Online users

Follower

Showing posts with label Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Melbourne. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Blok M, Melbourne

Buka FB, ada la juniorku yang sorang ni rekemen kawan dia untuk baca blogku pasal trip ke Melbourne. Hope info yang diberikan membantu la. Tak banyak pun info, banyak aku merapu ada la. Tapi ada satu benda lagi aku lupa nak blog kan. Hahaha. Pasal makanan la of course. Korang kalau pergi Melbourne, harus pergi Blok M tau. Restoran Indon. Makanannya, waduh sedap sekali. Blok M ni agak tersorok sikit kedainya. Ni address dia, 380 Little Bourke Street. Walaupun agak tersorok, ramai yang datang makan.Tak pernah kosong la senang cerita. Ada ja yang menunggu turn meja kosong.

Aku order yang ni. Ikan bakar (grilled snapper). Sedap weh.Ikan tu rangup. Aku suka ikan yang digoreng rangup ni. Sampai ke tulang dia aku telan. Cuma tak ada kuah.Standard makanan Indon.

Antara hiasan di dinding restoran. Unik dan menarik. Menceritakan tentang budaya Indonesia.

Sop buntut pun ada! Siap ada lambang 'thumbs up' lagi. Hohoho.Rasa kelakar sebab 'buntut' .

Harga makanan pulak, seperti yang dilihat kat menu, range between 10-20 AUD. Not bad la. Duh. Buat entry ni, rasa teringin pulak nak makan ikan bakar lagi.Huhuhu.

Wednesday, April 20, 2011

Shopping at Melbourne.


Actually, cerita ni dua bulan lepas jadi. Tapi, faham faham je lah ye.Tak menyempat nak update. Kira halal la naa.Cerita kat Melbourne. Bagi aku, Melbourne ni syurga shopping. Kalau mai sini, tak angkut dua tiga benda, tak sah la. Bukan apa, barang kat sini jauh lebih murah dari NZ. Maybe sebab mata wang dia Aussie lebih tinggi dari NZ, barang pun rasa macam murah. Tapi memang murah betoi pun.Contoh, dress labuh bersepah boleh dapat 20 dollar ke bawah.Kalau kat NZ, paling murah 40 dollar.Kalau nak dapat 30 dollar pun, kena tunggu time sale.Itu pun tak banyak.

Waktu pergi Harbour Town Shopping Centre, mata meliar tengok barang murah. Nasib duit Aussie dah nak habis je time tu.Kalau tak, lagi ligat rasanya. Huhuhu.

Sisco, syurga dress murah.Hohoho.

Mix and match. Maka, inilah jadinya. Hehehe.

Cotton on.

Aku paling sakan.Sampai 3 plastik. =.=

Oh. Lagi satu, Melbourne ada 4 DFO! Direct Factory Outlet. Banyak barang branded yang dijual pada harga yang sangat murah.Nanti cek update pasal tu pula naa =)

Monday, March 14, 2011

Tak habis lagi!

Nak sambung cerita Melbourne.Hohoho.Pergi dah sebulan lebih, tapi banyak lagi story yang tertangguh.

Selepas makan ais krim, kami pun berjalan jalan di sepanjang harbour. Bergambar itu wajib ye adik adik sekalian.Bukan senang nak sampai tempat orang.Satu tempat tu, ada la kot dalam 10 take. Kejap posing macam ni, kejap macam tu.So, ini antara yang terbaik.Ecewah.Credit to Farah Haris' DSLR.

Tersilap naik tram.Duk ingat yang ini city circle, sekali kau, bukan.Nasib baiklah conductor tram ni pandai cakap melayu.Dia yang bagitau.Maka, terpaksalah kami berjalan sikit nak ke Harbour Shopping Centre.

The best picture ever. Lengkap kami berenam berlatar belakangkan Etihad Stadium dan tram yang disalah anggap sebagai city circle tram.Hahaha.

Building ni dari jauh nampak macam senget benget. Padahal, itu hanyalah ilusi anda semata.Bangunan ni tegak berdiri dan straight. Tengok lama lama, boleh berpinar mata.Huhuhu.

On the way ke Harbour Shopping Centre, terjumpa tempat ni.Walaupun tak faham apo kobondo yang ditulis kat wall tu, mak tetap nak tangkap gambar noks.Pelancong la katakan =P

Ya ampun. !@$%^&*)&^%$#



Arca apa entah. Kat harbour.

Harbour.

Ada lagi.Next entry babeh =)

Thursday, March 10, 2011

Limonetto


Time kat Melbourne teringin nak makan ais krim.Memang mengada sekoq sekoq.Nak bubble tea la, nak ais krim la.Padahal time tu baru sudah melantak ayam penyet kot.Tapi sebab dah teringin sangat, layankan aje lah.Lagipun, Wan Z belanja. Oraitt je lah kan.Hohoho.

Ekonomi.Satu cup share dua orang.Hehehe.

Nama kedai ni Limonetto.Satu benda yang aku respect dekat waiter sini ialah dorang bagitau mana ais krim yang contain alcohol.Style tak takut hilang customer. Baguslah macam tu.Dorang respect dengan agama kita.Pada awalnya aku nak ambil tiramisu flavour tapi dia cakap contain alcohol.Maka, aku ambil flavour raspberry and vanilla.


Tobat masam teruk flavour raspberry tu weh.Nak telan satu suap pun susah bebenor.

Kamen rider. =.=

Oh.Lupa nak bagitahu.Kedai ni tepi harbour.Memang terbaik la kan makan ais krim tepi harbour.Sejuk nak mampoih.

Wednesday, March 9, 2011

Melbourne at night

Waktu malam di Melbourne.Sorry for low quality of pictures.Rose is not behaving well at night. Ini yang rasa nak angkut lagi satu anak angkat ni.Hehehe.

Federation Square.

Eiffel Tower pun ado!Actually itu Art Centre.

Macam kat padang futsal tapi sebenarnya tak.Hahaha.Another shot of Federation Square.

In front of Flinders St. Station.Cantik teruk building tu.Dah macam dalam cerita kartun Walt Disney.

Yarra River.

Ayam penyet Nelayan.


You know what.I already had my very first ayam penyet in Melbourne.Huhuhu.Susah benau nak merasa ayam penyet sampai ke Melbourne baru dapat.Terima kasih Nelayan Restaurant kerana merealisasikan impian saya.Ecewah.Sebelum ni duk kempunan tengok orang post kat dalam blog.Sekarang dah dapat rasa.Not bad, cuma kalau kasi sup lagi ke-lia. Sebabnya aku susah sikit nak habis makan kalau nasi tu tak ada kuah.Ye lah.Selera Indon memang macam ni.Makan nasi kering gitu je dengan lauk.So not my taste la kan.Part ayam dengan kriuk kriuk asli (term aku sendiri) tu sedap.Sambal pula, errr sedap lagi kot yang aku buat.Hahaha.

Dah.Lepas kempunan nak merasa ayam penyet.Lepas ni cari benda lain pula untuk dikempunankan.Hohoho.

Ada yang cakap certain place ada bagi sup.Ikut kedai juga kot.Maybe kedai yang letak sup tu Malaysian owner.So dia alter sikit sikit hidangan tu.Yang kami makan ni memang pure Indon mari.Tokey kedai tahu kami Malaysian, so dia cakap bahasa melayu.

"Nak paha atau dada?"
"Da-da ya."

Habis dengan kami sekali cakap indon.Hahaha.

Tuesday, March 8, 2011

Coins only.

Waktu kat Melbourne, satu je lah benda yang remeh perlu kita ingat.Nak bayar duit tram kena guna duit syiling.Duit kertas tak boleh melainkan hang purchase kat kedai macam 7E dan sebagainya.Kitorang ni pelancong, mana nak ada banyak sangat duit syiling.Dah tu, satu hal pula nak kena mengorek purse masing masing untuk cukupkan tambang.Hahaha.Lawak ok.Hingaq lagu apa lagi kat situ sampai orang kiri kanan tengok pelik ja.Mujur cukup.Kalau tak, jenuh mengemis minta coin.Hahaha.

Monday, March 7, 2011

Easy Way, Tea Indulgence


Dah penat berjalan, dahaga la pulak kan. Mula la mengomel kat Apeng suruh berhenti kat mana mana kedai bubble tea.Tercengang dia tak faham apa tu bubble tea.Hahaha. Dah terbiasa kat Wellington pergi bubble tea.Mai tempat orang pun nak bubble tea juga.Mujur tempat yang dia tunjuk tu betul.Nama kedai ni Easy Way. Mesti korang tahu bubble tea tu apa kan? Ala, tea yang flavour macam macam taruk pearl tu.Aku gemar flavour yam/taro. Sedap oh tea kat Easy Way ni.Harga standard macam kat Welly. AUD 5.50.Tapi yang ini lagi sedap dari Welly.Hohoho.

Dua orang ni memang tegar bubble tea.

Bubble tea ni sekali sekala nak minum bolehlah.Kalau selalu sangat pun, muak!

Melbourne lagi.

Some more pictures during Melbourne trip.

Terjumpa tiang Olympic.Berusaha nak tunjuk nama Malaysia kat atas tu tapi semua tak sampai termasuk aku.Hahaha.

With pak cik kuda.Alamak.Kepala kuda terpotong pulek.Kat street ni, kalau tak bau poop kuda memang tak sah la.Kalau kat Aloq Setaq, ada beca.Sini, ada kereta kuda.Boleh request nak pergi mana pun tapi harga mahal sikit la.

Depan GPO.Teringat pula satu building kat Auckland yang lebih kurang sama dengan yang ini.Eh eh.Ada tram pula kat belakang.Nice.

Depan rip curl.Sumpah barang rip curl murah.Atee, dah Australia pengeluar barang rip curl.Mau tak murah.Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mengawal nafsu shopping.Hohoho.

Tuesday, March 1, 2011

Tip top.

Bilik kat Malaysia Hall.Memang tip top la weh.Jealous aku kat student yang stay kat sini.Ada single, double and triple room.Kalau macam ni la keadaan biliknya, memang boleh terlajak tidur.Sedap sangat.Hehehe.Puas hati la stay kat Malaysia Hall ni. Macam hotel =)

Wooh..Puji melambung Malaysia Hall nampak.Ada apa apa ka? Hahaha.

Waaaa waaaa


Tengah syok syok duduk dalam tram, perhatian teralih sekejap kat deretan kereta antik putih berhampiran Parliament Building.Since hari tu Sunday, maka banyak la pasangan pengantin yang 'bertaburan' kat kawasan situ.I guess dorang datang sini untuk photoshoot semata kot.Jadi jakun kejap tengok mat saleh pakai gaun kembang kembang tengah bandar.Selalu tengok dalam movie je noks.Ini siap ada bridesmaid lagi haa.Tengok jauh bukan main cantik lagi bride.Sekali tengok dekat, omaigod.Dah tua rupanya.Patut la yang laki tu botak cin.Hahahaha.Mulut hang Pirah, tadak insurans.

Mula la nak waaaa waaaa dalam tram.Mula la terbayang kahwin nanti nak pakai dress kembang kembang.Kahkahkah.

Experiencing Melbourne.


Noh.Baru nak story pasal Melbourne.

National Library Melbourne. Nampak macam muzium kan? Besar gila weh.Siap ada tugu pak cik apa entah.Tak sempat nak belek patung tu sebab Apeng ikut sekali.Segan nak berhenti lama lama.Nak tangkap gambar gedik gedik pun segan.Hohohoho.Ramai yang melepak kat luar library ni.Ada yang baca buku, berjemur,bergosip,berkelah bla bla bla.

See see.Mak cik petik rumput pun ado.Hehehe.

Replika apa entah.Depan library.Sempoi.

Lepas tu, kami naik city circle tram untuk pusing satu Melbourne city.Bagus betul la sistem kat sini.Naik tram ni free dan khas untuk tourist.Dorang akan bawa pergi tempat yang menjadi tarikan pelancong.Ada certain place, tram akan berhenti dan kita boleh turun ambil gambar.Kami tak turun pun.Malas dan mengantuk.Hahaha.Boleh pula kan.Duk dalam tram je lah.

Tengah tunggu city circle tram.Hohoho.Ada juga yang kena lenyek kang haa.

Orang ramai.Maka, terpaksa berdiri la dalam tram.

Sambung next entry yo.

Monday, February 28, 2011

Madam Kay, Melbourne

Destinasi pertama di Melbourne adalah Madam Kay. Duk tahan lapaq dari kat airport lagi.Thanks to Apeng and the geng sebab jadi tourist guide kitorang untuk hari tu. Makanan kat Madam Kay ni boleh tahan sedap la.Aku order Daging Merah. Signature dish kat sini Nasi Ayam Percik. Ambiance kedai ni ok.Self service.

Nasi daging merah I punya.

Nasi ayam percik Farah punya.

Actually kitorang agak segan dengan geng Apeng sebab semuanya lelaki.Dah la baru sampai Melbourne, terus dorang bawa keluar makan.Agak drastik sedikit di situ.Mujurlah antara kitorang ni ada yang mulut ringan nak bercakap, bertanya itu ini.Tak ada la senyap membisu je. Dorang pun banyak tanya pasal Wellington.So, tak ada la malu sangat.Hohoho.

Ya.Dah kui tembam.LOL.

Six of us in Madam Kay.

Price range makanan antara 9 to 12 AUD.Standard harga la kalau makan kat restoran macam ni.Kalau bawah 15 dollars tu kira murah dah la tu =)

Friday, February 25, 2011

Malaysia Hall

Pukul 7 lebih sampai di Malaysia Hall.Mujurlah ada sorang akak ni tengah tengok tv kat common room.Dia yang tolong bukakan pintu untuk kitorang sebab nak masuk hall ni kena ada access card.Kalau tak, kesejukan la kitorang kat luar tu. Try call ustaz untuk minta kunci but still tak berjawab. Time tu memang sangat sangat penat.Tak sabar nak masuk bilik, nak baring atas katil, nak tukar baju semua la.Tapi tak boleh nak buat semua tu sebab tak boleh nak check in lagi.Orang yang handle tak kunjung tiba.Kena pula hari tu Ahad.Time check in pukul 2 petang.Time tu sumpah bebai teruk.Rasa macam kedatangan tak dialu alukan.Call asyik masuk voice mail.Last last, kami pakat sambung tidur kat common room.Dah tak sedar apa dah.Lantak la orang nak kata anak dara tidur terbongkang ke apa.Janji dapat tidur.Serius penat.Sampai ada yang berdengkur la habaq hang.Bantai je labu.

Dalam pukul 12 tengahari macam tu, barulah ada orang yang datang bagi kunci.Itu pun bukan ketua warden tapi assistant dia.Rasa lega gila akhirnya dapat masuk bilik.Huhuhu.

Overnight

Perjalanan ke Melbourne mengambil masa 8 jam. Jenuh kebas juga la bontot aku ni.Kejap kalih kanan, kejap kalih kiri. Satu ja yang kureng pasal Air Asia ni, space kecik.Untuk kaki panjang macam aku ni, agak kejung juga la.Nak kena selalu adjust.Kalau tak, tak selesa.Huhuhu.Sampai kat Welly pukul 12 malam.Nah.Airport pun dah kosong.Flight kitorang yang last untuk malam tu. Masing masing cangak la tak tahu nak buat apa sebab Malaysia Hall buka pukul 8 pagi.Mujur jugalah Mel airport 24 hours access.At least ada tempat untuk bermalam.Kitorang decide untuk try call Malaysian hall.Mana tahu ada orang angkat ka time tu.Heh.Non ado la orang nak berjaga kat office time tu.Maka, merempatlah kami kat situ sampai ke pagi.

Wan Z tengah try call Malaysia Hall.Siapa cakap public phone tak applicable dah sekarang?Still ada guna tauuuuu.

Subway kat airport 24 hours.Wee.Supper kitorang.Hang ada? Benda ni kat Malaysia langsung tak pandang pun.Mai sini terpaksa juga makan sebab tak ada choice.Lagipun subway ni ada option tuna dan seafood.So boleh la nak makan.Dah lama tak praktis cakap English, cakap dengan waiter tu pun gagap gagap.Adeh laa...

Dah kenyang makan, mata pula dah mengantuk.Gini la jadinya.Terbongkang tidur.Hahaha.Nobody cares sebab yang lain pun 2x5 juga.Ada yang siap buka sleeping bag lagi.So, tak ada masalah kena pandang serong ke apa.Alaa..tidur tidur ayam je.Tak boleh nyenyak sangat sebab parking beg dekat dengan pintu masuk.Orang pula makin ramai bila siang makin menginjak.Pukul 6 semua sedaq diri.Bangun pi solat subuh.Aku cuti. Sambung tidur kat tempat lain pula.Hahaha.Dasar kan.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger