Online users

Follower

Showing posts with label bajet ke NZ. Show all posts
Showing posts with label bajet ke NZ. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Bajet ke NZ

Alhamdulillah. Setel sudah tiket trip to NZ. Walaupun sedih tengok akaun bank yang makin menyusut nilainya, tapi demi satu pengalaman, tak pa la. Pengalaman apa? Pengalaman bergraduasi di oversea.Huhuhu. Duit boleh dicari ye dak? Rasa lega yang teramat sangat sekarang ni. So, I'll be flying off to NZ on 5th Dec till 15th Dec. Doakan la perjalanan pergi dan pulang aku selamat. You can see the details below. Aku buat kira kira kat sini so that senang aku nak refer balik bila aku nak revisit NZ other time.Wah. Ada hati nak revisit NZ lagi tu. Sebagai panduan untuk korang jugak la yang nak pergi NZ.

1) KL-Auckland: Jetstar (RM 964.90 price including 20kg baggage) Ini harga time promo. One way.
2) Auckland-Welly : Air New Zealand (NZD 78 including 20kg baggage) Juga harga time promo. Return.
3) Auckland-Brisbane-Singapore: Air New Zealand and Etihad Airways (AUD 683.70 including 20kg baggage and in-flight meal) This one I beli through Jetabroad.com. Actually harga boleh dapat murah lagi kalau beli awal. Ini aku terlambat few minutes, harga dah naik. Sabar je lah. Kena selalu check la website ni.
4) Singapore-KL: Air Asia. (RM 136 including 20kg baggage) Pun time promo. I tak amik insurance. Berani mati punya budak.

Kalau la I mampu naik MAS, kan best. Seat pun selesa.Complimentary food pun ada. Naik airlines tambang murah ni, jangan harap la nak dapat free food. Murah pun tak murah sangat la. Hahaha.

Total = RM 3842

Gila la! @_@ Ok.Nak pi plan apa nak buat lepas ni untuk cari duit balik.


Monday, March 19, 2012

50-50

Nampaknya harapan nak pergi grad kat Welly semakin tipis. Tiba tiba Air Asia dah cut flight to Christchurch. Bukan tak ada flight lain cuma aku malas nak transit. Kalau boleh, direct terus lagi senang. Tapi nampak gayanya terpaksa hop on hop off jugak la kalau nekad nak grad kat sana. Semalam saja la check MAS kot kot dapat murah. Return ticket almost 5k woooo. Mana mau cekau duit??? Aku bajet return ticket below 3k ja. Ini adalah possible ya kawan kawan kalau korang pandai cari tiket dari Malaysia ke Melbourne/ Sydney. Then dari situ ke Welly pulak. Masalahnya aku ni sangatlah malas nak check setiap airlines kemudian compare kemudian buat congak kemudian convert. Aaaah. Malas! Selagi boleh nak senang je kerja.

Time Welly tiba tiba turun salji. Rindunya feeling sejuk kat sana. =(

Topik ni makin hangat diperkatakan. Semua tengah memburu tiket. Matta fair baru baru ni pun tak membantu. Tiket murah ada tapi travel date pulak sangkut. Tapi tak apa, matta fair bulan 9 ada lagi. Harap harap ada la tiket murah.

Kalau ikutkan hati, malas la nak pergi grad. Tacing dengan Air Asia. Tapi bila fikirkan balik, rasa rugi pulak. Once in a lifetime kot. Grad bukannya banyak kali. Kat oversea pulak tu. Nak sambung master kat oversea, wallahualam la. Tak tau lagi bila. So, sementara berduit ni, why not grad kat sana je kan? Tapi, masalahnyaaaaa (tak habis habis dengan masalah perempuan ni) berduit pun bukannya banyak sangat. Nyawa nyawa ikan ja. Hahaha.

Kalau ada tiket murah ke NZ, silalah roger aku ye. Huhuhu.

Thursday, December 15, 2011

Bajet untuk ke NZ

Wah wah wah. Tak sangka pulak ramai yang bagi response baik punya pasal nak pergi NZ next year. I'm serious about that. Memang tekad nak pergi. So, kepada yang serius nak join, boleh la contact me through FB. Ada yang tanya pasal bajet. What I can say about the budget, it depends on how long you'll be in NZ. Makin lama, makin banyak la budgetnya.

1) Tiket flight
Ada dua option, MAS or Air Asia. Perjalanan amik masa 11 jam from KL to Auckland. MAS punya servis tip top tapi tiket flight ribu riban la. Kalau nak naik MAS jugak, tunggu time promo. Tak pun time MATTA fair. Untung untung dapat return ticket below than 2k. Untuk yang dah berumur tu, I recommend amik MAS je lah. Selesa pun selesa. Air Asia pulak, semua pun tahu la kan. Harga tiket murah tapi dari segi seating, agak sempit sikitlah berbanding MAS. Untuk yang muda mudi ni, ok la kot nak naik Air Asia. Return ticket boleh dapat below than 1k. Selalulah tengok website Air Asia ye! Lagi satu, Air Asia turun kat Christchurch which is the south part of NZ. I recommend you to go to South Island je terus. Sebab sana cantik. Tak kira season apa, pemandangan tetap tip top. So, it's all up to you. Whether nak pergi north or south island. Kalau blur lagi, pi google NZ map. Tengok apa yang ada kat north and south island of NZ. Yang nak bawa keluar duit pun korang, bukan aku. Muahahaha.

2) Duit poket + makan + souvenir
Actually nak bagi tau exact amount tak berani pasal it depends on tempat yang korang duduk. Selalunya, kalau nak save bajet, duduk kat BACKPACKERS. Itu memang paling murah la boleh dapat kat NZ. Backpackers ni macam hostel la. Ada single room, ada dorm. Dorm paling murah tapi toilet kat luar bilik ye. Dah nama pun hostel kan.Hohoho. Satu malam paling tinggi pun dalam 25 dollars (this price is for dorm. kalau amik single room, 50 dollars per night). Boleh dapat lagi murah tapi kena pandai cari. Pasal lokasi pulak, jangan risau pasal selalunya backpackers ni dalam town jugak. Kalau kat Wellington, memang tak perlu risau pasal semua tempat boleh pergi by walking. Kalau tak larat sangat, boleh naik bas.

Aku tak reti nak bajet berapa ribu tapi kalau nak selamat, simpanlah dalam RM 3000-4000 (tiket flight paling murah+accom paling murah+masak kat hostel+souvenir+jalan jalan kat town) Insya-Allah boleh survive kat sana untuk seminggu. =P
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger