Online users

Follower

Showing posts with label Auckland. Show all posts
Showing posts with label Auckland. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Revisit NZ: Auckland Museum

Semalam dah masuk taman bunga, hari ni jom masuk muzium pulak. This is my second time here.Jujurnya waktu first time mai, tak habis pusing pun tempat ni sebab ianya sangat besar! Ada pelbagai section. Maori, earthquake,animals,war dan macam macam lagi.So, tipu la boleh cover sehari pusing dan amati satu satu benda kat sini.So, let's see the picture.

Inilah Auckland Museum yang terletak di dalam Auckland Domain. Besar kan? Macam museum dalam cerita Night at the Museum pulak.Tempatnya saaaangaaatlah strategik. Atas bukit. T_______T

Dihadapan Auckland Museum

Seperti yang tertera di atas, sudah terang lagi bersuluh kami telah meng 'explore' ruang animals, earthquake dan aircraft. 

Hall of memorial. Dibelakang aku tu nama nama tentera New Zealand yang terkorban masa perang dulu. Actually sampai sekarang aku confuse bendera NZ dengan Aussie. Hahaha.

Dan mereka menyediakan ruang free wifi untuk pengunjung! Dan tahu tahu sajalah apabila dua wanita ini bertemu wifi, seolah olah dunia ini sepi seketika. Mata tertumpu pada gadget masing masing.Haruslah check in kat FB.Arif yang handsome lagi comel pun Adawiah dah tak peduli. Hihihi.

Okay. Dah penat jalan dalam muzium, perut pun dah berkeroncong kelaparan, maka kami pun meneruskan perjalanan ke kedai makan. On the way, jumpa la signboard atas ni. Aku baru sedar aku tak ada lagi gambar kat signboard ni. Maka, haruslah bergambar dulu.Hehehe

Sempat lagi bermain dengan angsa di Auckland Domain.Siapa yang tengok video yang aku publish few weeks ago, tahu la apa yang aku maksudkan. Time ni tiba tiba hujan rintik, tu yang berkelubung sakan tu. Laki bini amik feeling sejuk.

Lepas ni jom pergi Wellington pulak =)

Tuesday, January 15, 2013

Revisit NZ : Wintergarden

Sepanjang berada di Auckland, kami sempat melawat a few tempat. Angan angan nak pergi Kelly Tarlton's, tapi disebabkan kekangan kewangan, hajat terpaksa ditangguhkan dulu. Korang kalau datang Auckland, jangan lupa singgah Kelly Tarlton's tau. Boleh tengok penguin live. So, disebabkan aku dah 3 kali datang Auckland, excited tu kureng sikit la berbanding husband Adawiah yang baru pertama kali datang sini. Makanya, tour kali ni kami dedikasikan sepenuhnya kepada Arif. Pi la ceruk mana pun, mesti dia amik gambaq. Keciwi first time mai NZ. Hehehe. Gambar pun tak banyak sangat aku amik. Yang ada pun dari kamera Adawiah.Tengok je lah apa yang ada ye.

Jalan jalan kat town. Kebetulan tengah mood Christmas time kami pergi, so banyak la decoration Christmas bergantungan kat town.

At Wintergarden. Tempat ni F.O.C. Boleh pergi jalan kaki dari town untuk yang hati kental macam kami ni. Sebabnya agak jauh jugak nak kena berjalan. Wintergarden ni dalam Auckland Domain. Ini first time aku masuk wintergarden ni, so agak excited sikit dapat tengok macam macam jenis bunga. Syoknya kalau ada taman bunga macam ni kat rumah sendiri. *Berangan* Nak siram pokok pun kadang kadang malas, ada hati nak ada bunga kembang setaman.

 Bunga bunga cinta sungguh.

Aku rasa kalau bawa golongan yang dah pencen datang wintergarden ni mesti dorang suka pasal aku yang muda remaja ni (ecewah) pun boleh buntang mata tengok bunga yang macam macam spesis. Silap haribulan, ada yang bawa lari biji benih dari sini. Hahaha.Jangan tak tau kat sini pun ada jugak rumah khatulistiwa.Siap ada pokok pisang lagi you.Geram la hai tengok orkid kat sini. Rare.Jarang jumpa kat Malaysia. Memang la jarang jumpa kan pasal semua bunga ni hidup kat kawasan sejuk.LOL.


Itu saja dari saya buat masa sekarang.Next post kita jalan jalan kat muzium pulak ye. Bye bye!

Sunday, January 13, 2013

Revisit NZ : Halal food in Auckland

Untuk memudahkan aku dan korang yang membaca, aku compile terus semua kedai makan yang aku pergi kat Auckland hari tu. Mana tahu boleh jadi panduan untuk korang yang ada plan nak jalan jalan kat Auckland ke kan.

1)Star Kebab


Untuk pengetahuan korang, kebanyakkan kedai kebab kat Auckland ni halal untuk dimakan. As far as I know, most of them come from Turki dan sewaktu dengannya.Dan seperti yang kita sedia maklum, dorang ni juga rata ratanya beragama Islam.Tapi untuk keselamatan, check jugak la kat pintu kedai tu for "Halal" sticker.Some of  them even hang the Halal cert inside their store, so it will be more convincing for the Muslims. Star Kebab ni terletak kat 350 Queen Street. Ada kebab, iskander,falafel dan banyak lagi la.Boleh pilih a la carte or combo. Sini selalu kalau combo, dapat air coke sebotol dengan chips. Aku memang kempunan kebab NZ. So, I chose lamb iskander. Iskander dish ni nasi. Dah nama pun melayu, mana boleh tak makan nasi. Ye dak? =P So, dia bagi nasi dengan daging kambing berserta sayur sayuran dan 3 pilihan sos. NZ 10 for lamb iskander. 

Ini dia rupa lamb iskander. Satu benda yang aku suka kalau makan kat tempat orang putih ni, dorang tak kedekut. Melimpah ruah daging dan sayur dia bagi. Cuba kalau kat Malaysia. Ada certain peniaga nak untung je. Jualnya tak ikhlas. Kadang kadang jual kebab, roti pita je lebih. Isi, seciput. Tak berbaloi dengan harga. 

2) Toro Churro
Untuk kudap kudapan, nak makan light light, orang kita cakap, jajan, boleh la try churro ni. If I'm not mistaken, lokasi dia sebelah kedai Star Kebab. Churro ni Spanish doughnut. Kita kalau donut, terbayang bentuk bulat je kan. Ini Spain punya style, donut panjang. Hehehe. Selalu dimakan bersama dengan coklat. Celup, makan. Tak da putar, tak ada jilat. Ngap je terus =P Lepas dapat je, terus makan tau. Dah sejuk kang, tak syok. 

Laki bini enjoying their churros in the middle of the night.

3) Ayutthaya

Kat Ayutthaya, kita boleh lepas kempunan.Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kat sini, banyak sangat hidangan nasi. Ya! Nasi! Kegemaran orang Malaysia! Arif paling seronok bila nak makan kat sini. Sebab dia hantu nasi.Terus bersinar bila jumpa Ayutthaya. Dengar nama kedai pun mesti korang dah boleh teka kan owner dia mai dari mana. Thailand khaaap kun khaaaap.Lokasi, 184, Karangahape Road. Kedai ni terletak dalam Lim Chhour Supermarket. So, kalau nak cari, cari signboard Lim Chhour. Nescaya korang akan jumpa Ayutthaya dalam tu. FYI, bukan Ayutthaya je restoran halal dalam ni. Ada a few lagi yang halal. So, tepuk dada, tanya selera =)

Makanan dia, tip top you. Cer bagi tau I makanan Thai mana yang tak sedap. Semua sedap. 

Mine, pad kra prow chicken. Ceh. Thailand sangat yooou. NZD 10.

4) Atrium on Elliott

Actually Atrium on Elliott ni nama bangunan yang terletak kat Elliott St. Konsep kedai kat dalam Atrium ni pun sama macam kat Lim Chhour. Terletak kat 21-25 Elliott Street. Food court style. Tapi tak semua kedai halal noh. Mata kena meliaq tengok Halal sign dan mulut kena ringan bertanya tokeh kedai. So, kat sini, aku pilih untuk makan kat Bali Star, kedai Indonesia. Balado chicken menjadi pilihan hati. NZD 11. Makanan I paling hujung sekali dalam gambar. Arif dan Adawiah pulak, teringin Spice of India. Beriani, nan dan rice with butter chicken menjadi pilihan hati.

Belakang Arif tu kedai Bali Star.

5) Snow Ice



Dah kenyang telan nasi, terasa nak benda manis la pulak. Jangan risau! Saya ada jawapannya! Snow Ice! Hehehe. Snow Ice ni terletak kat dalam Atrium building jugak.Yang menarik pasal Snow Ice ni ialah ais dia tu macam ais salji. Teksturnya sangat lembut. Aku tahu tempat ni pun dari akak sedara aku yang kebetulan study kat sini dulu. Sekarang dah nak nikah dah. So, disebabkan Adawiah tak pernah merasa lagi snow ice ni, I bawa la depa mai. Lepas kempunan. Ternyata tak sia sia sebab depa suka. Kan Adawiah kan? Ada banyak flavour. Tepuk dada, tanya selera masing masing ye.

Cheq pilih black and white snow ice. NZD 4.90 sajork. Ini saiz paling kecik. Makin besar, makin mahal le ye kawan kawan.

Close up sikit.Rasa nescafe snow ice aku ni. Ada dia tabur kacang sikit. Sedap la senang cerita.

Laki bini punya. Depa amik yang besaq sikit. Cheq tak ingat nama apa snow ice depa ni. Ada rasa strawberi cinta sikit.Al maklumlah, baru kahwin. Hehehe.

6) Kebabs on Queen
Aku pasti semua yang pernah pergi Auckland, dah pernah merasa Kebabs on Queen ni kan? Ni antara kedai kebab yang kitorang tak pernah miss pergi if datang Auckland. Even Datuk K pun datang sini. Hehehe.This was before he was involved in motorcycle crash in Queenstown.Excited ooo dapat jumpa Datuk K. Lagi excited bila dapat makan semeja dengan dia. Duduk sebelah menyebelah lagi you'olls =P To our surprise, he is very down to earth person. Awal awal ja nampak garang sebab misai tebal, tapi lama lama, ok ja rupanya Datuk K ni. No wonder la Siti boleh jatuh hati kat Datuk K, sebab dia memang handsome. Kulit cantik, langsung tak nampak tua. Pakai produk apa Datuk? Hehehe. 

Ni dah melalut dah ni. Patutnya cerita pasal kedai kebab T_T . Kebabs on Queen ni pun terletak kat 300 Queen Street. Price range pun lebih kurang macam kedai kebab lain.NZD 10-15.

Bila dapat tahu Datuk K accident, kami antara yang paling terkejut beruk. Sebab beberapa hari lepas jumpa, tup tup heboh pasal dia accident.Semoga Datuk K cepat sembuh ye. 

Hopefully, information sharing pasal makanan kat Auckland ni dapatlah membantu korang yang nak travel ke sana suatu hari nanti. Kebanyakkan makanan price range dia antara NZD 10-15 per meal. So, bolehlah start buat bajet sekarang. =)


Sunday, January 6, 2013

Revisit NZ : Auckland (Part 1)


After 11 jam dalam flight, maka sampailah kami ke bumi Auckland.Alhamdulillah, tak ada kena tahan dengan kastam ke apa. Cuma time nak cop tu dia tanya je lah datang sini untuk apa. Sebab kitorang datang under visa melawat. Student visa dah expired. Sampai awal pagi. Badan rasa tak selesa sebab tak mandi. Even duduk dalam tempat yang ber aircond, still rasa hapak jugak weh.


Sampai je terus call Andrew. FYI, kat Auckland kami menyewa apartment student Malaysia. Kitorang booking last minute jugak la. Memula ingat nak duduk kat backpackers tapi mahal. Tak berbaloi. Korang kalau nak datang NZ, better menyewa dengan student Malaysia je. Murah pun murah, selesa pun selesa. Lagi satu, tak gaduh fikir nak samak segala pinggan mangkuk. Tapi dalam kes kitorang ni, kitorang samak jugak la pasal duduk rumah student Chinese. 

Oh ye. Kos shuttle dari airport to town ialah 16 dollar sorang. Rate berbeza depends on berapa orang yang naik. Lagi ramai, lagi murah. Tapi harus diingat, drop point hanya satu. If korang nak turun kat different alamat, makanya, dia charge harga sorang la which is around 30 dollar. Ada tiga option nak pergi town. Satu, by teksi. Dua, by bas dan ketiga by shuttle. Shuttle ni macam van panjang tu la.Kitorang malas nak naik bas sebab tak tau apartment tu kat mana. Kalau naik bas, kena turun kat bus stop. Lepas tu kena jalan cari rumah pulak.Malas.


Kami stay kat 96 Symonds Street. Dekat je dengan town. Datang NZ ni tak payah fikir la nak naik bas kalau nak ke town centre.Untuk orang muda macam aku ni, masih mampu lagi kudrat nak berjalan keliling town. Untuk yang dah berumur tu, dinasihatkan naik bas la ye. 


Waktu sampai tu, lama jugak la figure out nak masuk apartment ni sebab sistem dia style kena swipe kunci baru terbuka pintu besar kat bawah tu. Andrew tinggal kunci dalam letter box dalam apartment. Makanya, terpaksa la tunggu sesapa yang nak keluar dari apartment. Mujur la ada couple ni nak keluar. Kelam kabut tarik beg masuk dalam. Hahaha. Nak buka letter box pun masalah. Duk ingat berkunci, padahal tolak bawah tu dah terbuka dah. Memang noob sikit la bab apartment ni. Al maklumlah, back in Malaysia, kami duk rumah kampung ja.Hehehe.

Buka je pintu rumah, waaaaaahhhhhh! Mak like! Cantik sangat. Kemas. Memang tak sia sia la menyewa dengan Andrew. Hang jangan nak mengada ngada nak size apartment macam saiz kondo. Ini apartment untuk 2 orang. Tapi kalau student Malaysia, konfirm sumbat 3. Nak jimat sewa.Hehehe. Meh tengok dalam rumah ni macam mana. Meh meh.

 Ruangan dapur yang sangat kecik molek.

 Ruang tamu.Arip sampai sampai ja terus buka tv dulu.

 Ruang tamu dari arah dapur pulak. 

Ini bilik I. Queen size. Syok boleh guling guling.

Toilet.

 Ini pulak pemandangan dari rumah kami. Macam duk hotel pun ada. Hehehe.


Thursday, July 21, 2011

Dressmart

Waktu kat Auckland, tercapai juga cita cita aku nak jejak kaki kat Dressmart ni. Sebelum ni asyik dengar kawan ja bercerita. Jauh juga tempat ni dari town center. FYI, Dressmart ni lebih kurang macam Direct Factory Outlet, dimana barang branded dijual dengan harga yang murah. Ada outlet Levis, Rip Curl, Quicksilver, Peter Alexander, Forever New, Nike, Puma dan banyak lagi. Jangan kata kami ja shopping, parents Adawiah pun sama. Hehehe. Seronok pak cik dapat jeans baru. =) Kalau lapar, jangan risau. Ada Spice Traders which is halal.Sayangnya Dressmart ni pun sama macam kedai yang lain.Tutup awal. Tak syok sungguh. Patutnya buka la sampai malam. Baru la puas sikit nak tawaf satu building tu. Hoh.

Pulang dengan poket yang kosong T_T

Tuesday, June 21, 2011

Auckland bridge jump.


Cerita kat Auckland. Teman Kema dan Wan buat bungy kat bridge.Mulanya ingat tak nak naik atas bridge, just nak tunggu kat bawah. Tapi minah saleh tu cakap tak berapa nampak sangat kalau record dari tepi laut.Jauh.Sebab support kawan punya pasal, naik jugalah kat atas bridge tu. Spectator kena bayar 20 dollar. Spectator pun kena pakai harness juga der.Tapi tak do la over macam yang nak buat bungy.Hehehe.



Ololololooo.Jangan kau menangis sayang.Hikhikhik.




Bersedia untuk dihumban.Hahaha.

Aku ni fobia sikit dengan air laut ni. Tak boleh pandang bawah langsung. Kena pula rel sepanjang nak naik atas bridge tu besi semata.Ada lubang lubang.Lagi la aku kecut perut.Pegang kamera punya kuat.Takut terlepas.Hohoho.Angin pula memang terbaik la kan.Sakan bertiup.Berpeluh tangan ni haa..Hahaha.

Anyway, a new experience for me. Tak dapat bayang orang construction buat jambatan macam mana.Bertarung dengan nyawa.Huhuhu.

Tuesday, June 14, 2011

Pertemuan antara blogger


Berkesempatan untuk makan semeja dengan blogger mantop a.k.a retis Auckland iaitu Kamal Effendi, Lumut dan Hawa Nasir. First plan, nak makan kat Ayuthaya.Kemudian tukar nak makan kat Angies. Lepas tu semua cakap Angies standard macam Cinta. Last last makan kat Empire. Woah.Makanan dia mantop.Tokeh orang Siam. Memang terbaik la food kat situ.

Makanan lumut.Dia cakap tak kena dengan tekak dia.Last last yang duk perabih si Rose dan Kamal.Hahaha.

Makanan pasangan lumut.Tak tahan pedas rupanya mamat tu.Heh.

Makanan Kema.

Makanan Wan.

Seriously, aku dah lupa nama makanan aku.Huhuhu.

Dah bila blogger bertemu blogger ni, macam macam cerita la keluar. Si retis Kamal Effendi paling teruk kena interview.Nasib ko la dik oi. Hahaha. Banyak benda juga kitorang sembang.Dari hal blog sampai la ke hal akademik.Lame.Hohoho.Sambil makan sambil gosip. Yang si lumut pulak, memang nampak ceria lain macam la sekarang ni. Orang baru tangkap cintan.Biasalah tu.Hehehe.Main bisik bisik depan aku. Bikin hati gua panas je.Cis. Hawa pula duk sakan bersembang dengan Kema.Dengaq cerita kerja kat McD. Pergh.Hebat hang Hawa. Orang lain cleaner ja, hang bantai kerja McD teruih.

Lumut dan wolverine.Hihi.

Kamal, awat muka lagu tuuuu? Hahaha.Kalau nak tau, aku kenal Kamal ni since 2008 if tak silap. Time tu kitorang terlibat untuk sambutan kemerdekaan kat Dataran Merdeka.Ala, human flag tu. Time tu Kamal ni duk pakai braces lagi. Sekarang ni dah buka.Cantik dah gigi.Patut tayang sakan.Hehehe.

Panjang umur kita jumpa lagi naa Lumut. Miss you!

Tumpang glamour retis bawah lampu lip lap lip lap.

Lagi satu benda, dorang komplot ramai ramai.Nyanyi lagu birthday kat aku. Awal sehari.Ok la tu ada juga orang nak nyanyi lagu birthday kat hang Pirah oi.Thanks kepada semua sebab memeriahkan majlis hari jadi saya yang terjadi secara tiba tiba.Hahaha.

p/s: Dah lama tak menulis.Ku rasa janggal sedikit. =P
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger