Online users

Follower

Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Shipping barang.


Duk tangguh lama dah benda ni.Hari ini baru siap packing semua barang makanan.Nak pos ke Welly.Dengar cerita nak hantar makanan ke Welly sekarang tak boleh pakai poslaju dah.I mean melalui udara la.Kastam NZ ketat sungguh bab barang yang nak dibawa masuk ke situ.Tak boleh benda berbau sikit konfirm kena buang.Jenis berjaga tak ingat weh.Takut bawa penyakit kot.Huhuhu.Tahu tahu sajalah barang makanan orang Asia ni macam mana.Pelbagai jenis.Tapi kalau belacan tu, memang wajarlah kena buang.Dorang tak dapat identify benda tu.Macam yang aku kena dulu.Aku tak suruh pun tok pos belacan, gagah juga dia bubuh.Sekali kau, kena rampas.Padan muka! Hahaha.

Kali ni nak hantar through shipping pula la.Jimat sikit duit.Kos beli dan hantar barang ni semua guna duit eden.Langsung tak sentuh duit orang lain.So, ok la tu hantar shipping.Paling lama 3 bulan.Bajet akhir bulan 3 sampai.Harapnya on time la.Kalau tak, kempunan eden nak minum teh tarik tu.Huhuhu.

Noooh.Sampai sekilo cabai kering.Nak buat kenduri ka apa ni? Hahaha.

Benda paling penting sekali untuk diingat sebelum shipping barang ialah pastikan barang tu masih lagi dalam keadaan elok.Tak reach expired date.Kalau boleh, cari produk yang tahan lama.Expired date 2 tahun dari tarikh penghantaran.Aku dah serik dah sebelum ni banyak perencah dah nak sampai due date.Kadang kadang sampai tak terligan nak habiskan stok.End up buang dalam tong sampah sebab dah expired.Rugi weh.

Monday, November 15, 2010

Jihad yang salah.

Baru lepas tengok National Geographic.Dorang kupas isu pengeboman di Bali last few years yang dirancang geng Nordin Mat Top.Dulu tak pernah ambil port pasal benda ni sebab tak jadi kat Malaysia.Hopefully takkan terjadi kat Malaysia.Minta simpang la bom bom ni.

Bila reflect balik pasal kejadian tu, no wonder orang benci Islam.Islam dilabel pengganas.Disebabkan dorang, habis semua orang Islam kena tempias. Adanya racism.Tak adil weyh.Tak semua orang Islam macam tu.Dalam agama kita pun tak ada amalan bom diri sendiri kononnya jihad ke jalan Allah.Masaalah juga kalau terlalu pro Islam ni.Islam tak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan apatah lagi membenci agama lain.Even orang Islam sendiri mengutuk orang yang pro Islam ni.Not good not good.

Tak faham kenapa mesti bom diri sendiri kononnya jihad ke jalan Allah.Bunuh diri, tanah tak terima wooiii.

Zebra crossing.

Bukan nak kutuk orang Malaysia cuma aku perasan satu benda.Kalau dah nama pun zebra crossing, priority tu untuk pedestrian.Kalau nampak pedestrian melintas, jangan la pi hangat enjin nak pecut lagi.Apa ke bahlul sangat nak pecut lagi kat zebra crossing?Bongok betul la.

Haa.Kan tak pasal pasal dah kena kutuk.Aku tak kata semua orang macam tu.Cuma segelintir ja yang bahlul. Perlulah ada kesedaran sikit.Bukan tak belajar time driving class dulu.Tolonglah consider orang lain juga.Kalau kat NZ, pedestrian sangat diutamakan malah diberi keistimewaan berbanding orang lain.Kat sini pun patutnya macam tu tapi sikap dan mentaliti orang kita ni yang buat benda ni tak jadi.Sia-sia buat zebra crossing kalau tak reti nak ikut.Kesian la kat pedestrian.

Berhenti pentingkan diri sendiri.Be considerate.

Sunday, October 17, 2010

Trend kahwin zaman sekarang

Sekarang dah jadi trend untuk orang yang nak kahwin buat pre-wedding shoot dan montaj kahwin.Memang seiring betul dengan teknologi sekarang.Montaj pula bukan buat guna video maker, tapi upah geng pro. Kualiti memang cantik. Kena pula kalau letak lagu jiwang, kita yang tengok ni terus into mood. Terus rasa macam nak kahwin juga.Gitu.

Bagi aku benda macam ni perlu sebab once in a lifetime.Kahwin ni bukan boleh rotate, bukan boleh ulang banyak kali. Biarlah ada kenangan. At least kalau bosan, boleh replay video kahwin.Tak pun simpan buat bekal nak tunjuk kat anak cucu. Sweet gila.Hahaha.Penting untuk ada network dengan photographer so that senang nanti nak minta tolong time kahwin.Boleh minta harga adik beradik.Hehehe.

Kad kahwin pun makin canggih la ni.Pakat ligan semua nak letak gambar.Bagi aku tak surprise la letak gambar kat dalam kad kahwin.Hilang seri.Eceh.Biaq la rahsia sampai ke hari kenduri baru reveal muka.

p/s: Ni apasal cerita pasal kahwin ni? Gatai nak kahwin dah ka?

Friday, September 3, 2010

Ketupat jantan dan betina.

Nak ole-ole dari New Zealand? Meh join Raya Sakan Contest. Klik [sini]

Hip hop oh tok.Pakai cap balut ketupat yaw.

Nah...Rupa tok haji secara ekslusif dalam blog cucu dia.Siap pakai bedak sejuk lagi.Gambar raya tahun 2008.Selalu yang kena balut ketupat ni muka aku, Malia dan Mak Su.Tapi tahun ni hilang la sorang AJK balut ketupat.Tinggal la dua beranak setia membantu tok haji di dapur. Tok kejam juga kadang-kadang.Dalam sibuk , dia boleh gelakkan aku dengan Malia sebab ketupat kami selalu jadi ketupat betina. Tak jadi jantan macam dia buat.

Ketupat palas made in Titi Gajah.Dah bercampur betina jantan.

Oh ya.Kalau yang duduk belah Utara ni mesti dah familiar kan dengan ketupat daun palas.Tak salah balut cara betina or jantan.Cuma kalau yang jantan tu, lebih kemas,Lebih kejap.Tendency nak masuk air time direbus tu sedikit berbanding ketupat betina. Jangan ingat ketupat ni ada kem***an pula naa.

Gigih aku mencari gambar nak tunjuk kat korang.Nampak tak perbezaan dua ketupat ni? Yang kiri ialah betina dan kanan ialah jantan.Ihsan gambar dari [sini]

So, lepas ni kalau nak mai rumah sedara belah Utara ni, bolehlah nak eksyen 'Aku tahu ketupat ni.Ketupat jantan/betina kan?' sambil kembang kempis hidung.

Thursday, September 2, 2010

Indon buat hal lagi

Nak ole-ole dari New Zealand.Meh join Raya Sakan Contest.Klik [sini]

Apa kes rakyat Indon ni? Apa lagi yang dorang tak puas hati? Hey, come on la. Be rationale la.Kes dah setel dah pun, yang gaduh nak besar-besarkan balik kenapa? Orang kau dah dibebaskan. Apa lagi kau nak? Melutut depan kau minta ampun ke? Dari kau baling ikan masin depan kedutaan, baik kau pos kat aku kat Welly ni. Goreng pun sodap.

Klik [sini] untuk berita selanjutnya.

Aku memang marah. Macam mana la nasib student kita yang kat Indon tu.Harap dorang selamat dan dalam keadaan baik.Bersabarlah orang Malaysia.Dugaan dalam kemerdekaan.

Saturday, August 14, 2010

Mari belajaq bahasa U-ta-gha 3

Mari belajaq bahasa utagha episod ke-3 kembali lagi! (Bajet macam iklan tv kan)

1) hawin : memusingkan sesuatu benda berulang kali
2) kelepiaq : melibas (khas untuk perbuatan menggunakan tangan)
3) celuih : muat
4) kampoi : kumpul/kaut
5) je-ghang : rebus
6) te-ghe-bey : lastik
7) capoi : celupar
8) sene-gheh : selisih
9) pedo : hati-hati
10) pey-soh : urus

Lepaih ni, bolehlah kalau nak sembang kencang dengan orang utagha naa.Dah hebat guna kosa kata utagha.Hehehe.

Thursday, August 5, 2010

Mari belajaq bahasa U-ta-gha 2

Kembali lagi dalam episod ke-2 Mari belajaq Bahasa Utagha. Asal usul kosa kata ini tidak dapat dikenalpasti. Ceruk mana dia cedok, itu yang kita tak tahu tu.

1) gon : cerun/bukit kecil
2) belemoih : kotor/comot
3) tertomoih : tersungkur
4) ku-tey : cubit
5) tak dan : tak sempat
6) lencun : basah kuyup
7) kawaq : pencuri
8) ke-te-gaq : degil
9) he-ghot pe-tot : senget benget
10) me-ghe-la : gatal/miang (untuk sifat manusia)

Credits to Kamil Zamrie for listing out over 200 Kedah words in FB. Aku cedok dari dia la ni.Hehehe.

Tuesday, August 3, 2010

Muliakanlah anak yatim

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:"Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat."

Artikel sumbangan iLuvislam.com

Friday, July 16, 2010

Kena himpit : Sleep paralysis

Ok.Aku dah baca semua komen pasal tidur kena himpit dan most of you pun pernah kena benda ni.Untuk percaya bulat-bulat kena himpit dengan hantu tu sangatlah nonsense.At least must be a vivid reason why is this happening.Thanks to Shazwani for the link.

Fenomena ini dipanggil Sleep Paralysis dimana sistem tubuh kita lumpuh untuk seketika.Selalunya fenomena ini berlaku at the beginning of the sleep or at the end of the sleep.Bila kita dah start nak tidur dengan nyenyaknya, otak (Reticular Activating System,RAS) akan hantar satu signal ke sistem badan untuk suruh kita rehat.So, automatically, satu badan akan switch off melainkan automatic function system iaitu degupan jantung,sistem pernafasan dan sebagainya.Gilo kau kalau yang tu pun switch off, innalillah la kau.Huhu.

So, bila kita bangun, RAS akan switch on balik.Tapi kadang-kadang signal tu lambat sampai kat badan.State ini la kita jadi lumpuh seketika before otak activate balik signal tu.Otak kita macam berhenti berfungsi sekejap.Scary right? Mengikut pembacaan, paralysis itu tak semestinya full.Maybe sebahagian ja.That's why kita masih mampu nak gerakkan anggota tubuh yang lain seperti jari.Yang pasal bunyi-bunyi tu, yup.Sleep paralysis comes with hallucinations either visual,auditory or tactile.So, macam yang aku kena tu, memang lengkap ketiga-tiga benda tu.Nampak macam bayang orang, dengar suara pelik dan badan rasa macam kena tindih.

Untuk info lanjut, boleh baca [di sini]

Faktor lain yang menyumbang kepada Sleep paralysis :

1) Tak cukup rehat
2) Perubahan drastik jadual tidur
3) Posisi tidur secara terlentang
4) Stress
5) Narcolepsy (penyakit tidur)
6) Side effect ubat yang korang telan jika ada.

Fakta sains menolak sekeras-kerasnya kewujudan evil dalam fenomena ini.Sebagai orang Islam, kita ada doa untuk diamalkan.Kalau terlupa doa tidur, bacalah bismillah sebanyak 21 kali.

Thanks to all yang bagi komen on the previous entry.Really appreciate it.

Lepas ini dah tak takut dah kalau jadi benda macam ni.At least dah tahu itu bukan hantu.Hahaha.

Monday, July 12, 2010

Dari bola ke sambal sotong.

Hohoho.Dah habis pun FIFA.Mesti para isteri seronok akhirnya para suami menjadi hak mutlak mereka kembali.Tiada lagi episod kena tidur sorang-sorang.Dah bolehlah nak bermanja seperti biasa.Aku memang tak ambil tahu langsung pasal bola ni.Yang aku tahu aku suka Christiano Ronaldo sebab dia cute.Dasar kan.

Kisah si Paul sotong tu pun dah hujung-hujung world cup baru nak tahu.Itupun tak sengaja terbaca kat blog mana entah.Patutlah ramai blogger buat entry sotong.Alahai.Si Paul tu patut potong buat sambal ja.Ih laa.Lama pula tak merasa sambal sotong.Teringin pula dah.

Duk sini kerja ulang makan ayam,daging,ikan,telur.Ayam,daging,ikan,telur.Nak beli seafood mahal.Tambah-tambah mussel tu.Udang fresh pun tak pernah beli.Sotong lagi la.Memang asyik target ikan ja kat Sunday Market.

Nooh...ke laut entry ni.Mana satu ni? Bola ke sambal sotong?Aku pilih sambal sotong.

Saturday, June 12, 2010

Penting ke untuk tahu kitaran haid?

Psst..nak tanya ni. Penting ke untuk tahu kitaran haid? I mean buat kira-kira bila time subur semua tu? Sebab aku tak pernah ambil tahu pun pasal benda ni.Hahaha.Yang aku tahu awal bulan aku bendera merah. Itu je. Kadang-kadang datang haid lambat.Kadang-kadang on time.Certain orang siap mark calendar lagi bila datang period. Aku awal-awal dulu buat la. Bila dah makin besaq ni,dah malas nak buat semua tu.Kalau dia mai, aku pakai pad. Habis cerita.Maybe sebab aku fikir yang kitaran haid aku tak ada masalah kot.Period pain pun tak pernah.So, aku macam malas nak peduli sangat melainkan tiba-tiba langsung tak datang bulan baru nak kelam kabut.

Maybe sekarang tak penting lagi kot untuk tahu pasal time subur.Tunggu time nak kahwin nanti baru start buat kira-kira.Ehem ehem.Tapi kan, ada sesetengah lelaki lagi handal dalam kiraan waktu subur berbanding perempuan. Sokong ke tak? Tinggal komen please =)

Monday, June 7, 2010

Mermaid Bar, Courtenay Place

Apa yang korang nampak?

Mermaid Bar. Katanya untuk adult entertainment. Katanya lagi setiap orang yang keluar dari bar ini akan tersenyum puas. Mana tak puasnya. Dapat tengok gadis seksi bermain kat stripper pole. Kalau keluar tak senyum, ada something wrong la tu. Entry untuk masuk bar ini ialah NZD20. Tak ada la ekslusif sangat kalau setakat NZD20. Lebih kurang macam tengok wayang ja.

Night life kat Welly agak bosan untuk student. Shopping complex dah tutup. Yang tinggal just kedai makanan dan bar. Tak ada yang menarik melainkan ushar orang mabuk dan berkelakuan pelik kat street. Kalau hang yang jenis kental, bolehlah nak stay lama-lama kat town tengah malam. Kalau macam aku ni, pengecut sikit. Hihihi.

Agak-agak gaji stripper lumayan ke tak? Ke berdasarkan tips customer ja?

Thursday, June 3, 2010

Pengalaman Ashwad Ismail (wartawan Astro Awani) sewaktu menjadi tahanan tentera Israel.

Korang nilai sendirilah tentera Israel ni macam mana. Credit to suarapeople for this article.

28 jam rasai Azab Palestin.

ASHWAD menghubungi Kuala Lumpur sejurus tiba di Jordan, semalam.
  • Diacu laser raifal ke dahi
  • Merangkak celah mayat
  • Tak diberi makan, minum
  • Tangan diikat sampai kebas
  • KUALA LUMPUR: Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu. Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.
  • Berikut adalah rentetan pengalaman yang diceritakan Ashwad ketika dihubungi Berita Harian, beberapa jam selepas beliau tiba di Amman, Jordan, semalam.

    “Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.
    Episod ngeri itu bermula pada jam 4.30 pagi (waktu Turki) Ahad lalu, sejurus kapal Mavi Marmara memasuki perairan antarabangsa apabila tiga kapal perang Israel yang diiringi 16 bot laju komando mengepung kapal kami.

    Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.

    Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.

    Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.

    Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.

    Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.

    Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.

    Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.

    Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.

    Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.

    Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.

    Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.

    Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.

    Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.

    Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.

    Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.

    Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.

    Mulanya, kami menjangka akan lama merengkuk di penjara sehinggalah kami didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira, iaitu kami akan dibebaskan tidak lama lagi.

    Tepat jam 8 pagi kelmarin kami dibebaskan tetapi terpaksa menjalani beberapa pemeriksaan sebelum dibenarkan menaiki bas pada jam 6.30 petang. Selepas perjalanan meletihkan hampir 12 jam, kami akhirnya sampai di sempadan Jordan dan dibawa ke sebuah hotel di Amman.
  • Thursday, May 27, 2010

    Welly or Auckland?

    Terkejut juga tengok statement ni dalam Dominion Post.

    Wellington is less livable than Auckland

    FYI, Welington is the capital city of New Zealand. The irony of it is that Auckland is much more developed than Welly in terms of city yang lebih membangun.Tower sana sini, traffic jam yang sangat teruk dan banyak aktiviti yang berpusat kat sana. Contohnya, kalau Justin Bieber datang NZ, tuju Auckland. Kalau BSB buat concert, tuju Auckland juga. Kiranya Auckland is most preferable than Welly. Kat Welly tak ada international airport. Kalau nak datang sini, kena transit dari Auckland. So, Auckland ni boleh disamakan dengan KL la.

    Ramai juga yang assume Auckland is the capital city of NZ sebab ianya membangun dengan pesat. Padahal Welly is the one. Pelik juga aku kenapa Welly tak semaju Auckland? Bukan Welly ni kampung. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan Auckland, memang terang tang tang boleh nampak perbezaannya. Macam KL dan Penang.

    Rupa-rupanya Auckland pernah jadi capital city of NZ back in 1841. Tapi, pada tahun 1865, Welly dipilih untuk replace Auckland because of its harbour and central location. Maka, seat of government pun berpindah la dari Auckland ke Welly. Ha. Gitu la ceritanya. Lagi satu fakta menarik, Welly adalah the southernmost national capital city in the world. Kalau fikir logik, sesebuah negara mesti pilih capital city yang terletak di tengah-tengah kan? Lain pula kat NZ ni. Welly yang duduk hujung selatan pula yang dipilih. Oh. By the way, NZ terbahagi kepada dua region iaitu North dan South Island. Welly kat North Island.

    Psst..ranking dunia meletakkan Auckland di tempat ke 4 sebagai city yang sesuai untuk diduduki manakala Welly di tangga ke 12.Baghdad pula ranking ke 221. Mana Malaysia? Aku pun tak tahu.

    Ok. Aku dah macam cikgu sejarah campur geo. T_T

    Tuesday, May 4, 2010

    Somebody..please help me.

    Nak tanya ni. Korang ada dapat tak e-mail yang claim korang menang itu ini? E-mail minta account number kita untuk salurkan dana dalam negara kita? Bunyi serius kan? Memang pun. Bukan sekali dapat, malah berkali-kali. Setiap hari mesti ada at least satu e-mail minta simpati. Semuanya pasal duit.Menyemak betul. Dari mana dorang dapat e-mail kita eyh? Aku try tanya Wan takut-takut dia dapat e-mail yang sama macam aku. Tapi, tak pun. Aku start receive e-mail mengarut ni since aku display e-mail aku kat blog. Time aku buat contest 30999 tu.

    Ada cara tak untuk stopkan benda ni? Ke memang dah terlambat untuk bertindak?Sampai bila harus begini?? Annoying gilalah!

    Yes. Aku tahu itu internet scam. Please. Siapa-siapa tahu macam mana nak stop dari receive e-mail mengarut ni, tolong inform aku.

    p/s : Asal dapat je e-mail mengarut, terus report as spam.Padan muka!

    Tuesday, April 20, 2010

    Trademe

    Salah satu kegemaran pelajar TESOL IPSAH kat sini ialah melayari trademe. Trademe ini ialah laman web yang menawarkan perkhidmatan bidding untuk semua jenis barang. Dari perkakas rumah sampai ke sotong kering pun dijual. Ala-ala macam bundle juga. Cuma online dan kita yang bid untuk barang tu. Ada sesetengah item itu first hand. Ikut nasib la. Ada yang worn once, ada yang dah berkali-kali pakai pun dijual juga.

    Kalau dah namanya perempuan, mesti tengok kat clothing ja. Tak tengok kat benda lain dah. Ada sesetengah barang tu, kita boleh dapat bawah 10 dollar. Memang berbaloi. Aku tak pernah beli apa-apa lagi dari trademe ni. Tapi, berdasarkan pengalaman kawan-kawan, ini antara barang yang diangkut dari trademe:

    1) Handphone
    2) Beg prada
    3) Jacket,sweater,cardi dsb.
    4) Puffer
    5) Perkakas dapur
    6) Gitar

    Boleh addicted tau kat trademe ni --> aku la tu. Even tak beli apa-apa pun lagi, tapi kat dalam watchlist dah berderet (rujuk gambar di atas). Duk aim itu ini, tapi tak berani bid lagi. Tunggu dekat-dekat dengan closing hour baru nak celapak bid. Itu pun kalau rasa macam berbaloi beli.Hahaha. Demand barang kat trademe ini pun boleh tahan tinggi. Ada sampai beratus-ratus dollar even secondhand. Maybe sebab jenama kot.

    Wa dah cakap. Lu tak percaya kan? Sekarang, tengok sendiri. Highest bidding setakat semalam ialah $39,750 NZD untuk sepasang kasut pengantin. Telan ayaq liuq ja la tengok amount banyak tu.Sesetengah item, seller yang tetapkan starting bidding. Macam yang atas ni haa. Tak ada maknanya orang nak bid sampai mahal macam tu. Baik beli kat kedai terus.

    Dulu, aku ada aim satu hooded jacket kat trademe. Mula-mula aku bid 4 NZD je. Dah sedap tengok tak ada orang bid lagi tinggi. Sekali, lagi 2 jam nak close bidding, terus mencanak naik bidding sampai 21 NZD. Teruih tak bid dah. T_T

    Saturday, April 17, 2010

    Janda berhias

    Kami tengah makan pizza. Tiba-tiba terkeluar pasal janda berhias.

    Gadis cun 1 : Janda berhias ni yang suka melaram tu kan?

    Gadis cun 2 : Eyh.. Tak la. Janda berhias ni yang cerai tapi tak sempat buat lagi.Kira macam virgin lagi la.


    Gadis cun 3 : Ha? Biar betul. Tak buat lagi? Bukan janda berhias ni yang suka melaram tu ka?

    Gadis cun 2 : Bukanlah. Dia tak sempat buat lagi dengan husband dia.

    Gadis cun 1 : Ooo. Macam mana kita nak tahu dia tu janda berhias ke tak eyh? Mustahil lah kahwin tak pernah buat before cerai.

    Gadis cun 2 : Alaa..Kalau husband mati before malam pertama, janda berhias la tu.


    Hahahaha.Apa pendapat korang tentang janda berhias? Ke janda berhias ni yang bercerai time tak ada anak lagi? Still confuse lagi ni.


    Ini janda ke janda berhias?
    -Sekadar gambar hiasan-
     
    © 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger