Online users

Follower

Showing posts with label SEA Games 2011. Show all posts
Showing posts with label SEA Games 2011. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Ibu segala emas milik kita.


Credits to google

Sepanjang aku hidup, semalam rasanya first time aku nervous tarak hingat tengok match bola. Indon sumbat gol dulu.Time tu speechless la jugak pasal tak dan apa apa, dah sumbat satu gol. Frust kot sekejap.Tapi tak apa. Itu turning point untuk pasukan Malaysia untuk lebih bersemangat mencari gol penyamaan. Gawang gol Indon diasak bertubi tubi oleh pasukan kita. Tak pernah putus asa untuk sumbat gol dan alhamdulillah, minit ke 33 Malaysia masuk gol satu. Gol yang tak diagak agak tapi sangat nice. Bila terikat 1-1, baru rasa kurang nervous sikit. Cuma aku tak faham offside tu apa. Aku fikir offside tu kalau bola keluar dari line padang tapi padahal bukan.

Cerita sikit offside tu apa

Offside ialah keadaan apabila penyerang berada di hadapan melebihi pihak pertahanan pihak lawan semasa bola dilorongkan kepada penyerang tersebut.Paham dak?

Ooo..gitu.Hehehe (Masih tak faham sebenarnya)

Paham dak ni?

Paham paham.Ingatkan sebab terkeluaq dari line

Line mana ni =.=

Line mana mana la.

Credits to google

Ye.Aku sangat noob pasal bola sepak ni. Tapi bagus jugak bila jadi macam ni.At least boleh tahu jugak sikit rules pasal bola. Tambah ilmu gitu. Cuma sampai sekarang aku tak dapat nak bayang keadaan offside.Semalam waktu Indon kena offside banyak kali pun aku still tak boleh detect keadaan tu.Cekap ref. Dah nama pun ref kan. LOL.

Tahniah Malaysia atas kejayaan semalam.Tak semena mena aku jadi fan Baddrol Bakhtiar.Persetankan pasal Fakri, mari kita beri tumpuan pada hero sejati Harimau Muda yang lain seperti KFCM, Fandi, Muslim dan Mahali. (Itu je yang aku ingat.Hohoho)

Pujian harus diberikan kepada pasukan Indonesia juga sebab begitu berbisa sampai meleret ke set penalti.Tabik spring kepada Titus Bonai sebab sangat professional atas padang.Bak kata pengulas, pemain dah professional tapi tidak penyokong mereka. Sangat fanatik sampaikan dah hilang tatasusila dan nilai hormat kepada negara lain.

Credits to google

p/s: Mujur Malaysia menang, kalau tak menang, konfirm orang salahkan Fakri. Alahai, nasib kau la Fakri oi.

p/s/s: Takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal semalam akibat kesesakan di Stadium Bong Karno. Fanatik sangat pun tak bagus sebenarnya. =(

Monday, November 21, 2011

All the best Harimau Muda!

Aku semangat menyarungkan jersi Malaysia untuk perlawanan akhir bola sepak SEA Games malam ni. Sebelum ni tak pernah sefanatik ini. Mungkin jadi fanatik sebab lawan dengan Indon. Kalau lawan dengan negara lain, rasanya tak ada la sesemangat ini. Hohoho. All the best Harimau Muda! Patahkan sayap Garuda malam ini. Usah peduli pada penyokong Indon yang kuat psycho.Satu je lah aku mintak kat dorang.Hormati lagu kebangsaan negara kita. Kata serumpun.Heh.By the way, rasanya ramai yang dah tengok video "Satu Sidji" yang menceritakan pasal Malaysia dan Indonesia. Untuk yang tak tengok lagi, silalah tengok. No offense ya untuk orang Indonesia.Kami memang panggil korang 'budak indon'. Kat tempat dorang 'budak' tu macam hamba dan 'indon' pulak kasta terendah orang sana. Sebab tu dorang angin sangat bila kita panggil dorang budak indon. See. Walaupun kita guna bahasa yang lebih kurang sama dengan dorang, tapi ada jugak certain word yang membawa maksud yang sangat berlainan.Dorang interpret macam lain. Mengharapkan malam ini fair play.Tak mahu pengadil berat sebelah. Kami sentiasa di belakang anda Harimau Muda! Go go go!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger