Online users

Follower

Showing posts with label orang sekarang. Show all posts
Showing posts with label orang sekarang. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Tudung gypsi = Tudung pemberat


Kan sebelum aku fly balik NZ, aku ada cakap nak buat bisnes tudung kan? There you go. Dah terjual hampir separuh dari koleksi dan masih memburu orang untuk datang tengok.Hahahaha.Tapi paling best, waktu first customer datang tengok la. Bukan orang lain pun, kawan satu kos juga. Dorang ni geng yang tak balik cuti summer. So, memang agak excited juga nak tunjuk kat depa koleksi shawl yang aku bawa dari Malaysia.Tak sempat nak tunjuk semua, dah start cekau dah.Senang hati tokeh tengok depa cekau banyak banyak.Hahaha.

Antara feedback kawan kawan:

"Sekarang ni memang fesyen kat Malaysia eh pakai macam ni?"

"Macam macam fesyen sekarang ni.Tudung ada pemberat.Tudung berladung, bla bla bla.Sakit mata aku tengok tudung colour pelangi tu."

"Shawl kedut kedut pun ada eh? Nak pakai macam mana ni?"

"Tudung bawal tak ada ke?"

Testimoni customer. Jangan marah naa Dya. Jadi model kat blog I sat.

Nice kan.Hahaha. Nama baru untuk tudung gypsi ialah tudung pemberat. Bak kata orang lelaki kat Welly ni lah. Yang beads tu pula, dikatanya tudung berladung.Sampai hati.Itu baru setahun tak balik Malaysia, dah ada macam macam jenis tudung dah.Kejutan budaya la sekejap.Eh, tak semua budak oversea buta fesyen tau. Ada yang advance juga.Tanya tudung Yuna ada tak? Noh.Mana nak cari tudung Yuna yang berkilat kilat tu haa?

Thursday, February 3, 2011

Laa...anak melayu rupanya.


Ingatkan anak cino.Rupanya anak melayu! Errr...

p/s : Sekadar renungan di tengahari.Semua mempunyai kebebasan untuk berpakaian.Mungkin dia selesa mengenakan pakaian sebegitu rupa.

Saturday, December 11, 2010

Derma.

Tak faham kenapa mesti tutup pintu rapat rapat bila ada yang datang bagi salam nak minta derma.Usaha duduk senyap senyap dalam bilik.Usaha tutup tv.Kononnya rumah tak ada orang.Kecil hati peminta derma tu.Padahal tadi riuh rendah satu rumah.Adakah orang kita sekarang ni dah makin hilang sense of sympathy?At least dermalah RM 1. Dorang pun tak minta kita bagi banyak banyak.Dermalah seikhlas hati.Bisnes untung ribu riban, tapi bila orang mai minta derma,terus jadi bakhil. Buat malu orang kampung ja weh.

Mungkin ada yang enggan hulur derma sebab takut jadi mangsa kes tipu. Biarlah dorang nak tipu.Kita tak rugi apa pun.Kalau setakat hulur RM 1, toksah duk hingaq la.Lainlah hang derma RM 100. Yang penting niat kita tu ikhlas nak menolong.Dorang tipu tak tipu tu, hanya Tuhan je tahu.Berdoa jelah dorang dapat balasan setimpal if dorang tipu.


 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger