Online users

Follower

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Saling terjebak

So officially I am a member of Perpustakaan Alor Setar now.Keinginan untuk menjadi ahli library semakin menjadi jadi apabila ketagihan membaca novel tidak boleh dibendung lagi.Memikirkan kos untuk membeli novel baru setiap bulan agak tinggi, I decided to borrow books from the library. To my surprise, semua novel yang aku cari ada dekat library. Apparently, John Grisham and Micheal Connelly have becoming my favourite authors.Kalau korang nak tahu both sangat famous dengan novel berkisarkan undang undang. La ni aku tak pandang sangat dah novel cinta ni. I am more into thriller genre.

Habis dengan mat arep sekali terjebak dengan passion aku ni. Saja ja aku cerita pasal novel Lincoln Lawyer yang aku beli hari tu. Tetiba dia nak pinjam.Katanya bosan duduk rumah tak ada benda nak buat. Dengan mak dia sekali naik heran tiba tiba anak teruna dia jadi kaki buku.Hahaha.After dia baca tu, mula lah dia google pasal novel Micheal Connelly ni. Leads to movie Lincoln Lawyer.Yang jadi lead character dalam movie tu Matthew McConaughey.He loves Matthew's acting. Sempoi katanya. Mat arep ni style kalau dia minat someone tu, dia akan dig habis pasal orang tu. Google punya google terjumpa pulak movie A Time To Kill. Also adaptasi dari novel karya John Grisham.Lakonan Matthew jugak. Movie ni tahun 1996.Lepas tu aku pulak yang terjebak dengan passion mat arep layan movie lama. Haa..Saling terjebak gitu. Syok jugak la pasai kami ada passion yang sama. Bercinta 3 tahun, sekarang baru discover minat yang sama.Hahaha.

Plat kereta smart gila. Credits to google image.

Barisan pelakon bukan calang calang. Sandra Bullock pun ado! 
Credits to google image.

Makanya, aku nak suggest la kat korang untuk layan movie Lincoln Lawyer dan A Time To Kill. Konfirm puas hati.Sila pastikan anda spare tisu waktu penghujung movie A Time To Kill tu. Siapa yang layan thriller and law novel, I would suggest you to find masterpiece from Micheal Connelly and John Grisham. Addictive!
Tak semestinya kita kena ada basic law untuk faham novel yang berkisarkan justice ni. Macam aku, zero knowledge pasal law.At first, terkedek kedek jugak nak faham. Tapi lama lama, dah faham. Nak kata faham keseluruhan judiciary system tak jugak, tapi at least I got a hunch about it.

p/s: Nak tengok lakonan mantap aku? Sila klik "Watch again" di iklan Acer di bawah entry ni. Boleh ganti Lisa Surihani tak? Kahkahkah =P

Thursday, November 17, 2011

Aku Bukan Tomboy

Baru balik dari tengok Aku Bukan Tomboy. Not bad la cerita dia. Aku bagi rating 7/10 untuk movie tu.Tapi ending agak tergantung. Mungkinkah ada sambungan Aku Bukan Tomboy 2? Dalam banyak banyak benda, aku suka benor dengar si Scha ni gelak. Bunyi cute je.Hahaha. Kelakar tu, boleh la. Kelakar la jugak.Cuma aku expect lagi kelakar pasal ada yang review movie ni sangat sangat kelakar. Bila tengok sendiri, tak sampai level yang aku nak.Ceh.Banyak cikadak pulak kan aku ni. Hahaha. Overall, good story line. Ok lah. Penat. Nak mandi dan solat.Bye bye =)

Sunday, October 9, 2011

Changeling

Semalam aku layan movie. Dekat FB aku dah promote.Ni aku nak promote kat sini pulak.Hahaha.Movie ni dah lama.Tahun 2008. Tajuk, Changeling. Based on true story.Sumpah best weh.Korang kena tengok. Cerita pasal si mak ni hilang anak. Bila dia buat laporan polis, ok la.Polis mulakan siasatan. Tapi sampai 5 bulan tak jugak jugak jumpa si anak. Orang mula kecam la polis tak buat kerja. Sebab nak jaga maruah polis yang kononnya buat kerja dan nak tutup mulut orang dari mengata polis, dorang make up story kata dah jumpa si anak. Padahal si anak tu impostor. Bukan anak betul si mak. Si mak dah deny tu bukan anak dia tapi polis buat buat tak faham.Cakap si mak dah tak kenal anak sendiri la, si mak ni dah sewel la. Kejam gila weh. Polis siap hantar si mak pergi wad mental sebab melawan kuasa polis. Si mak ni sangatlah helpless. Tak boleh nak buat apa.Ye lah kan.Polis paling berkuasa time tu. Geram ja aku tengok movie ni. Geram kat polis yang buat buat tak faham perasaan si mak. Haa..Kalau nak tahu ending, silalah tengok movie ni. Aku berani gerenti kalau gegirl yang tengok cerita ni, mesti rasa nak tumbuk ja police officer tu. Puih.Geram sih.

p/s : Tabik spring la kat Angelina Jolie.Hebat lakonan!

Thursday, July 14, 2011

Review pendek 4 filem

Apa yang aku buat bila tak dapat nak online? Sedut movie dari orang then buat marathon movie sampai ke malam. 4 movies in a row semalam. Bermula dengan Kongsi. Aku letak high expectation untuk movie tu since trailer sangatlah gempak. Tup tup bila tengok, alahai.Shaheizy Sam yang hensem tu pun tak dapat nak puaskan hati aku.Bagi aku, movie tu kureng umph sebab plot dia aku tak faham.Sikit sikit nak lawan.Sikit sikit tembak orang.Motif? So, out of 5, aku bagi 2 bintang saja untuk movie tu.

Beralih ke second movie which is KL Gangster. No wonder pecah panggung sebab memang best. Sesuai degan tajuk movie, memang movie ni sangat gangster. Kalau nak dibandingkan dengan Kongsi, jauh panggang dari api. Action yang sangat menarik, tambahan pula yang jadi hero Aaron Aziz, badan berketul ketul, muka suci bersih, lagi buat aku tak bernafas tengok movie tu. I heart you la Abang Malek! Zizan pun best. Untuk yang tak tengok lagi, kena tengok. Cuma Syamsul Yusof, lu berlakon jadi otai cina tak berapa nak jadi la.Bunyi kelakar. Macam cakap Utagha pun ada.Hahaha. Overall, 4 of 5.

Movie seterusnya, Nur Kasih. Walaweh. Dramatik betul movie ni. Macam macam benda jadi. Transition plot sangatlah laju. Cabaran untuk director bila angkat drama series untuk jadi movie beginilah. Segalanya nak sumbat dalam masa tak lebih 2 jam tayangan. Sangatlah susah. Apa apa pun, syabas Kabir Bhatia. Sinematography anda sangatlah menarik hati. Cuma part train terbakar tu, nampak sangat fake nya.Huhuhu. Duk tunggu juga kot kot Sara (Adik Nur Amina) nak keluar dalam movie, tapi tak ada pun.

Movie last, Karak. Erm.Seram la jugak but I was expecting more since movie ini bawah KRU Production yang memang terkenal dengan movie yang sangat berkualiti dan effect yang bombastik. Jalan cerita menarik. Berani dorang amik pelakon newbie. Watak perempuan berkebaya nyonya bawa payung kubur sangatlah terkesan di hati. Still terngiang ngiang lagi suara dia kat telinga aku.Huhuhu. Ending yang sangat tidak disangka.

p/s : Aku rasa makin lama, makin susah nak puaskan hati audiens dengan cerita hantu yang betul betul scary. I want more! Hehehe.

Tuesday, April 26, 2011

Paul

Yo yo yo. Baru balik dari menonton movie Paul. Cerita pasal alien. Genre, komedi. Memang gelak sakan dalam wayang. Movie ni tak sesuai untuk budak bawah umur sebab banyak sangat penggunaan cursing words yang agak melampau. Overall, aku kasi 4/5 untuk movie ni. Struggle juga nak faham apa yang dorang cakap sebab watak utama dari England.So, cakap pun accent England. Jangan nak mengada ada subtitle. Sini NZ. Bukan Malaysia. Yang kagumnya movie Hindustan pun masuk wayang sini. Bila la filem Malaysia nak masuk NZ ni.Boleh tumpang bangga. =)

Embassy Theater. Tempat kami tengok wayang tadi. Tak macam panggung wayang biasa.Sini macam duduk dalam teater hall zaman dulu dulu tu. Cantik sangat =)

p/s : Cuaca malam ni sangat sejuk der. 9 degree.

Sunday, December 26, 2010

Narnia time.

Bukan senang nak dapat lesen keluar malam.Tapi kalau keluar dengan cousin, tok tak boleh nak kata apa la.Hahahaha.Plan nak tengok Hantu Kak Limah, sekali kauuuuu, tiket sold out.Dah tu, tengok Narnia.Nasib baik Narnia best.Tak mampu nak tengok 3D sebab harga RM18.Sobs.Tengok yang biasa ja.Itu pun dah best.Kalau tengok 3D, lagi puas hati kot.

p/s:Tudung meja dah lebih kurang sama dengan shawl.Hohoho.

Thursday, December 16, 2010

Tron Legacy

Baru lepas tengok Tron Legacy.Overall, sangatlah best.A must watch movie. Graphic yang digunakan tersangatlah smart.Sound effect pun best.Costume pun tip top.Semuanya smart lah senang cerita.This is a science fiction movie.Sebelum ini pun dah pernah ada movie Tron iaitu pada tahun 1982.Kira ini macam sekuel daripada movie tu la.

Nah.Aku copy paste sedikit sinopsis Tron Legacy dari Wiki.

"For twenty years, Sam Flynn (Garrett Hedlund) has been haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin (Jeff Bridges), an innovative software programmer and former CEO of ENCOM International. One night, an executive consultant for ENCOM and friend of Kevin, Alan Bradley (Bruce Boxleitner), sends Sam to investigate a mysterious page originating from the long abandoned Flynn's Arcade. While searching for clues, Sam is suddenly transported to the digital world of The Grid. Aided by the digital warrior Quorra (Olivia Wilde), Sam is reunited with his father and together set out on a journey to return home. Encountering vehicles, weapons, and landscapes that have become far more advanced than before, father, son, and Tron (Bruce Boxleitner) must evade Clu 2, an updated version of Flynn's original hacking program, which will stop at nothing to prevent their escape"

Tuesday, November 30, 2010

Rapunzel best

Tak mau cakap banyak.Just nak bagitau Rapunzel best.'Ralit' tengok animasi yang sangat comel.Gambar dalam tu pun cantik.Terasa macam kembali ke alam budak budak pula.Hehehe.Ku suka watak Maximus (kuda istana). Ekspresi muka dia kelakar tak ingat kot.Yang lain pun comel.Rasa macam nak masuk dalam cerita ni.Ada setengah scene nampak macam real.

Wajib tonton!

Rapunzel

Rapunzel dah keluar kat Alor Setar.Mahu tengok.Mahu tengok.Cis.Ini semua sebab pengaruh VP la ni.Tengok dia review movie ni baik punya.Cek kalau kartun kureng sikit nak tengok.So budak budak.Hahaha.Tapi dah sebab ramai yang puji movie ni best, haruslah tengok.Lagipun banyak sangat masa terluang ni.Tak tahu nak spend kot mana.

Kepada yang belum tengok lagi Rapunzel, jom pi tengok!

Thursday, November 25, 2010

Ngangkung

Baru lepas tengok movie Ngangkung.Overall, ok la.Nama pun komedi seram.So memang lawak habislah.Nak kata seram tu tak sangat.Just terkejut sebab tiba-tiba kamera tunjuk hantu ja.Part pendeta paling best rasanya sebab Lan Pet Pet yang bawa watak tu.Dengan loghat kedahnya memang buat ampa gelak sakan la.Kena pi tengok ok.Menceritakan tiga sekawan yang kuat ngangkung sampaikan memakan diri family sendiri.Bagus untuk bagi pengajaran kat orang kat luar sana yang kaki main nombor ekor ni.

Part paling aku suka bila Pendeta 'hambat' hantu balik.Sempat lagi tangkap gambar bini Tasnim yang tengah pengsan.Katanya nak post dalam facebook.Hahahaha.Entah apa-apa tapi aku suka.Tahu sajalah gaya Lan Pet Pet macam mana.Bersahaja.

Kepada yang belum tengok Ngangkung, sila terjah wayang dan tengok ye.

Tuesday, November 23, 2010

2 Alam

Nah.Filem 2 Alam punya iklan sampai makan 2 page.Promo kemain lagi Dr Rozmey.Cuma satu ja aku tak faham.Kenapa dekat poster filem kena ada muka dia juga haa? Siap pakai suit putih angkat thumbs up.Hohoho.Itulah orang cakap.Jangan terlalu optimistik sangat.Nak capai 40 juta? Errr...Tinggi sangat kot cita-cita tu doktor oii..Mana tak kena hentam dengan orang ramai.Cakap tak serupa bikin.

Press main peranan penting dalam melariskan sesebuah filem.Lepas tengok review dari press, terus tak jadi nak tengok.Sebab semua cakap tak best.

Sunday, October 31, 2010

Halloween movie

Tak bernafas aku tengok movie Halloween ni. Saspen nak mati. Aiyoh.Semua orang dia nak bunuh.Memang psycho habis la budak ni. Dari kecik sampai ke besaq kerja dia bunuh orang ja. Senang gila.Berlakon tak payah cakap banyak.Mimik muka pun tak gaduh nak buat sebab pakai topeng.Michael oh Michael, bad boy betul la you ni.

Overall, aku bagi 8/10 untuk movie ni.Memang best la.Kepada yang tak tengok lagi, harus tengok ye.

Sunday, October 24, 2010

Malam movie

Malam Ahad malam movie. Malam ni berkesempatan tengok dua movie yang agak mencemaskan. Stock geli semuanya. Satu pasal slug yang membiak dalam perut manusia then dia control manusia.Ini sumpah jijik habaq hang. Duk sat keluaq lintah besaq lengan duk godek godek mengengsot cari mangsa.Geli tak terkira la saya.Meremang bulu kaki ni haa.

Second movie, 'Captivity'. Boleh tahan ceritanya.Jenuh kelupuq cek depan tv.Duk seriau orang jahat dapat jumpa si perempuan tu.Movie ni ada twist sikit. Sebab tu best.Jarang aku nak melekat depan tv sampai habis cerita.Selalu give up tengah jalan sebab mengantuk.Malam ni berjaya complete 2 movies on tv.Weehu.

Eceh.Dah habis sem bolehlah nak rileks macam ni kan.

Monday, October 4, 2010

Lagenda Budak Setan

Boleh tahan juga ye cerita Lagenda Budak Setan ni walaupun plot cerita sangat laju.What can you expect from the director? Nak buat satu-satu chapter dalam novel? Memang tak dapat la.Duration movie paling lama 2 jam setengah.Memang tak cukup kalau nak muatkan plot cerita ikut novel sebijik sejebon.Mungkin scene yang ada signifikan saja yang dimuatkan dalam movie ni.

Tacing aku tengok si Ayu kena hentam teruk dengan Azmi.Que Haidar ni kalau berlakon jadi orang jahat, sangatlah menjadi.Memang terbaik la lakonan dia.Yeah.Blame me for the late review.Ini pun sebab Wani ada soft copy.Kalau tak, sampai ke sudah aku tak tengok.

p/s : Aku suka tengok rambut cacing Farid Kamil.Stylo duh.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger