Online users

Follower

Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Peminta derma dan sikap prejudis

Petang tadi, tengah syok baring bawah kipas, ada orang datang minta derma. Seperti biasa, tok cepat cepat masuk bilik. Pretend macam tak ada orang dalam rumah. Aku tak sampai hati dengar orang tu duk bagi salam tak berhenti.So, aku buka pintu dan sambut salam mak cik tu. Dia senyum dan mula bercerita pasal derma yang dia kutip. Ada sekali untuk derma wakaf tanah. Yang ni aku tak faham sangat macam mana dia berfungsi. Tapi basically, nak mai minta derma la. Mak cik tu pun tunjuk la segala bukti dokumen, kalendar gambar maahad tu dan tunjuk muka pengasas maahad tu. Orang yang terkenal jugak dalam industri hiburan. Pernah jadi finalis Imam Muda. So, aku agak confident sikit nak menderma. Mak cik tu pun muka nampak macam ikhlas dan bukan berlakon. Bila dah setel semua, mak cik tu pun dah blah, tok datang tanya.

Dia mai buat apa tu?
Mai minta derma buat maahad.
Hang duk bagi buat apa? Bukan boleh percaya sangat depa ni bla bla bla....
*Terus naik atas. Malas nak dengar*

I don't blame her for being prejudice because there are some of them who are pretending to ask for money for charity but end up using it for something else. So, bila ada yang datang minta derma, tok akan jadi macam tu la. Sembunyi senyap dalam bilik. Macam budak budak. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.Habis semua peminta derma kena cop songlap duit. Janganlah kita mudah nak menilai dorang ni selagi tak ada bukti. Sebab tu aku keluar jugak hadap mak cik tu. Nak tengok sikit dari mana dia datang. Aku pun bukanlah bodoh sangat nak bagi duit sesuka hati aku. Bila rasa macam confident betul, baru hulur. Yang penting, niat kita ikhlas nak tolong orang yang memerlukan. Bab songlap duit tu, urusan dia dengan Tuhan.

p/s: Dah siap check dalam JAKIM. Memang ada nama maahad tu =)

Tuesday, December 6, 2011

Geng fixie

Hari tu pergi Jitra. Kat traffic light, nampak la sekumpulan budak naik fixie. Pergh. Macam macam warna ada. Hijau, oren putih, biru. Sebelum tu, nampak dorang berkumpul kat depan Aneka. Agaknya nak buat konvoi pi mana mana kot. Dah jadi trend kan fixie ni sekarang. Aku tanya la adik adik aku apa yang best sangat fixie ni sampai jadi kegilaan budak zaman sekarang. Dorang cakap fixie ni tak ada brek. Lagi satu, kita boleh kayuh fixie ni ke belakang. Macam reverse gitu. Habis tu, macam mana nak berhenti kalau tak ada brek? Depa cakap fixie ni berhenti sendiri. LOL. Hahaha.

p/s: Dengar kata fixie ni mahal. Ada yang sampai 3k. Betul ke? Maaf ler. Bukan amik tahu sangat pasal fixie ni. Rasa macam tak berbaloi pulak rupa dengan harga.

Wednesday, March 16, 2011

Kecik besar der.

Salam,

Tiba tiba rasa macam nak raise this issue. So far, sepanjang aku study kat oversea ni, tak pernah aku jumpa tulisan mat saleh yang halus halus. Semuanya besaq gedabak.Kalau nak dibandingkan dengan tulisan orang Malaysia, macam gajah dan semut. Adakah benda ni ada kaitan dengan budaya atau genetik? Wah wah wah. Aku dah lama perhati benda ni.Tadi dalam kelas EPSY (3 jam ok!),bila dah bosan dan mengantuk, aku usha orang depan.Belah kiri mat saleh dan belah kanan orang Malaysia. Kebetulan masing masing tengah ligat salin nota. Huge difference! Orang kita ni, kalau selagi boleh, nak jimat space dalam buku tu.Orang kedah kata, haluih meghenit. Jenuh jegi' mata nak baca nota tu.Kalau mat saleh pula, satu line tu ada kot sepuluh perkataan ja boleh muat.Mungkin dorang dah di ajar dari kecik lagi kot. Tapi, kalau nak kata kita orang Malaysia ni tak diajar dari kecik, tipu la.Cikgu darjah satu ajar menulis penuh juga pa satu line tu.Tapi makin meningkat dewasa, makin kecik tulisan.Heh.

Saja rasa macam nak tahu kenapa tulisan mat saleh besaq dan tulisan orang kita ni kebanyakkannya kecik.Sila salurkan pendapat anda.Jangan cakap "Suka hati la nak tulisan kecik ka besaq" Itu tak kritis ok. =.=

Wednesday, February 2, 2011

Minyak oh minyak.

Tok minta carikan minyak masak cap buruh. Dia nak yang 5 kilo punya.Yang 2 kilo dia tak mau sebab mahal balik kalau beli macam tu.Alang alang beli 5 kilo..Sehari suntuk kami pusing satu Alor Setar.Masuk Pacific, TSB semua tak ada cap buruh.Cap lain banyak la.Tok ni tak berapa berkenan cap lain.Nak cap buruh juga.Pengutip durian tolong cari area Jitra pun tak ada cap buruh 5 kilo.Psst...beli 5 kilo lagi murah dari beli yang 2 kilo.

Memandangkan dah tak ada sangat yang 5 kilo, tok pasrah jelah suruh aku ambil yang 2 kilo punya.Ambil bukan 1,bukan 2.Tapi 4 botol! Hahaha.Tok cakap, ada ura ura minyak nak naik harga lagi.Tak tahulah sahih ke tak benda tu.Tak cukup dengan tu, tok suruh cari minyak dalam kampit plastik pula.Ini untuk bekalan untuk masak acar dia.Inilah yang paling mencabar.

Hampir semua kedai runcit kat Jitra kami masuk.Kebanyakannya cakap tak ada.Eleh,aku tahu minyak ada tapi dorang sorok.Saja tak nak jual.Tak faham betullah peniaga sekarang ni.Orang nak bagi untung, dorang tak mau.Dalam tak ada tu, ada juga yang cakap ada tapi limit 1 kampit ja boleh beli untuk sorang pembeli.Mulalah nak buat kerja gila.Pengutip durian dah masuk kedai cina tu.Waktu tu aku kat kedai lain.Lepas dia dah beli, dia suruh aku pula pergi kedai cina tu.

Aku : Apek, minyak ada ka?
Apek : Ada.
Aku : Saya mau dua kampit boleh?
Apek : Eh.Bukan tadi kawan awak dah mai beli ka?
Aku : (Terus cuak der) Eh.Kawan? Kawan mana pula ni?
Apek : Ada tadi tu.Baru ja keluar.Awak bukan datang sama dengan dia ka?
Aku : (Masih cuak tapi pura pura tak faham sambil kerut kening) Haa? Kawan? Heh.Mana ada apek.Saya tak mai dengan kawan tu.Saya mai dengan kawan lain.
Apek : (Tengok muka aku lama gila.Pandang mata aku pula tu.Damn!)
Aku : (Berdoa jelah dalam hati supaya tak kantoi)
Apek : Ok lah.
Aku : (Lega gila!)

Aku tak tahu macam mana dia boleh agak trick aku dengan pengutip durian ni.Mungkin dia ternampak kami kat luar kedai kot.Sumpah cuak gila.Tak pernah takut macam ni.Beli minyak je pun tapi kena soal macam orang buat jenayah besar!

Tuesday, January 11, 2011

Kalau FB tutup...

Sekarang dah kecoh satu dunia Facebook bakal ditamatkan operasinya pada bulan March ini.Dengar kata Mark dah tak larat nak handle FB ni.Dia nak kembali hidup normal.Sebelum ni hidup macam orang gila gamaknya.Ye lah.Terlalu banyak benda yang perlu diuruskan.Tak silap aku, dari awal kemunculan FB sampailah sekarang, dah banyak kali ia melalui transformasi.Mark tekanan perasaan kot asyik mengadap laptop improve FB.Hahaha.Tambah pula ada yang mengecam FB sebagai punca masalahdikalangan remaja.Mungkin menguatkan lagi niat Mark untuk tutup FB ni.

Aku tak terasa sangat kalau FB tutup sebab aku tak gila FB.Tapi mungkin akan sedikit terkesan di hati kalau tak ada FB sebab dah susah nak cari long lost friend.Tambah tambah kawan zaman sekolah rendah dulu.Dalam banyak keburukan, ada juga terselit kebaikan FB ni.Medium mencari kawan yang terpisah.Ecewah.

Kalau blogspot pun nak tutup, akulah orang yang paling sedih di atas muka bumi ini.Tak boleh hidup tanpa blog.Dah macam laki aku dah haa.Tempat meluahkan perasaan dan berkongsi cerita.Feel bercerita mulut dan tulis dalam blog lain der.I prefer blog.Hail to blogspot!

p/s :Kita tengok sajalah bulan March nanti.

Thursday, January 6, 2011

Harga minyak masak takkan naik.

Berita semalam dah bagitahu harga minyak takkan naik sebelum CNY.So, para ibu semua, jangan risau.Minyak masak jadi shot sebab ada satu kilang minyak berhentikan operasi pasal apa entah.That's why stok minyak tiba tiba kurang.Dua tiga hari lagi ok la tu.

Tok boleh senyum gembira la lepas ni.Hahaha.

Tuesday, January 4, 2011

Penangan minyak masak

Haru! Haru! Haru!

Ku ingat tak kronik sangat masalah kekurangan minyak masak ni.Tapi bila Pak Su pun cakap kat TESCO dah habis minyak masak cap buruh tu, memang dahsyat la kan.Tinggal minyak zaitun dan minyak jagung ja.Tok kat rumah dah bising bising stok minyak masak dah nak habis.Kelam kabut call kedai runcit dekat rumah tanya ada stok tak lagi.Malangnya, jawapan yang diterima, TAK ADA! Tak tahulah sama ada tak ada atau sengaja di tidak adakan.Ada yang komen, time krisis harga minyak macam ni la peniaga ambil kesempatan sorok minyak.Nak tunggu harga minyak naik baru nak jual.Wallahualam.Ku pun tak tahu betul ke tidak.

Penangan minyak masak sampai bawa ke dalam FB!

Erk.Bab acar tu, memang tok saya duk ambil upah.Maybe tok risau juga perniagaan acar dia terjejas kalau minyak masak tak ada.Mana tahu kan?

No komen.

Monday, November 15, 2010

Jihad yang salah.

Baru lepas tengok National Geographic.Dorang kupas isu pengeboman di Bali last few years yang dirancang geng Nordin Mat Top.Dulu tak pernah ambil port pasal benda ni sebab tak jadi kat Malaysia.Hopefully takkan terjadi kat Malaysia.Minta simpang la bom bom ni.

Bila reflect balik pasal kejadian tu, no wonder orang benci Islam.Islam dilabel pengganas.Disebabkan dorang, habis semua orang Islam kena tempias. Adanya racism.Tak adil weyh.Tak semua orang Islam macam tu.Dalam agama kita pun tak ada amalan bom diri sendiri kononnya jihad ke jalan Allah.Masaalah juga kalau terlalu pro Islam ni.Islam tak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan apatah lagi membenci agama lain.Even orang Islam sendiri mengutuk orang yang pro Islam ni.Not good not good.

Tak faham kenapa mesti bom diri sendiri kononnya jihad ke jalan Allah.Bunuh diri, tanah tak terima wooiii.

Thursday, October 28, 2010

Aku bersimpati cuma...

Banyak pula bencana alam yang jadi kat Indon.Aku bersimpati cuma aku terfikir pasal satu benda. Dah jadi macam ni, still ada lagi ke yang nak buat kempen Ganyang Malaysia? Sudah sudah la nak benci Malaysia.

Heh.Lawak la.

Saturday, October 16, 2010

Reason budak message 'tacukew'

Rentetan daripada post 'Sapew,adew,tacukew' dan 'Sekali lagi' kami cuba figure out kenapa budak zaman sekarang cenderung untuk tulis macam tu.

Antara reason yang kami dapat (data dari housemate):
1) Supaya nampak lebih 'nice'.Ahahahaha.Tang mana yang 'nice' nya weyh.Rasa macam semak kepala lagi ada la.Mungkin 'nice' tu patut tukar kepada 'cool' kot.

2) Terpengaruh dengan rakan sebaya.Ini memang diakui betul.Kadang-kadang kita tak message macam tu tapi bila kawan asyik reply dengan cara macam tu, tendency untuk ikut tu ada.Tambahan anak muda.Lagi la senang nak terikut kan.Baru nampak up to date duh!

3) Supaya lebih rapat dengan orang sekeliling.Kahkahkah.Bak kata Neda, pelik dengan reason ni sebab kalau nak kata rapat dengan 'orang sekeliling', for sure dengan family kan.Masalahnya, ada dorang message macam ni dengan mak bapak dorang?Rasanya tak kot.Gila jenuh cengang nak faham.Luruh semua gigi nak baca whole message. Dengan pakwe/awek ye la kot.Itu bukan 'orang sekeliling', tapi orang tersayang.

Adik aku cakap "biasalah, orang zaman sekarang". Ceit!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger