Online users

Follower

Showing posts with label PMC. Show all posts
Showing posts with label PMC. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Testimoni PMC

Aku dah janji kan nak bagi testimoni produk PMC after two weeks. Here we go. Alhamdulillah.Perkembangan positif. Bila tengok balik gambar before and after, memang ada sedikit perubahan. Tambah tambah part jerawat.After aku stop ambil VCO, muka aku naik macam macam balik. Jerawat, ruam. So, aku mencari jugak produk lain yang murah dan berkesan. Kebetulan terjumpa PMC.So, I give it a try.

Gambar before yang belah kiri ye. After yang belah kanan. Dulu jerawat selalu naik kat dahi dan batang hidung.Sekarang, target pipi pulak.Rasa meluat tengok jerawat non stop naik. Alhamdulillah, PMC telah mengecutkan dan menghilangkan segala parut jerawat saya.Syok! Cuma, part muka naik seri tu, aku tak pasti la muka aku ni glow lain macam ke tak after pakai PMC ni. Ini hasil aku tak pernah tinggal tepek PMC setiap malam sebelum tidur. Hadap tidur muka keras.

Gambar di bawah tidak langsung di edit. 

 Pipi kanan. 

Pipi kiri. Ada satu jerawat tu yang korang perasan besaq dari yang lain tu, degil sikit nak hilang.Sampai sekarang pun masih ada jerawat tu cuma besarnya makin berkurangan dan tak merah macam dulu. Masih lagi berusaha untuk get rid that one pimple. Tang bawah tu yang berlubang tu parut campak. Hohoho. Come on PMC! Show me your power!

My sister, Ika pun pakai PMC ni jugak. Aku yang suruh dia pakai pasal muka dia agak teruk naik jerawat.So far, dia pun cakap nampak perubahan kat muka dia.Even member dia pun ada tanya pakai produk apa pasal nampak jerawat kat muka dia dah berkurangan. Gambar before after dia aku tak ambil la pulak. Huhuhuhu.

Terpulanglah kepada korang nak menilai testimoni aku ni.Aku percaya lain orang, lain outcome nya. Ini outcome aku untuk 2 minggu selepas pakai PMC. Mungkin orang lain, pakai seminggu pun dah nampak berseri. 

Tuesday, January 22, 2013

Pure Marine Collagen (PMC)

Sekarang ni aku dah mula pakai PMC. Untuk yang tak tahu PMC tu apa, its Pure Marine Collagen.Tak dinafikan aku ni senang terpengaruh dengan produk kecantikan yang ada di pasaran.Terpengaruh nak pakai tapi tengok poket jugak la.Kalau macam Beautskin tu, memang aku tak mampu la nak beli sampai beratus ratus nak labur sebulan.PMC ni murah je.RM 15 tahan sebulan. Yang recommend pakai ni, Wan la. Dia cakap tengok member dia pakai, hilang habis parut jerawat.Makanya, aku pun nak try la. Mana tau, kot kot lepas ni naik seri sampai orang pandang pun terjelepok.

Masuk hari ni, baru 5 hari aku ambil PMC ni.Kalau ikut orang yang promote ni, dia cakap 2 minggu pun dah nampak kesan.So far, kalau ada jerawat, pakai PMC ni cepat bebenor kecutnya.Itu effect yang aku nampak paling obvious kat muka aku. Part naik seri tu, tak boleh nak cakap lagi la sebab pakai pun tak sampai seminggu lagi.Dia ada dua cara nak ambil PMC ni. Either telan sebelum tidur dan selepas bangun tidur or jadikan masker muka. Aku buat dua dua.Tamak nak hasil cepat.Hahaha.Waktu first day sapu PMC ni, aku tak sangka pulak dia nak mengeras sampai tahap tak boleh nak regang langsung muka.ni. Memang awkward  at first tapi day by day dah get used to it. Malahan, rasa syok sebab after basuh, rasa kulit lembut ja.

Don't worry.Aku ada ambil gambar before aku pakai PMC. After 2 weeks nanti, aku akan compare dan tengok whether ada perubahan drastik ke tak kat muka aku. Aku dah stop amik VCO sekarang.Bukan sebab ubat tu tak bagus tapi sebab kewangan. VCO sebulan RM 39, PMC RM 15.Dah tentu la aku pilih PMC.Dari segi khasiat dua produk ni, lebih kurang sama ja. Dua dua diperbuat dari bahan semulajadi dan tak ada chemical effect.I kan mengganggur sekarang.Tak mampu nak labur duit banyak banyak sangat. Hehehe.

Oh.Aku tak sempat snap pun gambar PMC ni.Korang search je la kat google eh.Confirm ada! =)
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger