Online users

Follower

Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Between DOTA and your girlfriend.

Dia : B kat GG yang. Main DOTA.
Aku : Ooo.Okay B.


After 15 minutes...


Aku: Ehem...tak respawning lagi ke yang?
Dia : Ya sayang. Duk buat apa tu?
Aku : Tengah baca buku. Pasal ahli falsafah. Plato, Aristotle bla bla bla


After 15 minutes...


Aku : Respawning la cepaaaaat
Dia : Aristotle kata apa? Plato? Peh. B kena kaji jugak pasai depa ni.
Aku : Plato bla bla bla...Aristotle bla bla bla...


After 10 minutes...


Aku : Respawn respawn respawn
Dia : Depa ni bukan hebat mana pun.
Aku : Sapa depa tu? (Lama sangat tunggu dia reply text sampai lupa tadi tengah sembang pasal Plato & Aristotle)
Dia : Plato dan Aristotle la.

Lelaki, kalau dah main DOTA....jangan haraplah nak reply text kita laju laju. Tunggu time benda alah tu respawning, baru reply. Kalau tak,  non hadooooo. Siapa yang pernah main DOTA, mesti tau kan respawning tu apa. Awal awal dulu, makan dalam jugak sorang sorang. Kita message, dia buat dono ja. Lama sikit baru nak reply. Makin lama, dah lali.

Tapi bagus jugak la mat arep ni. Dalam duk men DOTA tu, nak jaga jugak hati dan perasaanku ini. Sedaya upaya reply my text. Even kadang kadang tu rasa macam apa yang dia reply tak connect pun to previous message tapi ok la. Nampak effort dia nak layan aku jugak.

Hahaha.Nice one 9gag.

Thursday, March 29, 2012

Bapak Anwar Hadi pun boleh =)


Dalam sibuk buat assignment, sempat turun padang untuk support budak cohort main ragbi. Dorang friendly dengan budak Ibrahim. Game katanya start pukul 5.30. Pukul 5.30 kami dah terpacak kat padang Ibrahim. Tengok tengok dorang still duk warm up. Ceeeeh. Dekat pukul 6 jugak baru dorang start game. As usual, kalau tengok ragbi, tak menjerit tak sah. Al maklumlah, game ni kan ganas. Aku pulak kuat seriau. Tak boleh tengok orang kena rempuh tindih semua ni. Tapi tetap nak tengok kan. Hahaha. Aku bukan tau sangat rules dia macam mana. Just tau passing kena ke tepi. Tak boleh ke depan. Lepas tu bawa la bola tu sampai ke tiang gol. Time ni bersorak kuat la sebab tau dah gol. Hohoho.

Some of the supporters

Dorang main 10-2-10 ja. Kemenangan berpihak kepada IPSAH RHINO. Weehuu.Congrats korang.Tak sia sia I tercegat awal kat padang Ibrahim. Sebelum balik, Pak Syed introduce sorang cikgu dari Ibrahim merangkap coach ragbi sekolah tu.

Coach rugby : I used to study in Otago but it was back in 1994 la.
Aku : Oooo..
Coach rugby : My son is now in Sydney.
Aku : Ooo..really? Buat TESOL jugak ke?
Coach rugby : Yup. Second year kat sana.
Aku : Nama apa?
Coach rugby : Anwar.
Aku : Anwar? Anwar Hadi?
Coach rugby : Ha'ah *senyum lebar*
Aku : Eh eh!! Katty! Ayah Anwar Hadi ni!!

Bukan main excited habaq hang. Tak sangka boleh jumpa ayah Anwar Hadi. Dia pulak dah sedia maklum anak dia famous. So, dia gelak je la tengok aku & Katty macam orang kena sawan kat situ. Happy gila dapat jumpa ayah dia. Bukan apa. Aku memang minat dengan video Anwar Hadi. Siap subscribe.Tak pernah miss la tengok video yang dia buat. Extra point sebab dia orang Kedah. Muehehehe. Jadi, tak dapat jumpa Anwar Hadi, dapat jumpa bapak dia pun boooooleeeh. He's very proud of his son. Senyum ja bercerita pasal Anwar. Tak lama lagi nak pergi melancong ke Sydney. Fully sponsored by Anwar katanya. Huntonglah =)

To Anwar Hadi, keep on producing outstanding video.Me likey so much =)

Friday, October 28, 2011

UNO lagi

Semalam main UNO lagi. Memang itulah kerja kitorang bila dah terlalu free sangat ni. Sementara nak tunggu yang lain datang, tengok X Factor dulu. Oh. Aku bab reality show ni memang suka bebenor. Sekali dah tengok memang tak boleh tinggal. Even benda tu lagho' tapi what to do. Free sangat la katakan. Bubu datang bawa aiskrim dengan coke. Nak buat float katanya.Lepas Isyak,makin ramai pulak yang datang. Aku main awal awal ja. Lepas tu surrender. Tengok dorang je lah yang main. Bila dah bosan main UNO, main silent game pulak.We came up with our own rules. Sapa yang kalah, kena pakai cekak bunga. Nak dijadikan cerita, loser malam semalam berderet lelaki. Mula mula Hashrul. Lepas tu Syamil. Lepas tu Wawan pulak. Nasib korang la kan. Saja have fun.

Kualiti gambar agak kureng sikit la noh. Guna kamera handphone je pong.

'Baby cutie pie' Hahahaha

Hahahaha.Hashrul. Speechless.Merah padam dah telinga tu.

Nik pun kalah jugak. Hah.Amik hang. Kasi balut itu tengkuk.Hohoho.

Kesimpulannya, fun fun fun =)

Tuesday, October 18, 2011

UNO


Ohooooii.Tak sempat nak update blog hari ini. Sibuk. Pagi pergi workshop, petang photoshoot cohort, malam kemas barang. Jangan ingat dah habis sem boleh rileks. Non ado. Lagi nak dekat balik, lagi serabut. Banyak benda nak kena setel. Dalam kesibukan tu, sempat jugak la main UNO seround dua. The more, the merrier orang kata.

Time ni I dah menang. Ehem =P

Wawan, the loser.Cakap kencang sangat. Last last dia yang kantoi.

Wawan kena boo.

Malamnya pulak, Bubu datang lagi sekali. Dia kata bosan duduk rumah. Maka, kami main lagi UNO. Memang tak pernah bosan. Hohoho. Lepas pada tu, main silent game pulak. Choiii. Berdebar teruk main silent game. Tak boleh leka sikit. Awal awal aku la champion. Bila dah masuk 3 4 round, berderet kalah.


Yang ni pulak kena pakai gelang yang orang balik haji selalu bagi tu. Selagi tak habih game, tak boleh buka. Hahahaha.

Fun loaded!

Monday, September 12, 2011

The Claw

The Claw. Satu lagi game yang bisa buat urat perut korang rasa geli. Inspirasi dari dinosaur zaman dulu. Mungkin The Claw ni ibarat macam tangan dinosaur hayun mangsa dia ke kiri dan ke kanan.Who knows? Lepas naik benda ni, terus gelong sebab banyak sangat pusingan yang dia buat.Kejap atas, kejap bawah.Kejap kanan, kejap kiri. Tengok je lah gambar kat atas ni. Dilambungnya anak orang sampai macam tu sekali.Tapi best la. Lebih kurang macam main buaian tapi ini versi lambung sampai ke langit punya! Hohohoho.

Tower of Terror II


Tower of Terror II. First game yang kitorang main kat Dreamworld. Tak beragak ambil yang extreme terus.Huhuhu.Sebenarnya cuak nak naik tapi bila memikirkan dah bayar mahal mahal, kena la try jugak. Sebelum naik, duk observe dulu game ni macam mana.Seram weh. Untuk yang sukakan game yang melawan tarikan graviti, boleh la try yang ni. Sangat sesuai.Untung badan time pergi, line tak panjang.So, cepat je dah masuk dalam bilik tu. Yang tak untungnya, kejap lagi aku dah nak kena tarik naik atas awan oiii.

Nampak tak kat atas tu? Pergh.Menyirap darah aku.

Basically game ni macam space shot kat Genting jugak tapi yang bezanya sebab kita duduk dekat seat dan ditarik backward sampai ke atas palang tu dan dilepas dengan kelajuan maksima.Terangkat bontot cek! Muka menggeleber tak sangga. Sumpah buruk.Habis game, semua senyap.Hahaha. Yang suspen nya, time nak lepas tu siap ada bunyi siren macam nak launch roket. Waktu ditarik ke atas tu, sumpah gayat.Nak pulak bila kita kat atas tu, badan kita condong 90 darjah ke bawah.Tunggu masa nak menjunam. Bayangkan je lah. T_T

Thursday, January 27, 2011

Kiwi speaks Malay

Ku godek godek laptop, terjumpa satu video time kitorang join UMNO Race last year.One of the task is to ask any Kiwis to read Malay sayings. Kitorang ternampak sorang mamat ni kat Te Papa, terus kitorang approach dia.Tak boleh memilih beb.Kejar masa.Feeling macam masuk Amazing Race pun ada.Lucky, this guy tak banyak songeh.Ikut je apa yang kitorang suruh.Coolness!


Malaysia boleh!

Adawiah, Elina, I rindu la time ni.Saat kita melangkah setiap anak tangga 'neraka' untuk naik ke Uni dalam sekelip mata, saat kena telan sushi besar berintikan wasabi dan saat kasut dipenuhi lumpur kat Parliament Building.Rindunya!

Monday, November 29, 2010

Arcade game

Al-kisahnya lepas jumpa Aisumi,aku bosan tak tahu nak buat apa kat City Plaza tu.Maka call la dia suruh datang situ.Heh.Rumah dekat bolehlah kan suka suki nak panggil mai.Lunch sekali and then dah tak tahu nak pi mana.Nak tengok wayang, ada movie Ngangkung dan 2 Alam ja.Tobat aku takkan tengok 2 Alam.Masuk boling, semua lelaki yang tengah main.Segan pula nak main.Last-last masuk game arcade.Noooh.Tak menahan hang masuk situ.Dah lama kot tak masuk tempat tu.Takut nak masuk sebab ramai budak tak berjenis dalam tu.I kan takut kena ngorat.(Bajet hot gilaaa minah ni).Tapi sebab ada dia, aku tak risau sangat.If anything happen, dia boleh protect.Ngehehehe.

Acik kayo!

Pusing punya pusing jumpa satu game boling.Ini ada keluar tiket untuk redeem hadiah.Tuah pengutip durian.Dia buat macam mana entah boling tu, kena kat lubang 'mystery'.Ting ting ting bunyi tiket keluar.Banyak pula tu.Non-stop habaq hang! Sampaikan budak kat sebelah pun usha kami.Tak pasai pasai jadi tontonan umum sekejap.Hahaha.Dapat la 160 tiket.Pi redeem.Hang nak tau kami dapat apa? Sila skroll bawah.

Akak kaunter tengah mengira tiket.


















Pemadam stabilo dan pensel picit.Cait! Aku bagi kat adik dia ja benda tu.Buat bekal nak pi sekolah tahun depan.Hahaha.Nak dapat bear sampai berpuluh ribu tiket.

Monday, November 8, 2010

Round up


Ada berani ke? Hahaha. Tengok pun dah rasa pening.Itu belum naik lagi.Round up ni bagi aku lagi takut sebab safety belt just satu rantai besi yang dipasang sendiri oleh orang yang main.Mau ada yang terlepas pandang safety belt tu, boleh melambung keluar dari benda alah ni.Bayaran yang dikenakan ialah 7.50 dollar.Mahal kan? Tapi aku rasa worth it kot sebab game ni lama. Bukan macam kat funfair kat Malaysia.Bayar lebih tapi servis out.Dapat main kejap je.

Satu ja yang tak best pasal funfair kat sini.Semua game nak tutup awal.Apa kes?

Thursday, October 28, 2010

Wii

Seronok juga main Wii ni kan. Dah mula addicted dah ni.Ini tak boleh jadi.Silap haribulan aku angkut satu bawa balik Malaysia.Zul konfirm suka punya.Betul tak abang? Wan beli dari Kam dengan harga 250 dollar je.Kira murah banyak dari beli kat Malaysia.Secondhand pun elok lagi.Kam pakai tak sampai setahun.Kotak dengan bubble wrap pun still ada.

Kalau ada senior lain yang nak let go Wii, aku nak chop dulu.Hehehe.

Thursday, October 21, 2010

Batu seremban.


It's been an ages since I played batu seremban.Time kat marae baru asah balik skill lambung batu ni.Ternyata gua masih pro seperti dulu.Tudia.Bangga tak kira apa dah.Hahaha.Time kecik-kecik ada satu season main batu seremban all the time. Tak kira siang malam.Pantang ada free time ja, panggil jiran sebelah rumah match batu seremban.Batu yang dari awal tajam, terus jadi bulat bila dah selalu sangat lambung.Ada setengah tempat panggil batu tujuh.Whatever it is, I'm still good at it.

"Aku orang Seremban.Mesti la tahu main batu seremban!" kata Bob.Err..tapi tak sempat lambung dah mati.Macam mana tu Bob? Hehehe.

Game mafia.


Pernah main game mafia tak? Dah lama aku tinggal game ni.Dulu time kecik kecik selalu juga main.Tapi aku tak panggil mafia.Aku panggil game 'Pembunuh'.Ada empat role dalam game ni. Murderer, police, doctor dan citizen. Role tu boleh adjust sendiri mengikut bilangan orang yang nak main. Kalau ramai sangat. Mungkin boleh tambah role murderer jadi dua.Makin banyak makin susah nak cari.

Serius cuak main benda alah ni.Nasib aku tak berapa baik waktu first time main.Asyik kena tuduh murderer ja.Padahal aku citizen.Tak larat nak defend diri sendiri.Alasan dorang, sebab aku senyap ja dalam game lepas tu aku suka senyum.Muka pembunuh katanya.Wahahaha.Rasa down gila bila diri dituduh pembunuh.Sobss.

Cara main:
1) Cabut kertas dan tengok role masing-masing.Setiap orang tak boleh reveal role dorang.
2) Ada seorang pencerita yang akan lead the game.
3) Semua diarah tutup mata dan pencerita akan start narrate story.
4) Pembunuh akan disuruh buka mata dan point kat orang yang dia nak bunuh.Time ni yang lain pejam mata.Kiranya hanya pencerita yang tahu siapa pembunuh.
5) Doktor pula disuruh buka mata dan point orang yang dia nak sembuhkan.Dia boleh pilih nak sembuhkan diri sendiri or orang lain.If in case, orang yang dia point tu sama dengan orang yang pembunuh point, orang tu selamat.Kalau tak, orang tu mati syahid.Hahaha.
6) Giliran polis pula untuk point orang yang dirasakan pembunuh.If in case betul, pencerita akan angguk kepala.
7) Semua buka mata balik dan narrator akan bagitahu siapa yang terbunuh, whether pembunuh dah ditangkap ataupun tidak.If in case, belum kena tangkap, semua orang akan bincang nak tuduh siapa.Polis main peranan penting untuk yakinkan citizen untuk vote orang yang dirasakan pembunuh.Tapi at the same time tak boleh reveal role dia.Pandai pandailah nak yakinkan orang.

Pembunuh dah kena tangkap.Booo!

Haa..lebih kurang macam tu la game dia.Best oh.Kena muka yang pandai berlakon, memang sampai kesudah kita tak tahu dia pembunuh.Tapi kena muka macam aku ni yang jadi pembunuh, jam teruih.Awal-awal lagi orang dah boleh agak.Hahaha.

Friday, August 27, 2010

Poker game

First time belajar main poker.Mak aii..banyak betul rules yang perlu diingat.Ini memang lain dari UNO or silent game.Agak berbangga bila dapat kalahkan 'sifu' yang mengajar kita macam mana nak main.Hihi.

Poker ni lagi gila kentang dari silent game. Kena pandai atur strategi kalau tak nak kalah.Setiap kad ada nilai 'power'.Baru tahu simbol-simbol kat kad poker.Diamond, clover, heart and spade.Pergh.Ini kalau masuk test,konfirm cemerlang ni.

Lepas ni bolehlah main poker online.Dah tahu rules.Haahaa.

Friday, July 23, 2010

Silent Game


This is how Silent Game looks like.Basically, each player kena pilih kad apa yang dorang nak kumpul based on the same colour group which is Red+Yellow or Green+Blue (Ubahsuai dari kad UNO).Nombor yang sama dan group colour yang sama.After dah kumpul, kena letak kad tu slow-slow kat atas lantai menandakan dia dah menang.The last one yang letak dikira big loser.Boo!

Game ini addictive.Kalau nak main, dinasihatkan main time weekend.Kalau tak, sampai ke pagi duk kocok kad.

Saturday, July 17, 2010

Pillow talk

Indah betul bila dapat buat girls night kat rumah.Ala.Girls night kami just kumpul ramai-ramai then bersembang sampai tengah malam.Selalunya rumah kami jadi host sebab tak ada senior.I mean satu rumah satu kos, satu kepala.So, nak hu ha hu ha pun orang tak kisah.Semalam special sikit sebab ada game baru.Game UNO.Again, UNO.Hahaha.Mesti korang jemu aku asyik cerita pasal main UNO ja kan.Tapi tu lah.I'm addicted to it.

Dari UNO ke SNAP ke DONKEY ke SILENT GAME.Hanya dengan satu set kad, fungsinya boleh dipelbagaikan.Best best.Kami stay up lama juga la main benda alah ni.Sedar tak sedar dah pukul 12 malam.Gian habaq hang.

Kat sini bolehlah nak buat pillow talk.Kalau kat maktab, tak boleh.*sigh*

Friday, July 16, 2010

UNO at harbour.


Baru saja pulang dari meraikan hari jadi Adawiah di Cinta.Wah.Apasal skema sangat ayat? Hoho.First time ever makan kek ais krim kat NZ ni.Wendys pula tu.Memang berbaloi-baloi even harganya agak mahal.Tak pa.Kongsi ramai-ramai tak terasa sangat duit melayang kan.Hari ini aku try makan squid sambal pula dekat Cinta.Ok la cuma squid dia sangat liat.Susah gila nak kerat dua.Makan sotong, teringat pula kat Paul.

Marvelous wa cakap lu ini kek.

Memang tak pandang kiri kanan dah kalau dapat makanan.

Setelah perut kenyang diisi, kami ke harbour.Main UNO.Hoho.Ini kerja gila ya.Time winter cari pasai pergi dekat harbour.Duduk betul-betul tepi laut pula tu.Memang cari nahas.Tapi quite fun actually. Main UNO ramai-ramai. Tak terasa sangat sejuknya.Sanggup der pergi beli UNO kat 2 dollar shop.Dah addicted pula kat game tu.

Kegiatan tidak bermoral.

UNO versi 2Dollar Shop.Hohoho.

Hilang stress bila dapat hang out macam ni.Birthday siapa pula next? Main UNO lagi jom.Hehehe.

Tuesday, June 1, 2010

Gila game


You, kejap lagi I ada tournament DOTA. Support I please.

Ok. Good luck. Chaiyok chaiyok.

Hoh. Dota pun ada tournament ka? Siap ada hadiah lagi tau. First place dapat RM700 dan patung dota. Sapa tak mau weyh? Aku kureng sikit bab game ni. Tahu dota ni pun sebab coursemate gila main benda alah ni time foundation dulu. Lepas dota, dorang main jin online pula. Sekarang tukar angin main game online yang lain pulak. Memang aku tak ambil port pun. Tahu macam-macam tu ja.

Berdasarkan pemerhatian rambang terhadap coursemateku yang gila game, dapat disimpulkan dorang:

1) Sanggup tak tidur malam.
2) Sanggup tumpang internet rumah jiran.
3) Khayal dengan dunia maya. Terputus connection sekejap dengan dunia yang fana ini.
4) Bo layan awek kat sebelah.

Aku main game bodo-bodo ja macam Tumblebugs. Hahaha.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger