Online users

Follower

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Tutorial DIY letak crown/batu manik atas tudung bawal

Hallu semua. Hari tu aku ada janji nak buat tutorial tampal crown/batu manik kat tudung bila free kan? Here you go. Tengah free ni. Meh tengok macam mana nak letak crown/batu manik kat tudung.

 First thing first, haruslah ada tudung dan batu maniknya ya kawan kawan.

Lepas tu, lipat tudung tu jadi segitiga macam ni. Imagine hang nak pakai tudung, haa..lipat macam tu.Make sure sebelum lipat tudung tu, dah iron semua bahagian tudung tu.

Then, iron bahagian atas tudung tu, bahagian yang selalu gegirl tiup tiup nak bagi hilang gelembung kat tudung tu. Faham tak? Dapat bayang tak? Tak perlu iron end to end but just the center part. Iron ni sebab nak bagi ada line ja kat tudung tu so that senang hang nak bajet letak crown tu kat mana.

Dah lepas iron bahagian atas tudung tu, kita kasi lipat tudung tu sekali lagi kepada dua bahagian yang sama panjang. Ibarat hang nak pin tudung ke bawah la.Make sure hujung tudung tu kiri dan kanan sama panjang. Ini penting ye sebab nak bajet crown tu in center. Kalau tak sama panjang, kang crown tak balance pulak.

Dah divide into two parts, iron bahagian tu pulak.

Lepas iron, tudung akan jadi line macam ni. Macam simbol tambah. Haa..jadi tak? Kalau tak jadi, iron semula sampai jadi.Hahaha.

Kemudian, tarik plastik crown/batu manik tu dari base dia secara perlahan lahan. Make sure batu dia tak terlucut. Jangan ganas sangat, sebab certain jenis batu, gam dia tak kuat. Nanti tercabut pulak batu tu.

So, letakkan tudung tu atas iron board. Nampak tak line tu? Haa..Ini la gunanya. Untuk memastikan batu manik ni balance kiri dan kanan. Korang pandai pandai la bajet batu manik tu dari hujung tudung. Jangan letak belakang sangat, kang nanti bila pakai, crown duduk belakang kepala. Tak cantik. Make sure jarak dia dari hujung tudung tu dalam half jengkal jari korang. Depends jugak dekat pattern batu tu. Kalau lebat macam ni, letak belakang sikit pun tak pa. Kalau yang style one line tu, I would prefer you to make it half jengkal or even less. Pandai pandai la korang bajet.


Then, lapik kain lain atas batu manik. 

Kemudian, iron la batu manik tu. Iron biar lama sikit tau. Nak pastikan batu tu betul betul dah melekat kat atas tudung.

Agak agak dah lama iron tu, boleh la try buka plastik tu.Kalau tak ada batu yang melekat kat plastik, itu tandanya batu dah well glued to the scarf. So, boleh tarik sampai habis. Kalau still ada yang melekat kat plastik, iron balik sampai melekat.

 Tadaaa! Siap untuk diperagakan.Hehehe.

Macam ni la rupanya lepas dah iron. Could make it more to the front tapi dah silap bajet, macam ke belakang sangat la pulop. Huhuhu.No turning back.Once you've glued it, jangan harap nak buka balik. So, hati hati la time buat ye. Make sure betul betul center dan tak ke belakang sangat.

Selamat mencuba!

Friday, December 16, 2011

Tutorial disable right click

Ada yang request tutorial disable right click kat blog ni. Basically, ada banyak cara untuk disable right click. Ada yang edit kat coding blog. Tapi, cara aku ni sangat senang. Tak perlu nak godek coding blog. Aku amik code ni kat website ja. Copy paste masuk blog then siap. Meh nak tunjuk.

1) Copy code kat link [ini]

2) Pergi kat dashboard > Design > Add a Gadget > Html/Javascript
3) Paste code tu. Kemudian kat bahagian "function disabled" tu, boleh la korang nak tukar jadi benda lain. Macam aku punya blog "Me no likey copy paste". Benda ni akan pop out bila ada yang cuba right click kat blog korang.

4) Save then siap!

Mudah je kan? Amik kat website je noks. Kalau tak faham jugak, cuba refer kat link ni. http://www.bloggertricks.com/2007/12/how-to-disable-right-click-in.html

Saturday, January 1, 2011

Tutorial membesarkan saiz gambar di dalam blog.

Meh nak bagi tutorial untuk besarkan gambar kat blog.Senang saja sebenarnya.

1. Upload image seperti biasa.Then pergi kat "Edit Html".

Imej sebelum dibesarkan.

2. Coding gambar akan keluar seperti dibawah.

Cari coding yang dibold kan tu dan delete.Tinggalkan "width" sahaja.

3.Kemudian, adjust "width" tu.Macam aku, aku pakai 600px.Just nice.Korang try and error la ye.Kalau 600px besar sangat sampai kacau sidebar blog korang, adjust jadi 500px.Gitu.

4. Last step, cari coding "s400"dan ubah menjadi "s700". Ini coding untuk resolution imej korang.Kalau sesetengah yang tempek gambar dari hp bila dibesarkan akan pecah.So, dengan ubah resolution ni, sedikit sebanyak akan membantu imej untuk nampak lebih jelas dan cantik.

5.Nanti imej korang akan jadi besar macam ni.

Imej selepas dibesarkan.Nah! Sebesaq alam gambaq.Kalau tak nampak lagi, tak tahu la.Selamat mencuba!

Sunday, December 19, 2010

Tutorial update blog menggunakan iPod touch.

Ramai yang tanya macam mana nak update blog through iPod.For those yang guna iPod mesti melalui nasib yang sama di mana kita tak boleh create post kan? Just boleh view dan reply komen ja. So, ada jalan lain untuk update blog indirectly menggunakan email.

First of all, korang kena ubah setting email kat blog.

1) Pergi kat DASHBOARD. Ambil option SETTING.


2) Kemudian, pergi kat option EMAIL & MOBILE.

Klik untuk tumbesaran.

3) Ok.Kat POSTING OPTION yang dibulatkan tu, ada suboption EMAIL POSTING ADDRESS.Kat situ korang kena isi preferred email dalam kotak tu.Jangan tiru yang atas tu pula weh.Itu aku punya.Hahaha.Kalau nak senang, bubuh la nama blog korang.

4) Kemudian pilih first option iaitu PUBLISH EMAILS IMMEDIATELY.

5) Save setting.Siap.

Klik untuk tumbesaran.

Sebarang permasalahan, boleh drop kat komen ye.Selamat mencuba!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger