Lupakan kejap cerita trip to NZ.Aku nak update tempat makan baru yang aku discover last week. Thanks to Faten dan Kob sebab bawa aku jalan jalan cari makan area Aloq Setaq. Kalau harap aku sendiri yang nak pergi, memang idok ler."Patah kaki" since balik Alor Setar ni.
So, here we go. Nasi Kukus EPL. Lokasi, dekat Tesco Mergong. Bukan dalam Tesco, tapi deret kedai sebelah Tesco. Sebab apa nama EPL? Maybe sebab tokeh kedai ni kaki bola kot. Sebab tu nama kedai ada influence bola sikit.
Komen aku terhadap nasi kukus EPL ni, kalau banyakkan kuah dan sambal belacan tu, pasti lagi umph. Aku ni hantu sambal belacan. Ayam goreng berempah dah nice sangat sangat dah.Rangup, cukup rasa. Aku nak minta tambah kuah time makan, rasa segan pulak. So, kalau tokeh kedai terbaca entri aku ni, mungkin boleh consider kasi kuah melimpah ruah.Hehehe.Dalam gambar macam banyak kan kuah, tapi sebenarnya tidak.Bila diruntuhkan nasi tu, tak semua nasi kena kuah. Haa.Mungkin bagi certain people yang suka makan nasi kosong tanpa kuah, boleh terima portion kuah dia tapi bagi aku tak cukup.Huhuhu.
Banyak pulak 'kuah' nya kaaaan.
p/s: Tak boleh lawan Syed Nasi Kukus Ayam Berempah Sungai Petani. Huwa! Rindunya makanan kat SP!
Showing posts with label alor star. Show all posts
Showing posts with label alor star. Show all posts
Monday, January 14, 2013
Nasi Kukus EPL.
Saturday, March 10, 2012
Sayur putih
Credit to google image.
Time pergi pasar malam semalam, tok pesan belikan sayur putih 2 pokok. Tok kata yang orang selalu letak dalam mee goreng tu. Aku memang fail la bab sayur ni. Sawi pun kadang kadang tak boleh nak cam.
Aku : Sayuq putih tu sayuq sawi ka tok?
Tok : Dak aih. Sawi batang hijau. Ni batang dia 'kala' putih. Hat orang duk buh dalam mee tu.
Aku : *cuba bayang batang colour putih*
Tok : Hang amik la dua pokok.
Aku : Okay.
Sampai kat pasar malam, aku tanya kat abang gerai tu. Tadah je la muka menahan malu. Pasal aku ni perempuan.Patutnya aku expert la bab sayur semua ni. Ini tidak. Pfffttt...
Aku : Abang, sayuq putih ada dak?
Abang : Nak sayuq putih hat lagu mana?
Aku : Haaa????
Dia tanya aku balik. Ah. Tacing teruk sama itu abang. Main teka teki pulak dengan aku. Bila dia cakap macam tu, aku expect banyak jenis la sayur putih. Lama jugak aku duduk kat gerai dia. Ada satu sayur ni, batang dia colour putih. Aku yakin diri ja amik yang tu. Sekali Ika kata, "Tu bukan kailan ka?" Haa..sudah.Aku ni cepat terpengaruh dengan orang lain. Kena pulak Ika selalu tolong tok kat dapur, makanya dia lagi expert la dalam bab sayur sayuran ni. Tapi aku rasa macam dah betul pasal sayur kailan batang hijau. Aaaahhh...amik je lah.Sebelum nak bayar tu, mat arep suruh aku tanya mak cik tu. Walaupun segan, aku tanya jugak la....
Aku : Mak cik, tu sayuq putih kan?
Mak cik : *sengih sengih* Sayuq putih ada dua jenih dik. Satu hat macam kubis tu. Satu lagi hat ni la. Adik nak hat mana?
Aku : Haa..betoi la tu mak cik. Tok saya kata yang buh dalam mee goreng. Yang ni kot noo..
Mak cik : Haa..kalau nak buh dalam mee, hat ni la. *sambung sengih lagi*
Yeeeeeaaahhh! Aku betul. Muehehehe. Walaupun mak cik tu sengih sengih, ada aku kisah? Sweet success babeh! Hahahaha.
p/s: Bagus jugak bila tok pesan suruh beli sayur ni. Boleh tambah ilmu pengetahuan tentang nama sayur. Asyik makan kubis ja sebelum ni. Sayur hijau kureng sikit melainkan kailan. Tapi kailan pun kadang kadang fail jugak nak cam. Hohoho.
Monday, March 5, 2012
Makan angin: Episod 2
Dah kenyang pekena char koew teow, maghrib kat Tanah Merah. Lepas tu shoot pergi "I-City Alor Setar" pulak. Haa..Jangan ingat Shah Alam ja ada I-City tau. Alor Setar pun ada. Kalau ikut penat tu, memang la penat. Dari pagi kitorang tak rehat. Tapi sebab kali ini ja time yang ada untuk bawa dorang pusing pusing, redah jugak la walaupun mulut dah banyak kali menguap.
LED tree tak banyak macam kat I-City tapi boleh la nak amik feeling macam kat Shah Alam tu. Hohoho.
Menara Alor Setar di waktu malam. Wewiitt
Jom pi Istana Anak Bukit pulak! =)
Labels:
alor star,
i-City Alor Setar
Monday, December 5, 2011
Kebakaran dan kemalangan

Klik untuk tumbesaran
Petang kejadian, kami ingat kepulan asap tu pokok hujan. Tapi makin lama makin gelap dan tak hujan hujan pun. Mesti ada something yang terbakar ni. Kalau tengok dari kepulan asap ni, nampak macam dekat airport yang terbakar. Pak Ngah curious nak tahu. Siap call sedara kat Kepala Batas. Tanya tahu ke tak apa yang terbakar. Tak pernah asap setebal ni. Sampai ke sudah kami tak dapat jawapan.
Esoknya tengok berita, rupanya ada kebakaran gudang tayar kat Wang Tepus. Untuk makluman korang, jarak antara Wang Tepus dengan rumah aku sejauh 50km ye. Bayangkan la, asap sangat tebal sampai kat kawasan rumah aku pun boleh nampak dengan jelas. What makes things worse, asap tu dah kotorkan halaman rumah semua orang kat kampung sini. Habis lantai berdebu hitam. Sudahnya, kena la sental lantai rumah. Dahsyat tak dahsyat la kebakaran ni.
Dua tiga hari lepas kejadian kebakaran tu, berlaku kemalangan pulak depan rumah tok. Bukan nak reka cerita, tapi boleh dikatakan jalan area rumah tok ni macam ada benda sikit. Selalu sangat accident nya. Setiap tahun ada je kes. Setakat aku balik sini, dah ada dua accident. Tak tahu la kenapa kerap sangat jadi depan rumah tok. Ada penunggu kot. Hahahaha.
Labels:
alor star,
home sweet home,
newspaper
Subscribe to:
Posts (Atom)



