Online users

Follower

Showing posts with label balik NZ. Show all posts
Showing posts with label balik NZ. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Graduation Day (Part 2)



The next day, we have a graduation parade. Haa..Ini yang special pasal Victoria ni. It has become a tradition where the graduands will be parading along the city street accompanied by the brass band. It's a celebration of joy for the graduands. Actually, aku plan nak pakai kebaya time parade ni tapi memikirkan kain kebaya tu sempit, nak parade macam susah. So, ulang pakai baju yang sama time dapat scroll. Kihkihkih


As we were busy taking photos,two ladies came and approached us. They asked for two volunteers to hold the Victoria banner. Laju je aku dan Elin angkat tangan. Hehehe. Sebab yang pegang banner akan duduk depan sekali. Right after the brass band. Ada chance la nak masuk dalam gambar banyak sikit. =P  Even the chancellors and lecturers were also lining up behind us. Nampak tak betapa pentingnya role kami? Hahahaha.Why they chose foreign students not the locals? Maybe because they wanted to show the diversity of students in Victoria. If I'm not mistaken, bilangan foreign students di Victoria agak banyak berbanding local people. Pernah jadi isu hangat kat paper bila dorang umumkan nak buka more offer to the foreigners instead of their own people.


When the brass band started marching, kitorang pun ikut la kat belakang. The person in charge told us not to follow too close, biar ada few gaps between them and us. There were times when I walked too fast and the lady in orange safety vest whispered to me, "Not too close darling.Slow down a bit" Hahahaha. I was nervous. Macam fashion show pun ada.There were so many people watching us, taking photos. I tried to smile as long as I can. Sampai kejang muka ni haa. The wind was so strong that sometimes the banner rolled up the pole. Time ni la rasa bersyukur sangat tak pakai kebaya. If tak, ada yang dapat tengok free show.Hihihi.


I had my limelight moment when my hood flew away from my head because of the strong wind. T______T It dropped right in front of the chancellor's feet. I was too shocked that I stopped walking and try to take it back. To my surprise, the chancellor bent down his body and took my stupid hood for me. Just when I got back my hood, Elin's hood pulak yang jatuh. The situation became chaotic out of sudden just because of our hoods. Huwa! What a shame! When the parade ended, the chancellor came and talked to us "This is the first time ever in Victorian history such thing happened. The wind must be too strong aye? " Rasa macam nak tutup muka dengan robe tu ja.Hahaha.Malu gila.Mujur la dia cool je tak marah ke apa. I did not know whether there's people yang rekod that moment. If ada, tolong la delete. If tak nak delete, simpan buat kenangan sendiri je lah nooo. Janganlah share kat mana mana. Buat malu kaum sejagat je. Jatuh saham I. Sobs.

Habis je parade, kitorang pun mula la berpeleseran kat Civic Square.Ambil gambar banyak banyak. Lighting  baik punya. 


 Pinjam mak Elin. Huhuhu. We are the "parent-less" graduands. Thank you to the girls sebab bagi bunga kat I. Huhu.Terharu.

 With some of my cohormates. It was a beautiful day. Shine bright like a diamond. 

Ikut tangga ketinggian.Yeay! Dah graduate! Sekarang menganggur T_______T

Wednesday, February 6, 2013

Revisit NZ: Things that I did in Wellington

This is a compilation of things that I did in Wellington apart from graduation. Yang graduation tu, aku buat entry lain pasal banyaaaaaak sangat gambar nak share.Hihihi. Here we go.


1) Hanging out at the harbour. Always will be my favourite place to lepak lepak. Kena pulak tampar dengan angin Welly yang sangat kuat sebab tepi laut. Memang masyuk. Sometimes, you can see people jumping into the sea especially during summer.Makin ramai yang ushar, makin galak dorang ulang terjun. With various styles of jumping. Some people even use this place to sleep and one of them is me.Hahaha.Punya la lama menunggu Adawiah and Arif pergi Te Papa Museum sampai boleh terlelap.It feels so good. Perfect combination of the sea breeze and the sunny weather. One thing yang seronok buat kerja gila kat sini sebab orang lain tak peduli or pandang serong pun kat kita.Cer buat macam tu kat Malaysia.Mesti ada yang cakap "Balik tidoq kat umah la weh!"

 See see.Seeing girls in bikini in a public place like this is a normal thing for me.Dah tak larat nak tengok dah.Cemuih orang utagha kata.

2) Datang negeri orang putih tak try its coffee or latte memang silap besar la kan. As for me, I prefer mocha with vanilla on top.This one we bought it at Esquires in Reading Courtenay.Ternyata mocha NZ tak pernah mengecewakan aku.Sedap sangat.Since sana sejuk, memang kena sangat la minum air macam ni.Kena sedas, tak tidur malam.High in caffeine.Teringat zaman stay up buat assignment. Inilah benda yang aku ambil untuk celik 2 3 pagi. Setengah orang dah imun dah dengan coffee.Telan la banyak mana pun, tak ada effect.Tidur malam jugak.

 3) Watching the Hobbit. Kelas kau tengok Hobbit kat NZ. It was a purple day for us by accident. Ingat nak ambil yang premiere screening punya tapi dah full. So, kitorang terpaksa tengok few days after premiere. Itu pun elok elok je ada seat kosong untuk kitorang. Tengok yang 3D. Such a great movie.Loving every part of the stories especially the place.Baru tahu sebenarnya banyak lagi tempat cantik kat NZ yang aku tak explore. Must revisit there someday and go to the Hobbiton to really endure the feeling of being a hobbit.Insya-Allah if ada rezeki.

Nice kan? We watched the movie at The Embassy Theatre.Feeling tengok movie kat theatre is a bit different from cinema pasal the hall is super big and the screen is massive. Seating pun lain as it is in curve shape.

4) Meneman pengantin baru photoshoot kat harbour.Yes, tak sia sia depa angkut baju pengantin all the way from Gurun to Wellington semata mata untuk dapatkan shot yang stunning dan walah! Jadi perhatian mat saleh kejap pasai out of nowhere muncul pendekar dan puteri. Hehehe.Untunglah dapat honeymoon kat oversea =P The shot with the pigeons turns out to be so beautiful and it has become Adawiah's current cover photo on FB. Big thanks to Nana as the official photog and Juwe as the pigeon chaser.Hohoho.

As an ending...Hahaha. Toodles!

Thursday, January 17, 2013

Revisit NZ: Wellington

Kasi teaser dulu la noh. Flight kitorang dari Auckland to Welly pukul 9 malam. Sampai airport around 7 and it was still sunny. It's summer babeh. Dekat pukul 9 baru start gelap.Tapi satu je lah yang tak syok. Summer ke winter ke kedai tetap tutup pukul 5 petang.Itu je lah satu benda yang tak syok pasal NZ ni. Yang buka pun kedai makan.Itu pun banyak pub.


Auckland airport kedekut wifi free. Kalau nak online jugak, kena pergi kat satu corner yang ada computer.Itu pun ada 3 ketoi ja computer. Hmppph.


View sunset dari dalam flight. Told ya, pukul 9 malam baru nak tenggelam matahari.Subhanallah.Masya-Allah.Cantik sangat. Selalu dapat tengok dari bawah langit. Ini special sikit. Tengok dari paras langit.


Sampai kat Welly around 10 malam. Tak lama pun Auckland to Welly. 1 jam dah sampai. Dan la tidoq seround. Sampai sampai je airport Welly, sunyi. Sini airport tak 24 hours flight dia. Domestic je kan.Walaupun Welly ni secara lahiriahnya merupakan capital city of NZ, tapi dari segi kemajuan bandar dan kepesatan ekonomi, Auckland menang.

Disambut dengan replika Gollum yang sangat besar. Eh.Bukan aku sorang ja keciwi ok, mat salleh pun keciwi.Untuk yang tak tahu, The Hobbit merupakan movie yang 100% shooting in New Zealand.Sebab tu depa sangat excited dan tak habis habis promote movie ni. Habis dengan demo flight safety pun buat ala ala The Hobbit. Serius best. Tak pernah aku se enjoy ni tengok FA demo. Malaysia Airlines dan Air Asia mungkin boleh pertimbangkan buat demo macam ni. Ada unsur kelakar sikit. Baru fun sikit. Hohoho.

Ni haa videonya. Kat youtube dah over 10 million views

.

Wednesday, January 16, 2013

Revisit NZ: Auckland Museum

Semalam dah masuk taman bunga, hari ni jom masuk muzium pulak. This is my second time here.Jujurnya waktu first time mai, tak habis pusing pun tempat ni sebab ianya sangat besar! Ada pelbagai section. Maori, earthquake,animals,war dan macam macam lagi.So, tipu la boleh cover sehari pusing dan amati satu satu benda kat sini.So, let's see the picture.

Inilah Auckland Museum yang terletak di dalam Auckland Domain. Besar kan? Macam museum dalam cerita Night at the Museum pulak.Tempatnya saaaangaaatlah strategik. Atas bukit. T_______T

Dihadapan Auckland Museum

Seperti yang tertera di atas, sudah terang lagi bersuluh kami telah meng 'explore' ruang animals, earthquake dan aircraft. 

Hall of memorial. Dibelakang aku tu nama nama tentera New Zealand yang terkorban masa perang dulu. Actually sampai sekarang aku confuse bendera NZ dengan Aussie. Hahaha.

Dan mereka menyediakan ruang free wifi untuk pengunjung! Dan tahu tahu sajalah apabila dua wanita ini bertemu wifi, seolah olah dunia ini sepi seketika. Mata tertumpu pada gadget masing masing.Haruslah check in kat FB.Arif yang handsome lagi comel pun Adawiah dah tak peduli. Hihihi.

Okay. Dah penat jalan dalam muzium, perut pun dah berkeroncong kelaparan, maka kami pun meneruskan perjalanan ke kedai makan. On the way, jumpa la signboard atas ni. Aku baru sedar aku tak ada lagi gambar kat signboard ni. Maka, haruslah bergambar dulu.Hehehe

Sempat lagi bermain dengan angsa di Auckland Domain.Siapa yang tengok video yang aku publish few weeks ago, tahu la apa yang aku maksudkan. Time ni tiba tiba hujan rintik, tu yang berkelubung sakan tu. Laki bini amik feeling sejuk.

Lepas ni jom pergi Wellington pulak =)

Tuesday, January 15, 2013

Revisit NZ : Wintergarden

Sepanjang berada di Auckland, kami sempat melawat a few tempat. Angan angan nak pergi Kelly Tarlton's, tapi disebabkan kekangan kewangan, hajat terpaksa ditangguhkan dulu. Korang kalau datang Auckland, jangan lupa singgah Kelly Tarlton's tau. Boleh tengok penguin live. So, disebabkan aku dah 3 kali datang Auckland, excited tu kureng sikit la berbanding husband Adawiah yang baru pertama kali datang sini. Makanya, tour kali ni kami dedikasikan sepenuhnya kepada Arif. Pi la ceruk mana pun, mesti dia amik gambaq. Keciwi first time mai NZ. Hehehe. Gambar pun tak banyak sangat aku amik. Yang ada pun dari kamera Adawiah.Tengok je lah apa yang ada ye.

Jalan jalan kat town. Kebetulan tengah mood Christmas time kami pergi, so banyak la decoration Christmas bergantungan kat town.

At Wintergarden. Tempat ni F.O.C. Boleh pergi jalan kaki dari town untuk yang hati kental macam kami ni. Sebabnya agak jauh jugak nak kena berjalan. Wintergarden ni dalam Auckland Domain. Ini first time aku masuk wintergarden ni, so agak excited sikit dapat tengok macam macam jenis bunga. Syoknya kalau ada taman bunga macam ni kat rumah sendiri. *Berangan* Nak siram pokok pun kadang kadang malas, ada hati nak ada bunga kembang setaman.

 Bunga bunga cinta sungguh.

Aku rasa kalau bawa golongan yang dah pencen datang wintergarden ni mesti dorang suka pasal aku yang muda remaja ni (ecewah) pun boleh buntang mata tengok bunga yang macam macam spesis. Silap haribulan, ada yang bawa lari biji benih dari sini. Hahaha.Jangan tak tau kat sini pun ada jugak rumah khatulistiwa.Siap ada pokok pisang lagi you.Geram la hai tengok orkid kat sini. Rare.Jarang jumpa kat Malaysia. Memang la jarang jumpa kan pasal semua bunga ni hidup kat kawasan sejuk.LOL.


Itu saja dari saya buat masa sekarang.Next post kita jalan jalan kat muzium pulak ye. Bye bye!

Sunday, January 6, 2013

Revisit NZ : Auckland (Part 1)


After 11 jam dalam flight, maka sampailah kami ke bumi Auckland.Alhamdulillah, tak ada kena tahan dengan kastam ke apa. Cuma time nak cop tu dia tanya je lah datang sini untuk apa. Sebab kitorang datang under visa melawat. Student visa dah expired. Sampai awal pagi. Badan rasa tak selesa sebab tak mandi. Even duduk dalam tempat yang ber aircond, still rasa hapak jugak weh.


Sampai je terus call Andrew. FYI, kat Auckland kami menyewa apartment student Malaysia. Kitorang booking last minute jugak la. Memula ingat nak duduk kat backpackers tapi mahal. Tak berbaloi. Korang kalau nak datang NZ, better menyewa dengan student Malaysia je. Murah pun murah, selesa pun selesa. Lagi satu, tak gaduh fikir nak samak segala pinggan mangkuk. Tapi dalam kes kitorang ni, kitorang samak jugak la pasal duduk rumah student Chinese. 

Oh ye. Kos shuttle dari airport to town ialah 16 dollar sorang. Rate berbeza depends on berapa orang yang naik. Lagi ramai, lagi murah. Tapi harus diingat, drop point hanya satu. If korang nak turun kat different alamat, makanya, dia charge harga sorang la which is around 30 dollar. Ada tiga option nak pergi town. Satu, by teksi. Dua, by bas dan ketiga by shuttle. Shuttle ni macam van panjang tu la.Kitorang malas nak naik bas sebab tak tau apartment tu kat mana. Kalau naik bas, kena turun kat bus stop. Lepas tu kena jalan cari rumah pulak.Malas.


Kami stay kat 96 Symonds Street. Dekat je dengan town. Datang NZ ni tak payah fikir la nak naik bas kalau nak ke town centre.Untuk orang muda macam aku ni, masih mampu lagi kudrat nak berjalan keliling town. Untuk yang dah berumur tu, dinasihatkan naik bas la ye. 


Waktu sampai tu, lama jugak la figure out nak masuk apartment ni sebab sistem dia style kena swipe kunci baru terbuka pintu besar kat bawah tu. Andrew tinggal kunci dalam letter box dalam apartment. Makanya, terpaksa la tunggu sesapa yang nak keluar dari apartment. Mujur la ada couple ni nak keluar. Kelam kabut tarik beg masuk dalam. Hahaha. Nak buka letter box pun masalah. Duk ingat berkunci, padahal tolak bawah tu dah terbuka dah. Memang noob sikit la bab apartment ni. Al maklumlah, back in Malaysia, kami duk rumah kampung ja.Hehehe.

Buka je pintu rumah, waaaaaahhhhhh! Mak like! Cantik sangat. Kemas. Memang tak sia sia la menyewa dengan Andrew. Hang jangan nak mengada ngada nak size apartment macam saiz kondo. Ini apartment untuk 2 orang. Tapi kalau student Malaysia, konfirm sumbat 3. Nak jimat sewa.Hehehe. Meh tengok dalam rumah ni macam mana. Meh meh.

 Ruangan dapur yang sangat kecik molek.

 Ruang tamu.Arip sampai sampai ja terus buka tv dulu.

 Ruang tamu dari arah dapur pulak. 

Ini bilik I. Queen size. Syok boleh guling guling.

Toilet.

 Ini pulak pemandangan dari rumah kami. Macam duk hotel pun ada. Hehehe.


Thursday, January 3, 2013

Revisit NZ : Changi Airport

Bismillahhirohmanirrohim.
Fuh. Akhirnya tercipta jugak satu entry mukaddimah revisit NZ. Hahaha. Kita mulakan dari awal la ye.Tak best langkau langkau ni. I want you to feel like you're apart of this journey.Cewah.

So, kitorang naik Jetstar dari KL to Auckland. Tapi transit kat Singapore dulu. Merasa jugak la jejak kaki kat Singapore even just for transit. Transit lama jugak. About 6 hours. Waktu kat KLIA tu, teragak agak nak isi perut ke tak sebab nanti kat Singapore nak makan lagi. Tapi memikirkan duit Singapore mahal, jamah sikit la makanan kat KLIA tu. Huhuhu.


The newly weds, Adawiah and Arif. 

Perjalanan dari KL to Singapore memakan masa selama sejam je.Kitorang agak kelam kabut jugak check in pasal tak sedar masa berjalan dengan pantasnya. Duk sibuk pi tukaq duit la, pi toilet la, menjamu selera la. Sekali dah panggil boarding dah. Kelam kabut hang naik aerotrain pergi terminal.

Sampai kat Singapore, tuju toilet dulu.Hahaha.Airport Singapore sangatlah besar.Kagum aku. Jalan punya jalan, tak jugak ketemu penghujungnya. Punya nak habaq kata besaq baq hang. Memandangkan transit lama, kitorang pusing pusing je lah dalam airport. Malas nak jalan kat town. Dalam airport pun rasa macam dalam shopping mall. No wonder la Changi airport dapat "The world's Best International Transit Airport". Tak bosan dan kebetulan time kami pergi tu tengah nak Krismas, makanya banyak la pokok Krismas. 

Eating the leftovers that we bought at KLIA. Asalnya cuak nak bawa masuk, takut tak lepas kat kastam but alhamdulillah lepas. Hehehe.

Orang pemalas je yang naik benda alah ni. =P

Korang kalau datang Changi Airport, jangan risaulah pasal nak solat. Sebab ada disediakan surau. Besaq punya. Puas hati. Lengkap semuanya. Cuma satu je lah. Surau ada kat departure je. Arrival tak ada.Huhuhu. Anyway, nak cerita pasal surau kat Changi Airport. Tip top! Ada tempat amik wudhu' for both gender. Letak kat tempat lelaki solat. Sah sah la I yang gegirl ni segan nak pi situ. Sebab dia open. But don't you worry, toilet ada. 
Selesa kan?

Ni haa tempat amik wudhu. Ada sorang mak cik ni tegur Adawiah amik wudhu kat toilet.Katanya ada tempat khas untuk berwudhu' sebelah surau lelaki. Tapi kalau dah open macam ni, terima kasih je lah mak cik oii. Kami berhijab.

Cakap ja multi-religion but semua yang aku nampak time tu orang Islam ja. 

 Tengah meditate mungkin. Hahaha.


After solat, tetiba lapar balik. Mana taknya.Berjalan dalam airport tak ingat dunia. Masa pun banyak lagi, maka mencari makanan la kita yuk. Ada orang cakap kat Singapore nak cari makanan halal susah. Tapi tak pun sebenarnya. Tambah pulak kat airport.Of course la dia akan sediakan yang halal halal saja kan? Kalau tak, dorang yang rugi.Kekeke. 

 Inilah rupa food court dia. Dekat level 1 departure terminal. Many choices to choose from.Subway pun ada.

Our food.

Kasi close up sikit. Always and forever ayam penyet. SGD 7.20. Sedap weh.


Eating partner. Kalau bergambar dengan food, always sebelah dia. We love food.


Sek fan!
 Ada free access to internet jugak. Tapi 15 minit je lah.Melampau la lama lama kan.

Kitorang, kalau dah jumpa internet, kerja nak check in kat FB ja la.Hahaha. Dasar.

Ada yang experience kena tengking dengan custom officer.Alhamdulillah, it never happened to me. Semuanya berjalan dengan sangat lancar. Off we went to Auckland. Okay, next post kita jumpa kat Auckland pulak nooooh.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger