Online users

Follower

Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Of being a polling clerk.

Ini kali pertama aku menjadi kerani pengundian atau dalam bahasa orang putihnya polling clerk di salah satu tempat mengundi di Alor Setar. Actually aku menggantikan tempat cikgu lain yang sepatutnya bertugas pada PRU tapi disebabkan dia ada masalah kesihatan, dia minta aku ganti tempat dia. Pucuk dicita, ulam mendatang. Disebabkan nak gain experience dan cari duit poket lebih, aku terima.

So, hari Jumaat dah start busy pergi MBAS untuk amik segala keperluan untuk hari mengundi. Dari sekecik kecik benda (pisau lipat) sehingga ke sebesaq besaq alam (jam dinding) kami kena tanda dalam checklist. Aku puji SPR tang sini pasal depa very particular. Nak pastikan semuanya berjalan lancar pada hari mengundi. So, after dah siap check semua barang, off we went to our school to setup bilik mengundi. Dari sini aku belajar banyak benda. Memang aku zero knowledge. Langsung tak tahu apa apa pasal susunan meja, kerusi dsb untuk mengundi. Aku hanya ikut arahan cikgu cikgu yang lebih senior.

Tiba hari mengundi, pukul 7.30 aku dah tercegat kat tempat mengundi. Waktu ni tak decide lagi siapa yang nak baca nama, siapa nak calit dakwat dsb. At first, KTM bagi aku tugas untuk cop dan koyak kertas undi. Tapi last last kena call out names people yang masuk mengundi. Kami jaga saluran 1. Saluran warga tua. Ada ejen pemerhati dari dua parti dalam bilik kami. Permulaannya, aku gugup. Tak tahu nak baca nama macam mana. First time la katakan. Sebab dalam list ada no siri, ic, nama, jantina, tahun lahir, lokaliti dll. Jenuh nak baca semua kan. Polis yang mengawal kat luar cakap just baca no siri dan nama orang tu ja. Tapi ejen pemerhati tak puas hati. Berapa kali dia tegur aku. Rasa down gila time tu. Baru kena tegur sikit dah rasa macam nak lari balik rumah.Hahaha. Ye lah. Ini berkaitan dengan nama SPR. Kang tak pasal pasal orang cop SPR tak reti buat kerja. Padahal aku yang ngek.


So, bila 2 3 kali kena tegur, akhirnya aku dah tahu keinginan sebenar ejen pemerhati tu. Dia nak aku baca no siri di kertas dan no ic dan nama pengundi yang tertera dalam IC. Dia nak tengok tally ke tak dengan list yang dikeluarkan oleh SPR. Time ni aku fikir ejen ni mesti nak cari salah SPR ni. Sebab ada sekali tu aku tersilap baca no siri dan IC sorang nenek ni.Dia bersungguh sungguh report kat KTM. Lagi lah aku cuak. Bila double check balik, aku yang salah sebut. Gila. Berpeluh ketiak aku ni haa. Pasal time tu atok, nenek, pak cik dan mak cik banyak tengah beratur kat luar tu. Tiba tiba terpaksa pause lama kat nenek ni pasal kesilapan bodoh aku sendiri. Tu la orang cakap. Manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Ye dak?

Awal pagi, energy tahap 100% lagi. Bila mai time tengahari, energy tinggal separuh. Lemau dah sorang sorang.Kami tak ada break. Kena gilir gilir makan dan solat. Time ni dah gilir gilir tugas dah. Merasa jugak la aku calit dakwat kat orang tua. Merasa jugak la aku cop kertas undi. Merasa jugak la aku jolok kertas undi dalam peti undi. Tapi most of the time, I call out their names. Bayangkanlah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, duduk terperuk dalam bilik mengundi mengadap name list pengundi. Berpinar mata aku ni. Tu satu hal, suara pulak koi tak ada. I have called 307 names for that day.Kadang kadang kena repeat a few times pasal ejen pemerhati duk ralit tengok orang buang undi T______T Wuwuwu. Penat weh. Saluran 1 sesak time pagi. Kami buat conclusion, orang tua ni suka keluaq awai pagi mai mengundi. Yang saluran 4 (geng muda remaja) time tengahari baru sesak pasai baru bangun tidoq. Hahaha.

Depa bagi baju SPR. Malangnya saiz paling kecik ialah L. Makanya, saya macam orang mengandung.Tsk T_____T

Tepat pukul 5 petang, pusat mengundi ditutup. Time ni aku lari pi Asar dulu pasal nak start kira undi pukul 5.30 petang. Waktu nak kira undi, setiap parti hantar 2 orang wakil. So, total up ada 4 orang. Nervous noks nak kira undi. Bukan nervous nak tahu siapa menang tapi nervous nak kira kertas undi. Takut tak cukup. Takut ada undi hantu. We were supposed to have 307 ballots. So, aku dan Kak Farid kira untuk kotak Dun. Kira kira, ada 306 ballots je. Hah.Sudah. Pi mana lagi satu. So, double count. Rupa rupanya ada satu kertas terlekat antara kertas yang lain. Fuh. Lega.If tak, jenuh nak menjawab dengan ejen pemerhati. Kang kata tak telus pulak kan. Teeeet.

Bila habis kira ballots, baru boleh start kira orang pangkah apa pulak. Ini yang paling letih. Sebab kena angkat satu satu kertas tu kat pemerhati untuk depa tengok orang pangkah apa. Mujur la peti undi kami ni rata rata pilih BN dan PKR saja. Tough competition between these two. Parti Bebas lain tak sampai sepuluh pun undi. Pernah sekali, aku termasuk kertas BN ke dalam kotak PKR, terus ejen pemerhati interrupt, "Eh eh..silap masuk dulang tu!" Tersengih sengih aku sambil ambil balik kertas BN masuk dalam kotak BN. Itu la orang cakap. Manusia ni tak sempurna. Kadang kadang buat silap. Lagi satu faktor keletihan yang melampau. Kalau aku tahu seteruk ni kerja polling clerk, akan ku teguk redbull banyak banyak. Kasi boost energy sikit. Hehehe.

Jadi bila ada yang pertikai SPR tak buat kerja betul betul. Main kotor dan sebagainya, it hurts me because I am a part of them. Berkenaan isu dakwat kekal pulak, ramai yang complaint dakwat tak kekal. Perli baik punya kat FB. Bagi aku, tak perlulah nak mencari kesalahan orang lain.Sanggup pi tonyoh dengan sabun basuh pinggan nak bagi hilang jugak lepas mengundi kemudian upload di FB semata mata nak prove yang dakwat tu tak kekal. Nak juga cari salah SPR. Dulu, anda jugak yang minta PRU 13 dilakukan secara 'bersih' dan telus tanpa sebarang penyelewengan.Bila SPR buat dakwat kekal, pun kena kecam. Haish. Tok punya dakwat duk lekat lagi kat jari dia. Nak kata dia tak mandi, dia mandi. Nak kata dia tak basuh tangan, dia basuh tangan. Tapi dia tak ada la bersungguh macam anda yang lain. Hihihi.


Bagi aku isu kertas undi lebih tak wujud pasal dalam bilik tu ada ejen pemerhati dari pelbagai parti politik. Bersama dengan dorang juga ada senarai nama pengundi saluran itu. Pengundi pulak, bukan boleh suka hati masuk mengundi. Nama dipanggil secara kuat berserta dengan IC dan ejen jugak akan alert dan akan cross di salinan mereka. So, takkan timbul isu kertas undi terlebih dsb. Bila polling session tamat, KTM akan total amount pengundi begitu juga dengan ejen mengundi.Alhamdulillah, kami kira sekali saja peti undi dan depa sangat puas hati and PKR won against BN. Tak ada isu tak puas hati ke apa sebab itulah keputusannya untuk saluran 1.

Satu je cadangan aku untuk SPR. Untuk saluran 1, pastikan lebih banyak kerusi dan kerusi roda disediakan. Sebabnya kesian kat warga emas yang terpaksa berdiri lama untuk tunggu turn nak mengundi. Sakit lutut dan macam macam sakit depa ada. Kesian pulak aku tengok. Tapi sangat bagus depa ni pasal masih lagi tunaikan tanggungjawab untuk mengundi walaupun dah tua.The oldest yang datang mengundi umurnya mencecah 90 tahun. Hebat tak hebat tak?

Dan aku tak larat nak gelak dengan ragam depa yang pelbagai. Ada yang minta calit sikit ja dakwat tu. Ada yang tanya boleh bawa solat tak. Ada yang terkejut tengok dakwat tu. Ada yang lepas calit dakwat, terus lap dengan tisu. Hahaha. Macam macam. Tak larat gelak. Ada yang sesuka hati masuk dari pintu exit terus melulu ke arah aku. Ada yang salam dengan ejen pemerhati, sembang kuat macam kat warung dan macam macam lagi. Tapi dimaafkan sebab mereka warga emas yang sangat comel perangainya. Tak sanggup nak marah.

Itulah serba sedikit coretan sempena PRU 13 kali ni.

Sunday, March 10, 2013

New experience


Alhamdulillah.Done with the camping. Pada mulanya, rasa berat hati nak pergi. Memikirkan weekend terpaksa dikorbankan tanpa bayaran gaji sesen pun, hati mula jadi tak ikhlas. Tapi bila sampai kat tapak kem, hati tiba tiba jadi seronok. Terus betulkan niat. Pergi sana untuk cari pengalaman, bantu cikgu handle budak.Kalau nak fikir pasal bayaran all the time, memang tak jalan kerja.


Malam pertama di Kuala Sala, kami buat aktiviti kembara malam. First time jadi faci dan jaga check point tengah malam. Even ada teman, hati still rasa takut.Seriau pasal tempat yang kami pergi tu sangat gelap.Dekat tandop.Cikgu pun gelabah.Apatah lagi budak budak kan.Tapi luaran kena buat berani beb.Jatuh la saham kalau tunjuk takut kat anak murid.Hahaha.Pengalaman paling best bila dapat sakat budak budak time masuk hutan.Checkpoint terakhir, murid dilepaskan sorang sorang dalam hutan. Dorang kena pegang tali dan jalan je ikut tali tu. Budak baru umur 10-12 tahun.Macam macam ragam la. Ada yang dari awal dah surrender dah. Mai mengadu demam, nak pitam, lemah semangat dan macam macam lagi alasan depa bagi.Memang kami tak layan satu pun.Menangis la ampa ramai ramai. Sebenarnya tak ada la jauh mana pun track dalam hutan tu.Cuma 30m sahaja.Tapi sebab gelap, rasa macam jauh.Padahal kalau orang sana kentut pun boleh dengar. 

Ustaz pun kuat menyakat.Buat buat jawab call dari ustaz satu lagi yang duk kat dalam hutan.Report ada 3 orang budak hilang sebab tak pegang tali. Yang tengah tunggu turn nak masuk hutan ni gelabah ayam la.Hahaha.Terus senyap tak terkata apa apa. Jenuh tahan gelak cikgu cikgu yang lain.Tak cukup dengan tu, kami add on lagi kata ada jerat cina dalam hutan tu. Ada yang dah tersadung batu nisan. "Benda" tu mengamuk. 
Aktiviti Base

Budak budak pulak, ada yang baca surah kuat kuat, ada yang takbir, ada yang azan campur iqamat, ada yang menangis meraung bagai nak rak, ada yang bertindak ganas pukul balik "benda" tu guna buku nota depa.Hahaha.Actually "benda" tu datang dari kami jugak. Sengaja kami upah dua orang untuk jadi hantu. Sorang pakai kain putih, sorang lagi pakai topeng hantu. Kesian jugak yang jadi hantu pun. Kena pukul dengan budak. Lepas ni kena propose hantu jadian kena pakai helmet.Baru secure sikit =P Niat kami bukan la nak takutkan budak, tapi real objective nak train budak budak supaya jadi berani. Tambah pulak yang mai ni semua pengawas.So, haruslah ada sifat berani. Ada sorang budak lelaki ni, darjah 4.Penakut gila.Langsung tak nak bergerak.Jurulatih ikut pun dia tak nak jalan jugak.Sampai terpaksa bagi dia jalan dengan sorang budak perempuan darjah 6. Dia peluk tak lepas budak perempuan tu.Punya la penakut.Rasa geram gila sebab dia ketegaq sangat.

 Aktiviti Dinamika

Best two groups

 With Fatihah.Sebaya.Guru ganti jugak.

Overall, puas hati dapat join this programme.At least dah ada pendedahan untuk aktiviti kem sebegini. The do's and don'ts. Next up, insya-Allah akan handle another school's camp pulak. Camp commander dah book siap siap dah sebab dorang tak cukup tenaga pengajar.Selagi tak kahwin, I think I'll be doing this thing forever =P

Wednesday, November 21, 2012

Cik ti

Al kisahnya semenjak aku balik raya haji, hidup aku sentiasa tak tenang. Selalu ja terganggu oleh cik ti. Dari mana dia datang, mungkin dari sawah depan rumah or mungkin juga dia dah lama bermaharajalela kat rumah ni. Cuma kitorang ja yang tak perasan. Baru baru ni aku kemas bilik, nak la simpan beg dalam almari. Almari rumah ni semuanya ancient. Zaman tok badan slim lagi dah ada. Aku kemas dan re-use balik. Ada la certain part dah reput tapi still okay lagi untuk dipakai. Aku jarang buka pintu almari letak bag tu. Level bawah sekali. Disebabkan malas nak mencangkung, aku rodok beg tu masuk sambil bongkok ja. Rodok punya rodok, cik ti keluar mengejut. Berlari atas kaki aku dan keluar bilik. Aku macam orang histeria. Menjerit sampai nak putus urat kentut. Agaknya dia ingat aku nak cari dia kot padahal aku nak simpan bag. Dah tak semena mena aku tahu tikus buat sarang dalam bilik aku.

Since that day hidup aku tak tenang. Nak masuk bilik sendiri pun dah macam penyangak. Terhendap hendap. Takut terjumpa cik ti. Satu malam tu, aku dengar bunyi plastik bergerak. Sekali teringat aku ada letak makanan kat dalam bilik aku. Level bawah sekali. Memang tepat sangkaan aku. Habis plastik keropok  ikan I dia gigit. Plastik yang keras tu. Punya kuat la gigi cik ti ni. Dapur tu, jangan la tinggal makanan tak bertutup. Konfirm dia akan selongkar punya. Sinki tu pun jangan dibiarkan ada sisa makanan. Cik ti tunggu masa ja nak serbu.

Since that day la aku berdendam dengan cik ti. Dendam kesumat tapi tak cakap kuat kuat. Sebab orang tua tua cakap tak elok berdendam dengan cik ti ni. Keluarkan perkataan yang tak elok pasal dia lagi la tak boleh. Nanti dia angkut geng dia mai tebuk lubang kat baju kita. So, aku berdendam dalam hati ja la. Kalau fizikal pun, habis kuat I hentak hentak kaki mengerang macam orang sakit nak beranak ja. Hahaha.Punya geram habaq hang. Dulu tok pernah pasang perangkap 3 malam. 3 ekor dapat. Besar besar. Macam tikus mondok. So, aku propose kat tok untuk pasang perangkap lagi.


So, malam dua hari lepas, pasang perangkap depan toilet atas. Umpan ikan goreng. First time aku handle perangkap tikus ni. New experience. Susah jugak nak bagi benda tu tak bidas sebelum waktunya. Sebab cangkuk perangkap tu sangat fragile. Hang tersentuh sikit, piap! Bidas la jawabnya. So, lepas setel pasang perangkap, tutup lampu. Memang aku konfirm kat situ port dia. Pasang perangkap pukul 9.30 malam. Dalam pukul 11 macam tu, aku terdengar perangkap tu bidas. Tapi tak berani pi tengok. Takut jugak sebenarnya aku ni. Hahaha. Tidur pun sampai mimpi pasang perangkap tikus la.Hahaha.


Esoknya, tengok. Hah! Perangkap I mengena! Senyap ja cik ti dalam tu. Elok pulak dia duduk hujung pintu perangkap. Try nak keluar tapi tak lepas lettewww.Dah satu hal pulak nak mengangkat perangkap tu. Aku geli tengok cik ti tu. Tok dah bising bising dah suruh angkat letak kat belakang rumah. Agaknya dia rimas tengok cucu dia lambat sangat bertindak, dia ambil kain buruk buat lapik dan angkat terus sampai ke bawah rumah. Sambil angkat, sambil membebel. Duh. Letih dengar.

Plan asal, nak ambil kucing jiran sebelah then bagi cik ti kat dia. Aku menentang keras idea tok nak simbah air panas. Kesian kot kat cik ti tu. Walaupun dia dah membuat kekecohan kat rumah ni, aku still ada perasaan kasihan jugak tau. It deserve to die in a proper way. Tok bantah cadangan aku sebab dia pernah buat cara aku, ended up tikus sempat lari sebelum kucing ngap dia. That's why dia suruh tuang air panas je terus. Tok pun macam berdendam jugak dengan cik ti ni.Tengok gaya pun tau. Hahaha.

 Tok sangat extreme. Aku agak teragak agak nak tuang air panas. Tak sampai hati. Serius. Huhuhu. Tok seperti biasa, rimas tengok aku lembap sangat bertindak. Dia tak cakap banyak. Ambil ja air, tuang atas perangkap. Cik ti tu menggelupur sambil menjerit. Dengar la bunyi "cit cit cit" macam selalu aku dengar atas rumah tu. Huhuhu.Poor you cik ti. Lambat jugak dia nak kiok. Kesian dia. Terseksa sebelum mati. Dah tuang air panas, pergi jemur pulak kat tengah hangat. Huwa! Sedih pulak aku tengok. Tengahari sikit baru dia betul betul dah arwah. Kesian.Huhuhuhu =(  Tok suruh lempar ja kat longgok sampah. Tapi aku tak sampai hati. Aku korek tanah, buat kubur untuk dia. At least, cara dia disimpan tu elok. Dari dibuang macam tu ja kat longgok sampah. Nak tanam tu pun, berabad tau tak. Aku geli tengok dia. Walaupun tau dia dah mati, tangan ni macam tak ada tulang. Pegang perangkap pun asyik jatuh ke tanah ja. Huhuhu. Nak keluarkan cik ti pun satu hal. Tapi alhamdulillah, berjaya kebumikan dia.

Tidurku hari ini sangat indah. Tiada lagi bunyi cit cit cit.

Saturday, March 17, 2012

Video skydive at Bay of Island, New Zealand

Berkurun lama dah aku nak letak video skydive kat blog ni. Hari ni baru tercapai hajat di hati. Just nak share pengalaman skydive kat New Zealand. Mohon diabaikan la muka pucat lesi dalam video ni. Al-maklumlah, buat skydive ni ibarat macam cari nahas sendiri. Encik instructor tanya soalan, hanya mampu menjawab "Yeah" sahaja. Tak boleh berfikir dengan waras dah. Please excuse my excitement menjerit bagai nak gila siap sebut "This is awesome!" macam dunia ni aku yang punya. Hohoho.Enjoy!

Thursday, December 1, 2011

Dah tengok Ombak Rindu tapi.............

Malam yang sangat 'awesome'. Kak Yon ajak tengok Ombak Rindu. Aku pun ok je lah. Duduk rumah bukan buat apa pun. Lagipun keluar dengan gegirl, tok tak hingaq sangat. So tiket wayang pukul 10.10 malam. Excited ni sebab itu first tayangan untuk Ombak Rindu. Sambutan sangat memberangsangkan. Penuh satu panggung. Lelaki sama banyak dengan perempuan.

First hour memang layan tengok cerita tu. Sekali hang, filem terbakar. Part Bront Palarae tengah dayung sampan. Ah! Memang potong stim. Orang pakat bising la. Mengeluh semua la. Ye lah. Tengah syok syok boleh pulak terpadam. Bayar RM10 tapi servis macam gini memang orang bising la. After 10 mins, wayang elok semula. Ok. Layan balik lah. Tak sampai 5 min, filem buat hal lagi. Terpadam lagi. Time ni dah ada few yang blah dari panggung pasal dekat 30 mins jugak blackout. Kami ni tegar. Tunggu jugak la. Time ni aku boleh bersabar lagi. Boleh gelak gelak dengan kak yon & nad. After 30 mins, elok balik. Tengok kejap, blackout balik. Argh! Makin ramai yang keluar wayang. Tak tahan menunggu agaknya. Agak membuang masa jugak sebenarnya. Tapi kami sabar, tunggu jugak. Lepas tu elok balik. Aku ingat ni last time la filem tu nak buat hal. Rupanya lepas 10 minit, dia padam lagi. Time ni semua dah bengang la kan.

Tak lama lepas tu, staff datang bagitau suruh datang esok untuk refund or tukar time wayang.Dorang pun dah mati akai kot nak betulkan filem tu. Memang potong stim! Tak pasai pasai kena mai hari lain untuk tengok lagi sekali. Mujur ada abang Aaron Aziz. Tengok sejuta kali pun I sanggup.Hahaha.

Kesimpulannya, tayangan pertama filem Ombak Rindu kat Jitra adalah sangat epik. 4 kali filem stuck. Hang ada? Sempat feel sejam ja. Pulang dengan hati yang kecewa T_T

Friday, November 25, 2011

Repost : Skydive

Actually aku nak letak video aku skydive dah lama dah kat blog ni tapi sebab terlalu busy sangat, sampai lupa.Ini dah lapang sikit bolehlah nak upload. Sekali hang, baru teringat dvd skydive dalam kotak shipping. Duh. Terpaksa la tunggu 3 bulan lagi baru boleh upload. Hahaha. Bolehlah nak tambah lagi satu hyperlink kat atas tu. Wah. Kelas gitu. Hohoho. Nah, aku kasi repost balik entry skydive aku.

Salam.Dah lama peram cerita ni. Busy sangat sangat sampai tak sempat nak story pasal apa yang jadi time North trip hari tu. One of them, dah tercapai hajat dihati nak buat skydive. Hahaha. Berpeluh tangan ni haa kalau teringat balik detik detik bila ada atas langit tu. Rasa macam nak patah balik tapi tobat la tak boleh kan. Nak tak nak kena la terjun juga. Lucky bukan terjun sorang sorang tapi berdua.Tak ada la seriau sangat. =P

Banyak cabaran nak buat skydive ni. First day pergi, terpaksa cancel sebab cuaca tak menyebelahi kitorang. Mendung. Langit hitam ja. Sebab tu jugak la kami terpaksa stay sehari lagi kat Keri Keri dan cari accom last minute. Mujur ada. Cantik pula tu. Tak rugi stay sehari lagi kat Keri Keri tu sebab tempat dia cantik. Banyak ladang buah.Second day pergi, orang tu guarantee boleh buat. Kitorang pun malas nak tangguh tangguh dah.Bukan senang nak sampai kat Keri Keri tu. Kalau nak mai time lain, memang tak la. Jauh benor dari Welly.

Dah.Sila layan gambar yang sangat banyak di bawah ini. By the way, aku terjun dari ketinggian 12000 kaki je :

Apa apa pun, kena isi borang keselamatan dulu. Nak tulih wasiat pun boleh.Hehehe.Joking.

Kacak teruk yang tolong pakaikan jumpsuit ni. *Melting* Hahaha.

Bersama teletubbies merah. Comelnyeee =P

Plane kecik ja. Aku trip kedua selepas Kema dan Wan Z. Tobat cuak duduk dalam plane tu.

Noooh. Tak dan apa pun lagi dia dah start nganga T_T

Time freefall, aku tutup mata.Takut nak buka.Tak mau tengok diri sendiri tercampak.Bila dah betul betul meniarap, baru buka mata.Hahaha.

Subhanallah! Pemandangan kat bawah tu sangat cantik. Rasa damai dan tenang je tengok.

Perasaan? Puas hati, gembira, rasa nak buat lagi!

Best feeling ever!

Time dia buka payung terjun, rasa best. Hilang terus gayat. Rasa syok sebab macam duduk dalam buaian.Cuma celah kangkang rasa sakit sebab harness tu tertarik tarik ke atas. Mengangkang juga aku berjalan lepas landing.Hahaha.

Ini lepas terjun. Puas hati!!!

My instructor, Brent. He is sooo cool. Thanks Brent for making my dream comes true =)

Bagi aku, buat sky dive ni tak takut sangat berbanding dengan bungy sebab ada orang kat belakang.Dia yang buat semua kerja. Terjun pun dia yang start dulu.Kita just duduk, menjerit dan landing sama-sama ja.Kalau bungy, semua hang sendiri yang kena buat. Terjun, melambung sorang sorang. Lagi dahsyat. Kalau dibagi peluang buat skydive lagi, aku nak buat. Best oh!

There you go my skydive experience. As soon as I get my shipping boxes, I'll get the video uploaded here okay. =)

Monday, November 21, 2011

Stealing as a hobby

What would you do if you see an old man stealing things from the supermarket? This happened last week when I was in TSB Supermarket. I was rushing to buy groceries for tok when suddenly I saw an old man in his fifties stuffing a small packet of milk powder into his pocket. What's more, he saw me looking suspiciously at him and he pretended like nothing was wrong. He was even tapping his pocket to make sure that the milk powder was placed nicely in his pants. Gila kentang la ini pak cik. I was in shock and never thought that such thing would happen to me. Selalunya kerja mencuri ni budak kecik yang tak matang je buat. Ada juga rupanya orang tua yang mencuri.I felt very guilty for not telling that to the staff as I was in a rush.

Aku cerita benda ni kat mat arep dan dia cakap mungkin mencuri hobi pak cik tua tu. Maybe he likes to steal from the shop. It's not that he does not have money to buy it but it's just his hobby. Apa ke pelik la orang tua tu. Mencuri pun dikira hobi. Oh. Lagi satu, dia boleh buat macam tu pasal poket seluar dia besar. Orang tua kan selalu pakai seluar jenis kain licin tu. Ditambah pulak dengan baju kemeja style orang tua. Ala.You just imagine a typical image of an old man kat kampung. Gitu la rupanya. Sumpah kalau teringat balik benda ni, I feel very guilty because I was witnessing the whole scene. Terang tang tang dia mencuri. Rasa geram.

I just hope that he gets his lesson one day. Mungkin Tuhan tak tunjuk sekarang, mungkin di akhirat nanti. Moral of the story, setiap manusia pasti ada kekurangannya. Tak kira tua atau muda.

p/s: Ku ingat makin tua makin bertaubat. Ini tidak....alahai!

Friday, October 21, 2011

Hunting for mussel.


Semalam pergi kutip mussel. It was an unplanned thing. Tiba tiba Hashrul ajak pergi Eastbourne. Memula macam malas. Sebab tengah layan movie. Tapi fikir balik, macam best jugak kutip mussel. So, siap siap then terus gerak. Mujur cuaca elok dan air tak pasang. Tahun lepas kitorang datang time air tengah pasang. Gila kot. Meredah dalam air semata mata nak kutip mussel. Kali ni tak payah nak basah basah seluar. Duduk tepi batu pun dah boleh kutip. Banyak pulak tu.

Satu kepuasan bila dapat kutip sendiri. Mussel ni berat kulit ja lebih. Padahal isi dia tak ada la banyak mana pun. Puas hati kalau dapat kutip yang besar punya. Untung badan time sampai air tengah surut.So, no pressure. Kalau air tengah pasang, jenuh melawan air tu. Habis basah satu badan. Huhuhu. Alhamdulillah, tiga plastik berjaya diisi. Muntah la nak makan semuanya.

Mussel ni macam kepah tapi kulit dan isi lagi besar. Manis pulak tu. Sedap weh. Aku datang sini baru belajar makan mussel ni. Kalau ikut google translate, mussel ni kepah. Tapi aku tahu kepah rupa macam mana. Tak sama dengan yang ni. Yang ni besar. Mungkin adik beradik kepah jugak kot.Tak pernah nampak pulak benda alah ni kat Malaysia.

Kereta parking punya la jauh dari tempat mengutip. Semput ahkak mengangkat plastik mussel.

Lepas kutip, kena kikis kulit dia pulak. Ada certain kulit tu ada macam batu karang kecik kecik tu. Itu yang duk buat jari orang luka tu. Aku awal awal dah kena dah. Bukan takat batu karang ja ada, benda macam pijat pun elok ja menempek atas kulit mussel. Geli geleman tengok. Lalu ke korang nak rebus dengan pijat tu sekali? Kembang tekak weh. Kerja mengikis ni paling mencabar dan membosankan. Sampai matahari dah terbenam, kitorang tak sudah lagi. Atee, sapa suruh tamak sangat kutip sampai 3 plastik sampah? Haa..rasa la korang. Lenguh bontot kaki segala. Bak kata Hashrul, dah macam nelayan dah kitorang ni.

Monday, August 8, 2011

Tempat kerja

Pagi ni terasa malas gila la nak pergi kerja.Mata tak larat nak buka. Nak ja message Helen gitau tak boleh datang kerja. Sakit. Tapi fikir tak baik menipu bulan puasa ni, eceh, gagah juga la bangun awal pagi cangak tunggu bas depan ANZ. Aku tak pernah reveal lagi kan umah bos aku macam mana. So, ni dia rumah Helen. Rumah banglo dua tingkat. Ruang yang sangat besar bermakna kerja aku makin 'besar'. Nasib baik payment tinggi.Hohoho.

Guest room.

Shaking pulok.Dining room.

Kitchen.

3 jam jugak aku ambil masa nak bersihkan satu rumah. Selalunya aku setelkan kitchen dulu. Kemudian bilik Helen dan anak anak. Then, segala jenis room:living, dining, guest, play room.Lepas tu vacuum.Last sekali mop.Mau sengal juga lepas habis kerja. Mana taknya,kejap naik kejap turun. Heret vacuum tak cukup satu roda. @#$%^&.Memang mencabar kredibiliti aku sebagai pencuci rumah. Dah lama roda vacuum tercabut tapi tuan rumah buat bodo ja. So, nak tak nak hadap je la vacuum tempang sebelah. T_T

Aku paling suka kerja mengelap. Paling benci kerja mop. Mop tak cukup panjang, terpaksa la aku bongkok macam nenek tua. Lagi satu aku benci kerja nak cuci mangkuk tandas. Anak dia tak reti nak flush toilet sendiri. So, setiap kali aku datang, mesti ada sisa sisa dalam mangkuk tandas tu. Huuu.What to dooooo? Terpaksa la tolong flush. Itu satu, lagi satu, kena lap tudung mangkuk tu. Yang ni lagi geli geleman. Setiap kali cuci, setiap kali tu la ada titisan air berwarna kuning. Mangkuk jamban tu flush bukan kena semua tempat der. Ada area area tersembunyi yang tak tak kena.Pernah sekali aku tak cuci sebab terlupa. Next week nya, Helen pesan berkali kali kat aku suruh clearkan mangkuk jamban tu. What to doooo? Do it ja la. Huhuhu.

Halaman rumah 1.Heaven gila la anak anak Helen ni. Tak gaduh nak pergi playground.Main je kat dalam rumah sendiri.Buaian, trampolin. Semua la ada.

Halaman Rumah 2. Time summer je applicable nak lepak kat luar ni.

Whatever it is, bersyukur masih diberi peluang untuk mencari duit lebih. Kalau tak ada Helen ni, makanya mengganggur la aku. Aku kira ni macam pengalaman peribadi aku la. Hang ada cuci mangkuk jamban mat saleh? Tak ada kan.Hohohoho.

Sunday, August 7, 2011

Masalodeh pelbagai rupa.

Tercapai hajat nak makan masalodeh a.k.a vadey. Cuma cuma....rupa dia hancuq. Huhuhu.Tak tahu la pasai pa dia tak boleh nak kepal kepal jadi bulat.Maybe sebab kacang dhal tak berapa nak hancuq kot. Plus, tak ada tepung ubi. Oh.Function tepung ubi nak bagi adunan tu lekat. Menangis tengok rupa vadey aku weh. Tapi tapiii...rasa dia tetap sedap. Not bad untuk first timer macam aku.Wah.Puji diri sendir nampak.Hahaha.Ini kalau jual kat bazaar, memang tak ada yang nak beli.Rupa scary sangat.Hohohoho.

Tuesday, June 28, 2011

Skydive!


Salam.Dah lama peram cerita ni. Busy sangat sangat sampai tak sempat nak story pasal apa yang jadi time North trip hari tu. One of them, dah tercapai hajat dihati nak buat skydive. Hahaha. Berpeluh tangan ni haa kalau teringat balik detik detik bila ada atas langit tu. Rasa macam nak patah balik tapi tobat la tak boleh kan. Nak tak nak kena la terjun juga. Lucky bukan terjun sorang sorang tapi berdua.Tak ada la seriau sangat. =P

Banyak cabaran nak buat skydive ni. First day pergi, terpaksa cancel sebab cuaca tak menyebelahi kitorang. Mendung. Langit hitam ja. Sebab tu jugak la kami terpaksa stay sehari lagi kat Keri Keri dan cari accom last minute. Mujur ada. Cantik pula tu. Tak rugi stay sehari lagi kat Keri Keri tu sebab tempat dia cantik. Banyak ladang buah.Second day pergi, orang tu guarantee boleh buat. Kitorang pun malas nak tangguh tangguh dah.Bukan senang nak sampai kat Keri Keri tu. Kalau nak mai time lain, memang tak la. Jauh benor dari Welly.

Dah.Sila layan gambar yang sangat banyak di bawah ini. By the way, aku terjun dari ketinggian 12000 kaki je :

Apa apa pun, kena isi borang keselamatan dulu. Nak tulih wasiat pun boleh.Hehehe.Joking.

Kacak teruk yang tolong pakaikan jumpsuit ni. *Melting* Hahaha.

Bersama teletubbies merah. Comelnyeee =P

Plane kecik ja. Aku trip kedua selepas Kema dan Wan Z. Tobat cuak duduk dalam plane tu.

Noooh. Tak dan apa pun lagi dia dah start nganga T_T

Time freefall, aku tutup mata.Takut nak buka.Tak mau tengok diri sendiri tercampak.Bila dah betul betul meniarap, baru buka mata.Hahaha.

Subhanallah! Pemandangan kat bawah tu sangat cantik. Rasa damai dan tenang je tengok.

Perasaan? Puas hati, gembira, rasa nak buat lagi!

Best feeling ever!

Time dia buka payung terjun, rasa best. Hilang terus gayat. Rasa syok sebab macam duduk dalam buaian.Cuma celah kangkang rasa sakit sebab harness tu tertarik tarik ke atas. Mengangkang juga aku berjalan lepas landing.Hahaha.

Ini lepas terjun. Puas hati!!!

My instructor, Brent. He is sooo cool. Thanks Brent for making my dream comes true =)

Bagi aku, buat sky dive ni tak takut sangat berbanding dengan bungy sebab ada orang kat belakang.Dia yang buat semua kerja. Terjun pun dia yang start dulu.Kita just duduk, menjerit dan landing sama-sama ja.Kalau bungy, semua hang sendiri yang kena buat. Terjun, melambung sorang sorang. Lagi dahsyat. Kalau dibagi peluang buat skydive lagi, aku nak buat. Best oh!


 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger