Online users

Follower

Showing posts with label for fun. Show all posts
Showing posts with label for fun. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Off politics and little kids


A few weeks ago, dapat satu surat cinta dari PM kita. Biasalah, nak pilihanraya ni, macam macam surat dapat. Terpampang la muka Najib satu paper tu. Akim datang rumah. So, dia pun sibuk nak tengok surat tu. When he saw Najib's picture, he cried and ran away. Mungkin sebab gambar tu portrait size and Najib was 'staring' at him. Mungkin ini hanya satu kebetulan. Akim loves green very much and he hates blue. So, it makes sense why he cried when he saw Najib's picture. Hahahaha. Kitorang pulak kuat menyakat. Bila tahu dia takut tengok gambar Najib, lagi la nak mengusik. He would go to tok and mengadu. 

"Long Dah, gambar Ajib. Adik akut Ajib.Adik tak suka Ajib!" 

Adoi la hai. Akim akim....

***

Today I taught the kids about hobbies. So, ada la satu text ni berkaitan collecting erasers. It mentioned about different sizes, colours and patterns of eraser. It also mentioned about erasers with different flags of different countries. So, I gave them example of different flags: Malaysia, Indonesia etc. And when I asked them to give other examples, one of them said, "Bendera Pas!" Tak tahu macam mana nak react. But I found it funny because as far as I am concern, tak pernah lagi la ada pemadam cop pas. Ke memang ada? Aku je yang tak tahu? 

Mungkin mak pak dia orang kuat Pas kot. Sebab tu dia cakap Pas, bukan BN.Kekeke.Macam macam.

Thursday, August 9, 2012

Abang kawasan


Jangan main main. Sekolah I ada abang kawasan oooooo. 

Saturday, July 28, 2012

Al kisah si polan...

Al kisah si polan A menyewa kereta. Isi minyak sepuluh ringgit but still lampu minyak kat dashboard berkelip kelip. Minta diisi lagi. Tapi si polan A buat tak endah ja. Takut guna tak habis. Kereta sewa la katakan.Si polan A suruh si polan B drive sebab dia nak rehat. Si polan B pun tak banyak cakap. Drive je la kereta tu tanpa sedikit pun rasa risau. Ditekannya minyak kejap slow, kejap laju. Tak consistent. Si polan B pun dah aware lampu minyak berkelip kelip tapi masih lagi berada di tahap yang selesa. "Cukup kot" Getus hati kecilnya.

Sedang asyik memandu, tiba tiba lampu merah. Tekan brek. Lama jugak traffic light kat situ. Si polan B masih lagi tak sedar apa apa. Tiba tiba lampu hijau. Si polan B lepas brek, tapi kereta langsung tak bergerak.    Tekan minyak, meter speed di takuk 0. Try start enjin, kereta masih tak mau jalan.Emergency light tiba tiba on sendiri. Ha..sudah. si polan B dari cool terus gelabah ayam. Hampir menangis di dalam kereta tak tau nak buat apa. Si polan A dengan tenang, keluar dari kereta, bagi signal kat kereta belakang supaya masuk lane lain. Kereta mati tengah jalan. Si polan B tak habis habis meratapi nasib. Si polan A ketawa tak ingat dunia. Lucu barangkali melihat kegelabahan si polan B. Mujurlah si polan A punya ramai teman. Telefon minta bantuan. Si polan C datang dengan sebotol minyak kereta. RM 3. Tak cukup untuk tampung perjalanan pulang. Si polan A take over kereta dan slow slow drive to the 'nearest' Caltex untuk topup minyak. What a day.....

Moral of the story, jangan kedekut nak tuang minyak or else, jadilah macam kisah si polan A dan B ini. Hahaha.

Wednesday, January 25, 2012

Interesting quote

Found this quote in FB. Thought it would be good to share it with you guys.

"If your boyfriend wants you for your breast, thighs and legs, send him to KFC. You're a lady, not a cheap value meal"

=)

Sunday, December 18, 2011

Tudung karipap

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dah selamat sampai kat KL.Not KL exactly tapi kat Kota Damansara. Bertolak awal pagi, sampai sini pukul 2 petang. First day kat sini, tak ada apa sangat pun buat. Just rehat rehat je kat rumah. Hari ni pergi Jalan TAR. Woah. Rambang mata der. Last time datang last year. Time tu fesyen tudung jalur jalur. Sekarang ni dah tak nampak pattern tu. Sekarang ni lebih banyak tudung yang style sarung ropol ropol tepi. Ala ala Arianni gitu.Banyak sangat kedai. Semuanya murah murah. Boleh jatuh bankrupt kalau datang situ setiap hari.Orang pulak, seperti biasa la. Ramai. Weekend pulak kan. Mujur parking senang cari pasal Pak Su kerja kat Amanah Raya. So, parking dalam building sajork.

Ikutkan hati, aku nak borong banyak banyak.Tapi sebab poket tak ada la berisi sangat,amik 5 helai je lah. Itupun, jenuh pilih pasal aku tak ada target warna. Rasa cantik, amik ja. Hohoho. Pakai ke tidak tu, fikir lain. Ada masuk satu kedai bangla ni. Dia nak promote la design baru. Katanya TUDUNG KARIPAP. Terburai gelak kami kat situ. Ni haa tudung karipap yang dimaksudkan. Kita panggil tudung ropol ropol. Dia pi bantai karipap teruih. Hahaha.


Anyway, anyone in Kota Damansara?

p/s: Jalan jam pasal ada event Drift apa entah kat depan Dataran Merdeka.

Monday, December 5, 2011

Peter Answers

Pernah dengar pasal Peter Answers? Haa.Siapa yang tak pernah dengar, sila google. Aku malas nak cerita panjang lebar kat sini. Yang pastinya, benda ni sesuai nak prank kawan korang. Tambah yang takut hantu. Hahaha. Al-kisahnya pada satu malam, aku tengah online.Tiba tiba Ika datang tunjuk pasal Peter Answer. Kita tanya soalan dan Peter akan jawab dan kebanyakkan soalan yang ditanya, Peter tu jawab dengan betul. Sebagai contoh:

Pak su dan Mak su tengah buat apa sekarang?
Depa tengah tidoq dalam bilik la.

Hang kenai Arip dak?
Kenai. Arip tu yang mai hantaq KFC kat hampa tu laa.

Pirah duk buat apa la ni?
Dia duk buka FB dan blog rasanya.

Dan banyak lagi soalan yang ditanya.Semuanya dia dapat jawab dengan betul. Yang peliknya, Peter jawab dalam bahasa Kedah jugak.Aku dah mula musykil. Takkan Peter boleh cakap Kedah kan. Aku tak puas hati.Aku google explanation and at the end, aku blur.Aku tak faham macam mana Peter boleh dapat jawapan yang sangat tepat.Aku pun mula mula dah nak percaya dah Peter ni berhantu. Boleh tengok apa yang kami buat segala. Paling epik, waktu tu Bang Cik tengah duduk bersandar kat dalam bilik aku. Afif yang taip soalan.So, aku suruh Afif tanya Peter tu, apa yang Bang Cik tengah buat. Sekali Peter cakap, "Dia tengah sandar dalam bilik Pirah and WATCHING!" Lepas tengok jawapan tu, bang cik terus letak muka bawah bantal sebab takut.Hahaha.Pengecut gila bang cik ni.

Aku tak puas hati.Sampai kat FB pun aku tanya orang. Lepas tu, ramai la yang response. Selidik punya selidik, akhirnya aku dah dapat jawapan macam mana Peter tu boleh jawab dengan tepat. Sedikit bengap la aku ni pasal lambat sangat tangkap explanation orang. Mungkin terlalu takut dan kagum dengan kehebatan Peter sampai aku ingat Peter ni spirit yang berlegar legar kat rumah aku.Hahaha. Rupanya Peter tu Afif! Haktuih! Dia buat trick sikit ja pun. Waktu dia taip soalan, kami semua tak tengok kat skrin komputer. Dia yang sibuk menulis. Rupanya dia dah tulis jawapan sekali kat ruang petition tu. No wonder la bila dia taip tu, rasa macam lama sangat.Rupanya dia karang jawapan sekali. Cissss. Dua hari main Peter Answers, baru dia mengaku. Itu pun sebab kantoi dengan aku.Kalau tak, sampai ke sudah kami percaya dengan Peter.Hahaha. Dan no wonder la bila aku taip kat laptop aku sendiri, jawapan yang Peter bagi sangat nonsense. This trick doesn't work on you. It works on other people as long as kita yang taip soalan dan jangan bagi dia nampak kita taip jawapan sekali dalam tu.

Ni haa soalan yang aku cuba tanya. 3 kali aku tanya, 3 kali jawapan dia ke laut. No wonder la. Klik untuk tumbesaran.



Chooooooooooiiiiii! T_T Kalau nak try prank kawan kawan, bolehlah pi kat link [ini]

p/s : Rasa sangat loser bila diperbodohkan oleh sepupu yang baru berusia 14 tahun.

Thursday, December 1, 2011

Ecewah

Ecewah.First time kot. Hahaha. Penangan Ombak Rindu =D

Monday, September 19, 2011

Stop texting me.....

Terjumpa banner ni few blocks away from my house. Gila berani buat macam ni kan. I bet she must be a really hot girl. =P

Thursday, May 12, 2011

Ngeeee

Banyak kali juga aku tersalah send message kepada orang yang tak berkenaan.Sebagai contoh, message ni meant for buah hati tetapi tersalah send kat orang kedutaan.

Susah b...tak tahu la macam mana tadi.Pakai men jawab je. By the way, saya dapat result elok untuk EPSY.Ngeeee...

Noooh.Ngeee belakang tu paling tak boleh blah. Bermanja tak kena gaya.Salah send kat Kak Ayuni kot. Mujur la Kak Ayuni ni style sempoi. Memahami perasaan orang bercinta.Hohoho.Kak Yuni reply...

Oiii..salah hantar message la baby...

Hahahahahaha.Damn.Malu gitu ja.Rasa nak tutup muka dengan bantai pun ado!

Wednesday, May 4, 2011

Tribute =)


Tribute to aku katanya. Hahahah.Senget manja.

A version of mine.

Wednesday, March 2, 2011

Go get a room!


Entah apa la yang merpati dua sejoli ni buat.Memang la dalam culture mat saleh, dorang tak kisah nak bermesra mesraan depan public.Tapi ini dah melampau beb.Al-kisahnya waktu keluar town hari tu, kami ke Bubble Tea.Teringin nak minum Taro Milk Tea.Dah beli tu, pergi la duduk kat Reading Cinema.Boleh pula dorang buat drama 18SX kat situ.Kalau mat saleh, ok lagi kot.Ini Cino.Adeh la.Buat malu kaum ja weh.Dah la budak sekolah lagi.Go get a room la bai.

Saja buat buat tangkap gambar aku.Line clear ja, terus Wan tala kamera kat dorang.Snap curi curi.Takut juga kalau dorang perasan.Tapi nak juga tangkap.Perempuan tu kalau dibagi skala kecantikan 1-10, I'm going to give 4.Reason? Aku rasa, aku cun lagi dari dia.Hohoho.

Monday, January 17, 2011

Wrong spelling yang agak melampau.

Klik untuk tumbesaran.Sila perhatikan perkataan yang bergaris kuning.

Nak salahkan siapa? Taukeh kedai ataupun tukang buat menu board ni? Agak malu kalau pelancong asing tengok kesalahan ejaan.Teruk sangat! Eja ikut sedap mulut ja kot.Jenuh gelak.

Sunday, November 28, 2010

Pictures of the day.

Pictures of the day.

Found this at Jitra.Mesej penting disampaikan melalui vandalisme.

Had this on our date.Nasi goreng special.Siap ada baked beans lagi tu.Tapi macam tak berapa kena makan nasi dengan benda alah tu.Selalu orang cicah dengan roti.

Monday, October 25, 2010

Err?

Err?

Saturday, October 23, 2010

Mulut itik

Bagi aku gelak kejap.Hahahahaha.Lawak la budak zaman sekarang.Kalau tangkap gambar, for sure nak pout macam mulut itik.Adeh la.Satu album penuh dengan gambar mulut itik semata.Kalau sekeping tak pa juga.Ini satu album der.Tak larat aku nak gelak.Inilah jadinya bila dah free sangat.Habis semua page orang aku nak buka tengok.Lepas tu gelak mengekek sorang-sorang.Hihihi.Nasib la sapa yang jadi mangsa aku.

Nah.Aku pun nak pout mulut juga.Nak tak nak je kan pout.Bahahaha.
[taken in 2009]

Saturday, October 16, 2010

Reason budak message 'tacukew'

Rentetan daripada post 'Sapew,adew,tacukew' dan 'Sekali lagi' kami cuba figure out kenapa budak zaman sekarang cenderung untuk tulis macam tu.

Antara reason yang kami dapat (data dari housemate):
1) Supaya nampak lebih 'nice'.Ahahahaha.Tang mana yang 'nice' nya weyh.Rasa macam semak kepala lagi ada la.Mungkin 'nice' tu patut tukar kepada 'cool' kot.

2) Terpengaruh dengan rakan sebaya.Ini memang diakui betul.Kadang-kadang kita tak message macam tu tapi bila kawan asyik reply dengan cara macam tu, tendency untuk ikut tu ada.Tambahan anak muda.Lagi la senang nak terikut kan.Baru nampak up to date duh!

3) Supaya lebih rapat dengan orang sekeliling.Kahkahkah.Bak kata Neda, pelik dengan reason ni sebab kalau nak kata rapat dengan 'orang sekeliling', for sure dengan family kan.Masalahnya, ada dorang message macam ni dengan mak bapak dorang?Rasanya tak kot.Gila jenuh cengang nak faham.Luruh semua gigi nak baca whole message. Dengan pakwe/awek ye la kot.Itu bukan 'orang sekeliling', tapi orang tersayang.

Adik aku cakap "biasalah, orang zaman sekarang". Ceit!

Friday, October 15, 2010

Sekali lagi.

Hai tawan tawan...

Tawan tawan buat apew tuw? Sayew baru alik dari Cinta niew. Sayew mamam Char Koew Toew.Ta cedap cangat.Mamam kat Malaysia lagi cedap.Lepas tu sayew gi cari kotak lak.Nak simpan barang sebelum alik Malaysia.Ta cabarnyew nak tunggu 10 Nov.

Tangan sayew terluke tadi.Tatit gilew.Darah tak berhenti keluar.Sayew lap keluar,lap lagi, tetap keluar.Sayew dah risau dah.Lama ciket, baru berhenti.

Bahahahahahaha!!

Sapew, adew, tacukew.

Sungguh aku meluat kalau tertengok or dapat message mengada-ngada macam ni:

"De sapew kat cni yg ta adew kertas soklan lagi?"

Oh my. Sangat sakit mata bila tengok penggunaan bahasa di atas. Habih semua dia nak tukar tambah tolak segala. Dari sedap sedap 'sape' terus jadi 'sapew'. 'tak' jadi 'ta'. Bajet comel habis la tu.Adeh.Muncung benar mulut aku nak menyebutnya.Adik aku taip macam tu juga.Tunggu masa nak kena tarbiah dengan aku ja ni. Nampak macam gedik gila bila tulis macam tu.Macam tak cukup gigi pun ada.Bahahaha.

Akhir kata dari aku

"Sayew tacukew larh wak tulis macam ni.Sakit mate tau."

T_T

Tuesday, October 12, 2010

Naf-neng, bukan nuf-nang.

[credit to google image for the pic]

Aku:Zack, duit 'nuf-nang' hang dah berapa?

Newbie:'Nuf-nang'? Hahaha.Bukan 'nuf-nang' weyh. 'Naf-neng' la.

Aku:Mana aku nak tau.Ingatkan 'nuf-nang'.

*Gelak tak sudah*

Terima kasih kerana menceriakan aku.Hahaha.

Tuesday, October 5, 2010

Kepochi tarak hingat.

Inilah perempuan.Kalau dah jumpa geng..........kepochi tarak hingat.

A : Lin oiii..Ish la...lama tak jumpa naa.
B : Erm..ya la tu Za oii..Baru semalam kot aku jumpa hang.
C: Eyh..ada mamat hensem la kat seberang jalan sana tu.

A: Hang nak tau dak, Limah jiran sebelah rumah aku tu, kena ligan dengan benggali juai karpet.Hutang karpet dia berlungguk habaq hang!
B: Haaa? Biaq betoi! Buat malu orang kampung ja oiii.(terlopong mulut)
C: (Masih lagi angau dengan mamat hensem)

A : Hahaha.Puaih hati aku.Dulu aku dah kata dah.Dia tu bukan banyak duit mana pun.Kerja nak eksyen ja dengan aku.Sekarang ni baru hegeh-hegeh nak mai pinjam duit kat aku.
B : Hahahaha. (Dah malas nak layan)
C : Masih lagi angau.

Watak A yang kepochi lebih tapi tak dilayan.Begitulah ceritanya.

p/s : Dialog tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger