Online users

Follower

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Kids nowadays

Lawak la anak murid aku sorang ni. Dia anak cikgu sekolah aku jugak. So, selalu jumpa. Hari ni pun tengah aku sibuk hias kelas, dia datang menyibuk. Nak tolong aku jugak. Lepas tu dia beria suruh aku login FB. Excited sangat kekdahnya. Nak tunjuk something katanya. Tapi sebab line internet kat sekolah slow, tak boleh buka. Nampak kekecewaan yang teramat kat muka dia. Ni aku baru buka FB. Tengok notification. Ada satu noti dari si anak cikgu tu invite page dia. Paling tak boleh blah, label as Artist okay. Artist! Ko mampu fefeeling artist di usia 9 tahun? Look how technology affects human nature. Entertainment toksah duk cakap la. Mak dia cerita dekat rumah selalu fefeeling jadi pengacara depan cermin.

Puteri, awak besar besar nanti nak jadi apa?
Saye nak jadi pengacara tv cikgu.
Pengacara tv rancangan apa tu?
Raikan cinta. Yang Hanis Zalikha tu.
Ooo...minat Hanis Zalikha ja ka?
Tak la. Saye minat Anzalna jugak. Yang iklan Qu Puteh tu. Qu Puteh...Qu Puteh..baru la putih.

Homagok. This kid....

Tuesday, September 10, 2013

Living with the married.

Aku nampak kacang hijau terendam dalam tupperware kat dapur dari semalam. Ku sangkakan housemate nak buat bubur kacang.

A: Akak, kacang hijau tu akak rendam dari semalam nak buat bubur ka?
H: *ketawa kecil* Eh, tak da la. Ada la hal sikit.
A: *masih lagi blur*
H: *blushing*

After a few seconds,

A: Oh..ok ok. Faham. Hal rumah tangga eh.
H: Hehehe. Nak cuba petua orang tua. 

Aku lupa status housemateku yang sudah berlaki. 3 tahun sudah berkahwin masih lagi tak dikurniakan cahaya mata. So, kacang hijau ni antara alternatif lain untuk bagi lekat kot. Entah. Aku pun malas nak tanya lebih lebih. Sebab housemate pun macam malu malu nak cerita. Sebelum ni dia makan ubat apa entah, aku tanya jugak "Makan ubat apa tu kak?". Dengan niat nak concern la. Kot kot housemate tak sihat ka apa. Respons dia sama jugak la macam kat atas ni. Ketawa kecil lepas tu macam nak tak nak ja jawab. So, aku faham faham sendiri la.

Tak sampai masa aku lagi nak amik tahu hal laki bini ni. So, if dia tak nak bercerita pun, aku faham la. Mesti dia segan nak kongsi dengan orang single.

Wednesday, April 24, 2013

Off politics and little kids


A few weeks ago, dapat satu surat cinta dari PM kita. Biasalah, nak pilihanraya ni, macam macam surat dapat. Terpampang la muka Najib satu paper tu. Akim datang rumah. So, dia pun sibuk nak tengok surat tu. When he saw Najib's picture, he cried and ran away. Mungkin sebab gambar tu portrait size and Najib was 'staring' at him. Mungkin ini hanya satu kebetulan. Akim loves green very much and he hates blue. So, it makes sense why he cried when he saw Najib's picture. Hahahaha. Kitorang pulak kuat menyakat. Bila tahu dia takut tengok gambar Najib, lagi la nak mengusik. He would go to tok and mengadu. 

"Long Dah, gambar Ajib. Adik akut Ajib.Adik tak suka Ajib!" 

Adoi la hai. Akim akim....

***

Today I taught the kids about hobbies. So, ada la satu text ni berkaitan collecting erasers. It mentioned about different sizes, colours and patterns of eraser. It also mentioned about erasers with different flags of different countries. So, I gave them example of different flags: Malaysia, Indonesia etc. And when I asked them to give other examples, one of them said, "Bendera Pas!" Tak tahu macam mana nak react. But I found it funny because as far as I am concern, tak pernah lagi la ada pemadam cop pas. Ke memang ada? Aku je yang tak tahu? 

Mungkin mak pak dia orang kuat Pas kot. Sebab tu dia cakap Pas, bukan BN.Kekeke.Macam macam.

Tuesday, March 12, 2013

Fork moment.

I was teaching phonics today. Fokus kat sounds (or) and (ur). I had funny moments when I asked them what is "fork". Those moments happened at a time tapi I break the conversation into two so that senang korang nak tengok apa yang funny nya.

Funny moment 1

Teacher: f..or..k.. FORK! Class, what is fork? (sambil lukis gambar garfu kat board)
Student: *Silent* (tunggu aku habis lukis) Saya tau teacher!
Teacher: Hah Adam, what is fork?
Student: Saya pernah tengok benda yang teacher lukis tu dalam cerita ikan duyung. Bapak ikan  
duyung yang pegang fork tu.Panjang lepas tu tajam.
Teacher: (Part tajam tu betul dah tapi bila sebut ikan duyung, aku rasa budak ni dah menyimpang jauh) Itu tombak mata tiga la Adam! Fork ialah garfu. Tingginya imaginasi kamu Adam. Ni mesti kuat tengok kartun ni.

My fork was mistaken for King Triton's trident in Little Mermaid.Nampak sangat lukisan aku buruk sampai budak budak tak boleh nak teka itu sebenarnya garfu. Huhuhu. Fail!



Funny moment 2

Teacher: f..or..k..FORK! Class, what is fork?
Student: Kerapu!
Teacher: Hah! Kerapu? Awak biar betul Harris! Fork ialah garfu.
Student: Haa..Betoi la saya cakap tadi teacher.
Teacher: Yang awak cakap tadi 'kerapu'. Kerapu tu sejenis ikan. Bukan garfu.

Student: Ooooo

Innocent la haii budak budak ni. Nak marah pun tak sampai hati.

p/s: Syok mengajar budak kecik ni. Tambah tambah part phonics. Teacher excited lebih dari budak!

Wednesday, May 18, 2011

Cow's stomach = Tripe.

Ada cerita lawak. Aku rasa lawak la.Macam ni. Semalam after balik dari hantar baju menari, kitorang pergi Halal Butcher. Bila masuk situ mata jadi rambang la sebab semua benda boleh makan. Tengok sosej nak amik, tengok nugget ayam pun nak amik. Lepas tu teringat yang hari tu ada mengidam nak makan perut lembu. Excuse me, I memang hantu makan organ dalaman lembu ni. Sesetengah tak boleh terima tapi aku dah diajar makan benda alah ni since kecik. So, dah biasa dengan perut, usus, paru dan lidah lembu. Gross kan bunyi? Hahaha. Ok back to story.

Mata mulalah meliar mencari perut lembu frozen. Satu kedai belek, tak ada pun. Kedai ni kadang kadang tak display benda tu.Kita kena cakap kat dia baru dia bawa keluar dari dapur. Mulalah cangak tengok display menu. Ada ka tak 'cow's stomach'. Bahahaha.Non-ado.

Ini la rupa perut lembu yang menjadi kegilaan anak kampung seperti saya ni.

Aku : Apa dia eh perut lembu dalam BI?
Wan : Takkan cow's stomach? Pelik ja bunyi.

(Mula buka dictionary kat handphone Wan. Tengok possible word.Tak jumpa. Fedup. Pi tanya mak cik kaunter teruih)

Wan : Hi, do you sell cow's stomach?
Mak cik : *Buat muka kerek* Cow's stomach? Do you mean it's stomach? (sambil tunjuk perut sendiri)
Wan : I don't know what it is called in English. But it's in white colour.
Mak cik : Do you mean tripe?
Wan : I'm not sure. Can we see how does it look like first?
Mak cik : *Panggil anak dia* SHOW THEM THE TRIPE. (muka memang kerek)

Nooooh.Bantai stomach teruih.Jenuh gelak lepas beli tu.Nak makan tapi tak tau nak sebut dalam BI. Fail. Memang dasar direct translation, hentam stomach. Nasib baik tak sebut tummy or belly.Pening kepala mak cik tu.Rupa rupanya TRIPE. Hohoho.

So, murid-murid semua, mari kita belajar body parts lembu. Penting untuk anak anak muda yang study kat oversea, yang mengada ngada nak makan segala part lembu tapi tak tahu apo kobondonya panggil dalam BI. Penting ni!

Mana tripe? Non-ado. Isk. Lidah ada pulak.

Dulu waktu belajar BI, tak ada la pula come across detail macam ni. Setakat tahu basic body part ja. Tsk. MOE, sila pertimbangkan benda ni untuk dimasukkan dalam syllabus.Oh. Body parts ayam dan kambing jugak.Wahahaha.

Moral of the story, rajin rajin la google body parts lembu. Heh.

Monday, December 13, 2010

Saya nak kawan dengan awak!!!!

Klik untuk tumbesaran.

OMG! Ganas gila kamu dik.Agresif ye budak zaman sekarang.Ni nak berkawan ke nak berlawan tumbuk ni? Takut aih.

To this person, kenapa saya tak accept friend request awak? Sebab awak from nowhere je tiba tiba add saya.Tak ada connection, so saya tak berani nak approve.Facebook sekarang dah makin hilang privacy.So, saya takut nak main approve orang yang tak ada kaitan dengan saya.Kalau awak baca blog saya ni, awak PM saya lagi sekali ye.At least saya tahu awak reader saya dan saya boleh approve awak. =)

Sunday, October 24, 2010

Garam habis!

Ini serius lawak.Garam kat rumah habis. Langsung tak sedar pun stok garam dah zero.Selama ni duk ingat macam cukup sebab beli garam paket besar.Adeh.Dah la baru keluar town pagi tadi.Takkan nak pi balik town semata-mata nak beli garam.Cuak seisi rumah garam tak ada.Garam adalah elemen penting dalam masakan.Nak masak nanti lagu mana? Nak cari mana weyh?

Rumah jiran la jawabnya.Tebalkan muka la pi minta.Hari tu hutang telur.Hari ini hutang garam pula.Wahahahaha!

Wednesday, October 13, 2010

Kelmarin.

Time kecil dulu aku selalu confuse time bila nak guna perkataan 'kelmarin' dan 'semalam'. Bagi aku dua dua sama ja.Tak ada beza.Tiba-tiba aku teringat satu kisah waktu aku darjah 2.Time tu memang tak tahu apa lagi pun.Kena buat karangan BM. So, aku dengan confident nya guna perkataan 'kelmarin' macam ni:

"Pada cuti hujung minggu yang lepas, Kelmarin dan saya telah pergi ke Zoo Taiping"

Noooh.Teruih kena panggil dengan Cikgu Faiz. Dia bantai gelak dulu sebelum terang kat aku apa yang aku salah. Sungguh aku ingat 'kelmarin' tu nama orang India. Damn.Malu gila kot. Start dari situ la aku tahu 'kelmarin' tu refer pada benda yang dah lepas. Balik rumah aku cerita kat pengasuh aku.Dia pun bantai gelak kaw kaw punya. Moral down sehari suntuk sebab aku antara yang pandai dalam kelas.Jatuh la reputasi bila kena tegur dengan cikgu.Hahahaha.

But still sampai ke besaq aku confuse lagi 'kelmarin' dan 'semalam'.

Tuesday, October 12, 2010

Naf-neng, bukan nuf-nang.

[credit to google image for the pic]

Aku:Zack, duit 'nuf-nang' hang dah berapa?

Newbie:'Nuf-nang'? Hahaha.Bukan 'nuf-nang' weyh. 'Naf-neng' la.

Aku:Mana aku nak tau.Ingatkan 'nuf-nang'.

*Gelak tak sudah*

Terima kasih kerana menceriakan aku.Hahaha.

Thursday, September 23, 2010

Tak tahan pedas.

Lucu pula bila teringat guest NZ yang excited benar nampak sambal belacan.Kitorang dah warning dah benda ni pedas.Tapi dia insist juga nak try.Tahu-tahu je lah kan.Orang putih ni mana makan sangat benda pedas ni.Duk tak lama lepas tu, ada orang cuit aku suruh tengok muka guest tadi.Ya ampun.Merah teruk! Dah la dia putih.

See.Excited kan muka dia? Hahaha.

Tutup muka pula dia.Segan kot.

Robyn datang bisik kat aku "Zack, your chili sauce was very nice".

Renyih.

Tuesday, September 21, 2010

Al-kisah rumah hantu.


Waktu kat Sakura Festival, ada Haunted House a.k.a Rumah Hantu. Pada mulanya, aku memang excited nak masuk.Tak fikir panjang langsung, terus line up bayar tiket. Entah roh apa masuk dalam badan aku ni. Tiba-tiba jadi berani nak masuk.Fikir bukan senang nak jumpa hantu jepun kat Welly.Konon la kan.Sekali aku terpandang poster Haunted House ni. Ada gambar hantu rambut panjang merangkak. Senang cakap hantu Ju-on. Mesti korang tahu kan.Terus fikir dua tiga kali betul ke nak masuk ni. Aku memang senang gelabah sikit bila dah terbayang hantu tu macam mana.Mula la fikir macam-macam.Takut hantu tu pegang kaki aku or whatsoever.

Nak masuk rumah hantu ni, sekali masuk 5-6 orang. Dia tak lepas banyak-banyak.So, depan kami geng Bob. Ada la bunga dua kuntum iaitu Ann dan Naddy. Depa ni memang kuat jerit.Bila dengaq depa jerit, lagi la psycho kat aku dan Wan.Mula dah seriau.Betoi ka aku nak masuk ni? Group aku consists of aku, Wan, Azu, Elin, Syamel dan Wawan.Fikir ada dua lelaki, aku macam berani sikit.Itu pada permulaannya la.

Elok sampai time kami, semua cuak. Tak dan sampai depan pintu lagi dah seriau.Tak boleh blah yang jantan dua ekoq tu pun pengecut.Duk mai himpit rapat kat kami yang perempuan ni. Lagilah aku gelabah.Huhuhu.Baru setapak dua dalam rumah hantu, kami dah reverse balik.Takut.Gelap toksah duk kata la.Memang gelap.Dah kata rumah hantu.

Kali kedua kami masuk, kami buat formation.Yang geng perempuan pegang tangan sama-sama.Yang geng lelaki lead kat depan.Lawak gila kot.Jalan berhimpit-himpit.Melekat macam kembar 6. Hahaha. Sampai satu simpang, perlu belok kanan.Kat situ la permulaan rumah hantu sebenarnya.

"Weyh...aku nampak dia kat sebelah aku.Patah balik! Patah balik!" kata Syamel selaku ketua rombongan.

Muka lega tak jadi masuk Rumah Hantu.Bahahaha.

Nooh...Gila hang.Semua patah balik.Tak pernah aku secuak tu.Padahal hantu olok-olok je pun.Fail weyh.Last-last semua tak berani masuk.Surrender.Padahal baru suku jalan.Hahaha.Syamel dan Wawan memang tak boleh pakai.Hahaha.Aku pun tak boleh pakai juga.Duk teringat hantu Ju-on menjalaq kat kaki.Eee..seram kot.Tak berani.Dulu aku berani.Makin tua, makin pengecut.Apakah?

Sangat lawak ok bila tengok lelaki takut masuk rumah hantu.Burn 3 dollar aku.Tsk.

Monday, July 5, 2010

Hari sardin

Al-kisahnya waktu first day jalan-jalan kat Auckland, bersemangat kami bawa bekal makanan.Takut lapar dan nak jimat duit.Maka, kami pun buat lah lauk sardin bersama nasi putih.Diusung bekal kesana kemari.Setiap kali berhenti ambil gambar, beg ditinggalkan di tepi.Tak layak nak interframe.Menyemak pose ja.

Pintu toilet muzium ada sensor.Terbuka sendiri.Jadi jakun sekejap.

Akibat disisihkan, bekal sardin merajuk dan menumpahkan kuahnya di dalam beg.Oh no.Habis satu beg pink I berbau sardin.Gila kuat bau dia habaq hang.Tak cukup dengan itu, disebabkan gelabah punya pasal, habis dengan dress dan cardi pun terlekat kuah sardin.Ya ampun.Badan bau sardin!

Mujur dalam muzium ada toilet.Kalau tak, aku jadi sardin berjalan.Tsk.

Moral of the story, jangan bawa benda berkuah waktu travel jauh.Tendency untuk tumpah sangat tinggi.

Tuesday, June 29, 2010

Baku.

Kadang-kadang aku baku dalam berbahasa tanpa aku sedari.

Sebagai contoh :

Semalam aku pi panggung wayang tengok movie Shrek.

Panggung wayang? What the...Kena paku cukup-cukup dengan member.Damn.Tak sedaq pun terguna perkataan tu waktu bercakap.Tsk.

Pisau tu menghunus perut laki tu.

Ini paling tak boleh blah.Aku ingat lagi sampai sekarang.Tengah syok bercerita pasal kes bunuh dalam surat khabar.Dengan tak semena-mena keluaq pula perkataan hunus.Adeh.Nampak sangat text-based.Kenapa tak guna perkataan pasar macam tikam ka, cucuk ka.Nak juga guna hunus.Maybe effect perkataan tu lebih tragik.

Ini tindakan refleks ye kawan-kawan.Aku tak sedar aku baku.Kadang-kadang je la.

Saturday, June 26, 2010

Bila mat saleh belajar bahasa kita...

Semalam lepas present pasal Malay language, kami buat short quiz.Siapa yang dapat jawab dengan betul, dapat lolly.So, dorang ni semua eager la nak menjawab.Aku pun mula tanya.

What is Thank You in Malay language?

Ada sorang budak ni loud sikit bila bercakap.Paling talkative dalam kelas.Dia tak angkat tangan pun.Just shout jawapan dengan confident.Muka tahap keyakinan paling tinggi der.

I know.Terima kabasih!

Jenuh tahan gelak habaq hang.Actually, dia terkonfius apa khabar dengan kasih.Itu pasal termix habis dua benda tu.Itu satu.Yang ni cikgu dia pun ada problem nak sebut dengan betul.Masa ni nak ambil gambar ramai-ramai.Niamh tolong ambilkan.

Niamh :Lily and Zack, when you want to greet someone, what do you say?

Lily :Apa khabar.

Niamh :Ok guys. When I say 3,2,1 you say Apa Khabaii ok?

Lily : A pa kha bar.

Niamh :Alright.A pa kha baiii.

Lily : (give up dah nak betulkan pronunciation dorang)

Budak-budak : Apa khabaaiiii....

Tobat lawak.Memang susah nak acquire new language within 30 minutes.Tapi depa ni memang awesome la.Even baru belajar pun, dorang cepat tangkap dan boleh ingat.Ada la sikit silapnya but still consider ok la for new learners kan.Aku rasa bahasa melayu senang nak sebut sebab banyak consonant.Tak ada la tergeliat lidah sangat nak sebut compared to English language.

Wednesday, June 23, 2010

Hantu MJ lagi.

Dorang kena buat research pasal wind.So, waktu Inquiry class tadi, setiap orang dapat satu notebook untuk search website yang berkaitan dengan wind.Lenovo you'olls.Maju gilo.Si Xavier ni terbuka satu website yang ada link youtube.

"Guys, it's Micheal Jackson's ghost!"

Mulalah ke laut.Aku pun tak tahu macam mana dorang boleh terbuka link pasal hantu Micheal Jackson.Kononnya ada orang tercapture roh MJ kat depan cermin kereta.Ada awan bentuk muka MJ la dan banyak lagi.Nonsense semua tu.Tapi, hang faham-faham ja lah budak-budak ni macam mana.Bila sorang discover pasal benda yang dirasakan cool,mulalah bising satu kelas.Tarik perhatian yang lain.

Aku nak marah memang tak reti.Lagipun rasa macam tak ada hak nak interrupt time dorang tengah belajar melainkan Niamh suruh.So, aku biarkan jelah dorang buka youtube.Duk tak lama lepas tu, Niamh bagi warning kat dorang.No Youtube.Hahaha.Padan muko.

Psst...rupa-rupanya setiap kelas dalam sekolah ni ada blog.Nak kena copy url esok ni.Nak follow.Wahahaha.

Friday, June 18, 2010

So that it stays up?

Soalan pasal tudung tak ada.Tapi, soalan ini yang keluar dari mulut budak mata biru.

Boy : How come both of you have jeweleries on your shoulder?

Farah : Err, so that it clips our veil to the shirt.

Boys : So that it stays up?

Farah : Yeah.

Adoi. Told ya budak kecil ini unexpected. Lain yang diexpect, lain yang ditanya.Kalau tanya pasal tudung tu, boleh jugalah lancar nak menerang.Ini pasal brooch.Hahaha.Mujur ada Farah yang pantas berfikir.

Stays up yang tak boleh blah tu.Apa dia ingat 'jeweleries' tu ke yang buat tudung kami tegak berdiri? Tsk. How innocent. T_T

Sunday, June 6, 2010

Pesan bawa balik kangaroo

Cikgu Zul: Kamu kat Belanda kan sekarang?

Aku: Tak la cikgu. Saya kat NZ la.

Cikgu Zul: Ha. Kalau macam tu, saya nak kamu bawa balik kangaroo sekor kat saya.

Aku: Erk. Cikgu. Kangaroo mana ada kat NZ. Kat zoo pun ada berapa ekor ja. Lembu tompok-tompok dan biri-biri banyak la.

Cikgu Zul: Agak-agak kamu lembu tompok-tompok tu boleh buat tunggang berlari tak?

Aku: Mana boleh cikgu.

Cikgu Zul: Saya dah lama tak tengok awak berlari atas trek. Tak sempat saya nak ajak awak lawan lari dengan saya. Saya takut kamu takut.

Aku:Hahaha.Itu la pasal. Tapi, saya dah tak larat lari laju dah cikgu. Dah lama tinggal.

Hahaha. Cikgu Zul memang gila-gila. Boleh bawa melawak.Nanti besar, aku nak jadi macam Cikgu Zul la. 'Mesra alam'. =)

Kenapa mesti associate kan NZ dengan kangaroo eyh? Ini bukan kes pertama. Dah banyak kali juga orang tersilap pesan binatang. T_T

Wednesday, May 19, 2010

Pakai helmet kutip durian.

Sekarang tengah musim durian kan kat Malaysia? Ini memang buat aku jealous tahap nak hantuk kepala kat dinding.Rindu oh nak makan pulut durian.Pergh.Meleleh kot kalau terbayang sorang-sorang. Kat Welly ni ada satu kedai ja yang aku nampak jual durian, tapi frozen punya. Dengan kulit-kulitnya sekali diletak dalam cold storage.Tak faham aku. T_T


Kalau ada durian, mesti ada manggis kan. Ini pun favourite juga. Tapi, orang tua-tua cakap durian dengan manggis tak boleh 'gu' sekali. Bahaya. Silap-silap boleh mabuk.So, kalau nak makan, makan asing-asing.Jangan duk galak nak makan selang seli. Satgi jadi kot lain susah pula.

Ada orang tu kutip durian siap pakai helmet lagi. Katanya as protection takut durian luruh atas kepala.Wahehu.So cute.Aku tak pernah lagi ada pengalaman kutip durian kat kebun. Teringin juga nak merasa sekali macam mana feel pakai helmet sambil kutip durian.*gelak lagi sekali*

Tapi kan, ada logiknya juga pakai helmet. Ye la. Durian nak luruh bukan kira masa. Tambah-tambah time malam, lagi bahaya. Entah-entah siap kena bawa torchlight untuk suluh buah. Jangan tersuluh benda lain sudah la. Huu.

Monday, May 17, 2010

Termakan flavour babi.

Dah menjadi habit sekarang ni before masuk kelas EPSY, aku akan prepare makanan ringan buat alas perut. Kelas 3 jam straight kot. Jenuh lapaq. Nak dijadikan cerita, tadi pergi Uni Stop dengan Lily. Hajat dihati nak beli something yang murah dan sedap. Sekali terpandang rice cracker flavour BBQ ni. Ini paling murah la antara semua. NZD 2.90. Kongsi dengan Lily. Kira orait la tu. Sekarang ni kena berjimat. Elaun tak masuk lagi.

Aku ni jenis malas nak tengok ingredient. Asal nampak packaging meyakinkan, aku rembat terus. Lagipun, rice cracker je pun. Konfirm halal punya. Time break, aku dan Lily menikmati rice cracker tanpa peduli orang kiri kanan. Boss pun join sekaki. Lily yang pulun paling banyak. Last-last tinggal sekeping, dia simpan kat aku.

Kat sinilah still point nya. Lily tergerak hati nak check ingredient rice cracker ni. Hah. Amik hang! Flavour beef and PORK. Noooohh..Dah telan punya banyak sampai tinggai sekeping ja lagi, baru sedaq ada flavour babi. Masing-masing kelu. Tak tahu nak react macam mana. Nak gelak pun ada. Terus cari air teguk banyak-banyak. Konon nak hilangkan flavour babi dalam mulut.

Lily : Macam mana ni weyh? Aku dah telan banyak dah ni.

Aku : Samak la. Bubuh tanah dalam mulut, pastu kumur dengan air.

Lily : Weyh. Aku serius ni. Ko main-main pula. Kang tercekik tanah pula macam mana?

Aku : Nak cekik pa nya. Tanah campur air kan jadi soluble. Telan terus la tanah tu. Konfirm cuci.

Lily : Patutlah aku rasa mulut aku panas semacam je tadi.

Aku :Dan dan mulut panas. T_T

Setelah ditanya pada yang pakar, kesalahan kami itu dimaafkan sebab bukan disengajakan.Tak perlu samak apa-apa sebab dah masuk perut dah pun der. Moral of the story, lepas ni kalau nak beli apa jenis makanan pun, check ingredient dulu.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger