Online users

Follower

Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Tudung gypsi = Tudung pemberat


Kan sebelum aku fly balik NZ, aku ada cakap nak buat bisnes tudung kan? There you go. Dah terjual hampir separuh dari koleksi dan masih memburu orang untuk datang tengok.Hahahaha.Tapi paling best, waktu first customer datang tengok la. Bukan orang lain pun, kawan satu kos juga. Dorang ni geng yang tak balik cuti summer. So, memang agak excited juga nak tunjuk kat depa koleksi shawl yang aku bawa dari Malaysia.Tak sempat nak tunjuk semua, dah start cekau dah.Senang hati tokeh tengok depa cekau banyak banyak.Hahaha.

Antara feedback kawan kawan:

"Sekarang ni memang fesyen kat Malaysia eh pakai macam ni?"

"Macam macam fesyen sekarang ni.Tudung ada pemberat.Tudung berladung, bla bla bla.Sakit mata aku tengok tudung colour pelangi tu."

"Shawl kedut kedut pun ada eh? Nak pakai macam mana ni?"

"Tudung bawal tak ada ke?"

Testimoni customer. Jangan marah naa Dya. Jadi model kat blog I sat.

Nice kan.Hahaha. Nama baru untuk tudung gypsi ialah tudung pemberat. Bak kata orang lelaki kat Welly ni lah. Yang beads tu pula, dikatanya tudung berladung.Sampai hati.Itu baru setahun tak balik Malaysia, dah ada macam macam jenis tudung dah.Kejutan budaya la sekejap.Eh, tak semua budak oversea buta fesyen tau. Ada yang advance juga.Tanya tudung Yuna ada tak? Noh.Mana nak cari tudung Yuna yang berkilat kilat tu haa?

Tuesday, February 8, 2011

Acar buah tok.

Sejak kebelakangan ni, setiap kali aku keluar pergi town, setiap kali tu jugalah tok akan pesan minyak.Tak minyak botol, minyak kampit.Heran.Kat stor, dah bertong tong minyak cap buruh tu tapi dia still nak restock lagi.Nak buat bekalan.Yang kampit pula, dia simpan untuk buat acar buah.Nak buat acar buah, memang pakai minyak banyak.Kadang kadang tu sampai 5 6 kampit dia tuang dalam periuk.Kira kalau letak telur, telur pun terendam.Punya nak habaq minyak banyak.Hohoho.Dah tiga kali dia buat acar since dia balik dari bercuti last two weeks.Permintaan banyak.Setiap hari ada ja yang call minta acar.Ada yang minta sampai bergantang gantang untuk kenduri.Ada yang minta dalam bekas kecil.Kalau bekas kecil, RM 5.Untuk yang tak tahu rupa acar buah, pi google.Selalunya kita jumpa time kenduri.Antara buah yang tok letak ialah belimbing,limau dan kurma.

Kalau sesiapa yang berminat nak tempah acar dari tok saya, bolehlah request kat FB or blog ye.Mana la nak tahu, kena dengan selera tekak ampa.Kot belah titi gajah ni dah famous.Tanya la orang sini, kenal ke tak dengan tok aji saudah yang duk buat acar.Mesti depa kenai punya (Gila takbur bunyi) Cucu tok aji yang sorang ni ja depa tak berapa kenai.Tsk.

"Ramai yang duk mai amik.Belah Johor pun ada mai cari.Depa duk kata acar tok sedap.Tak taulah sedap macam mana."
(Tok aji Saudah, 2011)

p/s : Tolong promote kat tok.Hahaha.

p/s/s : Walaupun dah lama duduk dengan tok, sumpah aku tak tahu step nak buat acar ni macam mana.Bagi aku ,ianya sedikit remeh sebab buah perlu dipotong,digaram dan dijemur dahulu sebelum dimasak.Leceh duh.

Friday, January 28, 2011

Setel.

Pergh.Susah juga nak cari pembekal online ni.Merata website I masuk.Ada yang tak jual secara pukal.Ada setengah tu pula, dah habis stok.Alhamdulillah selepas hampir setengah hari mencari stok, dapat juga cari yang berpatutan dan kena dengan taste.Hope orang Welly berkenan la dengan stok yang kami pilih.Hehehe.

p/s:Nampak gaya, luggage bakal dipenuhi dengan stok shawl saja lah nanti.Hohoho.Cari rejeki di tempat orang. =P

Wednesday, January 26, 2011

Nak buka bisnes.

Sekarang saya tengah discuss dengan seseorang pasal nak buka bisnes shawl kat Welly. Hehehe. Hopefully dapat tercapai la impian tu.Ala, kecik kecik je.Just nak tolong budak Malaysia kat sana.Dah risik risik dah one of budak kat Welly.Tanya taste dia macam mana, minta feedback semua.So, sekarang ni kita tengok la macam mana.Terlaksana ke tidak impian saya tu ye.Hehehe.

Alaaa, student overseas pun nak bergaya juga.Bayangkan jelah, baru setahun kami pergi Welly, trend tudung dah macam macam.Cepat pula tu transition dari satu trend ke trend yang lain.Senang cerita, motif nak buka bisnes ni untuk memudahkan budak Welly untuk beli shawl.Mesti jemu kan kalau pakai shawl yang sama sampai satu tahun.Kami ni nak balik selalu mana mampu.Huhuhu.Kalau nak buat international delivery, postage mahal.So, this is one way to help them.Sambil sambil tu, ambil pengalaman.Mana tahu, balik Malaysia nanti, saya buka bisnes online ke.Hehehe.

Doakan saya!

Monday, July 19, 2010

Jom ubahsuai blog kawan-kawan!



Bukan nak promote belacan Pekan Rabu atau Jus Mate 5 Dr Rozmey, tapi ini lagi hot.Servis ubahsuai blog yang paling mengancam dan berbaloi!

Kalau korang nak tahu, blog aku ni bukan aku yang design tapi orang lain yakni kawan bloggerku yang seorang ini, Luth.Ha.Dialah penyelamat blogku dari kusam dan hapak sepanjang zaman.Tanpa dia, memang blog aku forever evergreen la.Aku memang fail bab coding HTML, apatah lagi nak edit header tu.Semua ni dia yang buat.Dua kali aku tukar header.Memang si Luth ni la yang duk perosah.Right now dia tengah buat bisnes baru iaitu servis ubahsuai blog.Usah risau pasal colour dan header.Itu semua bisa diatur.Kerja korang just bagitahu je apa yang korang nak dari A to Z.Mamat ni kreatif dan inovatif.Surely dia akan bagi exactly apa yang korang nak.100% gerenti!By the way, ini untuk pelanggan BLOGSPOT only.Tumblr and wordpress bolayan.Boo!

Tengok tengok apa yang ditawarkan.Agak tak nampak, sila klik gambar ye untuk tumbesaran gajah.

Harga pun murah.Hanya RM 20.Sangat berbaloi.Jangan malu jangan segan nak request design blog korang.Kalau rasa header yang dia buat tak cun, cakap je terus terang.Tak payah nak sembunyi-sembunyi.Si Luth ni open minded.Dia nak yang terbaik untuk korang.Apa guna bayaq RM 20 tapi tak puas hati kan?

Pergh.Insan Tinggi di feature sebagai salah satu testimonial dalam blog ubahsuai.Kembang kuncup hidung ini.Tak menahan statement blogger New Zealand tu.Hohoho.

Macam mana nak buat tempahan? Boleh e-mail direct kat Luth or just message dia personally.Bayaran pula boleh dibuat melalui akaun Maybank2U.Untuk keterangan lanjut, boleh klik [sini]
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger