Online users

Follower

Showing posts with label MRSM PDRM. Show all posts
Showing posts with label MRSM PDRM. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Walimah Kak Yon

Ahad hari tu, aku attend walimah Kak Yon kat Taman Sultan Badlishah. FYI, aku ni nama ja duduk kat Alor Setar, tapi bab nama jalan kat sini langsung tak amik tahu. Jalan Putra pun baru discover hari tu. I think my brain is good at visualising buildings than memorising road's name. Sekarang kan wed invi dah tak macam dulu. Pakai main invite kat FB ja. Belagak tak nak minta kad kat Kak Yon. Alah, tera kawasan Aloq Setaq ja pun. Boleh cari aih. Kononnya la kan.Makanya, pergi wed Kak Yon hanya berpandukan GPS kat phone.GPS pun bengong. Berapa kali sesat area Jalan Pegawai tu. Dalam phone cakap belok kanan, padahal arah rumah pengantin belok kiri. Memang berasap la aku. Dah la dengan perut lapar. Kira nak mengamuk ja la. Tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa juga rumah pengantin. Itu pun mujur nampak perkataan Pasaraya Taman Sultan Badlishah punya besaq depan mata. Kalau tak, memusing la mencari rumah pengantin.

Sampai pun dah dekat pukul 4 petang dah. Tetamu pun ramai dah balik. Serbu makanan dulu, baru jumpa pengantin.

Kak Yon ni adalah senior aku kat Langkawi, Kulim dan Sungai Petani. Kebetulan kami belajar di tempat yang sama dari high school sampai la ke maktab pun nak sekali jugak. Cantik kan dia? Trend pakai tudung bawal pulak sekarang ni ye.

Selamat Pengantin Baru Kak Yon dan Uzair. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit dan generasi seterusnya.Cepat cepat la buat anak. Tak sabar saya nak jadi auntie. Hehehe.

So far, kebanyakkan pengantin memilih warna ungu sebagai warna tema perkahwinan mereka. Sini ungu, sana ungu, semuanya nak ungu la. Tahun ni memang tahun ungu kot.

Sunday, May 20, 2012

Syuk's wedding

Two days before final exam, I managed to attend my former schoolmate's wedding in Kulim.  I was really looking forward to go to her wedding since it's been almost 6 years we did not meet each other. Kalau pergi, insya-Allah boleh jumpa dengan other schoolmates as well. Lagi pun dah dekat sangat SP dengan Kulim. Bagai   orang mengantuk disorongkan bantal, around 11 pagi As message ajak join sebab ada satu lagi seat kosong. Haa..tunggu lagi. Moh le kiteee...

Sebelum tu, kita cari hadiah la dulu noh. Wah. Excited ok. Kalau dulu pergi kenduri kahwin dengan tok, tangan kosong ja. Sekarang ni, wedding kawan rasa kekok pulak tak bawa hadiah. Cari punya cari, kami beli periuk nasi 1litre. Kasi balut sekali. Akak ni pun dapat bajet dah kami nak bagi hadiah kahwin pasal masuk shopping complex melawa bukan main dengan heels masing masing. =P

Jauh jugak SP ke Kulim. Lalu pulak jalan kampung. Selepas hampir 1 jam, sampai jugak kami ke Dewan Bandaran Kulim. Pengantin duk berpeleseran kat luar dewan.Dari jauh dah nampak mahkota dia. Amboi Syuk. Kalah permaisuri agong punya mahkota =P Salam peluk cium semua, masuk la dalam dewan. Perut pun dah lapar. I was mesmerized by the decoration. The hallway, pelamin, meja makan pengantin, meja potong kek, semua la cantik. Lalu hati kecilku berkata, mesti mahal kos pelamin ni.

Apa pun, kita makan dulu noh. Nanti riki riki lain pasal pelamin. Kitorang sumbat satu meja tu sampai 12 orang. Punya la nak get together dengan geng sekolah. Makanan sedap tapi aku tak mampu nak sumbat banyak pasal sebelum pergi dah balun seround kat cafe. Tak sangka dapat jumpa seramai ni. Bajet tak ramai yang pergi sebab time sekarang ni semua busy dengan exam. Masing masing dah grad. Ada yang lagi setahun nak habis. So, aku tak rasa left out sangat la. I'm in the middle.Hehehe.

Bersama pengantin dua sejoli. Syuk dan pasangan. Syuk ni dulu satu team 4x100 m dengan aku. Time dulu la. Sekarang ana sudah pancit. Sudah berat laarr.Aku pergi ucap tahniah dekat dia, cakap Mila kirim salam. Dia tanya Mila mana. Aku cakap Mila team 4x100m jugak la. Terus dia flashback balik masa kitorang ada event olahraga kat Stadium Darul Aman di mana aku tak dapat nak lari pasal terlupa nak bawa IC.Makanya aku tak layak bertanding. Cissss...

 Favourite sekarang ni edit gambar kasi effect potong. Yang penting, muka aku selamat dari dipotong.Muahaha.

Ini haa tempat potong kek. Menarik kan? Cantik sangat. Memang menepati wedding dream aku. Suka sangat sangat.

Pelamin yang tersergam indah. Cantik cantik cantik! I like it very much. Sekarang ni memang trend kot naa bunga tompok tompok besar ni. Kena gaya, cantik la. 

Boleh dikatakan wedding Syuk ni meriah la sebab orang tak henti henti datang. Time kitorang sampai sampailah nak balik pun, orang still ramai lagi. Makanan pulak tak pernah tak ada. Alhamdulillah. Murah rezeki family Syuk ni. Kita kalau nak jamu orang, jangan kedekut. Tapi janganlah sampai membazir pulak ye. Budak budak kecik yang datang, dapat belon angry bird sorang satu. Ok. Yang tu aku jealous sebab aku pun tiba tiba boleh terminat pulak dengan belon tu. Rasa tak aci pulak dorang ja yang dapat.Hahaha.

Selamat Pengantin Baru, Syuk! Who's next? 

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger