Online users

Follower

Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

What a surprise

Last week was our third year together. Disebabkan ada sedikit masalah, tak dapat nak celebrate on the date itself. Terpaksa tangguh ke hari lain. I was not expecting any gift from him as what I wanted to do was to spend the whole day with him. Do things that we used to do. Movie, karok, makan, window shopping. Itu je. 

So, yesterday we went out as usual. Pelik sikit la behaviour dia semalam. Tersengih sengih sensorang. Aku cakap kat dia yang aku ada few things nak setel untuk interview nanti. Nak cuci gambar, fotostat suma. So that kalau dia nak buat surprise ke apa ke, hope dapat adjust timing la. He nodded. "Hari ni you kena ikut plan I" Dalam hati dah tahu dah ni mesti nak buat surprise ni. Ok je la. Dia ajak pergi PC Depot kat Persiaran Sultan Abdul Hamid. We went there once to buy printer. Kali ni dia cakap nak jumpa member dia kejap. We ended up having lunch kat kedai mamak sebelah PC Depot tu. Dia makan slooooow gila. Aku pulak tengah lapar.Laju je makan. Rasa segan pulak pinggan aku kosong dulu dari dia T__________T So, dia cakap nak tunggu member dia sampai. 

Tiba tiba dia ajak blah dari situ. Aik. Mana pi member yang ditunggu tu? Aku tak syak apa pun time ni sebab dia cakap member dia tiba tiba tak jadi mai pulak. Berangin la jugak tapi sabar je lah tak nak spoil mood. Start kereta pergi few blocks dari kedai mamak tu kemudian dia cakap nak singgah stationery shop pulak. Aku pun orait je la. Alang alang aku pun nak fotostat benda. Aku dah syak something time tu sebab kantoi dia suruh aku turun dulu dari kereta. Hahaha. Dia tak bagi aku tengok kat tingkap. I did as he told. Tak mau spoil surprise katenyer.

Elok aku nak masuk kedai stationery, dia panggil pi opposite direction. We walked across few shops and suddenly he stopped right in front of this one shop. Kedai tu tutup dengan blind so I was not sure what kind of shop is it. Yang aku nampak hanyalah perkataan "Slimming" Oh nooooo..Takkan la mat arep nak suruh aku buat slimming session? Sentap hati mak noks. Muka dah habis gelabah dah. 

"You,ni benda apa ni?"
"Masuk la dulu."
"Ishk.Benda apa ni? You nak suruh I buat slimming session ke?"

He handed over the paper to the lady inside the shop. I've been once to hair removal session so I was quite familiar with place like this. Cuma tak pasti treatment apakah yang mat arep buat untuk aku kali ni. Hati duk kuat kata dia atur slimming session. Memang terkedu tak tau nak buat apa. Tak tahu nak rasa apa. I have no idea at all. 

Suddenly I remembered something I have told him few weeks ago. Asyik ulang cakap kat dia "Bestnya kalau dapat buat massage treatment. Ada orang urut badan.Mesti best kan" I kept repeating the same thing over and over. Aha! Dah dapat guess dah. Konfirm bukan slimming session!

"You beli massage treatment untuk I eh?" 
"Ya la.Tak larat dengaq you duk cakap teringin nak buat massage.Asyik ulang yang tu ja"
"Hehehe. Thank you!"
"You dapat expect dak surprise I ni?"
"Dak langsung! Pandai you buat surprise. Thank yoouuuuu" =)

Rupanya dia komplot dengan Wan. Aku pelik jugak macam mana dia boleh beli voucher spa treatment ni tanpa pertolongan sesiapa. Lelaki ni bukan tahu sangat benda spa ni. Bukan dapat massage je, dapat foot spa, full body scrub dan steam bath sekali. Sayangnya, aku baru je abc.So, tak dapat nak buat full body scrub dan steam bath.Kena tangguh hari lain. Just boleh buat massage je dulu.

Massage pun lama weh.Almost sejam.Kebetulan pulak memang aku sejak kebelakangan ni asyik sakit belakang. Tambah tambah bila bangun tidur. Selalu sengal sengal badan. So, bila dapat buat massage ni, rasa syok sangat. Macam pucuk dicita, ulam mendatang gitu. Dapat pulak tukang urut yang sangat friendly.Dia urut memang terbaik. Memang umph! Dia tekan situ, sini, sinun. "Badan you panjang sangat, I tak sampai oooo.Tangan I pendek."  Zzzz. Sebab tu kot dia terpaksa ragaih naik atas badan aku. Dia baru jumpa aku. Tak jumpa Elin lagi. Minah tu lagi panjang.Hahaha.

Dalam duk syok syok massage tu, teringat pulak kat cik abang kat luar tu. Kesian dia. Kena tunggu lama.Huhuhu.After habis massage, cari dia kat luar. Hilang. Call dia.Rupanya dia pergi pusing mana entah.Sempat tidur seround sementara tunggu aku habis berurut. Huhuhu. Kesiannya! =(

One thing that I love about him is, he is so good in making surprises. Kejutan yang tak terjangka.Ke aku yang senang sangat untuk dikejutkan dan di prank kan? Hahaha.Mana mana la. Anyway, thank you mat arep for this lovely treat. Nanti mai teman I buat body scrub dan steam bath pulak noh. =P
I love you lebih la!

Gambar langsung tak ada pasal kamera bateri habis. Sobs.Sedih.

p/s: Nanti aku cover story pasal massage treatment tu in detail ye. Kat mana, macam mana layanan dorang etc.

Monday, February 13, 2012

Lepas tu...

Sorry. Been busy for this few days. Sibuk dating, sibuk buat assignment. Hahaha. So, seperti yang diwarwarkan kat previous post, Jumaat lepas genap la dua tahun kami berjiwang jiwangan. Two years of ups and downs. Kadang kadang bergaduh, kadang kadang suka, kadang kadang tumbuk pintu almari, kadang kadang rindu nak mati dan sebagainya. Kalau nak cerita satu persatu, memang tak habis. Maka, Sabtu pergi la celebrate anniversary.

Tak dan masuk kereta lagi, dia dah suruh duduk kat driver seat. Lepas tu suruh toleh ke kanan. Ada benda nak bagi katanya. Dengar sok sek sok sek bunyi plastik. Macam dapat agak apa benda tapi remain silent. Dapat bunga. Hehehe. =)

Lepas tu tengok movie. Cerita Chronicle. Aku tak galakkan korang tengok movie ni pasal lambat panas. Plot slow dan tiba tiba dapat kuasa psychic. Lepas tu musnahkan semua benda. Lepas tu habis. What the?? So, kesimpulannya, tak payah tengok la. Tengok hantu dalam botol kicap pun rasanya lagi berbaloi (aku tak tengok lagi but looking forward to see it)

Lepas tu, pergi karok. Amik 5 lagu ja. Last token, tertekan lagu 'Lap Lip Lap' by Senario. Hahahaha.Nyanyi jugak la. "Lap lip lap lip lap, buat kerja jangan sampai tersilap! Lap lip lap lip lap, banyak menung nanti otak jadi sempiiiiiiit" Epic habis. Mujur bilik kebal bunyi, kalau tak, tobat tebai muka dengan jiran sebelah.

Lepas tu sek fan! Teringin nak try pizza baru tu. So, ke pizza la kita ye. Sedap weh. Aku tak ingat apa nama pizza ni tapi kami amik set untuk dua orang la. Add on hut platter. Pun sedap. Senang cakap, makan pizza kali ni memang puas hati la walaupun struggle nak habiskan dua slice. Cheese banyak, udang rangup.

Lepas tu, pergi cari printer and I managed to get one. Canon MP 287. Harga asal RM 199, tapi lepas mat arep bargain, dapat la RM 190. Ok la as long as tak lebih RM 200. Oh. Aku adalah sangat fail bab bargain. Tak reti.

Lepas tu, pergi Tanjung Dawai pulak. Nak tengok sunset. Sampai pukul 6.15. Terlalu awal untuk matahari melabuhkan dirinya. Nampak orang jual jagung, haruslah beli. His favourite. Yang gigit habis tu, aku punya. Yang gigit bersepah tu mat arep. Ish ish ish.

Untuk yang rindukan aku, nah!

My one and only chocolate man =)

Subhanallah. =)

Nabi SAW berkata kepada Abu Dzar ketika matahari terbenam. “Apakah engkau tahu ke mana dia pergi?” Abu Dzar menjawab, “Allah dan rasulnya lebih mengetahui.” Nabi berkata, “Sesungguhnya dia pergi bersujud di bawah Arsy dan meminta izin lalu diizinkan. Dan dia meminta izin dan tidak diizinkan. Kemudian dikatakan, kembalilah ke tempat kamu muncul dan terbenamlah dari arah baratnya.”

Friday, February 10, 2012

Happy second

"You come to love by not finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly" -Sam Keen-

Muhammad Ariff, happy second!

Wednesday, February 16, 2011

A gift from a sincere heart.


Mula mula kata tak ada hadiah.Lepas tu ada pula.Apalah awak ni.

Dalam kereta, dia hulur botol ni.Waktu tu, botol ni kemas dibalut dengan pembalut hadiah.Dia kata ini ubat pengasih.Sumpah muka aku terus berubah.Gilo ko apo nak bagi ubat pengasih.Apa tak cukup lagikah kasih sayang yang kuberikan padamu? Terus aku bagi balik botol tu kat dia.Mukaku garang tak ingat."Kalau betul ni ubat pengasih, you kasi kat mak you ja la.Boleh la dia kasih kat you lebih sikit.I tak nak la benda benda macam ni"Dia gelak mengekek habaq hang.Syok dapat kenakan aku.Yang sebetulnya, fragrance oil.Err..saya kadang kadang lurus bendul.Senang tertipu dengan raut wajah serius seseorang.

Rupanya kasi lampu ajaib.Bila disentuh, terus menyala.Hahaha.Kagum sekejap.Fungsi fragrance oil tu pula untuk diletakkan di atas plate lampu dan memberikan aroma wangi.Entah mai mana idea nak kasi cek lampu ajaib ni.Hihihi.By the way, thanks darl.I cukup suka aksesori bilik ni.Haiii..bila entah nak dapat cincin sebentuk.Kena tunggu second year kot.Hahaha.Ikutkan hati, memang nak angkut balik Welly.Tapi, nampak gaya macam kena simpan kat sini ja.Luggage tak celuih.Huhuhu.

Ngeeeeeeeee :)))))))

Sempena one year


Kami celebrate one year simple simple je.Kebetulan pula time tu mengidam nak makan kek, elok sangatlah ke Secret Recipe.Duk buat macam orang kaya boleh.Order kek sorang sepinggan ja.Kami try chocolate lava.Waktu kek ni sampai, rasa macam tak berbaloi pula bayar sampai RM 9.50 untuk sepinggan kek sebegini rupa.Orang kata, lekat celah gigi ja.Tapi, bila makan, sumpah awai awai sedap.Bila mai tang hujung hujung, terus muak.Nak habiskan satu kek ni pun makan masa lama.Memang patut la serve dalam saiz macam tu.Mungkin bagi yang gila kek coklat, boleh habiskan dalam masa sekejap ja.

Kalau tak letak topping ais krim, RM 7 sahaja.(If I'm not mistaken.Correct me if I'm wrong readers.Ingat ingat lupa sebenarnya.Huhuhu.)

Pengutip durian sengih tengok muka sendiri dalam album.Malu katanya.Podah!

Dah kenyang makan, lepak tasik.Tasik lagi.Hahaha.Bermulalah sesi pemberian hadiah.Aku bagi album gambar kami je sebab dia pernah cakap nak semua gambar kami dalam simpanan aku.Yo lah.Ke hulur ke hilir aku dengan Rose, asal dating ja, aku snap gambar.Bila dikumpul, jadi banyak.Dan aku terfikir nak buat album ni instead of bagi gambar dalam pendrive.Duk buat kerja menempek gambar dalam album tu dari awal tahun lagi.Bajet sweet la kan.Ceh.

Apa dia bagi kat aku? Hah.Next entry.

Thursday, February 10, 2011

One year!


Happy one year my dear!

Terima kasih sebab sanggup tahan dengan perangai saya.Antaranya :

1) Kuat berleter bila awak datang lambat.
2) Tarik muka if awak silap jalan sampai awak tak berani nak cakap dengan saya.Takut kena hambur lagi.Huhuhu.
3) Marah awak bila awak selalu lock kereta sebelum sempat saya tutup pintu.Neong neong neong.
4) Cepat melenting bila awak buat salah sikit.Saya ja yang betul.Orang lain salah.Noh.
5) Selalu complaint awak lambat habiskan makanan.Lepas tu saya curi portion makanan awak.Huhuhu.Macam mana la awak tak kerempeng.Awek yang lebih lebih time makan.

Huhuhu.Saya ni banyak yang kurang.Terima kasihlah sebab sudi jadi buah hati saya.

Nah.

"Saya akan cuba dengan bersungguh sungguh untuk memperbaiki kelemahan diri, kesalahan yang tidak patut dilakukan seperti menekan butang kawalan pintu kereta ketika awak belum lagi menutup pintu dan mengeluarkan bunyi.Minta maaf.Maafkan saya.Bukan niat saya.Saya akan berusaha mengambil hati awak dengan sepenuhnya.I will possess your heart." (Pengutip durian, 2011)

Noh.Bila mai mood skema dia, macam nilah jadinya.Penuh skrin hp.Love you lebih la!

p/s : Gambar berdua tak banyak.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger