Online users

Follower

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Sharing is caring

Holla. It's been a while since my last entry. Nak share sikit la beberapa potong ayat dari tafsir yang aku rasakan berguna untuk kita semua.

Harta apa saja yang kamu infakkan,hendaklan diperuntukkan bagi kedua orang tua,kerabat,anak yatim,orang miskin dan orang dalam perjalanan.Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan,maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (Al Baqarah:215)

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji.Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui (Al Baqarah:261)

Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti.Allah Maha Kaya dan Maha Penyantun (Al Baqarah:263)

Wahai orang orang yang beriman,janganlah kamu merosak sedekahmu dengan menyebut nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima seperti orang yang menginfakkan hartanya  kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.Perumpamaan ini seperti batu yang licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi.Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan.Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang kafir (Al Baqarah: 264)

Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya (Al Baqarah:286)

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari ja lagi nak puasa. Korang dah bayar zakat fitrah ke? Aku belum lagi. Tok cakap, aku dah boleh bayar sendiri sebab dah besaq.Jadi blur sebab tak pernah bayar sebelum ni. Riki macam macam kat tok. Macam mana nak bayar dan sebagainya. Tok cakap, "Hang pi ja kat masjid.Nanti ada orang tunggu, hulur duit, siap. Kalau tak kat masjid pun, tak pa." Huhuhu.Nervous.First time nak bayar zakat fitrah ni.

Bayar zakat fitrah = masjid. Padahal sekarang kemudahan nak bayar zakat fitrah dah makin banyak.Siap ada drive thru lagi! 


Monday, May 21, 2012

Kelebihan bulan Rejab

Salam. Just nak share kelebihan bulan Rejab. Aku pun tak sedar dah masuk bulan Rejab, Tengok kawan update status kat FB, baru sedar. Semakin menghampiri bulan Ramadhan. Ganti puasa tak habis lagi. Moh le kita berpuasa di bulan Rejab ni. Banyak kelebihannya. Antaranya :


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.
So, tunggu apa lagi? Marilah rebut peluang pahala berlipat ganda ni. Ikutkan sekarang ni, aku dah full moon tapi tak pun. Nak puasa sementara boleh.Kang dah full moon kang, susah.Hehehe.

Wednesday, May 11, 2011

I love Islam.

Memang susah nak explain kalau mai bab macam ni.

Cookie : Are you a Muslim?
Aku : Yes, I am.
Cookie : Do you Muslim have to wear skirts all the time? Can you wear pants?
Aku : Yes, we can wear pants as long as we cover our legs.
Cookie : Oh.

Aku rasa dia dah terbiasa dengan imej minah Arab yang selalu berkain dan berjubah. Memang jarang nampak minah Arab kat sini pakai seluar. Apatah lagi jeans macam budak Malaysia pakai.That's why dia generate concept Muslim macam tu kot. Kebetulan pula aku pakai skirt waktu dia tanya tu.Innocent gila la Cookie ni.

Cookie : How long is your hair?
Aku : Err..____________
Cookie : Oh. Nice. What colour?
Aku : Black.

Noooh.Serba salah nak jawab.Tapi sebab tak nak menghampakan dia, aku jawab je lah.Itu pun muka kelat. Yang pasal colour rambut tu lagi la aku blur nak jawab.Pandai pula kan pi tokok tambah...

Aku :In Islam, we cannot colour our hair. It's a sin for us. But we can dye our hair using one plant that can produce...er... 'bronze' colour. Yeah..bronze colour.
Cookie: Means that you are using natural product?
Aku: Yeah (confident habis)

Nahaaaiii...bila cakap spontan, tendency untuk lupa certain word sangatlah tinggi.Mula la stutter. Mencari cari word yang sesuai.Yang bronze tu pun aku hentam ja.Tak tahu nak identify colour tu.Perang=bronze. Betoi la kot.Hahaha.

Pentingnya belajar ilmu agama so that bila mai time kecemasan macam ni, kita boleh apply ilmu tu.Mungkin nampak macam simple ja tapi once hang dah develop conversation tu, makin lama makin banyak soalan yang keluar, then you know it's not easy to explain it.Asalkan tak bagi ajaran sesat tu kira ok la =)

I love wearing hijab. Jadi weirdo dalam kelas sebab I'm the only one yang pakai tudung. Tak menjadi masalah pun.

Friday, January 21, 2011

Dah jadi tabiat.

Pagi tadi ada orang datang minta sedekah.Seorang lelaki berpakaian baju melayu dan bertongkat.Penampilannya tak ada la selekeh sangat. Aku terkejut bila tengok reaksi Ika dan Bang Cik bila dengar orang tu bagi salam.Dorang terus tutup suis tv dan lari masuk bilik.Nah.Dah terbiasa dengan perangai tok la ni.Aku pun tak faham kenapa tok kedekut sangat nak derma kat orang susah.Aku masuk bilik, ambil seringgit, hulur kat Bang Cik.Suruh dia bagi kat pak cik tu.

Pak cik tu pun berlalu pergi.Sumpah aku tak suka perangai tok yang satu ni.Sampai adik adik aku pun terikut.Tak pasal pasal Ika dan Bang Cik kena tarbiah seround dengan aku.Bagi aku, buatlah baik pada orang lain.Kita pun hidup susah.Tapi tak salah kalau kita menderma sedikit untuk orang yang lebih susah daripada kita.Kalau orang tu berniat jahat sekalipun, itu urusan dia dengan Tuhan.Kalau pak cik tu pura pura tempang dan menyalahgunakan duit tu, lantak la kat dia.Nanti dapat la balasan dari Tuhan.Yang penting niat kena ikhlas.

Hidup ni jangan berkira sangat.Time ni dorang susah.Mana tahu esok lusa turn kita pula yang susah.

Sunday, December 5, 2010

Hukum menderma organ.

Pernah terlintas di hati untuk mendaftarkan nama sebagai penderma organ.Kadang-kadang rasa berani.Kadang-kadang rasa takut pula.Ye lah.Organ kita akan didermakan once kita dah meninggal.Banyak benda nak kena consider sebelum buat keputusan untuk mendaftar.Apa-apapun, aku try rujuk benda ni berdasarkan hukum Islam.Jumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama.Ku copy paste benda ni dari blog Ibnu Ismail.

Menurut Fatwa Majlis Majma Fiqh, hukum mengenai isu berkaitan derma dan pemindahan organ adalah seperti berikut:

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga. Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorang pesakit pesakit lain. Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-

i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilang-upayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya. Hukumnya : HARAM, kiranya didermakan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu. Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia Hukumnya: HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaranyang ditetapkan hasil organnya Hukumnya: HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.


2. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas Hukumnya:

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes tersilap (Khata’)

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-

i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

Moga kita mendapat manfaat dari info ini =)

Monday, September 6, 2010

TV3 Mohon Maaf berkenaan Iklan Raya Santa Clause

Nak ole-ole dari New Zealand? Meh join Raya Sakan Contest.Klik [sini]

Berkaitan iklan raya di TV3 yang ada unsur-unsur Christmas dan Deepavali tu, dorang dah buat permohonan maaf secara terbuka di Buletin Utama. Harapnya lepas ni, pihak media lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang iklan yang ada menyentuh bab agama.Isu sensitif ni.Huhuhu.


Saturday, August 28, 2010

Sebar agama kristian melalui risalah

Pagi ini aku didatangi oleh dua orang Mat Saleh. Sorang lelaki dan seorang perempuan.Nama dia Tasha. Aku ingat muka dia. Dia la orang yang edarkan risalah bible beberapa bulan yang lepas. Time tu, aku tak bajet pun mag yang dia bagi tu ada unsur Christianity.Aku ingat orang mai buat direct selling. Edar risalah gitu-gitu ja. So, aku pun layan je la dia cakap. Boleh tersedar itu risalah bible bila Neda yang tegur.Aku memang tak baca pun.Ambil lepas tu tinggal atas meja.Neda ni rajin sikit membaca artikel ni. Mujur dia baca dan tersedar.

Sedarlah! Bahahaha.Lawak kot bila magazine orang putih ditranslate dalam bahasa Indon.

Tadi dia datang lagi dan edar risalah macam mana nak cope with stress.Fine la.Dia tahu aku dari Malaysia, sanggup cari artikel yang dalam bahasa Melayu. Tapi versi indon punya. Cover memang cope with stress tapi kandungan dalam tu, padat dengan quote dari bible.Samuel, Amsal,Mazmur,Matius,Yehuwa.Antara nama yang keluar dalam risalah ni. Konfirm la kan orang nak sebar agama Kristian. Dia siap bagi tazkirah pendek lagi kat aku sambil buka bible dan baca petikan ayat dalam tu. Disebabkan kesian, aku angguk-angguk je time dia cakap.Konon pay attention.Padahal...

Agak-agak kalau aku direct cakap yang aku ni Muslim, apa reaction dia ek?

Wednesday, August 25, 2010

Isu video 24 jam dosa di FB.

"Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat"

Bosan dengan sikap sesetengah manusia yang cepat melatah.Pantang nampak video pelik sikit, mulalah nak buat macam-macam spekulasi.Publish kat FB, minta share ramai-ramai. Baru-baru ni kes 24 jam dosa di FB. Aku faham niat tukang buat video tu baik.Nak berdakwah.Cuma cara kau salah la beb. Mana boleh kau nak aibkan orang sesuka hati dalam video kau. At least kalau kau nak tunjuk yang pakai short sleeve dan tudung tu tak menepati ciri-ciri muslimah sebenar, perlu ke kau ambil gambar perempuan bertudung dan bershort sleeve dari FB dan letak dalam video kau? Konon authentic material la kan. Mana boleh der.Itu mencabul hak asasi manusia namanya tu.

Ada banyak lagi cara nak berdakwah. Patutnya kau ganti gambar tu dengan karikatur comel-comel. Lukis la sendiri dengan paint ke apa.Barulah tak menyinggung mana-mana pihak.Bila kau buat video main tempek je muka perempuan yang belum pasti kau kenal sepenuhnya, itu menaikkan kemarahan orang sekeliling beb.Even kau censored kan kat bahagian muka, still orang boleh cam dari susuk badan dan cara pemakaian.Even muka aku tak ada, aku boleh faham perasaan individu yang teraniaya dalam tu.Kesian dorang weyh.Tak pasal-pasal kena terjah dengan kawan-kawan, 'Eh,muka hang ada la dalam video tu' dsb. Glamour sekejap. Ini sedikit sebanyak mengubah persepsi orang terhadap individu tu.Maybe dia jadi bahan bualan orang ramai, maybe orang pandang pelik dia lepas ni. Macam tu la.

Aku just melahirkan apa yang aku rasa. Video tu tak sepatutnya dikeluarkan tanpa permission individu yang terlibat. Niat kau memang baik der. Memang tak dapat dinafikan. Cuma cara kau agak kurang sesuai.Maybe lepas ni boleh consider dalam-dalam before nak publish video yang melibatkan orang lain. Ini juga peringatan buat gadis diluar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar untuk di upload di FB. Elakkanlah publish gambar yang boleh bawa bahan kontroversi.

Serius pula entry aku this time. Huhuhu. Mana yang tak kena, bolehlah nak cakap rileks. Cuba kita letak diri kita dalam video tu. Apa yang korang rasa? Sakit kan?

Tuesday, August 3, 2010

Muliakanlah anak yatim

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:"Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat."

Artikel sumbangan iLuvislam.com

Monday, August 2, 2010

Saling menegur

Manusia kadang-kadang alpa.Kena selalu ingat memperingati.Itu fungsi kita sebagai manusia.Apa guna hidup tanpa arah tujuan?Kadang-kadang memang kita nak have fun.Aku pun macam tu juga.Tapi jangan la sampai abaikan tanggungjawab.Rasanya solat tu satu benda yang wajib kita buat bila dah akil baligh.Kenapa ada juga orang yang tinggal solat? Lelaki memang tak ada excuse la kan.Yang perempuan maybe datang period.

Aku mengaku aku kadang-kadang solat berlubang juga especially subuh.Tapi kalau ada yang tak solat langsung tu macam mana pula? Lagi haru kot.Tak seronok la kan.Secara dasarnya Islam tapi tak mengamalkan budaya dan amalan sebagai seorang Muslim pun.

Maaflah kalau ada yang terasa dengan entry ni.Mari kita sama-sama perbaiki diri kita.Aku sebagai kawan ada rasa tanggungjawab nak menegur.Kalau tak tegur, aku rasa bersalah.Jadi la kan tegur melalui blog.Aku tahu ada yang baca.Kalau tak ramai pun, sikit.Yang baca tu tolong peringat kawan-kawan sama naa.

Hah.Dah macam blog agama pula dah ni.Hihihi.

Imam Muda

Aku baru tengok Imam Muda.Baru first episod dah meleleh air mata.Touching teruk pasai apa entah.Ya la.Pengisian program tu sangat mendalam.Kalau nak di reflect dengan diri aku, rasanya macam aku ni besaq kuman ja.Rasa rendah diri sangat.Memang la kita ni perempuan.Tanggungjawab yang dipikul tak seberat kaum lelaki. Tapi as Muslim, kita patut tahu semua ilmu agama.Kita patut belajar.

Sekarang mungkin tak nampak function kita belajar benda tu.Nanti bila dah kahwin beranak pinak, baru kita sedar ilmu agama tu penting.Tanggungjawab kita dah berubah.Kita ada anak kecil nak kena didik.Aku kalau boleh tak nak la bakal anak aku terikut dengan budaya yang tak sihat.Tak nak la dia terlalu teruja dengan hiburan entah apa-apa.Cukuplah mak dia ni yang gila kat benda-benda lagha' tu.Kita dah merasa effect buruk hiburan zaman sekarang.So, jangan la terlalu biasakan budak kecil dengan benda mengarut.Apatah lagi 10 years ahead.Lagilah banyak cabaran.Dunia makin canggih.

See..dah macam mak beranak 4 dah aku ni.Gila optimistic kan.Hahaha.

Monday, July 26, 2010

Kuat

Malam ini malam Nisfu Syaaban.

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain]

Mari berdoa.300 pintu rahmat dibuka.

"Thanks for everything.Thanks tau.I dengan you kena kuat berdepan dengan ujian.I tau you kuat.You kuat"

Ya.Kuat seperti superman.Kuat seperti badang.Saya tahu saya kuat.Tuhan, kuatkan hatiku.

Monday, July 12, 2010

1 Syaaban : gelabah ganti puasa

Sedar tak sedar dah masuk bulan Syaaban dah.Kejap ja dah nak masuk Ramadhan.Ha.Time ni aku la paling gelabah nak ganti puasa.Hohoho.Style last minit punya ganti.Alang-alang tak makan apa lagi pagi ni, aku terus niat ganti puasa.Memang dah aim nak puasa hari ini sementara boleh.Tapi iman tak kuat juga sebab ada roti kat atas meja.Duk tenung punya lama.Sabar je la.

Kelebihan berpuasa di perantauan, buka puasa awal.Pukul 5.10 petang.Hehehe.Aku malas fikir pasal raya sebab aku tahu konfirm aku sakit hati punya tengok family beraya sakan nanti.Dengan konvoi semua.Argh.Tak mahu fikir.Yang aku tahu, tahun ni raya mungkin ada kelas.Mungkin tak ada kelas.Tengok juga jatuh hari apa.Welly maybe awal or lambat sehari dari Malaysia.

Macammana agaknya beraya kat Welly.Hurm.

Solat berlapikkan lantai salji.

Islam itu mudah.Boleh tunaikan solat dimana-mana asalkan tempat tu bersih.Ini aku quote dari Att.Hehe.Dalam duk syok bermain ski, baling salji kat kawan-kawan, solat jangan dilupa.Pengalaman yang tak dapat dilupakan.Kami bertayamum dengan ais.Saat nak sapukan ais ke muka, Ya Allah.Tuhan saja yang tahu macam mana sejuknya ais tu.Merelakan jelah mukaku disentuhi salji Mt. Raupehu.

Permukaan tempat kami solat tu tak berapa rata tapi terlindung dari orang ramai.Quite a distance from playing area.So, tak ada la episod mat saleh mai bertinggung tengok apa yang kami buat.Plus, ada budak kami yang duk jadi guard kat tepi tu.Kami just lapik muffler sebagai sejadah.Nak kata selesa tu, memang tak la.Dengan outfit yang tebal dan boot nya, memang agak sukar untuk kami nak rukuk dan sujud dengan betul.Tapi kami tetap meneruskan solat biarpun ada jugalah dua tiga kali aku macam nak tertungging ke depan sebab permukaan tu curam.

Satu pengalaman yang baru dan takkan aku lupakan.

Saturday, June 5, 2010

Godaan ketika solat.

Sekitar majlis bacaan yasin dan solat hajat sempena mendoakan kesejahteraan rakyat di Gaza dan seluruh Palestin. Palestin, We Love You! Majlis diadakan di Everton Hall dan dihadiri oleh pelajar dan perwakilan dari Malaysia.

Solat jemaah Maghrib, Isyak dan Solat hajat.

Ada satu incident lawak. Time tengah duduk tahiyat akhir solat Maghrib, tiba-tiba ada handphone someone berbunyi. Ringtone Hollaback Girl. Oh. Hati goyah time tu. Hilang fokus kejap. Hati cakap doa tahiyat akhir, mulut pula nak menyanyi dengan Gwen Stefani. Oh oh. Nasib baik tahiyat akhir. Kalau tahiyat awal? Mahu berjoget aku kat situ.

Sedikit tazkirah dari perwakilan High Commission dan penyerahan tabung dana Palestin We Love You.

Insiden sama berulang waktu solat Isyak. Time tahiyat akhir juga. Ringtone Haven't Met You Yet pula berkumandang. Aduyai. Dugaan betul. Tapi kali ni aku berjaya lawan godaan lagu Micheal Buble ni. Ku pejamkan mata dan cuba habiskan doa tahiyat akhir. Yeah! Berjaya.

Selesai solat, acara makan pun bermula. Macam-macam jenis makanan disediakan.Thanks to the sponsor. Ehem. Aku tak jeles pun ampa makan sedap kat Malaysia. Kat sini pun makan sedap tau. Ada ketayap, kuih lapis, karipap,kek batik, roti canai, bihun,kari ayam dan macam-macam lagi la (belagak).

Cupcake? Ergh. Aku tak ambil pun.

Perut kenyang, suka hati.

Balik dengan girangnya. Psst..dapat dedication lagi. Auch.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger