
Sebelum masuk maktab, sempat la jumpa Kamil dan Ped. Pertemuan diatur oleh Kamil kat Gani Char Koew Teow. Sekarang ni cukup payah nak jumpa Kamil pasal dia dah kerja. Free hari Jumaat ja. Actually, dah banyak kali nak jumpa tapi selalu ja ada problem. Aku free, dia busy. Dia free, aku pulak busy berjalan. Hohoho. Ped datang amik kat rumah. Aku ni kalau nak keluar, memang mengharap kat orang je lah. Kalau tak ada yang fetch, naik bas la jawabnya. Sekarang ni nak naik bas pun malas pasal nak kena tunggu jauh daripada rumah. Plus, bas datang 'ikut dan' dia. Tak ada fixed time. Sangat susah. Harapnya kerajaan Kedah boleh amik inisiatif pasal kenderaan awam ni. At least ada jadual bas kat setiap bus stop. So that orang boleh bajet pukul berapa bas nak datang.
Ok.Back to main story. Bila dah jarang berjumpa, macam macam story la keluar. Sekarang ni lebih suka sembang pasal duit. Hahaha. Dah makin besaq, dalam kepala otak asyik fikir pasal duit ja. Al maklumlah, umur dah 23. No money, no talk. Dah pekena char koew teow sorang sepinggan, tak kenyang. Tahu tahu ja la portion nya. Sikit. Kena perut monstah macam aku ni memang tak cukup la kan. Order pulak cucuq udang. Kuah kacang sedap. Ngup ngap ngup ngap makan, dah menginjak senja. Masing masing chow.
p/s: Susah nak gather semua kawan pasal ada yang kerja, belajar, cuti tak sama etc. Hopefully, lepas ni boleh jumpa lebih ramai kawan lama.