Online users

Follower

Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Off break and Olympic

Sedar tak sedar, dah nak dekat 2 minggu kita berpuasa.Kejap ja masa berlalu. Baru berkesempatan nak berpuasa dengan family. Awal Ramadhan hari tu aku tak balik rumah. Haa..nama ja duduk kat Alor Setar. SP dengan Alor Setar bukan jauh mana pun. Tapi sebab malas + serabut dengan praktikum, I prefer not to go back home.Kebetulan minggu ni break praktikum kejap. Maka, sempat lah nak balik rumah. Sekarang ada kat Laguna Merbok. Petang kejap lagi baru nak balik Alor Setar.Macam ni lah hidup anak perantau. Ecewah.Menumpang sana sini.

Sempat jugaklah tengok update Olimpik. Kes 8 player badminton kena singkir tu buat aku rasa puas hati. Tak tau la kenapa aku meluat sangat dengan player China.Maybe sebab dorang power kot, sebab tu aku meluat.Aku nak Malaysia ja menang.Hahaha. Tapi kalau diikutkan, memang betullah tindakan BWF buang dorang dari Olimpik sebab main kotor. Jadah apa sengaja main lembik lembik untuk kalah? Olympic is not mainly about winnning gold medals, it's more about sportsmanship.Persaingan secara sihat.Spectators yang tengok pun jadi menyampah shuttlecock asyik kena jaring. Silap besar la kalau dah pegang world champion sengaja main macam tu. Apa korang ingat orang tak boleh perasan ke? End up kena buang dari bertanding Olimpik. Haaaa...kan dah kena. Entah apa apa la dorang ni. Memang la perlu ada strategi tapi strategi sengaja bagi kalah ni tak boleh diterima akal langsung. Buat malu company ja.Huhuhu.Emo pulak aku. Kan bagus kalau Malaysia hantar beregu wanita tahun ni.

Lesson plan untuk next week tak buat lagi. Memang tak jadi kerja kalau balik rumah ni. Asyik nak mengadap tv ajer.Dulu hobi aku menonton televisyen. Bila masuk asrama, hobi tu hilang.Ganti dengan berblogging. Bila busy, hobi tu hilang.Ganti pulak dengan menonton Running Man. Konklusinya, hobiku berubah mengikut keadaan. Sekarang, hobi saya menonton televisyen. =D

Ok la you'olls. Update lagi nanti.


Saturday, March 17, 2012

Video skydive at Bay of Island, New Zealand

Berkurun lama dah aku nak letak video skydive kat blog ni. Hari ni baru tercapai hajat di hati. Just nak share pengalaman skydive kat New Zealand. Mohon diabaikan la muka pucat lesi dalam video ni. Al-maklumlah, buat skydive ni ibarat macam cari nahas sendiri. Encik instructor tanya soalan, hanya mampu menjawab "Yeah" sahaja. Tak boleh berfikir dengan waras dah. Please excuse my excitement menjerit bagai nak gila siap sebut "This is awesome!" macam dunia ni aku yang punya. Hohoho.Enjoy!

Friday, January 6, 2012

We're the archers!

Penat melangut dalam bilik hotel, petang second day kat situ kitorang decide untuk main archery. Terpaksa cancel plan nak pergi Teluk Kemang pasal tengah hujan. Takut air pasang. Petang sikit, ujan dah renyai. Ini first time aku main archery ni. Sebelum ni just tengok kat tv. Macam senang tapi sebenarnya tak. Bagi aku, tangan sapa kuat, bonus la untuk dia. Pasal boleh tarik anak panah tu sejauh yang mungkin. Lagi panjang tarik, lagi laju dan kuat dia pergi. Bayar RM 12 untuk 10 anak panah. If I'm not mistaken la. Around that figure.

Sebelum main, kena isi borang dulu. Lepas tu pakai benda alah ni for safety. Takut melecet.

We're ready to hit the board. 5 orang ja yang main. Yang lain just jadi tukang ambil gambar. Nervous mak noks.

Agak struggle jugak lah untuk first shot. Noob habis. Nisah yang kat sebelah dah dua tiga das, aku duk terkial kial kat first shot lagi.Hahaha.

Tengok tu. Still duk mencari punca. Muka habis kerut dah. Last last panggil instructor untuk tunjuk cara pegang etc. Tu la. Awal awal depa tanya dah biasa main ke tak. Belagak angguk kepala. Dah biasa main dah. Puih. Punya ego tak mau orang tolong sangat kaaaaaaannnnn...

Finally! Muahahaha.First shot, ke laut. Anak panah menyembah bumi!

Motip berat ke kiri? Aku pun tak faham.Hahaha.

10 panah tak cukup. Rasa syok pulak bila dah dapat rentak. Nanti ada peluang lagi, nak try lagi. Apa orang kata...bullseye eh? Bagi dapat bullseye pulak. Hehehe.

Sunday, June 26, 2011

Kejap ada kejap tak ada.

Oh my! Mood nak blogging tiba tiba hilang. Huhuhu. Hari ini training handball. I would say for the last time before BERSATU kot. Sebabnya masing masing ada komitmen lain. Kerja la, TE la. Cukup susah nak cari time yang semua available.Ada yang dah selamat sampai dah pun kat South. Pray for the best for WMSO. Kalau boleh, tak nak la main emo emo. Dah nama pun games BERSATU kan. Main for fun, sambil cuci mata tengok lelaki handsome.Hahaha.

Training hari ini agak intensif. Kepala aku dua kali kena bola.Bengong sekejap.Mana taknya, training dengan budak lelaki.Pace dorang laju. Baling bola pun laju. Memang sedap la kena kan. Anyway, aku ok ja. Kental.Cool.Ceh.

Kalau boleh, nak menang. Insya-Allah =)

Wednesday, May 25, 2011

Repost : Cubaan berani mati oleh Zack

Disebabkan ada yang cakap tak dapat nak tengok link bungy jump yang kat atas tu, ni aku repost entry balik.Yang ni 43 meter je weh.Aku yang tengok balik ni pun rasa seram sejuk.Hahahaha.


Tak sabar nak cerita kat korang yang aku dah berjaya buat benda ini. Rasa lagi berbangga apabila menjadi antara yang pertama terjun dari platform itu. Yeah. Aku dah merasai aura bungy jump yang sebenar. Satu lagi wishlist aku yang sudah boleh di 'cross' kan.

Aku namakan pengalaman ini sebagai Cubaan berani mati oleh Zack. Lokasi percubaan ialah di Rotorua Agrodome Site pada 3 April 2010. Saat kaki melangkah ke reception counter, jantung berdegup laju. Tangan sudah mula berpeluh. Kami diminta untuk mengisi borang perjanjian. Antara yang disebut dalam agreement ialah, kalau mati, tanggung sendiri. Aih. Tak adalah. Melawak ja. Hahaha. Lepas isi segala maklumat diri, kami diminta untuk naik atas weighing scale. Nooohh..berat aku 59 kilo kot. Tapi, tak apa. Aku consider berat tu bukan berat sebenar badan aku sebab aku pakai kasut dan sling bag waktu timbang. (Sedapkan hati) Bayaran untuk Bungy dan Swoop ialah $115.

Lambai-lambai kepada peminat di bawah sana. Puteri Zack nak buat lompatan berani mati ni.Masih mampu tersenyum.

Ok. Tiada lagi wajah ceria di sini. Nervous nyaah..Si instructor kat belakang tu sedang memberi arahan kepadaku. Tangan harus depa. Baru lompatan kemas dan cantik. Konon la.

When I count to 1, you have to jump ok? In 3, 2, 1......

There you go. Good girl. Yeah. You rock babeh! * tak sempat terjun lagi pun muka dah macam haram*

Jahat tau bro tu. Muka puas ja dapat tengok aku menjerit macam orang sawan. T_T

Muka ketat. Aku pejam mata sepanjang cubaan berani mati aku ni. Elok dah tak berhayun sikit tali tu, baru aku buka mata. Serius gayat.

Dah habis swing. Aku dibiarkan tergantung di udara. Wuu. Tobat pening sebab upside down.

Wuih. Hidup lagi perempuan ni. Ececey..syoknya dia. Padahal kat atas tu menjerit macam apa lagi. LOL!

Siap dapat sijil lagi.' This willing daredevil defied gravitational forces and personal anxieties in this amazing feat of human bravado' .Klik untuk tumbesaran.


Saksikanlah detik bersejarahku ini:



Antara perbualan hangat dalam video ini :

"Cool gila "
"Eyh, dia pusing-pusing"
" Eyh, nape Zack tak bergerak?"
" Nampak macam Pirates of Carribean"

Hahaha. Aku masih hidup kawan-kawan.

Saturday, May 14, 2011

Lebam

Meroyan tak boleh buka blog. Memang sengaja buat aku tacing dengan blogger.com. Ni dah kembali normal dah. Syukur alhamdulillah. =) Baru lepas balik dari training handball. Training kali ni best sebab ada geng lelaki. Hey, bukan sebab nak menggatal ok tapi bila ada lelaki ni, pace kita pun akan automatik jadi laju sama macam lelaki. Bagus untuk training.So that bila time tournament betul, kita kurang semput. Dapat lebam setompok.Hahaha. Mana taknya, orang lompat, hang pun nak lompat. Main lebih daripada jantan.Hahahaha.

Tuesday, May 10, 2011

I love Grabone

Duit banyak melayang sejak kebelakangan ni. Antara sebabnya ialah:

Beli kupon untuk dua keping crepes padahal tak pernah makan pun lagi.Beli sebab murah.Boleh?Ala ala macam waffle jugak.

Beli pass masuk Wellington Zoo. Jadi pencinta haiwan sat.

Beli kupon main boling LAGI! Kali ni kat Newtown pulak.

Beli tiket ke Milford Sound. A must go place when you come to NZ. Looking forward to be there. Orang cakap cantik.Rugi kalau tak pergi.

Beli tiket paintball LAGI! Huh.Tak serik serik kena tembak. Kali ni lagi mencabar.Main celah celah semak.Takut takut. =.=

Seal Coast Safari. Ini beli dah berkurun lamanya tapi still tak ada masa nak pergi redeem.Susah benor nak nampak seal ni haa. Penguin lagi la tak ada.

Beli tiket skydive.Ini memang berani mati la wa cakap lu. Setiap kali tengok gambar skydive, setiap kali tu la rasa meremang.Peluh bercerau orang Kedah kata.Macam tak percaya aku nak buat benda alah ni nanti.Ish laa.

Water rafting.Ini pun berani mati. Aku ni ada fobia dengan air.Pernah lemas dulu. Paling tak boleh blah nak buat benda alah ni bulan 6 which is during Winter. Buat kebal boleh kan? Tak tahu la mampu tahan ke tak kena air nanti. Kebush kebush.

Semua sebab Grabone la ni! Asyik membeli dan membeli sahaja.Aku anggap semua ni pengalaman baru untuk aku la. Orang cakap sementara muda ni buatlah semua benda yang kita rasa nak buat.Bila dah tua nanti, dah tak berani nak terjun, berendam semua ni. Seriau.Lagipun ini peluang depan mata. Biarpun mahal, tapi aku rasa worth it la untuk suatu pengalaman yang tak boleh nak dapat kat tempat lain. Well, NZ is well known of its extreme sports. Rugi la kalau duduk sini tapi tak buat kan.

I love Grabone *Mata ke atas, tangan ke dada*

Sunday, May 8, 2011

Rugby lagi.


Lepas hantar assignment, malam tu berjimba pula kat stadium.Hahaha.Tak ada la berjimba apa pun.Pi tengok rugby ja pun. Hurricanes VS Blues. This is my second time. Cuaca sejuk teruk.Huhuhu.

Oleh sebab Hurricanes memang terkenal dengan colour kuning, maka kami pun kena la pakai something yang berwarna kuning juga.Gasak la pakai jersey Malaysia.Memang tak ada stok baju kuning dah. Hahaha.Smart seh.Puji diri sendiri pulek.

Pembukaan oleh gadis gadis cheer. Badan tak ada la cantik mana pun.Bam bam je aku tengok. Senang cakap sini punya geng cheer tak ado la skinny macam yang selalu duk tunjuk dalam tv tu.Hahaha.

Kecewa Hurricanes kalah teruk malam tu.Ku mencari cari Ma'a Nonu tapi tidak ketemu. Sudah beralih arah agaknya.Pulang dengan hati yang kecewa.Penat cek bersorak. Huh.

Friday, April 29, 2011

Finally!

Finally! Nak beli ni pun berapa kali hesitate. Kejap buy, kejap tekan cancel. Serius rasa tak ready lagi untuk benda ni tapi lepas didesak oleh semua orang, 'buatlah woi, bila lagi!', akhirnya saya grab juga.Hopefully, everything will be fine. =)

Skydive: Nak ke tak nak?



Selamat pagi semua. Nak ke tak haa? Tengah murah ni. Antara berani dengan tak berani ja sekarang ni. Duk tengok video sky dive kat youtube.Seriau der. Tapi bila difikir balik, alang alang dah ada kat sini, better buat ja. Sementara usia masih muda.Tua tua nanti tobat la nak terjun tinggi tinggi ni. Tertinggal pundi kencing kat atas tu haa.

Thursday, April 28, 2011

Bowling at Porirua


First time main boling kat NZ. Ok la.Not bad. Main kat Porirua Strike Entertainment. Sini nak cari boling susah weyh.Bukan senang macam Malaysia.Tak adanya masuk shopping complex terus jumpa. Sini nak main boling jauh benor dari Welly. Kat Porirua nun haa. Aura semangat lempar boling kureng sikit.Tak sama macam kat Malaysia. Al-kisahnya boleh main boling ni sebab guna kupon Grabone. Bayar 19 dollar untuk 1 game boling, go-kart, 1 pan pizza dan soft drink. Malangnya time pergi hujan, so tak boleh buat go-kart. Dorang gantikan dengan 2 game boling. Berapa lama dah aku tinggal boling ni.

Macam masuk disko.Muehehehe.

Kitorang 11 orang.Battle girls and boys. Girls win ok.Nak bangga juga walaupun diri ini tak menyumbang banyak pun kepada markah group.Strike sekali sajork.Hohoho.

Bayangkan kupon tu sorang redeem dapat satu pizza yang mempunyai 8 slice. 8 slice ok! Jenuh sumbat.Prestasi selepas makan agak bagus ya. Kalau tak sebelum tu mandom ja sorang sorang.Tak masuk longkang, kena la 1 pin.Huhuhu.

Serbu serbu.Lapaq lapaq!

Cis

Eveybody go oooooooooo....

Everybody go aaaaaaaaa...

Dah kenyang makan pizza, moh kita ke Tawa pula.Serbu dressmart.Hohoho.Oh.Ini tempat yang sama time aku pergi main go-kart tu. Mujur dah buat go-kart hari tu.At least merasa juga la.

Thursday, April 21, 2011

TAG Paintball best!

Report on tag paintball.Kenapa tag paintball? Sebab setiap orang ada 3 nyawa.Bila kena tembak, teammate kena tag orang tu untuk hidupkan dia balik.Sebab tu kot namanya tag paintball.Hohoho.

Sesat dekat setengah jam gara-gara silap address. Kitorang salah pergi tempat paintball yang satu lagi. Actual place yang Mes book kat Lower Hutt. Orang yang in charge bengang ja tunggu kitorang lambat sampai.Hahaha.

Sebelum main, harus pakai sunblock dulu. Sini matahari tak sihat. Boleh terbakar kulit sampai berbalam muka. Noh.Exaggerate tak beragak.

Dengar briefing. Bullet yang digunakan mampu membutakan mata. Scary duh. Jangan tembak jarak dekat. Paling kurang kena duduk 5 metre jauh baru boleh tembak.Misi kita kali ini, bawa bendera ke tempat pihak lawan.Bla bla bla. Bila nak main ni?? =.=

Tengok topeng pun dah berpeluh tangan. Berdebor yop.

Our team with blue helmet.Bersedia untuk menyerang.Dup dap dup dap.

Medan perang. Tanah tak rata.Aku tergolek banyak kali kot time nak selamatkan diri.Pergh.Adrenalin rush tak sangga waktu main benda alah ni.Takut takut nak gerak ke depan, asyik main sembunyi belakang tong ja.Takut kena tembak.Sakit woooo.

First round setel. Berjaya selamatkan diri dari ditembak.Masuk second round, bertubi tubi kena tembak. Kena kat tangan.Berdenyut tak sudah.

Habis sudah game.Kalau ikut hati, memang nak main lagi tapi tangan dah menggeletar sakit kena tembak.Berdendam dengan orang yang tembak aku.Sapa tembak aku haa?? Aku ok lagi, ada yang kena kat leher, kaki, badan lagi seksa kot.Huhuhu.It was a good game though.

Penutup buh muka sendiri.

Baju paintball sini tak glamour macam kat Malaysia.Cikai gila haa.Padding yang kononnya perempuan dapat pun tak ada.Mana tak pedih bila kena tembak.Huhuhu.

Tuesday, April 19, 2011

Touch Rugby


Event dua minggu lepas kot, tapi aku nak show off juga kat sini. Al-kisah waktu main touch rugby. Malangnya tak ada gambar saya beraksi ganas. Hahahaha. Setakat gambar terduduk ado la. Layankan je lah ye.

Kalau dah namanya perempuan, baju team tak merah, pink. Sampai konpius mana satu teammate sendiri.

Go Nad!

Team aku, Redah Je!

Hahaha. Asal touch opponent ja, mesti jatuh tersungkur.

Nampak ja panas macam ni tapi sejuk. It was a good game.Dah habis game, sengal satu badan. Ate, tak warm up pun.Main redah je atas padang.Hohoho.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger