Online users

Follower

Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Monday, February 10, 2014

4th


4 tahun sudah. Happy 4th my dear! 

Yaa.. yaa...sampai masa kami nikoh (Jawab siap siap sebab mesti ada yang tanya bila nak kahwin)

Sunday, September 8, 2013

Sendiri mintak.


Well, he actually love to see more entries about him here. =D

Walaupun jarang cakap kat blog, I miss you dear.

Monday, May 20, 2013

Saling terjebak

So officially I am a member of Perpustakaan Alor Setar now.Keinginan untuk menjadi ahli library semakin menjadi jadi apabila ketagihan membaca novel tidak boleh dibendung lagi.Memikirkan kos untuk membeli novel baru setiap bulan agak tinggi, I decided to borrow books from the library. To my surprise, semua novel yang aku cari ada dekat library. Apparently, John Grisham and Micheal Connelly have becoming my favourite authors.Kalau korang nak tahu both sangat famous dengan novel berkisarkan undang undang. La ni aku tak pandang sangat dah novel cinta ni. I am more into thriller genre.

Habis dengan mat arep sekali terjebak dengan passion aku ni. Saja ja aku cerita pasal novel Lincoln Lawyer yang aku beli hari tu. Tetiba dia nak pinjam.Katanya bosan duduk rumah tak ada benda nak buat. Dengan mak dia sekali naik heran tiba tiba anak teruna dia jadi kaki buku.Hahaha.After dia baca tu, mula lah dia google pasal novel Micheal Connelly ni. Leads to movie Lincoln Lawyer.Yang jadi lead character dalam movie tu Matthew McConaughey.He loves Matthew's acting. Sempoi katanya. Mat arep ni style kalau dia minat someone tu, dia akan dig habis pasal orang tu. Google punya google terjumpa pulak movie A Time To Kill. Also adaptasi dari novel karya John Grisham.Lakonan Matthew jugak. Movie ni tahun 1996.Lepas tu aku pulak yang terjebak dengan passion mat arep layan movie lama. Haa..Saling terjebak gitu. Syok jugak la pasai kami ada passion yang sama. Bercinta 3 tahun, sekarang baru discover minat yang sama.Hahaha.

Plat kereta smart gila. Credits to google image.

Barisan pelakon bukan calang calang. Sandra Bullock pun ado! 
Credits to google image.

Makanya, aku nak suggest la kat korang untuk layan movie Lincoln Lawyer dan A Time To Kill. Konfirm puas hati.Sila pastikan anda spare tisu waktu penghujung movie A Time To Kill tu. Siapa yang layan thriller and law novel, I would suggest you to find masterpiece from Micheal Connelly and John Grisham. Addictive!
Tak semestinya kita kena ada basic law untuk faham novel yang berkisarkan justice ni. Macam aku, zero knowledge pasal law.At first, terkedek kedek jugak nak faham. Tapi lama lama, dah faham. Nak kata faham keseluruhan judiciary system tak jugak, tapi at least I got a hunch about it.

p/s: Nak tengok lakonan mantap aku? Sila klik "Watch again" di iklan Acer di bawah entry ni. Boleh ganti Lisa Surihani tak? Kahkahkah =P

Sunday, February 17, 2013

What a surprise

Last week was our third year together. Disebabkan ada sedikit masalah, tak dapat nak celebrate on the date itself. Terpaksa tangguh ke hari lain. I was not expecting any gift from him as what I wanted to do was to spend the whole day with him. Do things that we used to do. Movie, karok, makan, window shopping. Itu je. 

So, yesterday we went out as usual. Pelik sikit la behaviour dia semalam. Tersengih sengih sensorang. Aku cakap kat dia yang aku ada few things nak setel untuk interview nanti. Nak cuci gambar, fotostat suma. So that kalau dia nak buat surprise ke apa ke, hope dapat adjust timing la. He nodded. "Hari ni you kena ikut plan I" Dalam hati dah tahu dah ni mesti nak buat surprise ni. Ok je la. Dia ajak pergi PC Depot kat Persiaran Sultan Abdul Hamid. We went there once to buy printer. Kali ni dia cakap nak jumpa member dia kejap. We ended up having lunch kat kedai mamak sebelah PC Depot tu. Dia makan slooooow gila. Aku pulak tengah lapar.Laju je makan. Rasa segan pulak pinggan aku kosong dulu dari dia T__________T So, dia cakap nak tunggu member dia sampai. 

Tiba tiba dia ajak blah dari situ. Aik. Mana pi member yang ditunggu tu? Aku tak syak apa pun time ni sebab dia cakap member dia tiba tiba tak jadi mai pulak. Berangin la jugak tapi sabar je lah tak nak spoil mood. Start kereta pergi few blocks dari kedai mamak tu kemudian dia cakap nak singgah stationery shop pulak. Aku pun orait je la. Alang alang aku pun nak fotostat benda. Aku dah syak something time tu sebab kantoi dia suruh aku turun dulu dari kereta. Hahaha. Dia tak bagi aku tengok kat tingkap. I did as he told. Tak mau spoil surprise katenyer.

Elok aku nak masuk kedai stationery, dia panggil pi opposite direction. We walked across few shops and suddenly he stopped right in front of this one shop. Kedai tu tutup dengan blind so I was not sure what kind of shop is it. Yang aku nampak hanyalah perkataan "Slimming" Oh nooooo..Takkan la mat arep nak suruh aku buat slimming session? Sentap hati mak noks. Muka dah habis gelabah dah. 

"You,ni benda apa ni?"
"Masuk la dulu."
"Ishk.Benda apa ni? You nak suruh I buat slimming session ke?"

He handed over the paper to the lady inside the shop. I've been once to hair removal session so I was quite familiar with place like this. Cuma tak pasti treatment apakah yang mat arep buat untuk aku kali ni. Hati duk kuat kata dia atur slimming session. Memang terkedu tak tau nak buat apa. Tak tahu nak rasa apa. I have no idea at all. 

Suddenly I remembered something I have told him few weeks ago. Asyik ulang cakap kat dia "Bestnya kalau dapat buat massage treatment. Ada orang urut badan.Mesti best kan" I kept repeating the same thing over and over. Aha! Dah dapat guess dah. Konfirm bukan slimming session!

"You beli massage treatment untuk I eh?" 
"Ya la.Tak larat dengaq you duk cakap teringin nak buat massage.Asyik ulang yang tu ja"
"Hehehe. Thank you!"
"You dapat expect dak surprise I ni?"
"Dak langsung! Pandai you buat surprise. Thank yoouuuuu" =)

Rupanya dia komplot dengan Wan. Aku pelik jugak macam mana dia boleh beli voucher spa treatment ni tanpa pertolongan sesiapa. Lelaki ni bukan tahu sangat benda spa ni. Bukan dapat massage je, dapat foot spa, full body scrub dan steam bath sekali. Sayangnya, aku baru je abc.So, tak dapat nak buat full body scrub dan steam bath.Kena tangguh hari lain. Just boleh buat massage je dulu.

Massage pun lama weh.Almost sejam.Kebetulan pulak memang aku sejak kebelakangan ni asyik sakit belakang. Tambah tambah bila bangun tidur. Selalu sengal sengal badan. So, bila dapat buat massage ni, rasa syok sangat. Macam pucuk dicita, ulam mendatang gitu. Dapat pulak tukang urut yang sangat friendly.Dia urut memang terbaik. Memang umph! Dia tekan situ, sini, sinun. "Badan you panjang sangat, I tak sampai oooo.Tangan I pendek."  Zzzz. Sebab tu kot dia terpaksa ragaih naik atas badan aku. Dia baru jumpa aku. Tak jumpa Elin lagi. Minah tu lagi panjang.Hahaha.

Dalam duk syok syok massage tu, teringat pulak kat cik abang kat luar tu. Kesian dia. Kena tunggu lama.Huhuhu.After habis massage, cari dia kat luar. Hilang. Call dia.Rupanya dia pergi pusing mana entah.Sempat tidur seround sementara tunggu aku habis berurut. Huhuhu. Kesiannya! =(

One thing that I love about him is, he is so good in making surprises. Kejutan yang tak terjangka.Ke aku yang senang sangat untuk dikejutkan dan di prank kan? Hahaha.Mana mana la. Anyway, thank you mat arep for this lovely treat. Nanti mai teman I buat body scrub dan steam bath pulak noh. =P
I love you lebih la!

Gambar langsung tak ada pasal kamera bateri habis. Sobs.Sedih.

p/s: Nanti aku cover story pasal massage treatment tu in detail ye. Kat mana, macam mana layanan dorang etc.

Thursday, February 7, 2013

Don't complaint, just do it!

Currently helping out mat arep with his assignment.Of course, I'm only capable of helping him with English subject.He's working on his assignment about illegal racing issue.It's been awhile since I last writing down my assignment. Been cracking my head to start writing academically this time. Particularly, with that issue. Before this asyik tulis pasal ELT stuffs because that is my field and I rarely write about current issues. Jadi blur nak buat ayat. Been digging out the suitable phrases and words to make his essay looks better.

It came to a point where I almost blew up at him just because he kept YM-ing me expressing his anger and disappointment towards his lecturer who rejected his previous essay while I was trying to construct my first sentence.Yes, I got easily distracted by the "beeping" colour of  IM that indicates there's a new message coming in.He needs to send it by tomorrow and he got stuck by other reports too. So, no point of nagging about what the lec had done to him. I'm not going to do it all for him. Tak kira la boyfriend sendiri pun, when it comes to assignment, buat sendiri. I'm here just to assist him finding the info and correcting his grammar mistakes.If tak, sampai bila pun tak maju. Ye dak? So, i insisted him to finish it by today so that esok tak perlu la nak bangun awal, sambung buat lagi. Dengan log report lagi. I keep him company for tonight.Sebab tu boleh update entry time macam ni.Sambil update his progress.Hohoho.

Looks like he has to stay up all night long. That's the price of being a student. Kadang kadang terlalu free sampai tak tahu nak buat apa.Sometimes, busy teruk sampai tidur pun tak cukup.

His friends ramai yang dah give up nak redo essay.He felt the same way too.But then when he thought of that subject which is English, it suddenly reminded him of me.He did not want to let me down.So, dia gagahkan diri jugak la redo all his essay just to jaga hati I. Sebab dia tahu English is my core subject.Kalau dia tak buat, memang tunggu masa la nak kena.Hahaha.

Yes, I'm being garang with him all the time. =P



Wednesday, February 6, 2013

Abang Ayih.



One fine day, he called and Akim was beside me, trying to disturb me talking to him with his super loud voice by repeatedly grabbing the phone from me.Distracted by his crankiness, I let Akim talked to him.I told Akim to address him as Abang Ariff.

"Hellooo..ni sapa ni?.. Abang Ayih ka?.. Haa..Along ada selah (sebelah)...*suddenly slapping my arm, poking my waist* Hah..adik dah puk Along dah..adik dah buat along dah..hurm..!*he pouted his mouth while closing his eyes (his favourite reaction when he turned into sick little devil)* "

When he finished talking to his abang ayih, I asked him why did he slap and poke me just now.He told me that Abang Ayih asked him to do so. T___________T Fair enough.

How could you not fall in love with this kid.

After the incident, when Akim hears my phone beeping for messages which he thought someone calling me, he will suddenly grab the phone and pretends that he is talking to his abang ayih. Only Abang Ayih. Until today, he still goes into his "little play time" with his imaginery abang ayih.

"Helloooo abang ayih...Ha..ni adik ni..abang ayih buat apa..?Along ada..Sat nak ngil (panggil) long..Along! Along! Abang ayih pon"

I was once fooled by him. Cis!

By the way, I still love him, my tomey tomey Akim. Oh. not to forget, Abang Ayih as well

(He once asked me why I didn't write much about him in my blog lately.Dulu banyak katanya.Mind you he's my frequent silent reader.Yolah. Lepas ni update banyak banyak pasal you noh. Gila glamour jugak Abang Ayih ni. Hahahaha.)

Friday, January 25, 2013

Current addiction

Since semalam aku dah start pakai hp voda. Rasa kaget sebab duk biasa space bar kat button lain.Ika siap gelak lagi dengar ringtone hp ni.Polyphonic. T_______T  Cisss..Mentang mentang hp dia keluaq lagu Bruno Mars.Tak pa cek, tak pa.

Semenjak dua menjak ni, kerap sungguh pi Alor Setar Mall. Mat arep malas nak pergi Jitra sebab jalan busy.Tambah tambah time petang.Sesak teruk..Tak tau la apa yang membuatkan Jitra tu sesak sangat.So, dia prefer pergi Alor Setar lagi. Lagi satu, sebab AS Mall tu dekat dengan kedai dash. 2 in 1 la senang cerita. Asal keluar dating, mesti singgah punya la kat kedai RC tu.Malas nak cakap apa apa sebab itu minat dia. Kang cakap banyak pun tak guna.Dia still akan main dash tu jugak.Tak pa la.Kasi chance sementara single lagi ni.Kang kalau dah double, lain ceritanya pulak.

Sekarang ni dah jadi peminat tegar Chatime pulak.Asal pergi AS Mall, mesti tuju Chatime.Yang minat sesangat ni mat arep la.Ceh.Tala kat mamat tu pulak.Padahal diri sendiri pun dah terjebak dengan Chatime ni. Kitorang awal awal tu main bantai je beli. Sebab tak biasa minum lagi.Bila dah terkena yang sedap, terus ulang order yang tu je la every time pergi Chatime. Kitorang suka Hazelnut Chocolate Milk Tea. Untuk first timer yang suka minum air coklat tapi yang mild, boleh la try Hazelnut.Tambah pulak topping rainbow jelly.Pergh.Sedap ooo.

Lagi satu benda, Hot & Roll.Yang ni aku yang addict teruk.Mat arep tak hadap sangat pun.Haha.Boleh sawan time makan.Punya la sedap paratha wrap dia.Paling suka, chicken and cheese.Waaahh..Drooling while typing.

Wednesday, November 21, 2012

Dinner at Kenny

Tetiba ja mat arep ajak makan Kenny. Tak pernah pernah makan situ sebelum ni. Al maklumlah. Mahal. Huhuhu. Banyak kali jugak aku tanya, "Betoi ka ni nak makan kat Kenny? Mahai kot" Dia cakap orait ja makan situ. Sekali sekala katanya. Ok la. Kat Alor Setar ni ada satu ja branch Kenny. Kat Hotel Royale, Jalan Putra. Sampai sana dah lewat petang. Kosong. Kitorang je customer kat situ. Aku rasa orang Alor Setar ni kureng sikit kot Kenny. Belek menu, teringin nak makan pasta tapi harganya, tak beragak oiii..Better amik quarter chicken with 3 side dishes. Baru RM 18. Huhuhu.

Sehati sejiwa pilih chocolate raisin muffin. Mine, original quarter chicken with macaroni and cheese, fruit salad and mashed potato. Mat arep, black pepper quarter chicken with baked beans, mashed potato and coleslaw.

Tunggu dua tiga tahun lagi baru mai makan kat Kenny lagi kot.Hahaha.

Monday, May 7, 2012

Between DOTA and your girlfriend.

Dia : B kat GG yang. Main DOTA.
Aku : Ooo.Okay B.


After 15 minutes...


Aku: Ehem...tak respawning lagi ke yang?
Dia : Ya sayang. Duk buat apa tu?
Aku : Tengah baca buku. Pasal ahli falsafah. Plato, Aristotle bla bla bla


After 15 minutes...


Aku : Respawning la cepaaaaat
Dia : Aristotle kata apa? Plato? Peh. B kena kaji jugak pasai depa ni.
Aku : Plato bla bla bla...Aristotle bla bla bla...


After 10 minutes...


Aku : Respawn respawn respawn
Dia : Depa ni bukan hebat mana pun.
Aku : Sapa depa tu? (Lama sangat tunggu dia reply text sampai lupa tadi tengah sembang pasal Plato & Aristotle)
Dia : Plato dan Aristotle la.

Lelaki, kalau dah main DOTA....jangan haraplah nak reply text kita laju laju. Tunggu time benda alah tu respawning, baru reply. Kalau tak,  non hadooooo. Siapa yang pernah main DOTA, mesti tau kan respawning tu apa. Awal awal dulu, makan dalam jugak sorang sorang. Kita message, dia buat dono ja. Lama sikit baru nak reply. Makin lama, dah lali.

Tapi bagus jugak la mat arep ni. Dalam duk men DOTA tu, nak jaga jugak hati dan perasaanku ini. Sedaya upaya reply my text. Even kadang kadang tu rasa macam apa yang dia reply tak connect pun to previous message tapi ok la. Nampak effort dia nak layan aku jugak.

Hahaha.Nice one 9gag.

Monday, March 26, 2012

Hari hari McD

McD..

McD...
McD...

dan McD lagi!

Macam mana saya tak gemuk sekali? (Salahkan orang lain pulak kan.... =,=')

p/s : Orang cakap, makan ubi boleh menyebabkan peha makin besar? Betul ke? Kalau betul, no wonder la mine besor. Hahaha.

Tuesday, March 6, 2012

Tercapai sudah hajat di hati =)

Hari tu kan, pergi Jusco Perda. But before pergi tu, breakfast dulu. Ingatkan nak breakfast kat Shukria, sekali roti habis daa. Disebabkan perut dah lapar sangat, makan kat Radix. Main main, breakfast chicken chop oooo...Jenuh la nak habiskan portion yang begitu banyak. Not bad la chicken chop ni. After kenyang makan, terus shoot Jusco Perda. Main reason pergi sana sebab nak belikan dia jam baru. Korang yang ikut blog ni mesti tahu pasal apa aku nak bagi jam kan. Kesian sangat aih duk pakai jam mati. Disamping itu, (ayat esei BM) nak tengok Adnan Sempit 2. Tobat best movie tu. Aku siap tengok dua kali. Sekali dengan mat arep, sekali lagi dengan Wan n Kema. Memang best. Lawak.

Lepas tu pergi cari jam. Mat arep malu malu kucing. Duk buat segan boleh. Ajak masuk kedai jam, sengih sengih. Mula mula ingat nak belikan jam yang style tali besi tu, tapi dia cakap shining sangat dengan dia. Yo lah. Kulit coklat. Nanti nampak jam dari orang pulak. So, either tali kulit or getah. Yang kulit, eden tak mampu pasal mahal sangat. Ini ja yang eden mampu. Awal awal lagi dah aim jam ni sebab kaler dia rare. Lagi satu nampak sporty. Sesuai sangatlah dengan jiwa mat arep ni. Dia pun tak banyak mulut, so terus angkut. So, tercapai sudah hajat nak belikan jam baru untuk mat arep.

p/s : Lebiu mat arep =P

Saturday, March 3, 2012

Adik beradik

Abang kedai : Ampa ni adik beradik ka?
Aku: Awat? Muka sama ka?
Abang kedai : Ha'ah. *Sengih* Tu la orang tua kata. Kalau muka sama ni jodoh kuat.

5 minit kemudian...

Dia: Ih.Tang mana yang samanya muka kita ni?
Aku: Tang kening kot.

Hidung, aku besar lagi. Kening, dia lebat lagi.Mata,mulut dan pipi, aku besar lagi.Tapi bila senyum 'dua lapis' macam atas ni, nampak macam sama.Hakikatnya kami bukan adik beradik.

Thursday, February 16, 2012

Jam mati

Pernah sekali, time kitorang tengah beli keropok lekor, akak tu tanya dia "Dik, sekarang pukul berapa dik?" Terkulat kulat nak menjawabnya. Mujur aku ada sebelah. Laju laju bisik "Pukul 6.30 dah" Muka harus cool. Tak tahu la akak tu saja nak pekena dia ke apa. Hahaha. Dia cakap rasa kosong tangan kalau tak pakai. That's why dia pakai jugak even dah mampuih pun.

Time anniversary tu plan nak bawa dia pergi kedai jam tapi dia jual mahal. Biaq pi kat dia. Dua tiga hari lepas anniversary, mai tanya balik kat aku "Betul ka tak ada hadiah anniversary untuk B tahun ni?" Jual mahal sangat sapa suruuuuuhhhhh. Eleh. Luar je cakap tak nak tapi sebenarnya dia nak. =P

Monday, February 13, 2012

Lepas tu...

Sorry. Been busy for this few days. Sibuk dating, sibuk buat assignment. Hahaha. So, seperti yang diwarwarkan kat previous post, Jumaat lepas genap la dua tahun kami berjiwang jiwangan. Two years of ups and downs. Kadang kadang bergaduh, kadang kadang suka, kadang kadang tumbuk pintu almari, kadang kadang rindu nak mati dan sebagainya. Kalau nak cerita satu persatu, memang tak habis. Maka, Sabtu pergi la celebrate anniversary.

Tak dan masuk kereta lagi, dia dah suruh duduk kat driver seat. Lepas tu suruh toleh ke kanan. Ada benda nak bagi katanya. Dengar sok sek sok sek bunyi plastik. Macam dapat agak apa benda tapi remain silent. Dapat bunga. Hehehe. =)

Lepas tu tengok movie. Cerita Chronicle. Aku tak galakkan korang tengok movie ni pasal lambat panas. Plot slow dan tiba tiba dapat kuasa psychic. Lepas tu musnahkan semua benda. Lepas tu habis. What the?? So, kesimpulannya, tak payah tengok la. Tengok hantu dalam botol kicap pun rasanya lagi berbaloi (aku tak tengok lagi but looking forward to see it)

Lepas tu, pergi karok. Amik 5 lagu ja. Last token, tertekan lagu 'Lap Lip Lap' by Senario. Hahahaha.Nyanyi jugak la. "Lap lip lap lip lap, buat kerja jangan sampai tersilap! Lap lip lap lip lap, banyak menung nanti otak jadi sempiiiiiiit" Epic habis. Mujur bilik kebal bunyi, kalau tak, tobat tebai muka dengan jiran sebelah.

Lepas tu sek fan! Teringin nak try pizza baru tu. So, ke pizza la kita ye. Sedap weh. Aku tak ingat apa nama pizza ni tapi kami amik set untuk dua orang la. Add on hut platter. Pun sedap. Senang cakap, makan pizza kali ni memang puas hati la walaupun struggle nak habiskan dua slice. Cheese banyak, udang rangup.

Lepas tu, pergi cari printer and I managed to get one. Canon MP 287. Harga asal RM 199, tapi lepas mat arep bargain, dapat la RM 190. Ok la as long as tak lebih RM 200. Oh. Aku adalah sangat fail bab bargain. Tak reti.

Lepas tu, pergi Tanjung Dawai pulak. Nak tengok sunset. Sampai pukul 6.15. Terlalu awal untuk matahari melabuhkan dirinya. Nampak orang jual jagung, haruslah beli. His favourite. Yang gigit habis tu, aku punya. Yang gigit bersepah tu mat arep. Ish ish ish.

Untuk yang rindukan aku, nah!

My one and only chocolate man =)

Subhanallah. =)

Nabi SAW berkata kepada Abu Dzar ketika matahari terbenam. “Apakah engkau tahu ke mana dia pergi?” Abu Dzar menjawab, “Allah dan rasulnya lebih mengetahui.” Nabi berkata, “Sesungguhnya dia pergi bersujud di bawah Arsy dan meminta izin lalu diizinkan. Dan dia meminta izin dan tidak diizinkan. Kemudian dikatakan, kembalilah ke tempat kamu muncul dan terbenamlah dari arah baratnya.”

Friday, February 10, 2012

Happy second

"You come to love by not finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly" -Sam Keen-

Muhammad Ariff, happy second!

Tuesday, January 31, 2012

Nandos at Jusco

Having lunch date at Nandos. Tekak teringin pulak nak makan western food. Belajar makan Nandos ni when I was in Wellington. Agak bosan makan kat Cinta, Nandos la favourite place untuk lepak. Nandos also remind me of WMSO and to be exact, former bendahari, Arif Idrus. Dia ni la selalu belanja kitorang committee members. Antara semua, dia yang paling berduit. Birthday dia pun sambut kat situ, annual catch up pun kat situ. Semua dia yang tanggung. Kesian birthday boy. Haha.

Pergi dengan siapa lagi kalau bukan dengan mat arep.

So off we went to Jusco Perda. Kot belah Sungai Petani ni mana nak dapat Nandos. Kalau dah kempunan sangat, sanggup aih pergi sampai ke Perda nun haa. Sanggup kosongkan perut tak makan apa dari pagi semata mata nak makan Nandos.

Luar senyum, dalam ada banyak lapar woo.Sabar jelah menunggu.

Aku order 1/4 extra hot chicken with old style chips and coleslaw. Tak amik nasi konon konon nak diet la kan. Hahaha.

p/s: Dah terbiasa order kat Welly tanpa air. Pasal selalu minum air kosong ja dan tak kena caj. Kat sini, non ado air free. Mineral water pun dia charge.Cait.

Saturday, January 28, 2012

Hitam


Mencuba nasib menjadi ibu tumpang for a few minutes. Ternyata budak ni banyak akai jugak. Ibu tumpang does not necessarily means kena bagi susu. Korang jangan macam macam pulak. Aku ni pantang nampak baby. Konfirm nak dukung. Geram. Tambah tambah yang badan besor. Lagi la memuncak keinginan nak peluk cium gigit budak tu. Budak ni namanya Haziq Harith. Baru 5 bulan. Muka macam anak mat saleh. Putih gebu. Tapi tok dia cakap bapak dia hitam macam negro. =,= Sungguh kasar disitu. Diulang banyak kali pulak tu. Mujurlah si bapak budak tu tak ada kat situ. Kalau tak, sentap noks. Biasalah. Orang tua. Hitam sikit pun pi bantai cakap negro.

Olololonyeee...manih aih!

Dia: B rasa anak kita putih melepak. Tak tau pasaipa.Abang B hitam, bini dia putih. Keluar anak putih melepak.
Aku: Fira pun rasa macam tu (bajet muka aku putih sangat la kan.puih). Tapi fira tak kisah aih anak putih ka hitam ka. Dah dapat pun dah cukup baguih dah. Rezeki tu.
Dia : Ya. Betul tu fira. Cuma B kesian la kalau anak kita hitam. Tak pa la.Bersama kita bela anak nanti.B tau macam mana perasaan orang kulit hitam. Kena ejek, kutuk, dipersendakan. Jadi bahan ketawa. Negro, dibenci orang. Fira mana tau.

*Dia cakap macam tu pasai dulu dia pernah kena ejek negro. Ditumbuknya muka budak tu sampai si emak pengejek datang rumah tanya pasai pa tumbuk anak dia. Bila mak budak tu dah blah, mak arep cakap 'baguih.duk kata lagi kat anak aku negro. padan muka kena tumbuk'. HAHAHA*


Moral of the story,setiap manusia punya hati dan perasaan. Janganlah sesuka hati mengejek orang lain. Kelak badan binasa. =P

p/s: Hitam hitam pun, hatiku sudah terpikat.

Thursday, January 26, 2012

Hero hindustan

Morning semua! Walaweh. Macam hero hindustan.

p/s : Silap tak bagi pakai spek mata besar, cincin batu kat jari kelingking. Kalau tak sebijik macam Azwan Ali. Kehkehkeh.

Monday, January 16, 2012

Oreo cheese cake SR

Rasa macam lama pulak tak letak gambar makanan kat sini kan? Hahaha. Meh nak tayang kek secret recipe pulak. Hari tu teringin nak makan benda manis. Aku ni tak favour sangat benda manis.Tapi sekali kalau aku mengidam, memang 'la la' tu jugak aku nak. Tak kira macam mana pun, mesti dapatkan.

I had oreo cheese cake. Oh my. Sedapnya. First time try dan tak sia sia bayar mahal untuk sepotong kek. Tak tahu la korang punya taste macam mana. Tapi bagi aku kek ni just nice la. Tak la terlalu cheesy. Yang penting kurang manis. I loike. Kek ja mana cukup beb. Wa order pulak fries satu set. Air pulak dapat free kalau kita pergi makan time petang. We chose tea. Cawan kecik. Mana cukup beb. Wa order mocha pulak. Kenyang telan ayaq ja. Burp!

Terus tersandar. Tank aku lagi besor dari mat arep. Kalau makan pun, aku lagi laju dari dia. Tapi bab nak habiskan makanan, boleh kasi kat dia cuma it takes a loooooooooooong time pasal dia sangat menghayati makanan yang dia makan. Tiga kali suap aku, dia baru satu suap =.=

p/s : La la = ??? ( tak tahu nak kasi word sinonim untuk perkataan ni. Susah nk explain. Anyone?)

Sunday, January 15, 2012

Kerusi urut Gintell


Tesco SP

Satu habit mat arep ni. Kalau pergi shopping complex yang ada mesin urut Gintell ni, konfirm dia akan buat. Tak kira Tesco ka, Village Mall ka, Alor Star Mall ka, Jitra Mall ka, asal nampak kerusi urut, muka terus berseri seri. Minta izin bagai kat aku. Pasal aku pernah tarik muka waktu dia nak duduk kat kerusi urut ni. Masuk RM 1, urut selama 3 minit. 3 minit la aku cangak tak tau nak buat apa. Nak pergi cuci mata kat kedai lain, jauh. Malas satu hal. Mulalah duduk kat kerusi sebelah dia. Duk sat tu, bunyi. Pasal tak masuk duit. Hang ingat boleh senang senang duduk ka kat kerusi Gintell ni? Non ado. Berbunyi kalau suka hati duduk tanpa bayar. 3 minit lama woi. Kadang kadang dia minta nak tambah lagi 3 minit. Hangin la aku. Orang nak dating, dia sibuk nak urut badan. Puih.

Alor Setar Mall

Satu impian dia bila dah ada duit lebih sikit, dia nak beli mesin ni untuk abah tersayang. Baguslah. Anak pun boleh tumpang sekaki kan. Hahaha. Dua tiga kali jugak dia ajak aku buat sekali. Memang tak la kan pasal ada satu urutan tu, dia gegar gegar badan kita. Tera' mat arep yang haluih tu pun bila mai time urut gegar tu, satu badan goyang, inikan pulak badan aku. Kang tak pasal pasal orang pandang pelik. Perempuan ni payah sikit. Macam macam aset nak kena jaga. Kang mengundang padah. Teeet! Ada satu kat Alor Star Mall, dia letak kerusi urut ni kat depan escalator. Sah sah la orang turun naik boleh nampak kan. Malu kot gegar gegar depan orang =.=

Lama lama, aku dah biasa dah dengan perangai dia ni. Sekarang ni, kalau dia nak mengurut lebih dari 3 minit, aku tinggal dia. Masuk mana mana kedai. Tak kuasa nak tunggu dah. Berani dia nak tinggal aku lama lama? Hahahaha.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger