Online users

Follower

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Pelorus Trust Sky Show, Wellington

Seperti tahun lepas, akan ada pertunjukan bunga api kat Harbour yang dinamakan Pelorust Trust Sky Show. Maka, lepas Isyak, kami pun mengatur langkah menuju ke harbour. Jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Sampai ja kat Civic Centre, umat manusia, ya ampun...ramai. Sesak. Dah la gelap.Dengan tak nampak apa nya, meredah jugaklah kami sambil berpegangan tangan.Takut hilang. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ya anak anak.

Tepat pukul 9 malam, dengan tak ada countdown atau any signal, meletuplah bunga api di langit. Wah woh wah woh semua orang. Al maklumlah. Sapa yang tak excited kan tengok bunga api.




Yes. Berjaya capture bunga api bentuk hati. Bak kata pepatah orang putih, love is in the air. Ginilah gamaknya.


Hoyeh hoyeh. Terasa macam nak tengok pulak festival bunga api antarabangsa.Mesti lagi gempak kan? Ini baru sikit. Heh.

Thursday, November 3, 2011

Tesol Farewell Dinner

Semalam ada TESOL Farewell Dinner. Buat kat Royal Port Nicholson Yatch Club.Sejak kebelakangan ni angin Welly sangat kuat. Untuk yang tak tahu, Wellington ni dikenali sebagai Windy Welly. Orang sini dah imun dengan angin yang kuat. Siap boleh tertolak ke depan la kalau berjalan ikut arah angin.Punya kuat nak habaq hang. Dah la masing masing dengan baju meleret ke tanah, heels bagai. Memang dugaan la tera' nak sampai kat yatch club.

Bagi aku, starter paling sedap. Ada fresh prawn, samosa, crumbed fish, wedges etc. Selalunya waiter yang akan berjalan bagi food.Ini tidak, kitorang yang serbu waiter tu dulu. Dah nama pun orang melayu. Pantang nampak makanan, semua bertukar jadi piranha. =.= Hohoho.

With John Macalister. Lecturer ALIN yang sangat metroseksual =)

Dinner dengan mat saleh sangatlah berbeza dengan dinner orang melayu.Selalunya kalau kita pergi annual dinner, masing masing remain seated kat kerusi sepanjang majlis. Kalau kat sini pulak, dorang lebih suka berdiri sambil bersembang. Sambil minum wine.Kitorang minum jus je lah.Sangatlah informal. Aku ni dah la fail sikit bab nak 'bersosial' dengan orang putih ni. Jenis inferior dengan English sendiri.Afraid of making mistakes barangkali. Tak nak 'memperbodohkan' diri sendiri gitu. Kena la tegur dengan Jonathan. Dia cakap jangan takut buat salah. Sebab itu normal.

Main course adalah berasaskan seafood. Ada couscous, asparagus, salmon dan battered fish. Meat pun ada tapi tak halal. Not bad la tapi tak ada kick sangat makanan orang putih. Tak ada strong flavour. As usual, adegan tuang salt and pepper berlaku lagi semalam.Sampai habis pepper kitorang tonggeng. Untuk dessert pulak, ada pavlova, buah buahan dan 'batang buruk manis'. Ok. Tu nama aku bagi sendiri.Tak tahu nama betul. Manis la hai batang buruk tu.So not my taste.Pavlova tu ok la. Still boleh telan.

Nah.'Batang buruk manis'

Dengan orang kuat B.Ed Tesol. Annette dan Jonathan. Jonathan tak suka ambil gambar bawah lampu.Takut nampak hidung besar katanya.Hahaha.

With darlings. Kema, stop talking. HAHAHA.

Kebetulan ramai pulak yang pakai baju merah semalam. With my cohortmates =)

p/s : Semalam menari bollywood.Fun fun fun!

Friday, October 21, 2011

Diwali Festival


Hari yang sama match semi final All Blacks vs Wallabies, ada Diwali Festival kat TSB Arena. Sebab free sangat, pergilah tengok. Plus, member ada perform jugak. So, nak bagi support dekat dorang lah. Baru ku tahu kaum India kat Welly ni sangat banyak. Penuh satu TSB Arena tu dengan geng depa ja. Banyak sangat weh. No wonder NZ ni lebih dikenali dengan multicultural country. Sama dengan Malaysia. Population india dan cina more or less lebih kurang dengan orang Kiwi. Terjadinya macam ni sebab dulu orang India banyak masuk NZ untuk jadi pengembala lembu. Lepas tu buka dairy store.Sikit sikit dorang naik. Sekarang ni dah ada yang jual tekstil dan macam macam lagi. Satu ja aku tak puas hati. Stage dorang sangat besar.Besar lagi dari Town Hall. Sedikit jealous. Kalau stage besar macam tu, baru seronok nak menari pusing besar besar.Hohohoho. Ok la. Layan gambar pulak la noh.

Go Logesh! Wewiiittt! Sakan depa ni gelek.

Depan pameran apa entah. Ya. Muka aku tak ready. Ada gambar sekeping ni ja yang elok pun. Yang lain shaking shaking.

Henna.Silap aku ada air semayang ja. Kalau tak, dah lama buat.Cantik oh.

Lepas pada tu, pergi Cinta pulak. Makan. First time order kari laksa dan berjaya habiskan. Kalau tak, selalu tak habis sebab mee dia kasi super banyak. Jenuh struggle nak habiskan.

Not bad la. Kalau dia letak lagi banyak ayam, lagi sedap. Ini seketul ja.

Lepas tu pergi solat sebelum pergi Rugby Fanzone.

Monday, August 15, 2011

Bazaar Ramadhan

Bazaar Ramadan versi oversea. Just ada 6 gerai ja yang menjual.Itu pun dah cukup bagus dorang willing nak menjual. Maybe time tak berapa nak kena kot.Orang busy dengan assignment dan test. Yang paling syok, everything sold out! Tak sempat pukul 4, gerai semua dah bungkus dah. Siapa yang datang lewat tu, nasib la.Memang makan pasir la korang.Hahaha.

Sweet corn and sardin roll

Aik cik abang.Tak dan start lagi dah terbaring? Hehehe.

Gambar banyak rosak.So,dua keping jelah kali ni. Semalam berbuka sangatlah 'heaven'. Lauk pauk semua hasil tangkapan kat bazaar. Sahur pun hebat! Nasi lemak sambal udang tuuu.

Sunday, July 31, 2011

Ihya' Ramadhan & Kebab

Sempena Ramadhan, geng ISMA NZ ada buat program Ihya' Ramadhan kat Islamic Centre. Molek sangatlah buat kat situ.Ala ala macam merasmikan rumah Allah yang baru ini. Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak VicMuslims yang bertungkus lumus dapatkan ruang solat yang lebih besar dan selesa. Paling penting sekali, Vic Uni dah recognize komuniti Islam kat sini. Lepas ni senanglah kalau nak buat solat jumaat.Dah ada ruang yang lebih besar.Terawikh pun insya-Allah boleh buat kat situ. Sampai boleh sesat la hang kalau explore satu 86 Fairlie Terrace ni. Banyak sangat pintu dan bilik.

Bambam nya saya.Huhuhu.Tak pa.Ramadhan dah tiba.Masa untuk kempiskan apa yang patut.

Had this today before 1st Ramadhan.Mixed Iskander at Kebabros.Ini second time makan kebab kat Welly. Kalau travel, asyik hadap kebab sampai naik muak. Kalau kat Welly, memang jarang sangat nak tuju kebab.Not bad la rasanya. Jatuh cinta dengan kepingan daging kambing.Sedap dan sangat lembut. Paling penting, tak bau hamis.

Monday, May 30, 2011

Sambungan entry Pasar Malam

Ini sambungan entry Pasar Malam.

Bang oiii..satay tu bagi yang besaq besaq ja.Yang kecik kecik masuk mulut kita naa.Hahaha.

Ada kuih loyang! Ada kacang rebus! Like like.

Rest kejap makan roti boom Kudin Keyna.

Gerai ISMA NZ. Stall dorang paling cepat tutup.

Antara pengunjung mat saleh yang datang. Minah saleh ni mai gerai kitorang nak beli satay secucuk ja. Fikir sebab nak promote makanan Malaysia punya pasal, jual la secucuk kat dia.Heh.

Stall Academic Committee.

Stall ni paling meriah you'olls. Bagi meja paling besaq pun tak cukup nak letak semua barang.Hehehehe.Eh. Syamsul Yusof la! Hahahaha.

Good job anak buahku. Beli scoop ais krim dengan harapan ais krim akan terbentuk bulat elok la dalam air. Haram tak pun. Masing masing fail tak reti nak guna.Hahaha.

Macaroon. Ini yang ampa duk gila sangat kat Malaysia tu kan?Ini Balqis yang buat.

Entry banyak gambar : Pasar Malam

Amaran.Entry ini penuh dengan gambar. Sekadar berkongsi pengalaman 'berpasar malam' di Wellington. Lega semuanya berjalan dengan lancar.Paling best bila semuanya enjoy. Objektif utama program ni ; merapatkan silaturrahim antara pelajar Malaysia. Ya, ianya tercapai bila mana selepas event, ku tengok news feed FB penuh dengan activity Si Polan A is now friends with si Polan B after both attending Pasar Malam WMSO 2011. Hohoho. Ini serius. Bukan mereka cerita. Tak sangka FB begitu hebat mampu detect orang tu friend sebab masing masing pergi pasar malam. Hebat hebat.Dah.Banyak cerita pulak dia ni. Layan gambar je la noh. Credits to Suraya Saderi and Safwan Sahar.

Mulakan dengan gambar tuan punya blog. Ehem.Sedondon pulak kami berdua. Jaga stesen nasi impit dan kuah kacang =)

Wohooo.Asam pedas terbaik dari stall Fuad.Jauh bawa mai dari Melaka nun.

Stall Kak Wawa. Jual beriyani daging, burger malaysia,cheese tart dan egg tart. Wuhuu. Tak sempat nak merasa burger malaysia sebab busy menjaga stall sendiri.Kempunan tak sudah!

Ini terbaik dari Terengganu. Stok buat bini semuanya ni. Again, kempunan nak makan ketupat sotong. Dah request dah kat Khai. Nanti dia buatkan.Oyeh!

Stall ni special sikit sebab jual product dari Cosway. Jangan tak tahu Cosway pun dah start melebarkan sayap ke NZ. Dah ada agen yang risik risik nak ambil aku jadi member tapi sampai sekarang habuk pun tak ada.Baguih la.Aku pun tak berapa gemar jadi agen agen ni.Hahaha.

Yong tau foo. Nice gila yong tau foo stall GrabOne ni. Sedap oh. Rasa macam yong tau foo kat Malaysia. Tabik spring la kat tukang membuat ni.

Stall kami. Menjual iced lemon tea, float dan satay. Air dan float sangatlah laku.Mana tak lakunya, guna kuasa larang gerai lain jual air. Hahaha.

Kedai Kudin Keyna.Aku tak puas hati logo kedai depa lagi cantik dari poster Pasar Malam. Mes berat sebelah. Mentang mentang la......hehehe. Melawak ja naa Mes. Oh. Mes yang pakai baju hitam tu.

Lauk pauk pun dijual. Meleleh ayaq liuq tengok ayam masak lemak Arin. Duduk sebatu pun dah boleh bau.Oh ya.Padprik daging pun nampak sedap.Tapi sayangnya tak sempat nak merasa.Sobs.

Gadis gadis penjual bihun sup utara. Wewiitt.

Busy busy. =P

Satay kecut.Hahaha.Time tak bakar lagi bukan main besaq, dah masuk oven, haluih ja tinggai. Mujuq tak semua macam ni. Certain ja. Nasib la sapa yang dapat yang ni.Huhuhu.

Nak lagi? Tunggu next entry =)

Sunday, May 29, 2011

It's a wrap.

Credits to Suraya for the pic.

Yesterday's Pasar Malam was a success. We had so much fun yelling, selling, bargaining and eating! What more can you say, Malaysian loves to eat. More coming up after this.

Friday, May 27, 2011

Satay satay!


Sehari suntuk mengadap benda alah ni. Esok ada Pasar Malam. Nervous! First time nak organise event besar macam ni. Hope semuanya berjalan lancar. Apa ingat duduk sini tak boleh makan sedap sedap ka? Bangga dapat buat satay kat sini. Cuma satu la. Agak remeh juga la sementara nak jadi rupa satay.Hahaha.Paling mencabar time nak cucuk isi kat lidi. Macam mana agaknya orang yang jual satay setiap hari. Kami yang sehari mengadap isi ayam ni pun dah cemuih. Rasa macam bila laaaa nak habis cucuk ni. Bosan..bosan.. =P

Isi ayam yang telah diperap.Kitorang amik bahagian breast & thigh.

Nooooh.Sampai bila nak sudah bakaq niiii..Hahaha.Ada kot dalam 500 cucuk.

Memang nasi 'himpit' betul la. Resepi turun temurun. Lagi banyak buku, lagi baguih. =P
Kitorang bakar guna oven. Itu je yang termampu.Nak bakar atas barbeque set tak ada. Plus, sini bukan boleh berasap sikit, nanti kang ada je orang yang nak komplen.

Nasi impit dan kuah kacang in making.Hebat beboy dalam rumah ni. Masak nasi atas api. Kalau aku, tadak pasai nak pakai dapur. Rice cooker sudeh.

Stok boleh buat bini dah ni. Ketua chef. Resepi ceduk dari dia.

Baguih anak buah aku ni. Tekun buat kerja.

Antara benda yang buat aku rasa seronok duduk oversea ni, skill memasak makin hebat. Knowledge pasal masakan pun bertambah. Kalau duduk Malaysia, tak ada maknanya nak masuk dapur selalu, buat satay sendiri, sebab boleh dapat dengan senangnya kat kedai. Duduk sini, mengada nak makan makanan pelik sikit, kena la buat sendiri.Walaupun rasa tu tak sebijik macam kat Malaysia, tapi jadilah nak lepas kempunan.

Esok kena puasa pagi sebab petang nak simpan perut untuk Pasar Malam.Hahahaha!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger