Online users

Follower

Showing posts with label WMSO. Show all posts
Showing posts with label WMSO. Show all posts

Monday, October 17, 2011

WMSO Malaysian Night 2011


WMSO Malaysian Night 2011 dah habis tapi memori tu masih kemas tersimpan dalam otak pikiranku. Ecewah. Memang fail nak tulis puitis puitis ni. So, there you go. Tema malam tu, "Timeless beauty of WMSO". Dress code pulak formal dan batik. Al maklumlah, event ada orang besar ni tak boleh nak macam macam sangat. So, fikir punya fikir, decide nak pakai dress time Talent Night ja. Malas nak beli baru. Nak pakai satu malam ja pun.Hohoho.

Dinner pun hari Jumaat.Habis je test, terus serbu rumah Fatin. Nak pinjam tudung. Hahaha. Koleksi tudung sendiri tak ada yang matching. Lepas tu, pergi town pulak. Ingatkan nak pakai la cardigan turquoise. Cari punya cari. Masuk habis semua kedai. Non ado cardi colour tu. Ada jumpa satu kat Farmers tapi bapak mahal.70 dollars. Gilo! Membazir duit ja. Last last beli inner turquiose.

Basically dinner ni untuk meraikan ahli ahli WMSO. So, banyaklah upacara penyampaian sijil, ucapan dan performance.

The menu.

Main course. Nama ayam ni sangatlah panjang. Standard masakan mat saleh. Tasteless. Letak garam dan pepper penuh pinggan, baru berasa ayam tu. Not bad la rasanya. (Selepas tambah garam.Hahaha)

Tak pernah pernah aku makan dessert sampai habis. Yang ni habis pulak. Creme brulee.Berjaya habiskan sebab tak berapa manis dan just nice untuk aku. Ada yang kata kurang manis. Ni mesti geng yang kuat makan manis ni.Not good, not good. =P

Dengan kuasa wedges, ku berjaya berdiri sama tinggi dengan Dato'. Hahaha.

Laling lalingku

With Bubu. Geng lelaki semuanya segak segak. Macam orang korporat dah.

Ok dah. Bubbye!

Wednesday, October 5, 2011

Dare you to move & Gadisku - Kasanova Malaya (Talent Night 2011)


1st runner up of WMSO Talent Night 2011. They called themselves Kasanova Malaya. Enjoy! =)

Tuesday, October 4, 2011

Talent Night 2011

Al kisah Talent Night. Bear in mind, gambar yang bakal korang lihat adalah gambar yang aku cedok dari FB orang lain. Credits to Alli Afandi, Najihah Rahman & Safwan Sahar. Show start 8.10 malam dan berakhir 10.15 malam. Terpaksa hambat orang balik sebab book hall sampai 10 malam ja.Ikutkan hati, nak ja lepak lama lama atas stage, camwhore sana sini tapi apakan daya. Bergambar kat luar dewan je lah.

Terima kasih tak terhingga kepada anak buahku (Cultural Committee) yang telah bertungkus lumus atas pentas, berlari ke kiri dan ke kanan stage untuk pastikan semuanya berjalan lancar.Special thanks to Nurul, Juwe, Bubu, Vince, Mas dan Khai for your work. Frankly speaking, if tak ada dorang ni semua, event takkan jadi awesome macam semalam. Feedback yang aku dapat dari few people pun semuanya positif.

"Talent Night tahun ni much more better dari tahun lepas. Kalau ada star, aku bagi 4/5. "
"Rugi la sapa yang tak datang tahun ni. "

Ok. Cukup la mukaddimah sampai 2 paragraph. Tengok gambar pulak la noh.

MC, Zack dan Izzy. Gandingan yang serasi. Awal awal kaku but towards the end, dah dapat cari rentak. Oh.By the way, tema Talent Night is Celebrity.That's why Izzy macam Audrey Hepburn.Kelas kau mariaaaah! =P

Persembahan pertama dimulakan dengan band Kasanova Malaya.Lagu Gadisku sangat terbaik oh. Gorengan gitar yang sangat sedap.Dorang cakap in the middle of performance, dorang ada terkucil sikit.Tapi tak ada yang perasan sebab semuanya buta muzik. Hahaha.Hanya tahu melihat dan mendengar secara basic saja. Semuanya sedap di telinga kami.

Persembahan kedua dari the Kampung Boys. Kampung la sangat.FYI, si vocalist dah lama duduk oversea.Jadi nama kampung boys ni sebenarnya sangat ironi untuk dipadankan dengan dorang.Cakap BI bersembur ni.Hehehe. Dorang bawa medley songs mengikut cara dorang sendiri. Sangat unik.

Persembahan ketiga dari kumpulan Paradigma. Wah. Semangat betul Naufal menyanyi. Dengan dance move yang sangat wow membuatkan para juri ketawa besar. Jangan terkejut. He sang 'Someone like you' by Adele last night. Siap bawa backup singer lagi.Hehehe.

Persembahan keempat daripada Ky. Pergh. Speechless. Tak sangka Ky sangat berbakat. Sepanjang aku kenal dia, aku memang tahu dia ni sangat berani dan kelakar. Tapi bab menyanyi depan audiens ni, semalam aku baru discover. Tak sangka dia sangat talented. Tak cukup dengan tu, pandai tarik perhatian audiens dengan mimik muka dan gayanya yang sempoi.Cayalah Ky!

Persembahan dari duo, The Rookie Cookie. Touching I would say. Siap dengan props dia angkut.Tak cukup dengan tu, siap ada slide show lagi.Holloh holloh holloh. So sweet. Suara Nurul sangat sedap. Kena dengan lagu yang dia bawa semalam. Parachute & When I look at you.

Persembahan solo daripada Suleiman Fawzy. Sol sol. Sangat cute. Lagu yang dia bawa semalam ditujukan khas untuk seseorang yang bertakhta di hati. Sampai sekarang aku masih tertanya tanya siapakah gadis bertuah itu. Even ada terkucil silap key, dia tetap maintain atas stage. Tambah pula dengan sokongan audiens. Nice job Sol!

Persembahan terakhir daripada Shuhada,Afiq & Hafizuddin. Memang gempak la. Lagu yang Shud bawa, "I will survive". Memang survive betul! Satu hall berjoget, menyanyi sama sama. Lagu legend ni weh. Gelek jangan tak gelek. Bab suara tak sampai letak ke tepi. Yang penting, enjoy! =)

Ada satu persembahan istimewa daripada sorang artis yang kami terbangkan khas dari Kuching,Sarawak. Hehe.Tak ada la terbangkan khas.Kebetulan dia ada kat sini sebab suami dia buat PhD. So, alang alang dah buat Talent Night dan dia pun lama tak menyanyi, kitorang jemput untuk buat closing performance. Korang kenal tak dia ni sapa?

Nah, satu lagi gambar. NURUL AF 2 la kawan kawan. Ala, yang kena gosip dengan Kaer dulu tu. Dah kahwin dah pun weh. Kalau dalam tv nampak kecik, tengok in real life lagi kecik. Comel lote ja orangnya. Dia bawa tiga lagu. Manusia, Sejakku bertemu padamu & another song, single dia.Tapi aku tak ingat tajuk lagu tu.Huhuhu.Sedap la hai suara Nurul ni.

Us on red carpet.

So, keputusan malam tadi :

1st place : The Rookie Cookie
2nd place : Kasanova Malaya
3rd place : Wan Khairun Nadiah
WMSO's Choice Award : Shuhada, Afiq dan Hafizuddin ( I will survive)

Tahniah kepada semua yang terlibat!

Thank you

It's a wrap! Congratulations to Cultural Committee for the awesome night. Can't thank you more for your effortless commitment throughout the night. Everything was perfect. Thank you for such a wonderful night. Thank you thank you thank you!

p/s : Story coming soon.

Sunday, October 2, 2011

It all ends tomorrow

Nervous.Esok Talent Night. Habis Talent Night ni, habislah khidmat aku dalam WMSO. Hopefully, semuanya berjalan dengan lancar. Good luck to all contestants!

Saturday, October 1, 2011

Back to normal

Finally, it's over. Alhamdulillah.Terima kasih Tuhan untuk peluang setahun bersama team yang awesome. Thanks to Naddy, Arif, Sharil & Farah. To be frank, aku tak rasa aku ni banyak menyumbang dalam decision making. Aku just follow majority. Yang banyak memikirnya nama nama yang aku sebut tu la. Aku lebih banyak ke arah melaksanakan arahan yang diberi. Penat toksah duk kata la. Biasa la. Kalau nak kelab aktif, aktiviti kena la sentiasa berjalan. Kejap kejap meeting. Memang WMSO banyak curi masa aku. Sampai satu tahap rasa macam tak ada life. Benda ni diakui sendiri oleh pengutip durian.Asal message je, mesti aku cakap pasal WMSO. If tak banyak, sikit. Sampai naik bebai jugak la kadang kadang tu.

Aku: B, esok nak letak jawatan dah.
Dia : Awak serius ka nak letak jawatan?
Aku : Ya la. Memang dah sampai masa dah pun.
Dia : *Kerut kening* Awak betoi ka ni?
Dia : Betoi la!

Buat tak percaya pulak. Padahal sebelum ni dia yang paling anti sekali kalau aku cakap pasal WMSO. Hahaha.

Hari ini, akhirnya aku bebas jugak dari segala urusan admin WMSO. Fuh.Lega. Rasa ringan sikit kepala otak. Tahniah kepada ajk baru yang dilantik tadi.Semoga WMSO terus maju dan maju ke hadapan.Go WMSO!

Monday, August 15, 2011

Bazaar Ramadhan

Bazaar Ramadan versi oversea. Just ada 6 gerai ja yang menjual.Itu pun dah cukup bagus dorang willing nak menjual. Maybe time tak berapa nak kena kot.Orang busy dengan assignment dan test. Yang paling syok, everything sold out! Tak sempat pukul 4, gerai semua dah bungkus dah. Siapa yang datang lewat tu, nasib la.Memang makan pasir la korang.Hahaha.

Sweet corn and sardin roll

Aik cik abang.Tak dan start lagi dah terbaring? Hehehe.

Gambar banyak rosak.So,dua keping jelah kali ni. Semalam berbuka sangatlah 'heaven'. Lauk pauk semua hasil tangkapan kat bazaar. Sahur pun hebat! Nasi lemak sambal udang tuuu.

Monday, August 1, 2011

Food Festival


Sorry sorry.Entry pasal makanan lagi.Huhuhu.Al-kisah Food Festival yang berlangsung last week. Hari yang ditunggu tunggu oleh semua student Malaysia.Hahaha.Actually target untuk international student. Nak promote Malaysian food tapi tapi nisbah Malaysian yang datang lagi banyak daripada international. Well, orang Malaysia ni dengan makanan mana boleh pisah.Hehehe.Apa pun, misi terlaksana juga la hari tu. Ramai juga lecturer dan student international yang datang. Siap tanya apa ingredient semua.A good start.

Aku bawa 10 dollars je.So, terpaksa la pilih makanan paling kempunan sekali.10 dollars is not enough.Lain kali kena bawa 30 dollars. Kalau nak merasa semua makanan la.Hohoho.

Yeah! Pulut kuning sambal petai mammamia.Terbaik dari nogori.Kalau kat Kedah orang makan pulut kuning dengan sambal daging.Tak pun dengan kari daging. Petai tu dia dapat kat Yan's.

Yong tau foo pun ada jugak! Ehem.Tak heran la yong tau foo kat Malaysia.Sini pun ada *angkat kening, muka kerek*
Pulut sagu in the house yaw.Bukan nak kata la.Mai NZ ni, skill memasak sorang sorang makin mantop.Lelaki di luar sana,nak cari stok bini, cari yang duk oversea naa.Semua dijamin pandai masak dan menguruskan rumah tangga.Hohoho.

Gerai Prof, isteri dan anaknya. Specialized in takoyaki, tuna pita and cupcakes =) Setiap kali buat takoyaki, setiap kali tu la laku.Habis terus.

Student student yang kelaparan dan kesejukan pada masa yang sama.Hehehe.

Credits to WMSO Lense Moment for the photos. =)

Tuesday, July 26, 2011

Farewell Dato'

Dapat jemputan ke rumah TYT Dato' Hasnuddin Hamzah dan isteri. Ada buat makan makan sikit sempena dia nak 'resign' dari Wellington. Aku ni fail sikit kalau mai majlis yang ada orang pangkat besar ni.Tak reti nak sembang sangat. Mujurlah ada member lain yang attend event ni sekali.Buat geng sembang la.Hehehe.Datang atas tiket Bahtera Budaya bukan ahli tertinggi WMSO ye. Tapi gambar kat atas dengan ahli tertinggi WMSO. Kebetulan semua ada except Farah.Alahai.Kalau tak, cukup one big happy family. Struggle nak pakai tudung kedut kedut tu weh.Dah la pendek kat belakang. Jenuh adjust. Last last pakai lilit cukup syarat ja.

So long and good bye Dato'.

Calligraphy and photo exhibition

Officially, Malaysia Week has begun since yesterday. Tujuan utama kitorang buat Malaysia Week ni adalah untuk promote Malaysia kepada student Kiwi dan international. Sebelum ni mungkin dorang pernah dengar nama Malaysia tapi sejauh mana dorang tahu apa itu Malaysia, itu yang kita tak tahu tu.Hehehe.So, hari ini ada calligraphy session and photo exhibition kat Hunter Lounge.Lepas habis kelas, sempatlah singgah booth dorang ni. Dah lama rasanya tak menulis dalam jawi. Nak eja nama sendiri boleh la. Kalau suruh tulis karangan jawi, terkial kial juga jadinya.Hohoho.

This mat saleh is soooo cool. Mula mula pakai sampin ja. Lepas tu Farah pujuk suruh pakai sekali dengan baju melayu. Nasib baik dia nak. Dah la cute.Hahahahaha!

Loon tengah tulis nama aku dalam tulisan Cina. Cantik oh kaligrafi dia. Dalam bahasa Cina, 'Za' ada banyak jenis dan maksud. Tapi aku dah lupa dah antara maksud maksud yang Vince bagitau tadi. Hehehe. Short term memori betul.

Congrats to team Sharil dan Farah. Aku tahu bukan senang nak anjurkan program macam ni. Even though it only takes two hours, tapi mental dan fizikal kena kental. Nak promote kat orang lagi, nak set up tempat lagi. Banyak kerja ooo.Congrats guys!

Esok ada food festival pulak! Tak sabarnyaaaaaaaaaaaaaaaa =P

Sunday, July 24, 2011

WMSO Photoshoot.

Hari tu ada photoshoot untuk Malaysian students. Lokasi, semestinya kat bangunan Parlimen dan Beehive. Dah jadi trademark budak Welly dah. Hehehe. Bonuslah sapa yang pakai baju kurung tu. Untung untung masuk Salam Perantauan.Ramadhan pun dah nak dekat.Siapa mata tajam, carilah aku yang mana satu.Hohoho.

Some of Malaysian students in Wellington. Actually ini suku pun tak sampai. Ada ramai lagi Malaysian students tapi biasalah, photoshoot time weekend. Pagi pula tu. Ada yang tidur lagi. Ada yang kerja.So, ini jelah yang tinggal, yang rajin turun. Terima kasih naa.

Cultural Committee WMSO 2010/2011.Feeling jadi orang kuat MLM.Hahaha.Bersama anak buah ku yang hensem dan comel belaka. Muka ni lah yang berhempas pulas cucuk satay time Pasar Malam.Tak cukup sorang.Vincent missing in action.

Saturday, July 9, 2011

Kuman diseberang lautan nampak...

Seriuosly, rasa sedih sangat bila mengenangkan tahun ni merupakan tahun terakhir aku kat Wellington. Sedih sebab tahun depan dah tak dapat nak bersorak untuk WMSO time BERSATU Games. Last year aku tak join so aura sorak tu tak berapa sampai.Tahun ni turun padang as atlet dan supporter. Aku setuju sangat nama games ni BERSATU sebab time ni la semua turun as one team. Tak kira laki ke perempuan, kitorang bersorak bagi sokongan kat player. Tak kisah la dorang kalah or menang, kitorang tetap sorak. For sure, kalau tengah leading, kitorang lagi bersemangat nak bersorak.Thanks to Sharil yang banyak sangat berjasa untuk team WMSO. Dialah ketua sorak. Tak ada dia, kitorang macam lemah.Tak berfungsi. Jerit pun suam suam kuku. Bila dia ada, tiba tiba jadi kuat.

Lebih manis tahun ni bila WMSO naik ke tangga pertama dari segi pungutan pingat. Agak terkilan juga sebenarnya dengan pihak penganjur bila dorang cakap tahun ni sistem pemarkahan ikut point, tak ikut pungutan pingat emas. Mana tak mengamuk team WMSO bila dengar benda ni. Kitorang dah bantah, still kebenaran tak dapat ditegakkan. Tak faham kenapa tiba tiba nak ubah sedangkan sebelum ni tak pernah dibuat pun ikut point.Tup tup tahun ni ikut point. Sedih sedih dan sedih. Lebih sedih bilamana kami tak tahu pun sistem pemarkahan ikut point. At least, inform awal awal so that kitorang lebih bersedia dan tak ada la frust menonggeng sangat. Dalam paper bukan main lagi claim game ni macam Olympic game. Tup tup ikut point. Apa kejadahnya.Erm.Bukan Olympic games ikut gold medal ke? Haish.

Memang la orang cakap menang atau kalah tu tak penting, yang penting main for fun, yang penting unity.Tak ada orang kisah pun siapa yang menang atau kalah. Kalau main for fun, tak perlulah buat gold, silver and bronze medal. Dan tak perlulah buat award best team. Kitorang aim best team kot. Mana tak terkilan bila jadi macam ni. Tup tup team lain yang dapat sikit gold tapi banyak silver yang dijulang jadi best team. Semua angkara ikut point.'Unity is our aim' tu mungkin tercapai dikalangan member satu team, tapi antara team lain, rasanya tarik muka lagi ada la.Berdendam sampai ke sudah.Heh.

Aku menulis ni dari point of view aku sendiri.Korang yang baca, ada nak sentap ke apa ke, sentap lah.Aku tak peduli. Masing masing ada pendapat sendiri. Harapan aku satu je lah. Untuk next year BERSATU, please clarify every single thing so that benda tarik muka, kecik hati semua ni tak jadi. Jangan ambil remeh benda yang sekecik kuman ni. Jangan bagi alasan terlupa nak clarify semua tu. Ini satu pengajaran buat penganjur tahun ni. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

p/s : 3 bungkus biskut untuk most gold medal award? You gotta be kidding me.

Sunday, June 26, 2011

Kejap ada kejap tak ada.

Oh my! Mood nak blogging tiba tiba hilang. Huhuhu. Hari ini training handball. I would say for the last time before BERSATU kot. Sebabnya masing masing ada komitmen lain. Kerja la, TE la. Cukup susah nak cari time yang semua available.Ada yang dah selamat sampai dah pun kat South. Pray for the best for WMSO. Kalau boleh, tak nak la main emo emo. Dah nama pun games BERSATU kan. Main for fun, sambil cuci mata tengok lelaki handsome.Hahaha.

Training hari ini agak intensif. Kepala aku dua kali kena bola.Bengong sekejap.Mana taknya, training dengan budak lelaki.Pace dorang laju. Baling bola pun laju. Memang sedap la kena kan. Anyway, aku ok ja. Kental.Cool.Ceh.

Kalau boleh, nak menang. Insya-Allah =)

Friday, May 27, 2011

Satay satay!


Sehari suntuk mengadap benda alah ni. Esok ada Pasar Malam. Nervous! First time nak organise event besar macam ni. Hope semuanya berjalan lancar. Apa ingat duduk sini tak boleh makan sedap sedap ka? Bangga dapat buat satay kat sini. Cuma satu la. Agak remeh juga la sementara nak jadi rupa satay.Hahaha.Paling mencabar time nak cucuk isi kat lidi. Macam mana agaknya orang yang jual satay setiap hari. Kami yang sehari mengadap isi ayam ni pun dah cemuih. Rasa macam bila laaaa nak habis cucuk ni. Bosan..bosan.. =P

Isi ayam yang telah diperap.Kitorang amik bahagian breast & thigh.

Nooooh.Sampai bila nak sudah bakaq niiii..Hahaha.Ada kot dalam 500 cucuk.

Memang nasi 'himpit' betul la. Resepi turun temurun. Lagi banyak buku, lagi baguih. =P
Kitorang bakar guna oven. Itu je yang termampu.Nak bakar atas barbeque set tak ada. Plus, sini bukan boleh berasap sikit, nanti kang ada je orang yang nak komplen.

Nasi impit dan kuah kacang in making.Hebat beboy dalam rumah ni. Masak nasi atas api. Kalau aku, tadak pasai nak pakai dapur. Rice cooker sudeh.

Stok boleh buat bini dah ni. Ketua chef. Resepi ceduk dari dia.

Baguih anak buah aku ni. Tekun buat kerja.

Antara benda yang buat aku rasa seronok duduk oversea ni, skill memasak makin hebat. Knowledge pasal masakan pun bertambah. Kalau duduk Malaysia, tak ada maknanya nak masuk dapur selalu, buat satay sendiri, sebab boleh dapat dengan senangnya kat kedai. Duduk sini, mengada nak makan makanan pelik sikit, kena la buat sendiri.Walaupun rasa tu tak sebijik macam kat Malaysia, tapi jadilah nak lepas kempunan.

Esok kena puasa pagi sebab petang nak simpan perut untuk Pasar Malam.Hahahaha!

Friday, May 20, 2011

Nandos time.


Ke Nandos last few days. Celebrate birthday Arif. Dia ni bendahari WMSO. Dah lama dia janji nak belanja, alang alang birthday dia, langsaikan terus janji. Aku bab makan memang laju. Cuba kalau panggil meeting, ada je alasan.Hehehe.FYI, aku belajar makan nandos ni kat sini la. Kat Kedah tu susah nak cari nandos. Tak dapek haa nak makan selalu.So, mari kita makan makan.

Depa amik mild chicken.Ikut hati aku, dah lama amik hot & spicy tapi birthday boy tak makan pedas.Lagipun dia yang belanja.Mana boleh banyak songeh.Hohoho.

Apo kobondonya entah.Tapi sedap.Macam makan satay tapi ada tulang =)

Yeay. Dah kenyang! Trimas Arif! Oh lupa. Nandos kat Welly halal.=)

Bak kata cikepal, sesi menternak lemak. Eceh.

Wednesday, April 27, 2011

Video menari

Hi guys! Baru dapat video menari dari depan. Kalau nak tengok, sila la ke link ni ye. Pandai pandai la cari aku. Hehehe. Kalau yang add aku, dapat la tengok video tu.Yang tak add, sorry la naa.


Melenggang hai melenggang dengan tari lenggang...lalalalalalala
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger