Online users

Follower

Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

Monday, September 9, 2013

KK in Dec

Dah lama teringin nak pergi KK tapi selalu ja tak berkesempatan. Semalam Elin roger pasal tiket MAS pergi KK tengah murah. RM 300 return. Gilo. Mana tak membuntang mata aku tengok harga tu untuk MAS. So, decide nak beli terus la. Time tu dia dah tulis dah limited seats available untuk harga tu. Nervous time nak booking tu pasal takut tak dapat harga tu. As expected, harga naik jadi RM 360. Huh. Baru berangan nak naik MAS. Elin suruh compare dengan Air Asia. Sekali Air Asia harga RM 252 ja (tak masuk check in baggage). Last last, end up beli dengan Air Asia. Hohoho. Aku amik check in baggage so total RM 312. 

Excited lain macam sikit nak pergi KK ni sebab dapat pergi dengan darlings.Plus, dah lama tak gather dengan dorang. So, KK see you in December. Bajet lari bulan ni pasai beli tiket. Next gaji nak kena allocate betul betul. Dengan nak beli peti ais lagi. Haish. Dunia oh dunia. Duit nuffnang dah aku cash out kan tadi. Beda nak buat duit belanja pi Sabah nanti. Masuk kali ni, baru dua kali aku cash out. Dan kedua duanya aku gunakan untuk pergi travel. Pusing kot situ jugak la income blog. Lagipun income blog ni banyak dapat sebab aku blog pasal travelling. So, rasanya berbaloilah disalurkan ke arah itu.

So, aku nak tanya la kat korang. Apa tempat menarik kat KK yang harus aku pergi. Kalau tak pergi, tak lengkap percutian ke KK. Gitu. Pantai apa yang ada dekat KK? Nak experience jugak sandy beach kat KK. Wah wah wah. Dan accom kat mana yang murah. Ada readers dari KK tak? 

Thursday, December 8, 2011

10 Awesome Years with Air Asia.

Air Asia tengah buat promo baik punya sekarang ni. Teringin nak pergi KK tapi duk try since tadi tak dapat dapat nak tembus ke booking page. Asyik kena duduk kat waiting room je.Huhuhu. Nampak sangat ramai yang tengah buka page Air Asia sekarang ni. Kasi chance la woi! Patutnya family aku pergi bercuti kat KK cuti sekolah ni tapi disebabkan tiket mahal nak mampus, cancel plan. Aku paling excited dan paling kecewa bila tak jadi pergi. Asyik terbayang seafood kat sana. Choi. Macam kat sini tak boleh dapat kan. Tapi feel dia lain kot. Teringin nak pergi Pasar Filipino. Dengar kata sana banyak barang murah. Sayur pulak fresh fresh. Kawan yang dah pernah pergi duk cucuk, kata sampai sana rambang mata tengok pearl. Mujur la aku ni jenis yang tak into pearl sangat. Ye ke? Tak tau la bila tengok dengan mata kepala sendiri. Entah entah aku yang over nanti. Hahaha.

Booking period : 8-11 Dec 2011
Travel period : 1 July- 27 October 2012

Cuti merdeka sehari je kan? Cuti yang panjang sikit bila eh? Aku try google jugak kalendar 2012 tapi mostly just bagitau cuti peristiwa. Kalendar cino tu tak ada la pulak kat rumah.Adeh.

Wednesday, May 25, 2011

Dasar suka travel.

Kalau dah dasar suka berjalan tu, memang dah tak kisah sangat nak habiskan duit untuk tujuan tu.Semalam aku berperang dengan diri sendiri. Mula mula tengok tiket Medan murah. Mulalah roger encik siput dan kawan kawan yang lain untuk join sekali. Plus, ada Kundoq yang study kat sana.So, bolehlah jadi tourist guide kitorang. Dah siap tag dorang kat Facebook. Beria dah ajak. Aku pun dah semangat dah nak booking.Sekali....

Nik bagitau tiket ke Bandung pun tengah murah. Ok. Dah berbelah bahagi. Antara Medan dan Bandung, of course I would go for Bandung. Syurga barang murah dan banyak makanan halal kat sana. Yang menguatkan lagi keinginan aku nak pergi sana sebab Zul yang jarang nak shopping mopping pun boleh terjebak bila pergi Bandung. So, I want to be there as well. Nak merasa juga 'kemurahan' barang kat sana. Lagi terkinja kinja nak pergi bila tengok tiket return Bandung RM20 sahaja.Ya kawan kawan. RM 20 sahaja. Mana tak gila aku dibuatnya.

Tanpa berfikir panjang, aku grab je tiket ke Bandung. 30 May-5 Jun 2012. Cerdik. Dekat seminggu dekat Bandung. Tak perasan bulan Mei ada 31 hari. Tsk. Dah beli baru perasan. Kalau lama sangat kat Bandung pun bosan juga. Maybe akan ke Jakarta sekejap untuk mengurangkan kebosanan 6 hari di Bandung. Dah kena start saving dah sekarang ni.

Ok.Terus tak sabar. To encik siput, sorry weh tiba tiba beralih arah nak pi Bandung. Ni kalau tau kat Kundoq ni, mesti dia kecik hati. Sebab dari dulu lagi plan nak pi Medan, tak pernah menjadi.Ada ja halangan dan rintangan.Ecewah.

So kepada yang pernah pergi Bandung tu, feel free to give any advise and tips here. =)

Bandung, jumpa lo' tahun depan!

Tuesday, May 10, 2011

Air Asia buat sale lagi.

Eh.Air Asia ada buat promotion sekarang ni.Harga tiket dari serendah RM35 ke destinasi destinasi di bawah. Travel date 1 November 2011 - 18 Januari 2012. Cangak apa lagi? Pi tengok tiket murah tu. Isikan hari cuti anda dengan aktiviti melancong. Hehehehe.

Kota Kinabalu
Singapore
Phnom Penh
Kuching
Yangon
Jakarta
Shenzhen
Langkawi


Rasa macam nak pi Singapore.Hurmm.

Thursday, February 24, 2011

Semua tuju Melbourne


Cerita dah basi, baru nak publish.Hahaha. Cerita time nak depart ke Melbourne last few days.Ku ingat tak ramai la nak pi Melbourne.So, baru planning nak check in lewat sikit.Sekali Nik call inform yang queue Melbourne panjang.Time tu tengah lepak lepak dengan Kak Long. Apa lagi, berdesup la sorong troli pergi check in counter.Sungguh! Panjang nak mampuih line.Semua pakat nak tuju Melbourne.Baru teringat yang tiket ke Melbourne time tu murah.Tapi kebanyakkannya geng cino.Adeh.Pi mana mana pun geng depa banyak.Tu tak kira lagi kat Auckland.Bersepah.

See see.

Dah check in, masuk kedai duty free beli rokok kat Ama'.Well, rasanya semua coursemate yang balik Malaysia kena angkut rokok. Geng laki kat Welly pesan.Tegar gila dorang ni.Pesan berkaton katon.Seumur hidup tak pernah beli rokok.Ini first time beli.Orang yang queue belakang tengok semacam je kat aku dan Wan.Depa ingat aku smoker kot.Hahaha.Lawak.

Geli aku melihatnya.

Alhamdulillah, beg tak lebih kilo.Perasaan lepas tengok berat beg, lega. Duk takut lebih kilo.Tak pasal pasal kena bayar pula kang.Huhuhu.Servis Air Asia tip top.Dalam flight, terjumpa sorang flight attendant ni.Macam kenal.Tengok punya lama.Tak larat nak tenyeh mata.Macam tak percaya boleh jumpa bakal adik ipar peejburhan. Selalu juga dia cerita pasal Edan ni dalam blog dia. Paling aku ingat Edan ni kaki main PSP.Hahahaha.Dah macam stalker pula aku ni.

Ok.Sambung next entry la pula ye.Hohoho.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger