Online users

Follower

Showing posts with label English. Show all posts
Showing posts with label English. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Mangkut tingkat

Just now at school, Kak Irma asked me what do we call "mangkuk tingkat" in English because some of the pupils were asking her about it. Happen to be it was in the picture and they wanted to construct sentences about it. Tercabar jugak bila tak dapat nak bagi jawapan pada masa tu jugak. Since I am an oversea graduate, apa-apa kemusykilan terms in English, they normally come to me. Jadi tempat rujukan. Seriau jugak sebab orang expect kita akan tau everything about English language. That's why bila tak dapat jawab soalan Kak Irma, I felt like shit. Balik dari sekolah, menggagau search kat internet and asking my cohortmates. Finally I got the answer. So people, mangkuk tingkat is called tiffin carrier. 

Then, my former colleague (a retiree now) saja nak test vocab aku. She asked me what do we call a person who drives a train. It got me thinking for a while. Obviously, the person literally not driving the train as it was controlled by electric system. So, a train driver is not the correct one. Google punya google, bincang punya bincang, I come to conclude that it is called a train engineer or a locomotive engineer. Sophisticated kan bunyinya? Hehehe. While a train conductor is a person who collects the ticket and make sure everything is alright inside the train cabin.

Sekian kelas Bahasa Inggeris dengan Teacher Japirah. Thank you class. 

Monday, February 16, 2015

Turnip vs Radish

Semalam balik dari meeting pukul 5 petang. Penat la hai. Siapkan APDM 5E dan lepas tu terus lelap sampai pagi ni. Huhuhu. I'm having an anti clockwise routine lately. Been sleeping like a log during days and staying awake during nights. Asal hari Ahad ja,penat dia lain macam. Anyway, I was preparing myself for today's lesson just now and came across the malay definition of turnip in google translator was "orang bodoh". The heck betoi. After some research, it is best called 'lobak'. To reconfirm it, I posted on IG and FB hoping someone would respond and gave a clear explanation about this. And here are some response that I got from them



So, I guess lobak putih wins. Or do you bloggers have something different to say about this? 

Thursday, January 15, 2015

Off creative kids

Berakhir sudah minggu pertama persekolahan. This year is going to be hectic for me as one of the year 6 teacher is expecting a baby on April. So, dengar dengarnya dorang nak minta aku jugak yang cover kelas tu. And they will substitute one of my year 5 class to another english teacher. Dah mula rasa macam satu tan beban ada atas kepala. Meaning that i will take over year 6 classes for english. Tak tau la macam mana nanti. Frankly speaking, i prefer to teach the low level pupils. Nampak hala tuju untuk pastikan budak tu lulus. Kalau kelas advanced ni, memang la seronok. Orang kata senang nak ajar sebab dah tahu banyak benda. Tapi sejauh mana bagusnya kita nak ajar budak tu yang akan jadi sedikit masalah. Like it or not , if i were to teach them, i have to give my best la. Let's see how it goes nanti.

Today is language arts class with year 5 pupils. Since semalam terlupa nak pesan dengan kelas belakang suruh bawa bubble wrap, we just recite the poem in small groups. Pronunciation depa awai awai tahun ni berkarat. Maklumlah, lama tinggai sekolah. You pi sebut your. Busy pi sebut buzzy. The pi sebut they. Yennnadee... selalu kalau buat
Poem recitation ni, aku akan umum pemenang di kalangan depa.Kali ni tak dak sorang pun layak jadi pemenang. Sebab semua tak memuaskan hati. Hehe. Macam juri pulak kan. Anyway, boleh polish lagi depa tu.

Kelas depan pulak aku buat bee hive guna bubble wrap. Al kisahnya semalam beria suruh budak bawa bubble wrap. Budak tercengang tak faham bubble wrap tu apa. Terpaksa explain yang selalu ada dalam tin biskut tu. Yang boleh letup letup tu. Haa.. baru depa faham. Balik dari sekolah, melilau mata cari kat kedai hardware. Tapi hampa sebab tak dak. Balik rumah rosek kotak simpan barang. Kot kot masih simpan wrapper drawer bilik. Pun tak dak. Dah pikiaq dah nak tukaq lesson kalau tak jumpa. Pagi ni pi sekolah tanya depa semua pakat bawa. Teacher is so amazed by you 'olls. Tak sangka depa dapat cari in just one day. Termalu sendiri sebab teacher pun tak jumpa bubble wrap tu.

So, lesson plan I menjadi. Tak perlu nak ubah or carry forward. Hehe. Ada sorang budak ni so creative. He's the only one who did hanging bee hive. Yang lain suma ikut buku teks. Excellent betoi. I like. Layak dapat extra point untuk creativity and innovative. You know, this tiny things la yang cikgu cari dalam budak budak ni. Ability to think out of box. Sadly, tak semua acquire this skill. Hopefully as time goes by, semakin ramai yang dapat jadi macam this boy.

Aku suka dengan semangat budak budak ni. Mak bapak pun very supportive. Bila kita minta bawa something from home, depa bawa. Tak ada bagi alasan tak jumpa ka apa. Mungkin aku jenis tak bagi muka dengan depa. Cari sampai jumpa. Padahal teacher sendiri pun tak jumpa. Hehe. Masih lagi kagum dengan isu bubble wrap tadi tu. Hehe. Thank you anak anak teacher memudahkan dan melancarkan PdP teacher :)

Tuesday, November 22, 2011

Kerek la lu.

Benda normal. Waktu kat Welly, selalu sangat terlepas cakap melayu dengan mat salleh. Tersasul sana sini. Bila dah balik sini, tersasul cakap BI pulak. Mujurlah kita pun menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. So, tak jadi pelik sangatlah bila terlepas sebutir dua perkataan dalam English. Tapi, untuk sesetengah orang yang mentalitinya masih di kelas kedua, mereka menganggap bertutur dalam BI adalah satu benda yang kerek dan ala ala show off gitu. Hoh. Jangan begitu sih. BM tetap dihati. No. 1! Cuma kadang kadang dah terbiasa mengungkapkan perkataan tu dalam BI, maka dah jadi macam rutin.

Sebagai contoh,

bila tak dengar orang cakap, mulut akan terkeluar, "Pardon?" instead of "Haa?? Apadia??"
bila nak berterima kasih, mulut akan terkeluar, "Thanks!" instead of "Tima kasih naa"
bila nak cakap ok, mulut akan terkeluar, "Cool" instead of "Ok"

Sesungguhnya ku tiada niat untuk berlagak apatah lagi nak speaking tak tentu pasal dengan orang ramai. Setakat terlepas sebutir dua, tak ada la speaking sangat pun.By the way, tak salah kan? Lagipun kalau nak maju ke depan, haruslah pandai berbahasa Inggeris. Lagi bagus kalau dapat kuasai bahasa yang lain. Ye tak? Peluang pekerjaan pun lebih terbuka luas dan diri sendiri yang untung. Mari kita pandai BM dan BI yuk. =)
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger