Ohoiiii. Tuan blog cuti, blog pun nak cuti jugak. Hahaha. Rasa macam tak ada benda nak cerita sangat.Pasai tu duk senyap ja blog ni. Hari ni ada modal nak bercerita.Maka, berupdate la blog ni. Cerita kahwin. Bab kahwin laju je kan. Al maklumlah musim cuti sekolah. Semua berlumba nak kahwin.
Last week, before konvo, aku pergi kenduri Wanie kat Sepang. Sesat jugak la nak mencari rumah dia ni pasal kawasan perumahan baru di celah celah kampung. Rumah atas bukit.Nak sampai rumah dia, naik Cameron punya jalan pun kalah. Nala punya tinggi. Mujuq auto. Kalau manual, I rasa dah "gostan" balik dah. Hehehe. Seronok dapat jumpa balik cohortmates.Setelah sekian lama terpisah, ecewah. Selamat pengantin baru Wanie dan Affan. Cepat cepat produce baby ea.Hehehe.
Hari ni, attend kenduri ex schoolmate kat Sungai Petani pulak. Aku ni kalau area2 utagha ni, boleh gagah nak pi. Tapi kalau sampai ke Johor tu, berat sikit la nak sampai. Huhuhu. Mampu ucap tahniah dari jauh saja la.So, kawan kawan hat duk area jauh tu, jangan kecik ati noh. Lepak dekat sejam. Lepas tu ajak Ped pi Amanjaya Mall. Pekena Chatime. Amanjaya sangat sesak. Mungkin sebab weekend kot. Parking pun susah nak cari. Pukul 6 baru sampai rumah. Pi kenduri sungguh anak dara ni!
Itu sajalah cerita kali ni. More wedding ceremonies to attend next week!
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Saturday, June 1, 2013
Walimah sana sini
Friday, April 12, 2013
Senior's wed
Cerita dah basi tapi baru hari ni nak story.Last Saturday, pergi makan kenduri kahwin senior time study kat Langkawi dulu. Actually, tak dapat direct invitation dari pengantin pun, dia just panjangkan invi ke Pikah. Segan jugak nak pergi tapi memikirkan nak jumpa jugak member lama, tebalkan muka pergi jugak la. Dah sampai sana, Pikah la lead the way pasal dia yang rapat dengan pengantin. Kami ni sondoi belakang Pikah je la. Kenduri buat kat Darulaman Golf and Country Club. First time evah I jejak kaki dalam tempat tu. Not bad. Dewan pun cosy. Pelamin sangatlah cantik you'olls.
Sampai awal. Pengantin tak sampai lagi. Duduk kat meja makan dekat sejam.Satu balang cuq penegham habis kami sapu.Hikhikhik. Sedap ooo cuq penegham. Dari kiri, Liza, Japirah, Pikah dan Mai. Ada iras iras dak muka aku dengan Mai? Dulu kat maktab, ramai kata muka kami serupa.Macam kembaq.
Inilah pengantin. Selamat pengantin baru Kak Azda dan Abg Fahmi. Depa ni bercinta dari zaman sekolah lagi. Kuat sungguh jodoh depa =)
Us with the newly wed. Suka la pelamin simple macam ni.Aku dah nampak taste aku tang mana. Suka garden style. Ecewah.
Masih single but not available. Hahahahahahahahaha!
Dah.Tu je nak cerita kali ni. I miss you too =P
Monday, March 25, 2013
Wedding in Pendang.
Semalam pergi makan kenduri kat Pendang.Member Langkawi, Miena kahwin. Before this dah pernah pergi Pendang. Attend Anis punya wedding. At first tak janji dengan sesiapa pun. Fikir nak pergi sendiri. Semangat usung sampul kad. Bila dah dekat nak sampai Pendang, baru check sampul tu. Rasa macam nak hempuk kepala sendiri kat dinding. Bawa mai sampul ja. Kad dalam tu tak ada. Eeee...Rasa macam orang bodoh ja time tu. Mula la nak salahkan diri sendiri. Kenapa tak check dulu sampul tu sebelum bertolak tadi? Dah satu hal nak mencari rumah pengantin.
Tiba tiba Usher message tanya gerak dengan siapa.Alang alang dia pun tak gerak lagi, ajak konvoi sekali la dengan harapan dia tahu jalan ke rumah Miena. Hampeh. Dia pun tak tahu. Duk pusing dalam pekan Pendang tu dalam 15 minit. Mujur la aku ingat sikit sikit landmark nak ke rumah Miena. Lepas tanya orang kat situ, akhirnya kami sampai. Dah dekat pukul 3.30 baru sampai. Huhuhu. Lapaq teruk.Tuju makanan dulu before jumpa pengantin.
Miena ni kawan aku time kat MRSM Langkawi dulu. Memang tak sangka dia akan naik pelamin dulu pasai dia ni rock. Style tak da nak control control ayu. Even time kenduri hari tu pun dia tak cover langsung. Sempoi habis!
Bukan selalu letak gambaq selca ni. Hahaha.
Miena ni kawan aku time kat MRSM Langkawi dulu. Memang tak sangka dia akan naik pelamin dulu pasai dia ni rock. Style tak da nak control control ayu. Even time kenduri hari tu pun dia tak cover langsung. Sempoi habis!
Pengantin amik gambar tetamu guna polaroid seh. Kau hado? Memula ingatkan gambar ni untuk bagi kat tetamu. Rupanya pengantin nak buat kenangan. Cis. Baru ingat nak bawa balik gambar sendiri. Kualiti gambar cantik untuk instant picture. Satu keping tu RM 2 weh. Padan la dengan camera pun. Angan angan nak beli suatu hari nanti. Ecewah. Makin banyak pulak wish list tahun ni.
Reunited. Ex Maresmawian batch 02. Koi besaq, koi lawa aih.Lepas ni siapa pulak? Haa..Tu yang kita tak tahu tu.
Selamat pengantin baru kepada Miena dan pasangan.May you have a blessed marriage and lots of kids. Yang penting, sempoi! Hehehe.
p/s: Bila selalu pindah sekolah, friend circle semakin berkembang. Semakin banyaklah wedding invitation yang diterima. Syok oooo! =)
Wednesday, November 28, 2012
Walimah Kak Yon
Ahad hari tu, aku attend walimah Kak Yon kat Taman Sultan Badlishah. FYI, aku ni nama ja duduk kat Alor Setar, tapi bab nama jalan kat sini langsung tak amik tahu. Jalan Putra pun baru discover hari tu. I think my brain is good at visualising buildings than memorising road's name. Sekarang kan wed invi dah tak macam dulu. Pakai main invite kat FB ja. Belagak tak nak minta kad kat Kak Yon. Alah, tera kawasan Aloq Setaq ja pun. Boleh cari aih. Kononnya la kan.Makanya, pergi wed Kak Yon hanya berpandukan GPS kat phone.GPS pun bengong. Berapa kali sesat area Jalan Pegawai tu. Dalam phone cakap belok kanan, padahal arah rumah pengantin belok kiri. Memang berasap la aku. Dah la dengan perut lapar. Kira nak mengamuk ja la. Tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa juga rumah pengantin. Itu pun mujur nampak perkataan Pasaraya Taman Sultan Badlishah punya besaq depan mata. Kalau tak, memusing la mencari rumah pengantin.
Sampai pun dah dekat pukul 4 petang dah. Tetamu pun ramai dah balik. Serbu makanan dulu, baru jumpa pengantin.
Sampai pun dah dekat pukul 4 petang dah. Tetamu pun ramai dah balik. Serbu makanan dulu, baru jumpa pengantin.
Kak Yon ni adalah senior aku kat Langkawi, Kulim dan Sungai Petani. Kebetulan kami belajar di tempat yang sama dari high school sampai la ke maktab pun nak sekali jugak. Cantik kan dia? Trend pakai tudung bawal pulak sekarang ni ye.
Selamat Pengantin Baru Kak Yon dan Uzair. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit dan generasi seterusnya.Cepat cepat la buat anak. Tak sabar saya nak jadi auntie. Hehehe.
So far, kebanyakkan pengantin memilih warna ungu sebagai warna tema perkahwinan mereka. Sini ungu, sana ungu, semuanya nak ungu la. Tahun ni memang tahun ungu kot.
Labels:
kahwin,
kenduri kahwin,
MRSM PDRM
Saturday, November 24, 2012
Walimah Khai
Elok sampai, pengantin pun tengah sedap menjamu selera. Tengok Khai dari jauh je la dulu. Amboi. Berseri seri muka. Renyih tak sangga orang utagha cakap.Hehehe. Bahagia sangat tengok dorang. Aku tak stay lama pun. After makan, ambil gambar dengan Khai, lepas tu terus shoot balik Aloq Setaq. Sebab parents Adawiah nak pergi airport. Sambut sedara balik haji.
Dengan dua pengantin baru.Tak sabor nak tunggu babies dari mereka berdua. Adawiah junior and Khai junior.Ewah.Sempat la jugak minta tips dari dorang. Banyak benda I dapat. Aum! Hahaha.
Sempat la mengusik Khai. "Khai, cam na?" "Aku period" Hahaha. Lawok! Jangan marah noh Khai.
Sunday, November 18, 2012
Congratulations Khai!
Semalam, sorang lagi member darlings, Khai selamat menikah. So sad tak dapat join majlis dia. Ada masalah transport sikit. Last minute terpaksa cancel. Huhuhu. So happy for you dear. Selamat bercinta lepas nikah! Hehehe. Khai jumpa husband dia time praktikum. Tak lama lepas tu, terus decide nak bertunang dan kahwin. Laju kan? Benda elok tak perlu nak tunggu lama lama.Kalau dah mampu, molek dipercepatkan.Ye tak? =)
Gambar kahwin tak ada.Tengah tunggu tuan badan upload.Anyway, tahniah Khai dan pasangan! May you have a blessed marriage till jannah, insya-Allah. Layankan je lah gambar celebrate Khai as bride to be kat Secret Recipe. Ala ala Bachelorette party versi jimat duit. Hehehe.
Mango kek for Khai. Dia tak suka makan kek sangat, that's why beli sepotong je. Share ramai ramai.
Khai, bride to be. That time la. Sekarang, bride already =P
Two down. 5 more to go. Next, Jaleha.
Friday, November 16, 2012
Walimah Adawiah dan Arif
Alhamdulillah. Selamat sudah seorang member darlings. Jutaan tahniah diucapkan kepada Adawiah dan pasangan, Arif kerana sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Can't stop smiling looking at them. They both look very sweet and stunning. Pasangan secocok gitu. Waktu akad nikah, aku pulak yang touching lebih. Tambah touching bila dengar suara ayah Adawiah bergetar tahan sebak. First daughter yang diwalikan. Tahan je air mata dari tumpah. Tak sangka Adawiah dah kahwin. Huhuhu.
To Adawiah dan Arif, semoga kalian berbahagia selalu dan sentiasa ceria dalam melayari alam berumah tangga. Ecewah. Nak nasihat lebih lebih pun tuan tanah tak ada experience.Hohohoho.
Arif tengah pakaikan rantai emas. Tak bagi cincin.
Their first touch =')
Dorang nikah awal pagi. Pukul 9. Kitorang bertolak dari Alor Setar pukul 8.15. Habis tekan minyak kat highway takut terlepas saat akad nikah. Mujur sempat sampai pada waktunya. Huhuhu. Ini first time aku attend akad nikah kawan sendiri.So, feeling dia lain macam sikit. Hehehe.
Friday, September 14, 2012
Wedding
Kalau bercerita bab kahwin ni, kadang kadang sentap jugak. Ye lah. Asal attend majlis kahwin orang, telinga ni mesti tak lepas dari dengar "Ang bila pulak?" Belum ada rezeki lagi. Sekarang ni hanya mampu attend majlis orang lain dulu ja.Anyway, aku tumpang happy bila dapat tahu kawan sendiri dah bina masjid. Memang tak sangka depa akan langsung secepat ni. Tuhan tu sebaik baik perancang. Kalau Dia nak jadi, maka jadi lah. =) Actually majlis kahwin kawan aku ni dah lama berlangsung. Time cuti merdeka hari tu.Baru sekarang nak update. Hahaha.
Ni pulak Anis. Kebetulan kahwin hari yang sama dengan Aman. Dia ni kawan masa aku kat Langkawi dulu. Majlis buat kat Pendang. Dia ni yang paling tak sangka kahwin awal. Tu la orang kata. Tuhan sebaik baik perancang =) Pasai dulu kat sekolah, dia ni boleh tahan ganas. Tak girlish sangat la kata orang. Duk ingatkan hilang dah la kasaq dia tu time kahwin.Rupanya duk sama jugak. Style sempoi habis. Duk mengomel bulu mata pelesu berat. Nak buka mata pun tak larat. T_T Hahaha. Anis...Anis..Congratulations!
Suka datang kenduri kawan lama sebab dapat jumpa balik long lost friend. Semua ni kawan seperjuangan sewaktu lower form dulu. Sayangnya tak boleh nak stay lama sebab nak rush pi wedding Aman pulak.
Esoknya, pergi wedding cousin pulak kat Jitra. Haa...Memang cuti merdeka hari tu tak keluar sesen pun la untuk makan pasai makan lauk kenduri.Hehehe.
More to come end of this year! Tak sabarnyeeeewwww =P
Labels:
kahwin,
kenduri kahwin
Sunday, May 20, 2012
Syuk's wedding
Two days before final exam, I managed to attend my former schoolmate's wedding in Kulim. I was really looking forward to go to her wedding since it's been almost 6 years we did not meet each other. Kalau pergi, insya-Allah boleh jumpa dengan other schoolmates as well. Lagi pun dah dekat sangat SP dengan Kulim. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, around 11 pagi As message ajak join sebab ada satu lagi seat kosong. Haa..tunggu lagi. Moh le kiteee...
Sebelum tu, kita cari hadiah la dulu noh. Wah. Excited ok. Kalau dulu pergi kenduri kahwin dengan tok, tangan kosong ja. Sekarang ni, wedding kawan rasa kekok pulak tak bawa hadiah. Cari punya cari, kami beli periuk nasi 1litre. Kasi balut sekali. Akak ni pun dapat bajet dah kami nak bagi hadiah kahwin pasal masuk shopping complex melawa bukan main dengan heels masing masing. =P
Jauh jugak SP ke Kulim. Lalu pulak jalan kampung. Selepas hampir 1 jam, sampai jugak kami ke Dewan Bandaran Kulim. Pengantin duk berpeleseran kat luar dewan.Dari jauh dah nampak mahkota dia. Amboi Syuk. Kalah permaisuri agong punya mahkota =P Salam peluk cium semua, masuk la dalam dewan. Perut pun dah lapar. I was mesmerized by the decoration. The hallway, pelamin, meja makan pengantin, meja potong kek, semua la cantik. Lalu hati kecilku berkata, mesti mahal kos pelamin ni.
Apa pun, kita makan dulu noh. Nanti riki riki lain pasal pelamin. Kitorang sumbat satu meja tu sampai 12 orang. Punya la nak get together dengan geng sekolah. Makanan sedap tapi aku tak mampu nak sumbat banyak pasal sebelum pergi dah balun seround kat cafe. Tak sangka dapat jumpa seramai ni. Bajet tak ramai yang pergi sebab time sekarang ni semua busy dengan exam. Masing masing dah grad. Ada yang lagi setahun nak habis. So, aku tak rasa left out sangat la. I'm in the middle.Hehehe.
Bersama pengantin dua sejoli. Syuk dan pasangan. Syuk ni dulu satu team 4x100 m dengan aku. Time dulu la. Sekarang ana sudah pancit. Sudah berat laarr.Aku pergi ucap tahniah dekat dia, cakap Mila kirim salam. Dia tanya Mila mana. Aku cakap Mila team 4x100m jugak la. Terus dia flashback balik masa kitorang ada event olahraga kat Stadium Darul Aman di mana aku tak dapat nak lari pasal terlupa nak bawa IC.Makanya aku tak layak bertanding. Cissss...
Jauh jugak SP ke Kulim. Lalu pulak jalan kampung. Selepas hampir 1 jam, sampai jugak kami ke Dewan Bandaran Kulim. Pengantin duk berpeleseran kat luar dewan.Dari jauh dah nampak mahkota dia. Amboi Syuk. Kalah permaisuri agong punya mahkota =P Salam peluk cium semua, masuk la dalam dewan. Perut pun dah lapar. I was mesmerized by the decoration. The hallway, pelamin, meja makan pengantin, meja potong kek, semua la cantik. Lalu hati kecilku berkata, mesti mahal kos pelamin ni.
Apa pun, kita makan dulu noh. Nanti riki riki lain pasal pelamin. Kitorang sumbat satu meja tu sampai 12 orang. Punya la nak get together dengan geng sekolah. Makanan sedap tapi aku tak mampu nak sumbat banyak pasal sebelum pergi dah balun seround kat cafe. Tak sangka dapat jumpa seramai ni. Bajet tak ramai yang pergi sebab time sekarang ni semua busy dengan exam. Masing masing dah grad. Ada yang lagi setahun nak habis. So, aku tak rasa left out sangat la. I'm in the middle.Hehehe.
Bersama pengantin dua sejoli. Syuk dan pasangan. Syuk ni dulu satu team 4x100 m dengan aku. Time dulu la. Sekarang ana sudah pancit. Sudah berat laarr.Aku pergi ucap tahniah dekat dia, cakap Mila kirim salam. Dia tanya Mila mana. Aku cakap Mila team 4x100m jugak la. Terus dia flashback balik masa kitorang ada event olahraga kat Stadium Darul Aman di mana aku tak dapat nak lari pasal terlupa nak bawa IC.Makanya aku tak layak bertanding. Cissss...
Favourite sekarang ni edit gambar kasi effect potong. Yang penting, muka aku selamat dari dipotong.Muahaha.
Ini haa tempat potong kek. Menarik kan? Cantik sangat. Memang menepati wedding dream aku. Suka sangat sangat.
Pelamin yang tersergam indah. Cantik cantik cantik! I like it very much. Sekarang ni memang trend kot naa bunga tompok tompok besar ni. Kena gaya, cantik la.
Boleh dikatakan wedding Syuk ni meriah la sebab orang tak henti henti datang. Time kitorang sampai sampailah nak balik pun, orang still ramai lagi. Makanan pulak tak pernah tak ada. Alhamdulillah. Murah rezeki family Syuk ni. Kita kalau nak jamu orang, jangan kedekut. Tapi janganlah sampai membazir pulak ye. Budak budak kecik yang datang, dapat belon angry bird sorang satu. Ok. Yang tu aku jealous sebab aku pun tiba tiba boleh terminat pulak dengan belon tu. Rasa tak aci pulak dorang ja yang dapat.Hahaha.
Selamat Pengantin Baru, Syuk! Who's next?
Labels:
friends,
kahwin,
kenduri kahwin,
MRSM PDRM
Tuesday, May 15, 2012
Wedding at Taiping : Final Part
Disebabkan saya ada banyak masa terluang, cewah...haruslah update lagi blog ni. Hohoho. Ini sambungan entry wedding kat Taiping. This is the final part. The reception day. The day I turn into somebody else. Caution.This entry contains loads of pictures that will make you go uuuu and aaaa.
Bertindak sebagai tukang bagi door gift pada hari kejadian. Kemudian bergegas menjadi pengiring pengantin untuk masuk ke dalam dewan. Wah.Sangat busy you'olls. Door gift ada dua jenis. Satu VIP satu yang biasa. Setiap kali nak bagi kat guest, kena tengok muka mak Wan dulu. Kalau dia bagi cue VIP, haa..baru bagi yang beg kelabu. Kalau dia tak buat muka, maksudnya yang biasa je lah.
That's the slowest walk I ever had in my life.Walkaway nak ke atas pelamin tak ada la jauh sangat dari main door. Kak Wan pilih lagu "Sedetik Lebih" sebagai background music untuk iring dia jalan.Bayangkanlah, lagu tu dekat 3 minit lebih. Kak Wan awal awal dah pesan jalan se slow mungkin. Sebab nak on the dot habis lagu tu dia dah sampai atas pelamin. Seksa habaq hang. Terkumut kumut jalan. Tak pernah aku jalan setapak demi setapak. Ini dah kalah Matrix tau dak.Oh. Hand bouquet kami buat sendiri (excluding me). Aku memang tak berseni benda benda kraftangan ni. Fail. Tapi lagu "Sedetik Lebih" sangat sesuai la untuk majlis kahwin macam ni. Syahdu dan menusuk kalbu. Sob sob. Terkesan di jiwa la senang cakap.
Antara teman seperjuangan yang hadir. Depa ni awai awai lagi dah sampai. Tunggu sampai pengantin makan beradab baru balik. So sweet la you'olls.
Katty jadi MC bersama pak cik DJ. Haa..Jangan tak tahu, Katty dapat gelaran pengacara Nona hari tu. Siap menyanyi lagi. Hebat mung ni.
After orang dah makin kurang, baru la kami dapat peluang nak makan.Itu pun lauk dah tinggal ciput je. Cukup la nak alas perut masing masing.Yang penting, puas hati dapat tolong family Wan.
Memang aku rajin mengedit malam ni. Habis semua gambar aku nak potong potong kan T_T
Time ni semua dah bersurai dah . Tinggal kitorang ja kat dalam dewan. Harus la camwhore dengan pengantin. Pengantin dah tak larat nak posing atas pelamin, kitorang rampas takhta.Muahaha.
Oh.Lupa nak bagitau. Tema wedding Kak Wan kuning dan oren.That's why la baju kami caca merba. Ada kuning, ada oren. Hohoho.
Diakhiri dengan gambar pengantin yang sangat sweet.Amboi Rudy. Tak menyabar nampak. =P
-THE END-
-THE END-
Tuesday, May 8, 2012
Wedding at Taiping part II
Sambungan previous entry. Akad nikah hari Jumaat.Pagi akad nikah tu, kitorang still duk siapkan door gift. Tiba tiba elektrik tak ada. Masak la kitorang kepanasan. Dah la angin langsung tak ada.Huhu. Tengahari sikit, semua siap siap untuk ke rumah Wan. Akad nikah time. Serbu masuk bilik pengantin dulu. Aku suka masuk bilik pengantin ni sebab sejuk dan wangi. Hahaha. Sambil sambil tu, boleh tengok hantaran ye dak?
Who's next? God knows better.
Hantaran kedua dua belah pihak sangat cantik. Kak Wan yang colour biru putih tu, yang lelaki colour gold.
Rombongan lelaki dah sampai. Time ni aku duk sibuk kat luar. Susun makanan.Tiba tiba jadi AJK makanan. Haa..Gasak la.Tenaga kerja tak ramai. So, tolonglah apa yang patut. Baju kurung aku tak memberi kerjasama langsung. Kain terbelah, so bila jalan, terpaksa sopan santun. Kang ganas ganas, nampak habis semua.Malu laaaa.
Ecewah. Syok la tu Rudy. Oh. Rudy tu husband Kak Wan. Time akad, tok kadi silap sebut hantaran.Selalunya pengantin lelaki yang silap sebut kan, ini tak. Tok kadi pulak yang fail. Bukan sekali, tapi 3 kali weh. Lawak pulak bila fikir balik. Tok kadi silap sebut jumlah hantaran. Moral of the story, janganlah letak wang hantaran dengan nombor yang pelik pelik sangat, kang berbelit lidah tok kadi nak sebut. Respect la dengan Rudy pasal dia ceria gila time akad. Sesetengah pengantin tu muka serius je kan. Sebab hafal lafaz akad kan. Tapi Rudy ni awesome. Langsung tak nampak gugup. Syabas betti!
Kiss! kiss! kiss! =P
Le familia
Le pengantin and gorgeous babe.Hewhewhew. Yang baju kuning tu la yang make-up kan aku untuk majlis resepsi. Kak Faten namanya. Dah kahwin tapi badan, macam anak dara.
Le darlings. Sekali lagi amik berkat. Fuh fuh.
Tengok la siapa paling pulun. Ahkak jugaaaak T_T
Seronok pulak attend majlis kahwin. Kawan kawan, sila kahwin cepat. Tak sabar nak rempuh wedding korang.Hehehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























