Online users

Follower

Showing posts with label Nagoya SP. Show all posts
Showing posts with label Nagoya SP. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Beli kain kat Nagoya

Semalam pergi kedai kain. Katanya YES. Bila masuk Alamoda, kain cotton tak banyak pilihan. Sikit ja. Itu pun bunga tak menarik perhatian. Bila tanya kat akak tu, ini je ke design cotton? Dia cakap ada banyak lagi tapi kat bahagian KAIN EKSLUSIF. Dah nama pun ekslusif, harga pun ekslusif la. Ye tak? Terus potong mood nak shopping kat Alamoda. Mak su bisik jom pergi Nagoya. Situ lagi banyak pilihan. Plus, murah. Aku pun ok je la kan.

Bila masuk Nagoya, mood shopping datang kembali. Weehu! Memang murah. Plus, design lagi banyak dan murah. Ye, murah! Hahaha. Rambang mata tengok design yang sangat pelbagai. Wonder how geng mak mak shopping kain. Yang penting, dah ada target warna. Bila dah ada target warna, senang sikit nak pilih. Kalau warna pun tak ada lagi, memang sampai ke malam pusing pun tak jumpa. Aku nak cari kuning pastel untuk wedding akak Wan nanti. Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku hidup ni, ini first time nak beli kain kaler kuning. Sebelum ni non ado sebab terasa diri macam tak sesuai pakai kuning. Nasib baik tema kuning pastel. Mau kalau kuning shcoking, memang tak la kan.Hohoho.

Aku amik jugak kain bunga bunga kat atas tu. Ika pun nak. Disebabkan saya ni akak yang baik, saya belanja la adik saya kain cotton 4 meter. Nanti nak buat baju, fikir lain nak belanja ke tak.Hahahaha.Design bunga kami sama cuma colour je slightly different. Kalau tak, dia nak yang sebijik macam aku. Woooo woooo..Mana boleh! Alasan Ika, "Bukan nak pakai sekali. Ika pakai time akak tak pakai la" No way. Tak boleh, tak boleh.

Beli kain 12 meter suku, just RM 45 saja. Penjimatan terhebat.

p/s: Tak rugi buat baju kurung. Kerja nanti pun setiap hari pakai baju kurung. Bosan jugak kalau asyik ulang baju yang sama. Ye tak?
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger