Online users

Follower

Showing posts with label newspaper. Show all posts
Showing posts with label newspaper. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Congratulations Chelsea!

6.12a.m, I got a phone call from him...

Dia: Sayang, Chelsea menang. Chelsea menang. Yeay yeay!
Aku: Ooo ya ka? Tahniah.
Dia: Hehehe. Ok la yang. Gi sambung tidur ea.

That's how I know Chelsea won the Champions League Final. I am not a fan of football club. Aku 'minat' Chelsea ni pun sebab mat arep yang minat. Apa pun, Harimau Malaya tetap di hati. Cewah.

Monday, December 5, 2011

Kebakaran dan kemalangan


Benda dah jadi dekat seminggu yang lepas tapi baru nak blog kan. Hohoho. Korang ada baca tak berita pasal kebakaran kat Wang Tepus? Ala, gudang tayar terpakai tu. Cuba baca keratan akhbar online dari Bernama ni.

Klik untuk tumbesaran

Petang kejadian, kami ingat kepulan asap tu pokok hujan. Tapi makin lama makin gelap dan tak hujan hujan pun. Mesti ada something yang terbakar ni. Kalau tengok dari kepulan asap ni, nampak macam dekat airport yang terbakar. Pak Ngah curious nak tahu. Siap call sedara kat Kepala Batas. Tanya tahu ke tak apa yang terbakar. Tak pernah asap setebal ni. Sampai ke sudah kami tak dapat jawapan.

Esoknya tengok berita, rupanya ada kebakaran gudang tayar kat Wang Tepus. Untuk makluman korang, jarak antara Wang Tepus dengan rumah aku sejauh 50km ye. Bayangkan la, asap sangat tebal sampai kat kawasan rumah aku pun boleh nampak dengan jelas. What makes things worse, asap tu dah kotorkan halaman rumah semua orang kat kampung sini. Habis lantai berdebu hitam. Sudahnya, kena la sental lantai rumah. Dahsyat tak dahsyat la kebakaran ni.

Dua tiga hari lepas kejadian kebakaran tu, berlaku kemalangan pulak depan rumah tok. Bukan nak reka cerita, tapi boleh dikatakan jalan area rumah tok ni macam ada benda sikit. Selalu sangat accident nya. Setiap tahun ada je kes. Setakat aku balik sini, dah ada dua accident. Tak tahu la kenapa kerap sangat jadi depan rumah tok. Ada penunggu kot. Hahahaha.

Tuesday, August 16, 2011

Masuk paper


Berita Harian 15/8/2011.
Tinggal kejap cerita pasal snow. Ni nak cerita pasal masuk paper pulak.Nooooh.Hahaha.Actually hantar dah lama dah. Tak expect pun akan keluar since tahun lepas dah pernah hantar dah. Klik [sini]. Dapat tahu ni pun dari Fatehah kat FB. Thanks beb. Terus suruh dia tag aku. Nak tengok juga la apa rupanya bila masuk paper.Muka mengembang ke, mana tahu kan? Obses dengan diri sendiri.Wahahaha.

Nasib baik bukan muka yang kat bahagian lipat tu.Kalau tak, nangis.Hahaha.Yang best nya, dia tak edit ucapan aku.Oyeh! "Makan rendang ayam,ingat sama kat cheq yang jauh di perantauan".

p/s : Untuk yang baru nak hantar Salam Perantauan, jangan edit or resize gambar tau. Or else gambar korang akan jadi kabur bila print kat paper. Belajar dari tahun lepas punya kes, gatai pi edit bagi cantik sikit, resize segala, turned out to be blur kat newspaper.T_T Tahun ni punya gambar, cukup puas hati. Besar dan jelas tanpa sebarang kesan edit.Muahahaha.

Friday, April 29, 2011

Sex scandal.

Hahaha.DNA apa? DNA apa? Adeh. Aku tak pernah minat nak ambil tahu pasal politik ni sangat.Tapi video Anwar pasal 'DNA apa' tu berjaya menarik perhatian aku. Mana satu yang betul ni? Only God knows.Habis TV3 pun kena bantai sekali. Politik oh politik.

Habis satu dunia tahu weyh.Tahu benda elok tak pa.Ini pasal sex.Duh.Lame gila la hai.


"Sex scandals obsess Malaysia: the country with a one-track mind"


Thursday, October 28, 2010

Aku bersimpati cuma...

Banyak pula bencana alam yang jadi kat Indon.Aku bersimpati cuma aku terfikir pasal satu benda. Dah jadi macam ni, still ada lagi ke yang nak buat kempen Ganyang Malaysia? Sudah sudah la nak benci Malaysia.

Heh.Lawak la.

Tuesday, September 14, 2010

Jikalau aku anak Sosilawati...

Tak dapat aku bayangkan macam mana family arwah Sosilawati berdepan dengan hakikat kematian beliau yang sangat tragis.Kalau aku jadi anak arwah, sure aku dah lembik.Sadis sangat kot cara kematian.Lebih sadis bila mayat arwah dah bertukar jadi abu. Tak ada jasad. Ish laa.Kejam betul la orang zaman sekarang ni. Sebab duit sanggup buat semua benda ini.Kena pula time raya. Lagi la syahdu.Wuwuwu.

Aku harap keluarga arwah tabah terima semua dugaan yang diberikan ni. Aku sokong sangat hukuman gantung sampai mati dilaksanakan terhadap orang yang bunuh arwah tu.Mati dibalas mati.Baru adil.

Jadi terlalu kaya pun susah.Orang dengki sana sini.Alahai.

Thursday, September 9, 2010

International Burn a Koran Day

Pak Cik tua ni nak buat International Burn a Koran Day on 11 September 2010.

*Clap clap clap* Bagus sangatlah pak cik. Bakarlah banyak-banyak.Lagi bagus kalau bakar diri pak cik sekali. Baru macho bro.Dorang ni saja nak cari point nak jatuhkan Islam.Dalam kita duk sibuk nak raya, boleh pula kan nak buat benda alah ni. Kononnya sebagai tanda kebencian terhadap umat Islam rentetan peristiwa 11 September.Dia melabelkan agama Islam sebagai Devil.

Pak Cik tua ni orang kuat gereja. Pelik aku. Alim ulama pun boleh bertindak macam ni.Api kebencian dia terhadap Islam agak melampaui batas la.Tapi setakat 50 follower apa nak hairan.Rasanya blogger pun lagi ramai follower dari kau. Tak usah nak bangga sangatlah wahai Pak Cik Jones. Ironinya, pihak government bangkang tindakan dia tapi dia insist nak buat juga.Hero mana boleh kalah der.

Aku nak tengok apa yang jadi dekat dia after 11 September.Semoga Tuhan memberi balasan yang setimpal terhadap perbuatan terkutuknya ini.

Untuk berita lanjut, klik [sini]

Thursday, September 2, 2010

Berita Harian today.Anyone?

Nak ole-ole dari New Zealand? Meh join Raya Sakan Contest.Klik [sini]

Ehem.Ada sesiapa terbaca ruangan Agama dalam Berita Harian tak hari ini?

Kalau tak baca lagi, pi baca.Sekali lagi Nama Afiq naik.Woh.Glamour hang Afiq.Memang tahun ni budak VUW conquer Berita Harian.Ada ja menyelit dua tiga nama dari New Zealand.Tapi yang ni lagi ekslusif kot.Cerita pengalaman berpuasa kat sini.Bab makan sahur kari telur tu bukan rumah aku.Tak ada pasai nak masak kari telur.Rumah boys rajin la kot nak buat kari telur pagi-pagi buta.Lepas tu sorang-sorang kentut berdengung.Rumah aku kalau bersahur makan spagheti.Gilo belagak kan.Hahaha.Nak spagheti ja.Tapi ada juga sekali dua aku bersahur makan ikan kering goreng.Pergh.Berselera macam buka puasa.

Ayat paper memang kemas habis kan? Aku tak percaya itu semua datang dari Afiq.Hahaha.Afiq, siapa yang dah start buat kuih raya seperti yang diwar-warkan kat dalam paper tu? Boleh aku masukkan dalam list 'rumah yang harus dikunjungi di pagi raya nanti'. Hehehe.

Indon buat hal lagi

Nak ole-ole dari New Zealand.Meh join Raya Sakan Contest.Klik [sini]

Apa kes rakyat Indon ni? Apa lagi yang dorang tak puas hati? Hey, come on la. Be rationale la.Kes dah setel dah pun, yang gaduh nak besar-besarkan balik kenapa? Orang kau dah dibebaskan. Apa lagi kau nak? Melutut depan kau minta ampun ke? Dari kau baling ikan masin depan kedutaan, baik kau pos kat aku kat Welly ni. Goreng pun sodap.

Klik [sini] untuk berita selanjutnya.

Aku memang marah. Macam mana la nasib student kita yang kat Indon tu.Harap dorang selamat dan dalam keadaan baik.Bersabarlah orang Malaysia.Dugaan dalam kemerdekaan.

Sunday, August 22, 2010

Keluar Mingguan Malaysia pula.Memang mencapap.

Err...Keluar paper lagi.Mampuih kena cop gila salam perantauan lepas ni dengan coursemate.Habis semua paper dia nak mencapap. T_T . Al-kisahnya takut peluang nak keluar paper tipis.Ye lah. Ramai kot student oversea.Maka, ku bertindak untuk send kat Berita Harian dan Utusan Malaysia.Kira ambil langkah selamat la.Hantar ja banyak-banyak.Kalau tak keluar Berita Harian, keluar Utusan. Gitulah gamaknya.Sekali, haaa..amik hang.Dua-dua keluaq! Orang Titi Gajah sekalian, Zapirah keluaq surat khabaq ni.Mai tengok mai tengok. Tsk.

Berita Harian 20 Ogos 2010.

Mingguan Malaysia 22 Ogos 2010.

Thanks to Kojah and Zara for the pics.Nanti upah cekelat sorang satu naa. Oh, special thanks to Sis Sweety too for your help. =)

p/s : Guna orang dalam.

Saturday, August 21, 2010

Keluar Berita Harian

Ya ampun tajuk entry.Keciwi gila.

Ya ya. Sayalah tu yang keluar paper semalam. Ala..yang pakai jacket coklat tu. Hahaha.Glamour kejap kan muka masuk paper.Aku tak sedar pun but then Joy text Wan bagitahu aku keluar paper. Terus excited habaq hang. La la tu juga topup, message sanak saudara di Malaysia untuk tengok Berita Harian semalam.

Buka FB dan blog, ada yang tinggalkan komen "Muka Zack keluar Berita Harian". Auww...malu I. Tercapai impian nak keluar paper.Kahkahkah.Boleh?

Kalau nak tengok online pun boleh, sila klik [sini].

Sayang gambar kat online pecah.Kabur.Tak nampak clear sangat.Harapnya kat paper ok la.

Saturday, August 14, 2010

Al-fatihah buat blogger, Zaza =(

Ya Allah.Terkejut mendengar berita tentang kematian seorang blogger yang boleh dikatakan selalu mengunjungi blog aku iaitu Zaza. Ya Allah...Sedihnya aku. Terkejut sangat-sangat bila terbaca berita ini kat FB. Tengok url macam kenal dan tergerak hati nak buka dan ya, betul. Zaza telah dipanggil mengadap ilahi setelah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke Rantau Panjang. Subhanallah. I'm still in a shock state right now.Ajal maut di tangan Tuhan.Siapa sangka benda nak jadi kan.Huhu.Klik [sini] untuk berita lanjut.

Antara penghargaan yang arwah coretkan untuk readers blognya sebulan yang lalu.

Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh beliau.Mari kawan-kawan, kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah.Semoga arwah tenang disana. I still can't believe she's not here anymore.In my blog. Hilang sudah seorang pengkomen tegar, seorang yang selalu ceria walaupun diri dia sakit.Dia ada masalah tulang reput since she's a kid.She's such a strong girl.

Semoga keluarga arwah sabar dan kuat menghadapi dugaan yang Tuhan berikan ini. Amin.

To Zaza, I'll be missing you. Aku sedih ko dah pergi.Tapi apakan daya aku nak melawan kuasa Tuhan.God loves you more.Hope ko bahagia di atas sana. Really hope. You're such a strong girl dear.

p/s : Adik Zaza yang juga seorang blogger turut terlibat dalam kemalangan tapi hanya cedera ringan.Amor, moga ko tabah hadapi dugaan ini.Teruskan perjuangan dalam dunia blog.

Thursday, August 12, 2010

Al-kisah salam perantau

Semua pakat gila buat salam perantauan sekarang ni.Tambah-tambah kat Utusan Online.Berlungguk kot muka budak Victoria.Hahaha.Aku? Rilek dulu...Tunggu 10 hari terakhir puasa baru nak buat.Bajet macam ada orang nak tengok je kan.Lainlah kalau keluar kat paper.Ada juga aku hantar kat Berita Harian.Tapi tak ada respond apa-apa lagi pun dari orang di Malaysia.Aku dah siap pesan kat Zul dah suruh check Berita Harian tiap-tiap hari.Mana nak tahu bertuah keluar paper.Kahkahkah.

Aku tahu chance nak keluar paper sangat tipis.Ramai kot student kat oversea.Sebab tu depa buat alternatif lain.Buat yang online punya.Tapi macam kureng best la kan.Jenuh pula nak suruh tok buka website semata-mata nak tengok muka aku.Tak praktikal la bagi golongan emas ni.Newspaper juga yang laku.Biar lapuk.Nilai sentimental tinggi oh.

Psst..kalau keluar muka aku kat paper, habaq mai kat aku naa.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger