ubat.Hopefully la.Sekarang ni aku dapat mendengar dengan jelasnya.Terlalu jelas sampaikan bunyi air jatuh atas lantai pun dengar tajam ja. Macam dapat telinga baru. Hehehe.

Sebagai penutup. Ecewah.

Panjangnya entry kali ni. Heehoheeho.

Wednesday, September 25, 2013

Jumpy

Bila dah kerja ni, kadang kadang rasa macam tak ada life sangat. Pagi pergi kerja, tengahari balik rumah terus terbongkang tidur. Malam pulak prepare lesson plan untuk nak ngajar esoknya. Haa..Gitu lah basically my daily routine. Bosan kan? Dah lama tak hang out dengan member. Member pun dah jauh. Sekarang ni peneman aku kat sini is my laptop and external. Source of entertainment. Walaupun dah khatam runningman dari episod 1-163, still ulang tengok lagi. Peneman hidup di kala kebosanan. Nak keluar tengok wayang pun dah malas sekarang ni.

This entry gonna be jumpy.Series of events that are not related to one another.

Sekarang ni dah pandai selfie la tuan blog ni. Hahaha. Jangan tak tahu satu sekolah dah terpengaruh dengan inner ayunar ni. Aku siap repeat order hari tu dek cikgu sekolah berlumba lumba order. Tak kira tua atau muda. Semuanya nak bergaya.


















Tolong cikgu PJ conduct ujian SEGAK. Hish. Rasanya zaman aku dulu tak ada lagi ujian SEGAK ni. Budak kena tekan tubi, naik turun bangku, check tinggi, berat dan macam macam lagi la. Nak tengok fitness budak kat mana.

Ni pulak pemandangan dari tingkap bilik. Obviously, rumah aku rendah dari rumah jiran seberang jalan. Jarang aku nak buka tingkap bilik aku ni. Lebih suka tinggal di dalam kegelapan.Hahaha.

Ini pulak dinner aku dengan housemate a few nights ago. Dah jumpa tempat best nak makan. 5 City Restaurant. Ulang pergi situ hari hari. Orang kedai sampai dah kenal. Depa ni style tak kedekut lauk dan nasi. If mintak nasi goreng kampung, setiap suapan tu penuh dengan ikan bilis. I loike. 

Told ya this entry is way too jumpy. Toink toink toink. Have a nice day guys! =)

Monday, September 23, 2013

Tampal gigi

Benda ni jadi minggu lepas. Baru nak cerita. Aku makan keropok lekor, tiba tiba aku rasa something wrong dengan geraham atas aku. Rasa punya rasa, eh eh dah makin teruk pulak lubang tu. Gigi aku dah berlubang lama dah. Cuma aku malas nak pergi tampal sebab lubang dia sikit ja. Plus, tak sakit. So, lagi la buat aku malas nak spend duit pergi tampal. Tapi this time, lubang dia dah dahsyat. Aku yang naik risau. Even tak sakit, aku takut dia makan gigi aku sampai habis. At the end, kena cabut terus which leads to hilang satu geraham yang akan buat aku senyum tak cantik. Hahaha. Nampak permainannya disitu? My main concern is takut senyum nanti tak lawa. =D Bukan sebab susah nak kunyah makanan ka apa. Choiiiii.

So, riki riki la kat housemate kat mana dentist area Segamat ni. Kebetulan dia pun baru ja few weeks pergi cabut gigi kat dentist. So,aku pergi tempat yang sama la. Klinik Pergigian Low. God knew how I felt that time.Aku ni banyak bad memories dengan dentist. Tambah tambah dentist kerajaan. Dulu time kecik kecik, gigi aku rongak. So, everytime dentist datang sekolah, mesti aku kena panggil. Tampal gigi sentiasa. Haish. Sampai naik trauma la aku dengan jarum dan drill dia tu. Kali ni aku pergi dentist private. Saja nak bazir duit. Haha.


Asalnya nak suruh doc check dulu condition geraham aku tu. Sebab tanya orang kaunter kalau nak cabut gigi or tampal gigi RM 55 per tooth. Tapi harga boleh jadi lagi mahal depends on difficulty of nak cabut gigi tu. Aku bajet RM 150 ja. So, after check, doc cakap boleh tampal. Tak perlu cabut. Lega gila rasa time tu. Lepas ni senyum still full gigi. Hahaha. Time dia drill lubang nak kasi cuci tu, ngilu teramat tapi tak sakit. Aku pun pelik kenapa tak sakit. Sebab time kecik dulu buat sakit sampai 'teghebit' ayaq mata. Kali ni buat, aku steady ja. Mungkin faktor usia yang sudah meningkat tua membuatkan aku tidak lagi gentar berhadapan dengan dentist. Cewah.

Dentist ni cina. Lelaki. Dia perosah gigi aku with bare hands weh.Aku tak kisah pun tapi aku pelik dia tak geli pulak pegang gigi aku dengan tangan dia tak berlapik. Dengan ayaq liuq aku bertakung dalam mulut tu sebab nganga lama sangat.Gila kentang betul dentist ni. Agaknya dia dah lali kot. Yo lah. Tiap tiap hari duk ngadap gigi. Sampai naik jemu dah. Buat tak sampai 30 minit, siap. Melayang RM 110 sebab lubang geraham tu dah merebak ke another geraham. Lepas ni kunyah makanan tak da la melekat lekat lagi kat gigi tu. Even sampai sekarang ni pun aku nak kunyah makanan kena slow slow. Tak biasa dengan tampal tu lagi. Rasa pelik.Duk besa lubang.Haha.

Rasa rasa macam nak pergi lagi kat Dr Low ni nanti. Nak kasi cabut gigi tunggul pulak. Siap duit laaaaaa.

Monday, September 9, 2013

KK in Dec

Dah lama teringin nak pergi KK tapi selalu ja tak berkesempatan. Semalam Elin roger pasal tiket MAS pergi KK tengah murah. RM 300 return. Gilo. Mana tak membuntang mata aku tengok harga tu untuk MAS. So, decide nak beli terus la. Time tu dia dah tulis dah limited seats available untuk harga tu. Nervous time nak booking tu pasal takut tak dapat harga tu. As expected, harga naik jadi RM 360. Huh. Baru berangan nak naik MAS. Elin suruh compare dengan Air Asia. Sekali Air Asia harga RM 252 ja (tak masuk check in baggage). Last last, end up beli dengan Air Asia. Hohoho. Aku amik check in baggage so total RM 312. 

Excited lain macam sikit nak pergi KK ni sebab dapat pergi dengan darlings.Plus, dah lama tak gather dengan dorang. So, KK see you in December. Bajet lari bulan ni pasai beli tiket. Next gaji nak kena allocate betul betul. Dengan nak beli peti ais lagi. Haish. Dunia oh dunia. Duit nuffnang dah aku cash out kan tadi. Beda nak buat duit belanja pi Sabah nanti. Masuk kali ni, baru dua kali aku cash out. Dan kedua duanya aku gunakan untuk pergi travel. Pusing kot situ jugak la income blog. Lagipun income blog ni banyak dapat sebab aku blog pasal travelling. So, rasanya berbaloilah disalurkan ke arah itu.

So, aku nak tanya la kat korang. Apa tempat menarik kat KK yang harus aku pergi. Kalau tak pergi, tak lengkap percutian ke KK. Gitu. Pantai apa yang ada dekat KK? Nak experience jugak sandy beach kat KK. Wah wah wah. Dan accom kat mana yang murah. Ada readers dari KK tak? 

Tuesday, September 3, 2013

Bilik vs makanan

Hallu! Berazam untuk kerap update lepas ni. Yosh! Tak sangka pulak ada yang menunggu entry terbaru dariku.Huhuhu. So, kali ni nak cakap pasal bilik la. Nak show off sikit. Ewah kau.

Inilah bilikku. Perasan tak tebal semacam tilam aku tu? Tu sebab aku double kan tilam. Kalau tak double, bunyi kriok kriok sangat kuat. Sebab rangka katil besi ni dah tak kuat. Ada besi yang dah patah. Poster kat dinding tu bukan aku yang tampal tapi penyewa sebelum ni. Aku malas nak buka. Bior je kat situ. Hari hari ngadap budak separuh bogel kat dinding tu. Hang ada? Hahaha.

 
Meja study yang digunakan untuk letak semua benda.Aku tak guna pun meja ni untuk buat kerja. Aku lebih suka meniarap atas katil. That's why tilam cepat leper. Duk latu almost 24 hours a day. Hohohoho. Nanti nak upgrade dinding tu. Nak letak gambar banyak banyak.Gitu.

Jadi la noh 2 keping gambar bilik. Ni nak cerita bab food pulak. Dulu aku cukup tak boleh terima makan cuq pisang or cuq ubi dengan sambal kicap. Rasa macam what the? Tapi bila datang sini, everything's changed. Bila beli cucuq, depa bagi sekali sambal kicap. Pada suatu hari, tergerak hati nak try. First dip, erm..not bad. Second dip, eh sedap la pulak. Lepas tu tak boleh stop mencicah. Hahaha. Start from then on la aku dah ketagih dah mencicah sambal kicap. Asal boleh ja nak cicah. 

Lagi satu, aku perasan budak sekolah aku kalau makan nasi ke bihun ke mee ke apa ke mesti nak kena ada sambal merah kosong. Even kat meja cikgu pun disediakan sambal merah kosong. Yang kagumnya tu, budak darjah satu pun dah pandai makan pedas. Dituangnya kuah sampai tak nampak nasi! Aku tanya, "tak pedas ke?". Dengan selamba dek nya dia cakap tak pedas pun. So, conclusion yang aku dapat buat kat sini, orang Johor memang suka makan sambal.

Ini pulak cerita pagi tadi. Kerani sekolah amik tempahan durian crepe. Disebabkan dah lama tak makan, aku pun order. Pergh. Sedap tak terkata. Aku pernah makan sebelum ni. Tapi tak sesedap yang ini. Lembut, cair dimulut. Isi durian dan whipped cream balance. 6 ketul aku sorang, tak ada hal! Sekarang ni kan tengah musim durian, makanya banyaklah orang buat bisnes durian crepe ni. So, siapa yang teringin nak makan tu, order la sekarang sementara durian tengah ada. Hehe.

Nampaknya niat nak lose weight tu semakin jauh dari pandangan. Banyak pulak benda sedap kat Segamat ni. Haish.

Thursday, August 29, 2013

Banyak benda.

Assalamualaikum, it's been a while since I last posted an entry here. Sejak ada instagram ni, terus lupa kat blog.Huhuhu.Betul la orang kata, tuntutan kerja tu kadang kadang membuatkan aku rasa 24 jam sehari tak cukup. Sungguh. Apatah lagi berada dalam environment yang sentiasa aktif. Bila orang sekeliling kita aktif, kita pun jadi aktif jugak. Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan dah aku kat Segamat ni. Bila orang tanya okay tak kat sini. Aku okay kan saja. Walaupun kadang kadang rasa macam tak okay. Tekanan bekerja, sunyi, tak ada geng nak menggila. In a good way, gaji tu guna untuk keperluan sahaja. Benda lagha' ni dah makin kurang dilakukan. Kalau tak, dulu pantang ada cerita baru keluar kat wayang, laju ajer pergi tengok.

Masuk cerita lain pulak, aku stress dengan budak tahun 6 tak sudah lagi. Minggu ni asyik nak naik darah je dalam kelas. Kelas aku tu banyak lelaki yang suka menyampuk. Kita cakap dia pun sibuk buat warung kopi kat belakang. No mercy la kali ni. Aku rotan juga sekali dua. Itu pun tak makan saman. UPSR tak berapa hari lagi dah. Tapi aku tengok dorang macam tak ada kesedaran langsung. Still mood suka suki. Cikgu yang kecut perut lebih. Haish. Sekarang ni kitorang banyak buat exam dalaman. Attempt past years questions. Makin jatuh pulak result dorang. Menjawab la aku dengan GB nanti. Huhuhu. Bila aku tanya cikgu kelas lain, result dorang pun drop. Mungkin di tahap sekarang ni dorang dah tak boleh nak terima dah apa yang diajar. Dah tepu. Dah muak tengok kertas soalan. Ada la sorang dua yang meningkat. Tapi ada yang duk macam tu jugak. Macam sia sia ja cikgu duk pung pang pung pang kat depan mengajar. Haish. Boleh naik bp aku kalau pegang kelas tahun 6 lagi next year. T______________T

Cerita lain pulak. Ni lah jadinya kalau lama tak blogging. Banyak benor benda nak cerita.Aku dalam perancangan nak beli peti ais untuk rumah aku ni. Tapi aku tak tahu which one is good. Tak nak la yang besaq besaq. Amik hat kecik single door pun jadi la.Beda nak simpan bahan mentah ja. Lagipun, kami berdua ja sekarang ni. So, any suggestion which brand should I buy? Hari tu survey SHARP the cheapest is RM 535. Apa kekurangan single door? Air kat bawah tu kena buang sendiri ke? Kat freezer senang jadi ais salji ke? Tolong, tolong. Tanya tokey kedai, dia kata zaman la ni single door, freezer tu tak jadi ais salji dah. Air pun tak perlu nak kena buang selalu. Dia auto. Aku macam suspicious sikit. Hohohoh. Yo lah. Tokey kedai mesti la nak barang dia laku kan. Positif ajer sepanjang masa. Nak tanya la pendapat korang semua yang dah pernah pakai single door fridge.

Okay,dah tak tahu nak cakap apa. Tolong ye, siapa yang terbaca entry ni bagi pendapat tentang peti ais tu.

Sunday, July 28, 2013

Gaji dan zakat fitrah

Gaji dah masuk. Alhamdulillah. I never thought it will be as early as this. Rasa nak menangis ja tengok balance akaun mencanak naik.Huhuhu.Macam tahu tahu ja orang nak pakai duit. Lepas congak congak kos nak balik Kedah,patah balik Segamat, ada la dekat RM 400.Wuuwuu.Mujurlah raya setahun sekali ja.Kalau berkali kali? Mau botak pala. Gaji bulan ni habis kot bayar kereta, sewa rumah, duit minyak, tol, upah baju raya, broadband, dan macam macam lagi la. Haish. Baru duk angan angan nak masuk 500 kat ASB. Macam tak kesampaian ja hajat tu. Aku tak pasti la aku ni layak ke tak terima bonus RM500 sempena raya tu. If dapat, alhamdulillah. Boleh terus masuk ASB.

Korang dah bayar zakat fitrah ke? Aku belum lagi. Balik Kedah nanti baru nak kisah bayar zakat fitrah ni. Tok lebih suka aku beli beras fitrah.Lepas tu bagi kat orang susah.Tak pernah lagi la aku bayar duit kat kaunter zakat fitrah. Aku agak confuse jugak sebenarnya awal awal dulu. Perlu bayar zakat dan beli beras fitrah or boleh pilih salah satu. Google punya google, rupanya ada dua cara.Tapi mostly zaman sekarang ni orang bayar duit ja.Zaman koi moden. Boleh online, sms dan sebagainya. Mungkin tok ni pemikirannya masih conservative. Aku ingat lagi, last year aku buat sambil lewa. Tunggu last minit baru nak bayar zakat fitrah. Tok suruh jugak cari beras fitrah kat supermarket.Merata kedai aku masuk. Kebanyakkannya dah habis.Yo lah.Esok lusa nak raya, mana la tak habis kan. Last last jumpa jugak. Disebabkan aku keluarkan untuk adik adik aku jugak, maknanya 4 kampit beras la kena beli. Makanya, tahun ni, belajar dari kesilapan tahun lepas. Beli beras fitrah awal awal. Hohohoho.

Weh.....5 hari lagi nak cuti raya! Tak sabarnya! =D

Thursday, July 25, 2013

Random thoughts

Dah setel menanda kertas budak budak ni. Fail 15 orang.Hmphhhhh.Bila aku gitau cikgu subjek lain, dorang cakap, "Okay la tu." Aku tak berapa pasti "okay la tu" okay yang macam mana.Sebab bagi aku, sepatutnya antara 15 yang fail tu ada yang boleh pergi ke lulus based on last exam. Tapi tak tahu silapnya kat mana.

Sejujurnya aku rasa blog aku ni makin hari makin bosan pulak. Sebab balik balik cerita pasal sekolah. Hish. Nak cerita pasal tempat makan kat sini, aku jarang keluar. Tambah pulak time puasa ni. Terperuk ja dalam rumah. Tunggu petang sikit, pergi bazaar.Itu je lah rutin harian aku. Sunyi kat sini pasal tak ada kawan nak ajak lepak, tengok wayang, gosip sama sama. Housemate aku dah kahwin. Umur pun dah 30 tahun. So, nak buat geng ajak lepak wayang tu macam tak berapa nak kena la.Nak gosip apatah lagi. Memang idok la. Nak gosip pasai artis mungkin ada.I'm still being quite reserved with her.Not that I do not want her to know everything about me. It's just a matter of time. Masih lagi dalam tempoh mengenali hati budi.Ewah kau.Macam bercinta pulak.True colour tak keluar sepenuhnya lagi.Dan paling penting, dia tak tahu aku ada blog.That's the only thing that I would keep it to myself till the end. Melainkan dia figure out sendiri. Tak dak pasai aku nak pi habaq kat dia kata aku ada blog. =P

Even dah lama berblogging, still aku rasa idea nak promote blog merata tempat tu sesuatu yang memalukan diriku sendiri.Kecuali kalau ada entry tolong promote business orang yang memerlukan aku promote satu dunia.Lihatlah dunia!.Dulu mungkin la aku pun termasuk dalam golongan yang suka promote entry pasal personal life. Zaman newbie kejar follower.I follow you, you follow me back gitu. Dulu tak reti malu lagi. Sekarang ni, dah pandai malu. Plus, tak ada masa weh nak pi tinggai komen kat chatbox. Nak balas komen kat blog sendiri pun kadang kadang tak sempat, kadang kadang malas. Tapi banyaknya sebab malas la.Kehkehkeh.Tapi itu tak bermakna aku tak baca komen hangpa semua.Aku baca.In fact, aku boleh ingat orang yang selalu komen blog aku ni. Eddy antara yang tak pernah miss. Kak Irfa, kak sweetie, suezen, kak shaty, arelan, wawa syaida dan ramai lagi. Terima kasih semua sebab masih setia bersamaku. Ecewah.

Gambaq kat blog pun koi lama koi sikit. Kamera tu berapa lama dah tak bercaj kat dalam drawer. Semuanya sebab malas.Tinggai seminggu ja lagi nak balik kampung.Weehuuuu.Syoknyaaa!

Randomnya post kali ni.

Tuesday, July 23, 2013

Menghitung hari

Frankly speaking, sekarang ni aku asyik menghitung hari nak balik Kedah. Kalendar dari duduk kat atas dinding, sekarang ni dah berpindah tempat sebelah katil. Senang nak tengok tiap tiap hari. Kerja membelek kalendar je lah. Nak tidur, bangun tidur tengok kalendar.Senang cakap, setiap masa la. Lepas tu senyum sorang sorang. Sawan dah aku ni. Bila PK tanya, "Zafirah mesti tak sabar nak balik kampung kan?" Terus senyum melebar. Jadi excited macam mana entah. Of course la I excited. So, this is how my friends felt when they wanted to go home for raya. Al maklumlah, sebelum ni tak pernah jauh dari rumah.

Esok trial UPSR paper BI. Serius aku cuak. Budak rileks je.Cikgu yang lebih cuaknya. Mana tak cuak, kalau result jatuh, nak kena menjawab dengan GB. Cikgu lain dah pasrah dah. Math, BM, dengar dengar macam merosot. BI apatah lagiiiiiiiiiii. Wuwuwuwu. Risaunya. Tadi dah last kopek dah dengan dorang. Kesian. Dorang pun tengok letih semacam. Mana taknya, dari pagi kena latu dengan cikgu. Sampai ke petang pulak tu. Kalau aku pun, aku surrender. Harap harap budak dapat jawab paper BI dengan lancarnya. Yang penting, semua lulus. Alahaiiiii...risaunya. Baru la faham perasaan cikgu cikgi zaman mengajar aku dulu. Luar je nampak cool. Padahal dalam hati dup dap dup dap.

Kot kot dah lupa muka tuan blog. Latest me.

Semoga dipermudahkan semuanya esok. Amin!

Wednesday, July 17, 2013

Mood swing

Perempuan ni ada time dia okay, ada time dia tak okay.Mood swing katanya. Dalam sekelip mata ja dia boleh berubah sifat. Pergh. Berubah sifat hang. I mean, berubah character. Awal tadi angelic, sekarang macam raksasa. Lepas tu sedih. Haaa..That's what I experienced today. Sekarang ni rasa sedih, pilu, sebak secara tiba tiba. Rasa alone. Rasa tak belong kat sini.Huhuhuhu. Rasa macam nak balik Kedah ja. Hang tengok. Sebelum ni punya la pung pang pung pang kata I love Segamat la apa la. La ni rasa tak belong pulak. Padia Japirah ni. T________T Aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. 

So, nasihat ahkak kepada lelaki kat luar sana yang ada gf or isteri: time dia datang bulan, janganlah nak mengusik lebih lebih. Padah jawabnya. Jangan jentik sikit pun. Sebab benda kecik boleh jadi besaq. Time datang bulanlah mood perempuan paling tunggang langgang. Tiba tiba rasa nak marah orang tanpa sebab, rasa nak jerit kuat kuat. Duk sat rasa okay balik. Haa.Semua tu hadir time ni la. Faham faham sajalah perempuan ni. Sabaq pi la sat noh. 

p/s: Teruk pulak sakit pinggang kali ni.

Tuesday, July 16, 2013

Be nice to others

My life have starting to get more hectic. Hari ni balik sekolah, terus tidur sampai pukul 5 petang. Dahsyat. Even diri sendiri terkejut dengan pencapaian tidur di waktu petang. Selalu 2 jam je. Hectic kenapa? Perah otak tak sangga fikir macam mana nak bagi budak Year 6 aku boleh jawab soalan essay. Benda ni masih lagi membelenggu aku sepanjang minggu ni. Risau pasal trial next week. At least, aku nak semua lulus.Nak dapat A tu, mungkin tipis. At least, semua lulus. Yes. Itu target aku. Terima kasih kepada yang bagi cadangan di entry sebelum ni. Terima kasih jugak yang email terang panjang lebar tips. I really appreciate that. Aku baca semua komen korang.Cuma kadang kadang tu tak sempat nak reply. Huhuhu.

Lupakan kejap pasal stress mengajar Year 6. Nak cerita pasal kerani sekolah aku. Sangat bagus. Sangat efisyen, cekap dan amanah.Amboi. Dah macam cogan kata polis pulak kan. Syukur alhamdulillah. Kerani sekolah sangat banyak membantu dari segi pengisian data dan borang mak nenek untuk hantar ke KPM. Kalau harap kat aku sorang ja, memang haru biru la jawabnya. After all, that's her job. Aku puji sikap dia yang berpegang pada prinsip "be nice to others".

"Kita tolong anak orang sekarang, esok lusa, anak akak susah, ada orang lain pulak tolong. Fikir macam tu lah dik" kata akak kerani. Tersentuh hatiku memikirkan ketulusan hatinya membantu aku yang sebatang kara di Segamat ni. Huhuhu. Setiap hari dia 'kejan' kerani PPD untuk siapkan kew 8 aku. Dan hasilnya, hari ni dah siap. Alhamdulillah. Selamat dah pos segala dokumen ke pihak berkenaan. Yang bestnya lagi, dia nak cepat siapkan urusan pembayaran gaji aku. Dia tahu awal awal posting ni berat sikit.Nak pakai banyak duit.Yesza.Betoiiiiii.Aku la ni tengah kering ni. Gaji guru ganti bulan Jun tak masuk lagi. Nak bayar duit kereta, duit itu, duit ini. Semua pakai duit. Kan syok kalau boleh pakai daun pokok. Tak lama lagi, nak balik raya pulak. Duit minyak lagi, duit tol lagi. Haaa...Kan banyak nak pakai duit tu. Berharap la gaji kerja sebelum ni boleh masuk before balik raya. Kalau tak, tak beraya la aku. Sobssss.Nak harap gaji kerja, paling cepat bulan 9 baru boleh dapat kot. Tapi dalam hati berharap bulan 8 dah boleh merasa gaji tu. Ini bukan soal mata duitan ye. Huhuhu.Desperadoooo. Kerani dah buat yang terbaik. Sekarang ni ,tunggu KPM lulus segala benda, baru boleh jalan gaji. So, KPM, please be nice to me. Ingat, buat baik pada orang, nanti orang buat baik pada anda pulak.

Semoga dipermudahkan segala urusan si sebatang kara seorang ini. Amin!

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan

Halluuu..

Alhamdulillah.Diberi peluang untuk berpuasa lagi pada tahun ni. Suasana yang berbeza. Berpuasa di tempat orang. Jauh dari family dan teman rapat. Syahdu jugak la sikit tapi mujurlah kat sini pun ada teman serumah yang sangat baik dan rajin masak. Hehehe. Tak terasa lone ranger sangat. Baru lepas sahur hari pertama, dah rasa tak sabar nak balik kampung untuk beraya. You'ollss, this is my first time merasa balik kampung untuk raya.Before this, belajar kat dalam Kedah jugak. So, feeling balik kampung tu tak berapa nak ada. This time, memang berkobar kobar nak balik kampung. Duk asyik tengok kalendar je. Teruk kan? Hahaha.

So, I had nasi putih with tomyam for my sahur. How about you?

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak semua!

Tuesday, July 2, 2013

So sudden.

Hari ini ada raptai Hari Sukan. So, dari awal pagi dah turun ke padang memantau budak perbarisan. I rumah kuning. Tak pernah seumur hidup aku dapat rumah kuning. After rehat, kelas berjalan seperti biasa. Officially, I am now the head of English Panel. Rasa macam tak layak je nak jadi ketua pasal ada cikgu senior lain yang lebih berpengalaman.Tapi disebabkan GB tak nak susahkan cikgu lain nak kena reshuffle jadual, so I will replace previous teacher's position. Apa yang dia pegang, aku sambung. Jawatan dia penuh satu kertas A4. Wuwuwu.Dah mula terasa pressure as a new teacher. Pressure sebab apa? Sebab sebelum ni tak pernah pegang banyak jawatan. Rileks je jadi cikgu ganti. Mai kali ni, tak ada dah nak rileks. Anyway, I will try my best to do my job. Bak kata officer PPD, GB ada kuasa mutlak di sekolah. If dia bagi awak sesuatu jawatan, terima sajalah. Jangan nak banyak complaint. One more thing, jangan mintak tukar sekolah lagi. Memang takkan dilayan kalau baru setahun dua mengajar.

Nampak gayanya, aku akan menetap lama kat Segamat ni. Tambah pulak still tak kahwin. Lagilah payah nak minta transfer. By the way, aku tak ada la terdesak sangat nak minta transfer. Lagipun, tak ada masalah pun bagi aku kena posting jauh dari rumah. Aku ni jenis redho ja. Selalu fikir ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi. Fikir gitu je lah.Oh, lupa nak khabor. Aku dah dapat rumah sewa. Alhamdulillah. Kebetulan ada sorang yang nak keluar dari rumah ni, so aku masuk menyewa. Kalau bukan sebab terserempak dengan PK HEM kat sekolah tempoh hari, rasanya sampai sekarang aku terkapai kapai mencari rumah sewa. Syukur sangat sangat. Housemate pun okay.Dia dah kahwin tapi suami kerja kat Alor Setar. Terpaksa la berjauhan. Kesian kan? Huhuhu. Dia pun ada minta transfer tapi belum ada rezeki lagi. Rumah sewa aku ni besar. Semi D. Porch besar. Boleh masuk 3 kereta. Sewa hanya RM 370 sebulan. Bahagi tiga tengok. Haa..Murah kan? Tapi tu tak termasuk bil elektrik dan air lagi. But still aku consider murah. Rumah sewa mat arep kat SP tu pun dekat RM 600 sebulan. Huhuhu.

Barang aku sampai ke hari ni duk dalam luggage lagi. Bukan malas tapi sebab tak ada almari. Masih mencari lagi almari kain yang murah kat town.So far survey, paling murah RM39. Nak cari lagi kat tempat lain.Kot kot boleh dapat murah lagi kan. Hohoho.Sekarang ni kena berjimat cermat sikit. Gaji paling lewat 2 bulan baru dapat. Gaji guru ganti bulan 6 pun tak masuk lagi. So, keadaan kewangan hanya cukup cukup makan untuk 2 bulan seterusnya.

Ok lah. Itu sajalah sedikit sebanyak coretan untuk hari ini. Ada masa, aku tulis lagi noh.

Sunday, June 30, 2013

Safe and sound

Hallu everyone. I am now in Segamat. Esok melapor diri di PPD. Hopefully, everything will be good. Family dah bertolak balik ke KL. So jadi anak perantau kesorangan di sini. Sobs sobs sobs. Pekan Segamat ala ala pekan Sungai Petani. Banyak kedai lama. Masih lagi menyesuaikan diri dengan jalan disini. Banyak one way.So aku pun jadi konfius. Esok nak kena drive sorang sorang pergi PPD. Duk hafal jalan macam nak masuk exam. Hohoho. Jalan yang aku tahu hanyalah ke PPD dan sekolah aku. Tempat lain, don't know. Hahaha. Tak berani nak explore sorang sorang buat masa ni. Takut sesat tak jumpa jalan pulang.

Sekampung I bawa pi tengok sekolah.Hehehe.

So far dah pergi tengok sekolah. Memang jauh dari expectation aku. Ku ingatkan dalam ke kampung tapi tak pun. Pinggir bandar gitu. Ok lah surrounding sekolah tu. Terserempak pulak dengan PK HEM. Very nice person. Guard minaci. Pun friendly. Alhamdulillah. Moga moga kekal friendly sampai bila bila.Huhuhu. Awal awal ni, cuak lebih sikit. Tegha' nak biasa kan. Huhuhu.

Ok la you'olls. Nanti I update lagi noh.

Friday, June 28, 2013

Segamat destinasiku

Assalamualaikum,

Berminggu tak update. Tiba tiba terputus hubungan dengan dunia blogging. Alhamdulillah, penantian selama hampir 7 bulan terjawab apabila diri dipanggil untuk melapor diri di Segamat 1 Julai nanti. Ya, Segamat. Jauh. Tapi bersyukur sebab tak semua yang beruntung dapat di Semenanjung. Rata rata kawan course lain banyak yang 'tercampak' ke Sabah dan Sarawak. Allah sebaik baik perancang. Dia dah tetapkan rezeki aku kat Johor, maka ke Johor lah aku membawa diri. Perasaan bercampur baur. Sedih,teruja,nervous semua ada. Tak dapat nak bayang macam mana aku nak biasakan diri di tempat orang. Nak kena tune lidah ni jangan cakap pekat Kedah sangat. Kot satgi budak tak faham.Huhuhu.Tu la. Sebelum ni asyik duk terperuk kat Kedah ja. Daripada tadika sampai la masuk maktab, duk pusing dalam Kedah ja. Sekali posting, nah amik hang! Johor terus.

Mengambil nasihat daripada cikgu senior di sekolah sebelum ni, timbalah pengalaman di tempat orang. Pergilah merasa tempat orang. Baiklah. Mari merasa Segamat kawan kawan. Nama sekolah pun dah tahu. Sekarang ni tinggal nak pergi tengok je tang mana sekolah tu. Oh, btw, sekarang aku dah ada di Puchong. Insya-Allah esok berangkat ke Segamat. Doakan semuanya berjalan lancar ye.

Anyone ada di Segamat? Roger roger!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger