Online users

Follower

Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Meminang

Esok dah nak fly to NZ. Huhuhu.Nervous nya saya. Macam first time pulak nak pergi sana. Hopefully everything will go well. Tengok Att punya post kat FB, canned food dia kena rampas kat Singapore. Ketat sangat ke immigration Singapore? Tapi aku tak risau sangat pasal makanan sebab aku tak bawa satu makanan pun. Memang dah pasang niat nak melantak kebab,sushi,fish and chips banyak banyak kat sana.Hohoho.

Ok la. Sementara aku tak buat apa ni, moleklah update sedas dua. Cerita pasal pergi ikut rombongan meminang abang Katty. This is my first time ikut orang pergi meminang. Awal awal lagi Kodek (adik Katty) dah warning tema rombongan colour grey. Mujur la ada kebaya grey tu. Pagi sebelum bertolak tu, family Katty buat doa selamat dulu. Aku langsung tak turun bawah.Segan punya pasal. Sedara mara dia mai penuh rumah. Memang jadi banduan sekejap la.Berkurung je kat atas tu.Huhuhu. 


Kodek ni ada blog jugak. Ni haa http://tenggilingbergulung.blogspot.com

Dalam pukul 12 tengahari macam tu, bergerak ke Kuala Pilah. Hantaran dari pihak abang Katty cantik sangat. I suka. Duk asyik belek je kerja aku. Dah dapat inspirasi dah.Hahaha. First time jugak la aku lalu tepi Ulu Bendul. "Perak" as usual. Lagi satu benda yang menarik perhatian I, TIUB. Tau dak TIUB tu stands for what? Telur Itik Ulu Bendul! Kelas you'olls. Jalan ke Kuala Pilah jam. Sebab jalan kecik, kena pulak ada orang buat kenduri. Memang tekan brek je la kerjanya. Mujur la pak cik tak lalu jalan Bukit Putus. Aku dah warning awal awal dah kat dorang yang aku ni mabuk darat.Kang ada yang muntah monggek kang dalam kereta.Huhuhu.


Hantaran 5 berbalas 7 dulang. Aku suka hantaran dari pihak lelaki.Simple and sweet.

 Ni family sapa yang pergi meminang ni? Over sangat tau.


Tengah rekod discussion antara family lelaki dan perempuan. Need to lose some weight. That kebaya was killing me. Buat elok elok badan guna ukuran semasa kurus ye. Hantar baju after tu pun guna ukuran lama. Confident ja muat lagi. Padahal, sesak napeeeh..

Dekat je rupanya Seremban dengan Kuala Pilah. Tak sampai sejam pun dah sampai rumah tunang abang Katty. Zohor dulu kat surau, lepas tu baru dijemput ke rumah. One thing that caught my attention about their discussion is that when they have to mention which suku they belong to. Haa..Kan orang nogori ni banyak suku. Adat perpatih semua tu la. Lepas tu, sarung cincin dan setel! Haa..Mudah je majlis tunang ni ye tak? Oh lupa. Si lelaki nya tak ada. Tak dapat cuti. So, family je yang pergi.
Yeay! Selamat dah bertunang. Tahniah untuk abg Din dan kak Dalila.

Monday, November 19, 2012

E-day Jaleha


Pada hari raya haji hari tu telah berlangsungnya majlis pertunangan one of the darlings, Jaleha merangkap housemate, practicum mate dan segala mate la. Majlis kat Taiping. Jatuh hari yang sama dengan kenduri kat rumah tok. Berbelah bahagi nak pergi ke tak sebab semua cousin balik. Yang dah lama tak jumpa pun balik. Tapi mengenangkan best friend punya special day, pergi jugak la. Lagipun dah dapat approval daripada tok.

Jaleha bersama tunang, Joi. Cepat cepat kahwin oi. Aku la yang match make dorang ni. Kembang kempis hidung, akhirnya bersatu jua mereka. Ecewah. Sikit lagi nak jadi laki bini. Doakan yang terbaik untuk hang pa berdua =)

Majlis start pukul 2.30 petang. Cantik noks pelamin Jaleha. Bak kata Jaleha, " Ala, simple je pelamin aku."  Kalau macam ni pun simple, yang complicated punya macam mana la kan. Hehehe. Jaleha look very stunning in her pink belacan kurung. Mujur la dia pakai veil putih tu. Baru la macam orang bertunang sikit. Ikut plan asal, dia nak pakai tudung bawal ja.Nak pin butterfly je. Dah lepas kena 'kritik' dengan yang berpengalaman (Adawiah), terus tukar plan. Nak cari veil tu pun bukan main susah bebenor. Ulang alik dua kedai. Tudung awning tu pun tak masuk dalam plan asal pun tapi adik tuan kedai yang bagi cadangan.Agaknya dah serabut kot  tengok kitorang duk berbincang dalam kedai tak sudah sudah. Kejap angkat tudung tu, kejap tudung ni.

Le' darlings. Tak cukup sorang lagi member, Khai.  

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger