Online users

Follower

Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Wedding in Pendang.

Semalam pergi makan kenduri kat Pendang.Member Langkawi, Miena kahwin. Before this dah pernah pergi Pendang. Attend Anis punya wedding. At first tak janji dengan sesiapa pun. Fikir nak pergi sendiri. Semangat usung sampul kad. Bila dah dekat nak sampai Pendang, baru check sampul tu. Rasa macam nak hempuk kepala sendiri kat dinding. Bawa mai sampul ja. Kad dalam tu tak ada. Eeee...Rasa macam orang bodoh ja time tu. Mula la nak salahkan diri sendiri. Kenapa tak check dulu sampul tu sebelum bertolak tadi? Dah satu hal nak mencari rumah pengantin.

Bukan selalu letak gambaq selca ni. Hahaha.

Tiba tiba Usher message tanya gerak dengan siapa.Alang alang dia pun tak gerak lagi, ajak konvoi sekali la dengan harapan dia tahu jalan ke rumah Miena. Hampeh. Dia pun tak tahu. Duk pusing dalam pekan Pendang tu dalam 15 minit. Mujur la aku ingat sikit sikit landmark nak ke rumah Miena. Lepas tanya orang kat situ, akhirnya kami sampai. Dah dekat pukul 3.30 baru sampai. Huhuhu. Lapaq teruk.Tuju makanan dulu before jumpa pengantin.

Miena ni kawan aku time kat MRSM Langkawi dulu. Memang tak sangka dia akan naik pelamin dulu pasai dia ni rock. Style tak da nak control control ayu. Even time kenduri hari tu pun dia tak cover langsung. Sempoi habis!

Pengantin amik gambar tetamu guna polaroid seh. Kau hado? Memula ingatkan gambar ni untuk bagi kat tetamu. Rupanya pengantin nak buat kenangan. Cis. Baru ingat nak bawa balik gambar sendiri. Kualiti gambar cantik untuk instant picture. Satu keping tu RM 2 weh. Padan la dengan camera pun. Angan angan nak beli suatu hari nanti. Ecewah. Makin banyak pulak wish list tahun ni.  

 Reunited. Ex Maresmawian batch 02. Koi besaq, koi lawa aih.Lepas ni siapa pulak? Haa..Tu yang kita tak tahu tu.

Selamat pengantin baru kepada Miena dan pasangan.May you have a blessed marriage and lots of kids. Yang penting, sempoi! Hehehe.

p/s: Bila selalu pindah sekolah, friend circle semakin berkembang. Semakin banyaklah wedding invitation yang diterima. Syok oooo! =)

Wednesday, November 28, 2012

Walimah Kak Yon

Ahad hari tu, aku attend walimah Kak Yon kat Taman Sultan Badlishah. FYI, aku ni nama ja duduk kat Alor Setar, tapi bab nama jalan kat sini langsung tak amik tahu. Jalan Putra pun baru discover hari tu. I think my brain is good at visualising buildings than memorising road's name. Sekarang kan wed invi dah tak macam dulu. Pakai main invite kat FB ja. Belagak tak nak minta kad kat Kak Yon. Alah, tera kawasan Aloq Setaq ja pun. Boleh cari aih. Kononnya la kan.Makanya, pergi wed Kak Yon hanya berpandukan GPS kat phone.GPS pun bengong. Berapa kali sesat area Jalan Pegawai tu. Dalam phone cakap belok kanan, padahal arah rumah pengantin belok kiri. Memang berasap la aku. Dah la dengan perut lapar. Kira nak mengamuk ja la. Tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa juga rumah pengantin. Itu pun mujur nampak perkataan Pasaraya Taman Sultan Badlishah punya besaq depan mata. Kalau tak, memusing la mencari rumah pengantin.

Sampai pun dah dekat pukul 4 petang dah. Tetamu pun ramai dah balik. Serbu makanan dulu, baru jumpa pengantin.

Kak Yon ni adalah senior aku kat Langkawi, Kulim dan Sungai Petani. Kebetulan kami belajar di tempat yang sama dari high school sampai la ke maktab pun nak sekali jugak. Cantik kan dia? Trend pakai tudung bawal pulak sekarang ni ye.

Selamat Pengantin Baru Kak Yon dan Uzair. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit dan generasi seterusnya.Cepat cepat la buat anak. Tak sabar saya nak jadi auntie. Hehehe.

So far, kebanyakkan pengantin memilih warna ungu sebagai warna tema perkahwinan mereka. Sini ungu, sana ungu, semuanya nak ungu la. Tahun ni memang tahun ungu kot.

Friday, September 14, 2012

Wedding

Kalau bercerita bab kahwin ni, kadang kadang sentap jugak. Ye lah. Asal attend majlis kahwin orang, telinga ni mesti tak lepas dari dengar "Ang bila pulak?" Belum ada rezeki lagi. Sekarang ni hanya mampu attend majlis orang lain dulu ja.Anyway, aku tumpang happy bila dapat tahu kawan sendiri dah bina masjid. Memang tak sangka depa akan langsung secepat ni. Tuhan tu sebaik baik perancang. Kalau Dia nak jadi, maka jadi lah. =) Actually majlis kahwin kawan aku ni dah lama berlangsung. Time cuti merdeka hari tu.Baru sekarang nak update. Hahaha.

Attending Aman's wedding at Alor Setar. Sama cantik, sama padan. Baju Aman cantik sangat. Make up pun tak tebal. Ye. Memang dah jadi habit bila pergi kenduri orang, suka tengok baju pengantin, pelamin, make up....Lepas tu buat review sendiri.Huhuhu.Actually Aman ni ada bau bau bacang jugak dengan aku. Kalau ikutkan pangkat, aku kena panggil dia Mak Ngah. Kawan masa sama sama study kat MRSM PDRM dulu ni.
Ni pulak Anis. Kebetulan kahwin hari yang sama dengan Aman. Dia ni kawan masa aku kat Langkawi dulu. Majlis buat kat Pendang. Dia ni yang paling tak sangka kahwin awal. Tu la orang kata. Tuhan sebaik baik perancang =) Pasai dulu kat sekolah, dia ni boleh tahan ganas. Tak girlish sangat la kata orang. Duk ingatkan hilang dah la kasaq dia tu time kahwin.Rupanya duk sama jugak. Style sempoi habis. Duk mengomel bulu mata pelesu berat. Nak buka mata pun tak larat. T_T Hahaha. Anis...Anis..Congratulations!

Suka datang kenduri kawan lama sebab dapat jumpa balik long lost friend. Semua ni kawan seperjuangan sewaktu lower form dulu. Sayangnya tak boleh nak stay lama sebab nak rush pi wedding Aman pulak.

Esoknya, pergi wedding cousin pulak kat Jitra. Haa...Memang cuti merdeka hari tu tak keluar sesen pun la untuk makan pasai makan lauk kenduri.Hehehe.

More to come end of this year! Tak sabarnyeeeewwww =P

Sunday, May 20, 2012

Syuk's wedding

Two days before final exam, I managed to attend my former schoolmate's wedding in Kulim.  I was really looking forward to go to her wedding since it's been almost 6 years we did not meet each other. Kalau pergi, insya-Allah boleh jumpa dengan other schoolmates as well. Lagi pun dah dekat sangat SP dengan Kulim. Bagai   orang mengantuk disorongkan bantal, around 11 pagi As message ajak join sebab ada satu lagi seat kosong. Haa..tunggu lagi. Moh le kiteee...

Sebelum tu, kita cari hadiah la dulu noh. Wah. Excited ok. Kalau dulu pergi kenduri kahwin dengan tok, tangan kosong ja. Sekarang ni, wedding kawan rasa kekok pulak tak bawa hadiah. Cari punya cari, kami beli periuk nasi 1litre. Kasi balut sekali. Akak ni pun dapat bajet dah kami nak bagi hadiah kahwin pasal masuk shopping complex melawa bukan main dengan heels masing masing. =P

Jauh jugak SP ke Kulim. Lalu pulak jalan kampung. Selepas hampir 1 jam, sampai jugak kami ke Dewan Bandaran Kulim. Pengantin duk berpeleseran kat luar dewan.Dari jauh dah nampak mahkota dia. Amboi Syuk. Kalah permaisuri agong punya mahkota =P Salam peluk cium semua, masuk la dalam dewan. Perut pun dah lapar. I was mesmerized by the decoration. The hallway, pelamin, meja makan pengantin, meja potong kek, semua la cantik. Lalu hati kecilku berkata, mesti mahal kos pelamin ni.

Apa pun, kita makan dulu noh. Nanti riki riki lain pasal pelamin. Kitorang sumbat satu meja tu sampai 12 orang. Punya la nak get together dengan geng sekolah. Makanan sedap tapi aku tak mampu nak sumbat banyak pasal sebelum pergi dah balun seround kat cafe. Tak sangka dapat jumpa seramai ni. Bajet tak ramai yang pergi sebab time sekarang ni semua busy dengan exam. Masing masing dah grad. Ada yang lagi setahun nak habis. So, aku tak rasa left out sangat la. I'm in the middle.Hehehe.

Bersama pengantin dua sejoli. Syuk dan pasangan. Syuk ni dulu satu team 4x100 m dengan aku. Time dulu la. Sekarang ana sudah pancit. Sudah berat laarr.Aku pergi ucap tahniah dekat dia, cakap Mila kirim salam. Dia tanya Mila mana. Aku cakap Mila team 4x100m jugak la. Terus dia flashback balik masa kitorang ada event olahraga kat Stadium Darul Aman di mana aku tak dapat nak lari pasal terlupa nak bawa IC.Makanya aku tak layak bertanding. Cissss...

 Favourite sekarang ni edit gambar kasi effect potong. Yang penting, muka aku selamat dari dipotong.Muahaha.

Ini haa tempat potong kek. Menarik kan? Cantik sangat. Memang menepati wedding dream aku. Suka sangat sangat.

Pelamin yang tersergam indah. Cantik cantik cantik! I like it very much. Sekarang ni memang trend kot naa bunga tompok tompok besar ni. Kena gaya, cantik la. 

Boleh dikatakan wedding Syuk ni meriah la sebab orang tak henti henti datang. Time kitorang sampai sampailah nak balik pun, orang still ramai lagi. Makanan pulak tak pernah tak ada. Alhamdulillah. Murah rezeki family Syuk ni. Kita kalau nak jamu orang, jangan kedekut. Tapi janganlah sampai membazir pulak ye. Budak budak kecik yang datang, dapat belon angry bird sorang satu. Ok. Yang tu aku jealous sebab aku pun tiba tiba boleh terminat pulak dengan belon tu. Rasa tak aci pulak dorang ja yang dapat.Hahaha.

Selamat Pengantin Baru, Syuk! Who's next? 

Tuesday, May 15, 2012

Wedding at Taiping : Final Part

Disebabkan saya ada banyak masa terluang, cewah...haruslah update lagi blog ni. Hohoho. Ini sambungan entry wedding kat Taiping. This is the final part. The reception day. The day I turn into somebody else. Caution.This entry contains loads of  pictures that will make you go uuuu and aaaa. 

Siapa nih? Kan I dah cakap. I turn to somebody else. Terima kasih to Kak Fatin atas solekan yang mantop ni. Nangis tengok muka sendiri after make-up. She did to 7 of us. Setiap orang, lain jenis make-up.Ikut kulit. Khai punya paling kejap sebab kulit dah memang sedia cantik. Tak banyak nak tambah.Just letak sikit dah cantik =) Gambar tuan tanah paling besor.Sebab apa? Suka hati aku la. Hahaha.

Bertindak sebagai tukang bagi door gift pada hari kejadian. Kemudian bergegas menjadi pengiring pengantin untuk masuk ke dalam dewan. Wah.Sangat busy you'olls. Door gift ada dua jenis. Satu VIP satu yang biasa.  Setiap kali nak bagi kat guest, kena tengok muka mak Wan dulu. Kalau dia bagi cue VIP, haa..baru bagi yang beg kelabu. Kalau dia tak buat muka, maksudnya yang biasa je lah.

That's the slowest walk I ever had in my life.Walkaway nak ke atas pelamin tak ada la jauh sangat dari main door. Kak Wan pilih lagu "Sedetik Lebih" sebagai background music untuk iring dia jalan.Bayangkanlah, lagu tu dekat 3 minit lebih. Kak Wan awal awal dah pesan jalan se slow mungkin. Sebab nak on the dot habis lagu tu dia dah sampai atas pelamin. Seksa habaq hang. Terkumut kumut jalan. Tak pernah aku jalan setapak demi setapak. Ini dah kalah Matrix tau dak.Oh. Hand bouquet kami buat sendiri (excluding me). Aku memang tak berseni benda benda kraftangan ni. Fail. Tapi lagu "Sedetik Lebih" sangat sesuai la untuk majlis kahwin macam ni. Syahdu dan menusuk kalbu. Sob sob. Terkesan di jiwa la senang cakap.

Antara teman seperjuangan yang hadir. Depa ni awai awai lagi dah sampai. Tunggu sampai pengantin makan beradab baru balik. So sweet la you'olls.

Katty jadi MC bersama pak cik DJ. Haa..Jangan tak tahu, Katty dapat gelaran pengacara Nona hari tu. Siap menyanyi lagi. Hebat mung ni.

After orang dah makin kurang, baru la kami dapat peluang nak makan.Itu pun lauk dah tinggal ciput je. Cukup la nak alas perut masing masing.Yang penting, puas hati dapat tolong family Wan.

 Memang aku rajin mengedit malam ni. Habis semua gambar aku nak potong potong kan T_T

Time ni semua dah bersurai dah . Tinggal kitorang ja kat dalam dewan. Harus la camwhore dengan pengantin. Pengantin dah tak larat nak posing atas pelamin, kitorang rampas takhta.Muahaha.

Oh.Lupa nak bagitau. Tema wedding Kak Wan kuning dan oren.That's why la baju kami caca merba. Ada kuning, ada oren. Hohoho.

Diakhiri dengan gambar pengantin yang sangat sweet.Amboi Rudy. Tak menyabar nampak. =P

-THE END-

Tuesday, May 8, 2012

Wedding at Taiping part II

Sambungan previous entry. Akad nikah hari Jumaat.Pagi akad nikah tu, kitorang still duk siapkan door gift. Tiba tiba elektrik tak ada. Masak la kitorang kepanasan. Dah la angin langsung tak ada.Huhu. Tengahari sikit, semua siap siap untuk ke rumah Wan. Akad nikah time. Serbu masuk bilik pengantin dulu. Aku suka masuk bilik pengantin ni sebab sejuk dan wangi. Hahaha. Sambil sambil tu, boleh tengok hantaran ye dak? 

 Who's next? God knows better.

 Hantaran kedua dua belah pihak sangat cantik. Kak Wan yang colour biru putih tu, yang lelaki colour gold.

Rombongan lelaki dah sampai. Time ni aku duk sibuk kat luar. Susun makanan.Tiba tiba jadi AJK makanan. Haa..Gasak la.Tenaga kerja tak ramai. So, tolonglah apa yang patut. Baju kurung aku tak memberi kerjasama langsung. Kain terbelah, so bila jalan, terpaksa sopan santun. Kang ganas ganas, nampak habis semua.Malu laaaa.

Ecewah. Syok la tu Rudy. Oh. Rudy tu husband Kak Wan. Time akad, tok kadi silap sebut hantaran.Selalunya pengantin lelaki yang silap sebut kan, ini tak. Tok kadi pulak yang fail. Bukan sekali, tapi 3 kali weh. Lawak pulak bila fikir balik. Tok kadi silap sebut jumlah hantaran. Moral of the story, janganlah letak wang hantaran dengan nombor yang pelik pelik sangat, kang berbelit lidah tok kadi nak sebut. Respect la dengan Rudy pasal dia ceria gila time akad. Sesetengah pengantin tu muka serius je kan. Sebab hafal lafaz akad kan. Tapi Rudy ni awesome. Langsung tak nampak gugup. Syabas betti!

Kiss! kiss! kiss! =P

 Le familia

Le pengantin and gorgeous babe.Hewhewhew. Yang baju kuning tu la yang make-up kan aku untuk majlis resepsi. Kak Faten namanya. Dah kahwin tapi badan, macam anak dara.

 Le darlings. Sekali lagi amik berkat. Fuh fuh.

 Tengok la siapa paling pulun. Ahkak jugaaaak T_T 

Seronok pulak attend majlis kahwin. Kawan kawan, sila kahwin cepat. Tak sabar nak rempuh wedding korang.Hehehe.

Friday, December 2, 2011

Kenduri kahwin.

Cuti sekolah ni banyaklah jemputan perkahwinan. Berkesempatan pergi kenduri kahwin abang Farah kat Dewan Utama, Jitra. Sekarang ni orang dah prefer buat kat dewan dari rumah.Mudah. Bilik pengantin tak kena hias. Hantaran pun tak perlu nak display.Hohoho.Tapi masak la kena bayar untuk sewa dewan kan. Ada pros and cons. Farah ni ex jiran aku.Wah. Jiran pun ada ex. Tak ada la. Dulu aku duduk kat Jitra, so setaman la dengan dia.Petang petang either dia datang lepak rumah aku or aku pergi rumah dia. Membesar bersama gitu. Sampai dalam pukul 2.30 petang macam tu. Kebetulan Nunun pun baru sampai. Elok sangatlah.

Bihun sup Mak Cik Bashah sangat epik. Sedap gila.Mak Cik Bashah ni tender kantin Sekolah Tajuddin dulu. Kalau ada duit lebih, selalu la beli bihun sup waktu KAFA. Rasa dia still sama macam dulu.Hebat la mak cik. Teringat ingat sampai sekarang. Gambar nasi minyak tak sempat nak snap.Lapar sangat.Hahaha.

Datang dengan mat arep. Kalau nak datang sendiri, memang idok le kan. Dah macam pak supir aku dah dia ni. Huhuhu.

Dengan Farah, Ped dan Nunun. Semua member sekolah.Ambil berkat. Kot kot la lepas ni boleh cepat naik pelamin kan.

Pulang dengan perut yang buncit. Terima kasih Farah sebab jemput!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger