Online users

Follower

Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Done!

Alhamdulillah. Done with KSSR course. Gila lah. 4 hari tadah telinga dari pagi sampai ke petang. Balik rumah terus flat. Macam ni rasanya pergi kursus. Al maklumlah, first time. Pengisian bagus cuma cara dijalankan tu agak bosan bagi aku. Dah la tempat nya tak beraircond. Kepam sorang sorang dalam dewan tu. Maybe next time dorang boleh pertimbangkan ubah pelaksanaan program. Buat la dalam bentuk yang fun sikit. Asyik asyik present.Huwargh.Bosan oi. Yang nak best sikit pun demo lesson/microteaching. Kelakor tengok cikgu senior berlakon. Still berbisa. 

Post gambaq ni kat FB. Candy Crush yang cenonet tu depa nampak. Muka kami sebesaq alam tak dak sapa pun nak komen. Hahaha.

Sekali sekala pergi kursus best sebab dapat release stress dari beban sekolah. Pergi kursus pun pukul 8 pagi. Tak ada la terkejar kejar sangat macam pergi sekolah. Yang penting, tak perlu nak stress mengajar budak. Only lasted for 4 days je la. Lepas ni masuk sekolah balik, rutin yang sama balik. Sabor jelah menanti cuti akhir tahun ni. Serius aku tak sabar nak tutup sekolah. Tapi, nak menempuh ke saat itu sangatlah hazab bagi aku. Ada je benda yang nak kena submit. Report la itu la ini la.Haish. This is what I choose to be. So, please stop complaining. Mana ada kerja yang tak stress. Ye dak?

 Group work. We have to come up with our own label using cursive writing. Yang follow insta aku tahu la pasal cursive writing aku. Macam tulisan sanskrit! 

 Sound circle for literature component. 

 Poem shape. Nampak tak bentuk slide tu? Hehe.

 Amboi Japirah. Besaq nya gelak. Pasai pa tak tau.

 Dapat kawan baru. Kak Sha. Umur dah 40 something tapi awet muda. Kebetulan terpakai baju sama colour on our last day. Haruslah mengabadikan kenangan. 

Group photo. Group 2. 

Selit sikit pasai earnings nuffnang. Dah lama tak update. Sekali tengok, 4 buffered. Woah. Selalu macam ni la. Time kita tak tunggu buffered tu la dapat. =)

Thank you Nuffnang =)

Saturday, May 11, 2013

First earning from Blogbuster Campaign


Ini bukan cubaan. Ini betul betul. Aku sendiri pun terkejut dengan amaun yang aku dapat dari Blogbuster Campaign ni. Fastest way to get big cash! Cuba korang bayangkan, ni baru blogbuster campaign, tak campur lagi dengan earnings dari CPUV dan CPC Campaign. Heart attack kejap tengok earnings naik mencanak.Huhuhu.Korang yang dapat email dari nuffnang pasal blogbuster campaign ni, sila la rajinkan diri buat 'assignment' yang diminta. Untung untung dapat lagi banyak dari yang aku dapat ni. Huhuhu. Sekarang ni ada dua blogbuster campaign yang tengah on the go. Acer Hybrid Ultrabook dan Project C. So, jom join!

Million thanks to Nuffnang sebab bagi peluang join Blogbuster Campaign =) Sayang nuffnang!

Friday, April 26, 2013

"Cute sangat"

Salam Jumaat semua. Fuh. Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan 4. Lepas tu bulan 5.Lepas tu cuti. Weehuu. Semalam pergi melawat Mak Njang kat KMC. Admitted sebab sakit dada.Tau pun melalui Pak Lang.If Pak Lang tak call, rasanya sampai ke sudah tak tahu. Balik sekolah terus singgah KMC. Petang pulak, melawat family Pak Lang. Mak Lang baru lepas accident. Kak Zi pulak baru lepas bersalin. Kira combo la melawat depa. Alhamdulillah, syukur sangat bila dah ada Boa ni. Senang nak melawat family belah arwah mama. If tak, kena tunggu depa mai kutip baru boleh pi. Huhuhu. Syukur Ya Allah syukur. You don't know how much Boa means to me. Ecewah. 

Nuffnang hantar email kata blog aku terpilih untuk blogbuster campaign.Korang ada dapat tak? Terkejut jugak pasai aku ni jarang update.Tup tup terpilih pulak.Excited la nak tengok campaign apa.Sekali hang, campaign Kpop! Kena buat video gwiyomi pulak tu T_____________________T Dah la tak berapa cute. Suruh pulak teacher ni buat gwiyomi. Argh.Buat jugak la. Tu pun berapa kali take pasai rasa huduh sangat.Duh.Kalau nuffnang rasa cute, baru dia approve. Buat pi la. Mana nak tau kot kot lekat =P Nanti kalau approve, video tu keluar la kat blog aku ni. Kalau hangpa nak tengok gwiyomi versi aku, sila la play noh. Hahahahahaha. Matik la lepas ni jadi bahan gelak ketawa.

By the way, aku dah stop makan PMC. Start kerja, terus tak ada masa nak tempek PMC kat muka. Jumpa produk baru pulak. Nanti lepas aku dah pakai, aku reveal produk apa noh. Excited nak mula pakai hari ni. Okay kengkawan. Selamat berisitirehat untuk yang cuti hari ni dan selamat bekerja untuk yang tak dapat cuti. Hohoho.

p/s: Thank you for your response in previous entry. Will do update about pre loved items soon =)

Saturday, March 10, 2012

Cek dah sampai

Sebelum ni, aku dapat payment advice through email. Real cheque tak dapat lagi.First timer. Gelabah ayam lebih sikit. Setiap hari text bang cik kat rumah minta cek kan peti surat. Kot kot dah sampai surat dari bank. Tak jugak sampai. Sebab aku ingat once payment advice dah dapat, cek pun akan sampai kat rumah. Try google pasal benda ni. Luckily, jumpa satu blog ni. Dia cerita yang real cheque akan sampai kat alamat rumah a week after payment advice dah dihantar ke email. Aku dapat payment advice on 3rd March. Maknanya 10th March la cek sampai.

So, hari ni 10th March, abe posmen hantar surat. Dah dapat dah real cheque dari HSBC. I'm the happiest person today. Teruja lain macam sikit. Al maklumlah, first time. Tak sabar nak pergi tebus cek. Tebus cek? Ah. Faham faham sendiri la eh.

Terima kasih kepada readers blog ni. Tanpa korang, tak mungkin aku boleh dapat income macam ni. Tak lupa juga kepada nuffnang. Thank you so much!

p/s : Pemangkin untuk terus berblogging. Happy weekend guys =)

Saturday, March 3, 2012

Worth waiting for

Finally.Hasil penat lelah berblogging almost two years. Tak banyak mana pun kalau nak dibandingkan dengan blogger lain yang boleh capai amount tu within one month. Apa pun, tetap bersyukur. Thanks nuffnang =)

p/s: Terus semangat nak shopping kat Bandung. Muehehehe.

Tuesday, January 31, 2012

Cash out nuffnang

Al kisah penghujung Disember 2011 aku cash out nuffnang. Supposedly today cek dah sampai rumah tapi alih alih semalam dapat email dari nuffnang saying that my cash out had been rejected. Dah mula gelabah. Takut duit tu lesap. Cek balik nuffnang semalam, dia masukkan balik dalam akaun. Fuh. Selamat. So, semalam bersamaan dengan 30 aribulan, aku cash out sekali lagi dengan harapan tak kena reject lagi la. The reason why it's been rejected previously because my email address for nuffnang dengan personal email tak sama. I forgot to put '.my' at the back of my email. So, sampai ke sudah tak dapat email dari nuffnang. Blame me for my ignorance. No wonder la jarang dapat email dari nuffnang. Wakakaka. Pagi tadi orang nuffnang dah reply email mintak full name for cheque purposes. Hopefully this time tak ada masalah lagi la. If tak, menangis tak berlagu la aku. This is my first time. So excited lain macam sikit la. Hohoho.

p/s: Lepas la buat beli souvenir kat Bandung this coming June =)

Friday, January 13, 2012

Tak boleh masuk

I can't get in to my nuffnang account. Has anyone experienced the same thing? Stress mak noks. Berbelas kali try log in tak boleh. Whyyyyyy? =(

Friday, December 30, 2011

Akhirnya, cash out jugak.

Setelah berkurun lama, hari ni baru boleh cash out nuffnang. Dah tak ada buffered earning. So, tunggu apa lagi. Cash out la dulu. Lepas ni, fikir lain pulak. Hahaha. 30 hari kan sebelum dorang send cek kat rumah? Dorang ada bagi notis kat email kan? Macam mana kalau tak dapat email eh? Al kisahnya email aku ada .my kat belakang tapi yang aku register kat nuffnang tak ada .my. Tak perasan. Bila dah cash out baru perasan email add tu. Huwa! Perlu ke bagitau orang nuffnang? Nervous pulak. Al maklumlah, first time nak cash out.Hahaha.

Thursday, December 1, 2011

Ecewah

Ecewah.First time kot. Hahaha. Penangan Ombak Rindu =D

BE bertambah.

BE bertambah. Alhamdulillah. Setelah sekian lama. Boleh nampak pattern BE aku ni. Waktu kat NZ, nak muncul satu BE punyalah susah. Atee...update nya ikut suka hati. Tak consistent. Mana la nak muncul BE kan. Dah balik Malaysia, ligat update.Tak kira masa. Free sangatlah katakan.Benda kecik pun nak jaja kat blog. Traffik pun nampak la makin naik. Kalau tak, duk banyak tu la setiap minggu. Sekarang ni pun lebih fokus kat blog dari FB. FB tak boleh buat duit. Tak peduli sangatlah kan. Lainlah kalau blog.Hahaha. Thank you Nuffnang. Walaupun tak banyak, tetap bersyukur muncul BE baru. Ingat senang ke? Untuk blogger macam aku susah la. Kalau cik epal, lain la ceritanya. Ye tak?

Oh. Now dah kerap blogwalking. Kalau dulu, ya ampun. Jenuh cari masa nak singgah blog orang lain.Bukan apa.Busy.Huhu.Sekarang ni setiap hari baca update korang semua. Cuma jarang nak tinggal jejak. =)

p/s: Blogging sangat best kalau kena pada caranya.

Tuesday, November 15, 2011

Nak cash out nuffnang tapi....

Korang, nak tanya ni. Aku berniat nak cash out earnings kat nuffnang tapi currently aku ada dua buffered earning. Patut ke aku cash out sekarang? Ke tunggu buffered tu masuk metered baru cash out? Serius aku tak berapa pandai sangat bab nak cash out ni. First time. Ada preferred time untuk cash out ke? Berapa lama cek nak sampai? Bantuan kalian amatlah dihargai.Thanks =)

p/s : Malas nak godek nuffnang website.Hahaha.

Friday, June 3, 2011

Kembali normal.

Yes yes yes! Status member kat Nuffnang dah jadi glitterati balik. Sebelum ni non-glitterati. Heran. Sebab aku tak pernah letak iklan lain selain nuffnang tapi aku hilang privilege sebagai glitterati member.Bukan apa. Kalau glitterati, duit laju sikit masuk. Jadah apa la perempuan ni duk cakap kan. Bagi yang mendaftar dengan nuffnang, konfirm tahu. Yang tak tahu tu, buat buat macam tahu je la ye.Hehehe.

Income tahun ni slow gila.Pasrah.

Wednesday, April 20, 2011

Satu pun tak lekat ni.

"Earning nuffnang hang dah berapa Zack?"
"Hurm.Duk lagu tu la dari dulu. RM ****.**. Tak naik naik pun."
"Pergh! Banyak la tu."

Personally, aku bengang dengan diri sendiri sebab tahun ni satu buffered pun tak melekat lagi. Tacing teruk dengan nuffnang. Tapi salah aku juga sapa suruh kejap update kejap tak update.Senang cakap, blog ni dah tak semeriah dahulu. Untung nasib kau, keluarlah entry. Sampai ada yang mengadu tolonglah update. Tak ada benda nak baca. Noh. Pi baca surat khabar lagi ilmiah weh. Jangan hadap sangat blog aku ni. Lagha' semata.Hahaha.Untuk stalker tegar, sudah sudah la spy blog ni.Tak ada benda menarik pun nak buat modal bergosip.

Happy blogging you'olls!

p/s : Ingat senang ke orang nak bagi duit tanpa sebab? Blogging ni pun perlukan effort yang berterusan untuk update secara konsisten. Baru duit masyuk. Tabik dengan bro Ben Ashaari yang konsisten menulis.

Thursday, February 10, 2011

Dimana kamu buffered?

Alahai, sejak kebelakangan ni buffered earning dah tak ada.Dah dekat sebulan satu buffered pun tak masuk.Huhuhu.Sedih oh.Salahkan diri sendiri juga sebab dah jarang nak update macam dulu.Traffik pun sedikit jatuh.Earning pula, duk macam tu la dari awal tahun.Rindu la kat buffered.En buffered, please la muncul.Please please please.At least, bila buffered muncul, ada la semangat lebih sikit nak menulis lebih kerap.

p/s : Alahai, bila la nak dapat handphone idaman ni.Hurmm.

Wednesday, January 5, 2011

The Maxis om Nom Nom Race

Nuffnang buat event baru you'olls.Untuk yang gilakan makanan dan mempunyai daya saing yang tinggi, anda digalakkan untuk menyertai program ini.Basically, you need to compete with other teams in a 'food edition' race.Ala ala macam Amazing Race gitu.What makes it different is you need to complete various food challenges all over Malaysia in order to win the race!Enggak ada cabaran fizikal yang susah susah pun.Syurga kot weh.Cabaran kena menyumbat ja.Haa...tunggu apa lagi?

Nuffnang is now searching for 60 bloggers to join this race.Tak susah pun nak join.Just kena create entry bertajuk "One step closer to the Maxis om Nom Nom Race" dan ceritakan sebab kenapa anda ingin menjadi peserta untuk race ni. Senang je kan? 60 penyertaan paling kreatif akan dipilih.

Jangan lupa untuk masukkan badge diatas dan 2 link ni dalam entry anda dan submit di website nuffnang ye.


Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah jenguk website nuffnang sekarang ye.

Deadline : 5 pm, 12 January 2011.

p/s : Untuk blogger yang duduk area KL, molek sangatlah join race ni sebab starting checkpoint kat situ.Aku just sekadar promote sajalah.Nak turun KL, tak tahu bilanya.Huhuhu.

Monday, January 3, 2011

Sikit je lagi.

Sikit je lagi nak capai target 1k. Huhuhu.Alhamdulillah, rezeki tahun baru =)

Tuesday, December 14, 2010

Thanks Nuffnang : Part III

Thanks nuffnang =)

Buffered earning terbanyak pernah dikumpul.Bertahan ye Digiku sayang.

Thursday, December 9, 2010

Top list keyword

Klik untuk tumbesaran.

Wohoo.Secara tiba-tiba blog ni jadi famous pula hari ini.Dah agak dah ramai yang mencari pasal Neelofa.Al-maklumlah, kawan baru menang Dewi Remaja.Mesti ramai yang search dia kan.Saja check keywords nuffnang.As expected, she was on the top list.

Monday, November 8, 2010

Thanks Nuffnang : Part II

Entry ini bukan untuk menunjuk apatah lagi membangga diri.Ini hasil yang aku dapat sepanjang berblogging.Kalau nak dibandingkan dengan otai yang lain, memang jauh beza la dorang dengan aku.Income macam ni dalam tempoh sebulan pun boleh dapat.Tapi aku kumpul benda ni dekat setahun.Hahaha.Dulu ada satu musim orang main fraud click.Aku pun join juga tapi lepas Nuffnang bagi warning, terus aku stop.Jadi budak baik.Ingatkan income tak masuk tapi sebenarnya lagi banyak masuk ada la.Berblogging biarlah kena pada caranya.Jangan berblogging semata-mata sebab duit.Niat asal aku berblogging bukan sebab duit tapi sebagai medium aku berkongsi cerita.Tapi bila didedahkan pasal Nuffnang, slow slow aku try jana income.There you go.

Syukur alhamdulillah.Terima kasih semua! Terima kasih nuffnang.Tak cash out lagi sebab still ada buffered earning.Sayang nak cashout sebenarnya.Ingat lagi tak target aku nak dapatkan 1000? Aku ada cerita sebelum ni.Nak buat tabung kahwin.Ngahahaha.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. =)

Happy blogging you'olls!

Saturday, November 6, 2010

Keyword minggu ini.


Takut nak check traffik blog minggu ni sebab jarang update.Konfirm merudum jatuh.Sekali check, unique visitor minggu ni saja ada dalam 4300.Hoh.Jarang cek nak dapat banyak tu.Sungguh.Selalu 3800 macam tu ja. Rupanya keyword yang menyumbang trafik ialah ' gambar banjir di jitra'. Wow!Tak pernah visitor blog ni cecah angka seribu sehari.Tapi gara-gara keyword tu, trafik blog naik mendadak.Saja google keyword tu, sekali tengok post aku duk no. 2 dan 3! Amik hang.Tamak SEO sangat.

Wow!

Tapi keyword ni tak lama bertahan.Tunggu banjir dah reda, konfirm tak ada yang nak search dah.Sekarang ni pakat search la sebab banjir.Tunggu 2 3 bulan dari sekarang.Tak adanya keyword ni nak muncul dekat nuffnang aku.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger