Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts
Thursday, January 26, 2012
Nak beli printer tapi...
I'm thinking of buying a printer. Tapi malas nak google printer apa yang elok. So, tulis dekat sini dengan harapan ada la yang akan respond. So, tolong tolong la respond which brand is good. Kalau boleh, nak ada multipurpose printer. Yang boleh print, scan, photostat, bluetooth, 3G, touch screen, bla bla bla. Amboih. Mengarut dah tu. Hahaha. Tapi nak yang multipurpose punya. Alang alang nak beli, baik beli yang elok terus kan? Al maklumlah, saya ni bakal cikgu. Printer sangat diperlukan. Kejap kejap nak print itu ini. Leceh la kalau nak kena hantar kat kedai. One more thing, benda apa lagi perlu tahu kalau nak beli printer ni? Saya noob bab teknologi. =,='
Tuesday, May 3, 2011
Usaha sendiri.

Memang noob bab teknologi ni.BBM pun blur blur benda apa. Rupanya blackberry messaging.Yo lah.Cek pakai handphone besa ja. Hasrat nak tukar handphone tu memang ada. Dari sebelum datang Welly pasang niat nak tukar tapi duit tu selalu melencong ke arah yang lain. Sampai ke sudah tak bertukarnya. Kalau dulu ye lah. Excited nak ikut teknologi terbaru. Orang pakai Iphone, kita pun nak. Orang pakai blackberry, kita pun nak. Tapi sekarang aku rasa macam dah kurang berminat dengan gadget ni melainkan kalau betul betul in need. Handphone aku tu memang dah sampai masa nak kena tukar.Duk sat padam. Sekali dua, aku ok la lagi.Mai lama lama, rasa nak campak luar pun ada.Sabar je lah. Handphone impian saya biasa biasa saja. Saya berkenan sungguh dengan Sony Ericsson W995. Tak tahulah handphone ni zaman bila tapi aku suka. Aku ni bukannya orang senang. Boleh main tukar tukar handphone bila masa aku nak. Nak beli apa pun, guna duit sendiri/elaun. Tak ada pasai orang lain nak huluq duit kat aku. So, nak tukar handphone ni pun kena la cari duit sendiri.
Wednesday, February 16, 2011
Kerana external
Lama juga kami borak.Peramah orangnya Miss Eriqa ni.Thanks tau sebab tolong belikan external.Sekarang dengan suka hatinya boleh transfer semua benda dalam external baru.Dan dan tu performance laptop jadi laju sikit sebab dah ringan dari segala mak nenek benda.Heh.
Labels:
blogger,
blogging world,
gadget
Wednesday, February 9, 2011
Serik dah.
Baru sampai rumah.Al-kisah charger yang rosak sudah diganti baru.Ngokngek punya tokeh.Even charger tak ori, ku sangka paling lama bertahan 6 bulan, ini baru pakai seminggu sudah rosak.Mujurlah dia bagi new set.Kalau dia nak perbaik yang rosak tu, memang aku tak nak.Konfirm makan masa berminggu minggu.Cek ada seminggu lebih saja lagi kat Malaysia. Kalau ikutkan hati, dari awal rosak lagi aku nak ambil yang ori tapi sebab sayang duit, beli yang non ori dulu.Huhuhu.Tak sangka nak rosak lagi.
Mujurlah tokeh muda remaja macam aku.Buat muka garang sikit, terus dapat new set.Sesetengah kedai jangan harap nak bagi yang baru.Sehabis boleh nak perbaik.Dah tu, pakai tak lama mana, rosak balik.Duit lagi.Lepas ni dah serik nak beli alat elektronik yang tak ori ni.Biar beli ori yang mahal sikit, asalkan tahan lama dan berkualiti.Huhuhu.
Labels:
charger,
gadget,
moral of the story
Tuesday, February 8, 2011
Thanks!
Oyeh.Tak perlu risau dah pasal nak cari orang tolong belikan external 'coz I found one.Hehehe.Thanks to Miss Eriqa sebab willing untuk surveykan harga kat lowyat.Aku malas nak kacau Zul sebab dia sekarang tengah study week.Menyusahkan pula kalau nak suruh dia pergi Lowyat semata mata untuk cari barang aku.Duk diam diam kat UIA, study lagi bagus.Hehehe.
Oh,by the way, thanks to all yang drop comments kat entry survey external tu.Sekarang dah tahu brand apa yang elok, apa beza 2.5 dengan 3.5 dan kelebihan serta keburukan purchase 1TB.Tocei tocei!
p/s : Miss Eriqa, kalau ada yang colour pink pun ok.Hehehe.Dasaaaarrr.
Monday, February 7, 2011
Survey external
Tengah survey external.Hajat nak beli benda alah ni dah lama.Asyik tertangguh sampai sekarang baru gedik gedik nak beli.Mulalah call Zul tanya pasal standard price berapa, apa beza 3.5 dan 2.5.Memang noob gila pasal hardware ni.Tak ambil tahu sangat.Laptop ni pun dah berat.Segala macam khazanah ada.External yang dulu pun dah penuh sumbat gambar dan movie.Ini nak beli baru so that, boleh sumbat lagi segala benda yang dalam laptop ni.C disk aku dah penuh weh.Entah apa la yang aku bubuh dalam C tu sampai space tinggal berapa megabyte ja.Yang pasti, lagu memang berlambak.Dari lagu lama sampai lagu baru.Cuma sekarang ni jarang dah nak download lagu dari internet sebab nak jimat usage.Kalau terlebih usage, broadband jadi lembap.Last last aku yang bebai.Huhuhu.
Nak tanya korang la.Harga untuk external 1TB sekarang berapa eh? Boleh dapat semurah berapa? Brand apa yang ok? Aku mula mula nak ambil 500gb je tapi budak budak kat FB cakap baik amik 1TB sebab lagi berbaloi.Lagi satu, kalau beli online, kat website mana yang ok selain lowyat.net? Aku pening kepala buka loywat sebab tak tahu nak perosah cari kat mana.Huhuhu.
Labels:
gadget
Tuesday, February 1, 2011
Charger oh charger.
Oh my.Sesak nafas aku bila charger laptop buat hal pagi ni.Dah pandai putus putus noks.Sebab tu la satu entry je hari ini.Hahaha.Aku pakai laptop ni dah lama.Since 2008.Dua tahun dah.Sebelum ni tak pernah buat hal cuma bateri je yang weak.Tak tahan lama.So, memang selalu kalau nak on laptop, guna charger je.Dah tak pakai bateri.Seperti biasa, call dia minta tolong carikan charger.Huhu.Hari ini rasa malas nak keluar rumah.Sekarang dah boleh online sebab dah dapat charger baru.Beli yang tak ori sebab murah.Hohoho.Nak beli yang ori mahal sangat sampai RM 180.Tak mampu.Yang non ori baru RM 65.Hope tahan lama la.Mau kalau mati pula laptop ni, boleh sawan aku.Dah la banyak benda dalam laptop ni.
Mr charger, please be good to me!
Tuesday, December 21, 2010
CST Production
Sekarang ni trend orang kahwin mesti upah photographer khas untuk ambil gambar.Tak cukup dengan tu, mesti buat video kahwin.Oh my.Aku memang suka tengok video orang kahwin ni.Terbuai buai dengan lagu dalam video tu.Terbaru, orang shoot guna DSLR.Rasanya ramai yang dah tahu pasal benda ni.DSLR pun boleh digunakan untuk shooting video.Yang lebih mengagumkan, kualiti video yang dihasilkan lebih cantik dari video recorder biasa.
Cakap banyak pun tak guna kalau korang sendiri tak tengok video yang dihasilkan.Apa kata korang jengah blog CST Production dan nilailah sendiri.Konfirm nganga beb.
Bagi aku, tak salah untuk spend amount yang banyak untuk gambar dan video kahwin sebab benda ni berlaku sekali seumur hidup.Takkan boleh rewind.Jadi apa salahnya berhabis sikit kan.Cuma kena tengok kemampuan juga la.Jangan sampai terjejas bajet untuk benda lain pula ya!
Labels:
blogging world,
duit oh duit,
gadget,
kahwin
Monday, December 20, 2010
Line macam harom
Agak menyampah dengan kelajuan broadband sekarang.Soalnya semalam baru menjelaskan bil yang tertunggak.Sepatutnya line makin ok la kan.Ini sama ja.Lembap lagi ado la!Ish.Geram la aiii...Sedikit sebanyak membantutkan mood nak update blog.Rasa tak smooth macam mana entah.Senang cakap, tak best!
p/s : Nak layan youtube pun jenuh tunggu buffer.Menyampahnyaaaa...Celcom!
Labels:
blogging world,
gadget
Sunday, November 14, 2010
Duty free.
Fikir punya fikir, solution terbaik ialah aku pegang dulu ipod tu. Sampai Malaysia baru pos kat Ijan.Kesian juga kat dia.Kawan dah excited kot nak merasa ipod baru.Jadi macam ni, terus spoil.Hahaha.Tapi sampai sekarang aku still tak pos lagi benda tu.Aku tak confident nak pos.Kalau hilang, tak pasal kena ganti rugi balik.Bukan tak percaya kat pos Malaysia, tapi....entah.Takut nak pos.Option lain Natinowide courier.
Ada suggestion tak nak pos benda fragile macam ni? Nationwide courier ok tak?
Monday, November 8, 2010
Rose is behaving well.
Nak tunjuk gambar lagi.Hasil tangkapan Rose.She's doing good so far.Bertambah sayang aku padanya.
Subhanallah.Cantik sangat pemandangan ni.Actually matahari terlindung disebalik awan tu.That's why jadi macam ni.Cahaya ja yang memancar.
Actually keadaan tak ada la segelap ini.Setting sunset.Itu pasal jadi macam ni.Tapi mak like noks.
Gambar eden terselit jugok!
Pantai Eastbourne.Sesuka hati dan perasaan bagi nama sendiri.
Lumut yang bertindak sebagai alat refleksologi.Sumpah sedap pijak atas lumut ni.Tambah-tambah after korang terpijak batu tajam.
Well done Rose!
Friday, November 5, 2010
Jenuh godek
Ahahahahah.Jenuh godek nak enable posting direct dari iPod.Ok.Entry ni bukan dari iPod.Ini ori type dekat laptop.Keciwi gila habaq hang dapat iPod.Duk godek dari petang tadi sampai sekarang.Biasalah.Benda baru siapa yang tak seronok belek kan.Lama-lama jemu la.
Ok.Nak sambung belek.Bye bye.Hahaha.
Labels:
gadget
Monday, November 1, 2010
New baby called Rose
Psst..I got my new baby just now.I would name her Rose.Wah.Sibuk je kan nak letak nama.Orang lain letak, hang pun nak letak. Tak sabar nak bawa Rose jalan-jalan town. Tak sabar nak sentuh Rose, nak picit Rose. Haaa.Jangan duk pikiaq bukan bukan naa.
Dear Rose, ku berjanji ku akan selalu menjagamu.Hohohoho.Siapa Rose?
Ku tak mampu nak beli DSLR.Ini ja yang mampu.Ku rasa berbaloi beli yang ini sebab berjaya dapatkan dengan harga 189 dollar saja.Kalau convert duit Malaysia, still murah banyak.Kat Malaysia retail price RM 780. Dah lama aim sebab colour dia pink.Mak kalau pink pink ni, memang laju ja nak angkut.Hohohoho.Lagi satu gambar camera Lumix cantik.Feature dia pun cantik.I loike.
Lupa diri.
Ok. Dah menang bid iPod. Dah setel payment. Tunggu benda tu deliver depan rumah ja.Ish laa.Rasanya iPod tak ada dalam wish list pun.Tiba-tiba boleh pula pi beli kan.Eksyen ja lebih ni.Tunggu la dua tiga bulan lepas beli.Hohoho.Dah la beli yang 32 Gig punya.Jenuh sumbat lagu dan game dalam tu.
Lagi 9 hari lagi nak tinggalkan bumi Wellington.Perasaan anda? Feelingless but at the same time berdebar.I fly sorang dari sini ke Gold Coast you'olls.Cuak juga memikir nak redah sorang-sorang ni.Tapi insya-Allah tak ada masalah.Dari Gold Coast ke KL nanti ada geng.Rasa macam tak percaya pula nak balik Malaysia dah.Lupakan jelah angan-angan nak kerja time summer. Dulu berkobar-kobar, nampak tiket murah terus lupa diri.T_T
Sunday, October 31, 2010
Nak beli iPod ke tak?
Ku sedang bersantai sambil online sambil tengok movie kat tv. Tengah fikir nak beli ke tak iPod touch kat Trademe. Closing time 10.16 malam ni.Nak beli ke tak haa? Mula-mula fikir nak beli iPhone tapi dorang cakap kuat makan bateri sebab banyak application.So, better beli iPod.Actually benda ni bukanlah kehendak tapi kemahuan.Tak beli pun tak pa.Tapi sekarang dalam state bosan, tak tahu nak buat apa.Tangan kerja nak buka Trademe ja.Semua benda aku nak tengok.Semua benda aku nak 'watchlist'.Bahaya betullah.
Cepatlah balik Malaysia.10 hari lagi weyh.Ish.Tak sabar!
Saturday, October 30, 2010
Blackberry Torch 9800 smartphone :Best of both worlds!
Dulu aku pernah bercita-cita nak own satu Blackberry tapi hajat terbantut sebab figure dia tak berapa cantik. Plus, kalau boleh aku nak yang slide which is memang bukan figure blackberry. Tapi sekarang ni blackberry dah keluar design baru! Slide slide! The first ever in Malaysia beb!Oh my.Sangat memikat kalbu. Blackberry Torch 9800 pilihanku.Aku suka tengok handphone touch screen tapi aku terpaksa kuburkan niat nak pakai touch screen as aku ada masalah hyperhidrosis.Tangan cepat berpeluh.Agak leceh kalau pakai handphone touch screen.Tapi dengan adanya Blackberry Torch 9800 dengan figure full 3.2 inch touch screen with keyboard, sudah tentu tiada masalah.Boleh guna dengan senang hati. Best of both worlds! Boleh experience touch screen dan keyboard pada masa yang sama. Tak perlu risau skrin kotor dengan adanya keyboard.Hihihi.Lagi satu memang menepati ciri handphone idaman sebab slide.Ku suka slide slide ni. Nampak canggih benar.Hehehe.
Plus, aku suka Blackberry Torch 9800 sebab skrin besar.Puas hati sikit kalau nak baca message.Tak perlu nak skroll banyak kali.Lagi besar lagi bagus. Ada lagi yang special. It comes with integrated social feeds dimana kita boleh update multiple social networks macam FB, Twitter dalam satu page.Tak payah nak buka every account semata-mata nak update status.Senang kan? Sesuai sangatlah dengan aku yang memang kaki FB ni.
Ada lagi! Dengan Celcom Blackberry Torch 9800 package, korang boleh dapat harga yang sangat berbaloi. Ada dua pakej iaitu Celcom Exec package dan Celcom Biz package. Boleh dapat harga serendah RM 118 sebulan.Pergh.Murah tu.Plus,coverage Celcom meluas. Masuk ceruk hutan pun boleh update status FB weyh.Memang berbaloi-baloi. Memandangkan Celcom ni Malaysia's no.1 Blackberry community, elok sangatlah ambil pakej yang ditawarkan Celcom.Lebih puas hati.Untuk keterangan lanjut, boleh klik [sini]
Eh. Jangan lupa dapatkan pakej terhebat ni di mana-mana Blue Cube outlet seluruh Malaysia bermula 3 November ini ya. Dorang launch event ni semalam.Sorry for not making to your event Celcom. Ku jauh di NZ. Huhuhu.
Urgh.Kempunan Blackberry Torch 9800. Celcom, please be good to me =)
Labels:
blackberry torch,
Celcom,
contest,
gadget
Thursday, October 28, 2010
Wii
Seronok juga main Wii ni kan. Dah mula addicted dah ni.Ini tak boleh jadi.Silap haribulan aku angkut satu bawa balik Malaysia.Zul konfirm suka punya.Betul tak abang? Wan beli dari Kam dengan harga 250 dollar je.Kira murah banyak dari beli kat Malaysia.Secondhand pun elok lagi.Kam pakai tak sampai setahun.Kotak dengan bubble wrap pun still ada.
Kalau ada senior lain yang nak let go Wii, aku nak chop dulu.Hehehe.
Labels:
gadget,
game,
NZ life,
student life
Monday, October 11, 2010
Nikon D3100

Nah.Model terbaru dari NIKON. D3100 pula.Telan ayaq liuq ja la sekarang ni. Tak mampu nak beli lagi. Ini katanya lebih ringan dan kecil dari D3000. Further info, sila google sendiri ya. Harga kat Shasinki almost 2k. Kat sini starting price 700 dollar. Murah sini lagi kot.Ceh.Cakap macam nak beli ja kan.
Kan seronok kalau ada duit banyak.Hurm.
Sunday, July 25, 2010
Beralih arah kepada Sony Ericsson Satio.
Dah beralih arah dah.Tak mahu beli Blackberry tapi nak beli Sony Ericsson Satio.Hari tu tertengok kat FB video yang diambil guna camera Satio.Pergh.Cantik bukan main.Kelia sungguh!Bagi aku Satio ni dah cukup canggih.Dengan kamera sampai 12.1mp, memory card up to 16GB, digital zoom up to 16x, dan macam-macam lagi la spec menarik.Dah cukup hebat dah.Tambah pula memang aku nak hp yang ada kualiti kamera yang bagus.I guess kalau dah ada Satio ni, lagi senang kot nak tangkap gambar.Tak payah nak mengusung kamera besar gabak tu ke hulur ke hilir.Blog pun sentiasa la berupdate dengan gambar.Hihihi.Memang tengah kumpul duit nak beli Satio once I go back to Malaysia.Ini first target.Tak kisah lah kalau by the time sampai, hp ni dah outdated ke apa.Lagi aku suka sebab harga makin turun.Hehehe.

Dah lama teringin nak tukar hp.La ni duk pakai hp cap ayam ja.Yang baling anjing pun tak rosak tu.Ni haa hp sekarang.More or less macam ni la.Tak ada memori card, tak ada kamera, tak ada lagu.Pakai la ringtone Nocturnal dalam hp tu dari dulu sampai sekarang.T_T
Harga latest Satio kat pasaran mengikut website [ini] ialah RM 1480. Telan air liur.Tak pa.Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan.Tobat lepas dapat Satio, aku pakai sampai beranak tiga baru tukar lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)


