Seminggu cuti raya, tak cukup.Nak cuti lagi! Huhuhuhu.
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts
Saturday, August 25, 2012
Raya
Yuhuu! Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua =)
Seminggu cuti raya, tak cukup.Nak cuti lagi! Huhuhuhu.
Seminggu cuti raya, tak cukup.Nak cuti lagi! Huhuhuhu.
Labels:
family,
home sweet home,
raya
Saturday, August 18, 2012
Lebaran kali ini
Assalamualaikum semua,
Pejam celik pejam celik, esok insya-Allah kita bakal menyambut 1 Syawal. Bagi aku, Ramadhan kali ni rasa sekejap sangat. Tup tup dah nak habis. Sekarang dah ada kat kampung.Raya kali ni kurang meriah sikit pasal family Pak Ndak tak ada. Tak dapat cuti raya.Sob sob.Maka tak cukup korum la family besar Hajah Saudah kali ni. Walaubagaimanapun,ecewah, raya tetap raya. Ketupat tetap buat.Makan besar di pagi raya tetap ada.Satay 300 cucuk menanti untuk dibakar. Masak la malam raya bau asap sorang sorang.This is my first year celebrating raya after two years merantau di bumi Kiwi. Dua tahun kat perantauan, meleleh ayaq mata tak kira la di pagi raya. Tapi dalam sedih sedih tu, ada jugak benda best raya kat oversea,Setiap hari ada open house! Haaa...kira seminggu tak payah masak kat rumah. Berjalan la hang ke setiap rumah untuk makan.Duit raya tak pandang dah, asalkan perut terisi. Al maklumlah, duduk oversea, nafsu kepada ketupat,nasi impit,kuah kacang,rendang dan sewaktu dengannya sangat tinggi. Kalau nampak, mata terus terbeliak.Macam nampak ketul emas! Kalau kat Malaysia, tak heran sangat kan pasal bila bila masa ja boleh dapat.
Keseronokan beraya di oversea sudah tentulah bila kita dapat beraya dengan kawan kawan. Nak beraya dengan mak bapak, depa duk jauh. Kawan je lah tempat kita bergantung.Cuba kalau kat Malaysia, non hado la nak pergi beraya rumah kawan. Dah masing masing duduk jauh.Sorang kat Terengganu, sorang kat Perak, sorang kat Selangor.Haaa..cam no tuh? Kalau yang duduk setaman tu, kira ok la jugak. Tapi kebanyakkannya prefer beraya dengan family. Oh, baju raya aku tahun ni sepasang saja. Malas nak bazir duit beli banyak banyak pasal tahun ni saja, dua pasang baju aku tempah untuk pakai time wedding orang.Makanya, kita recycle baju wedding tu jadi baju raya.Kelas kau mariah. Tak ada maknanya nak pakai baju labuci sana sini sebab dah tau dah nanti end up kat dapur, basuh pinggan.
Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidili Fitri kepada semua umat Islam. Minta maaf if ada yang terasa dengan post aku sebelum ni. Sesungguhnya aku tak ada niat nak sakitkan hati korang secara sengaja atau tidak sengaja. If anyone happens to be in Alor Setar, do come to my house =)
Pejam celik pejam celik, esok insya-Allah kita bakal menyambut 1 Syawal. Bagi aku, Ramadhan kali ni rasa sekejap sangat. Tup tup dah nak habis. Sekarang dah ada kat kampung.Raya kali ni kurang meriah sikit pasal family Pak Ndak tak ada. Tak dapat cuti raya.Sob sob.Maka tak cukup korum la family besar Hajah Saudah kali ni. Walaubagaimanapun,ecewah, raya tetap raya. Ketupat tetap buat.Makan besar di pagi raya tetap ada.Satay 300 cucuk menanti untuk dibakar. Masak la malam raya bau asap sorang sorang.This is my first year celebrating raya after two years merantau di bumi Kiwi. Dua tahun kat perantauan, meleleh ayaq mata tak kira la di pagi raya. Tapi dalam sedih sedih tu, ada jugak benda best raya kat oversea,Setiap hari ada open house! Haaa...kira seminggu tak payah masak kat rumah. Berjalan la hang ke setiap rumah untuk makan.Duit raya tak pandang dah, asalkan perut terisi. Al maklumlah, duduk oversea, nafsu kepada ketupat,nasi impit,kuah kacang,rendang dan sewaktu dengannya sangat tinggi. Kalau nampak, mata terus terbeliak.Macam nampak ketul emas! Kalau kat Malaysia, tak heran sangat kan pasal bila bila masa ja boleh dapat.
Keseronokan beraya di oversea sudah tentulah bila kita dapat beraya dengan kawan kawan. Nak beraya dengan mak bapak, depa duk jauh. Kawan je lah tempat kita bergantung.Cuba kalau kat Malaysia, non hado la nak pergi beraya rumah kawan. Dah masing masing duduk jauh.Sorang kat Terengganu, sorang kat Perak, sorang kat Selangor.Haaa..cam no tuh? Kalau yang duduk setaman tu, kira ok la jugak. Tapi kebanyakkannya prefer beraya dengan family. Oh, baju raya aku tahun ni sepasang saja. Malas nak bazir duit beli banyak banyak pasal tahun ni saja, dua pasang baju aku tempah untuk pakai time wedding orang.Makanya, kita recycle baju wedding tu jadi baju raya.Kelas kau mariah. Tak ada maknanya nak pakai baju labuci sana sini sebab dah tau dah nanti end up kat dapur, basuh pinggan.
Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidili Fitri kepada semua umat Islam. Minta maaf if ada yang terasa dengan post aku sebelum ni. Sesungguhnya aku tak ada niat nak sakitkan hati korang secara sengaja atau tidak sengaja. If anyone happens to be in Alor Setar, do come to my house =)
Labels:
raya
Monday, November 7, 2011
Raya haji aku.
Jangan ditanya macam mana aku sambut raya haji kat sini sebab tak ada benda pun nak cerita. Pagi aku kerja. Balik dari kerja, terus mandi, cepat cepat siap pi 91KP. Khai buat open house. Lepas tu, turun town cari barang sikit. Itu jelah apa yang aku buat sempena raya haji ni. Rasa macam hari hari biasa cuma yang bezanya, aku pakai baju kurung the whole day. Terserempak dengan student Malaysia, dia tanya pergi beraya ke? Raya la sangat kan. Sobsobsob.Gambar pun tak ambil. Malas. Not in the mood of celebrating eid adha. Serabut fikir rumah tak kemas lagi. Itinerary pun tak dapat lagi. Yang paling penting, elaun tak masuk lagi padahal dah nak balik sangat dah ni. Huh. Kalau kat Malaysia, boleh jugak tengok orang sembelih lembu. Tapi kat sini, non ado. Mungkin ada tapi aku yang tak tahu. Kalau ada sekalipun, not at my place. Mungkin di Kilbirnie sebab sana ada masjid.
p/s : Hari ni saja, entah berapa kilo naik. Makan nasi lemak, kari laksa, pulut kuning, nasi impit dan sushi.
Saturday, November 5, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua readers yang beragama Islam. Malam ni tidur awal tau. Esok kang terlepas pulak solat raya. Kat sini raya haji on Monday dan aku kerja. Sobsobsob. Tak dapek nak solat raya. First time sambut raya haji kat sini. Last year sempat beraya kat Malaysia. Mesti korang busy balut ketupat kan sekarang ni. Tak kurang jugak yang tengah buat serunding, kuah kacang dan sebagainya. Untuk yang tumbangkan lembu esok, jangan lupa jamu lembu makan banyak banyak sikit hari ini. Hehehe. Teringat pulak suasana kat kampung. Raya haji, daging korban penuh satu fridge. Setiap hari makan daging. Sambal daging, kurma daging, sup daging, daging bakar. Apa lagi? Haa.Semua jenis masakan daging ada. Sampai naik jemu la. Lagi satu, family aku ni jenis yang makan semua organ dalaman.Limpa, usus, perut, lidah, ekor semua kami bantai. Hohohoho. Paling sedap bila bakar dan cicah air asam. Pergh. Terbaik wa cakap lu. Adeh. Teringin la pulak nak makan daging bakar cicah air asam =.=
Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!
Labels:
raya
Friday, September 30, 2011
Pitcha pitcha
Semalam tengok la balik gambar raya. Terasa macam nak share kat sini.So, there you go. Scroll lah sampai habis entry ye. Sejujurnya, rasa puas hati raya tahun ni sebab berjaya bangun awal pagi dan pergi High Comm untuk solat raya, memenuhi hampir kesemua jemputan open house dan dapat baju raya baru. Hahaha.Dah cukup complete dah tu untuk sorang anak perantau.Nak minta duit raya, memang tak dapat la kan. Huhuhu.
Hari pertama (merah)

With Auntie Sal, our new attache.

Cohort 3.1 at Malaysia High Comm.

Nak jugak menyelit tang baju pink.Hahaha.Bawah lampu, warna lebih kurang ja.Kira ok la tu.Hehehe =P

Kek tu memang untuk tangkap gambar ja. Tak ada orang usik, so memang tak berani nak memandai potong.Kang kena sound tak pasai ja.Huhuhu.

Sementara nak tunggu solat raya.
Hari kedua (biru)
Favourite port student Malaysia kalau nak buat salam perantauan.Hohoho.
Hunter Building.Dua tahun study sini baru discover tempat ni. Hahaha.
Luar Hunter Building.FYI, building ni antara building terawal Vic Uni semenjak penubuhannya. *Skema* Zaman mak Khai lagi dah ada building ni. Tempat kami duk kelas tiap tiap hari kebanyakkannya building baru.Sebab tu tak pernah masuk Hunter ni.
Tuesday, September 13, 2011
Open house lagi.
Penat weh penat. Letih semacam ja semalam.Al-kisahnya pergi MSD untuk ambil baju dan props menari budak budak ni. Sabtu ni dah nak perform. Mengangkut la luggage besar pergi MSD. Serik dah last time guna kotak. Habis semak rumah aku. Nak jalan pun kena jengket.Hahaha. Dah habis pilih baju, pergi town pulak. Cari kain untuk tambah kat kostum. Sedih la hai. Minta sponsor dari Malaysia, dorang buat dek je. Terpaksa la pakai apa yang ada dan improvise sikit sikit. Hopefully it will turn out good on stage. Setel pasal tu, sempat la rehat kejap kat rumah. After maghrib, meeting pulak. Habis meeting, sambung praktis menari pulak. Fuh. Dari pagi sampai 12 malam bekerja. Balik rumah, terus flat. Pagi ini bangun dengan badan yang lebih segar.
Layankan je lah gambar open house Te Puni dan Everton last Sunday.
Siap ada board lagi. Thanks Sharil for the food. Lemang dan rendang ayam sedap. Kalau bulan Syawal ni, asal weekend je, mesti ada yang buat open house.Tak perlu risau fikir nak masak apa kat rumah.Datang ja open house.Hehehe.
Sebelah malamnya pulak, bertandang ke flat Everton. Datang punya awal sebab takut tak sempat nak merasa menu rahsia dorang. Hehehe.Menu dorang ni lain dari yang lain. Nasi hujan panas dan mee rojak. Pergh.Tak sangka dorang ni sebenarnya pandai masak. Mee rojak especially. Sedap sangat. Ni muka macam terseksa ni sebab tersilap ambil sambal pedas. Patutnya sambal makan dengan nasi hujan panas.Tapi sebab tengok member yang queue kat depan amik, aku pun cedok bukan main.Hohoho.Gatai habih kepala sebab pedas sangat.
Dorang jemput satu Welly.At one time, orang datang tak henti henti. Penuh satu rumah.So, kami tukar port sebab ruang tamu dah sesak sangat dengan orang. Lepak dalam bilik Hashrul sambil makan kuih raya Wawan. Terima kasih tuan rumah sekalian! Lain kali buat lagi. =P
Saturday, September 3, 2011
Selamat Hari Raya 2011
Tuesday, August 16, 2011
Masuk paper
Tinggal kejap cerita pasal snow. Ni nak cerita pasal masuk paper pulak.Nooooh.Hahaha.Actually hantar dah lama dah. Tak expect pun akan keluar since tahun lepas dah pernah hantar dah. Klik [sini]. Dapat tahu ni pun dari Fatehah kat FB. Thanks beb. Terus suruh dia tag aku. Nak tengok juga la apa rupanya bila masuk paper.Muka mengembang ke, mana tahu kan? Obses dengan diri sendiri.Wahahaha.

Nasib baik bukan muka yang kat bahagian lipat tu.Kalau tak, nangis.Hahaha.Yang best nya, dia tak edit ucapan aku.Oyeh! "Makan rendang ayam,ingat sama kat cheq yang jauh di perantauan".
p/s : Untuk yang baru nak hantar Salam Perantauan, jangan edit or resize gambar tau. Or else gambar korang akan jadi kabur bila print kat paper. Belajar dari tahun lepas punya kes, gatai pi edit bagi cantik sikit, resize segala, turned out to be blur kat newspaper.T_T Tahun ni punya gambar, cukup puas hati. Besar dan jelas tanpa sebarang kesan edit.Muahahaha.
Wednesday, August 10, 2011
Salam perantauan
Bosan tak tahu nak buat apa.Hantar Salam Perantauan online.Ni ok lagi. Ada sorang tu hantar gambar kat utusan online sampai tak terkira banyaknya.Mungkin satu hari satu kot.Dan mungkin depa akan stop hantar bila gambar dah keluar paper.Hahaha.Meriah betul page Salam Perantauan dengan budak Wellington. Go Wellingtonians! We love you. Heh.Tetiba.
Salam Perantauan ni bagi aku satu benda yang bagus dan harus diteruskan.At least meriah sikit la paper tu. Ni asyik asyik cerita pasal politik, pasal riot, pasal jenayah sana sini. Stress ja muka sorang sorang baca.Bila ada Salam Perantauan ni, cerialah sikit muka tu. Hehehe.Tambah tambah kalau sedara mara yang masuk paper. Tawaf satu kampung habaq kata "Anak aku masuk paper hooi!" Plus, menambahkan lagi suasana nak raya. Lagi satu, boleh bagi inspirasi kat budak budak sekolah untuk study sungguh sungguh lagi.Nak pi oversea jugak.Nak hantaq salam perantauan.Hoh.Mana tau kan?Sebab aku fikir macam ni dulu.Wakakaka.Ok.One of the reason la.Bukan main reason for sure.Mampuih kalau tajaan aku baca ni.Menyimpang dah niat. T_T
Wednesday, November 17, 2010
Terhibur di hari raya haji
Hari ini Hari Raya Korban.Tak ada yang menarik sangat pun.Gambar sekeping pun tak ada.Agenda paling utama ialah makan.Nasi jagung Pak Su sedap. Berselera acik makan.Lauk pun sedap.Sambal ayam dan rendang daging. Ketupat, lemang dan serunding ikan pun sedap.Semua sedap la.Perfect combination la wa cakap lu.
Tengahari tunggu Kak Yon datang rumah.Mai beraya.Lepas tu ikut dia pi beraya rumah Kak Linda pulak.Melantak laksa pula.Lepas tu pergi Alor Setar Mall beli tiket Harry Potter.Frankly speaking, aku memang tak minat movie tu tapi disebabkan Kak Yon nak sangat tengok, aku layankan je lah.Aku dah nampak future aku nanti dalam wayang tu.Mesti tidoq punya.
Dalam wayang, sungguh aku tidoq! Hahaha.Burn 10 ringgit macam tu ja.Apa-apa pun aku terhibur hari ini.Err..Bukan aku, tapi perut aku.Hohohoho.
Sunday, October 3, 2010
Open house lagi!

Hari ni attend lagi satu open house hosted by senior kat The Terrace.Makan nasi lemak, bihun sup dan rojak buah.Sedap sangat.Sambal dia rasa macam sambal nasi lemak antarabangsa kat Kg Baru tu (bak kata Elin). Rojak buah pun sedap.Terbaik la akak-akak semua.Dah boleh buat calon menantu dah.
After habis open house, pergi rumah Ky pula.Nak surprise kan dia untuk kali ketiga.Sebelum ni surprise ramai-ramai.Kali ni surprise from kawan terdekat pula.Punya lama bertapa dalam bilik Ky.Tunggu dia balik dari Stafford.Siap sempat lagi bercerita pasal kenangan time foundation.Memang surprise habis la tadi. Kawan tu ingat hantu dah.Atee...bilik besar duduk sorang-sorang.Memang la tokojut.
Balik hujung tahun ni nak bawa baju kurung banyak-banyak sikit datang sini.Meriah bukan main ok Syawal kat sini.Tiap-tiap minggu open house.
Saturday, October 2, 2010
Thanks to all
What a day!
Terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis rumah terbuka anjuran CMS-WMSO-UMNO tadi.Siapa yang tak datang, memang rugi la wa cakap lu.Makanan super sedap.Dah lama rasanya tak makan ayam masak merah yang betul betul masak merah.Selalu makan yang masak sendiri, tak pernah jadi sesedap mak mak masak.Hari ini puas hati dapat lepas gian.Hahaha.
Rasa macam nak tidur la.
Saturday, September 25, 2010
Kuat makan

Told ya.Bab makan memang laju.Tak pandang kiri kanan dah.
Hey.Kami kat sini tak habis lagi tau berhari raya.Masih banyak lagi open house yang harus dikunjungi.Ok.Dah habis baju kurung.Hentam pakai dress.Kalau tahu macam ni la raya kat oversea, aku bawa je satu drawer baju kurung.
Hari ini open house senior IPBA. Mee kari dan Mee laksa sangatlah sedap.First time try makan mee laksa dengan belacan raw.Boleh tahan juga rasa dia.Bagi yang kuat makan masin, bolehlah try.Potensi nak kena darah tinggi sangatlah tinggi.Huhuhu.
.jpg)
Noohh..bila jumpa geng kepochi, bukan main lagi berkerut muka.
Mujur cuaca hari ini cantik.For the first time ever rasa panas membahang.Siap mengipas-ngipas badan dengan paper. Bunyi macam tak sedar diri kan? Tapi tu la kenyataan.Dah terbiasa sejuk gedik-gedik, bila panas sikit, mula tak senang duduk.Huhuhu.
Once again, thanks for the treat seniors!
Friday, September 24, 2010
Gigi berterabur
Baru balik dari open house rumah 52 Adams Terrace.Tuan rumah jamu makan tomyam dan roti canai bersama kari ayam.Kari ayam terbaiklah! Kek pun sedap.Sama colour dengan baju.Hahaha.Bila tengok gambar aku yg di zoom, memang fail habis.Tambah pula bila aku renyih tak sangga.Habis nampak gigi berterabur.Macam gambar bawah ni haa.
Thursday, September 23, 2010
Tetamu yang hadir.
Persiapan dah cerita.Menu pun dah cerita.Sekarang kita cerita pasal tetamu pula.

Ha.Inilah Laila.Kalau dengar dia cakap, mesti korang ingat dia native speaker of English.Laju macam bullet train.Padahal dia asal dari Indon.

Senior.Kak Lina, Kak Ili, Kak Mimi dan ? Aku memang fail nak ingat nama senior ni.Ramai sangat.

Senior IPBA pun ada.Amik hang Kam.Seketui muka hang aku publish kat sini.Hohoho.

Antara VIP yang hadir.Auntie Zaini, Auntie Ziati dan Kennel ...? Huhu.Tak tahu nama dia.Terima kasih kerana sudi hadir.

Jonathan. Orang kuat B.Ed Tesol.Dia selalu turun Sungai Petani untuk pantau kami suatu masa dahulu.Eceh.

Nak jimat ruang, so hampaq kanvas duduk la ampa macam mana pun.Kerusi just sedia untuk geng-geng lecturer dan VIP sahaja.

Nooh..tudia...ni lah perempuan.Bila jumpa geng bukan main excited lagi.

Penyambut tetamu. Disebabkan kami ni ramai, so penyambut tetamu pun ramai. Welcome welcome.

Antara tetamu yang paling awal datang.

Syok sungguh tengok depa lalu makan.Hihihi.
Terima kasih semua!
Menu open house
Ok.Cukup cerita belakang tabir.Sekarang mari kita tengok depan tabir pula.
Kami ada masa lebih kurang 2 jam untuk prepare hall dan semua makanan sebelum guest datang.Event start pukul 7 malam. Kami start tempah dewan pukul 5.30 petang.AJK backdrop dan lokasi paling busy time ni sebab dorang baru start deco board dan susun atur dewan.
Keadaan dewan sebelum dikemas sangatlah kotor. Lantai bersepah dengan serdak. Aku tak tahu la siapa yang pakai hall tu sebelum kami.Tapi agak gelabah juga la nak kemas sebab tak ada vakum.Penyapu lagi la.Thanks to Boss, kami cilok kejap vakum dari Kelburn Parade dan Prayer Room. Menu utama ialah :

Kari ayam 'Mak'.Kenapa 'Mak'? Sebab yang buat tu Arin dan dorang panggil Arin mak.Maybe sebab Arin ni character dia macam ibu yang penyayang kot.

Mee 'Kobit'. Serius sedap mee kobit ni.Mendapat sambutan hangat tau mee ni sampai Auntie pun puji sedap.Bravo Kobit!

Kenapa 'kami'? Sebab ramai-ramai yang tolong buat nasi himpit.So, nak bagi adil,letak nama kami merujuk kepada semua.

Kuah kacang 'Ky' sebab Ky yang buat.Serius sedap kuah kacang ni. Rasa macan kuah satay pun ada.Hang ingat senang ka nak buat benda alah ni? Sehari semalam dia duk mengacau.Tahniah Ky!

AJK air.

Dessert 3.1. Semua rumah wajib buat agar-agar dan bawa kuih raya.
Ni yang paling tak boleh blah. Sambal belacan 'Z'.Sebab apa 'Z'? Sebab aku yang buat.Bahahaha.Asfan cakap, aku pembunuh senyap. Sambal belacan ni pedas tarak hingat.Ada yang mai report balik kat aku pedas sampai gatal kepala! Aku dah pesan, pedas.Tapi ampa ketegaq juga nak cedok banyak.Sapa suruh.Hohoho.Pedas pedas pun habis ok. Aku buat banyak kot.Satu tupperware besar.Kecewa tak sempat nak tapau sambal belacan.Baru kejap tinggal, alih-alih dah hilang.Ada orang tapau banyak.Tak aci!
Persiapan open house 3.1
On last Monday, kami pelajar B.Ed Tesol Cohort 3.1 telah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Preparation yang mengambil masa selama dua hari membuahkan hasil apabila ramai yang datang dan memuji masakan pada malam tu sedap. Tahniah kepada semua!
Mari kita tengok persiapan sebelum open house.

Tukang asing kulit kacang.

Nasib baik dapur rumah Kelburn Parade besar.Pot pun besar.Senang nak masak banyak sekaligus.Ini kalau Chef Wan tengok, gigit jari ni.Hahaha.

Inilah rahsia nasi himpit kami yang sedap tu.Kami tak cukup peralatan.Guna ja apa yang ada.

Stesen ayam.

Tukang masak mee Kobit.Kenapa kobit? Sebab tuan dia nama kobit.Kalau google memang takkan jumpa resepi mee ni.Special dari NZ.

Kat sini mee kuning mahal. So, kami ganti dengan spaghetti.Murah dan berbaloi-baloi. Yang penting, cepat kenyang.Hohoho.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat belakang tabir.Tak sangka dapat masak sebanyak ni untuk guest seramai 250. Penat tu memang penat.Tapi puas hati dapat jamu orang makan.Tahniah kepada Elin selaku ketua program.Lain kali boleh buat lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)













