Online users

Follower

Showing posts with label BIG. Show all posts
Showing posts with label BIG. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Bina Insan Guru: LDK

Sambungan cerita BIG. Punya lama baru nak continue.Hahaha.

After penat berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, kami diberi masa untuk bersihkan diri dan bersiap untuk LDK pada sebelah petangnya. Tobat penat weh. Ye lah. Guna banyak energy untuk dayung dan berenang.Naik ke darat pun jadi lembik semacam.Huhuhu. After naik darat, mandi semua, baru nampak muka masing masing burn. Huhuhu.Aku pun tak terkecuali. Pakai sunblock pun tak jalan.

 Mujur la LDK buat dalam dewan.Ada aircond. Sejuk la sikit.Dengan ahli group F.

Kebanyakkan sesi LDK, kami kena buat ujian. Inventori diri, kecenderungan kerjaya dan macam macam lagi la. Tapi ada jugak la selit hiburan sikit. Kaunselor ajar lagu "Konji Konji". Hahaha. Tak tau la korang pernah dengar tak lagu tu. Tapi dia cakap lagu tu originate dari Jepun.Siap buat action lagi. So cute.

Habis LDK, free activity. Dek penat ber water activity pada paginya, ginilah jadinya. Bergelimpangan mayat hidup dalam dewan. Hehehe.Kebanyakkan yang jadi mayat hidup si lelaki lah. Yang perempuan sopan santun. Tidur pun dalam posisi duduk. Hahaha.

Lewat petang sikit, setiap kumpulan kena main satu permainan tradisional. Aku rasa kumpulan aku paling lame sekali. Hahaha. Main game entah apa apa. Ibu musang dan anak ayam. Boooriiiing. Lepas tu join kumpulan mana entah main tuju kasut. Fun la sikit.

Kitorang ikut turn untuk memasak. Kebetulan petang tu, geng lelaki yang masak. Apa lagi. Skodeng dorang kat dapur la.Gamat. Satu stesen sampai 4 5 orang. Potong sayur je pun. =P

 Pemotong tembikai. 

In the process of making chicken curry. Ko tengok....Satu belanga berapa orang yang handle? Hahaha.

Apa pun, result dari geng rewang lelaki memang terbaik. Kari ayam sedap. Sedap tahap masak kat kem la. Hang nak sedap macam kat restoran 5 bintang tak dapek la kan. Pergi BIG ni, memang langsung tak jaga makan. Sumbat je apa yang faci jamu. Siang nasik, tengahari nasik, petang nasik. Supper lagi. Say good bye je lah terhadap diet. Tak makan kang, takut lapar. Tak ada energy nak buat aktiviti. So, sumbat je lah. Haha.

Friday, November 23, 2012

Bina Insan Guru: Berakit

Lepas water confident, moh le kita berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian nye pun. Hoho. Selepas water confident, tibalah masa yang dinanti nantikan oleh kami semua. Acara membuat rakit sendiri. Malam sebelum tu, kami dah pakat dalam kumpulan.Come up with design rakit macam mana yang kami nak. Kami hanya diberi tiga batang buluh dan 6 pelampung. So, terpulang kepada kreativiti masing masing macam mana nak bagi rakit tu stabil.

Dah macam teletubbies dah sorang sorang.Omey angat!


This is my first time inventing our own raft. So kinda excited. At the same time nervous sebab after siap, kami akan berlawan dayung siapa dapat sampai ke finish line dulu. Sebelum start buat rakit, aku apply la sunblock. Punya gelojoh sapu sampai termasuk dalam mata. Pedih yang amat. Tuhan saja yang tahu. Huhuhu. Sambil buat rakit, sambil menangis. Hahaha.Epic! Kami diberi masa tak sampai 30 minit pun untuk siapkan rakit. 


So, bayangkan je lah macam mana huru haranya keadaan. Dengan tak ada experience nya, dengan panasnya, dengan tali tak cukup panjang. Memang terpaksa go nature that time. Capai je benda apa yang nampak kat pantai tu. Amik batang pokok yang dah mati sebagai extra support untuk rakit. Rasa macam survivor sangat you'olls. Sambil buat tu, jeling jeling jugak la group lain punya rakit. Macam macam design ada. Bentuk triangle ada, bentuk square ada.

 Untuk cabaran kali ni, kami di regroup. Laki dan perempuan asing.Senang sikit nak bekerjasama. Nak belaga bontot pun tak segan. Ye dak?

We came out second. Bangga dengan team I. Kalah tipis dengan group lelaki. Tipis sangat. Rasa nak tercabut tangan mendayung. Terima kasih la kepada captain I, Lily sebab berkobar kobar bagi arahan. Right! Left! Stop! Haa..Macam macam lagi la command yang keluar. Aku berapa kali tergelongsor dari lubang rakit. Tenggelam separuh dalam air. Hilang sense of balance. Mujurlah teammate sempat sambut sebelum tenggelam sepenuhnya. Time ni la paling banyak terdedah kepada sinaran matahari. Member pakai handsock stripey black and white. Bila buka handsock, tangan dia berbelang. Kesian gila. Mujur la I pakai handsock hitam. Legam semuanya. Hahaha.

 Sesi undo rakit. Time nak undo kejap je. Nak buatnya, punya lama!

Lepas selesai semua, sesi refleksi diri pulak. Memang jadi final year student ni, buat apa pun mesti kena ada refleksi. Pung pang pung pang reflect, baru cool down. Dahsyat ooo cool down session kitorang. Tak pernah pernah seumur hidup aku cool down macam ni. 

 Macam sembah apa dah sekali tengok T_T

 Ni pulak? Macam dugong terdampar.

A new experience has been created. More to come.

Thursday, November 22, 2012

Bina Insan Guru : Water confident


Mari sambung cerita BIG. On the second day, kitorang buat water activity. This is the most awaiting activity for all of us. Tahan je diri tengok laut yang terdampar luas. Akhirnya, sudah tiba masa untuk merendamkan diri di dalam lautan masin.Hahaha. Sebelum tu, haruslah apply sunblock 2 inci kat muka dulu. Pakai baju dan seluar yang ringan. Seluar, make sure ada getah yang boleh ikat. Dikhuatiri akan terlondeh dalam laut nanti kalau pakai seluar yang loose.Untuk gegirl pulak, pakai la baju yang berwarna gelap. Faham faham sendiri la ye sebab apa.

Lepas tu kami pakai buoyancy aid pulak. Dr Fauziah cakap ni bukan life jacket tapi B.A. Singkatan untuk buoyancy aid. Penting ye anak anak sekalian untuk pakai B.A ni. Tambah tambah untuk yang tak reti berenang macam ahkak ni. T_T Sebelum kami dilepaskan untuk water activity, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk water confident. Kumpulan yang confident berenang, yang 50-50, dan yang tak confident langsung. Ahkak masuk dalam kumpulan yang tak confident ler. Memang ada masalah sikit bab swimming ni. Trauma dah lepas kes hampir lemas kat Lata Bayu past few years. Huhuhu.

Tak rasa down langsung bila kena masuk group tak reti berenang. Malahan, happy berlipat kali ganda. Peace!

Beratur untuk mendengar taklimat dari Dr Fauziah.

Untuk water confident activity, setiap group dapat sorang faci. Untuk group aku, Dr Fauziah yang ajar. Many thanks to her sebab dia la aku berani jugak pergi tengah laut. Dengan B.A la. Gila tak pakai B.A. Ada yang jadi arwah kang.Itu pun bila kaki tak cecah dasar, rasa cuak sangat sangat. Perasaan nervous tu tetap ada even kita pakai B.A. Tuhan saja yang tau perasaan aku time tu. Bila Dr Fauziah instruct pergi ke tengah laut lagi, dalam hati "Biar betul Dr ni! " Dari sesi water confident ni, aku dapat la ilmu baru. Macam mana nak   rileks dalam air, macam mana nak tolak badan ke tengah laut dan macam macam lagi. Terima kasih Dr. Fauziah!

Dalam duk syok syok berenang, sekali terasa tangan aku ni kena cucuk something. After few secs, terasa pedih yang amat sangat. Ditambah pulak dengan air laut yang masin, lagi la terasa sakit. Memang tak mampu nak buat apa time tu. After aku kena, dengar pulak Tina menjerit. Dia duduk beberapa meter je dari aku. Hah. Sah la kena gigit dengan jellyfish. Terus aku berenang ke tepi pantai. Mengadu kat Dr. Hahaha. Terasa macam budak kecik pulak mengadu ngadu ni. Dr suruh lumur dengan pasir. Bagi reda sikit rasa pedih tu. Dah tak pasai pasai jadi perhatian satu cohort. Mulanya tak nampak sangat bekas kena gigit tu. After few weeks, ini lah hasilnya.

Two spots. Kalau dikira kira, hampir sebulan dah pergi BIG. Doc cakap parut ni lambat sikit nak hilang.Ada la dia kasi krim untuk sapu.Nyut nyut pedih bila apply krim tu. Sabar je lah.Huhuhu.

When you are stung by jellyfish, there are few immediate things that you can do to heal the pain.
1) apply sand to it. DONE
2) apply lime and soy sauce. DONE
3) ask somebody to pee and apply it to the affected area. TAK BERANI BUAT

if it gets worst......Seek for doctor's help! DONE

Monday, November 19, 2012

Bina Insan Guru : Part 1

Mai tengok pengalaman I ber B.I.G bersama teman di Pulau Pangkor. BIG stands for Bina Insan Guru. Benda ni wajib untuk semua pelajar IPG. Kalau tak attend, tak boleh graduate. Untuk bertolak dari maktab, kami diwajibkan pakai track top dan topi maktab. Mano nak cariiiiii. Berkurun dah tak pakai benda alah tu. Aku dah buang kot topi maktab tu. Ended up I pinjam dari junior.Nasib baik junior baik hati. Hehehe.

Sebelum bertolak, kami dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu A,B,C,D,E dan F. Aku kumpulan F. Untuk BIG, tutor tak panggil nama tapi panggil kod rahsia.Ecewah. Rahsia la sangat. Contoh, macam aku no.4 dalam kumpulan F. So, my name is F4. Kelas gitu. F4. Kau ado? Bagi tag sebesaq alam.Ha.Belasah la. Mai BIG ni jangan harap la nak melawa. Tak ada masa okay. Time ni la semua orang jadi budak budak balik. Dengan baju sukan gelebeh sorang sorang, sooooo zaman foundation you'olls.


Perjalanan dari maktab ke Lumut mengambil masa 4 jam.Sepanjang perjalanan, aku tidur sebab telan ubat mabuk. Sedaq sedaq dah sampai Lumut. I'm so in love with travel sickness medicine.Hahaha. Tak elok sebenarnya tapi aku makan untuk precaution.Kang ada yang muntah monggek kat situ, naya ja.


Sampai, set up khemah. It's been ages since I last set up tent. Mujur la ada Kema. Dia kuat bercamping kat Welly dulu. So, memang pakar la bab memasang khemah ni. The weather is so nice. Tapi tetap pakai sunblock. Takut burn. Hahaha. Satu khemah 5 orang. Khemah pulak tak ada la besaq sangat. Dah khemah kitorang semuanya badan panjang. Yang kemetot si Kema dan Jaleha ja. Memang time nak tidur set rules dah.No golek golek. Tidur statik.


Malamnya, kitorang ada LDK. Makanan pulak, masak sendiri. Bergilir. Baru adil. Best ooo makan malam bertemankan angin pantai.Sejuk je. BIG ni bagus sebab dia pupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan. Bagus sebab dia campurkan kita dengan kawan yang kita tak berapa rapat dalam satu kumpulan. So, boleh kenal dengan lebih dekat. Makan sekali, exercise pun sekali.Semua la sekali. Cuma time mandi dan tidur je tak sekali. Hohoho.Walaupun 5 tahun dah bersama, percayalah, tak semua aku kenal dengan begitu rapatnya.Oh ye.Tag tu memang kena pakai setiap masa. Tu la pasal kalau korang tengok kat setiap gambar, mesti tergantung tag tu. Kalau hilang, siap la kena marah dengan tutor.Huhuhu.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger