Online users

Follower

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Silver lining.

Sebenarnya banyak yang aku nak luahkan kat sini. This is the serious side of me. Bila masuk mood serius ni, tau tau ja la cerita apa yang akan keluar kalau tak lain dan tak bukan cerita pasal family. A day after tok left us, I woke up with an emptiness inside my heart. Ruang bawah senyap sunyi. Selalu kalau ada tok mesti bangun pagi dia dah sibuk kat dapur. Kali ni rasa kosong. Kosong sangat.

Last time aku jumpa tok waktu cuti bulan 9. Kalau diingat balik, dia memang atuq dah jadual seminggu nak pergi tempat sekian sekian. Sebab time aku balik la dia nak boleh berjalan rumah sedara pun sebab ada kereta. If tak, dia patah kaki jugak kat rumah tu. Sampai ke Perlis dia suruh aku bawa. Melawat adik beradik.Time tu la dia perkenal ini tok A, itu tok B. Boleh bagitau la kat aku. Sekarang dah lupa dah nama tok tok yang jumpa hari tu. Huhuhu. Aku pegang satu ja la. Bawa la dia berjalan selagi boleh. Walaupun kadang kadang makan hati masa untuk diri sendiri tak ada. Asyik kena jadi supir dia. Tapi tak sangka sampai takat tu ja aku boleh bawa dia berjalan. Huhuhu. Pagi selalu dia akan ajak pi nat. Cari ikan, sayuq dsb. Ada dua tempat ja dia akan pergi. Nat Ahad kat Anak Bukit dan Pokok Rhu Jalan Gunung. Kalau pi nat, aku paling menyebai bab nak angkut barang dia beli. Dia selalu borong bawang untuk stok nak buat acar buah. Selalu sebelum pergi dia akan cakap, "Aku tak beli banyak. Nak cari ikan ja pun" Tapi end up balik rumah berplastik plastik. Sebab tu aku menyebai. Huhu. Menyebai menyebai pun aku buat jugak. Makan dalam ja la. Pikiaq dia tok duk bela kita dari kecik, hadap jugak.

Perginya tok banyak ajaq aku erti sebenar kehidupan. Yang ajal tu memang betul di tangan Tuhan. Bila tok takdak, aku serabut kepala pikiaq macam mana lepas ni. Macam mana dengan Ika? Ika nak duk dengan sapa? Siapa nak jaga rumah tok? Siapa nak jaga kebajikan kami? Siapa nak urus maintenance rumah tok? Dan banyak lagi soalan duk bermain dalam pala aku. Paling aku risau bab Ika ni. Sebab dia nak amik SPM. Sebelum ni dia duk teman tok kat rumah. Sekarang tok takdak, dia sorang-sorang kat rumah. Aku jenis tak tunjuk kesusahan hati aku kat depan orang. Seboleh-bolehnya nak belagak cool depan orang walaupun kadang-kadang tak berjaya. Terima kasih banyak-banyak kat Malia sebab dia la yang teman ika sepanjang Ika SPM sementara nak tunggu aku balik cuti sekolah.

Aturan Tuhan tu sangat cantik. Dia tarik tok di saat Ika nak amik SPM. Di saat Ika is able to take care of herself .Macam dah lepas tanggungjawab dia jaga kami 4 beradik. Dah cukup keringat dia membesarkan kami. Mujur jugak aku pun tengah menghitung hari untuk cuti sekolah. Aku pun tak tunggu lama kat Segamat ni. Start ja cuti, after bertugas, terus balik Kedah. Memikirkan kesian kat Ika terpaksa jadi nomad tumpang tidoq rumah jiran dan sedara sebab tak berani tidoq kat umah tok sorang sorang. Cuti hari tu aku manfaatkan masa dengan family. Aku tak pi bercuti. Tok's loss brings us closer. It taught me to appreciate your loved ones more. To spend more time with them. So, aku duduk rumah teman Ika. Usung dia pi merata. I know she needs lots of moral support. And I want her to know that she's not alone. Dia paling terkesan bila tok tak ada. Dia paling rapat dengan tok walaupun pada zahirnya asyik berkelai dengan tok.

Hari-hari aku masak kat rumah. Sebab fikir ada perut lain yang nak kena jaga. Kalau perut aku sendiri, aku tak kisah. Makan luaq tiap-tiap hari pun okay ja. Tapi bila fikir ada Ika dan tak lama lepas tu Bang Cik pun akan balik cuti sem, I need to cook. Boleh jimat duit sikit. So, setiap hari masak. Makan ja la walaupun kadang kadang masak terkurang santan, terlebih garam. Depa tak complaint. Bila tanya okay dak masakan akak, depa jawab okay. Walaupun pada hakikatnya banyak yang terkurang. Cooking skill dah berhabuk. Lama tak masak kan. Huhuhu. Alhamdulillah tok ajaq kami makan apa ja yang ada.

Aku ni ibarat jadi ketua keluarga dalam rumah tu sekarang ni. Ketua keluarga kena berani. Tak boleh tunjuk takut kat adik-adik. There are times bila menjelang maghrib dan hari makin gelap, perasaan takut tu tiba-tiba datang. Al-maklumlah, rumah tok besaq.Tinggai kami 3 beradik kat rumah tu. Masing-masing sebenarnya takut tapi cuba untuk tak zahirkan perasaan tu supaya semua tenang saja. Belagak cool. Bila mai perasaan tu, mula la terbayang macam-macam. Arwah tok balik mai tengok la, bunyi pelik kat luar la. Sebenarnya itu hanya mainan perasaan. Kita yang fikir bukan-bukan, maka jadi bukan-bukan la. Tapi, masih lagi mampu untuk belagak cool depan adik-adik. If aku takut, depa pun akan takut. Huhu.

Bila nak balik Segamat semula, aku plan nak bawa Ika tinggal dengan aku. Tapi terpaksa cancel plan tu sebab Bang Cik tengah cuti sem. Actually cuti habis belajaq. Dia tengah tunggu nak sambung degree. So, cuti panjang. Again, like I said, aturan Tuhan tu cantik. Dia tak biaq Ika duk sorang-sorang kat rumah. Ada ja pengganti yang akan jaga Ika. Sekarang ni, Ika duduk dengan Bang Cik. Dan minggu depan, Zul akan balik cuti sem jugak. Alhamdulillah. Rumah tok tak dibiarkan kosong. Sentiasa ada penghuni. Abang-abang sado pulak tu.Hehe.Lepas ni aku tak pasti macam mana pulak pergerakan kami. Aku sendiri pun tak pasti lagi bila pulak nak balik kampung. Tak dapat bayang macam mana cuti pertengahan tahun nanti. Kalau ika dah masuk U, aku mungkin akan duduk sorang. Hurm..Tak tau la...Tak nak fikir lagi. Walaupun dah nampak possibility akan ditinggalkan berseorangan. So sad...

Bila dah ada kat Segamat, susah hati fikir depa makan apa kat rumah tu. Cukup ke tidak duit. Aku dah pesan kat Ika supaya prepare diri untuk jadi macam tok kat rumah lepas aku balik Segamat. Jadi tukang masak untuk abang-abang dia pulak. Mujur la dia boleh memasak selepas berguru dengan aku. Hehehe. Masak simple-simple ja. Beda perut sendiri makan lepas la. She's an independent girl and I am so proud of her. Tak sangka adik aku yang dulu belemoih tak sangga la ni dah jadi anak dara. Dah mampu buat kerja rumah dan memasak.

Walau apa pun yang terjadi, life must go on. Macam mana teruk dan takut pun, kena hadap jugak. Have faith in Allah and surely He takes care of you.

p/s: We're not alone. We have very suppportive relatives, uncles and aunties that take care of us as well. They do come to visit us once in a week to make sure everything is okay. =) We understand their situation as they also have their own families. We do appreciate their support and kindness.

Thursday, March 28, 2013

Rumahku syurgaku

Dua hari lepas, we went to see our late parents' house in Jitra. It took me years to have the courage to go there and have a look around it. Bukan apa. Terlalu banyak memori dekat situ. Ada manis, ada pahit. We left the house since Kak Bah wanted to have her own family. At that time dia dah ada anak satu. We respect her decision and tok was the one who was willing to take care 4 of us with one condition. She wanted us to move to Alor Setar, to her house. She refused to move in to our house. Faham faham sajalah, bila dah tua ni, dia sedap nak duduk rumah sendiri lagi. Memandangkan at that time we were still young, kitorang ikut sajalah permintaan tok. We have no option. Berat hati nak meninggalkan rumah tu since duduk tak sampai 5 tahun pun. Rumah masih baru. It took us some time to adjust to new environment. Yang paling effect sekali Ika la pasal that time dia baru nak masuk darjah 2. She had to move into new school and make new friends, and she had to leave her Kak Bah who had been taking care of her since she was born.I could still remember the first week of our stay in tok's house, Ika cried every night when she went to sleep. Teringat kat Kak Bah. Yep. Kak Bah is so close to our heart. She's the only person who knows us in and out.She knows our favourites. She knows how to pamper us. She's the only place for us to feel loved right after Mama and Abah died. Besar sungguh jasa dia pada kami 4 beradik. Tok is good as well in taking care of us, but we feel much loved when we were in Kak Bah's hand. Bond tu dah ada since we were kids.

The first family who rented the house after we left was somehow not really good in keeping the house clean and in perfect condition as it always been when we were still there. Bagi sewa pun murah sangat. Only RM350 for bungalow. Time tu fikir nak bagi ada orang duduk juga rumah tu.Sayang nak biarkan rumah tu kosong. At the end, tok asked them to move out sebab dorang 'pelingkup' rumah tu. It's like they're taking advantage of the low rental price. Sedih bila dapat tahu the house was not the same as before. When they left, the house had been abandoned for quite a long time. Time ni rumah lagi jadi teruk. Since our house was build on tanah persendirian, belakang dan tepi rumah adalah hutan pokok getah. Some said situ jadi sarang tempat 'taik pit' (drug addict) duk buat kerja depa. So, we heard other heartbreaking news that these people mencuri grill besi tingkap, longkang dan etc. Habis semua depa rongkah pergi jual kat kedai besi. Just so you know, this time I did not have any courage at all to go and see the house. I was afraid that I would break into tears, cried and hiccuped like a baby. Because I knew that mama and abah would be upset too. They build their dream house with all they have and expected us to look after it and here we are. Letting those crazy bad people to crash their hopes. Sakit hati Tuhan saja yang tahu. I could not do anything. I was too young back then to do what I was supposed to do. Mujur ada Pak Lang yang tolong uruskan hal rumah tu.

Alhamdulillah, sekarang yang menyewa dekat situ adalah orang dari Maahad Tahfiz. Their campus is just 50 metres from our house.They renovated the house and make it their hostel. Tempat mengaji pun kat situ, tempat masak pun kat situ. At least the house is not abandoned anymore. Dapat jugak pahala bagi dorang duduk kat situ. When I went there, dorang tengah mengaji. Segan pulak nak ambush rumah tu sesuka hati. Dua tiga kali jugak la tanya kat Ika nak masuk ke tak rumah ni sebab semuanya lelaki. Berjubah, bercelak, berserban. Jadi malu alah kita ni nak approach dorang. I was wearing blouse and jeans. Kalau sekali tengok tu, tak ada revealing apa pun tapi diri sendiri rasa macam 'bogel' sangat depan dorang.Huhuhu. I gave salam and approach this one man. Muka macam Ustaz Don! I introduced myself and mula la buat spotcheck dalam rumah tu. Ya Allah. Banyak sangat kenangan sebaik saja kaki ni melangkah masuk. Every sudut ada memori tersendiri. Tabahkan hati pusing satu rumah. Tak boleh nangis. Kena kuat. Lalu bilik mama, rasa macam dia duk ada lagi kat situ. Huhuhu. Nothing much changed except dorang sapu cat baru dan buat extension kitchen kat belakang rumah. Nampak la segala periuk belanga sebesar alam kat situ. Nak masuk dalam bilik,  segan pasal penuh dengan baju dan personal belonging anak teruna. The condition of the house, a bit messy. Mungkin dorang pun still in a process of moving things into the house. Rasa macam nak amik penyapu tolong sapu kat dapur tu. Berselerak.Huhuhu.

I haven't meet their ketua yet. Datang pun tak bagitau kat dorang. So next time hopefully boleh jumpa dia. Nak bagi amanah sikit. Ecewah. Tak sangka dah sampai masa untuk pegang tanggungjawab sebesar ni. Nak menjaga amanah tu bukan senang. Kadang kadang tergelincir juga di tengah jalan. Insya-Allah, we'll take care of the house like we take care of ourselves.

Monday, March 4, 2013

Berbudi kepada tanah.


Rutin setiap kali Pak Su balik ke kampung. Ada paip rumah sapa entah pecah. So, dari biar air tu mengalir tanpa arah tuju, pak su buat saliran air ke tanaman nenas ni. So, tak perlulah susah susah nak mengangkut air siram setiap hari. Nenas yang dah tumbuh besar tu dari pokok rumah mat arep.Nenas rumah dia semua manis manis. Ada suatu ketika dahulu, time nenas berbuah dengan banyaknya, dia selalu bagi sebiji dua kat tok. Tok pulak tak larat nak makan sorang sorang.Jenuh ulang buat pajeri nenas. Aku tak berapa favour sangat.So, dia hulur la kat pak su yang sememangnya hantu nenas. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Tunggu hujung tahun ni la kot baru nak berbuah.

Friday, February 8, 2013

Mini zoo in here

Ada ular menjalar kat luar rumah tadi.Tapi disebabkan sorang pun tak berani nak katok ular tu, we let it go macam tu saja.Huhuhu. We're kind of expecting it to happen pasal last few weeks, Pak su discover ada kulit ular tertanggal kat pokok nyioq depan rumah. Before that, dia bersalin kat atas bumbung garaj kereta. So memang dah aware ada ular tapi tak expect pulak dia still ada lagi kat kawasan rumah tok. We thought it just salin kulit here then off it went to other places. How I wish there was a man in this house.Semua gegirl je.Tak berani nak katok, takut ular tu melawan balik. Tok kata tu ular air.Tapi aku suspicious sikit pasal bila tengok jarak dekat, ada pattern kaler coklat dan hitam atas kepala dia.Oh myyyyyyyyyy, I am shivering right now.Meremang bulu roma bila fikir balik pasal ular tu.

Lepas tok acah acah, dia menjalar masuk longkang pulak. Kemudian pintu rumah jiran sebelah terbuka.Ada kucing dalam tu. Aku perhati je ular tu nak pergi mana. Penat aku menjerit kat orang sebelah.Dorang tak dengar sikit pun. Nak contact dorang, tak ada nombor.Panggil langsung tak menyut. Pekak ke apa dorang ni. Aku tak boleh nak pergi dekat pintu yang terbuka tu pasal ular tu betul betul kat situ. Luckily, it did not enter the house.

We suddenly locked all doors and windows, afraid it might come again. Tak tahu la macam mana nak handle kalau ular tu masuk rumah.Semua pakat tak berani nak katok. Our neighbourhood ni lelaki tak ramai.If ada pun, jauh dari rumah. Tok's house is like a mini zoo. Katak puru, ular,tikus, musang semua ada.Haish.

Katak tu, boleh lagi la nak cedok buang guna penyodok.Tapi kadang kadang susah jugak sebab dia melompat. How I wish Zul was here. Time dia cuti hari tu, the frog appeared under the sink. I asked him whether he's brave enough to catch it and throw it away. To my surprise, laju je dia capai plastik dan buang katak tu kat dalam semak. I was surprised sebab dulu dia penakut sikit. I think he has grown up and masculine enough to deal with sort of things.

Kes dulu ada tikus mondok dalam bilik. Dia menjerit macam apa lagi. He tried to be hero by putting on Bang Cik's school shoes and used long stick to hit that rat. Bila ada sudden movement made by it, dia menjerit ,kuat gila.Geli mungkin. Tapi kalau ingat balik, memang gelak sorang sorang. Itu satu hal. Time ular masuk rumah tok dulu pun dia jadi pak lawak jugak. Naik atas sinki terus. Hahahaha!

p/s: Baru lepas google image ular air. Hurm.Betul kot tu ular air.Argh...Meremang bulu roma sekali lagi!

Tuesday, February 5, 2013

Little gardener

Presenting Akim as a cute little gardener in the house. Dah jadi kebiasaan waktu petang aku akan siram pokok. So, dia pun akan join sekaki.Kadang kadang pukul 5 petang dah datang rumah "Along, jom ih kok" dalam bahasa normalnya, "Along, jom jiruh pokok". Haa. Dia ni seronok nak main air je sebenarnya. Tapi budak ni bagus.Kalau kita minta tolong ambilkan timba air, dia pergi ambil. Senang nak buli ini budak.Hohoho.So, semalam dia datang bawa topi berkebun bapak dia sekali ke rumah.He looks so cute in that big hat.He loves camera very much.Bila suruh senyum, automatik tayang gigi halus dia. Tak cukup satu shot, dia suruh ambil lagi dan lagi.Amboi!

His favourite plant is pokok pelam and nanas. Everyday kalau nak start siram pokok, mesti dia akan tanya "Nak ih kok lam ka long?" Macam tak ada pokok lain je nak jiruih."Dak aih.Kita jiruih pokok kat belakang dulu.Nanti kita jiruih pokok pelam pulak.Okay?"

"Adik dah ih kok lam ngan kok naih dah long" 
"Habis tu, pokok lain tak jiruih ka?"
"Tamauuuuu..Along ih la.Adik gan (segan)"

T______T Fine akim fine! Buat kerja sekerat jalan. 

Monday, January 21, 2013

Caregiver

Assalamualaikum. Hari ni start jadi nurse untuk tok.Al-kisahnya tok undergo operation mata untuk buang katarak. Sebelum ni dia dah pernah buat mata belah kanan. Kali ni belah kiri pulak.Cepat gila proses nak operate mata ni. Tak sampai seminggu, dah boleh buat. Klinik swasta. Asalkan ada duit, cepat je proses dia. So, semalam, aku mengekor la tok pergi cuci mata kat klinik sebab nanti kat rumah, aku yang nak kena buat.Tunggu doc punya la berjam.Nak cuci mata tak sampai 15 minit pun.Hangin je aku satu badan.

Tok tengah tunggu doc.Sampai dan lena seround la punya lama tunggu doc.

Jumpa geng kat klinik. Luaskan network untuk business acar buah Hajah Saudah. Nak tergelak pun ada bila tengok depa bersembang.Macam conference lanun sedunia.Hihihihi.

Mata tok kena titik ubat 4 kali sehari. Makanya, aku selalu kena aware dengan time.Pergh.Baru sehari dah rasa penat.Baru faham perasaan surirumah tangga sepenuh masa ni macam mana. Sebelum ni, masak semua tok yang buat.Sekarang dah tok mata pun bertempek, memang kerja dia baring je la.Yang masak, aku. Haaa.Aku masak okay.Sat sat pergi dapur.Sat sat check tok. Multitask sungguh.

Selalu aku lepak kat atas rumah.Hari ni, all the time aku kat bawah. Time ni je aku naik atas rumah pasal service aku sebagai nurse tamat pukul 8 malam. Tu last time untuk titik ubat.Berdebor jugak la nak cuci mata tok pasal doc tu demo laju bebenor. Tak sempat nak process dalam otak.Mujur sekarang zaman dah maju. Boleh rekod through phone. Aku yang paling muda pergi tengok demo tu. Yang lain, semua dah pangkat mak cik dah. Semalam punya balutan kat mata, fail! Ke bawah sangat eye patch tok tu. Rasa kelakar pulak tengok hasil kerja sendiri.Hari ni, dah makin kemas. Dah dapat rentak.Ewah.

Akim punya la takut tengok tok jadi 'lanun' sampai tak berani datang rumah hari ni. Asal nampak tok ja, dia cakap "Long Dah jadi hantu" Hahaha. Kesian tok.

Saturday, September 15, 2012

Ikan sweet sawa

Hari ni I belajar cara nak masak ikan sweet sour. Kalau tok, dia cakap "Ikan sweet sawa". Hohoho. Baru salin resepi, buatnya belum lagi. Sekarang ada kat rumah Pak Su. Bila datang sini, selalunya aku akan perhati mak su masak. Mak Su pandai masak. Request la apa pun dari dia, dia akan try buat. Maka, sebagai anak dara yang prihatin, kita tolong la kat dapur. Sambil sambil tu kita salin resepi. Tok pun dah sound, "Belajaq belajaq la masak" Faham faham sendiri la kan bila orang tua cakap macam tu. Huhuhu.

Bila dah ramai ramai berkumpul, macam macam lauk terhasil. Aku ada beli sotong kat sekolah hari tu.Jangan tak tau.Sekolah dekat dengan laut.Setiap hari mesti ada pak cik nelayan mai jual seafood.Macam macam ada.Ikan senangin,udang,sotong.Harga pulak, jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga kat pekan.Ye lah.Beli direct dari nelayan. Harga udang gred A dari RM 70 dapat RM 30 ja sekilo. Mana tak laku you'olls. Kami cikgu praktikum ni selalu ja miss chance nak beli udang gred A tu. Pasai cikgu senior lagi laju dari kami. Hehehe. Selalu yang tinggal udang saiz biasa saja. Saiz biasa pun, still consider besar jugak la. Sotong sekilo RM 15. I ni hantu sotong. Sekilo I angkut.

Ikan sweet sawa dan sambal sotong.Nyum nyum.

Semalam buat sotong masak kunyit.Hari ni sambal sotong pulak. I love sotong. Ok. Tiba tiba rasa motipless pulak entry aku ni. Tu laaaa...Lama tak update.Jadi lagu ni la. T_T

Saturday, August 25, 2012

Raya

Yuhuu! Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua =)





Seminggu cuti raya, tak cukup.Nak cuti lagi! Huhuhuhu.

Friday, August 3, 2012

Brand new

Berseri seri rumah tok aji.Semangat nak raya barangkali.Sudah kasi cat baru.Siling pun baru. Kalau sebelum ni, berongga sebab siling kayu.Sekarang sudah upgrade jadi siling kapur. Melayang 8k. 

 Dulu batu larik colour maroon, kali ni hentam oren pulak.Belasah la.

 Luar rumah dah ada kipas.Ruang ni selalu digunakan bila ada tetamu datang. Molek sangatlah pasang kipas.Tiada lagi peluh di ketiak. 

Pak Su cakap, "Tengok rumah pun dah tahu tok sokong parti apa". Kahkahkah.

p/s: Love the smell of paint. Sampai sekarang pun still bau lagi. Errrmm...haruuuuum =D

Thursday, June 14, 2012

Off holidays

Cuti berbaki tiga hari lagi.Huwa!Rasa tak bersedia lagi nak masuk maktab balik.What's more, it's practicum time.Mujurlah balik maktab nanti, ada two week course before practicum.Tak ada la terkejut tergempaq terus mengajar. Ye tak? Mujurlah jugak rumah dengan maktab tak jauh, so I do not need to travel earlier to reach maktab. Terus spoil mood fikir pasal nak balik maktab. Bosan. Tapi duduk rumah pun bosan jugak. Tak tahu nak buat apa but ada tv. Aku ni seharian mengadap tv pun tak pa.

Sepanjang dua minggu berehat kat rumah (minus one week at Bandung and Jakarta), ada kemajuan sikit part masuk dapuq.Tak kena suruh dengan tok dah.Volunteering myself to cook for my siblings. Tok just bagi tau ja nak masak apa and I'll do the rest. Tapi bila ada sedara mara ramai, I kasi chance to the elder untuk tunjuk skill. Minggu ni Ika dan Zul merasa air tangan akak dia.Dah lama aku tak masak, so awal awal tu risau jugak la takut tak sedap.Alhamdulillah, Ika puji sedap.Berbunga hati even masak simple je pun. Sambal telur,ayam masak kicap.Tok tak pernah lepaskan aku buat gulai sendiri lagi. Tak harap kot. Kalau gulai versi aku, aku guna santan tin ja. Minyak tak pecah pun sedap lagi bagi tekak aku. Kalau tekak tok, rasanya fail dah. Tengok la nanti, senang senang aku belajar buat gulai versi tok pulak.


Saturday, May 19, 2012

Sisterhood

This picture reminds me of Ika when she was a baby. Her face looks similar to mine but when she grows up, her eyes starting to become less round or in other words, sepet macam anak cino.Hehehe.

                    Ika on the right side. Lebih kurang sama kan dengan muka aku time baby? Hahaha.

Taken in 2011.Ika and I. Apa cerita adik lagi tinggi dari akak ni? T_T

Recently, she told me that she was teased by her boy schoolmates. Calling her with some weird name. I can't tell it here. It's too confidential. She can't stand it anymore. I understand her feeling because I was in her shoes before. I encountered public humiliation too when I was in high school. I can still remember that guy's name and face.Sakit hati bila kena ejek berulang kali. Bukan sekali dua ye, tapi setiap kali bertembung, mesti ada ja modal nak bahan. Siapa tak tahan beb. Ika even told me that she never talk to that boy and expresses her dissatisfaction why she became the target. I told her not to bother. Just ignore him. Budak nakal. Biasa la tu. She did it but  the boy still continues to tease her. I don't want to meddle in because I am afraid something even worse will happen to her. Lebih baik dia sendiri yang setel benda tu. So, I suggest to her to meet the school counselor if things go beyond her control.

Little things can give a big impact to people.So, boys...stop teasing the girls. Tak baik bagi gelaran yang tak elok dekat orang lain. Try to put yourself into their shoes. Or try imagine if your own sister get teased by her friends. How do you feel? Rasa nak tumbuk kan? Haa..Macam tu jugaklah aku rasa bila hang buat adik aku macam tu. *Emo puleks*

It's just a normal thing to happen to high school girls. Just face it Ika. Lama lama dia pun mesti dah letih nak ejek. Yang penting SABAR!


Monday, May 14, 2012

A little thought on Mothers Day

Kepada semua wanita di luar sana yang bergelar ibu, my aunties (Mak Njang, Mak Tih, Mak Long, Mak Lang, Mak Chaq, Mak Ngah, Mak Ndak dan Mak Su), serta pengasuh tersayang, Kak Bah, oh dan tak lupa jugak to Ma'am besar, Tok a.k.a Hajah Saudah Wahab,

SELAMAT HARI IBU! SEMOGA SENTIASA DILIMPAHI RAHMAT TUHAN DAN TERUSKAN MENJADI IBU YANG AWESOME SEPANJANG ABAD. 


Terima kasih atas keprihatinan anda semua dalam membesarkan aku dan adik adik. Take turn belikan baju raya untuk kami 4 beradik. Selalu hulur duit raya lebih dari cousin yang lain (Ini kalau cousin yang lain baca ni,bisa sentap ni =P). Terima kasih kerana membuatkan kami (Pirah,Zul, Bang Cik dan Ika) rasa dihargai walaupun abah dan mama dah tak ada. Terima kasih tolong jaga kami dari kecik sampai la sekarang. Yes, walaupun dah besar but still selagi tak kahwin, kami bawah tanggungjawab mereka. Terima kasih sebab selalu jamu kami makan sedap sedap. Terima kasih untuk segala galanya. Tak terbalas jasa budi anda semua terhadap kami berempat. God knows how much I feel blessed having you guys in my life. 

Kak Bah, pengasuh yang mengambil alih tugas arwah mama menjaga kami 4 beradik selepas arwah meninggal dunia sekitar tahun 2000. She's been taking care of me since I was one year old!  She's got married few years after mama died and we were taken to Tok's house. Now, she has her own family, granted with two children. One girl and one boy. We still keep in touch and whenever I have free time, I pay her a visit. Sometimes she comes to Tok's house to visit us. God bless her!

Kak Bah, mama and I. This proves Kak Bah as my nanny since I was a kid. Hehehe. Look at her hair. Rockers tu =P

To mama, thank you for raising me up and nurturing me to be what I am now. You're the best mama in the world. Sayangnya, kakak tak sempat nak merasa nikmat ada mama di usia sekarang. Apa pun, kakak percaya Tuhan ada perancangan yang terbaik untuk kakak, abang, bang cik dan ika. Jangan risau, kami ok ja kat sini. Masing masing membesar bagai juara. =) Tok sumbat makanan banyak sangat. Kakak sentiasa doakan mama selamat dan sentiasa ditempatkan dikalangan orang yang beriman. One day, we'll meet there.

Tuhan tu Maha Adil. Dia tarik Abah dan Mama, tapi dia kasi satu family team yang sangat caring dan loving. Tuhan saja yang tahu betapa aku sayang semua pak cik dan mak cik aku. They are my daddies and mommies now. Eh, tak lupa jugak my cousins. Sayang ampa ketat ketat. Without them, I am nobody nobody but you. Ewah...

Tuesday, March 27, 2012

Mak Su's lunch treat

Cerita lama. Sebulan yang lepas, mak su ajak kitorang lunch kat rumah dia. Actually ni semua plan tok aji. Sekali tok aji tak dapat nak datang SP sebab ika ada sekolah ganti hari Sabtu. Hancus plan nak makan nasi beriyani. Tapi still terbaik masakan mak su. Gulai kepala ikan mantop. Pergi berlima. Aku bawa Wan, Elin, Kema dan Katty. Ni geng yang datang bermalam kat rumah aku satu masa dahulu (can't tell exactly when sebab dah lama sangat dah perap cerita ni.hehehe) Saja buat catch up meeting antara gegirls gitu. After makan, santai santai kejap. Mata pun mengantuk. Sempat lelap kejap.

Saya dah lupa nama benda alah ni =.=


Petang tu pulak, Mak su ajak pergi Semeling. Pekena ais kacang. First time aku singgah kat sini. Sebelum ni tak pernah tahu pun ada food court jual ikan bakar etc. waktu malam. Ingatkan jetty tempat nelayan berhenti ja. Siap ada galeri apa entah. Tapi kitorang tak sempat masuk pun pasal dia tutup pukul 5. Maka, just boleh ambil gambar kat kawasan luar je lah.

Hebatnya adik kat belakang tu. Boleh masuk dalam ayaq. Akak tak berani. Fobia lemas tak sudah lagi =.=

With Bang cik. Dia ni muka ikut arwah abah. Best friend arwah abah, kalau tengok muka dia, terus berjurai air mata. Muka sama, hitam manis serupa lagu arwah abah =')

Dan kat sini orang awam pun boleh memancing. Syok je tengok umpan pak cik ni sangkut ikan. Macam senang ja kan. Bukan sekor, tapi dah berekor ekor ikan dia dapat. Ada mak cik sebelah pak cik ni, dah tua dah.Pangkat tok dah. Tanya dia, memang selalu memancing ke kat sini. Dia cakap selalu sangat. Bosan duduk kat rumah, sini la tempat dia hilangkan bosan. Bagus la dari bergosip dengan jiran kan =D

Jom pekena ais kacang! Not bad la ais kacang kat sini. Sedap. Kebetulan pulak cuaca panas, memang perfect time la untuk makan ais kacang. Cuba hang cakap bila masa Kedah tak panas? Alwayzzz babeh alwayzzz =,=

Saturday, March 17, 2012

Kenduri lagi

Wohooo.Seminggu tak berupdate blog ni. Alahai. Baru ja hari tu semangat nak update setiap hari. Tapi apakan daya.Bila balik kampung ni, lebih suka tengok tv. Lagi satu, kerja banyak. Memang tak boleh nak mengadap laptop lama lama. Kang tok aji bising.

Semalam, tok aji buat kenduri arwah. Bayangkan je lah. Pagi Rabu dia rasa macam nak buat kenduri. Ada la dengar dia sembang kosong dengan Pak Chaq. Ingatkan tak jadi la. Tup tup petang Rabu dah keluar pergi beli barang. Out of sudden tau tak! Ishk. Kami anak cucu ni terus mengeluh sebab dah bayang betapa banyaknya benda nak kena buat. Kenduri bukan panggil katering tapi masak sendiri. Sampai sekarang lengan kiri ni still terasa sakit lagi especially bahagian pergelangan tangan. Ini semua dek kupas bawang sampai sebesen! Habis pijar pijar tangan dek main dengan halia. Me no likeeey. Hukhuk. Tapi what to doooo. Tak ada orang nak tolong, so anak cucu la yang dikerah buat kerja.

Bab masak memang aku tak berani nak tolong la kan pasal ada orang yang lagi expert. Itu serah kat pak dan mak sedara. Bab kemas rumah, hampaq karpet, atuq pinggan, gelas, mangkuk, hampaq kain spra semua kerja orang muda. Dan aku kepalanya lah pasai aku paling tua. Dah la dengan pakai kebaya. Mujur colour hitam, peluh satu badan pun tak nampak. Yang paling best, untuk tetamu lelaki, depa makan hidang atas rumah. So, kena naik turun tangga angkat lauk dalam dulang. Memang menguji stamina betul. Agak agak nak upah saya jadi ketua bentara, boleh la contact saya noh. Experience banyak ni. Hohoho.

Kenduri kahwin aku nanti, nak buat style buffet. Menentang keras buat hidang atas rumah. Buat penat badan ja. Nak masak sendiri boleh, tapi no hidang hidang. Kenduri supposed to be fun. Kalau kena buat kerja, memang dah tak fun. Pakai baju cantik cantik pun, pengakhirannya kat dapur jugak. Basuh pinggan. Sobsss.

p/s: Tok aku memang suka buat kenduri arwah. In a good way, bagus lah sebab kita selalu mendoakan ahli keluarga yang dah mati. Tapi kalau tak cukup orang nak buat kerja, terasa kenduri tu membebankan balik kat diri sendiri. Moral of the story, nak buat kenduri, rekrut la tenaga kerja banyak sikit. =P

Saturday, March 10, 2012

Sayur putih

Credit to google image.

Time pergi pasar malam semalam, tok pesan belikan sayur putih 2 pokok. Tok kata yang orang selalu letak dalam mee goreng tu. Aku memang fail la bab sayur ni. Sawi pun kadang kadang tak boleh nak cam.

Aku : Sayuq putih tu sayuq sawi ka tok?
Tok : Dak aih. Sawi batang hijau. Ni batang dia 'kala' putih. Hat orang duk buh dalam mee tu.
Aku : *cuba bayang batang colour putih*
Tok : Hang amik la dua pokok.
Aku : Okay.

Sampai kat pasar malam, aku tanya kat abang gerai tu. Tadah je la muka menahan malu. Pasal aku ni perempuan.Patutnya aku expert la bab sayur semua ni. Ini tidak. Pfffttt...

Aku : Abang, sayuq putih ada dak?
Abang : Nak sayuq putih hat lagu mana?
Aku : Haaa????

Dia tanya aku balik. Ah. Tacing teruk sama itu abang. Main teka teki pulak dengan aku. Bila dia cakap macam tu, aku expect banyak jenis la sayur putih. Lama jugak aku duduk kat gerai dia. Ada satu sayur ni, batang dia colour putih. Aku yakin diri ja amik yang tu. Sekali Ika kata, "Tu bukan kailan ka?" Haa..sudah.Aku ni cepat terpengaruh dengan orang lain. Kena pulak Ika selalu tolong tok kat dapur, makanya dia lagi expert la dalam bab sayur sayuran ni. Tapi aku rasa macam dah betul pasal sayur kailan batang hijau. Aaaahhh...amik je lah.Sebelum nak bayar tu, mat arep suruh aku tanya mak cik tu. Walaupun segan, aku tanya jugak la....

Aku : Mak cik, tu sayuq putih kan?
Mak cik : *sengih sengih* Sayuq putih ada dua jenih dik. Satu hat macam kubis tu. Satu lagi hat ni la. Adik nak hat mana?
Aku : Haa..betoi la tu mak cik. Tok saya kata yang buh dalam mee goreng. Yang ni kot noo..
Mak cik : Haa..kalau nak buh dalam mee, hat ni la. *sambung sengih lagi*

Yeeeeeaaahhh! Aku betul. Muehehehe. Walaupun mak cik tu sengih sengih, ada aku kisah? Sweet success babeh! Hahahaha.

p/s: Bagus jugak bila tok pesan suruh beli sayur ni. Boleh tambah ilmu pengetahuan tentang nama sayur. Asyik makan kubis ja sebelum ni. Sayur hijau kureng sikit melainkan kailan. Tapi kailan pun kadang kadang fail jugak nak cam. Hohoho.

Wednesday, February 1, 2012

Memori

Arwah abah yang hujung kanan, paling tough. I heart you abah! =)

Thursday, January 26, 2012

Ni blog ke zoo?

Jom sambung tengok binatang. Hehehe.

Kasi interframe adik adik guwe.

Anak ayam. Padahal anak ayam belakang rumah tok punya banyak. Tapi belemoih la. Yang ni dia jaga elok. Gebu semuanya. Boleh feed tapi kena bayar kot if tak silap. Kami tengok dari luar je lah.

Arnab. Ada banyak spesis. Semuanya pantang disua tangan, laju je mendongak. Ingat kitorang nak upah makanan kot. Hahaha.

Oh sheep! Rindu pulak biri biri kat Welly. Sana punya lagi berbulu tebal. Sini nipis ja. Mungkin panas, so bulu nipis. Make sense jugak tu.

Nisah beli kacang panjang. Ada pak cik jual kat area situ. Feed la mana mana binatang yang hang nak. Itik pun makan kacang panjang oi. Hang tengok sheep tu. Tak menyabar. Habis baju nisah pun dia nak gigit.

Titew pun nak try feed jugak. Titew pilih kudew. Suke acah acah kudew ni pasal muke diew kelakar bilew nak mamam kacang tu. Alih alih muke kitew yang buruk.Seriau diew gigit tangan kitew.

HAHAHA.

Pusing safari jom


Cerita dekat A Famosa tak habis lagi dik non oii. Hari tu terhenti kat elephant show. Jom kita masuk sangkaq harimau pulak noh. Actually sangkaq harimau ni kereta yang bawa kita pusing pusing safari tu. Tapi disebabkan kereta tu sebiji macam sangkar binatang, ditambah pulak dengan besi yang menutupi seluruh badan kereta, that's why aku panggil sangkar harimau. Hohoho. Propa ja lebih.

Orang adalah sangat ramai. Semua berpusu pusu datang sini after elephant show.Mujur kami antara yang awal beratur.

Yeay. Selamat masuk sangkaq harimau =P

Kitorang tak boleh turun pergi dekat. Apek tu just berhentikan kereta dan kami just tengok melalui 'sangkaq harimau' kami tu ja. Nak amik gambar punya seksa habaq hang.Pasal lubang sangkaq tu elok elok ja lepas lense DSLR. Dah la kereta berhinggut hinggut.

Zebra. Sipi sipi je dapat. Apek dah bawa laju time ni. Tsk.

Meet my new friend, giraffe. Teringat pulak dulu zaman sekolah rendah, geng lelaki suka ejek aku zirafah. Satu, pasal nama aku kalau diubah kedudukan jadi zirafah. Kedua, pasal aku ni tinggi. Elok sangat la kena panggil zirafah =.='

Singa berbulu dan tak berbulu. Ololololoonyeee..Comel! Tapi singa yang berbulu tu macam tak cukup makan je aku tengok.Kurus bebenor. Please jadi macam Aslan =P

Harimau. Time masuk kandang harimau ni, apek tu siap warning jangan sua tangan or buat apa apa yang boleh mengundang kemarahan harimau ni. Buat bising pun tak boleh. Ok. Everybody, quiet....

Rusa bertanduk dua. (Habis tu takkan tanduk satu pulak???Derrrr)

Tuesday, January 17, 2012

Safari la pulak

Kenyang makan, jom masuk safari. Tengok binatang la pulok. Bayar tiket RM 49 sekepala. This ticket includes lunch set. So, ok la. Kalau tak bagi complimentary service, memang dah lama saya buat protest depan kaunter. Macam berani kan? Cakap pi la. Akak kaunter emo tak sudah. Bergaduh dengan boyfriend kot. Ditengkingnya sorang apek pasal tak reti bahasa. Elok pulak lepas apek tu blah, dia siap ejek apek tu depan kitorang. Amoi belakang aku pun perasan. Dia siap cakap "Aiyoooh". Buat malu ja weh. Dah la melayu. Kerja berhadapan dengan public ni kena la sentiasa senyum dan sopan santun. Itu budaya kita. Jangan la terlalu carried away dengan personal problem sampai kat tempat kerja pun nak lepas geram kat orang lain. Not good la.

Dah. Malas nak ingat balik muka akak tu. So, first show, elephant show. Ramai gila orang. Al maklumlah, cuti sekolah. Kebanyakkannya yang datang ni family bawa anak kecik. Elok sangatlah tu bagi pendedahan awal kat anak anak. Kenal jugak dorang ni dengan binatang tropika. Jangan sampai besar, tak tahu mana satu lembu, mana satu kerbau, mana satu seladang. Hahaha.

Orang sini pandai buat duit. Dijualnya tebu satu plastik RM 2. Buat bagi makan kat gajah. Gajah ni dari jauh dah boleh sniff tebu tu. Mana yang pegang tebu, dia pergi dekat.

Panjang gila belalai! Aku pun macam budak kecik. Terlopong tengok gajah depan mata. Lama mana dah tak mai zoo weh.

Lepas ni kita masuk sangkaq rimau pulak noh. Hohoho.

Monday, January 16, 2012

Breakfast at A Famosa


Kitorang stay kat Villa A Famosa semalam ja. So, keesokan harinya, dah nak check out. Tujuan utama stay kat Melaka sebab nak masuk A Famosa Safari. Pagi tu kitorang sempat breakfast kat situ. Nak sampai ke tempat makan tu, nala punya jauh. Aku mati mati ingat ada sesi 'breakfast with animal'. Pasal tempat makan tu dekat dengan tasik dan terperosok ke dalam sikit. Mana nak tau kan. Sambil makan dikelilingi haiwan liar. Gituuuu.

Setelah lebih 10 minit berjalan, here we are. Sampai jugak akhirnya.Hahaha.Time ni orang dah mula ramai. Chop tempat & gilir gilir amik makanan.

Ada nasi lemak, roti canai,bihun,roti bakar,bubur nasi dan sosej. Sangat mengecewakan. Aku expect ada banyak makanan. Tup tup itu ja yang di serve. Mungkin dorang boleh perbanyakkan menu. Amboi. Demand! =P Lagi satu, sistem beratur sangat membuang masa kami semua. Kena pulak time tu nasi lemak habis.Nak tunggu orang datang refill dah lama. Terbuang masa macam tu ja. I recommend them to open more stations so that people won't wasting their time on that one station. Bayangkanlah, ada satu station ja.So, nak tak nak orang yang tak nak makan nasi lemak, tapi nak makan roti canai pun kena queue at the same line. Wasting time.

Pagi pagi makan nasi lemak memang terbaik la kan. Tendency nak pergi toilet sangat tinggi. By the way, yang sebelah aku tu Zul. Dorang cakap muka kitorang sama. Ye ke? Minus the misai and janggut la. Hehehe.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger