Klik untuk tumbesaran
Petang kejadian, kami ingat kepulan asap tu pokok hujan. Tapi makin lama makin gelap dan tak hujan hujan pun. Mesti ada something yang terbakar ni. Kalau tengok dari kepulan asap ni, nampak macam dekat airport yang terbakar. Pak Ngah curious nak tahu. Siap call sedara kat Kepala Batas. Tanya tahu ke tak apa yang terbakar. Tak pernah asap setebal ni. Sampai ke sudah kami tak dapat jawapan.
Esoknya tengok berita, rupanya ada kebakaran gudang tayar kat Wang Tepus. Untuk makluman korang, jarak antara Wang Tepus dengan rumah aku sejauh 50km ye. Bayangkan la, asap sangat tebal sampai kat kawasan rumah aku pun boleh nampak dengan jelas. What makes things worse, asap tu dah kotorkan halaman rumah semua orang kat kampung sini. Habis lantai berdebu hitam. Sudahnya, kena la sental lantai rumah. Dahsyat tak dahsyat la kebakaran ni.
Dua tiga hari lepas kejadian kebakaran tu, berlaku kemalangan pulak depan rumah tok. Bukan nak reka cerita, tapi boleh dikatakan jalan area rumah tok ni macam ada benda sikit. Selalu sangat accident nya. Setiap tahun ada je kes. Setakat aku balik sini, dah ada dua accident. Tak tahu la kenapa kerap sangat jadi depan rumah tok. Ada penunggu kot. Hahahaha.
3 comments:
waaa...ko tgk depan mata ker accident tu z@ck??
hati2 la cheq habaq kat ang zack! haha
eDdy..
ada yg aku witness..ada yg aku tak sempat witness. tapi sibuk2 pergi tgok apa jadi lepas accident.huhuhu
AmirahSM..
hohoho..so far tak ada benda pelik lagi yang berlaku. =P
Post a Comment